BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Banjir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Banjir. Papar semua catatan

Khamis, Jun 07, 2012

Ombak Besar Melanda Negeri-negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia

Peristiwa ombak besar yang melanda di bahagian utara Semenanjung, khususnya di kawasan Pantai Barat mengingatkan saya tentang Taufan Durian yang pernah melanda sekitar tahun 2006 dahulu.

7  JUN 2012: Rumah di pinggir pantai diancam ombak besar
07/06/2012 3:08am
Sumber: KOSMO!

KANGAR – Ombak besar dan air pasang melanda kawasan pantai antara Kuala Perlis dan Kuala Sanglang semalam mengakibatkan ratusan buah rumah dimasuki air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuala Perlis, Mat Hassan berkata, ratusan rumah dimasuki air masin apabila air pasang disertai ombak mula berlaku pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, beliau melawat mangsa air pasang itu dan mendapati kebanyakannya telahpun memindahkan barangan ke tempat selamat.

Sementara itu, di kampung Sungai Padang dekat sini, para penduduk berhadapan saat mencemaskan apabila air memasuki rumah separas pinggang dalam masa 15 minit akibat ombak besar.

Tinjauan mendapati jalan pinggir pantai antara Kuala Perlis dan Kuala Sanglang dipenuhi lumpur dan mangsa masih bertungkus lumus membersihkan rumah mereka semalam. – BERNAMA


6 JUN 2012: Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter didapati melanda pantai sekitar Pulau Pinang mulai 2 petang Rabu.
Sumber: HMETRO


GEORGE TOWN: Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter didapati melanda pantai sekitar Pulau Pinang mulai 2 petang tadi.

Di Kampung Tsunami Tanjung Bungah, tidak kurang daripada 11 buah rumah dimasuki air laut kesan pukulan ombak itu.

Seorang penduduk, Tan Eng Kee, 67, berkata air memasuk rumahnya sehingga paras buku lali dan menyebabkan halaman rumahnya berbecak.

"Kejadian seumpama ini pertama kali berlaku sejak 20 tahun lalu dan ia bencana kedua terburuk selepas kejadian Tsunami empat tahun lepas," katanya kepada Bernama.

Katanya penduduk membina benteng pasir di sekeliling kediaman mereka.

Tinjauan Bernama di sekitar Padang Kota Lama dan Persiaran Gurney yang berhampiran laut, mendapati air laut melimpah sehingga ke jalan raya di samping membasahi ruang pejalan kaki.

Namun bagi kaki pancing, Hamzah Sidik, 54, dia sedikit pun tidak bimbang dengan keadaan itu dan tetap meneruskan hobinya bersama isteri dan dua anaknya, biarpun keadaan ombak berkeadaan tidak seperti biasa.

"Waktu macam ini ikan banyak naik, tiada apa yang hendak dibimbangkan. Jika keadaan berbahaya sudah tentu amaran menjauhi pantai dikeluarkan," katanya.

Di Batu Ferringhi dan Teluk Bahang pula keadaannya didapati agak lenggang apabila orang ramai menjauhi kawasan pantai sementara nelayan dikatakan tidak turun ke laut sejak semalam.

Namun aktiviti perniagaan masih berjalan seperti biasa.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meterologi, Muhammad Helmi Abdullah menyifatkan kejadian itu adalah fenomena biasa kesan pertukaran angin dari monsun timur laut kepada monsun barat daya bermula 4 Mei lalu.

Katanya keadaan ombak turut dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam yang diramal berterusan sehingga Jumaat ini.

"Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda," katanya. - Bernama


IMBAS KEMBALI: Taufan Durian kian lemah, tetapi terus mengancam
Khamis Disember 07, 2006
SUMBER: MSTAR Online


KUALA LUMPUR:  Taufan Durian kini semakin lemah dan dijangka tidak melanda Malaysia, tetapi beberapa kawasan di utara Semenanjung dan Pantai Timur masih terdedah kepada ancaman cuaca buruk dengan laut bergelora

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, angin kencang kadang kala mencapai kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan ombak dengan ketinggian 4.5m dijangka melanda perairan Kelantan dan Terengganu dan keadaan ini akan berterusan sehingga hari ini.

