BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 16, 2012

10 Petanda Dia Jodoh Kita - Sering Berlaku Tetapi Sedarkah Anda?

 10 Petanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

SUMBER: ILUVISLAM

Sebab Perut Lelaki Buncit Selepas Nikah

Sebab Perut Lelaki Buncit Selepas Kahwin

Pasti ramai tertanya-tanya kenapa perut laki dia makin ke depan selepas nikah. Memang 90 % benda ni akan terjadi kepada lelaki selepas nikah. Berikut merupakan sebabnya.

Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang.

Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan ‘dia’.

Sumber: Majalah Maskulin edisi Ogos tahun 2009

Rabu, Julai 25, 2012

Isu Kahwin Muda Bukan Lagi Soal Tanggungan Tetapi Soal Menghalang Pergaulan Bebas

 Amiene Rev Sokong Perkahwinan Usia Muda Demi Bendung Zina

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Pada zaman moden yang dipenuhi dengan teknologi ini, perkahwinan muda sepatutnya digalakkan untuk menghindari zina dan pergaulan bebas antara bukan muhrim. Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berkahwin pada usia terlalu muda jadi kenapa kita harus menghalang anak-anak kita daripada berkahwin muda.

Soalnya kini, kepada ibu bapa, cuba renungkan, mana satu pilihan anda. Anak lelaki anda atau anak perempuan anda melakukan maksiat dan zina dengan kekasihnya sehingga lahirnya anak luar nikah, atau anak lelaki anda dan anak perempuan anda berkahwin secara sah dan melakukan hubungan jenis secara halal dan anda mendapat cucu yang sah. Renung-renungkan.

Satu-satu caranya untuk membendung pembuangan bayi, kelahiran anak luar nikah yang hidup menderita tanpa layanan sewajarnya, pergaulan bebas antara bukan muhrim yang sukar dihalang pada zaman teknologi maklumat serba canggih di kalangan anak muda masa kini adalah menerusi pernikahan pada usia muda.

Menikah juga tidak semestinya perlu anak segera. Teknologi moden hari ini mampu membolehkan pasangan yang telah berkahwin untuk merancang keluarga. Jadi, apa yang perlu risau kalau anak yang masih bersekolah mengandung sedangkan mereka tidak perlu mengandung dengan merancang keluarga.

Jika anak yang masih bersekolah sudah melahirkan anak sekali pun, jika ibu atau nenek sanggup menjaganya, maka tidak salahlah untuk membenarkan anak yang sudah berkahwin untuk memiliki anak biarpun masih belajar.

Perkahwinan pada usia muda adalah satu-satu caranya untuk membendung menularnya pengaruh budaya Barat yang saban hari menyiarkan pelbagai kelucahan dan separa lucah di pelbagai bentuk media untuk meracuni minda umat Islam kita.

Perkahwinan pada usia muda kini adalah relevan. Jika anak anda ingin berkahwin, kahwinkan sahaja mereka. Jauhi zina!

Perkahwinan Muda Syafiq dan Yana - Pelajar 16 Tahun dan 14 Tahun Satu Contoh Terbaik Untuk Atasi Masalah Pergaulan Bebas

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.




Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena

Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman You Tube.

Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.

Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri.

Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang.

Video itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak 192,285 dari penonton.

Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana.

Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah.

Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.

Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.

Mereka menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja berusia 16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah dari segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah mereka mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda?

Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu.

Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga.

Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.

Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.

Mengapa berkahwin muda?

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.

Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.

Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” Yaasin: 36.

Wallahualam.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Ahad, Jun 10, 2012

Kenapa Wanita Muda Suka Suami Orang - Lelaki Beristeri Lebih Matang, Stabil Serba-serbi

Tentu ramai yang bertanya kenapa wanita lebih suka lelaki yang telah berkahwin, atau berstatus suami orang. Mungkin ramai yang ingin tahu sebabnya. Berikut ada satu artikel menarik yang mengupas mengenai kenapa suami orang menjadi pilihan sesetengah wanita.

Penangan suami orang!
Sumber: Berita Harian, Oleh Nadia Hamid


SEKUMPULAN saintis di London dilaporkan pernah mendedahkan hasil kajian bagi merungkai misteri mengapa wanita kerap tertarik kepada suami orang dengan menyatakan wanita mungkin diprogramkan secara genetik mencari lelaki yang membawa bau kulit isteri masing-masing.

Profesor neurobiologi Universiti Rochester di New York, Dr Donald Pfaff menjelaskan, dalam kajian dijalankan terhadap tikus betina dan tikus jantan mendapati tikus betina mudah memberi lebih perhatian kepada tikus jantan jika disembur dengan bau tikus betina lain.

Hasil ujian itu menyimpulkan perspektif bahawa lelaki yang membawa bau wanita lain kelihatan lebih menarik berbanding lelaki 'bersih'.

Senario hari ini, bukan sedikit wanita muda rela berkongsi kasih malah sanggup merampas kasih suami orang. Mungkin sindrom tarikan ‘wedding ring syndrome’ (lelaki dengan cincin perkahwinan di jari manisnya lebih ‘laris’ berbanding lelaki berjari kosong) menjadi kunci asas mengapa suami orang lebih diminati wanita berbanding lelaki bujang.

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran pendapat bahawa wanita muda lebih mengejar suami orang berbanding lelaki bujang?

Pengamal undang-undang syarie yang juga bekas Presiden Majlis Peguam Syarie, Isa Mohd Ralip ketika ditemubual kolum XY vs XX membabitkan isu poligami berkata, wanita biasanya sukakan jaminan dalam hidup termasuk dari aspek keperluan asas, keselamatan dan keperluan sosial.

Isa berkata, berdasarkan pemerhatian dan pembacaan menunjukkan wanita memerlukan individu yang boleh melindungi diri mereka, bersikap positif, bertolak ansur, tidak ego, bertanggungjawab dan memahami pasangan.

Beliau berkata, disebabkan faktor psikologi dan emotif berkenaan, tidak mustahil suami orang mempunyai tarikannya yang tersendiri sehinggakan menjadi buruan gadis yang belum pernah berkahwin dan janda.

“Dalam kehidupan masyarakat hari ini, isu kewangan adalah pokok utama membina kehidupan selesa. Justeru, saya boleh sifatkan wanita yang memilih suami orang berbanding lelaki bujang melihat pasangannya daripada sudut kewangan stabil dan memberi jaminan kehidupan selesa.

“Jika dilihat senario lelaki bujang sekalipun, biasanya individu ini masih baru berkecimpung dalam dunia pekerjaan dan ada antaranya dalam proses membina kerjaya kukuh.

“Lelaki berkahwin bijak berfikir, pandai memujuk rayu wanita, bersikap sentimental, romantik dan penyabar serta pemurah dalam perhubungan termasuk membelikan hadiah serta memenuhi keperluan materialistik wanita,” katanya.

Isa berkata, wanita yang tertarik dengan suami orang boleh dikategorikan kepada dua iaitu gadis yang belum pernah berkahwin dan wanita yang pernah mengharungi alam rumah tangga namun bercerai (janda).

Jelasnya, antara kategori berkenaan, golongan janda mudah dan cenderung berkahwin dengan suami orang mahupun duda berbanding teruna. Ia berikutan sejarah perkahwinan janda itu membenarkan tarikan suami orang berbanding pasangan bujang.

Beliau berkata, lelaki berkahwin mempunyai ketrampilan dan tarikan karisma yang tinggi menyebabkan mereka menjadi idaman wanita berbanding lelaki bujang yang selekeh, mudah emosi, panas baran, kurang arif melayani kerenah serta cara memikat wanita.

"Setiap individu memerlukan keseronokan dan kepuasan dalam hidup masing-masing. Justeru, tidak hairanlah sekiranya lelaki berkahwin mencari keseronokan dengan memikat wanita muda. Malah, ia satu tindakan escapism melepaskan diri daripada tekanan kebosanan dalam hieraki kehidupannya.

“Lelaki bujang pula acap kali tidak berkeyakinan dalam menjalinkan hubungan menyebabkan wanita mudah rasa tergugat serta keliru dengan pilihannya. Lelaki bujang sering kali menimbulkan konflik perhubungan akibat sifat baran, mudah mencari alternatif lain sebagai cara melarikan diri daripada konflik perhubungan dan tidak sabar mempertahankan institusi kekeluargaan yang dibina.

“Berdasarkan pengalaman mengendalikan kes syarie, kebanyakan lelaki muda mudah melafazkan cerai berbanding lelaki berusia. Pernah ada baru kes berkahwin tiga bulan namun, memfailkan permohonan ceria di mahkamah akibat kesilapan kecil dan pergaduhan remeh,” katanya.

