BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Johor. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 19, 2018

DESARU COAST ADVENTURE WATERPARK (Desaru, Johor, Jun 2018)


Desaru Coast Adventure Waterpark adalah taman tema air yang terbaru di Malaysia dan juga di negeri Johor. Desaru Coast Adventure Waterpark memiliki kolam berombak yang merupakan antara kolam berombak terbesar di dunia. Wave Pool Desaru Coast Adventure Waterpark ini dipanggil sebagai Tidal Wave Beach.

Kid Ahoy merupakan taman permainan air khusus untuk kanak-kanak dan awal remaja. Sesuai untuk budak-budak kecil bermain. Terdapat 13 slaid air dan peralatan permainan air.

Riptide adalah permainan air yang mengutamakan kelajuan. Empat orang akan bersama-sama menaiki pelampung yang telah direkacipta untuk empat orang. Ia sesuai untuk mereka yang mencari peluang untuk menjerit sekuat-kuat hati kerana perasaan panik dan cemas yang diselangi perasaan menghiburkan.

Kraken's Revenge adalah rollercoaster air di mana anda akan dibawa naik ke puncak setinggi 30 meter dan kemudian menjunam ke bawah dengan kelajuan 70 kilometer sejam. Pasti menggegarkan jantung dan jeritlah sekuat-kuat hati atau menguap mengantuk sekiranya anda mampu.

Surf Wall adalah tempat bagi mereka yang baru bermula atau baru belajar bermain meluncur air dan ombak. Jika anda tidak pernah meluncur ombak, ini adalah tempat yang sesuai untuk bermula. Tidak perlu takut pada ikan jerung di lautan.

On Wild Whirl akan membawa anda yang berada di atas pelampung, berputar-putar mengelilingi lubuk sebelum ditelan ke dalam terowong dalam. Peluang merasai bagaimana berada di dalam kapal atau rakit yang karam ditelan lubuk pusar.

The Super Twister akan membawa penunggang pelampung bergerak secara bergoyang-goyang ke kiri dan ke kanan dinding slaid air, seolah-olah berada di jeram atau sungai yang berarus deras, sebelum keluar menerusi terowong-terowong tertentu.

The Tempest kelihatan amat menggerunkan apabila penunggang pelampung dibawa setinggi 24 kaki menerusi corong tenaga yang akan melontar para penunggang pelampung yang akan membawa anda menerusi tiub sekitar 55 kaki panjang sebelum ditelan pusaran.

Penawar River adalah tempat untuk mereka yang ingin bermalas-malasan dihanyutkan air sungai sejauh 350 meter sambil menghanguskan kulit sambil melihat pemandangan di sekitar tebing sungai yang terdiri daripada kebanyakan permainan yang pernah disebutkan tadi.

Penawar Falls terdiri daripada tiga jenis air terjun yang akan membawa anda ke satu dunia fantasi berkenaan wira, lanun dan orang kampung yang tidak berdosa.

Sekiranya anda seorang yang takutkan air, anda boleh mencuba The Swinging Ship yang akan membuatkan perut anda geli dan ketawa berdekah-dekah.

Anda juga boleh mencuba pelbagai jenis makanan yang ada dijual di sini selain tinggal di resort-resort berhampiran. Terdapat perkhidmatan bas shuttle setiap 15 minit untuk memudahkan pergerakan anda.

Taman tema iar Desaru Coast Adventure Waterpark dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.

Rabu, September 05, 2012

KFC 24 JAM - KFC 24 HOURS JOHOR

KFC 24 JAM - KFC 24 HOURS JOHOR BAHRU, KLUANG, MUAR, PASIR GUDANG, SENAI
Berikut adalah senarai restoran atau premis Kentucky Fried Chicken yang beroperasi selama 24 jam sehari di sekitar negeri Johor.

Damansara Aliff Drive Thru
Lot 413, Jalan Tampoi / Damansara Aliff Taman Damansara Aliff Johor Bahru 81200 Johor
Phone no.:+607-2348386

JB SENTRAL
Lot 3& 7, Main Hall JB Sentral Johor Bahru 80000 Johor

Setia Tropika Drive Thru
No.6, Jalan Setia Tropika 1/21 Taman Setia Tropika Johor Bahru 81200 Johor
Phone no.:+607-2325014-085

Nusa Bestari
No.1, Jalan Bestari 1/5, Taman Nusa Bestari, Johor Bahru 81300 Johor
Phone no.:+607-5518734

Pasir Gudang Land Drive Thru
Plot 1 Block E Jalan Persiaran Dahlia 2 Tamn Bukit Dahlia Pasir Gudang 81700 Johor
Phone no.:+607-2163871

Petronas Skudai Highway Drive Thru
BSS KM 13, Jalan Skudai PTD 135891, Batu 8, Lebuh Raya Skudai, Mukim Pulai 81300 Johor
Phone no.:+607-5564208

Petronas Taman Universiti Drive Thru
Lot HS (D) 176907(PTD 44992) Taman Universiti, Mukim Pulai Johor Bahru 81300 Johor
Phone no.:+607-5216129

Senai
No.23, Ground Floor, Jalan Belimbing, Senai 81400 Johor
Phone no.:+607-5980524

Kluang 1
No.15, Jalan Dato Hj Hassan Yunos, Kluang 86000 Johor
Phone no.:+607-7732241

Muar 2
Ground & 1st Floor, Plaza LLY, Jalan Salleh, Muar 84000 Johor
Phone no.:+607-9536042

Khamis, Ogos 23, 2012

Johor bakal muncul 'Ibu Kota Taman Tema Malaysia'

Johor bakal muncul 'Ibu Kota Taman Tema Malaysia'
Berita Harian

JOHOR BAHRU: Apabila taman tema Legoland pertama Asia di Nusajaya dibuka pada orang ramai September ini, ia menandakan kemunculan Iskandar Malaysia dan Johor sebagai destinasi pelancongan utama negara dan serantau.