Jabatan itu berkata keadaan angin yang serupa dengan ombak setinggi 4m pula dijangka berterusan di perairan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sehingga Jumaat.

Ia juga memberi amaran bahawa angin kencang antara 40 dan 50km sejam dengan ombak besar sehingga 3.5m dijangka berterusan di perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, dan Sabah Timur sehingga hari ini.

Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai.

Katanya lekukan taufan Durian kini masih berada di Teluk Siam dan akan menjadi semakin lemah dalam masa 24 jam.

Lekukan tropika itu akan bergerak ke arah barat merentasi Teluk Siam dengan kelajuan 20km sejam dan melintasi selatan Thailand petang Semalam.

Kelajuan angin maksimum 60km sejam dijangka berlaku berhampiran lekukan tropika tersebut, kata jabatan itu.

Sementara itu, di SUNGAI PETANI, Bernama melaporkan, lebih 600 nelayan Kuala Muda yang menjadi mangsa ombak besar Tsunami pada Disember 2004, mahu pihak berkuasa memaklumkan segera perkembangan Taufan Durian yang dijangka melanda pantai negara esok, sebagai panduan sebelum keluar ke laut menangkap ikan.

"Kami sentiasa mengikuti perkembangan pergerakan Taufan Durian namun adalah lebih baik pihak berkuasa sendiri yang memaklumkannya atau mengumumkannya melalui radio dan televisyen," kata mereka.

Hashim Yahya, 57, dari Kampung Kepala Jalan, Kuala Muda dekat sini, berkata bencana taufan itu yang melanda Filipina seminggu lepas dan Vietnam selepas itu membuatkan mereka perlu lebih peka sebelum ke laut.

"Kami terpaksa turun ke laut menangkap ikan kerana itu adalah pekerjaan dan punca rezeki kami," katanya yang sentiasa mengikuti perkembangan Taufan Durian melalui radio.

Sahidan Abdullah, 56, dari Kampung Permatang Katong, Kuala Muda berkata sehingga ini keadaan laut tempat mereka menangkap ikan tidak bergelora cuma kadangkadang sedikit berombak.

Terdapat lebih 100 buah bot berenjin dalam (bot besar jenis kayu) dan hampir 300 bot fiber yang berpangkalan di pantai Kuala Muda, membabitkan lebih 600 nelayan, keluar menangkap ikan setiap hari.

Isnin, Oktober 24, 2011

Banjir Bangkok Diramal Sebulan, Sebulan Tanpa Pelancong

Selama sebulan ini, kemungkinan besar Bangkok tidak akan menerima kunjungan pelancong. Bangkok yang terkenal sebagai sebuah kota raya yang penuh dengan pelbagai kemungkaran, telah ditimpa bala. Kebanyakan filem memaparkan tentang gejala sosial Bangkok, dan kini Bangkok betul-betul seolah-olah telah terkena sumpah. Malah dalam salah sebuah filem The Hang Over 2, pernah dinyatakan satu istilah yang dipanggil "Mangsa Bangkok" di mana terdapat banyak kes orang tempatan atau pelancong asing yang datang ke Bangkok dan hilang tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa Bangkok. Benar atau tidak, begitulah tahap bahaya yang dikaitkan dengan Bangkok. Dunia politik dan pemikiran para pemimpin di Bangkok seperti keanak-anakan, sehingga rakyat menjadi mangsa. Seperti kebanyakan negara, kesemua cerita buruk tentang Bangkok itu tidak semestinya menyebabkan kita mesti percaya bahawa tidak ada perkara yang baik tentang Bangkok. Masih ada kebaikan yang tersembunyi di Bangkok, dan barangkali kebaikan ini tidak didedahkan dengan berkesan.

