Projek Kekubah Air - Menjejaki Teknologi Air Bersih
Darah dipam melalui jantung, nadi berdenyut tanda kehidupan. Akupuntur merupakan titik urat yang menjadi pusat menyalurkan darah. Meridian.
Ditulis oleh Amiene Rev pada Oktober 12, 2015
Label: Amien Rev Menjejaki Teknologi Air Bersih, Catatan Prof. Dr. Amiene Rev, Catatan Seorang Saintis, Projek Kekubah Air
Ditulis oleh Amiene Rev pada Oktober 12, 2015
Label: Amien Rev Menjejaki Teknologi Air Bersih, Catatan Prof. Dr. Amiene Rev
Ditulis oleh Amiene Rev pada Oktober 11, 2015
Label: Amien Rev Menjejaki Teknologi Air Bersih, Catatan Prof. Dr. Amiene Rev, Catatan Seorang Saintis, Eksperimen, Idea, Kajian, Prihatin
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 16, 2012
Ditulis oleh Amiene Rev pada Julai 28, 2011
PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT PSIKOANALISISBegitulah konsep ketiga-tiga komponen yang mampu menjadi daya tujah dalam pemikiran. Setiap komponen memberi kesan terhadap hasil pemikiran manusia yang berbeza dari aspek peringkat usia. Namun, apa yang ingin aku tekankan dalam tulisan kali ini adalah Alter Ego yang aku dapati mempunyai peranan dalam mencetuskan pemikiran sisi gelap dalam diri manusia. Berdasarkan penelitian aku, Alter Ego tidak dikawal oleh Super Ego yang ada dalam diri satu-satu manusia. Super Ego mengawal Ego dan Id, tetapi tidak mengawal Alter Ego. Cetusan yang penting di sini, adakah Super Ego, mengawal Alter Ego dalam keadaan yang berbeza berbanding dengan Super Ego mengawal Ego.
Othman Mohamed dalam penulisannya tentang Id, Ego dan Super Ego menghuraikan ketiga-tiga struktur ini sebagaimana berikut:
Selain dari penghuraian tentang konsep kesedaran ini dan kesannya terhadap perkembangan personaliti, psikoanalisis juga telah membahagikan personaliti manusia itu kepada tiga struktur:
(1) ID
(2) EGO
(3) SUPER EGO
Id. Id diandaikan semua gejala yang neutral dalam pemikiran seorang individu. Dalam pandangan psikoanalisis, ciri id seseorang itu sudah wujud semasa ianya dilahirkan. Id dianggap sebagai satu elemen struktur yang semulajadi, satu elemen yang diwarisi, satu elemen yang sedia ada dalam diri manusia. Id merupakan satu gejala bawah sedar. Id merupakan satu tenaga yang primitif. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Id merupakan sumber LIBIDO. Tujuan utama id adalah bagi mendapatkan kepuasan swadiri secara mendadak (immediate gratification). Itulah sebabnya id tidak mempunyai penyatuan dari segi maksud tidak teratur dan tidak bermoral. Sebagai satu daya tenaga yang begitu primitif, id merupakan penggerak psikologikal yang tidak payah
dipelajari.
Ego. Ego berbeza dengan id. Ego tidak wujud semasa kelahiran. Sebaliknya, ego berkembang secara berperingkat. Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan. Perkembangan ego adalah melalui hubungan secara sosial dan identifikasinya dengan orang lain, objek di dalam alam sekelilingnya. Sebagai alat memperkukuhkan swadiri pada tahap sedar, ego memainkan satu fungsi yang penting dalam struktur tingkahlaku dan personaliti individu.
Identifikasi. Sebagai satu konsep terapan yang disedari, identifikasi memainkan peranan yang penting semasa mengubahkan haluan tenaga psike daripada id kepada ego. Antara fungsi ego adalah ego dapat bertindak terhadap acara yang mendatangkan kecemasan, biasanya konflik atau pertentangan antara id dengan super ego.