Isnin, Januari 31, 2011

BERITA JOHOR BANJIR 2011 - JANUARI 2011

Adakah Banjir Besar yang pernah melanda Johor pada tahun 2006 akan berulang lagi? Beberapa maklumat daripada pelbagai sumber kali ini memungkinkan ramalan akan dapat dibuat. Sekiranya benar, maka semua penduduk di daerah yang terbabit perlu berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.

AMARAN HUJAN LEBAT
(PERINGKAT MERAH)
Dikeluarkan pada: 3.50 petang 30/01/2011
SEKSYEN A : AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT MERAH)

Dikeluarkan pada : 3.50 petang, 30 Januari 2011

Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) yang dikemaskini pada 12.30 petang, 30 Januari 2011 ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Merah). Hujan berterusan kadangkala lebat yang berlaku di negeri Johor (Daerah Muar, Ledang , Segamat, Kluang dan Batu Pahat) dijangka berterusan sehingga Isnin, 31 Januari 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

SEKSYEN B : AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
Dikemaskini pada : 3.50 petang, 30 Januari 2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri N. Sembilan (Daerah Jempol dan Tampin), Melaka (Daerah Jasin) dan Johor (Daerah Mersing, Kota Tinggi, Kulaijaya, Johor Bahru dan Pontian) dijangka berterusan sehingga Isnin, 31 Januari 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

SEKSYEN C : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
i) Dikemaskini pada : 3.50 petang, 30 Januari 2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di negeri Selangor (Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Kelang dan Petaling), WP Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan (Daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Port Dickson dan Seremban), Melaka (Daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah) dan Pahang (Daerah Kuantan, Maran, Bera, Pekan dan Rompin) dijangka berterusan sehingga Isnin, 31 Januari 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

ii) Dikemaskini pada : 12.30 petang, 30 Januari 2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang berlaku di Sabah : Bahagian Kudat (Daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas), Sandakan (Daerah Sandakan, Tongod dan Beluran) dan Pantai Barat (Daerah Ranau) dijangka berterusan sehingga Isnin, 31 Januari 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai.

HEAVY RAIN WARNING
(RED STAGE)
Issued at : 3.50 pm 30/01/2011
SECTION A : HEAVY RAIN WARNING (RED STAGE)

Issued at : 3.50 pm, 30 January 2011

Heavy Rain Advisory (Orange Stage) updated at 12.30 pm, 30 January 2011 is upgraded to Heavy Rain Warning (Red Stage). Continuous rain occasionally heavy occurring over Johore (Muar, Ledang, Segamat, Kluang and Batu Pahat Districts) is expected to continue until Monday, 31 January 2011.

This condition may result in floods over low-lying areas and along river banks.

SECTION B : HEAVY RAIN WARNING (ORANGE STAGE)

Updated at : 3.50 pm, 30 January 2011

Intermittent rain occasionally heavy occurring over N. Sembilan (Jempol and Tampin Districts), Malacca (Jasin District), Johore (Mersing, Kota Tinggi, Kulaijaya, Johor Bahru and Pontian Districts) is expected to continue until Monday, 31 January 2011.

This condition may result in floods over low-lying areas and along river banks.

SECTION C : HEAVY RAIN ADVISORY (YELLOW STAGE)

i) Updated at : 3.50 pm, 30 January 2011

Intermittent rain occasionally moderate occurring over Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Kelang dan Petaling Districts), FT Kuala Lumpur and Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Port Dickson and Seremban Districts), Malacca (Alor Gajah and Melaka Tengah Districts) and Pahang (Kuantan, Maran, Bera, Pekan and Rompin Districts) is expected to continue until Monday, 31 January 2011.

This condition may result in floods over low-lying areas and along river banks.

ii) Updated at : 12.30 pm, 30 January 2011

Intermittent rain occasionally moderate occurring over Sabah : Divisions of Kudat (Kudat, Kota Marudu and Pitas Districts) , Sandakan (Sandakan, Tongod and Beluran Districts) and West Coast (Ranau District) is expected to continue until Monday, 31 January 2011.

This condition may result in floods over low-lying areas and along river banks.

Issued by
Malaysian Meteorological Department
Ministry of Science, Technology & Innovation
30/01/2011

LAPORAN DARIPADA BERITA HARIAN - BERNAMA
Orang ramai dinasihat tidak lalui jalan Labis-Segamat - 2011/01/30

LABIS: Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Johor menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan laluan Labis-Segamat, khususnya jambatan Kampung Lembah Bakti, Jalan Taman Tenang di sini, berikutan keadaan arus deras banjir.

MKN dalam kenyataan di sini, berkata arus deras itu adalah berbahaya kepada semua kenderaan.

Pekan Labis kini dilanda banjir besar selepas hujan lebat turun tanpa henti sejak awal pagi.
Keadaan hujan dan banjir itu turut menjejaskan hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini, yang berlangsung hari ini.

Selain Labis, hujan lebat dan sekali-sekala renyai yang turun secara berterusan sejak enam hari lalu turut menyebabkan beberapa kawasan lain di Johor seperti Segamat, Yong Peng dan Ayer Hitam dilanda banjir.