Banjir Bangkok diramal sebulan
Yingluck selia gerakan kawal bencana alam

BANGKOK: Perdana menteri Thailand semalam memberi amaran bahawa negara itu akan dilanda banjir sekurang-kurangnya sebulan lagi, sambil meminta penduduk terutama di ibu negara, Bangkok bersiap sedia menghadapi kemungkinan kenaikan paras air lebih tinggi. Pihak berkuasa melancarkan usaha untuk menyalurkan air banjir dari tengah ibu kota itu ke laut menerusi terusan di bandar raya terbabit, yang sudah menyaksikan kenaikan air hingga paras pinggang di beberapa bahagian di utara pinggir Bangkok. Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra, yang menggunakan satu undang-undang bencana bagi mengawal penuh keadaan kecemasan itu memberitahu penduduk Bangkok supaya mengalihkan barangan mereka ke tempat lebih tinggi sekurang-kurangnya satu meter. “Bangkok perlu membuka semua pintu penghalang banjir untuk membenarkan pengaliran keluar air,” kata Yingluck. “Jadi ketika hujung minggu yang panjang ini penduduk perlu mengalihkan barangan mereka, kereta dan barangan berharga lain ke tempat sekurang-kurangnya satu meter lebih tinggi.” “Ada pengaliran air dalam jumlah yang besar dari utara dan kita tidak dapat menghalangnya secara berkesan tetapi boleh memperlahankan pengalirannya kerana penghalang yang ada bersifat sementara,” katanya melalui ucapan mingguan kepada seluruh negara yang disiarkan melalui televisyen. “Ia adalah satu keadaan yang amat serius kerana menjejaskan nyawa dan harta benda penduduk,” kata Yingluck di mana kerajaan beliau yang berusia dua bulan berusaha untuk menangani bencana kemanusiaan itu. Hujan lebat selama tiga bulan menyebabkan sekurang-kurangnya 256 orang terbunuh di Thailand dan memusnahkan kediaman serta kehidupan sembilan juta penduduk kebanyakan adalah di utara dan tengah negara itu. Yingluck berkata kira-kira 113,000 penduduk diarahkan berpindah ke penempatan sementara, sambil menambah ketika beberapa kawasan di negara itu menyaksikan air mulai surut, banjir yang menghala ke ibu negara tidak dapat dihalang. Secara keseluruhan banjir akan berterusan selama empat hingga enam minggu, katanya. Di Bangkok yang menempatkan 12 juta penduduk dilaporkan menyimpan bekalan makanan dan air minuman, manakala orang ramai meletakkan beratus-ratus kenderaan mereka di atas jambatan atau jalan lebih tinggi. Puluhan ribu askar dan polis ditempatkan untuk menjaga ketenteraman awam dan keselamatan. Pembangkang menggesa kerajaan untuk mengisytiharkan darurat bagi memudahkan mengawal penduduk dan melindungi banjir tetapi menolak tindakan itu. – AFP

Sabtu, Oktober 15, 2011

Penduduk Thailand Keliru Berita Ancaman Banjir Benar Atau Tidak

Pihak kerajaan Thailand seharusnya mengambil tindakan tegas dengan mewartakan mengenai banjir besar dan arahan berpindah secara jelas. Malah ada antara penduduk di Thailand dilanda bencana kerana mereka tidak faham isi kandungan arahan kerajaan yang tidak ditulis dalam Bahasa Inggeris. Dalam kes ini, kuasa sebenar untuk menyampaikan berita tentang tahap bahaya banjir di Bangkok ialah jabatan yang dikhususkan. Disebabkan terlalu banyak mulut yang mahu menjadi tukang lapor keadaan banjir kepada rakyat Thailand, maka mesej-mesej yang berbeza-berbeza ini akhirnya mendatangkan kerugian kepada rakyat Thailand sendiri. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Thailand pada ketika ini masih dalam keadaan kucar-kacir serta tidak memiliki sistem yang kemas dan boleh dipercayai untuk mentadbir rakyat jelata. Demi kebaikan rakyat Thailand, pihak pentadbiran Thailand seharusnya memperbaiki kelemahan sistem menghadapi krisis bencana seperti ini.