Ego mempunyai dua cara untuk bertindak dalam keadaan kecemasaan.
(1) Ego boleh menggunakan asas pengalaman serta kebolehan tenaga pemikiran yang nyata atau yang sebenar. Seterusnya, ego boleh bertindak terhadap tingkahlaku penyelesaian masalah berasaskan pengalaman dan sosialisasi.
(2) Ego boleh menggunakan kaedah menentang, menolak, tipu-helah dengan memesongkan keadaan sebenar atau kebenaran. Apabila kaedah ini bergerak dan mengambilalih tingkahlaku, keadan ini ternyata sebagai mekanisma beladiri ego. Antara mekanisma beladiri adalah pendaman, rosotan, sublimasi.
SUPER EGO. Super ego merupakan struktur yang ketiga dalam pemikiran tingkahlaku psikoanalisis. Super ego lebih menyerupai hati nurani atau 'conscience' seseorang individu. Super ego merupakan akar tunjang dari aspek peneguhan moral yang baik. Moral yang dipelajari, dikenal pasti daripada ibu dan bapa, mahupun masyarakat.
Moral yang demikian dipelajari hasil daripada asuhan semasa seorang individu itu masih kecil peringkat umurnya dan berkembang dengan penerapan moral sebagai sebati dengan hati nuraninya.
Super ego mengawal ego dan id. Super ego bertindak seakan-akan seperti ibu bapa seorang individu, saling mengingatkan keadaan, suasana, peristiwa, persepsi, pemikiran, emosi, perasaan, sikap, tingkah laku.
Di sebalik super ego sentiasa wujud imej pengawalan. Sebagai contoh, lazimnya di kalangan orang Melayu, apabila hendak keluar dari rumah, secara otomatis terlintas bagi memakai kasut. Keadaan menanggalkan kasut sebelum memasuk ke dalam rumah kediaman juga menjadi kelaziman adat orang Melayu. (Dipetik dari sumber Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed.)
Ditulis oleh Amiene Rev pada Julai 26, 2011
Ditulis oleh Amiene Rev pada Julai 24, 2011
Naskah Kuno Sejarah Melayu yang juga dikenali sebagai The Malay Annals kini berada di tanganku. Lalu aku membuat perbandingan antara kedua-dua naskah ini, untuk meneliti tentang susur galur orang-orang Melayu. Ada pendapat mengatakan orang Melayu berasal dari Cambodia, Kemboja atau juga disebut sebagai Kampuchea. Cambodia yang bersempadan dengan Thailand, Laos dan Vietnam dihuni oleh para penduduk yang rupa paras yang agak mirip orang-orang Melayu. Namun, penceritaan di dalam The Malay Annals ini tidaklah pula menceritakan secara langsung mengenai asal-usul orang-orang Melayu dari Cambodia. Sejarah Melayu ini banyak menceritakan tentang asal-usul kerajaan Melayu di Tanah Melayu. Apa pun, aku menemui algoritma tertentu yang pasti akan menjelaskan asal-usul 64 Askara Lapan Triagram yang menjadi harta pusakaku selama ini. Barangkali, rahsia sebenar orang-orang Melayu, telah berada di dalam tanganku sejak kelahiranku di muka bumi ini lagi.Ditulis oleh Amiene Rev pada Jun 08, 2011
Sepanjang masa cuti sekolah ini, saya telah membekalkan bahan-bahan latihan khusus untuk meningkatkan kemahiran dan penguasaan NR, YS dan IS dalam subjek Matematik. Saya menanda kertas-kertas ujian untuk kesemua pelajar saya yang berjumlah 620 orang (enam ratus dua puluh orang pelajar). Saya dapati ada peningkatan antara 1 hingga ke 2.5 ganda bagi setiap pelajar yang saya ajar.Idea penulisan novel blog saya kali ini dipengaruhi oleh Bettas Holiday Food Block. Oleh itu saya kini mewujudkan watak seorang guru yang suka memelihara binatang atau ikan. Memandangkan saya memelihara 19 ekor ikan Betta yang terdiri daripada 11 ekor ikan Betta betina dan 8 ekor ikan Betta jantan, maka saya menggunakan dua blok makanan ikan semula jadi untuk diletakkan di dalam tangki air ikan Betta saya sepanjang ketiadaan saya di sini. Makanan ini mengandungi bahan-bahan seperti gypsum, free dried tubifex, brine shrimp, daphnia, mosquito larvae selain membantu mencuci dan meneuralkan isi kandungan air tangki ikan saya selama sepuluh hari.