Sementara itu, menurut beberapa penduduk yang ditemui di sini, banjir kali ini jauh lebih buruk berbanding bencana sama yang berlaku pada 2006. - BERNAMA


Amaran Hujan Peringkat Merah di Johor Hingga Esok - 30 JANUARI 2011

KUALA LUMPUR, 30 Jan — Jabatan Metereologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah di beberapa daerah di Johor dan keadaan itu dijangka berterusan hingga esok.

Hujan berterusan kadangkala lebat di Muar, Ledang, Segamat, Kluang dan Batu Pahat itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan tebing sungai, kata jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dijangka berterusan hingga esok.

Antara kawasan terlibat ialah Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Jasin di Melaka; dan Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Kulaijaya, Johor Baharu dan Pontian di Johor.

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat itu jika berterusan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai.

Sementara itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Sabah dijangka berterusan sehingga esok dan keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran tebing sungai. — Bernama


LAPORAN DARIPADA THE STAR - 31 JANUARI 2011
Widespread floods in Johor; thousands being evacuated

JOHOR BARU: Continuous rain has led to widespread flooding in Johor and thousands are being evacuated to relief centres.

With rain still falling, all of Segamat is cut off by floodwaters. It is an island.

Police said no one can get in or out of the town as the roads to Muar, Johor Baru and Kuala Lumpur are under water.

Roads in Labis town, which was flooded Sunday, are clearing but the outskirts are still submerged.

Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman is expected to give a press conference in Labis soon.

According to the Department of Irrigation and Drainage Malaysia (DID) online river level data, three in Johor burst their banks Sunday. Sungai Muar, Sungai Benut and Sungai Mengkibol overflowed.

With the downpour continuing, the department is closely watching five more rivers – Sungai Simpang Kiri at Sri Medan, Sungai Bekok, Sungai Johor at Rantau Panjang are at a dangerous level.


LAPORAN DARIPADA MSTAR:
JOHOR BARU: Hujan sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat dilanda banjir, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, Rabu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim berkata, sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

"Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat)," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Yusri berkata, seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air.

Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya. Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek dekat Paloh, dinaiki air.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya.


LAPORAN DARIPADA BERNAMA:
JOHOR BAHARU, 26 Jan — Hujan yang turun sejak semalam menyebabkan dua daerah iaitu Kluang dan Segamat, menyebabkan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir, hari ini.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim, berkata

sehingga lewat petang ini, 27 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Balai Raya Kampung Lembah Bakti, Labis, selepas kawasan perumahan mereka dinaiki air sehingga paras lutut dan pinggang.

“Daripada 27 keluarga, dua keluarga adalah dari Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah Lama (15), Kampung Kangkar Chaah (enam) dan Kampung Orang Asli Selai (empat),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mohamad Yusri berkata seramai 124 mangsa di kawasan Air Panas, Labis, turut dipindahkan ke Sekolah Agama Air Panas apabila rumah mereka dinaiki air.

Banjir di Kampung Orang Asli Selai menyebabkan kawasan itu sehingga kini terputus hubungan manakala bah di Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah dan Kampung Kangkar Chaah dilaporkan semakin surut, katanya.

Di Kluang, sebanyak 19 rumah melibatkan Kampung Muhibbah dan Kampung Chamek

dekat Paloh, dinaiki air.

Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan di daerah itu dibuka setakat ini.

“Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya. — Bernama


LAPORAN DARIPADA THE STAR:
Monday January 31, 2011
Water levels in Johor rivers up, with three bursting their banks
By AUSTIN CAMOENS and SHARIN SHAIK

JOHOR BARU: Water levels in Johor rivers are rising dangerously, raising fears of a repeat of the 2006 floods that left the state inundated and with damages worth millions in its wake.

The Meteorological Department warned late Saturday afternoon of heavy rain over Muar, Ledang, Segamat, Kluang, Batu Pahat, Mersing, Kota Tinggi, Kulaijaya, here and in the Pontian areas.

According to the Department of Irrigation and Drainage Malaysia (DID) online river level data, three in Johor burst their banks yesterday. Sungai Muar, Sungai Benut and Sungai Mengkibol overflowed at 5.50pm.

However, if the downpour continued, the department warned that five more rivers – Sungai Bekok, Sungai Lenik, Sungai Senggarang, Sungai Johor and Sungai Plentong – would also overflow today.

DID deputy director-general Datuk KJ Abraham said the department was monitoring the river levels and was prepared for any eventuality.

“Every district has an office that will set up an evacuation centre to help the affected in the event of a flood,” he said.

In Kota Tinggi, four families from Kampung Sungai Berangan were evacuated at 6am yesterday as the water level at Sungai Berangan rose to a dangerous level.

In Pasir Gudang, more than 20 houses were knee-deep in water as the drainage system there could not cope with the increase in water near Taman Kota Puteri.

The Pasir Gudang highway was flooded and caused a massive jam while 100m of the Masai Lama-Kong Kong road, just before the Octville Golf Resort in Seri Alam, was impassable to vehicles.

NOTA: Hujan masih berterusan pada ketika ini. Kemungkinan besar banjir besar akan melanda adalah positif. Apa pun kita tunggu laporan terkini daripada pihak meteorologi.


Khamis, Disember 16, 2010

Sajak Tempat-tempat Menarik Di Kota Tinggi - Johor

Sajak Tempat-tempat Menarik Di Kota Tinggi
Sajak ditulis oleh Amiene Rev (C) 2010

Ketika massih belajar di universiti dalam bidang sarjana muda pada beberapa tahun yang lalu, saya pernah bekerja sebagai Koordinator Pelancongan. Ketika itu, hobi saya melancong, mengembara dan menulis jurnal. Catatan pengembara, mengubat hati dengan pemandangan-pemandangan yang indah, serta budaya yang pelbagai. Mempelajari kehidupan manusia dari pelbagai aspek pemikiran dan kepercayaan. Menembusi ilusi bahasa, memahami isi hati pelbagai bangsa.