Banjir terburuk kian menghampiri Bangkok - Mesej berbeza ancaman bencana kelirukan penduduk

BANGKOK: Sembilan juta penduduk di tengah kota Bangkok takut dan keliru selepas menerima mesej bercampur baur daripada pihak berkuasa khususnya sama ada banjir terburuk dalam sejarah Thailand akan memecahkan benteng penebat di ibu kota metropolitan terletak di kawasan rendah itu. Laporan terbaru menyatakan, paras air Sungai Chao Phraya meningkat kepada 2.13 meter, melepasi rekod tahun lalu 2.10 meter manakala 230 lebuh raya, kebanyakannya di wilayah utara dan Dataran Tengah, tidak boleh dilalui kerana banjir. Kerajaan Thailand memberi jaminan kepada penduduk bahawa ibu kota ini akan terselamat daripada banjir yang menenggelami keseluruhan bandar di seluruh Dataran Tengah selain memusnahkan sawah padi dan menutup beratus-ratus kilang.

Ia berasaskan keyakinan kota itu terletak di balik tembok banjir kukuh yang diperkuatkan sejak beberapa hari lalu.

“Saya menegaskan banjir hanya akan menjejaskan kawasan luar Bangkok dan tidak akan masuk ke kawasan lain,” kata Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

Pihak berkuasa sejak beberapa hari lalu memberi amaran banjir mencapai tahap krisis dan air yang mengalir dari utara mungkin bercampur dengan hujan dan air pasang dalam beberapa hari lagi menyebabkan bah melanda Bangkok.

Ada pihak lain mengatakan aliran air mungkin amat kuat dan tiada apa dapat dilakukan untuk menahan kota itu tenggelam.

Mesej berbeza daripada sesetengah agensi, jabatan dan pihak berkuasa membawa kekeliruan, kadangkala ia berlaku dalam sidang media sama.

Ia ditambah dengan kesilapan pengumuman kelmarin mengatakan banjir memecahkan satu tembok utama, menyebabkan seorang menteri mengarahkan penduduk di satu kawasan segera dipindahkan.

Kerajaan kemudian memohon maaf atas kesilapan itu mengatakan arahan dibatalkan kerana kerosakan itu disalah tafsir.

Maklumat bertentangan itu menyebabkan ramai penduduk di ibu kota ini menggaru kepala dan tertanya-tanya sama ada tempat mereka benar-benar terancam dan bagaimana cara segera pindah.

Ada penduduk membeli bekalan tambahan air minuman, beras, mi segera, ubat dan keperluan lain, menyebabkan kekurangan bekalan di sesetengah kawasan.

Yang lain memindahkan kereta ke tempat lebih tinggi di kawasan tempat letak kereta pusat beli-belah di bandar ini.

Bangunan di kebanyakan tempat di ibu kota menyimpan beg pasir, sementara yang lain membina pelindung daripada simen dan blok simen berlubang. Petugas sistem kereta api bawah tanah bandar itu bergegas memasang penghadang banjir keluli.

“Secara terus terang, saya benar-benar tidak tahu apa akan terjadi kepada Bangkok,” kata Kuealapat Atsawasiramanee, 26, yang tinggal satu kilometer dari Sungai Chao Phraya.

“Sama ada ia akan banjir atau tidak, saya tidak pasti. Ada banyak maklumat dan berita di luar sana dan saya tidak tahu mana satu untuk dipercayai.”

“Jika terjadinya banjir, kerajaan perlu mengatakannya. Jangan melindungi kebenaran kerana ia hanya akan menyebabkan lebih banyak huru-hara.”

Kekeliruan itu tidak terhad di Bangkok. Sebuah organisasi perdagangan Jepun semalam menyelar kerajaan kerana mendakwa gagal menyediakan maklumat sebenar dan tepat mengenai situasi di wilayah tengah Ayutthaya, yang menyebabkan beratus-ratus kilang musnah.

