Polis Tidak Lagi Bersembunyi Untuk Saman
Polis tidak lagi menjalankan tugas secara bersembunyi dalam operasi melibatkan lalu lintas, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar. "Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar," katanya.
Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.
Khalid kemudian memberitahu sidang media bahawa kehadiran anggota polis secara ketara dalam operasi lalu lintas telah dimulakan tidak berapa lama dahulu.
"Jangan terkejut bila kena saman. kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang," katanya.
Selain daripada peningkatan kehadiran polis bagi meningkatkan disiplin pemandu, pemandu juga diingatkan bahawa polis juga menggunakan kamera dan beberapa alat lain untuk mengesan kesalahan mereka, katanya.
Mengenai usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras gejala samseng di kalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa di mahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.
"Tahun lepas 300 orang telah kita tahan di bawah undang-undang pencegahan, tindakan terhadap gangsterism dibuat secara berterusan itu sebab tidak ada kumpulan kartel jenayah atau mafia yang berkuasa di negara ini," katanya.
Khalid juga berkata PDRM tidak lagi melihat belia dan persatuan belia sebagai pelanggan sebaliknya melihat belia sebagai rakan dan persatuan belia sebagai rakan kongsi.
Liputan media terhadap isu negatif yang melibatkan golongan belia seperti rempit, buang bayi, pergaulan bebas, penagihan dadah dan pil-pil khayal semakin menguatkan perasaan kurang senang masyarakat terhadap belia kita pada hari ini tetapi persepsi negatif ini perlu diperbetulkan, katanya.

|