Sajak Pantai Desaru

Penulis: Amiene Rev

Kota Tinggi daerah diberi
penuh dengan sumber semula jadi
tempat letaknya Pantai Desaru
terkenal sudah di negeri Johor
pantainya memutih di bucu Selatan
tarikan pelancong dulu dan sekarang.

Berkelah, memancing, dan juga snorkling
tidak lupa berkayak dan jungle tracking juga
boleh juga menunggang kuda
atau meluncur laju di litar go-cart

Taman idaman bintang Tiger Wood
hasil imaginasi Robert Trent Jones Jr.
lalu terhasillah padang golf 18 lubang

Jangan risau untuk bermalam
kerana resort, restoran turut terbina
tak lupa kedai cenderamata untuk kenangan
buat para pelancong datang dan pergi.

Panduan Menuju ke Pantai Desaru - Pantai Desaru terletak di Tanjung Penawar, Kota Tinggi. Pengunjung boleh menaiki pengangkutan bas di mana jarak dan masa lebih kurang seperti berikut:
  • Dari Johor Bahru : 102 km, 1 jam 30 minit
  • Dari Kuala Lumpur : 436 km, 4 jam 15 minit
  • Dari Singapura : 125 km, 2 jam 15 minit
Bagi pengunjung Singapura, terdapat pilihan untuk menggunakan pengangkutan feri di Changi Point, Singapura yang akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Feri ini mampu menempatkan kira-kira 400 penumpang dan 70 buah kereta.

Sajak Air Terjun Kota Tinggi
Penulis: Amiene Rev

15 Kilometer dari Bandar Kota Tinggi
pastilah Air Terjun Kota Tinggi tempat dikunjungi
Mengalir deras di kaki Gunung Muntahak
setinggi 634 meter
jika ingin berenang ke mari
sungai dingin dan kolam hijau sedia menanti

Chalet dan tapak perkhemahan
bagi pengembara
kalau mahu makan
gerai makan pun ada

Lokasi Air Terjun Kota Tinggi - Air Terjun Kota Tinggi terletak di barat laut Bandar Kota Tinggi. Oleh itu, jika anda dari Bandar Kota Tinggi, sila ikut Jalan Lombong.

Pantai Tanjung Balau
Penulis: Amiene Rev

Indah sungguh panorama Tanjung Balau
perkampungan nelayan lokasi diberi
Muzium Nelayan Tanjung sedia dikunjungi

Penduduk di sini amatlah mesra
para pelancong dijemput homestay
rasailah kelazatan makanan tradisi

Sejarah Ringkas Muzium Nelayan Tanjung Balau - Muzium Nelayan Tanjung Balau telah dibina dalam tahun 1985. Muzium ini menyimpan pelbagai khazanah berkaitan cara hidup, teknik dan perkakasan nelayan sejak zaman-berzaman.

Lokasi Pantai Tanjung Balau - Dari Bandar Kota Tinggi, anda bergerak terus sejauh 47 km. Apabila tiba di satu simpang di mana terdapat stesyen minyak Petronas di sebelah kiri, anda masuk ke selekoh sebelah kiri. Lebih kurang 5km dari simpang tersebut, anda akan menemui bulatan (round-about) yang pertama. Masuk simpang ke kanan (pukul 3) dan anda akan tiba di Pantai Tanjung Balau kira-kira 1km dari simpang tersebut.

Pantai Teluk Mahkota
Penulis: Amiene Rev

Dahulu namanya Teluk Jason
Kini 'muallaf' namanya Teluk Mahkota
Pantainya luas, kuat berangin
ombak berderu menghempas pantai
alangkah indah bunyian alam.

Singgahlah ke chalet dan kedai makan
irama malam indah sentiasa

Lokasi Pantai Teluk Mahkota - Jika anda dari Bandar Kota Tinggi, anda boleh bergerak terus ke utara. Kira-kira 13 km dari Bandar Kota Tinggi, anda belok ke kanan dan terus begerak sejauh 23km. Belok ke kanan sekali lagi dan kira-kira 2km dari simpang tersebut anda akan tiba di Pantai Teluk Mahkota.

Jika anda dari Bandar Mersing, anda bergerak ke selatan sejauh 79km. Kemudian, belok ke kiri. Anda akan tiba di Pantai Teluk Mahkota setelah bergerak sejauh kira-kira 25km.

Pantai Teluk Ramunia
Penulis: Amiene Rev

Jauh 90 kilometer dari Bandar Kota Tinggi
Pantai Teluk Ramunia nama tersohor
lokasi popular dipenuhi resort
Berbasikallah menikmati panorama indah

Sukan air menanti di sini
kayak, jet-ski dan juga menyelam
ada lagi perkampungan nelayan
jangan segan singgahlah ke mari.

Lokasi Pantai Teluk Ramunia - Dari Bandar Kota Tinggi, anda bergerak terus sejauh 47 km. Apabila tiba di satu simpang di mana terdapat stesyen minyak Petronas di sebelah kiri, anda masuk ke selekoh sebelah kiri. Lebih kurang 5km dari simpang tersebut, anda akan menemui bulatan (round-about) yang pertama. Masuk simpang ke kanan (pukul 3) dan anda akan tiba di Pantai Teluk Ramunia kira-kira 24km dari simpang tersebut.