Secara psikologinya, wanita gemarkan pujuk rayu dan elemen romantis menyebabkan mereka mudah tertarik kepada lelaki penyabar. Lelaki berkahwin dikatakan kaya dengan sikap sabar, penyayang, tidak berfoya-foya dan pandai memujuk rayu berikutan pengalamannya mengendalikan kerenah isteri yang sudah dikahwini bertahun-tahun lamanya.

Malah, lelaki berkahwin sudah faham akan kehendak wanita, bersikap lebih tenang dan tidak gelojoh dalam perhubungan. Faktor remeh sebegini dikatakan mampu membeli jiwa dan kasih sayang wanita. Bagi lelaki, hormon testosteron (seks) sentiasa ada menyebabkan mereka sentiasa mendambakan belaian manja dan kasih sayang seorang isteri walaupun sudah berusia.

Tegas Isa, individu berkemampuan sama ada daripada segi kewangan dan mampu bersikap adil dibolehkan mendirikan rumah tangga lebih daripada satu. Namun, katanya lelaki berkenaan perlu memahami hukum berkahwin yang terbahagi kepada lima iaitu, wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

“Surah An Nisa ayat tiga berbunyi; Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi sama ada dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil (kemampuan keperluan asas, giliran dan kasih sayang), maka (kahwinilah) seorang saja,” katanya.

Kepada wanita muda yang mahu menjalinkan hubungan dengan lelaki berkahwin, ingatlah bahawa tidak mudah melayari alam berumahtangga. Tanggungjawab digalas amat berat bagi wanita namun bertambah dua kali ganda bagi ketua keluarga.

Bukan mudah menjadi ketua keluarga apatah pula jika mempunyai isteri lebih daripada satu. Mereka bukan saja perlu stabil dan kukuh dari segi ekonomi, kesihatan dan mental, tetapi juga harus mempunyai pegangan agama yang baik dan boleh membimbing isteri dan anak masing-masing.

Antara lelaki berstatus suami orang tapi memikat di mata wanita

* Aaron Aziz
* Yusri Abdul Halim (Yusry KRU)
* Asyraf Muslim
* Aidil Zafuan
* David Beckham
* Brad Pitt
* Fernando Torres

Rabu, Oktober 19, 2011

Hukuman Bercerai - Sebat, Penjara Jika Cerai Tanpa Sebab Munasabah

Berfikir sebelum mengambil apa-apa tindakan. Inilah mesej yang cuba disampaikan oleh kerajaan PAS Kelantan terhadap mana-mana suami-isteri yang cuba bercerai tanpa sebab yang munasabah. Peratus perceraian yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan. Akibat perceraian, anak-anak menjadi mangsa. Kebanyakan kanak-kanak mangsa perceraian hilang kasih sayang sama ada ibu atau bapa kandungnya.

Kelantan sedia kaji hukuman berat

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan akan menimbang supaya dikenakan hukuman lebih berat seperti sebat atau penjara terhadap pasangan negeri ini yang bercerai tanpa sebab munasabah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata walaupun jumlah pasangan bercerai di negeri itu berada pada peratusan yang rendah, namun hukuman berat boleh dipertimbangkan. Cadangan supaya dikenakan hukuman berat kepada pasangan bercerai, kerajaan negeri boleh pertimbangkan katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tawang, Hassan Mohamood pada sidang Dewan Undangan Negeri, di Kota Darulnaim, di sini, semalam. Beliau menjawab cadangan Hassan supaya dikenakan hukuman lebih berat seperti sebat atau penjara terhadap pasangan di negeri ini yang bercerai tanpa mempunyai jawapan munasabah untuk berbuat demikian.

Wan Ubaidah berkata, sepanjang tempoh lima tahun antara 2005 hingga 2010, purata perceraian di negeri itu ialah 14.67 peratus.

Katanya, mengikut perangkaan peratus perceraian di Kelantan tidak tinggi, malah sentiasa stabil dengan 13.5 peratus pada 2005 dan meningkat 14.4 peratus setahun kemudian, namun menurun 13 peratus (2007).

Bagaimanapun pada 2008, peratusan perceraian meningkat dengan mencatat 15.3 peratus dan setahun kemudian naik sehingga 16 peratus sebelum turun 15.8 peratus tahun lalu.

Pada 2008, kadar perceraian negeri ini berada pada tangga keempat bagi peringkat kebangsaan.

Pelbagai usaha dilakukan bagi mengatasi perceraian antaranya membabitkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Pusat Pembangunan Keluarga yang akan memberikan khidmat nasihat dalam usaha membaiki hubungan pasangan terbabit, katanya.

Beliau menasihatkan perempuan negeri ini yang hendak melangsungkan perkahwinan supaya mendapatkan nasihat dari pihak tertentu serta restu keluarga, bukan ambil di tengah jalan, katanya.

Jumaat, Oktober 14, 2011

Raja Bhutan - Raja Naga - Kahwin Usia 31

Raja Jigme Khesar Namgyal Wangchuck sebelum ini menimbulkan isu apabila tidak mempunyai kemahuan untuk mencari isteri kini telah pun berkahwin. Perkahwinan tersebut dibuat secara ringkas. Raja Bhutan sebelum ini terkenal kerana sikapnya yang merendah diri dan menghormati orang ramai.

Raja Naga kahwini orang biasa - PASANGAN pengantin diraja Bhutan mendukung seorang kanak-kanak selepas majlis perkahwinan mereka.

PUNAKHA, Bhutan - Pemerintah Bhutan, Raja Jigme Khesar Namgyal Wangchuck berkahwin dengan pengantin perempuan daripada golongan rakyat biasa dalam istiadat purba mengikut agama Buddha yang diadakan di sebuah kuil bersejarah di Bhutan.

Memakai gelaran Raja Naga Kelima, Raja Jigme Wangchuck turun dari takhta emas di hadapan patung Buddha besar semalam, sebelum meletakkan mahkota di atas kepala pengantin perempuan, Jetsun Pema.

Kemudian, Raja Jigme, 31, kembali ke takhtanya. Sementara Pema duduk di sisinya sebagai permaisuri baharu Bhutan.

Pema yang baru berusia 21 tahun dan masih belajar merupakan anak perempuan seorang juruterbang komersial.

Upacara perkahwinan diraja itu disiarkan secara langsung di Bhutan, sebuah negara yang memiliki cuma 700,000 penduduk.

Beribu-ribu orang yang memakai pakaian tradisi negara di Banjaran Himalaya itu berkumpul di luar kuil berkenaan untuk memeriahkan lagi istiadat perkahwinan diraja tersebut. - AP

Raja Bhutan kahwin anak juruterbang - Tamat zaman bujang pada usia 31

PUNAKHA (Bhutan): Raja negara kecil Himalaya, Bhutan melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis rakyat biasa semalam dalam satu majlis mengikut tradisi agama Buddha di kuil paling suci di negara itu. Raja Jigme Khesar Namgyal Wangchuck, yang memakai mahkota hitam berkilat, turun dari takhta emas di hadapan patung Buddha untuk meletakkan mahkota kecil broked di atas kepala pengantin perempuan, Jetsun Prema. Gadis yang menjadi pilihan hatinya adalah anak kepada seorang juruterbang dan sudah pun menjalani sesi perkenalan dengan penjelajahan ke kampung pedalaman di negara itu sejak raja itu mengumumkan kepada Parlimen pada Mei, “Kini, tiba masa untuk saya berkahwin,”.

Keluarga dan rakan berkata perkahwinan itu berdasarkan cinta dan pasangan itu sudah tinggal bersama sejak lapan bulan lalu. Malah, keluarga gadis itu sudah lama dikenali di kalangan kerabat diraja.

Sami mengumumkan majlis itu sebaik Prema mengambil tempat duduk di sebelah suaminya sebagai permaisuri baru negara itu.

Perkahwinan itu menjadi tumpuan negara, yang sebelum ini mencetuskan isu apabila raja yang berusia 31 tahun tiada kemahuan untuk mencari pasangan dan memulakan keluarga sendiri sejak bapanya bersara dan menyerahkan kuasa kepadanya lima tahun lalu.

Majlis bermula jam 8.20 pagi, iaitu masa yang ditetapkan peramal diraja apabila raja itu memakai pakaian kuning berjalan ke perkarangan biara yang dibina sejak kurun ke-17 di ibu kota purba Punakha dan memanjat tangga ke dalam.

Beberapa minit kemudian, pengantin perempuan berusia 21 tahun tiba pada akhir perarakan manakala sami berjubah merah dan pemegang bendera berjalan di jambatan kayu menyeberangi sungai biru di sebelah kubu dan mengikuti suaminya ke dalam.

