BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Pandang Ke Depan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pandang Ke Depan. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 19, 2010

Sudah Terhantuk Baru Terngadah - Pandang Ke Depan

Keretapi kelas 1 menunggu ku. Kemungkinan besar selepas ini, aku akan memperbaharui passport untuk ke luar negara. Seperti kebanyakan manusia, aku tidak suka menetap di satu-satu tempat dalam kadar yang terlalu lama. Sudah nyata, maksudku ini ialah, berpindah.


Kebanyakan manusia pada zaman ini sudah hilang toleransi. Kebanyakan mereka, manusia, cuma tahu mengaut keuntungan daripada bangsa mereka sendiri. Ada juga sekumpulan manusia yang bodoh, tidak tahu merebut peluang, dan mereka inilah yang bakal membebankan kerajaan dan masyarakat pada masa akan datang. Mereka inilah yang akan terus merayu-rayu subsidi daripada kerajaan, meminta belas kasihan agar kerajaan dan masyarakat mengampuni dosa dan kesalahan mereka kerana berlaku malas, alpa dan leka semasa usia muda dan remaja, sehingga mereka gagal meraih pencapaian cemerlang dan memberi sumbang bakti yang mengharukan kepada kerajaan dan masyarakat.

Bak kata orang-orang tua, sudah terhantuk baru terngadah. Terngadah maksudnya mendongak. Mungkin disebabkan terlalu banyak subsidi, atau mungkin disebabkan kerajaan atau masyarakat kita sering menyuap rakyat kita, bangsa kita sendiri sehingga mereka berkahwin, beranak dan kemudian anak mereka pula sudah menjadi lemah dan tidak berupaya untuk berdikari? Sudah sekitar 3 generasi berlalu dan semakin ramai manusia yang tidak tahu berdikari.

Hal ini menyebabkan sebilangan manusia berputus asa dengan sikap sesetengah manusia di sekeliling mereka. Manusia ini akhirnya memutuskan untuk mengikut undang-undang rimba. Mereka tidak lagi peduli dengan jurang kemiskinan.

"Mereka miskin sebab mereka malas dan tak mahu mengubah nasib mereka sendiri, sebab itu memang padanlah mereka terus jatuh miskin. Ilmu tak mahu dicari. Apa yang mereka tahu ialah mencari orang untuk disusahkan," kata seorang kaya yang berjaya kepada jurnalis.

"Buat apa kita nak sibuk-sibuk buang tenaga, buang duit nak tolong orang yang pemalas macam tu? Kalau dia orang nak, dia orang datang cari kita, bukan kita cari orang malas. Dah memang pemalas, biarlah mereka rasa sendiri hidup pemalas," kata seorang kaya yang berjaya yang lain.

"Orang kalau rajin, pandai-pandailah mereka cari saluran dan peluang untuk berjaya. Kalau mereka rajin mencari, mesti jumpa peluang, mesti jumpa laluan untuk berjaya. Kalau ada yang bagi alasan sudah berusaha tapi tak jumpa-jumpa itu maksudnya mereka pembohong besar! Kalau betul, di dunia ini aku boleh jumpa ada orang yang tak pernah jumpa satu pun peluang untuk berjaya, aku rela murtad sebab itu tandanya Tuhan tu tak adil. Tuhan tu zalim. Tuhan zalim? Tuhan tu tak zalim, kalau manusia berusaha, mesti dia jumpa peluang kejayaan," kata orang kaya yang berjaya yang lain pula.

Rata-rata berpendapat, di dunia sekarang ini terlalu ramai pemalas. Oleh kerana itu, kebanyakan mereka lebih suka membiarkan sahaja jurang kemiskinan meningkat. Kerana mereka berpendapat, sesiapa yang berusaha pasti boleh berjaya. Cuma orang yang pemalas sahaja yang akan kata susah untuk berjaya.

Seperti ulat dalam batu pun boleh hidup. Begitulah perkaitan antara usaha dengan kejayaan. Kerana ulat itu rajin berusaha mencari makanan, ulat itu tetap boleh hidup biarpun tinggal di dalam batu. Mungkin ulat itu telah menemui sejenis mikroorganisma yang boleh ditelan, itulah peluang untuk ulat itu hidup di muka bumi ini.

Semasa di bangku sekolah dahulu, guru-guru sering mengulang kata-kata ini. "Tak guna bersusah payah mengajar orang malas. Orang malas belajar, kalau diajar menggunakan kaedah atau penerangan konsep yang paling hebat mana pun, esok lusa dia akan lupa balik apa yang dipelajarinya. Kalau murid-murid mahu cikgu bersungguh-sungguh mengajar kalian, kalian mesti buktikan kalian bersungguh-sungguh mahu belajar. Kalau tidak sia-sia sahaja."