YS muncul sebagai pelajar terbaik dalam kelasnya. Hakikatnya, NR merupakan pelajar paling bagus, tetapi ketinggalan 7.5 mata berbanding YS. Ini membuktikan bahawa bakat bukan pengukur kejayaan seseorang, tetapi sikap dan usaha merupakan faktor-faktor terpenting dalam menentukan kejayaan seseorang.
Sementara itu, seorang guru di sekolah saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa mencari ketam. Oleh itu, saya telah membantu memberi makan ikan-ikan dan kura-kura peliharaannya di sekolah. Guru tersebut bercuti selama satu bulan kerana sebelah kakinya tercedera.
Semalam, saya telah menyediakan bekas tumpangan untuk ikan-ikan guru tersebut untuk dibawa pulang ke rumah. Ini kerana cuti sekolah sudah bermula, dan ikan-ikan tersebut tidak boleh ditinggalkan di bilik guru. Bilik guru akan berkunci, dan ikan-ikan tersebut pasti akan kelaparan selama tujuh hari. Justeru, langkah membawa pulang ikan-ikan tersebut ke rumah adalah satu langkah yang amat baik.
Sementara itu, hari ini seorang pelajar yang juga merupakan seorang pengawas telah jatuh pengsan. Seperti seorang guru yang jatuh pengsan di tangga tempoh hari, pelajar ini juga jatuh pengsan di tangga. Seorang pengawas perempuan berlari mencari saya dan memberitahu saya mengenai adanya pelajar pengsan.
Saya bergegas mendapatkan pelajar perempuan tersebut, dan meminta pelajar-pelajar perempuan membantu mengangkat pelajar perempuan tersebut. Saiz badannya yang agak kecil dan kurus memudahkan pelajar tersebut diangkat. Saya juga meminta seorang pelajar perempuan berbangsa India untuk pergi ke kantin dan meminta sebotol air mineral daripada makcik kantin.
Memandangkan kelas saya akan bermula sebentar lagi dan saya pula perlu mengedarkan kertas ujian di dalam kelas, saya menyerahkan tugas tersebut kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Saya juga meminta seorang pelajar untuk mencari guru bertugas pada minggu itu atau guru kesihatan untuk mengendalikan kes ini.
Cuti sekolah bakal bermula tidak lama lagi, dan saya meminta kerjasama beberapa orang guru dan pengawas untuk membantu membuat rondaan di sekitar bangunan sekolah sebelum waktu persekolahan tamat. Ini kerana kes-kes vandalisme berkebarangkalian akan berlaku pada waktu pulang. Kebiasaannya pelajar-pelajar dalam kategori nakal, ADHD atau bermasalah akan melakukan kerosakan, melempar cat atau tepung ke mana-mana bahagian bangunan sekolah untuk menunjukkan rasa merdeka.
Syukurlah kawalan ketat yang dilakukan oleh guru dan pengawas memberikan hasil yang baik. Tidak ada sebarang kejadian vandalisme berlaku. Pelajar nakal tidak berani bertindak apabila mendapati kawalan keselamatan dan tingkah laku yang dilaksanakan oleh skuad pengawas dan guru adalah dalam keadaan yang amat baik.
