BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Waktu Solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Waktu Solat. Papar semua catatan

Sabtu, Ogos 22, 2009

Waktu Solat Menerusi e-Solat JAKIM

Bersempena dengan kemunculan Ramadhan Al-Mubarak, di sini saya sertakan laman web e-Solat JAKIM - www.islam.gov.my atau www.e-solat.gov.my untuk kegunaan mengetahui waktu-waktu solat, termasuklah waktu bersahur dan waktu berbuka puasa bagi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan lain-lain tempat di dunia. Laman web www.e-solat.gov.my ini memaparkan waktu solat yang piawai untuk Malaysia oleh JAKIM.

Click Website: www.e-solat.gov.my

Laman web e-solat.gov.my oleh JAKIM ini mampu memaparkan waktu solat Subuh, Zuhur atau Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak mengikut bilangan hari, bulan atau tahun. Semoga laman web ini membantu para pengunjung untuk mengetahui waktu berbuka puasa, waktu bersahur dan waktu imsak.

Isnin, Mei 19, 2008

Perisian Percuma - Waktu Solat - Freeware - Salaat Time

Entri ini disiapkan lebih awal, tetapi akan dipaparkan di blog Duke Amiene Rev mengikut fungsi 'scheduled'. Dalam erti kata lain, semua entri di sini akan terpapar secara automatik apabila tepat pada tarikh penyiaran yang telah ditetapkan. Fungsi 'scheduled' yang disediakan di Blogger membolehkan entri-entri dipaparkan satu demi satu (misalnya satu entri setiap hari).

Perisian waktu Solat - Salaat Time Freeware mempunyai beberapa kelebihan seperti:
  • Pelbagai jenis suara azan - Multiple choices of azan voices
  • Arah Kiblat - Qiblah direction
  • Tarikh-tarikh penting Islam - Important dates for Muslim people
  • Surah-surah pilihan - Selected surahs / ayaats
  • Auto startup (OPTIONAL)


Untuk muat turun ( download ) sila ke laman web berikut: