BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Beras. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Beras. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 13, 2011

Thailand Dilanda Banjir - Bekalan Beras Masih Mencukupi

Sekarang sudah mula kedengaran orang ramai bercerita tentang bekalan beras yang mungkin tidak mencukupi di pasaran Malaysia. Rakyat Malaysia kini cenderung untuk saling menasihati antara satu sama lain supaya memberi stok beras yang mencukupi. Sebaliknya, berita terbaru dari Menteri Pertanian mengatakan bahawa orang ramai tidak perlu panik  Barangkali kutu beras akan suka dengan pertambahan kediaman baru di negara ini sekiranya stok beras yang disimpan terlalu banyak sehingga tersimpan begitu lama. Apakah nanti akan terjadi, bak peribahasa baru "Kerana takutkan bekalan banjir, kutu beras berpesta beras."

Rakyat jangan panik beli beras

PUTRAJAYA – Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan masalah kekurangan bekalan beras dari Thailand ekoran banjir besar yang melanda negara itu ketika ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan melalui Padiberas Nasional Berhad (Bernas) telah menyediakan stok beras secukupnya untuk rakyat di negara ini dan memberi jaminan tidak akan timbul masalah kekurangan bahan itu.

Menurutnya, bekalan beras mencukupi kerana perjanjian hadapan yang ditandatangani dengan Thailand sebanyak 307,000 tan metrik setahun dan negara itu sudah menyediakan stok bekalan seperti yang dijanjikan.

“Separuh daripada bekalan sudah berada di dalam negara dan selebihnya berada di tempat yang selamat di Bangkok dan tidak terlibat dengan banjir serta akan dibawa masuk dalam waktu terdekat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar dan Bengkel Harta Intelek Herba di sini semalam.

Khamis, April 21, 2011

Petua Menghilangkan Kutu Beras

Petua Halau Kutu Beras - Hilangkan Kutu Beras (Rice Weevil)
Nama saintifik bagi kutu beras ialah Sitophilus Oryzae

Kutu beras sememangnya sejenis binatang yang tidak berdosa yang mampu mendatangkan masalah kepada para penyimpan stok beras. Kutu-kutu beras ini menyukarkan penanak-penanak nasi untuk memasak nasi. Setiap kali mahu menanak nasi, ada kutu beras, maka pastilah penanak nasi akan berfikir cara yang paling berkesan untuk menghalau dan menghilangkan kutu-kutu beras di dalam beras.

Jemur tengah panas
Cara yang paling mudah ialah tuangkan beras di atas dulang dan jemur di tengah panas. Kutu-kutu beras akan keluar dan lari.

Kain putih dan cili kering
Letakkan cili kering, kemudian tutup dengan kain putih. Kutu-kutu akan suka pada benda yang berwarna putih, apa lagi jika lebih putih daripada beras. Kutu-kutu tak suka dengan cili kering. Oleh itu cili kering sangat berguna untuk menghalau dan menghilangkan kutu beras. Cili kering hendaklah digaul bersama-sama dengan beras.

Hirisan bawang putih mampu halau kutu beras
Ada juga petua lain untuk menghilangkan kutu beras dengan menggunakan bawang putih. Kutu beras tidak suka bau bawang putih maka bau bawang putih boleh menghalau kutu beras. Bawang putih itu hendaklah dipotong-potong atau dihiris-hiris dahulu.

Daun pudina untuk halau kutu beras
Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan gaulkan bersama-sama dengan beras.

Punca kemunculan kutu beras
Kutu beras akan ada dalam beras kalau beras tu lama tak digunakan. Ini berlaku semasa saya masih menggunakan tong biasa untuk isi beras. Asal beras tinggal sedikit, kita akan tambahkan beras baru. Beras yang di bahagian bawah tu kita tak gunakan langsung. Setelah saya gunakan bekas beras yang membolehkan kita gunakan beras paling bawah, maka masalah kutu beras dah tak jadi masalah. (produk apa pun tak kisah, tapi teknik pengambilan beras tu yang membuatkan kutu tak hidup dalam beras, saya gunakan tupperware) masalah kutu beras selepas saya gunakan bekas ini langsung tak ada lagi.
Petua beras, petua kutu beras, tips halau kutu beras, petua menghalau kutu beras, petua hilangkan kutu beras cara menghilangkan kutu beras masalah kutu beras hilang