Seiya Sukegawa dari Organisasi Perdagangan Luaran Jepun (JETRO) Thailand berkata, banyak maklumat kerajaan sebelum air banjir menenggelami kawasan itu sudah lewat, bertentangan atau sukar difahami kerana ia tidak dikeluarkan dalam bahasa Inggeris.

“Syarikat Jepun tidak tahu apa yang berlaku atau maklumat mana benar atau salah. Mereka menerima amaran namun tidak cukup maklumat dan tidak cukup masa untuk membuat keputusan,” katanya.

Selain itu, lebih 300 kilang milik Jepun, termasuk pembuat elektronik dan bahagian pembekal automotif, rosak atau musnah akibat banjir.

Sukegawa juga mengadu, kerajaan Thailand tidak melakukan apa-apa untuk membantu syarikat dan kilang mereka dari segi menyelamatkan peralatan dan teknologi yang tidak rosak. – AP

Khamis, Oktober 13, 2011

Thailand Dilanda Banjir - Bekalan Beras Masih Mencukupi

Sekarang sudah mula kedengaran orang ramai bercerita tentang bekalan beras yang mungkin tidak mencukupi di pasaran Malaysia. Rakyat Malaysia kini cenderung untuk saling menasihati antara satu sama lain supaya memberi stok beras yang mencukupi. Sebaliknya, berita terbaru dari Menteri Pertanian mengatakan bahawa orang ramai tidak perlu panik  Barangkali kutu beras akan suka dengan pertambahan kediaman baru di negara ini sekiranya stok beras yang disimpan terlalu banyak sehingga tersimpan begitu lama. Apakah nanti akan terjadi, bak peribahasa baru "Kerana takutkan bekalan banjir, kutu beras berpesta beras."

Rakyat jangan panik beli beras

PUTRAJAYA – Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik dengan masalah kekurangan bekalan beras dari Thailand ekoran banjir besar yang melanda negara itu ketika ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan melalui Padiberas Nasional Berhad (Bernas) telah menyediakan stok beras secukupnya untuk rakyat di negara ini dan memberi jaminan tidak akan timbul masalah kekurangan bahan itu.

Menurutnya, bekalan beras mencukupi kerana perjanjian hadapan yang ditandatangani dengan Thailand sebanyak 307,000 tan metrik setahun dan negara itu sudah menyediakan stok bekalan seperti yang dijanjikan.

“Separuh daripada bekalan sudah berada di dalam negara dan selebihnya berada di tempat yang selamat di Bangkok dan tidak terlibat dengan banjir serta akan dibawa masuk dalam waktu terdekat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar dan Bengkel Harta Intelek Herba di sini semalam.

Isnin, Januari 31, 2011

BERITA JOHOR BANJIR 2011 - JANUARI 2011

Adakah Banjir Besar yang pernah melanda Johor pada tahun 2006 akan berulang lagi? Beberapa maklumat daripada pelbagai sumber kali ini memungkinkan ramalan akan dapat dibuat. Sekiranya benar, maka semua penduduk di daerah yang terbabit perlu berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.

AMARAN HUJAN LEBAT
(PERINGKAT MERAH)
Dikeluarkan pada: 3.50 petang 30/01/2011
SEKSYEN A : AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH)

Dikeluarkan pada : 3.50 petang, 30 Januari 2011

Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) yang dikemaskini pada 12.30 petang, 30 Januari 2011 ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Merah). Hujan berterusan kadangkala lebat yang berlaku di negeri Johor (Daerah Muar, Ledang , Segamat, Kluang dan Batu Pahat) dijangka berterusan sehingga Isnin, 31 Januari 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

SEKSYEN B : AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
Dikemaskini pada : 3.50 petang, 30 Januari 2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri N. Sembilan (Daerah Jempol dan Tampin), Melaka (Daerah Jasin) dan Johor (Daerah Mersing, Kota Tinggi, Kulaijaya, Johor Bahru dan Pontian) dijangka berterusan sehingga Isnin, 31 Januari 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

