BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Filem Karak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem Karak. Papar semua catatan

Selasa, Mei 31, 2011

Kajian Tentang Tragedi Suami Isteri di Lebuh Raya Karak - Angkara Hantu atau Langgar Lari?

Kajian Tentang Tragedi Suami Isteri di Lebuh Raya Karak:
Angkara Hantu atau Langgar Lari?

Urban Legend - Makhluk Aneh Makan Orang di Karak Highway

Karak Highway Tragedy - Tragedi Lebuh Raya Karak
Kisah Suami Mati Dilanggar Lari atau Mati Dimakan Hantu

Perisitwa ini dikatakan berlaku di Karak Highway selepas terowong dari arah KL sekitar tahun 1984. Mangsa dikatakan terdiri daripada keluarga Cina. Suami (si mati), isteri dan bayi (terselamat). Saksi-saksi yang dinyatakan ialah isteri mangsa, orang awam yang terserempak dengan kereta dan makhluk tu serta dua anggota polis peronda yang menyelamatkan isteri dan anak lelaki malang tu. Rupa makhluk dikatakan mirip seekor kelawar besar dan boleh terbang. Moth man? Bukti-bukti yang ada cuma gambar mayat tidak berkepala ada dalam fail simpanan polis. Status kes, tidak dapat diselesaikan. Terdapat beberapa andaian yang mengatakan tragedi ini berpunca daripada angkara manusia, hantu, makhluk halus, pengganas komunis, atau binatang buas. Mungkin juga kes langgar lari.


KES LAIN DI LEBUH RAYA BENTONG-KARAK
Mangsa: Penjual Nasi Lemak
Status: Hilang dan ditemui mati tinggal rangka tanpa secebis daging


MAKHLUK YANG DISYAKI:
Moth Man = Lelaki Rama-rama di Malaysia?
Saksi: Penghuni di sebuah sekolah berasrama di Beseri
Sifat-sifat Makhluk: Gambaran Kedua
Bertenggek di atas ampaian seperti seekor burung. Mata merah dan lidah terjelir. Ada ekor dan kepak seperti seperti kelawar.


FAKTA:
Bentong-Karak pernah menjadi kawasan hitam, komunis berkeliaran.

Versi Bukan Tahyul:
Seorang lelaki yang rasa hendak terkencing, memberhentikan kereta pada waktu malam, dan berpesan kepada isterinya supaya jangan keluar atau buka tingkap kereta. Dia pun pergi ke satu tempat yang ada mata air untuk menunaikan hajatnya. Semasa hendak melintas jalan, si suami di langgar lari dan mati. Kesan pelanggaran itu menyebabkan kepala si suami terpelanting kerana terputus akibat dilanggar. Badan si suami hancur berkecai dilanggar kenderaan, mungkin lori.

Orang kampung yang ketika itu ingin menunaikan solat maghrib, melihat mayat lelaki tersebut dan kemudian menemui si isteri yang duduk setia menunggu suaminya di dalam kereta meminta si isteri keluar dari kereta untuk mengenalpasti si suami tetapi si isteri tetap setia kerana itulah arahan daripada suaminya. Dan memang susah pihak polis dan orang ramai mahu meyakinkan si isteri bahawa suaminya sudah mati akibat kemalangan jalan raya. Kesetiaan si isteri menarik perhatian orang ramai dan kemudian berlakulah pelbagai versi cerita seram, termasuk hantu menghentak-hentak kepala suami di atas bumbung kereta. Cerita versi seram ini tersebar dengan pantas di Malaysia, membuktikan bahawa filem seram pasti akan laris di pasaran.

Short Review - Karak - Ulasan Filem

FILEM KARAK - Mesej Bernas Daripada KRU untuk Umat Islam

"Filem Karak lebih fokus untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya menghayati maksud ayat-ayat Al-Quran, berbeza dengan tema kebanyakan filem hantu seram yang sezaman dengannya yang lebih fokus kepada unsur seram. Sebuah filem seram yang berunsur teguran. Ini satu idea menarik dalam konsep filem seram." - Amiene Rev


Filem seram Karak dimulai dengan kisah seram sepasang suami isteri seperti yang pernah diceritakan di Blog Duke Amiene Rev pada tahun 2006. Rujuk pautan di bawah untuk versi Duke Amiene Rev:


Sekiranya anda pernah menonton filem Momok - Jangan Panggil Aku, maka anda mungkin akan lebih mesra dengan watak-watak hantu yang diceritakan di dalam filem Karak, antaranya kisah Volkswagen Kuning yang muncul tidak putus-putus mengganggu pemandu kereta di lebuh raya Karak pada waktu malam, kemunculan kanak-kanak lelaki yang menghalang jalan, kanak-kanak lelaki boleh berlari sepantas kereta bergerak, pontianak penunggu di tepi jalan dan seumpamanya.

Cerita Momok Jangan Panggil Aku lebih memanfaatkan filter filem dan solekan untuk mewujudkan keseraman, manakala filem Karak memanfaatkan teknologi imej janaan komputer (CGI - Computer Generated Image) untuk menghidupkan jalan ceritanya. Filem ini pada asasnya memuatkan unsur suspense tetapi tidak sampai ke kemuncaknya. Filem ini lebih kepada penyampaian mesej tentang sikap generasi hari ini.

“Saya buat cerita ini bukan untuk menakut-nakutkan orang tetapi ia memasukkan elemen intelektual. Saya percaya filem di bawah arahan Yusry ini tidak akan mengecewakan penonton,” jelas Norman KRU.

Dalam Filem Karak ini, beberapa mesej dan teguran dimuatkan, antaranya babak di mana salah seorang watak memakai kalung tanpa meminta izin, watak biadab salah seorang gadis seperti sudah dibantu tetapi masih mahu mengkritik budi orang, tidak tahu jaga adab dan mulut dan sebagainya.

Teguran yang paling hebat dalam filem Karak ialah mengenai umat Islam pada masa kini yang mengaku beragama Islam dan beriman tetapi pada masa yang sama melanggar batas-batas Islam secara terang-terangan. Filem ini banyak membicarakan tentang sifat fasik di kalangan umat Islam pada masa kini. Bakal ustazah yang kononnya menghafal ayat-ayat Al-Quran dan pernah menjadi Johan Membaca Al-Quran, tetapi membuka aurat, bersentuhan antara lelaki dan wanita secara bebas, tidak menunaikan solat. Pendek kata, filem Karak menyindir golongan yang mendapat A untuk subjek Pendidikan Islam atau keagamaan, tinggi ilmu agama tetapi sebenarnya langsung tidak menghayati apa yang telah dikuasai.

"Kenapa lari? Kata orang beriman..." antara dialog sindiran yang diucapkan dengan jelas menerusi watak salah satu hantu yang muncul dalam filem Karak.

Jika anda mengharapkan Filem Karak sebagai sebuah filem seram, mungkin ya. Namun bagi saya, filem Karak ialah sebuah filem yang mempunyai mesej yang cukup baik untuk menegur umat Islam, ketika dunia hiburan sedang rancak menayangkan filem-filem seram. Filem Karak menyelit di dalam di dunia hiburan berunsur seram untuk menyampaikan mesejnya. Sebuah karya yang kena pada masanya.

Percubaan KRU membawa ramai muka-muka baru dalam Filem Karak juga wajar dipuji. Jasa dan sumbangan KRU dalam mengangkat dunia hiburan tanah air dengan pelbagai idea baru dan pembaharuan merupakan sesuatu yang sentiasa menarik minat saya. Selamat menonton Filem Karak.