BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Personaliti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Personaliti. Papar semua catatan

Jumaat, Ogos 17, 2012

Gaya Tidur dan Maksudnya - Posisi Tidur dan Personaliti

Gaya Tidur dan Maksudnya - Posisi Tidur dan Personaliti
 
Anda mungkin pernah melihat pelbagai gaya dan posisi orang tidur. Sebenarnya setiap gaya tidur itu mempunyai maksud dan membawa kepada keperibadian atau personaliti tertentu. Tingkah laku manusia agak sukar untuk difahami. Ini kerana, ia umpama `topeng’ yang dipakai dan boleh berubah-ubah mengikut tempat, masa dan keadaan. Oleh itu, menerusi gaya tidur, anda boleh memahami sedikit sebanyak tentang personaliti atau keperibadian seseorang itu. Gaya tidur besar maksudnya.

Sebab itulah, ada di kalangan pasangan suami isteri, rakan pejabat atau teman rapat masih belum dapat memahami hati budi masing-masing, sekalipun telah lama kenal antara satu sama lain. Jadi selepas membaca artikel tentang gaya tidur dan maksudnya dari segi personaliti dan keperibadian ini, anda mungkin boleh mengagak sesuatu tentang diri seseorang. Gunakan ilmu memahami gaya tidur dan maksud personalitinya ini untuk tujuan kebaikan dan memperbaiki hubungan. Bukan menambahkan prasangka atau meretakkan hubungan.

Personaliti atau tingkah laku membezakan antara seseorang dengan yang lain, tetapi ciri-ciri ini stabil sekalipun pada bila-bila masa dan keadaan.

Personaliti berasal dari perkataan Latin, `persona’ yang bermaksud topeng. Topeng-topeng yang dipakai ini sebetulnya, gambaran psikologi dalaman secara keseluruhan tentang diri kita. Andai dalam pergaulan seharian agak sukar bagi anda untuk `mentafsirkan’ tingkah laku seseorang, mungkin anda boleh melihat cara tidurnya. Pengarah Khidmat Nasihat dan Penilaian Tidur, University of Surrey di selatan England, Profesor Chris Idzikowski telah mengenal pasti enam posisi tidur yang popular.

Menurut beliau, kedudukan atau cara tidur ini menceritakan tingkah laku seseorang di bawah sedar. Ini kerana, ketika dalam keadaan jaga, ramai yang berhati-hati dengan bahasa tubuh. Antara posisi tersebut ialah:
   
Posisi Tidur dan Personaliti
   

Janin dalam kandungan
   

Digambarkan sebagai seorang yang tabah dari segi luaran, tetapi begitu sensitif. Seorang yang pemalu, apabila bertemu seseorang buat kali pertama, tetapi lama-kelamaan relaks. Bilangan wanita tidur dengan cara ini dua kali ganda lebih banyak, berbanding lelaki.
   
Batang balak
   
Orang yang tidur seperti ini tergolong dalam kelompok mereka yang tidak serius dan gemar bersosial.Mereka mudah diperdayakan kerana mudah percaya pada orang yang tidak dikenali.
   
Mengiring dan tangan menghala ke depan
   
Seorang yang terbuka, tetapi sinikal dan mudah sangsi terhadap orang lain. Lambat membuat satu-satu keputusan, tetapi, sukar mengubah keputusan yang telah dibuat.
   
Tentera
   
Tergolong sebagai pendiam, tidak banyak bercakap untuk melahirkan idea atau perasaannya. Mereka juga tidak suka heboh-heboh tentang sesuatu perkara, tetapi pada masa yang sama meletakkan diri pada satu piawaian yang tinggi.
   
Jatuh bebas
   
Mudah berkawan dengan sesiapa saja dan suka bertindak melulu. Perasaan mereka mudah tegang dan cepat tersinggung. Biasanya, mereka juga tidak suka dikritik atau situasi yang ekstrem.
   
Tapak sulaiman
   
Mereka boleh dijadikan kawan kerana selalu sedia menjadi pendengar yang baik dan sentiasa membantu jika perlukan pertolongan. Secara umum, mereka tidak suka jika menjadi perhatian orang lain.

Laman web Indian.CL juga ada mengkelaskan beberapa cara tidur yang melambangkan personaliti seseorang seperti:
   
Posisi Tidur dan Personalitinya
   
Menelentang dengan kaki dan tangan yang terbuka luas

   
Anda digambarkan sebagai seorang yang suka kebebasan dan seorang kekasih yang menyenangkan hati. Tetapi, anda seorang yang boros, cuma anda bernasib baik kerana pendapatan juga lumayan. Satu lagi, sikap anda yang tidak digemari ramai orang ialah suka menjaga tepi kain orang dan seronok bergosip. Entah siapa pula selepas ini yang menjadi `mangsa’ gosip anda!
   
Menelentang dan kaki bersilang
   
Mereka yang tidur dengan gaya seperti ini adalah seorang yang memikirkan tentang dirinya dan sukar menerima perubahan.Mereka juga suka bersendirian tetapi seorang yang boleh bertolak ansur
   
Menelentang dengan kedua-dua belah tangan diletakkan di bawah kepala
   
Cara tidur seperti ini melambangkan individu tersebut mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi dan bersemangat belajar tentang sesuatu. Bagaimanapun, ada kalanya anda mempunyai banyak idea yang pelik sehingga menyukarkan orang lain mengikutinya. Dari sudut yang lain, anda adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Masalahnya, anda sukar jatuh cinta dengan sesiapa. Atau, mungkin kerana anda seorang yang pemilih?
   
Tidur meniarap dan kedua-dua belah tangan di angkat dan bengkok sedikit
   
Jika anda tidur sepanjang malam dengan muka menghadap tilam, anda berkemungkinan seorang yang tidak berfikiran terbuka. Kemungkinan, anda juga tidak mempedulikan hal orang lain. Anda juga selalu memaksa orang lain supaya memenuhi keperluan anda. Selalu tidak berhati-hati dan kurang teratur. Mungkin, masanya telah tiba untuk anda merobah cara tidur?
   
Tidur dengan cara sisi

   
Melambangkan bahawa anda seorang yang berkeyakinan. Pada masa yang sama, anda dapat melihat kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan. Ini semuanya hasil usaha tanpa henti yang anda lakukan. Mereka yang tidur pada sisi kanan, tangan kanan diregang hingga ke atas kepala dipercayai akan dikurniakan kuasa dan tuah.
   
Sisi dan badan merengkok
   
Anda digambarkan sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam. Mereka yang berada di sekeliling anda harus berhati-hati, kerana anda seorang yang mudah marah.
   
Sisi, lutut sedikit bengkok dan sebelah tangan di atas tubuh
   
Berbeza dengan personaliti sebelum ini, anda adalah seorang yang lembut, ikhlas, penyayang dan berbudi bahasa. Bagaimanapun, ini bukanlah ukuran bahawa anda seorang yang sempurna. Ada baiknya, anda belajar meningkatkan keyakinan diri dan menerima kesilapan atau sesuatu yang mungkin kurang sempurna. Tetapi, kebahagiaan tetap muncul dalam perjalanan hidup anda.
   
Sisi dengan sebelah lutut bengkok
   
Anda digambarkan sebagai seorang yang cerewet dan selalu merungut. Cepat gemuruh, mudah tertekan, teruja walau hanya perkara-perkara kecil. Anda perlu belajar untuk relaks
   
Tidur seolah-olah dalam keadaan berdakap
   
Anda sebetulnya dalam kesunyian dan kemurungan kerana terlalu obses dengan kegagalan masa lampau dan masalah yang anda hadapi. Tidur dengan cara ini juga menggambarkan, bahawa anda seorang yang ragu-ragu dan sukar membuat keputusan. Ini menyebabkan ramai yang berpandangan bahawa anda hilang kasih sayang dalam kehidupan.
   
Berselubung dalam selimut
   
Jangan terkejut kalau dikatakan, anda hanya kelihatan `macho’ ketika di tempat awam, tetapi hakikatnya anda seorang yang amat pemalu dan lemah.Anda juga menyimpan banyak rahsia. Tetapi, jika anda berdepan dengan masalah, anda hanya memendam dan menderita sendirian tanpa mendapatkan nasihat atau bantuan sesiapa. Atas sebab itulah, wajah anda juga sering berkerut ketika tidur

Khamis, Julai 17, 2008

Heroes Personality Test - I am Peter Petrelli?