Di dalam, ketua sami negara, yang mengetuai perkahwinan itu melaksanakan majlis penyucian kepada pasangan berkenaan di depan hamparan besar Thongdal milik pengasas Bhutan kurun ke-17, Raja sami Zhabdrung.

Pasangan itu kemudian ke kuil untuk majlis yang disiarkan secara langsung dalam televisyen nasional, sehingga ketibaan raja, bapanya dan sami yang dikenali sebagai Je Khenpo memasuki makam Zhabdrug, barulah mereka dibenarkan membuat rakaman.

Tidak seperti perkahwinan diraja di negara lain seperti perkahwinan gilang gemilang Putera William dan Kate, tiada kerabat diraja asing, ketua negara atau selebriti dijemput. Hanya kerabat diraja Bhutan dan ribuan penduduk kampung berdekatan berkumpul di padang menanti pasangan diraja untuk meraikan mereka dan selebihnya 700,000 penduduk negara itu menonton di televisyen.

“Keseluruhan tema perkahwinan ini adalah satu upacara keluarga yang sangat ringkas, inilah keluarga Bhutan,” kata Setiausaha Maklumat Bhutan, Kinley Dorji.

Raja yang berpendidikan Oxford itu berminat untuk membangunkan negara dan melakukan perubahan dalam demokrasi dengan mewujudkan monarki berperlembagaan pada 2008.

Dengan imej muda, berambut hitam, beliau gemar berbasikal di jalan setiap petang dan mempunyai reputasi sebagai raja bujang yang digilai ramai gadis.

Kira-kira 60 pakar masakan dari 20 kampung di Bhutan menyiapkan juadah untuk tetamu.

Selepas majlis perkahwinan itu, pasangan diraja akan keluar ke jalan dari Punakha ke Thimphu dan disambut rakyat sepanjang jalan. – AP/ Agensi

Sabtu, Jun 05, 2010

Wedding Day

In all of the wedding cake, hope is the sweetest of plums.
- Douglas Jerrold

Marriage--a book of which the first chapter is written in poetry and the remaining chapters written in prose.
- Beverly Nichols

Marriage is the mother of the world and preserves kingdoms, and fills cities, and churches, and heaven itself.
- Dr. Jeremy Taylor

There are three things that last: faith, hope and love, and the greatest of these is love.
- I Corinthians 13:13

Honor, riches, marriage-blessing
Long continuance, and increasing,
Hourly joys be still upon you!
- William Shakespeare

You were born together, and together you shall be for evermore....but let there be spaces in your togetherness. And let the winds of the heavens dance between you.
- Kahlil Gibran

The sum which two married people owe to one another defies calculation. It is an infinite debt, which can only be discharged through all eternity.
- Johann Wolfgang von Goethe

Hark! The merry chimes are pealing,
Soft and glad the music swells,
Gaily in the night wind stealing,
Sweetly sound the wedding bells.
- Eliza Cook

Ask the child why it is born; ask the flower why it blossoms; ask the sun why it shines. I love you because I must love you.
- George P. Upton

Marriage is ever made by destiny.
- George Chapman

Two human loves make one divine.
- Elizabeth Barrett Browning

A happy marriage is a new beginning of life, a new starting point for happiness and usefulness.
- Dean Stanley

Wedded love is founded on esteem.
- Elijah Fenton

I have spread my dreams beneath your feet;
Tread softly because you tread on my dreams.
- W.B. Yeats

Something old, something new, something borrowed, something blue.
- Old English Rhyme

Marriage is the perfection of what love aimed at, ignorant of what it sought. - Ralph Waldo Emerson
To have and to hold from this day forward, for better or worse, for richer for poorer, in sickness and in health, to love and to cherish to death do us part.
- Book of Common Prayer bride's hands

When you meet someone who can cook and do housework--don't hesitate a minute--marry him.
- Unknown

When you make a sacrifice in marriage, you're sacrificing not to each other but to unity in a relationship.
- Joseph Campbell

Let us celebrate the occasion with wine and sweet words.
- Plautus

There is nothing half so sweet in life
As love's young dream.
- Thomas Moore

He is blessed in love alone,
Who loves for years and loves but one.
- Sir A. Hunt

Grace and remembrance be to you both.
- William Shakespeare

One should believe in marriage as in the immortality of the soul.
- Honore de Balzac

Two souls with but a single thought,
Two heart that beat as one.
- Franz Joseph von Munch-Bellinghausen

To keep your marriage brimming,
With love in the wedding cup,
Whenever you're wrong, admit it;
Whenever you're right, shut up.
- Ogden Nash
wedding rings With this ring I thee wed, with my body I thee worship, and with all my worldly goods I thee endow.
- Book of Common Prayer

Whatever souls are made of, his and mine are the same.
- Emily Bronte

Happy and thrice happy are those who enjoy an uninterrupted union, and whose love, unbroken by any sour complaints, shall not dissolve until the last day of their existence.
- Horace

He is the half part of a blessed man
Left to be finished by such as she:
And she a fair divided excellence
Whose fulness of perfection lies in him.
- William Shakespeare

Heaven give you many, many merry days.
- William Shakespeare

A good marriage is that in which each appoints the other guardian of his solitude.
- Rainer Maria Rilke

We come to love not by finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly.
- Sam Keen

Hail, wedded love, mysterious law; true source of human happiness.
.- Milton

Now join hands, and with your hands your hearts.
- William Shakespeare

Come live with me and be my love,
And we will some new pleasures prove
Of golden sands and crystal brooks,
With silken lines and silver hooks.
- John Donne


To keep your marriage brimming, with love in the wedding cup, whenever you’re wrong, admit it; whenever you’re right, shut up.

In all of the wedding cake, hope is the sweetest of plums.

Marriage–a book of which the first chapter is written in poetry and the remaining chapters written in prose.

A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.

My Greatest wish for the two of you is that through the years your love for each other will so deepen and grow, that years from now you will look back on this day, your wedding day, as the day you loved each other the least.

Look down you gods, and on this couple drop a blessed crown.

Here’s to the groom, a man who keeps his head though he loses his heart.

A thing of beauty is a joy forever. Here’s to these beautiful bridesmaids.

Our wedding was many years ago. The celebration continues to this day.

It’s so great to find that one special person you want to annoy for the rest of your life.

A wedding anniversary is the celebration of love, trust, partnership, tolerance and tenacity. The order varies for any given year.

Love does not consist of gazing at each other, but in looking together in the same direction.

Love one another and you will be happy. It’s as simple and as difficult as that.

Love is not singular except in syllable.

It took great courage to ask a beautiful young woman to marry me. Believe me, it is easier to play the whole Petrushka on the piano.

An anniversary says, “Think of the dreams you have weathered together. They are intimate accomplishments.

Many marriages would be better if the husband and wife clearly understood that they’re on the same side.

To love someone deeply gives you strength. Being loved by someone deeply gives you courage.

She knows all about me and loves me just the same.

May she share everything with her husband, including the housework.

Happy marriages begin when we marry the one we love, and they blossom when we love the one we married.

Isnin, Januari 01, 2007

Adat-adat Perkahwinan

Bangsa Melayu kaya dengan adat. Adat merupakan penghormatan terhadap satu pihak daripada satu pihak yang lain. Adat dapat mengeratkan hubungan. Adat juga diciptakan berdasarkan pengalaman orang-orang dahulu kala. Adat-adat perkahwinan orang Melayu boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat atau fasa seperti berikut:

  1. merisik,
  2. meminang,
  3. menghantar tanda,
  4. hantaran belanja,
  5. menjemput,
  6. akad nikah,
  7. berinai besar,
  8. bersanding
  9. jemput menantu.


Merisik

Merisik. Diambil daripada kata risik atau siasat. Dalam keadaan ini, keluarga pihak lelaki atau keluarga pihak wanita akan menziarahi rumah keluarga pihak yang ingin dijadikan besan. Tujuaannya adalah untuk saling kenal-mengenal dan mengetahui status si gadis atau si teruna sama ada sudah berpunya atau belum.



Meminang
Apabila sudah mendapat persetujuan daripada dua-dua pihak, meminang akan dilaksanakan. Wakil dari kedua-dua pihak akan dihantar untuk meminang. Perkara-perkara yang dibincangkan semasa meminang termasuklah hantar belanja, persalinan dan tempoh bertunang.
Jawatan Ketua Adat dan Ketua Syarak biasanya diwujudkan, dan orang-orang ini akan bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan meminang dan seterusnya.


Menghantar tanda
Tanda di sini berkaitan dengan cincin pertunangan. Juga dipanggil sebagai cincin penanda atau cincin tanda. Ini menunjukkan individu tersebut sudah ditanda, iaitu sudah berpunya. Biasanya dibuat majlis pertunangan. Dalam majlis ini, akan turut dibincangkan mengenai urusan perkahwinan.