SEKSYEN C : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
i) Dikemaskini pada : 3.50 petang, 30 Januari 2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Kelang dan Petaling), WP Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan (Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Port Dickson dan Seremban), Melaka (Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah) dan Pahang (Daerah Kuantan, Maran, Bera, Pekan dan Rompin) dijangka berterusan sehingga Isnin, 31 Januari 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

ii) Dikemaskini pada : 12.30 petang, 30 Januari 2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di Sabah : Bahagian Kudat (Daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas), Sandakan (Daerah Sandakan, Tongod dan Beluran) dan Pantai Barat (Daerah Ranau) dijangka berterusan sehingga Isnin, 31 Januari 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

HEAVY RAIN WARNING
(RED STAGE)
Issued at : 3.50 pm 30/01/2011
SECTION A : HEAVY RAIN WARNING (RED STAGE)

Issued at : 3.50 pm, 30 January 2011

Heavy Rain Advisory (Orange Stage) updated at 12.30 pm, 30 January 2011 is upgraded to Heavy Rain Warning (Red Stage). Continuous rain occasionally heavy occurring over Johore (Muar, Ledang, Segamat, Kluang and Batu Pahat Districts) is expected to continue until Monday, 31 January 2011.

This condition may result in floods over low-lying areas and along river banks.

SECTION B : HEAVY RAIN WARNING (ORANGE STAGE)

Updated at : 3.50 pm, 30 January 2011

Intermittent rain occasionally heavy occurring over N. Sembilan (Jempol and Tampin Districts), Malacca (Jasin District), Johore (Mersing, Kota Tinggi, Kulaijaya, Johor Bahru and Pontian Districts) is expected to continue until Monday, 31 January 2011.

This condition may result in floods over low-lying areas and along river banks.

SECTION C : HEAVY RAIN ADVISORY (YELLOW STAGE)

i) Updated at : 3.50 pm, 30 January 2011

Intermittent rain occasionally moderate occurring over Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Kelang dan Petaling Districts), FT Kuala Lumpur and Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Port Dickson and Seremban Districts), Malacca (Alor Gajah and Melaka Tengah Districts) and Pahang (Kuantan, Maran, Bera, Pekan and Rompin Districts) is expected to continue until Monday, 31 January 2011.

This condition may result in floods over low-lying areas and along river banks.

ii) Updated at : 12.30 pm, 30 January 2011

Intermittent rain occasionally moderate occurring over Sabah : Divisions of Kudat (Kudat, Kota Marudu and Pitas Districts) , Sandakan (Sandakan, Tongod and Beluran Districts) and West Coast (Ranau District) is expected to continue until Monday, 31 January 2011.

This condition may result in floods over low-lying areas and along river banks.

Issued by
Malaysian Meteorological Department
Ministry of Science, Technology & Innovation
30/01/2011

LAPORAN DARIPADA BERITA HARIAN - BERNAMA
Orang ramai dinasihat tidak lalui jalan Labis-Segamat - 2011/01/30

LABIS: Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Johor menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan laluan Labis-Segamat, khususnya jambatan Kampung Lembah Bakti, Jalan Taman Tenang di sini, berikutan keadaan arus deras banjir.

MKN dalam kenyataan di sini, berkata arus deras itu adalah berbahaya kepada semua kenderaan.

Pekan Labis kini dilanda banjir besar selepas hujan lebat turun tanpa henti sejak awal pagi.
Keadaan hujan dan banjir itu turut menjejaskan hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini, yang berlangsung hari ini.

Selain Labis, hujan lebat dan sekali-sekala renyai yang turun secara berterusan sejak enam hari lalu turut menyebabkan beberapa kawasan lain di Johor seperti Segamat, Yong Peng dan Ayer Hitam dilanda banjir.