I've updated this post so it would fit with Sundays Scribblings theme, ghost. Do you know that Ghost is something that can travel fast, cannot be harm or die? Peter Petrelli is a such a ghost. Hiro Nakamura also such a ghost. If I can become a ghost, I would go and save the 'cheerleader' and save the world.

I attended to take this personality test at the given link above, yea you can see it blue, under the blue pictore of my result. I prefer to be Hiro Nakamura, but somehow, I was picked to be Peter Petrelli. Nevermind, both are ghosts to me!

Tapi aku lagi suka watak Hiro Nakamura!
Hiro Nakamura jujur dan ikhlas
dalam menolong orang
.

Selasa, Julai 15, 2008

What Your Birthday Mean To You?


Your Birthdate: November 24. You understand people well and are a natural born therapist. A peacemaker, people always seem to get along when you are around. You tend to be a father or mother figure to friends, even to those older than you. You enjoy your role, and you find that you are close to many people.

NOTA: 100% tepat!

Your strength: Your devotion (macam Naruto pun ada)

"Let’s first look at devotion. The first component of devotion is love. Love is primarily self-giving — giving yourself to your beloved through feelings, thoughts, and deeds. So, devotion involves giving of yourself, loyally and with deep affection.

The second principal component of devotion is humility — humbling yourself before your beloved. Devotion, in the sense of our special technique, is to love and consciously humble yourself before the beloved: Spirit.

A person practicing this form of devotion strives daily to let go of pride and arrogance — and give of the self. In pride and arrogance we are unable to give love. We are so engrossed in our own thoughts and attainments that we have no love to spare. Or, we can be so engrossed in our own frustrations and fears that we have no love to give. In either case, our attention is concentrated on our personal feelings." - What is Devotion?


Your weakness: Reliance on others for happiness (macam Naruto).

Your power color: Lilac (Macam warna Lavender)

Wikipedia: The color lilac may have symbolic meaning in certain contexts. In academic dress, lilac symbolizes a doctoral degree in dentistry. The color is also commonly associated with lesbianism. Other shades of purple have varying meanings.

WikiAnswer: Lilac is a spiritual color, blending blue, red and white. It is softened by experience and enhanced by knowledge. In intensity, it is close to the pink of friendship. Lilac is a Symbol of peace and tranquillity.


Your power symbol: Heart (Ikut sukalah!)

Your power month: June (Ini syirik, tak boleh percaya!)

Resource:
What Does Your Birth Date Mean?

Jumaat, Mei 04, 2007

Brain Test: Your Brain is Green

Of all the brain types, yours has the most balance.

You are able to see all sides to most problems and are a good problem solver.

You need time to work out your thoughts, but you don't get stuck in bad thinking patterns.

You tend to spend a lot of time thinking about the future, philosophy, and relationships (both personal and intellectual).

Selasa, Disember 12, 2006

Personaliti Lelaki Berdasarkan Zodiak

Rahsia Mengenali Lelaki Melalui Zodiak

Adakalanya sebagai seorang lelaki anda masih tidak mengenali diri atau peribadi sendiri. Hanya rakan-rakan di sekeliling yang ikhlas untuk memberitahu anda akan menyatakan setiap kelebihan mahupun kelebihan diri anda. Namun, apakah anda mempunyai rakan yang sanggup berterus-terang? Minggu ini disiarkan beberapa perkara berkaitan dengan keperibadian seorang lelaki berdasarkan bulan kelahirannya. Walaupun tidak kesemuanya benar, namun ia boleh dijadikan panduan. Jika anda memang mempunyai sikap buruk atau kelemahan, anda boleh memperbaiki diri anda.



Leo (24 Julai - 23 Ogos)

Dia seorang yang agak tinggi, kurus, gerakannya pantas tetapi lembut. Bentuk matanya besar dan menarik dan kemungkinan mempunyai rambut yang ikal. Bibirnya mungkin nipis. Mempunyai sikap suka menolong orang lain. Dia berkeyakinan pada diri sendiri dan ini membolehkannya menjadi pemimpin. Dia juga suka menjadi popular dan dipuji. Cinta merupakan sesuatu yang penting di dalam hidupnya. Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah.

Namun sikap yang paling tidak digemari oleh isteri atau kekasihnya, ialah sikap cemburunya. Lelaki ini juga apabila berkahwin sering menganggap rumahnya sebagai tempat berehat dan sering menganggap isterinya memberikan keselesaan padanya setelah penat bekerja.