Khamis, Disember 02, 2010

Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru

Peta Tempat-tempat Menarik di Sekitar Johor Bahru

Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Bangunan Sultan Ibrahim
Bangunan Sultan Ibrahim merupakan Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor di mana menempatkan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Johor. Pembinaannya dicetuskan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim bagi melambangkan keagungan Kerajaan Negeri Johor yang sedang berkembang dan makmur.

Pada tahun 1937, Kerajaan Johor telah mempersetujui agar pembinaan bangunan Sultan Ibrahim adalah berdasarkan pelan dan rekabentuk yang dihasilkan oleh Syarikat Palmer dan Turner. Senibina yang dihasilkan itu adalah gabungan senibina Melayu Johor, Islam dan Kolonial. Sekali gus, upacara pecah tanah telah dilakukan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota pada 7hb November 1938.

Bangunan yang telah menelan belanja RM2,000,000.00 ini telah siap sepenuhnya pada tahun 1942. Luas kawasan adalah 68,000 meter². Satu Majlis Jamuan Makan Malam di Istana Besar telah diadakan pada 3hb November 1942 bagi meraikan pembukaan pejabat di Bukit Timbalan. Sehingga kini, bangunan ini masih lagi tersegam indah dan dikagumi.

Yuran Masuk adalah Percuma


Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Masjid Abu Bakar
Masjid Abu Bakar merupakan masjid utama Negeri Johor di mana mampu menempatkan 2000 orang dalam satu masa. Lokasinya adalah amat strategik di atas bukit di Jalan Sultan Abu Bakar dan menghadap Selat Tebrau.

Pembinaan masjid ini telah memakan masa selama 8 tahun (1893-1900) dengan kos perbelanjaan sebanyak RM400,000. Seorang jurutera tempatan telah diberi kepercayaan dalam menjayakan projek pembinaan masjid tersebut iaitu Datuk Yahaya Awaludin dengan pengawasan kerja oleh Batwip Mohd. Arif.

Senibina masjid ini adalah gabungan senibina Islam dan Barat Neo-Klasik. Ianya mempunyai 4 buah anjung dan setiap anjung mempunyai menara kubah.

Sesungguhnya, Masjid Abu Bakar merupakan salah sebuah bangunan yang telah disenaraikan oleh Jabatan Muzium dan Antik sebagai nilai warisan yang dilindungi.

Panduan: Masjid ini terletak di Jalan Sultan Abu Bakar bersebelahan Komplek Islam Johor.

Yuran Masuk adalah Percuma

Waktu Dibuka Untuk Pelawat
Hari Isnin-Khamis : 9.00am ~ 4.00pm
Hujung Minggu dan Cuti Am : 9.00am ~ 4.00pm
Hari Jumaat : Tutup


Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Muzium DiRaja Sultan Abu Bakar
Muzium Diraja Sultan Abu Bakar pada asalnya merupakan Istana Besar, tempat bersemayam Bapa Pemodenan Johor, Sultan Abu Bakar. Muzium ini telah mula dibina pada tahun 1864 dan siap sepenuhnya pada 1866. Rekabentuk yang menggabungkan senibina Melayu dan Inggris ini diilhamkan oleh Datuk Yahaya Awaluddin. Sesungguhnya, Duke of Endinburgh pernah mengunjungi Istana Besar ini pada tahun 1867.

Pada awal tahun 1990an, Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar telah memutuskan bahawa orang ramai sepatutnya diberi peluang untuk melihat Koleksi Keluarga Diraja di dalam muzium yang sempurna dan tersusun. Baginda juga telah menitahkan agar Istana Besar ditukarkan menjadi muzium dan pada masa yang sama masih digunakan untuk Majlis-majlis Keraian dan Adat istiadat Diraja Johor. Dengan itu, Baginda telah mengisytiharkan dengan rasminya pembukaan Muzium Diraja Sultan Abu Bakar pada 11 Mei 1990.

Di dalam muzium ini, tersimpan pelbagai khazanah berharga keluarga Di raja Johor termasuk hasil seni, kelengkapan, peralatan adat istiadat, senjata rasmi, pingat dan darjah kebesaran serta koleksi perhiasan yang diperbuat dari emas, perak dan belian.

Yuran Masuk
* Warganegara Malaysia ~ RM5.00 (orang dewasa), RM1.00 (kanak-kanak bawah 12 tahun dan pelajar sekolah)
* Bukan warganegara Malaysia ~ USD7.00 (orang dewasa). USD3.00 (kanak-kanak bawah 12)

Waktu Lawatan
Hari Isnin-Khamis : 9.00am ~ 5.00pm
Hujung Minggu dan Cuti Am : 9.00am ~ 5.00pm
Hari Jumaat : Tutup

Panduan: Terletak di dalam kawasan Taman Istana dan mudah untuk tiba dengan menggunakan Jalan Ibrahim atau Jalan Air Molek.

Hubungi Muzium Diraja Sultan Abu Bakar ditalian 07-2230555

Peta Tempat-tempat Menarik di Sekitar Johor Bahru

Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Dataran Bandaraya Johor Bahru
Dataran Bandaraya Johor Bahru telah siap dibangunkan sepenuhnya pada 1 Januari 1994 sebagai mercu tanda pengisytiharan Johor Bahru sebagai Bandaraya. Gabungan pembinaan Menara jam, fountain, hamparan dan padang hijau yang luas menjadikan ianya cukup strategic untuk menganjurkan pelbagai aktiviti luaran seperti persembahan hiburan, sukan dan permainan serta pameran ekspo.

Panduan: Terletak bersebelahan dengan Jalan Abu Bakar dan Jalan Sungai Chat. Berhampiran dengan Hotel Hyatt Regency.

Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Galeri Seni Johor
Galeri Seni Johor pada asalnya merupakan sebuah kediaman yang dibina pada tahun 1910 dan dikenali sebagai Bangunan Dato’ Abdullah Jaafar. Kediaman ini pernah menjadi kediaman rasmi Dato’ Abdullah Jaafar iaitu Menteri Besar Johor ketiga.

Oleh kerana ciri-ciri seni binanya yang menarik, bangunan ini telah dipilih untuk dijadikan sebagai Galeri Seni Johor dan dirasmikan pada 29 Januari 1994 oleh Menteri Besar Johor pada masa itu. Pada ketika itu, galeri ini menjadi tempat pengumpulan dan pameran artifak bersejarah terutamanya yang berkaitan dengan seni dan budaya negeri Johor secara bersepadu. Galeri ini menerima kunjungan yang menggalakkan daripada pelawat-pelawat dalam dan luar negara.

Kerja-kerja menaik taraf bangunan ini dimulakan pada tahun 2000. Pada tahun 2003 cadangan telah dibuat untuk menjadikan galeri ini sebagai Galeri Seni Lukis sepenuhnya dan berfungsi sebagai pusat pendidikan, pengumpulan, peragaan, pendokumentasian, rujukan serta tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seni lukis. Galeri Seni Johor dibuka semula kepada orang ramai pada 6 Mei 2003. Upacara perasmiannya dilakukan oleh Y.A.B Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor.

Waktu Lawatan
Hari Ahad – Sabtu: 9.00 am ~ 4.30 pm

Yuran Masuk adalah Percuma

Panduan: Lokasi Galeri Seni Johor adalah di Jalan Petrie. Dari Pusat Bandar Johor Bahru, anda boleh menaiki teksi ke No.144, Jalan Petrie.

Hubungi Galeri Seni Johor di talian 07- 2263266


Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Pusat Kraftangan Rumah MAWAR Pusat Kraftangan Rumah Mawar menawarkan pelbagai pakaian seperti batik dan songket. Begitu juga dengan barangan kraftangan lain seperti tikar, bakul dan kerusi yang diperbuat dari rotan. Ini menjadikan pusat ini menjadi tempat tumpuan pengunjung untuk mendapat hasil-hasil kraftangan yang halus dan bermutu tinggi.

Demonstrasi membuat kraftangan juga ada dipersembahkan untuk pengunjung yang hadir.

Waktu Lawatan
Setiap Hari : 10.00am ~ 4.00 pm
Hari Rabu : Tutup

Yuran Masuk adalah Percuma

Panduan: Lokasi pusat ini adalah di Jalan Sungai Chat. Dari Pusat Bandar Johor Bahru, anda boleh menaiki teksi ke No.888, Jalan Sungai Chat.

Hubungi: Pusat Kraftangan Rumah Mawar di talian 07-2235390


Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Danga Bay
Semarak dengan aktiviti bertenaga dan penuh dengan kemeriahan yang tidak tertanding, Danga Bay menawarkan pengalaman unik yang mengesankan.
Dengan kawasan seluas 1800 ekar dan persisiran pantai sepanjang 25 km. Danga Bay adalah sebuah pembangunan bersepadu persisiran pantai yang menggabungkan pusat kewangan, komersial, hiburan, pelesiran dan pusat kegiatan mesra keluarga yang unggul di Johor. Ia adalah sebuah Bandar dalam Bandar dengan kemudahan infrastruktur bertaraf dunia. Terletak hanya 5km dari Bandar Johor Bahru, Danga Bay telah menarik ramai warga tempatan dari seluruh Malaysia.

Teluk Danga atau lebih dikenali sebagai Danga Bay merupakan taman rekreasi yang terbesar dalam Negeri Johor. Ianya terletak berhampiran dengan Istana Bukit Serene dan kawasannya merangkumi seluas 1380 ekar.

Kawasannya yang terletak di persisiran pantai telah menjadikan ianya tempat yang amat sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti luaran seperti beristirehat, beriadah, berhibur, menjamu selera dan berkelah. Tambahan pula, pengunjung boleh menaiki bot atau feri untuk menikmati dengan lebih dekat lagi keindahan alam dan melihat pusat perikanan yang boleh diperolehi di Kampung Melayu.

Panduan: Lokasinya terletak di Jalan Skudai. Dari pusat Bandar, anda boleh menaiki teksi atau berjalan di sepanjang persisiran Pantai Lido.

Hubungi Danga Bay di talian 07-2352333

Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Makam DiRaja Johor
Makam Di Raja Johor yang terletak di Jalan Mahmoodiah menempatkan makam-makam Sultan dan Kerabat Di Raja Johor. Perasekitaran yang bersih dan dihiasi pokok menjadikan makam ini kelihatan tenang dan damai. Rekabentuk makam ini juga kelihatan unik dan menarik. Para pengunjung dibenarkan untuk datang melihat makam ini.

Yuran Masuk adalah Percuma

Panduan: Lokasi Makam Di Raja Johor adalah terletak di dalam kawasan Perkuburan Mahmoodiah. Dari pusat Bandar, anda boleh menaiki teksi menuju ke Perkuburan Mahmoodiah.


Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Muzium Layang-layang Pasir Gudang
Muzium Layang-layang Pasir Gudang menempatkan pelbagai layang-layang tradisional Melayu yang juga dikenali sebagai wau. Objektif utama kewujudan muzium ini adalah untuk memartabatkan lagi warisan kraftangan Malaysia .

