Syarikat Perlu Siasat Latar Belakang Pekerja Baru
Syarikat disaran supaya mengadakan pemeriksaan latar belakang seseorang yang ingin diambil bekerja bagi mengelakkan berlaku penyelewengan atau penipuan. Syarikat tempatan perlu mengambil contoh syarikat antarabangsa di negara ini yang sanggup melaburkan sedikit wang semata-mata untuk mendapatkan maklumat latar belakang pekerja baru mereka.
|