Isnin, Jun 14, 2010

Pandang Ke Depan - Pakej 1

Pandang Ke Depan (Pakej 1)
Penulis (Penyampai Ilmu): Amiene Rev (C) 2010

Dalam institusi pendidikan, pelajar boleh dikategorikan ke dalam beberapa bahagian. Pelajar yang dicari adalah pelajar berbakat dengan akses kemudahan dan inisiatif untuk berusaha serta memberi sumbangan. Satu lagi ciri yang dikehendaki dalam diri pelajar ialah cita-cita yang jelas dan semangat untuk mencapai cita-cita yang kuat dan sedar akan kelemahan diri dan memiliki niat untuk memperbaiki kelemahan diri.
4 item yang dinilai dalam diri pelajar ialah:

1. bakat / potensi (kebolehan)
2. kemudahan sedia ada (tuisyen, bahan bantu pembelajaran, tempat tinggal selesa)
3. inisiatif untuk berusaha (untuk meningkatkan pencapaian
4. memberi sumbangan

dan dua ciri-ciri tambahan

5. ada semangat dan matlamat hidup yang jelas (tidak leka dengan hiburan dan kesenangan hidup semasa)
6. sentiasa musahabah diri (dan berusaha memperbaiki kelemahan dalam diri)


Huraian:

BAKAT
Bakat ialah salah satu bonus pemula untuk seseorang pelajar mencipta kecemerlangan semasa di sekolah. Di sekolah terdapat empat bidang utama yang perlu dikuasai pelajar, iaitu kerohanian, kurikulum atau akademik, kokurikulum dan sukan.

Kerohanian ialah ciri-ciri utama dalam bakat pemula. Dikenali sebagai kecerdasan spiritual, di mana pemilik kecerdasan ini biasanya memiliki kesedaran yang amat tinggi terhadap aspek ketuhanan, secara semula jadi tahu bahawa guru dan ibu bapa itu adalah orang yang perlu dihormati, tahu bergaul dan menghormati orang yang lebih tua, mempunyai adab sopan dan sifat menghampiri kemaksuman (tidak suka akan hiburan, pergaulan sosial yang bebas iaitu pergaulan lelaki dan perempuan, pemakaian yang pelik-pelik dan seumpamanya), selain mempunyai sifat jujur dan bermaruah. Pemilik sifat ini akan secara semula jadi tahu berprinsip, tahu mengenang budi, menghargai dan membalas jasa.

Kurikulum atau akademik bukan sekadar merujuk kepada pencapaian seorang pelajar tetapi sejauh mana seseorang pelajar itu bijak mencari dan mencipta peluang untuk dirinya. Satu sikap negatif yang mengecewakan di kalangan pelajar ialah apabila mereka berada dalam zon selesa, pencapaian mereka merosot atau tidak ada kemajuan. Ini kerana pelajar seperti ini tidak bijak atau jahil dalam memanfaatkan kemudahan sedia ada dalam kehidupan mereka. Sepatutnya semua kemudahan itu boleh membantu pelajar tersebut untuk menjadi sangat cemerlang, tetapi kerana jahil atau malasnya pelajar tersebut mencari maklumat atau alternatif yang lain dalam melaksanakan sesuatu perkara menyebabkan mereka berada di takuk yang lama. Alangkah memalukan apabila seorang pelajar yang pergi ke pusat tuisyen mendapat pencapaian markah yang lebih rendah berbanding pelajar yang tidak pergi ke pusat tuisyen. Mereka harus bertanya kenapa pelajar yang tidak pergi ke pusat tuisyen itu mendapat keputusan yang lebih cemerlang. Ini kerana pelajar yang tidak pergi ke pusat tuisyen itu semestinya tahu merebut peluang untuk meningkatkan pembelajaran mereka.

Kokurikulum merupakan satu aset penting dalam menentukan kualiti kerjaya. Seorang pelajar yang memegang dan melaksanakan tanggungjawabnya dalam persatuan atau kelab dengan bersungguh-sungguh akan mendapat pencapaian yang cemerlang dalam kerjaya mereka. Begitu juga dengan pelajar yang sering dipilih untuk mewakili sekolah dalam program-program, aktiviti-aktiviti atau pertandingan di luar sekolah. Pelajar-pelajar ini biasanya akan mendapat pengalaman yang sangat bernilai dan tidak akan dapat dirasai oleh mana-mana pelajar yang tidak berpeluang keluar mewakili sekolah. Pendek kata, pelajar yang pernah mewakili sekolah dengan pelajar yang tidak pernah mewakili sekolah, markah prestasi, kecontohan dan ketrampilan mereka adalah berbeza sebanyak berkali-kali ganda. Jika pelajar yang tidak mewakili sekolah mendapat 10 mata, maka sudah semestinya pelajar yang mewakili sekolah mendapat 70 mata. Adalah tidak bijak sekiranya ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka berdikari, mengikuti program-program kokurikulum kerana ini akan membantut daya kepimpinan, kreativiti, kritis dan ketrampilan anak mereka.

Sukan adalah aset yang melibatkan aspek fizikal pelajar. Pelajar yang berbadan besar tetapi tidak pernah mewakili sekolah sering dipandang rendah. Badan sahaja besar, tetapi tidak tahu bersukan, tidak berguna juga.

Seorang pelajar dianggap sangat berguna apabila mereka mampu memberi sumbangan dalam keempat-empat perkara yang disebut di atas. Mana-mana pelajar yang menguasai keempat-empat elemen di atas wajar diangkat sebagai pelajar contoh.