Muzium ini bukan sahaja mempamerkan wau tradisional malahan layang-layang moden yang pelbagai bentuk, rupa dan warna. Pengunjung juga akan dapat melihat demonstrasi membuat wau yang dipaparkan melalui audio dan visual. Setiap tahun, penganjuran Festival Layang-layang Peringkat Antarabangsa akan diadakan dan ianya telah menarik beribu-ribu pengunjung untuk datang.

Panduan: Muzium Layang-layang Pasir Gudang terletak kira-kira 20km dari pusat Bandar Johor Bahru iaitu kira-kira 35 minit perjalanan dengan memandu.


Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Zoo Johor Bahru
Zoo Johor Bahru merupakan salah sebuah zoo yang tertua di Malaysia . Ianya telah dibina dalam tahun 1928 sewaktu pemerintahan Sultan Sir Ibrahim. Dalam tahun 1960an, zoo ini diserahkan kepada kerajaan negeri untuk kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan. Kemudian, ianya dibuka untuk orang ramai pada tahun 1962.

Terdapat kira 100 spesies haiwan di dalam kawasan yang seluas 5 hektar ini. Selain melihat spesies haiwan, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti seperti menaiki kuda dan paddle boat .

Waktu Lawatan
Setiap Hari: 8.00am ~ 6.00pm

Yuran Masuk
* Orang Dewasa : RM2.00
* Kanak-kanak : RM1.00

Panduan: Zoo Johor Bahru terletak di Jalan Gertak Merah. Dari pusat Bandar Johor Bahru, anda boleh menaiki teksi ke zoo yang terletak bersebelahan dengan Taman Istana.


Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Hutan Bandar
Meliputi kawasan seluas 50 ekar yang terletak di pertemuan JalanTasek Utara dan Jalan Yahya Awal, Johor Bahru iaitu kira-kira 1.5 km dari pusat bandar raya. Atara komponen yang terdapat di dalamnya termasuklah Laman Tembusu, Medan Selera, Laman Permainan Kanak-Kanak, Kawasan Tasik, dan Tapak Perkhemahan.

Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Taman Orkid Johor Bahru
Terletak di dalam kawasan Hutan Bandar ini telah dibuka kepada orang ramai pada pertengahan tahun 2003. Bertemakan "Pameran Ekologi Orkid", taman ini mempunyai kawasan seluas lebih kurang 10 ekar, mempunyai bangunan yang menggabungkan rekabentuk seni bina lestari yang berkonsepkan "mesra alam" dan "terbuka".


Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Laman Merdeka
Taman yang terletak di Tasek Utara iaitu kira-kira 3 km dari Pusat Bandaraya Johor Bahru ini mempunyai kawasan seluas 31 ekar yang merangkumi pembangunan Fasa 1 dan Fasa 2. Di sini pengunjung bukan sahaja dapat beriadah tetapi juga dapat mempelajari berhubung kemerdekaan melalui komponen pembangunan yang telah disediakan.


Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Taman Rekreasi Tasik Pandan
Laman Rekreasi ini terletak di Jalan Harmoni, Taman Desa Harmoni, daerah Johor Bahru berhampiran dengan Ponderosa Golf & Country Club. Laman Rekreasi ini merangkumi kawasan seluas 6.6 hektar (16.3 ekar) dan dilengkapi dengan sebuah tasik seluas 10 ekar yang terletak di tengah laman ini.


Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Jewel House
"Jewel House" adalah sebuah bangunan satu tingkat menyerupai sebuah banglo besar yang telah direkabentuk dengan mengambil kira iklim tropika di Malaysia. di dalam bangunan kaca dan kayu yang terletak di Taman Orkid seluas 10 ekar ini terdapat galeri utama dan pusat informasi.

Ruang koridor yang luas dan selesa ini adalah elemen rekabentuk utama dan merupakan kawasan pameran dengan beratus-ratus pokok-pokok orkid termasuk yang memerlukan persekitaran redup atau panas. Semua orkid dipamerkan dengan teliti supaya terserlah kecantikan dan keunikan masing-masing. Beberapa orkid yang telah diberi nama-nama kehormat seperti Renantanda Abdul Ghani Othman. Ascocenda Zanariah dan lain-lain juga dipamerkan.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan alam orkid. "Jewel House" menyediakan bilik audio-visual dan pusat informasi untuk mempelajari dan mendalami ilmu berkaitan orkid. Selain daripada itu, Jewel House juga berfungsi sebagai pejabat pengurusan dan pemasaran orkid dan Persatuan Orkid Malaysia.


Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Taman Linear
Mula dibina pada 1990, taman ini dibina di Jalan Tun Abdul Razak seluas 5.54 hektar yang bertujuan sebagai tempat beristirehat kepada pengguna jalan raya sebelum meneruskan perjalanan. Jesteru terdapat beberapa pondok rehat serta laluan releksologi disediakan bagi tujuan tersebut. Taman ini turut menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi yang lain seperti :

1. Pondok jaga
2. Wakaf rehat
3. Trek berjogging
4. Mini golf
5. Pancutan air
6. Kandang permainan
7. Tandas awam


Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Pantai Stulang
Pantai Stulang terletak di Jalan Stulang Laut telah sekian lama menjadi tarikan kepada warga kota yang gemar melakukan aktiviti berternakan air seperti berkelah mandi-manda, luncur angin, skuter air dan kapal layar. Keadaan semulajadi Pantai Stulang menjadikan ia tumpuan utama kepada penggemar sukat laut. Warga kota juga boleh bersia-siar di pusat membeli-belah Kompleks Bebas Cukai yang terletak tidak jauh dari pantai ini.

Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Persiaran Meldrum
Jalan Meldrum dinamakan Dato' Meldrum (1821-1904), seorang Scotland pertama telah membuka kilang papan di muara Sungai Segget (berdekatan Kompleks Kastam sedia ada, di jalan Sawmill). Pembalakan merupakan industri pertama Johor Bahru pada ketika itu, Jalan Meldrum terletak di tengah-tengah kawasan yang pernah dikenali sebagai Kampung Wong Ah Fook dan Jalan Meldrum telah dinamakan sempena dengan nama anak-anaknya iaitu Siew Nam, Siew Koon dan Siew Chin.

Sebagai "Pedestrian Mall" menyediakan laluan terbuka untuk kemudahan para pengunjung serta diperindah dengan landskap yang menarik di mana pelancong dan penduduk tempatan dapat bersantai di "side walk cafe" dan berhibur dengan persembahan kebudayaan dan artis jalanan.


Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Legaran Segget
Konsep pembangunan Legaran Segget adalah sebagai "Pedestrian Mall" yang menyediakan laluan hijau yang selesa, selamat dan berinformasi yang bertemakan "Creating Human Experience" melalui elemen-elemen pembangunan yang dicadangkan.

Selain menghubungkan dari satu tempat ke satu tempat Legaran Segget menyediakan ruang untuk pengunjung bandaraya bersantai, berhibur, makanan, maklumat, keselesaan dan mengingati semula sejarah di Sungai Segget.


Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru - Legaran Tan Heok Nee Seiring dengan misi untuk menjadikan Johor Bahru sebagai sebuah "Bandar Dalam Taman" menjelang tahun 2005. Legaran Tan Hiok Nee telah direka dengan berkonsepkan "Pedestrian Mall" yang mesra pengguna. Konsep ini adalah untuk mengimbas semula nama Tan Hiok Nee sebagai seorang saudagar kain di Singapura sebelum menjadi seorang saudagar lada hitam & cengkih yang berjaya di Johor Bahru.

Selain itu, pembangunan Legaran Tan Hiok Nee adalah untuk mewujudkan satu jalinan pejalan kaki yang selesa, bersih dan teratur yang menghubungkan kawasan perniagaan di Jalan Wong Ah Fook sehingga ke Jalan Dato' Onn di hadapan Bangunan MBJB dan Pejabat Pos. Selain itu, pembangunan ini adalah untuk merancakkan semula aktiviti-aktiviti perniagaan seterusnya menjadi pusat tumpuan kepada para pengunjung.


Disunting dan disusun semula berdasarkan dan petikan dari sumber:
  • http://www.johordt.gov.my/pelancongan/page/johor_bahru
  • http://www.mbjb.gov.my/web/guest/tempat_menarik

Rabu, September 10, 2008

Senarai Rumah Anak-anak Yatim Johor

Senarai Rumah Anak-anak Yatim Johor

Sila hubungi mana-mana rumah anak yatim di bawah ini untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut. Saya bimbang sekiranya ada kesilapan fakta pada masa akan datang.


1. Persatuan Kebajikan Darul Hanan Johor Bahru

Jalan Masjid, 81700 Pasir Gudang, Johor
Tel : 07 - 2521689
Fax: 07 - 2511504
Person in Charge: Cik Intan Safinaz bin Susin

Tingkat 11, Jabatan Pentadbiran & Tenaga Insan, Menara
Perbandaran Johor, Kotaraya, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07 - 2521689
Fax: 07 - 2543628
Person in Charge: -

2. PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM MUAR
18, Jalan Petri, Peti Surat 109, 84007 Muar, Johor
Tel : 06 - 9510022
Fax: 06 - 9524109
Person in Charge: -

3. Pertubuhan Kebajikan
Anak Yatim Islam Batu
Pahat (PKAYI)
180 Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor
Tel : 07 - 4324206
Fax: 07 - 4351206
Person in Charge: Tuan Hj Ali Bt Hji Siran

4. Pertubuhan Kebajikan
Anak Yatim Islam
Kluang (PKAYIK)
30, Jalan Besar, 86000 Kluang, Johor
Tel : 07 - 7725841
Fax: 07 - 7717792
Person in Charge: Hj Jurimi Kabit

5. Pertubuhan Kebajikan
Anak Yatim Islam
Kota Tinggi
Lot 2472, Jln Taib,
Kota Kecil
81900 Kota Tinggi
Johor
Tel : 07 - 8834753
Fax: 07 - 8831432
Person in Charge: Tuan Hj Mohamad bin Mahmood

6. Pertubuhan Kebajikan
Anak Yatim Islam
Mersing
KM 3 Bukit Pedoman, Jalan Endau, 86800 Mersing
Johor
Tel/Fax: 07 - 7994627
Person in Charge: Tuan Haji Razak bin Hussen

7. Pertubuhan Kebajikan
Anak Yatim Islam
Pontian
9E, Jalan UMNO, 82000 Pontian, Johor
Tel : 07 - 6877864
Fax: 07 - 6877266 / 6871614
Person in Charge: Tuan Hj Mohd Barkawi bin Haji Hasbollah

8. Pertubuhan Kebajikan
Anak Yatim Islam
Segamat
KM 5, Jalan Muar, 85000 Segamat, Johor
Tel : 07 - 9312581
Fax: 07 - 9311976
Person in Charge: Tuan Haji Tahir

9. Pertubuhan Kebajikan
Anak Yatim Johor
(RUMAH BARKAT)
118, Jalan Bukit Cagar, 80300 Kluang, Johor
Tel : 07 - 2234664
Fax: 07 - 2220377
Person in Charge: Puan Hendon