Ditulis oleh Amiene Rev pada Ogos 21, 2009
Label: Betta Splendens, Catatan Prof. Dr. Amiene Rev, Catatan Seorang Guru, Catatan Seorang Saintis, Ikan Pelaga
Setiap robot, android dan mecha yang saya cipta diberi nama kod yang tertentu. Begitu juga dengan rekabentuk jet, pesawat udara dan kapal angkasa yang saya cipta. Ketika itu, saya bercita-cita untuk menubuhkan satu makmal robotik dan mecha. Ketika itu saya sangat sukakan sains dan teknologi, sebelum saya mengenali bidang psikologi dengan lebih lanjut.Hari ini saya menulis satu lembaran baru dalam catatan jurnal saya. Setiap hari AE, yang berusia 14 tahun, yang juga merupakan calon ketua pengawas sesi petang yang baru akan datang bertemu saya. Memandangkan saya berada di sesi pagi, maka AE akan berkesempatan meluangkan masa untuk bertemu dengan saya. Kadangkala dia mengekori saya naik ke kelas yang perlu saya masuk pada waktu tengah hari.Dahulu saya tidak memahami kenapa rakan-rakan sekelas seolah-olah terpukau dan ketagih melihat saya melukis. Apabila saya merakamkan sendiri aksi saya sedang melukis, barulah saya sedar, seperti wujud satu keasyikan atau ketenangan apabila melihat diri saya sedang melukis. Mereka akan meminta saya melukis dan melukis lagi. Tetapi kini, saya rasa sudah bertahun-tahun saya tidak mengasah bakat melukis saya. Saya juga tidak berhajat untuk aktif melukis kembali, sebab saya ada tanggungjawab lain yang lebih besar, yang mencuri masa-masa saya. Ini ialah tanggungjawab.
Saya tidak pasti apa tarikan yang ada pada diri saya sehingga menarik perhatian ramai pelajar lain untuk mendekati saya. Malah saya dimaklumkan oleh kaunselor, bahawa pelajar-pelajar telah tersalah anggap saya sebagai seorang kaunselor di sekolah. Apabila ditanya, siapakah kaunselor di sekolah ini, maka para pelajar akan menyebut nama saya sebagai salah seorang kaunselor di sekolah ini.
Sepanjang masa, saya beranggapan diri saya sebagai seorang guru yang garang pada masa-masa tertentu. Namun, pada masa yang sama saya menyayangi murid-murid saya. Bagi saya, apabila saya memarahi seorang pelajar, maka saya adalah seorang ayah yang memarahi anak kandungnya.
Hari ini AE datang bertemu saya untuk menyatakan masalahnya. Dari situ saya mendapat tahu AE mahu saya menjadi seseorang yang rapat dengannya. Seperti kawan baik. Dan, semakin hari semakin ramai pelajar yang mendekati saya. Dan, semakin banyak rahsia pelajar yang saya tahu, semakin banyak masalah pelajar yang dikongsikan kepada saya. Dan, semakin mudah untuk saya memberi ceramah dan kata-kata nasihat kepada mereka.
Saya akan mula mengajar kelas ICT pada minggu depan. Sudah pasti, saya berharap untuk menjadi seorang guru ICT yang tegas lagi garang. Memastikan keselamatan peralatan dan perkakasan di makmal komputer adalah tanggungjawab saya dan juga para pelajar. Garang, merupakan elemen seorang guru. Garang bukan kerana marah. Garang kerana sayang. Seperti kita melihat seorang budak kecil bermain di tengah jalan raya. Kadangkala, teguran yang baik tidak memberi kesan, maka teguran secara garang diperlukan. Sedikit kegarangan mungkin mampu menyelamatkan nyawa atau masa depan seseorang.
Saya terkilan membaca akhbar hari ini, mengenai sikap seorang ibu yang menyalahkan seorang ustaz kerana menampar anaknya yang terlalu biadab sehingga berani mempermain-mainkan nama ustaz. Saya berpendapat, ibu kepada anak biadab itu terlalu memanjakan anaknya sehingga tidak tahu menghormati orang tua. Apabila anaknya ditampar, barulah si ibu menyalahkan orang lain. Barangkali si ibu tidak cukup garang untuk membentuk sikap anaknya. Anak-anak yang biadab mencerminkan sikap ibu bapa mereka. Disebabkan ibu bapa tidak mengambil langkah awal untuk membentuk budaya menghormati orang tua di kalangan anak-anak mereka, maka apabila anak-anak tersebut masuk ke alam persekolahan, mereka mula bersikap biadab terhadap guru-guru.