Hantaran belanja
Kedua-dua belah pihak akan diketuai oleh Ketua Syarak atau Ketua Adat. Wang hantaran akan dihantar dan digubah dalam pelbagai bentuk yang menarik. Selain wang, turut dihantar bunga rampai, sirih junjung atau tepak sirih, pahar telur merah, nasi semangat, alat solek, buah-buahan dan sebagainya.

Adat ini dipercayai ada kaitannya dengan pengaruh budaya Hindu.



Menjemput
Menjemput di sini bermaksud memberitahu dan mengajak orang-orang kampung untuk datang ke majlis perkahwinan yang bakal diadakan. Kenduri biasanya akan dimulakan di rumah pengantin perempuan.



Akad nikah
Akad nikah merupakan perkara wajib dalam perkahwinan, berkait rapat dengan keagamaan. Imam akan mewakili wali perempuan, menjadi juru nikah, sambil berdepan dengan bakal pengantin lelaki. Selepas selesai akad nikah, maka sahlah sudah pasangan suami isteri. Dalam upacara ini, juga disahkan hantaran dan lain-lain. Mas kahwin disebut sama ada hutang atau tunai. Selepas akad nikah, biasanya akan diadakan upacara berinai dan bersanding.

Mas kahwin ini adalah untuk kegunaan suami isteri. Boleh dikatakan sebagai belanja kehidupan suami isteri yang baru berkahwin.



Berinai besar
Pengantin akan berpakaian seperti golongan bangsawan dan raja-raja. Warna baju pengantin lelaki dan perempuan adalah sama. Pengantin lelaki akan datang ke rumah pengantin perempuan dengan iringan kompang. Pengantin akan duduk di atas pelamin. Inai akan dipakaian ke kuku dan hujung jari pengantin lelaki terlebih dahulu oleh ahli keluarga pengantin.



Bersanding
Pada hari persandingan, jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki serta rombongannya akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama jika ia belum dihantar terlebih dahulu.

Hari persandingan atau kenduri kahwin atau majlis perkahwinan, akan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki akan diarak dan diiringi dengan selawat dan pukulan kompang dari satu tempat khusus, kebiasaannya rumah keluarga pihak lelaki atau rumah sanak-saudaranya, menuju ke rumah pengantin wanita. Hantaran akan turut dibawa bersama.



Jemput menantu
Majlis jemput menantu atau ‘menyambut menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki. Biasanya diadakan pada hari-hari bilangan ganjil, iaitu hari ketiga, kelima atau ketujuh. Selepas tinggal di rumah pengantin wanita, pasangan pengantin akan pergi pula ke rumah pengantin lelaki.

Rabu, Disember 20, 2006

Petua Kelakian Dan Seksologi

Petua : Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing, ambil beberapa biji lobak putih campur dengan batang kangkung bersama akarnya, direbus sekali. Selepas air itu menjadi suam, amalkan meminum air itu. Insya-Allah sekiranya seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang, ia akan memecahkan batu karang tersebut. Sekiranya tidak ada, ia mencegah dari mendapat penyakit batu karang.


Petua : Masalah Bau Badan
Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul tawas. Sapukan air ke tangan dan sapukan tangan ke permukaan tawas. Selepas itu sapukan pula tangan ke badan. Insyallah, bau badan dapat dikurangkan. Elakkan menyapu ketulan tawas terus ke badan kerana permukaan tawas yg tidak licin. Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka kecil.


Petua : Menguatkan Tenaga Batin Si Wanita
Bagi wanita yg mahukan lebih tenaga sewaktu bertarung dengan si suami amalkan petua ini selama 3 pagi berturut-turut:

Hendaklah bangun tidur sebelum si suami terjaga (Peringatan: petua ini tidak akan mujarab sekiranya si suami sudah terjaga), rendamkan 3 jenis daun bunga yang berasingan, (sebaiknya bunga yang berlainan warna) bersama dengan sedikit madu asli ke dalam sebaldi air suam selama 30 minit. Mandi menggunakan air ini. Selepas itu barulah kejutkan si suami untuk mengetahui hasilnya.


Petua : Menguatkan Dan Membesarkan Zakar
Semasa zakar masih lembik, pegang dan tarik kepala zakar ke bawah antara kedua belah kaki. Tarik ke sebelah kiri dan tahan selama lebih kurang 5 minit iaitu sebanyak 3 kali sehari (apabila mandi pagi, tengahari dan petang) nescaya dapat membantu membesarkan, memanjangkan saiz dan menguatkan serta mengeraskan zakar anda.


Petua : Tambah Tenaga Jimak
Untuk menambahkan tenaga semasa bersetubuh di mana sila amalkan petua berikut:

  1. Kalau nak buang air besar jangan seiring dgn air kecil. Oleh itu kalau hendak buang air besar maka air kecil harus ditahan dan tarik nafas, begitu juga sebaliknya. Yang penting jangan buang kedua-duanya sekali.
  2. Amalkan dikepalkan sebesar ibu jari nasi dan telan semasa hendak mula makan.

Petua : Menguatkan Zakar ketika bersetubuh
Caranya amat mudah dan senang diamalkan iaitu:
  1. Sediakan segelas susu dan dicampur isi jagung 3x sehari atau lebih (amalkan).
  2. Sediakan segelas susu dan buah kismis (amalkan) 3x sehari atau lebih.
  3. Sediakan segelas susu dan kacang hijau yang dah direbus (amalkan) 3x sehari atau lebih.
Amalkan setiap yang disebut di atas selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah, terbukti hasilnya nanti untuk kelakian anda.


Petua : Lelaki Lambat KeluarAir Mani
Kalau anda seorang yang selalu cepat keluar air mani ketika bersetubuh cubalah petua ini, anda akan nikmati sendiri. Petuanya bila saja rasa air mani itu keluar, maka tariklah nafas anda sepanjang yang anda mampu dan bila ada rasa nak keluar lagi tarik lagi nafas semampu yang anda boleh, dan lakukan hingga seterusnya. Insya-Allah anda akan dapat menikmati persetubuhan yang lebih panjang.


Petua : Senaman Kuatkan Tenaga Batin
Untuk menguatkan tenaga batin lelaki caranya ialah, apabila bangun dari tidur,ambil sedikit air liur dari lelangit kemudian sapukan di kepala zakar. Perlu lakukan senaman tenaga batin, caranya:
  • Duduk bersila, tarik nafas sepenuhnya dan tahan nafas kemudian bongkokkan badan sampai mencecah kaki, bilang 7 detik, bangun dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan.
  • Dalam keadaan duduk bersila tadi, lunjurkan sebelah kaki kanan atau kiri, kemudian tarik nafas sepenuhnya tahan nafas 7 detik, cuba sentuh silang kaki yang dilunjurkan tadi sebanyak 7 kali.

Petua : Menguatkan Zakar
Sebelum bersetubuh, basuh atau rendamkan zakar dengan air suam selama beberapa minit. Ini akan menguatkan dan menegangkan lagi zakar anda.


Petua : Melambatkan Pancutan Air Mani
Ambil segengam akar pinang muda (2 tahun ke bawah), rebuskan bersama segengam daun tapak gajah (bentuk seperti tapak gajah, selalu dijumpai di pinggir hutan) sehingga air tinggal setengah daripada periuk, tapis dengan kain dan embunkan semalaman. Sebelum diminum digalakkan mengunyah asam keping untuk mengurangkan rasa payau. Amalkan sehari sebelum berjimak. Petua ini amat berkesan untuk melambatkan melambatkan pancutan air mani. Namun ia bergantung kepada keadaan mental individu. Semua ini terserah kepada ketentuan Allah.

Selasa, Disember 12, 2006

Peluk isteri 10 saat, panjang umur lima tahun!

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

"Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh."

"Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah," katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

"Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap," katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

"Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri," kata Fadzilah.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

Fakta Kesihatan Seks Lelaki

Manfaat seks pada lelaki

Selain daripada memenuhi keperluan batin dan memuaskan nafsu, seks mempunyai banyak kelebihan untuk lelaki dalam menjalani kehidupan seharian.

