BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Kakitangan Awam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kakitangan Awam. Papar semua catatan

Selasa, November 27, 2012

Penempatan semula pekerja perlu fleksibel

Penempatan semula pekerja perlu fleksibel

Kuantan: Penambahan kakitangan awam perlu dilakukan mengikut keperluan kekosongan dengan keutamaan diberi kepada sektor pendidikan dan keselamatan yang sentiasa memerlukan kakitangan tambahan.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pula perlu lebih fleksibel dalam menentukan penempatan semula kakitangan awam supaya tidak perlu mewujudkan jawatan baru serta menambah petugas dalam sektor awam. Beliau berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa juga turut menyuarakan perkara itu baru-baru ini.

“CUEPACS setuju saranan Ketua Setiausaha Negara kerana ia satu lagi transformasi dilakukan kerajaan dalam memantapkan anggota penjawat awam dari segi kualiti dan kuantiti.

“Justeru, penambahan jawatan baru rasanya tidak perlu, sebaliknya JPA mungkin boleh menimbang meletakkan pegawai sedia ada melakukan kerja tambahan melalui proses penyusunan semula dalam sektor atau jabatan yang terbabit,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Kualiti dan Inovasi 2012 di Universiti Malaysia Pahang, semalam.

Ali sebelum ini berkata, kerajaan menunggu Suruhanjaya Khas (Mengkaji Transfromasi Perkhidmatan Awam) mengemukakan laporan sebelum 31 Disember ini untuk memperbaiki perkhidmatan awam secara keseluruhan. Katanya, jumlah penjawat awam kini seramai 1.4 juta dilihat mencukupi dan jumlah itu tidak perlu ditambah lagi, sebaliknya JPA lebih fleksibel dari segi penempatan semula.

Khamis, Disember 30, 2010

Jadual Gaji Kakitangan Awam Kerajaan 2011

Atas permintaan beberapa orang pengunjung blog Duke Amiene Rev, di sini disiarkan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2011 berdasarkan Lampiran A Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2010.

Khamis, Ogos 26, 2010

Bonus Raya 2010 - Berita Dari Putrajaya


Kakitangan Kerajaan Dapat 'Duit Raya'

PUTRAJAYA: Berita baik untuk semua pegawai kerajaan dari Gred 1 hingga 54. Kerajaan setuju untuk beri 'Bantuan Khas Kewangan' sebanyak RM500 sebagai sumbangan sebelum 1 Syawal.

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan akan mendapat durian runtuh ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau, bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Bonus Raya 2010 - Melaka dan Perak Dapat Duit Raya

Kakitangan awam Perak dapat duit raya RM500


IPOH 25 Ogos – Kerajaan negeri Perak hari ini mengumumkan pemberian bonus kepada kira-kira 7,000 kakitangannya sebelum Hari Raya Aidilfitri ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM3.5 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mengumumkan berita baik itu berkata, bonus RM500 tersebut diberikan kepada semua kakitangan awam sehingga gred 54 termasuk pesara.

Langkah itu katanya, diambil selaras dengan pengumuman Kerajaan Persekutuan yang memberikan bonus sama kepada kakitangannya.

“Saya harap dengan pemberian bonus raya ini, ia akan dapat meringan beban kakitangan kerajaan khususnya di kalangan kakitangan sokongan yang memerlukan sedikit bantuan.

“Mereka akan mendapat bonus ini sebelum Syawal dan boleh digunakan untuk perbelanjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan bubur lambuk Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abd. Rahman Hashim serta barisan Exco kerajaan negeri.

Penjawat awam Selangor turut terima duit raya RM500

SHAH ALAM 26 Ogos – Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan pembayaran khas sempena Hari Raya RM500 kepada 9,089 penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran bonus hari raya itu melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM4.5 juta dan akan dibayar sebelum 1 Syawal.

"Bayaran bonus itu diberi kepada semua petugas kerajaan negeri kecuali dari Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) ke atas,” katanya.

Khalid juga berkata, kerajaan negeri memperuntukkan bayaran khas RM250 kepada 5,297 guru Kelas Agama dan Fadhu Ain (KAFA) yang akan melibatkan pembayaran berjumlah RM1.3 juta.

Semalam kerajaan Pusat mengumumkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada lebih 1.24 juta petugas awam dalam Gred 1 hingga 54 dan 590,000 pesara kerajaan yang akan dibuat sebelum 1 Syawal.

Ia kemudian diikuti dengan pengumuman oleh kerajaan negeri Melaka dan Perak, mengenai pemberian bantuan RM500 kepada penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan negeri. – Bernama

Selasa, Ogos 24, 2010

Bonus Raya Kakitangan Awam 2010 dan Peneroka


Bonus Raya di Pulau Pinang

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang. Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri. Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.

2012: Penang Global City Center (PGCC)

Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa. Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.

2004: Penang Peaks (status: dibatalkan?)

Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.

Bonus Raya untuk Peneroka FELDA
Lebih 100,000 peneroka Felda di seluruh negara akan menerima duit raya sebanyak RM37.14 juta yang akan diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini. Kesemua 112,635 peneroka di seluruh negara akan menerima pemberian sempena hari raya yang dibahagikan kepada dua kategori. Menurut beliau, dua kategori itu ialah peneroka yang masih bersama Felda akan menerima RM350 seorang dan peneroka yang menanam semula secara persendirian akan menerima hanya RM150 seorang.

Jumaat, Jun 18, 2010

Jadual Gaji Kakitangan Awam Kerajaan 2010

Bulan Jun 2010, duit gaji terbang melayang umpama burung merpati. Sejinak-jinak burung merpati, didekati kau lari. Ke mana lagi duit melayang jika bukan kerana dilaburkan untuk urusan perkahwinan saudara terdekat dan juga digunakan untuk membeli hadiah-hadiah perkahwinan. Disebabkan itu, aku berpendapat, perlunya bagi aku untuk meletakkan jadual pembayaran gaji kakitangan awam atau kerajaan 2010 di dalam blog ini supaya senang untuk aku melakukan semakan pada masa akan datang selain merancang perbelanjaan bulanan. Dulu aku pernah meletakkan entri yang berkaitan dengan pembayaran gaji kakitangan awam atau kerajaan 2010 ini, tetapi aku rasa selepas ini, setiap bulan aku perlu melakukan pembaharuan berkaitan topik pembayaran gaji kakitangan awam atau kerajaan 2010 ini seperti ini.

Jadual Kemasukan Gaji Kakitangan Awam atau Kerajaan 2010

Ahad, September 20, 2009

Jadual Gaji Kakitangan Awam - Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2009

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2009
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2009

Bulan --- Tarikh --- Hari Catatan

Januari --- 19.01.2009 --- Isnin (Tahun Baru Cina 26 & 27.01.2009) - Simpan RM3500
Februari --- 25.02.2009 --- Rabu - Simpan RM3500
Mac --- 25.03.2009 --- Rabu - Simpan RM3500
April --- 23.04.2009 --- Khamis - Simpan RM3500
Mei --- 25.05.2009 --- Isnin - Simpan RM3500
Jun --- 25.06.2009 --- Khamis - Simpan RM3500
Julai --- 23.07.2009 --- Khamis - Simpan RM3500
Ogos --- 25.08.2009 --- Selasa - Simpan RM3500

September --- 10.09.2009 --- Khamis (Hari Raya 20 & 21 .09.2009)
Oktober --- 08.10.2009 --- Khamis (Deepavali 17.10.2009)
Tutup buku kewangan peribadi - Buka Buku Kewangan Baru -- Simpan RM2000

RM1500 untuk bayaran kereta sporty perak bulanan secara ansuran

November
--- 25.11.2009 --- Rabu
Disember --- 17.12.2009 --- Khamis (Hari Krismas 25.12.2009)

Untuk maklumat lanjut berkenaan Jadual Gaji Kakitangan Awam 2009
, sila muat turun Surat Pekeliling Berikut:
http://www.anm.gov.my/public_html/pek/bil72008.pdf