BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puasa. Papar semua catatan

Selasa, Julai 31, 2012

Atlit Olimpik Boleh Tangguh Puasa Ramadhan?

Mufti setuju atlit Olimpik tangguh puasa

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik, menangguhkan ibadah puasa.

“Setuju (dengan Harussani dan Dr Asri) sebab mereka (atlit) musafir dan mereka berhak ambil rukhsah dan keringanan yang diperkenankan oleh syarak,” kata Dr Juanda melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, tokoh agama itu berkata ia terserah kepada atlit tersebut sama ada berpuasa ataupun tidak sekalipun ia merupakan “keluasan agama”.

Dr Juanda mengulas pandangan Harussani dan Dr Asri yang dilaporkan berkata, atlit Muslim boleh menangguhkan puasa bagi mengelakkan daripada dituduh tidak beri kerjasama, diboikot atau boleh menjejaskan peluang kemenangan.

Malah Dr Asri yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan The New Straits Times sebagai berkata, atlit boleh berbuat demikian kerana mereka bermusafir.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) supaya bersidang bagi memutuskan pandangan mereka berhubung perkara itu.

Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor kepada dihubungi Malaysiakini petang ini berkata pandangan yang dikemukakan itu bukan pandangan rasmi kerajaan.

“Umat Islam memerlukan satu panduan yang sama. Kita menghormati padangan Tan Sri Harussani dan Dr Asri. Tetapi pandangan mereka tidak mewakili satu badan yang berpusat dari kerajaan.

“Itu pandangan peribadi mereka,” katanya yang menambah PUM telah berbincang mengenai perkara itu sebelum ini.

Bagaimanapun masyarakat Islam sangat memerlukan keputusan majlis itu dan PUM mahu diselaraskan di peringkat kebangsaan, kata Dr Mohd Roslan lagi.

Sumber: Malaysiakini

Ahad, Julai 22, 2012

Pertanyaan Soal Puasa Ramadhan - Batal Atau Tidak?

Berikut adalah beberapa soal jawab berkenaan dengan batal atau sah puasa dalam beberapa situasi. Jawapan untuk soalan-soalan ini telah ditemui, tetapi saya berharap agar dapat mengemukakan soalan-soalan ini ke pihak yang lebih arif kerana jawapan-jawapan yang dinyatakan untuk soalan-soalan ini tidak ada sumber rujukan. Soalan-soalan dan jawapan-jawapan ini dikutip dari sebuah pos berjudul "43 SOAL JAWAB MUDAH BERKAITAN PUASA YANG SEMUA KENA TAHU" dari laman web yang dinyatakan di bawah pos ini.

1) Soalan: Adakah wajib imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke tempat tinggalnya (bermastautin/bermukim)?
Jawapan: Mengikut pendapat yang lebih rajih tidak wajib berimsak. Imsak ialah menahan diri dari makan dan minum.

2) Soalan: Adakah sah puasa bagi mereka yang tertidur semasa sahur sehingga waktu maghrib?
Jawapan: Sah puasa.

3) Soalan: Adakah perempuan yang haid wajib berimsak?
Jawapan: Perempuan yang haid haram berimsak sebagaimana dia haram bersembahyang.

4) Soalan: Adakah batal puasa seseorang yang terkeluar mani dengan sebab khayalan?
Jawapan: Sekiranya bila dia berkhayal biasa keluar mani maka batal puasanya, kalau biasanya dia berkhayal tidak keluar mani maka tidak batal puasanya.

5) Soalan: Kanak-kanak yang belum baligh adakah wajib berimsak dan qada puasanya?
Jawapan: Tidak wajib berimsak dan tidak wajib qada.

6) Soalan: Orang yang tidak berpuasa kerana tidak berniat malam dan orang yang membatalkan puasanya, adakah boleh makan/minum dan lainnya?
Jawapan: Wajib mereka berimsak iaitu menahan diri dari makan minum dan perbuatan yang membatal puasa, walaupun mereka tidak berpuasa.