Antaranya, seks dikatakan;

  • •Menguatkan sistem ketahanan tubuh badan dimana dengan adanya orgasma ia akan meningkatkan pengeluran sel-sel darah putih yang akan menentang kesakitan dan penyakit.
  • •Memperbaiki tubuh badan melalui regangan dan pergerakan yang terlibat ketika melakukan hubungan kelamin merupakan senaman untuk tubuh badan. la berkesan terutamanya pada otot-otot perut, paha dan punggung.
  • •Menurunkan berat badan kerana seks yang bertenaga adalah satu bentuk senaman yang hebat. Dalam satu sessi, kamu boleh membakar kira-kira 200 kalori, yang bersamaan 25 minit di atas Stairmaster, 45 minit berbasikal atau setengah jam berjoging.
  • •Membuat wajah berseri-seri dimana kehidupan seks yang hebat akan menjadikan kulit lebih cantik berbanding menggunakan sebarang losen atau ubat. Apabila rang yang kamu sayangi menyentuh dirimu, ia akan kelihatan di wajah. Anak mata kamu membesar dan rona merah kelihatan pada pipi kamu. Ini akan membuatkan wajah kamu kelihatan berseri-seri.


Zakar buaya ubati lemah syahwat

Selain daripada Tongkat Ali, sup ekor, lintah dan pelbagai rawatan lagi untuk menaikkan syahwat lelaki. Kini zakar buaya juga digunakan. Menurut mereka yang pakar dalam bab-bab perubatan tradisional ini zakar buaya dikatakan mengubati pelbagai penyakit seperti lemah syahwat, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, lelah dan sengal-sengal tulang.


50 juta benih untuk jadi manusia!!

Tahukah kamu untuk menjadikan seorang manusia, si ayah perlu mengeluarkan 50 juta benih atau sperma ke dalam rahim si ibu. Di samping itu, ukuran sperma juga tidak sama. Sperma yang menghasilkan anak lelaki saiznya lebih kecil berbandina sperma yana menghasilkan anak perempuan. Sperma lelaki juga dikatakan lebih laju dan akan lebih cepat sampai ke destinasi serta menghasilkan anak lelaki.


Makanan laut tingkatkan kualiti sperma!!

Ingin tingkatkan kualiti sperma! Manjakan diri kamu dengan makanan laut seperti abalone, tiram dan karangan laut yang lain. Makanan laut dikatakan mengandungi mineral yang boleh meningkatkan kualiti sperma.


Celery tingkatkan keinginan seks

Celery atau dikenali di kalangan kita daun saderi dikatakan boleh membantu meningkatkan seks. Menurut seorang penulis buku masakan Sweden, C.E. Hagdahl daun saderi ini dipercayai boleh meningkatkan keinginan seks atau boleh merangsangkan dengan cepat. la lebih elok jika dimakan mentah. Celery dikatakan mengandungi hormon androsterone. Menurut pakar kajian, hormon ini dikeluarkan melalui peluh dan dikatakan boleh memikat perempuan.


10 sebab mengapa Lelaki memilih untuk terus membujang

1. Memang tiada bernafsu terhadap wanita.

2.Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan oleh kekasih.

3. Dilahirkan dalam keluarga yang porak peranda atau pernah melihat kekejaman ayah terhadap ibunya.

4-Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berkahwin.

5-Takut tak bahagia apabila berkahwin nanti.

6. Tidak mempercayai golongan wanita.

7. Merasakan lebih bebas dan selesa hidup seorang diri.

8-Terlalu sibuk dengan pelajaran atau kerjaya.

9.Takut tidak boleh perform sebagai suami dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya.

10. Menulahkan pihak lain. Misalnya, "Sebab engkau tak kahwin dengan aku, sampai bila-bila aku tak kahwin. Padan muka engkau." (Sepatutnya padan muka aku!)


Seks boleh sembuhkan penyakit lelah

Seorang doktor di sebuah hospital persendirian berasa bingung kerana seorang pesakitnya sudah berulangkali datang untuk mendapatkan rawatan bagi masalah yang sama, iaitu masalah lelah. Biarpun telah diberikan pelbagai jenis ubat dan terapi, keadaan si pesakit tetap sama. Suatu hari si pesakit telah melakukan hubungan intim dengan pasangannya dan mencapai orgasme. Sama ada anda mahu percaya atau tidak, penyakit lelah yang dideritai terus hilang dan tidak pernah berulang lagi. Contoh di atas hanyalah satu daripada sekian banyak manfaat seks kepada kesihatan. Hubungan seks yang menyenangkan itu menyihatkan memang sudah ramai yang tahu, tetapi tahukah anda bahawa hubungan intim juga boleh menyembuhkan penyakit? Misalnya melancarkan peredaran darah, membaiki fungsi buah pinggang, menghilangkan ketegangan, melangsingkan tubuh badan, menguatkan otot-otot paha dan banyak lagi.


Lelaki juga boleh dingin seks

Tindak balas seksual bagi lelaki nampaknya menurun apabila meningkatnya umur seseorang lelaki itu. Semasa remaja, sistem saraf seksual lelaki amat mudah terangsang, hal-hal yang kecil boleh menyebabkan zakar menegang. Apabila lelaki bertambah dewasa mekanisme ketegangan kurang terangsang, ini disebabkan oleh beberapa faktor. Untuk membolehkan lelaki bertindak balas kepada seks dengan baik, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

* Tidak terlalu letih. Kalau terlalu letih, nafsu untuk melakukan hubugan seks akan terbantut. Oleh itu untuk mendapatkan kenikmatan dalam hubungan seks, pastikan tubuh berada dalam keadaan relaks.

* Tidak wujud ketidakselesaan fizikal yang berat seperti rasa bersalah, kecewa, marah, risau atau fikiran kacau atau rasa rendah diri.

* Emosi tidak terganggu seperti wujudnya rasa bersalah, kecewa, marah, risau atau fikiran kacau atau rasa rendah diri.

* Wujudnya dorongan atau minat untuk melakukan seks. Sepatutnya lelaki bergantung kepada perasaan sendiri, bukan kepada situasi. Jika isteri mahu jimak dan suami tidak bersedia, suami boleh membantu isteri untuk inzal dengan cara selain daripada jimak

* Lelaki yang ingin melakukan hubungan seks perlu berminat untuk melakukannya serta tertarik dengan pasangannya.

* Sebagai lelaki, tidak sepatutnya wujud perasaan risau mengenai betapa baguskah mereka ketika di ranjang dan sepatutnya tidak memikirkan apakah perasaan isteri mengenai dirinya dalam jimak.

* Sebelum melakukan hubungan intim, pastikan tidak wujud tekanan dalam perhubungan tersebut . Sebagai contoh, wujudnya perselisihan antara suami dan isteri.

* Semasa di usia tua, lelaki perlu lebih banyak rang-sangan fizikal terhadap zakar. Oleh itu, sebelum memulakan hubungan seks, rangsangan mental dan fizikal perlu dilakukan lebih kerap dan bersungguh-sungguh.

* Di samping itu, keadaan persekitaran fizikal yang baik seperti tiada gangguan, tidak diketahui atau di dengari oleh orang yang berhampiran, tiada gangguan telefon, atau cuaca tidak terlalu panas atau sejuk.

* Tidak minum arak atau mengambil dadah. Lelaki yang mempunyai masalah zakar tidak tegang perlu menjauhi arak dan dadah.


Lelaki juga bimbang masalah imej tubuh mereka!

BUKAN hanya wanita sahaja yang bimbang tentang penampilan dirinya sebaliknya golongan lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan tentang penampilan diri mereka terutama di hadapan pasangan masing-masing.

Menurut Penyunting Jumal Perubatan British, David Castle, rasa malu yang menebal menyebabkan golongan lelaki enggan berbincang secara terbuka mengenai masalah mereka.

Kita tahu bahawa wanita seringkali bimbang tentang saiz buah dadanya yang kononnya dianggap kecil, punggung yang agak lebar, selulit pada perut, paha dan garis-garis kedutan pada wajah. Lelaki juga menghadapi masalah yang sama dengan wanita iaitu sering tidak puas hati dengan penampilan tubuh mereka. Ada saja yang tidak kena. Tapi, tahukah anda bahawa masalah imej tubuh ini sebenamya lebih serius di kalangan lelaki. la dikenali sebagai gangguan dysmorphic.

Biasanya masalah yang menjadi kebimbangan golongan "gagah perkasa' ialah masalah tentang penampilan diri seperti jerawat dan parut, masalah keguguran rambut dan botak serta alat kelamin mereka.

Walaupun masalah ini tidak terlalu serius namun ia sedikit sebanyak membuatkan mereka sedikit tertekan dan ada juga golongan lelaki yang tidak dapat menjalani rutin seharian dengan normal. Hingga kini tidak dapat diketahui apakah punca masalah ini melanda golongan lelaki. Mungkin faktor psikologi, genetik dan tekanan sosial menjadikan mereka berfikiran begitu.


