Memaparkan catatan dengan label Foto Kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Foto Kucing. Papar semua catatan
Sabtu, September 01, 2012
Kucing 2 Wajah - Two Face Cat DI
RALEIGH: Seekor kucing yang mempunyai dua warna berbeza pada mukanya mengejutkan pengguna Internet di seluruh dunia dan membolehkan kucing berkenaan, Venus, menjadi sensasi di atas talian dalam masa yang singkat.
Ribuan pengunjung melawati laman Facebook kucing aneh itu yang setakat ini sudah menerima 40,000 ‘like,’ sementara video mengenai kucing yang comel itu di YouTube ditonton hampir sejuta kali dalam masa beberapa hari saja.
Bulu muka kucing itu yang terbahagi secara simetri dengan warna hitam dan perang kemerah-merahan disamakan dengan versi lebih comel karektor komik, musuh Batman paling terkenal, Two-Face.
Venus mungkin kelihatan seperti ia datang dari planet lain tetapi penampilannya yang menyerlah dan warna mata yang berbeza mungkin dapat menerangkan dengan lebih mudah – perubahan genetik.
“Kami menerima pelbagai komen dari teknik Photoshop hingga kepada dakwaan kami mewarnakan sebahagian mukanya.”
“Dia dilahirkan sedemikian. Kami memiliki seekor kucing belang dan seekor hitam. Apabila saya melihat Venus kali pertama, saya berkata: ‘Oh. Ia kelihatan kombinasi kedua-dua kucing kami itu,’” kata pemilik kucing itu, Christina, dari Carolina Utara kepada rancangan Today Show.
“Ketika itu kami tidak melihat matanya. Reaksi pertama teman saya ialah: ‘Kita tidak perlukan haiwan lain lagi untuk dipelihara.
“Tetapi apabila kami lihat matanya dari jarak dekat, kami jatuh hati dengannya. dan saya berkata: ‘Kita perlu memiliki kucing ini!’
“Anda adalah bintang, Venus! Menarik!!!,” tulis seorang pengunjung dalam laman Facebook rasminya.
Seorang lagi menulis: “Kucing yang sungguh cantik. Saya begitu gembira Venus menemui kediaman yang baik dengan ibu bapa yang penyayang.”
Kini, populariti menanti Venus. Selepas muncul dalam rancangan Today Show, kucing yang berwajah luar biasa dikatakan akan membintangi video akan datang Lady Gaga. – DM
Khamis, September 11, 2008
Gambar Kucing Bulu Berwarna-Warni Cuma Satu Gurauan?
Di dunia ini terdapat segelintir pihak penggemar kucing yang menghias kucingnya bukan dengan barang-barang perhiasan, tetapi dengan mengubah warna bulu kucingnya. Dikatakan kos penjagaan bulu kucing yang telah diwarnakan ini bernilai $60,000 setahun. Kerja-kerja ini perlu diulang setiap tiga bulan, dan kos untuk pengulangan proses mewarnakan bulu kucing ini adalah sekitar $15,000.
Apakah perasaan kucing ini apabila melihat wajahnya yang comel itu dicermin? Berikut adalah beberapa keping gambar kucing yang telah diwarnakan bulunya. Pemilik kucing-kucing ini tentulah orang yang memiliki banyak wang, atau mungkin seorang yang begitu taksub dengan kucing.
Pada pandangan anda, adakah kucing-kucing ini bernasib baik atau bernasib malang? Dapatkah pasangan hidup kucing-kucing ini mengenali kucing-kucing ini setelah warnanya dicat kembali?

Kucing di sebelah kiri ini diwarnakan seakan-akan rangka tengkorak manakala kucing yang disebelah kanan itu diwarnakan seperti seorang lelaki bertopi yang sedang berdiri atau berjalan. Foto-foto kucing yang diwarnakan ini tersebar menerusi e-mel sekitar tahun 2002.
Gambar Kucing Badut Hitam
Gambar Kucing Red Indian
Gambar Kucing Bulu Diwarnakan Seperti Corak KainWhy Cats Paint - A Theory of Feline Aesthetics, sebuah buku yang ditulis oleh Burton Silver dan Heather Buschm pada tahun 1994 berjaya mengutip sejumlah $50 juta. Ramai orang menyangka bahawa kucing-kucing ini betul-betul diwarnakan. Sebenarnya, tidak ada seekor kucing pun yang betul-betul diwarnakan seperti gambar-gambar di atas. Gambar-gambar di atas adalah satu hasil eksperimentasi seni yang boleh dihasilkan dengan menggunakan perisian seperti Photoshop dan seangkatan dengannya. Oleh kerana perisian Photoshop amat mahal pada ketika itu, maka tidak ramai yang mengetahui hakikat sebenarnya.
Salah satu perkara yang perlu difikirkan, adakah bahan-bahan pewarna yang digunakan itu sesuai dan selamat untuk digunakan ke atas kucing. Gambar-gambar ini mula diedarkan kembali menerusi forward e-mail sekitar Februari 2007, dan kembali berjaya mengabui kebenaran di hati ramai orang.
Zaman serba moden ini, tidak semua perkara yang kita dengar, baca atau lihat itu adalah benar. Manusia hari ini mungkin terlalu didedahkan dengan kaedah pendidikan makan suap, yang kemudiannya memberi kesan ke atas budaya pemikiran dan kehidupan mereka. Manusia seharusnya diajar berdikari supaya dapat membongkar kebenaran bagi setiap cerita atau berita yang disampaikan kepada mereka.
Saya tidak menyukai budaya forward e-mail ini kerana hal-hal seperti ini. Kadangkala teknologi yang mempermudahkan kehidupan manusia itu, boleh memperbodohkan lagi manusia, menjadikan manusia kurang berwaspada terhadap sesuatu isu atau perkara. Ini adalah bencana budaya moral dan pemikiran yang melanda manusia hari ini.

Ditulis oleh Amiene Rev pada September 11, 2008
Label: Forward E-mail, Foto Kucing, Gambar Kucing, Spoof
Langgan:
Comment Feed (RSS)