BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Bonus Pesara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bonus Pesara. Papar semua catatan

Khamis, Julai 26, 2012

RAYA 2012: Bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara kerajaan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos 2012 ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. - Bernama

Khamis, Ogos 18, 2011

Bonus Raya Pesara 2011 - RM500 Jumaat Ini

Para pesara akan menerima bayaran pencen dan bayaran khas RM500 Jumaat ini sempena Hari Raya Aidil Fitri. Para pesara yang dibayar pencen melalui Sistem Pembayaran Melalui Bank boleh menuntut pembayaran pencen mereka di bank-bank yang terlibat. Para pesara yang ingin maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-88854906/4475/4476/4478/4479.

Selasa, Ogos 09, 2011

Bonus Raya 2011 Setengah Bulan Gaji - Minimum RM500

Bonus Raya 2011 Setengah Bulan Gaji

Walaupun jumlah yang diberikan hanyalah setengah bulan gaji atau bayaran minimum RM500, jauh daripada sasaran bonus 2 bulan gaji yang dituntut Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), tapi itupun sudah memadai. Bolehlah digunakan untuk menampung keperluan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Selain daripada bonus kepada kakitangan awam yang masih berkhidmat, pesara kerajaan juga turut menikmati bayaran khas sebanyak RM500 yang akan dibayar pada pertengahan bulan Ogos ini.