Kopi boleh mengaktifkan sperma

Selain daripada mencegah mengantuk, kandungan kafein dalam kopi juga boleh menpercepatkan gerak sperma. Hasil penyelidikan menunjukkan kafein yang dititiskan ke sperma secara ein vitroi iaitu di luar tubuh, mampu mendorong dava gerak, kecepatan dan kemampuan penetrasi sperma.
Daripada sperma normal yang berjumlah lebih kurang 20 juta/ml, tidak semua mampu memancut laju ke sasaran ovium iaitu sel telur. Hanya 50 peratus yang berhasil mencapai sasaran dengan kecepatan 40 mikrometer sesaat. Pada lelaki mandul, sperma tidak aktif yang berjumlah lebih daripada 50 peratus umumnya 'tidur', malas atau tidak berupaya untuk mencapai sasaran. Sperma yang lemah ini perlu dikejutkan supaya aktif kembali dan boleh berfungsi.

Dalam satu kajian yang dibuat, dengan menitiskan kafein sebanyak 6 milimolar pada cairan sperma secara langsung menjadikan sperma yang malas itu menjadi aktif. la meningkat daripada hanya 45.5 peratus kepada 59.5 peratus. Keaktifan juga bertambah. Kecepatan naik dari 41.2 mikrometer sesaat menjadi 43.3 mikrometer sesaat. Sebelum kafein dititiskan, jumlah sperma yang mampu menembusi gel acrylmaide sejauh 4 sm hanya 41 peratus. Setelah kafein dititiskan meningkat menjadi 55.9 peratus.

Kecepatan gerak sperma dan juga kemampuan penetrasinya sangat penting dalam proses pembuahan. Walaupun dari kajian tersebut mengatakan kafein itu elok, tapi berpada-padalah dalam pengambilannya. Ini kerana kafein tidak elok untuk penghidap migrain.

sumber: Forward E-Mail

Petua Pantang Larang Untuk Kesihatan Tenaga Batin

Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan sama ada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

  1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'. Batang zakar harus sentiasa panas.

  2. Jangan makan nasi berulamkan air. Minnum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

  3. Usah amalkan makan makanan bersifat ssejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

  4. Jauhi makan makanan yang kuahnya berllinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.

  5. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jimak.

  6. Elakkan minum air ketika badan sedangg panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

  7. Jangan makan kepak ayam daging keranaa ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

  8. Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

  9. Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

  10. Elakkan dari buang air ditempat air bbertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.

  11. Ini melatih mengawal otot zakar dengaan baik. Jangan amalkan melancap kerana ia memaaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

  12. Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.

  13. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

  14. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.

  15. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

  16. Jangan jimak di dalam air.

  17. Jangan terus minum air selepas jimak,, rehat dahulu 15 minit.

  18. Jangan biarkan pinggang terhentak denngan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

  19. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

  20. Jangan jima' isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit

  21. Jangan cungkil gigi dengan kemucup (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar menjadi ngilu dan kurang bertenaga


Petua : Senaman Kuatkan Tenaga Batin Batin

Untuk menguatkan tenaga batin lelaki caranya ialah:

  1. Apabila bangun dari tidur,ambil sedikit air liur dari lelangit kemudian sapukan di kepala zakar.


Perlu lakukan senaman tenaga batin, caranya:

  1. Duduk bersila, tarik nafas sepenuhnya dan tahan nafas kemudian bongkokkan badan sampai mencecah kaki, bilang 7 detik, bangun dan lepaskan nafas secara perlahan-lahan.

  2. Dalam keadaan duduk bersila tadi, lunjurkan sebelah kaki kanan atau kiri, kemudian tarik nafas sepenuhnya tahan nafas 7 detik, cuba sentuh silang kaki yang dilunjurkan tadi sebanyak 7 kali.

sumber: Forward E-mail

Rahsia Seks Lelaki

Rahsia Seks Lelaki

Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.



1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jimak

Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.


2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki

Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.


3. Lelaki Juga Perlukan Istimta

Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta’ yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.


4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks

Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks.

Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar menegnai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.

sumber: Forward E-mail

Formula 7 Herba Untuk Masalah Seksual Lelaki

Punca Mati Pucuk

Mati pucuk, satu masalah lazim dialami, membabitkan kegagalan melakukan hubungan seks yang memuaskan. Masalah lain yang berkait dengan hubungan seks termasuk lemah tenaga batindan masalah pengeluaran air mani, seperti ejakulasi pramatang. Penumpuan kedua-dua minda dan tubuh diperlukan ketika aktiviti seksual.

Sesetengah lelaki mungkin terdedah kepada risiko untuk mengalami permasalahanberkaitan seks, sama ada disebabkan penuaan atau pengaruh persekitaran, seperti tekanan dan keletihan. Faktor pemakanan juga mungkin terbabit.

Gangguan emosi boleh memburukkan lagi masalah mati pucuk, kemurungan, rasa bersalah, rendah diri, tekanan di tempat kerja atau rumah, konflik dalam rumah tangga atau individu lain dan risau mengenai prestasi seksual adalah antara punca lazim, kepada masalah perhubungan seks. Faktor itu menyumbang kepada 10 ke 20 peratus daripada kes mati pucuk.



Horny Goat Weed (Epimedium sagitatum)
Sejenis rumpai air, boleh membantu meningkatkan tenaga seks lelaki, selain memperbaiki masalah mati pucuk. Ia mempunyai kesan kepada testosteron, iaitu merangsang penghasilan sperma dan saraf deria.


Gingko (Gingko Biloba)
Membantu mengendurkan salur darah agar aliran darah dapat ditingkatkan bagi meningkatkan kebolehan mencapai dan mengekalkan ereksi ketika menerima rangsangan seksual.


Ginseng (Panax ginseng)
Menggalakkan aliran darah ke organ pembiakan dan meningkatkan tenaga.


Puncture Vine (Tribulus terrestris)
Memperbaiki mati pucuk dan ketidaksuburan, merangsang pengeluaran hormon dan meningkatkan tenaga seks lelaki.


Muira Puma (Liriosma ovata)
Berfungsi membantu mengekalkan ereksi.


Withania (Withania somnifera)
Baik untuk fungsi saraf yang sihat, sekligus membantu mengatasi mati pucuk akibat kelesuan. Ia juga meningkatkan tenaga seks dan bertindak sebagai tonik untuk melawan tekaan.


Damiana (Turnera diffusa)
Tonik seksual yang membantu meningkatkan kepekaan dan merangsangkan kepuasan seksual.


Formulasi herba yang mengabungkan tujuh jenis herba ini adalah baik untuk diambil setiap hari bagi membantu mengekalkan prestasi kesihatan seksual yang memuaskan.

Selain pengambilan herba yangkhususuntuk mengetasi masalah seksual, gaya hidup sihat juga memainkan peranan penting. Adalah penting supaya individu yang terbabit dengan masalah seksual, terutama akibat tekanan atau keletihan, memikirkan cara yang bersesuaian dan berkesan bagi mengatasi permasalahan ini.

Tinggalkan tekanan di tempat kerja dan jangan difikirkan mengenainya apabilapulang ke rumah. Tumpuan pada suasana di rumah yang lebih menceriakan di mana adanya anak dan isteri untuk bersenda gurau dan berbual.

Sikap terhadap pasangan juga penting. Elemen seperti gurauan, suasana ilik tidur yang romantis, aktiviti bercumbuan sebelum dan selepas melakukan hubungan serta sikap berterus terang dengan pasangan, boleh membantu mengatasi dan meningkatkan prestasi seksual.

Hargai pasangan dan terima dirinya dan diri anda seadanya. Adalah juga digalakkan untuk pasangan suami isteri itu meluangkan waktu untuk berdu-duaan tanpa gangguan anak bagi merapatkan kembali hubungan mereka.

Dipetik dan disusun semula berdasarkan sumber: Citra (Berita Harian) 25 Mei 2006

Khamis, April 21, 2005

Soal Jawab Agama - Orgasme Tanpa Bersetubuh

Orgasme Tanpa Bersetubuh - Beza Antara Mani Dengan Mazi
Berdasarkan tulisan Syaikh Shalih Al Munajid - Soal No. 2458


Soalan :

Biasanya ketika bangun tidur pada pagi hari saya mendapati cecair membasahi seluar dalam. Tidak kira saya mimpi basah atau buang air kecil, akan tetapi saya biasa mengeluarkan mazi atau cecair kental setiap kali bangun daripada tidur pada pagi hari. Biasanya saya mencuci pakaian dan seluar dalam saya disebabkan cecair itu. Kemudian saya baca di dalam sebuah buku bahawa jika cecair itu tidak mengandungi sperma dan hanya sekadar mazi sahaja, maka tidak perlu mandi janabah, cukup berwuduk sahaja jika hendak shalat. Jika memang demikian, bagaimanakah dengan pakaian yang terkena madzi itu? Saya perhatikan mazi itu juga keluar pada saat sempit dan sibuk padahal saya telah menjauhi seluruh perkara yang dapat menyebabkan keluarnya mazi!

