BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Sekolah Vokasional. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekolah Vokasional. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 13, 2012

Lebih Cepat Kaya: Masa Depan Pelajar Lulusan Vokasional Lebih Cerah Berbanding Pendidikan Akademik Biasa

LEBIH CEPAT KAYA KALAU KENA CARANYA
Strategi yang betul akan membolehkan pelajar lulusan vokasional menjadi lebih cepat kaya berbanding pelajar lulusan akademik biasa. Sila ikuti petikan berita di bawah ini:

BUTTERWORTH: Ibu bapa diminta supaya mengubah tanggapan kononnya pendidikan vokasional adalah sebagai kelas kedua, kerana kelulusan bidang vokasional sekarang ini mempunyai masa depan yang cerah berbanding pendidikan akademik biasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata kelulusan dalam bidang kemahiran sebenarnya kini mendapat permintaan tinggi dari sektor swasta dan tenaga kerja mahir juga diperlukan untuk menjana ekonomi negara.

"Bidang vokasional jelas mampu melahirkan modal insan kelas pertama ke arah menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Kecekapan Kemahiran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) kepada 435 pelatih di Dewan Besar Sungai Dua di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebagai contohnya, tenaga kerja di negara-negara maju adalah golongan yang mendapat pendidikan dalam bidang vokasional.

Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengikuti latihan selama sembilan bulan anjuran Akademi Binaan Malaysia Utara Sdn Bhd, (ABM) dan CIDB menikmati gaji antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan.

Beliau berkata, pelatih bekenaan senang mendapat pekerjaan kerana mempunyai kemahiran berbanding siswazah yang menamatkan pengajian di universiti dan ini membuktikan permintaan terhadap tenaga kerja berkemahiran adalah meningkat. - Benama

Selasa, September 09, 2008

Sekolah Vokasional - Definisi - Sejarah - Fakta

Sekolah Pendidikan Vokasional
Berbeza dengan Sekolah Pendidikan Teknik, Sekolah Pendidikan Vokasional lebih menjurus ke dalam bidang-bidang pertukangan dan kemahiran.


Takrif Sekolah Pendidikan Vokasional
Kursus lepasan PMR selama 2 tahun di Sekolah Menengah Teknik. Akan menduduki Peperiksaan SPM setelah tamat. Di antara jurusan yang ditawarkan ialah:


1. Bidang Ketukangan Kejuruteraan
  • Elektrik
  • Elektronik
  • Amalan Bengkel Mesin
  • Kimpalan dan Fabrikasi Logam
  • Automatif
  • Binaan Bangunan
  • Penyejukan dan Penyamanan Udara


2. Bidang Ekonomi Rumahtangga
  • Katering dan Penyediaan Makanan
  • Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian Seni Kecantikan
  • Asuhan Kanak-Kanak
  • Bakeri dan Konfeksioneri


3. Bidang Perdagangan
  • Pengurusan Perniagaan


4. Bidang Pertanian
  • Hortikultur Hiasan

5. Kejenteraan Ladang
  • Pengurusan Ladang


Pendaftaran Sekolah Pendidikan Vokasional
Borang pendaftaran masuk sekolah boleh didapati daripada sekolah-sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal. Syarat-syarat berikut hendaklah dipenuhi bagi melayakkan diri diterima masuk ke sekolah ini:
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan dan tidak menghidapi penyakit.

Pemohon Dari Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
  1. Berada di Tingkatan 3 dan mengambil Penilaian Menengah Rendah(PMR) 1998 dan memenuhi syarat memasuki Tingkatan 4 tahun 1999.

Pemohon Dari Sekolah Bukan Bantuan Penuh Kerajaan
  1. Berada di Tingkatan 3 dan mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) 1998 dan layak memohon memasuki Tingkatan 4 di sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan.
  2. Dilahirkan dalam tahun 1982 atau selepasnya
  3. Tidak tertahan di mana-mana Tingkatan atau darjah terdahulu daripada tahun 1997.
  4. Bagi yang melalui Kelas Peralihan (Remove Class) hendaklah dilahirkan pada tahun 1981 atau selepasnya.

Catatan: Pemohon kategori ini hanya akan dipertimbangkan sekiranya ada kekosongan tempat.