Cara Mudah Mohon Kad Pengenalan Gantian
Cara Mudah dan Cepat Untuk Mendapatkan Kad Pengenalan atau MyKad Gantian Menerusi Internet Secara Online
Orang ramai yang ingin memohon gantian MyKad kini boleh melakukannya secara dalam talian melalui portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Perkhidmatan itu memberi alternatif kepada orang ramai untuk mendapatkan gantian MyKad tanpa perlu ke kaunter sekaligus mengurangkan kesesakan di ibu pejabat JPN atau cawangannya.
Had Penggantian MyKad atau Kad Pengenalan Hilang atau Rosak
Tiga jenis permohonan gantian MyKad yang boleh dilakukan ialah gantian MyKad disebabkan cip dan kad rosak, gantian MyKad biasa dan gantian MyKad hilang yang tidak melebihi lima kali.
Bayaran Permohonan MyKad menggunakan Kad Kredit Visa dan Master Card
Bayaran permohonan secara dalam talian boleh dilakukan dengan menggunakan kad kredit Visa dan Master Card, manakala pembayaran melalui e-Banking akan dilaksanakan pada masa akan datang.
Pemohon boleh memohon gantian MyKad melalui portal JPN pada 8 pagi hingga 11 malam pada Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 2 petang (Sabtu) dan 8 pagi hingga 9 malam pada Ahad. Pemohon boleh menyemak status permohonan MyKad melalui portal JPN dan memilih pusat kutipan MyKad mengikut pilihan masing-masing.
Tempoh Siap MyKad dan Kad Pengenalan
Tempoh siap MyKad yang dipohon melalui talian adalah sama seperti permohonan biasa di kaunter iaitu 24 jam bagi pemohon yang memilih untuk menuntut MyKadnya di JPN Putrajaya, 10 hari bekerja bagi mana-mana pejabat cawangan JPN di Semenanjung serta 30 hari bekerja bagi mana-mana pejabat cawangan JPN di Sabah, Sarawak atau Labuan.

|