Jawapan :
Alhamdulillah, beza antara mazi dengan mani adalah sebagai berikut:

1. Bentuk dan sifatnya.
Mani lelaki berbentuk cairan pekat berwarna putih, adapun mani wanita cair berwarna kuning. Sebagaimana disebutkan di dalam hadits Ummu Sulaim Radhiyallahu ‘Anha bahawad ia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tentang seorang wanita yang bermimpi di dalam tidur sebagaimana yang dialami kaum lelaki (mimpi basah).

Rasul SAW bersabda: "Jika dia melihat keluarnya mani maka wajib mandi."

Dengan malu-malu Ummu Sulaim Radhiyallahu ‘Anha bertanya: "Apakah seorang wanita juga mengalaminya (mimpi basah)?"

Rasul SAW menjawab: "Kalau begitu bagaimana mungkin seorang anak boleh mirip ibunya? Sesungguhnya mani lelaki itu pekat berwarna putih dan mani wanita cair berwarna kuning, siapa saja di antara keduanya yang lebih awal atau lebih dominan maka kemiripan akan condong kepadanya."

Muttafaqun ‘Alaihi (Shahih Muslim No:469)

Dalam Syarah Shahih Muslim (III/222), berkaitan dengan sabda nabi: Mani lelaki pekat berwarna putih, mani wanita encer berwarna kuning, Imam An-Nawawi berkata:

"Hadis ini merupakan kaedah yang sangat mulia di dalam menjelaskan bentuk dan sifat mani. Itulah sifatnya di dalam keadaan biasa dan normal. Alim ulama berkata: “Dalam keadaan sihat mani lelaki itu berwarna putih pekat memancar sedikit demi sedikit di saat keluar. Biasa keluar bila dikuasai dengan syahwat dan sangat nikmat saat keluarnya. Setelah keluar dia akan merasakan lemas dan akan mencium bau seperti bau mayang kurma, iaitu seperti bau adunan tepung. Warna mani boleh berubah disebabkan beberapa hal di antaranya: saat sedang sakit, maninya akan berubah cair dan kuning, atau kantung testis melemah sehingga mani keluar tanpa dipacu oleh syahwat, atau kerana terlalu sering bersenggama sehingga warna mani berubah merah seperti air perahan daging dan kadangkala yang keluar adalah darah.

Beberapa ciri yang dijadikan panduan dalam mengenal mani adalah:
  1. Memancar akibat dorongan syahwat disertai rasa lemah setelahnya.
  2. Baunya seperti bau mayang kurma sebagaimana yang telah dijelaskan.
  3. Keluarnya dengan memancar sedikit demi sedikit.

Salah satu dari ketiga ciri tersebut cukupkah untuk menentukan apakah yang keluar itu mani atau tidak?

Jika tidak ditemui salah satu daripada ketiga-tiga ciri di atas maka tidak boleh dihukumi sebagai mani kerana dengan begitu hampir boleh dipastikan bahawa ia bukan mani. Ini berkaitan dengan mani lelaki. Adapun mani wanita warnanya kuning dan cair. Kadangkala warnanya putih bila kekuatannya melebihi kadar biasa.

Ada dua ciri yang jadi panduan dalam menentukan mani wanita.
  1. Baunya seperti bau mani lelaki.
  2. Nikmat saat mengeluarkannya dan merasakan lemah setelah itu.

Adapun mazi, hanyalah cecair lekat berwarna putih. Biasanya keluar disebabkan mengkhayalkan hubungan intim atau terlintas keinginan berhubungan intim. Umumnya keluar tanpa dorongan syahwat, tidak memancar dan tidak disertai rasa lemah setelah mengeluarkannya. Keluarnya mazi biasanya dialami kaum wanita dan kaum lelaki, namun dalam hal ini kaum wanita lebih sering mengalaminya."

Silakan lihat Syarah Shahih Muslim karangan Imam An-Nawawi III/213.


2. Hukum yang timbul kerana mengeluarkan mani atau mazi.
Orang yang mengeluarkan mani diwajibkan mandi janabah, baik maninya keluar saat sedar kerana bersetubuh atau sebab lainnya ataupun saat tidur (mimpi basah). Adapun orang yang mengeluarkan mazi cukup berwuduk saja.

Dalilnya riwayat Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘Anhu dia berkata:
"Saya adalah seorang lelaki yang sering mengeluarkan madzi. Sayapun menyuruh Miqdad untuk menanyakan hal itu kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam."

Rasulullah berkata: "Cukup berwudhu’ saja!"

Muttafaqun ‘alaihi, matan di atas adalah riwayat Al-Bukhari.


Dalam kitab Al-Mughni (I/16 8) Ibnu Qudamah berkata:
"Ibnul Mundzir mengatakan: Ahli ilmu bersepakat bahawa keluarnya kotoran dari dubur, keluarnya air seni dari kemaluan, keluarnya mazi dan keluarnya angin dari dubur menyebabkan hadas serta membatalkan wuduk."


3. Hukum berkenaan dengan status thaharah dan status kenajisannya.

Menurut pendapat ulama yang terpilih mani statusnya suci. Dalilnya adalah riwayat ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha ia berkata:

"Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam biasanya mencuci pakaiannya yang terkena mani baru kemudian berangkat menuju shalat dengan mengenakan pakaian tersebut sementara aku masih boleh melihat bekas bilasan pada pakaian tersebut."
Muttafaqun ‘alaihi.

Dalam riwayat Muslim disebutkan:

“Aku pernah menggesek bekas mani yang tersisa pada pakaian Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam lalu beliau kenakan untuk solat.”

Dalam lafaz lain berbunyi:

“Aku pernah menggesek mani yang mengering pada pakaian beliau dengan kuku.”

Bahkan diriwayatkan secara shahih bahawa baginda membiarkannya saja mani yang masih basah (belum mengering). Cukup beliau mengusapnya dengan batang kayu atau sejenisnya. Sebagaimana disebutkan di dalam riwayat Ahmad (VI/243).

Diriwayatkan dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahwa dia berkata:

"Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah menghilangkan bekas mani pada pakaiannya dengan kayu idzkhir kemudian mengerjakan shalat dengan mengenakannya. Bila mani itu mengering beliau gosok kemudian mengerjakan shalat dengan mengenakannya.”
H.R Ibnu Khuzaimah dalam kitab Shahih beliau dan dinyatakan Hasan oleh Syaikh Al-Albani dalam Al-Irwa’ I/197)

Adapun mazi statusnya najis berdasarkan hadits Ali Radhiyallahu ‘Anhu di atas tadi.

Dalam sebahagian riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam memerintahkan beliau untuk mencuci zakar dan biji pelir lalu berwudhu’. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu ‘Awanah dalam Al-Mushtakhrij.

Dalam kitab At-Talkhis Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata:
"Sanadnya bersih tidak ada cacatnya. Oleh sebab itu, mazzi statusnya najis wajib mencuci zakar dan buah pelir kerana mengeluarknnya serta membatalkan wudhu’."


4. Status pakaian yang terkena mani dan mazi.
Menurut pendapat ulama yang menyatakan mani itu suci maka pakaian yang terkena mani tidaklah najis.

Seseorang boleh mengerjakan solat dengan menggunakan pakaian tersebut.

Dalam kitab Al-Mughni (I/763) Ibnu Qudamah berkata:
"Dianjurkan agar menggesek mani yang melekat pada pakaian meskipun kita telah menyatakan bahawa mani itu suci. Namun tetap sah solat dengan mengenakan pakaian yang terkena mani sekalipun belum digesek."

Adapun madzi, maka cukuplah dengan memercikkan air pada pakaian yang terkena, kerana sangat menyulitkan bila harus dicuci.

Dalilnya adalah riwayat Abu Dawud dalam Sunannya dari Sahal bin Hanif Radhiyallahu ‘Anhu bahawa dia berkata:

"Saya merasakan kesulitan yang sangat disebabkan sering mengeluarkan madzi sehingga saya berulangkali mandi. Lalu saya tanyakan hal tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Baginda SAW menjawab: "Cukup bagimu berwuduk!"

"Wahai Rasulullah, bagaimana dengan pakaian yang terkena madzi?" tanyaku lagi.

"Cukup engkau ambil seceduk air lalu percikkan tempat yang diyakini terkena madzi," jawab beliau.

H.R At-Tirmidzi, ia berkata: Hadits ini hasan shahih, kami tidak mengetahui hadis tentang madzi dari Muhammad bin Ishaq kecuali riwayat ini.