Kebanyakan pelajar biadab yang ditanya, mengakui mereka mewarisi sikap biadab tersebut sama ada daripada ibu atau bapa mereka. Pelajar-pelajar biadab mengatakan, mereka terpengaruh dengan cara ibu atau bapa mereka bercakap dan bergaul dengan orang lain. Kesimpulannya, ibu bapa biadab akan menghasilkan anak yang biadab, oleh itu sikap anak-anak adalah penentu setinggi mana maruah ibu bapanya. Semakin ibu bapa menyokong sikap biadab anak mereka, maka semakin jatuhlah maruah ibu bapa tersebut.
Kempen membanteras sikap pelajar yang biadab perlu dilakukan dalam pelbagai cara. Watak-watak dalam drama, filem dan rancangan televisyen perlu menggunakan dialog atau perkataan yang bersopan-santun. Filem-filem bertemakan gejala sosial perlu diharamkan. Pelajar cenderung meniru dialog-dialog lawak dan biadab yang diucapkan oleh watak-watak di dalam drama dan filem. Mereka akan mengulangi dialog tersebut dalam dunia realiti, sama ada untuk bergurau sesama mereka, mengusik pelajar lain atau sebagai modal untuk melawak di depan guru-guru sekolah. Astagfirullahalazim.
Pengaruh dialog biadab, kesat dan kasar juga boleh dilihat di dalam komik, majalah lawak dan beberapa jenis karya lawak tempatan. Pelajar-pelajar biadab didapati meniru aksi-aksi kartun, dan dialog-dialog kartun di dalam majalah lawak yang mereka baca. Antara aksi atau tingkah laku yang biasa dilihat ialah penggunaan bahasa-bahasa atau istilah-istilah kreatif rekaan penulis atau pelukis karya lawak terbabit yang digunakan untuk menyumpah, gelaran terhadap individu lain, memaki hamun, memperbodohkan individu lain, menyakiti individu lain secara fizikal, bergurau terhadap individu lain dan sebagainya.
Menyedari hakikat ini, saya sering memikirkan betapa besarnya dosa sesetengah pengkarya lawak kerana banyak menghasilkan karya-karya yang mencemarkan moral dan etika para pelajar. Ini, urusan mereka dengan Tuhan. Apa yang boleh saya harapkan di sini, agar satu usaha untuk membanteras karya-karya yang memuatkan dialog kesat, kasar dan lawak biadab daripada terus meracuni para pelajar. Dunia kita hari ini sudah terlalu ramai pelawak. Sehingga semua orang pun seolah-olah mahu menjadi pelawak.
Ditulis oleh Amiene Rev pada Julai 16, 2009
Di sebuah akuarium, kedengaran bunyi seakan-akan besi berlaga, dan seringkali terdengar seolah-olah bunyi pedang dan baju zirah bergeseran. Rupa-rupanya itu adalah bunyi ikan laga yang diubahsuai secara genetik oleh Dr. Amiene Rev. Ikan-ikan ini dilengkapi dengan sisik yang mempunyai komposisi logam.Ditulis oleh Amiene Rev pada Jun 08, 2009
Label: Catatan Prof. Dr. Amiene Rev
Jalur Gemilang dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah yang ketika itu berusia 29 tahun dan merupakan seorang arkitek di JKR (Jabatan Kerja Raya) di Johor Bahru, Johor.
Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.
Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.
Pada 12 Februari 1949, Hassan Al Banna telah meninggal dunia, iaitu dua hari sebelum Hari Memperingati Valentinus.
Maka, adalah wajar jika kita memperingati pemergian tokoh terbilang Islam ini, pada setiap 12 Februari, bagi setiap tahun.