Gaji Kakitangan Awam Kerajaan
Naik Empat Puluh Peratus : Gaji Kakitangan Awam 2012 Naik Sehingga 40%
& Gaji Satu Lapis Diwujud Semula
Kakitangan
kerajaan bakal naik gaji sehingga 40%? Kalau betul berita gaji
kakitangan awam 2012 naik kakitangan naik gaji ini, Alhamdulillah. Kalau
diikutlah kenaikan sehingga 40% sangatlah tinggi tetapi dilihat sepadan
memandangkan taraf hidup rakyat Malaysia pun dah melambung tinggi. Yang
pastinya, berita kenaikan gaji dalam Bajet 2012 akan ditunggu-tunggu.
Dan kami pasti slot pengumuman seperti kenaikan gaji kakitangan awam ini
akan boleh didengar pada slot terakhir pengumuman Bajet 2012. Pada
awalnya, ramai yang mengatakan :
Kakitangan
kerajaan akan mendapat bonus yang lumayan dan gaji kakitangan awam 2012
naik. Adakah berita bonus lumayan ini dan kenaikan gaji ini akan menjadi
realiti untuk kakitangan awam?
Ada yang meramalkan gaji kakitangan awam 2012 naik sehingga 30 – 40%
tetapi semua elaun dihapuskan. Kalau begini, nampaknya makin ramai yang
akan kena bayar income tax.
Dan ada juga yang meramalkan, gaji kakitangan awam 2012 naik sehingga
30 – 40% tetapi semua elaun diselaraskan ke RM500 untuk semua.
Walaubagaimanapun, namapun ramalan.
Kalau tahun lepas,
kakitangan awam menerima bantuan kewangan sebanyak RM500, tahun ini
bonus setengah bulan gaji. Dan paling terbaru, berita gaji kakitangan
awam 2012 naik sehingga 40% mula kedengaran.
Gaji satu lapis sektor awam diwujud semula, naik hingga 40 peratus
KUALA LUMPUR— Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru
sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain
menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa
kenaikan gaji sehingga 40 peratus.
Sistem saraan
yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai
melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”. Kerajaan bercadang
untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru,
yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi
(Prospek).
“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah
melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan
pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah
digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah
sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu. Minggu
lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan
akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet
kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.
Kali
terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga
35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.
Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran
minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi
bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. Satu sumber berkata,
“langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk
kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan
membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”
“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu
peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs
pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu
lapis dengan memansuhkan SSB.
Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.
“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan
diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak
menjadi kenyataan. “Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan
membawa faedah besar kepada kakitangan awam … kenaikan kemungkinan boleh
sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred
masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar
sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan
ekonomi global dan tempatan.
“Kalau dari segi
peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30
peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,”
kata sumber itu lagi.
Satu lagi perubahan di bawah
sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan
Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup
yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan
Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan. SSM diperkenalkan
pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa
tidak puas hati di kalangan kakitangan awam. SSM terdiri daripada sistem
gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau
melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.
Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud
diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu
kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali
lagi membawa kepada kontroversi. The Malaysian Insider difahamkan sistem
saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan
sejak negara merdeka sehingga 1991.
Awal bulan ini,
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem
baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam
untuk mendapat kenaikan pangkat. Penjawat awam yang mempunyai kompetensi
dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi
tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi
ganjaran.
Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya
akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini. Mei lalu, JPA
mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu,
tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel
penilai yang berwibawa. Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru
iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan
pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan
pencapaian penilaian.
Sumber: The Malaysia Insider