Semak Saman Trafik JPJ Online
Kemudahan internet memudahkan pemandu di Malaysia untuk semak saman trafik secara online atau SMS. Yang lebih menarik pemandu akan dimaklumkan setiap kali mendapat saman trafik melalui SMS dan email jika berdaftar dengan MyEG. Dengan semua kemudahan semakan saman online menyebabkan pemandu Malaysia semakin berani kerana tak perlu berjumpa Polis atau JPJ untuk menyemak saman trafik. Patutlah jumlah kemalangan kian meningkat.
Semak saman trafik JPJ melalui Online :
Hanya perlu memasukan no kad pengenalan atau masukan no kad pengenalan dan no plat kereta @ JPJ Online
Semak saman Polis melalui SMS :
Taip SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
contoh : SAMAN 780115013413 hantar kepada 32728
atau untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, sila taip sms :
SAMAN [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728
contoh : SAMAN WWW1111 hantar kepada 32728
Kalau mahu keterangan saman dihantar ke alamat email, sila taip menerusi sms juga
SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
Contoh : SAMAN WWW3838 gengbascekolah@yahoo.com dan hantar ke 32728
Kepada yang sudah tersenarai ada saman trafik boleh buat pembayaran saman secara online di MyEG tapi mesti daftar jadi ahli.
ALAMAT MyEG: https://app1.myeg.com.my/eservices/
Selain semak saman trafik secara online dan SMS pemandu juga boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan secara online dan membeli insuran secara online.