Virgo (24 Ogos - 23 September)

Dia adalah lelaki yang agak kurus, tingginya serderhana, bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik, dan dahinya luas, matanya nampak sedih tetapi lembut, dan ini menarik perhatian wanita. Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan. Dia mahukan kesempurnaan, sentiasa mahu mengawal, dan jarang sekali terbawa oleh cinta.

Dia mengkritik dan mengadu. Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci. Di dalam soal kahwin, dia akan mengahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya. Dia seorang yang mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasan. Namun seringkali dia menyalahkan orang lain, sukar untuk mengakui kesilapan diri sendiri.


Libra (24 September - 23 Oktober)

Dia seorang yang seksi, tubuhnya agak menarik, pakaiannya agak kemas dan sukakan kebersihan. Mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit, atau bahu yang kecil. Dia tidak gemar tangannya kotor, dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut, pereka fesyen atau menjual barangan kecantikan. Sikapnya terbuka, menyenangkan, suka bergaul dan ramai kawan. Sopan dan simpati. Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak disukainya, ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai.

Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita, emosinya terkawal dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi. Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati, kemudian setelah beberapa lama, sikap itu tenggelam. Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju, wangian, atau perabot. Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang dianggap penting.


Scorpio (24 Oktober - 22 November)

Tubuh biasanya kecil, tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana. Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain. Sama ada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan. Dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bila dia kegelisahan. Dia seorang yang mudah tersinggung perasaannya, tetapi dapat menyembunyikan keadaan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal. Dia akan berusaha bertahun-tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam. Suka jika dapat menunjukkan kuasa, dan nampak lebih dominan dalam perhubungan.


Sagitarius (23 November - 22 Disember)

Dia seorang yang suka bergaul, suka kehidupan yang baik tetapi gemar berfoya-foya. Dia adalah insan yang paling romantik. Dia menarik, mudah bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat-tempat yang menawan. Dari segi berpakaian, dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar.

Dia lelaki yang agak boros, dan jika tidak berhati-hati, mungkin terlibat dalam perjudian. Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati. Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang.


Capricorn (23 Disember -20 Januari)

Lelaki ini lebih berhati hati dalam hidup, dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan keadaan. Dia tidak suka menukar rancangan yang telah dibuatnya. Dia agak pendiam dan suka bekerja sendiri. Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang dilakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun.

Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek. Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya. Lelaki ini sukar jatuh cinta, tetapi jika sudah jatuh cinta, dia akan amat mencintai wanita itu. Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan. Dalam pergaulan, dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservetif.


Aquarius (21 Januari - 19 Februari)

Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek. Dia agak kurang romantik. Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa. Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang.

Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara- perkara yang menarik untuk dilakukan, tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya. Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat. Sebagai lelaki, dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik, tetapi mengecewakan dari segi membuat komitmen.


Pisces (20 Februari - 20 Mac)

Dari segi berpakaian, mungkin dia kelihatan kurang kemas. Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik, dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati. Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang. Dia tidak suka berkelahi dan sedaya-upaya mengelakkannya.

Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain, dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan. Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan, menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita. Dia agak sukar dari segi membuat keputusan, dan agak bertangguh untuk kahwin. Oleh kerana kelemahan ini, dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan. Dari segi bercinta, dia adalah seorang yang hangat, mengambil berat dan mengasihi, serta menghiburkan.


Aries (21 Mac - 20 April)

Dia kuat bekerja, suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin. Dia lebih suka mengarah, berani dan suka menjelajah .Dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu. Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan. Dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita, tambah lagi dia merupakan seorang yang panas baran. Padanya cinta adalah amat penting, kerana dia benci hidup keseorangan, dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya. Ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan, dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.


Taurus (21 April - 20 Mei)

Dia seorang yang praktikal serta berseni, mungkin boleh mengukir atau melukis. Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik, malah mungkin seorang ahli muzik. Lelaki ini mudah bergaul, suka berjenaka dan ketawa. Bagaimanapun dia kurang yakin pada diri sendiri dan menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menarik hati wanita.

Dia juga adalah lelaki stabil, konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu ke manakah arah tujuan dirinya. Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dari segi rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya. Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya. Pada masa inilah dia akan berasa selamat. Perasaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu, disebabkan itu dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumahtangganya berpanjangan. Kebolehannya menghias rumah dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik. Dia tidak begitu minat dengan idea orang lain.