Sementara itu, menurut beberapa penduduk yang ditemui di sini, banjir kali ini jauh lebih buruk berbanding bencana sama yang berlaku pada 2006. - BERNAMA


Amaran Hujan Peringkat Merah di Johor Hingga Esok - 30 JANUARI 2011

KUALA LUMPUR, 30 Jan — Jabatan Metereologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah di beberapa daerah di Johor dan keadaan itu dijangka berterusan hingga esok.

Hujan berterusan kadangkala lebat di Muar, Ledang, Segamat, Kluang dan Batu Pahat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dijangka berterusan hingga esok.

Antara kawasan terlibat ialah Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Jasin di Melaka; dan Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Kulaijaya, Johor Baharu dan Pontian di Johor.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat itu jika berterusan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.

Sementara itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sabah dijangka berterusan sehingga esok dan keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai. — Bernama


LAPORAN DARIPADA THE STAR - 31 JANUARI 2011
Widespread floods in Johor; thousands being evacuated

JOHOR BARU: Continuous rain has led to widespread flooding in Johor and thousands are being evacuated to relief centres.

With rain still falling, all of Segamat is cut off by floodwaters. It is an island.

Police said no one can get in or out of the town as the roads to Muar, Johor Baru and Kuala Lumpur are under water.

Roads in Labis town, which was flooded Sunday, are clearing but the outskirts are still submerged.

Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman is expected to give a press conference in Labis soon.

According to the Department of Irrigation and Drainage Malaysia (DID) online river level data, three in Johor burst their banks Sunday. Sungai Muar, Sungai Benut and Sungai Mengkibol overflowed.

With the downpour continuing, the department is closely watching five more rivers – Sungai Simpang Kiri at Sri Medan, Sungai Bekok, Sungai Johor at Rantau Panjang are at a dangerous level.


LAPORAN DARIPADA MSTAR:
JOHOR BARU: Hujan sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat dilanda banjir, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, Rabu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim berkata, sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

"Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat)," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Yusri berkata, seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air.

Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya. Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek dekat Paloh, dinaiki air.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya.


LAPORAN DARIPADA BERNAMA:
JOHOR BAHARU, 26 Jan — Hujan yang turun sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, hari ini.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim, berkata

sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

“Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Yusri berkata seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis, turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air.

Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya.

Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek

dekat Paloh, dinaiki air.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya. — Bernama


LAPORAN DARIPADA THE STAR:
Monday January 31, 2011
Water levels in Johor rivers up, with three bursting their banks
By AUSTIN CAMOENS and SHARIN SHAIK

JOHOR BARU: Water levels in Johor rivers are rising dangerously, raising fears of a repeat of the 2006 floods that left the state inundated and with damages worth millions in its wake.

The Meteorological Department warned late Saturday afternoon of heavy rain over Muar, Ledang, Segamat, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Kota Tinggi, Kulaijaya, here and in the Pontian areas.

According to the Department of Irrigation and Drainage Malaysia (DID) online river level data, three in Johor burst their banks yesterday. Sungai Muar, Sungai Benut and Sungai Mengkibol overflowed at 5.50pm.

However, if the downpour continued, the department warned that five more rivers – Sungai Bekok, Sungai Lenik, Sungai Senggarang, Sungai Johor and Sungai Plentong – would also overflow today.

DID deputy director-general Datuk KJ Abraham said the department was monitoring the river levels and was prepared for any eventuality.

“Every district has an office that will set up an evacuation centre to help the affected in the event of a flood,” he said.

In Kota Tinggi, four families from Kampung Sungai Berangan were evacuated at 6am yesterday as the water level at Sungai Berangan rose to a dangerous level.

In Pasir Gudang, more than 20 houses were knee-deep in water as the drainage system there could not cope with the increase in water near Taman Kota Puteri.

The Pasir Gudang highway was flooded and caused a massive jam while 100m of the Masai Lama-Kong Kong road, just before the Octville Golf Resort in Seri Alam, was impassable to vehicles.

NOTA: Hujan masih berterusan pada ketika ini. Kemungkinan besar banjir besar akan melanda adalah positif. Apa pun kita tunggu laporan terkini daripada pihak meteorologi.