Penulis kitab Tuhfatul Ahwadzi (I/373) berkata: "Hadis di atas merupakan dalil bahawa apabila madzi mengenai pakaian maka cukup dipercikkan air pada bahagian yang terkena dan tidak perlu dicuci.

Wallahualam.


Sumber:
  • Islam Tanya & Jawab - Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid
  • http://groups.yahoo.com/group/assunnah/message/29943

Soal Jawab Agama - Hukum Oral Seks dan Air Mazi

Soalan 1:

Jika hukum perbuatan seks tersebut adalah harus/makruh, bagaimana mungkin ia dapat dilakukan sedangkan air mazi itu najis?

Setahu saya najis adalah bahan perkumuhan dari sistem badan. Air mazi hanyalah bahan cecair pada anggota badan yang bertujuan untuk melicinkan anggota tersebut dan ia bukan bahan perkumuhan dari badan.

Soalan 2:

Jadi mengapakah air mazi dikategorikan sebagai najis? Apakah hukumnya berdasarkan ijma’ atau sememangnya hukum yang telah tetapkan Allah? Bolehkah ustaz nyatakan dalilnya?

Bukan bermaksud untuk mempertikaikan hukum Allah. Tetapi saya keliru kerana terdapat dua hukum dalam satu keadaan yang sama.

1. Harus/makruh pada perbuatan seks itu.

2. Haram dan najis pada air mazi.

Sekian.

Wassalam


Jawapan:

Hukum makruh bagi isteri melakukan seks oral kepada zakar suami dan harus suami melakukan seks oral kepada faraj isteri adalah dua hukum yg berdasarkan dzann (sangkaan) sahaja. Ini kerana tidak ada dalil yang langsung menyentuh isu seks yang luar biasa memandangkan kejadian budaya Islam yang tinggi dan luhur. Oral seks masih diwartakan dalam Kanun keseksaan Hukum Sivil Malaysia sebagai seks luar tabii, ini menunjukkan penggubal perundangan sivil Malaya dulu melihat seks oral sebagai seks luar tabii (tabiat seks luar biasa).

Kitab-kitab klasik fiqh langsung tidak membahaskan hukum oral seks. Hanya internet dan industri filem biru yg mempopularkan jenis-jenis seks luar biasa seperti oral, anal, lesbian, gay, beastiality (seks dengan binatang), dan macam-macam lagi.

Kita berpendapat oral seks perlu dijauhi kerana walaupun seks itu halal dan isteri itu pakaian bagi lelaki dan suami itu pakaian bagi isteri tapi ia masih tertakluk pada adab dan ketaqwaan. Seperti juga makan dan minum, ia adalah harus, kita tertakluk pada adab-adab makan, namun Barat mengajar cara makan yang melampaui batas, mereka makan burger dan piza sambil menari, dan meneguk air bikarbonat mereka, sambil berjalan dan berlari.

Maka seks pun begitu, kita umat Islam menikmati seks dengan beradab, maka biarkan orang Barat menikmati seks mereka dengan melampaui batas. Gempa seks atau sexual revolution yang melanda Barat amat menakutkan sekali, bahkan jika industri VCD lucah yg berleluasa sekarang jika tidak dapat dibendung akan mengundang padah kepada umat Islam juga, bila evolusi seks biru ini menular dalam masyarakat.

Maka kami tidak berani hendak mentahkik hukum oral seks ini sehingga fuqaha’ dan mujtahid pada kemudian hari melihat dan mengkaji dan mengeluarkan suatu hukum yang muktamad sebagaimana hukum dadah dan rokok.

2. Mazi adalah najis menurut kesepakatan ahli hadis (Albani, Tamamul Minnah). Dalil: HR Bukhari-Muslim dari Ali bin Abi Talib RA. Maka jika mazi ini najis dan sabit kenajisannya melalui hadis sahih, maka anda boleh membuat hukum yg wajar untuk oral seks. Lelaki dan wanita mengeluarkan cecair mazi semasa ghairah dan mazi itu najis dan jika cecair najis ini masuk dalam mulut, maka sudah tentu syarak memandang serius masalah najis yang diambil secara sengaja.

Sumber: www.al-ahkam.net



Soalan 3: Apa hukum oral seks?

Jawapan:

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi Hafizhohullah menjawab sebagai berikut:

"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan (maksudnya memancarkan mani, mazi dan sebagainya). Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya. Dan Syaikh Ibnu Baz Rahimahullah telah berfatwa tentang haramnya hal tersebut – sebagaimana yang saya dengarkan langsung daripada beliau -."

Dan dalam kitab Masa`il Nisa’iyyah Mukhtarah Min Al-`Allamah Al-Albany karya Ummu Ayyub Nurah bintu Hasan Ghawi hal. 197 (cet. Majalisul Huda AI¬Jaza’ir), Muhadits dan Mujaddid zaman ini, Asy-Syaikh AI-`Allamah Muhammad Nashiruddin AI-Albany Rahimahullah ditanya sebagai berikut:

"Apakah boleh seorang perempuan mencumbu batang kemaluan (zakar) suaminya dengan mulutnya, dan seorang lelaki sebaliknya?"


Beliau menjawab:

"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadis, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa nabi Sallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan - sebagai penguat yang telah lalu -, apalagi haiwan yang telah dlketahui kejelekan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan."

Dan salah seorang ulama besar kota Madinah, Asy-Syaikh AI-`Allamah `Ubaid bin ‘Abdillah bin Sulaiman AI-Jabiry hafizhahullah dalam sebuah rakaman, beliau ditanya sebagai berikut,

"Apa hukum oral seks?"

Beliau menjawab:

"Ini adalah haram, kerana is termasuk tasyabbuh dengan haiwan-haiwan. Namun ramai di kalangan kaum muslimin yang tertimpa oleh perkara-perkara yang rendah lagi ganjil menurut syari’at, akal dan fitrah seperti ini. Hal tersebut kerana mereka menghabiskan waktunya untuk mengikuti rangkaian film-film porno melalui video atau televisyen yang rosak. Seorang lelaki muslim berkewajipan untuk menghormati isterinya dan jangan dia berhubungan dengannya kecuali sesuai dengan perintah Allah. Kalau dia berhubungan dengannya selain dari tempat yang Allah halalkan baginya maka tergolong melampaui batas dan bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya shallallahu ‘alahi wa sallam."


Dikutip dari majalah An-Nashihah Volume 10 1427H/2006M

Sumber: http://www.darussalaf.org/stories.php?id=276

Soal Jawab Agama - Hukum Melancap Atau Onani

Pertanyaan:

Ada seseorang yang berkata: Apabila seorang lelaki melakukan onani atau lancap, apakah hal itu boleh disebut zina dan apakah hukumnya?


Jawapan:

Ini yang disebut oleh sebahagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan “istimna” (onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah SWT ketika menyebutkan orang-orang Mukmin dan sifat-sifatnya berfirman,


وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7).

Al-’adiy ertinya orang yang zhalim yang melanggar peraturan-peraturan Allah.

Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bahawa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan isterinya dan melakukan onani, maka bererti dia telah melampaui batas; dan tidak syak lagi bahawa onani itu melanggar batasan Allah.

Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa kebiasaan tersembunyi (onani) itu haram hukumnya. Kebiasaan rahsia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat bergejolak. Perbuatan ini tidak boleh dia lakukan, ini kerana ia mengandungi banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para doktor kesihatan. Bahkan ada sebahagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasaan buruk tersebut. Kewajipan anda, wahai orang yang bertanya, adalah mewaspadainya dan menjauhi kebiasaan buruk itu kerana sangat banyak mengandungi bahaya yang sudah tidak diragukan lagi, dan juga kerana bertentangan dengan makna yang jelas dari ayat al-Qur’an dan menyalahi apa yang dihalalkan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya. Maka dia wajib segera meninggalkan dan mewaspadainya. Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa, sebagaimana arahan Rasulullah SAW:


يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.

“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).

Di dalam hadis ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”

Pada hadis tadi Rasulullah SAW menyebutkan dua hal, iaitu:

Pertama, Segera bernikah bagi yang mampu.

Kedua, Meredakan nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu bernikah, kerana puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syaitan.

Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam . Insya Allah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya. Bernikah itu merupakan amal soleh dan orang yang bernikah pasti mendapat pertolongan, sebagaimana Rasulullah tegaskan di dalam hadisnya,

ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِيْ يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِيْ يُرِيْدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ.

“Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah SWT; al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).



Rujukan:

Fatwa Syaikh Bin Baz, dimuat di dalam majalah al-Buhuts, edisi 26, hal. 129-130.
Disalin dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 1, penerbit Darul Haq.