Gemini (21 Mei - 21 Jun)

Senyumannya menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya. Dia seorang yang bijak berfikir, ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain. Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri, yang tidak pendiam dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya.

Dia suka kepada luahan emosi kerana itu dianggap kebudak-budakan dan remeh kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta, dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya. Pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal, bukan hati.

Personaliti dan Ragam Lelaki

Rahsia Personaliti Lelaki

Tiap orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tipulah kalau ada yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single. Bukan apa, itupun satu langkah berjaga jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni banyak jenis dan spesisnya (sama macam perempuan juga)! Tersilap pilih, merana badan. Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai... Tuhan saja yang tahu! Yang penting, hati kita bahagia bersamanya. Rupa tu, asalkan `sedap' mata kita memandang, cukuplah. Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia.... kita. Kalau derita pun... kita yang tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!

Lelaki Bersemangat

Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan ehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.

Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.

Lelaki Takut Komitmen

Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis. Mengalahkan VIP pula tu!

Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.

Lelaki Anti Perempuan

Bagaimana mengenali mereka:
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri.

Maknanya:
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!

Lelaki Playboy

Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni! Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.

Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga. Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!

Lelaki Tradisi

Bagaimana mengenali mereka:
Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.

Maknanya:
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.

Lelaki Korporat

Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.

Maknanya:
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.


Lelaki Keparat

Bagaimana mengenali mereka :
Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.

Maknanya :
Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang kekeparatan dan asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta atau motor.Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.


sumber: Forward E-mail

Ciri-ciri Lelaki Yang Menawan Hati Perempuan

Sifat-sifat Lelaki Yang Menarik Minat dan Perhatian Perempuan untuk jatuh cinta kepadanya.


1. Percaya Diri

Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton, maka teruskan bermain badminton dan juga cuba bermain bola sepak. Secara tidak langsung bakat dan kemahiran yang dimiliki akan menjadi lebih baik.
Berdiri tegak ketika bercakap.

Anda juga boleh melakukan senaman di bahagian belakang. Tetapi cara terbaik untuk membuatkan anda yakin pada diri sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang. Si dia juga akan memberi tindak balas yang lebih baik.


2. Lelaki Lucu

Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Anda dinasihatkan agar tidak bersama teman wanita ketika si dia bersedih. Kemungkinan ini akan membuatkan dirinya lebih berduka. Paling tidak, cuba mengingati filem atau kisah lucu yang anda pernah tonton lalu menceritakan kepadanya agar si dia kembali tersenyum.

Pujukan dengan cara ini lebih menikamkalbu daripada memaksakan diri mewujudkan suasana ceria. Anda boleh mencari idea agar si dia dapat melupakan krisis yang dihadapinya. Di samping itu anda juga boleh membantunya menyelesaikan kekusutan yang melanda jiwanya.


3. Romantik

Wanita sebenarnya menginginkan lelaki yang romantik. Dan harus diingat romantik bukan bermakna gatal atau miang. Lelaki yang romantik ialah pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata.

Sikap yang mengambil berat tentang diri mereka dan penyayang menjadi salah satu aspek yang sering diberi perhatian oleh wanita. Biarpun mereka kelihatan rugged atau agresif tetapi dalam hal pemilihan teman lelaki kebanyakannya mahukan yang romantik.


4. Lelaki Bijak

Wanita sering bermimpikan lelaki yang bijak pandai. Untuk kecergasan, selalulah bersenam kerana ini akan menambahkan jumlah oksigen ke dalam otak. Fikiran menjadi lapang dan otak mudah menerima ilmu atau perkara baru. Wanita gemarkan lelaki yang bijak dan rajin membaca.

Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi anda boleh mencubanya. Pakai cermin mata tanpa kuasa kerana ini akan memperlihatkan anda seorang yang intelek. Selain kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang kelihatan intelek.


5. Suka Kanak-Kanak

Wanita menganggap seorang lelaki bijak adalah berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuk menjaga kanak-kanak.

Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang.


6. Bijak Berdandan

Lelaki juga hendaklah bijak merawat atau memanjakan tubuh. Selain pakaian yang sesuai dan kemas, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Selain itu, kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih.

Rahsia Warna Kegemaran Lelaki

Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.


