Akta Halal Beri Lebih Kuasa Kepada Jakim
Akta Halal Beri Lebih Kuasa Kepada Jakim
Undang-undang baru yang digubal untuk memperkemaskan lagi industri halal negara akan memberi lebih kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menguatkuasa penggunaan dan pengeluaran logo halal di negara ini.
Akta itu akan meliputi tindakan undang-undang dan penguatkuasaan kerana dulu tidak boleh ambil tindakan kepada mana-mana individu, syarikat swasta atau mana-mana syarikat luar yang mengeluarkan sijil kerana peruntukannya tidak diperkemaskan.
|