Merah
Melambangkan tenaga fizikal .Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait denagn tenaga seksual, juga kemarahan.


Merah Jambu
Ia adalah campuran merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.


Oren
Warna ini adalah campuran dan kuning. Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.


Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa. Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.


Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia di anggap warna alam. Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda; benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain .Sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri. Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran .Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.


Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.


Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.


Coklat
Ia tanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih, dan mempunyai prospek masa depan. Jika mahu banyak wang, ada yang menyarankan agar memakai warna coklat.

sumber: Forward E-mail

Panduan Menilai Lelaki Menerusi Tingkah Lakunya

Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.


Mengganggukkan kepala

Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.


Mendekatkan badan

Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.


Merenung

Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.


Menggerakkan tangan dan badan

Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.


Suka berdiri

Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.


Memandang mata

Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.


Sensitif pada jarak

Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.


Meniru gerak

Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Nota: Artikel ini tidak boleh dipercayai 100%

Warna Lambang Peribadi Lelaki

Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Lelaki yang gemarkan warna putih amat gemarkan kebersihan dan dia begitu menitikberatkan soal kekemasan diri. Anda yang sukakan warna bersih ini juga seorang yang cermat dalam pelbagai hal.

Merah
Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya. Ia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan. Merah juga berkait dengan kemarahan.

Merah Jambu
Ia adalah gabungan warna merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan kerana itu lelaki yang gemar warna ini, biasanya berjiwa lembut dan penuh kasih saying yakni romantis. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren
Warna ini adalah campuran merah dan kuning. Ia adalah melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.

Kuning
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarikan intelektual dalam pelbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi sesetengah orang ia dianggap warna yang memaksa. Ada juga yang mengaitkan kuning dengan sifat pengecut.

Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri dalam semua keadaan.

Coklat
Ia tanda pengasih, dan mempunyai prospek masa depan. Lelaki yang gemarkan warna ini juga dikatakan seorang yang berjimat cermat ketika membelanjakan wangnya. Sehinggakan ada masanya, lelaki ini dikatakan berkira dan kedekut untuk mengeluarkan setiap wang ringgitnya. Jadi, tidak hairanlah jika mereka ini mempunyai simpanan yang banyak.

Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. Warna hijau dikaitkan dengan cemburu. Lelaki yang gemarkan warna ini juga juga dikatakan tidak banyak bercakap.

Ungu
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

Rahsia di sebalik Baju T

Tahukah kamu bahawa lukisan pada baju T yang kamu pakai sehari-hari mengandungi pelbagai rahsia di sebaliknya? Pada kamu biasa atau untuk suka-suka. Tetapi bagi yang melihatnya, ia secara tidak langsung menterjemahkan imej atau peribadi sebenar kamu. Namun ini semua tidaklah seratus peratus betul. Kalau betul pun, anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja.


Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik
Kamu gemar memakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan kamu sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure. Di samping itu kamu juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, kamu memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Kamu juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.


Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock
Sudah menjadi perkara biasa bagi remaja memakai baju T dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Kamu digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Kamu juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai kamu. Kalau kamu gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal, kamu merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau kamu suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan kamu sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau kamu suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan kamu seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.


Gambar Iklan
Ini menggambarkan kamu seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, kamu seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kamu seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, kamu merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan zaman.

Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan
Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambang perniagaan, kamu dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Kamu juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan kamu sahaja.


Gambar Kolej Atau Universiti
Jika kamu seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan kamu benar-benar menghargai kolej kamu. Sesuailah sekiranya kamu menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan kamu seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Kamu juga sangat menghargai status dan taraf sosial.


Lukisan Tangan
Kamu digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Kamu juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah kamu mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.


Gambar Dengan Warna Neon
Kamu sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Kamu mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri kamu. Individu yang gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling kamu juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari kamu


Tertulis Dengan Kata-kata Jenama Atau Kartun
Kamu digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. Kamu tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Kamu juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, kamu senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.


Kemeja T Yang Ketat
Jika kamu suka memakai kemeja T jenis ini, kamu digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.


Kemeja T Kamu Longgar Dan Koyak
Kamu benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup kamu.


Baju T Kosong
Jika kamu sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan kamu suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang kamu terima, hanya kamu sahaja yang mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap kamu sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Kamu bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah.

Sumber: Forward E-mel