7) Soalan: Seseorang yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah harus bagi mereka berbuka puasa?
Jawapan: Tidak harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya.

8) Soalan: Apakah hukum yang dikenakan kerana berzina pada bulan puasa?
Jawapan: Hukumnya batal puasa dan dikenakan kifarat ke atas kedua-duanya sekali (lelaki dan perempuan).

9) Soalan: Seseorang yang telah menyediakan makanan untuk makan sahur, kemudian dia terjaga selepas fajar, adakah sah puasanya pada hari itu?
Jawapan: Sah puasa dengan penyediaan sahurnya kerana penyediaan sahur itu dianggap sebagai telah berniat.

10) Soalan: Seorang perempuan putus haid di siang hari adakah wajib dia berimsak?
Jawapan: Sunat berimsak.

11) Soalan: Adakah sah puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya (syak), masuk waktu subuh? Jawapan: Sah puasanya selagi dia tidak yakin masuk waktu subuh dan sekiranya yakin, tidak sah puasanya dan diwajibkan qada.

12) Soalan: Adakah wajib qada' puasa yang ditinggalkan semasa dia gila?
Jawapan: Tidak wajib qada' puasa tersebut.

13)Soalan: Adakah sah puasa seseorang yang biasanya apabila melihat bangkai dia muntah, tetapi sengaja dilihatnya?
Jawapan: Tidak sah puasanya tetapi sekiranya tidak sengaja, maka tidak batal puasanya.

14) Soalan: Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu maghrib?
Jawapan: Tidak sah puasanya.

15) Soalan: Apakah hukum menggosok gigi pada bulan puasa?
Jawapan: Hukumnya sunat dia menggosok gigi sebelum gelincir matahari dan makruh selepas gelincir matahari.

16) Soalan: Adakah batal puasa termuntah dengan sebab menggosok gigi?
Jawapan: Tidak batal kecuali mereka yang biasanya muntah apabila menggosok gigi dan sengaja dia menggosoknya.

17) Soalan: Apakah hukum meneruskan puasa dua hari berturut-turut atau lebih dengan tidak berbuka?
Jawapan: Haram berpuasa dengan tidak berbuka.

18) Soalan: Apakah hukum cabut gigi dan berbekam ketika berpuasa?
Jawapan: Hukumnya makruh.

19) Soalan: Apakah hukumnya seseorang yang tidak dapat berpuasa pada ramadan kerana sakit yang berkekalan dan mati selepasnya?
Jawapan: Tiada hukum ke atasnya dan begitu juga warisnya.

Soalan: Seseorang yang meninggal dunia, puasanya sudah diqada, tetapi fidyahnya belum dibayar lagi. Adakah fidyahnya bertambah?
Jawapan: Fidyahnya tidak bertambah.

21)Soalan: Seseorang yang terdengar azan subuh ketika bersahur, adakah sah puasanya?
Jawapan: Sah puasanya dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus buang makanan yang ada dalam mulutnya.

22) Soalan: Seseorang yang terkeluar sesuatu dari tekaknya kemudian dia menelannya, adakah batal puasanya?
Jawapan: Batal puasanya.

23)Soalan: Air liur yang terkumpul dalam mulutnya kemudian ditelan, adakah batal puasanya?
Jawapan: Tidak batal puasanya kerana air liur datang dari mulut tidak datang dari rongganya.

24) Soalan: air liur yang bercampur dengan sesuatu yang lain seperti darah atau makanan kemudian ditelan, adakah batal puasa?
Jawapan: batal puasanya.

25) Soalan: Apakah hukum orang yang berpuasa yang makan dengan terlupa kemudian teringat kembali yang dia berpuasa?
Jawapan: Sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada allah. Sabda rasulullah bermaksud: “sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa, maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh allah kepadanya."

26) Soalan: Adakah boleh orang yang berpuasa menggunakan kanta lekap?
Jawapan: Boleh.

27)Soalan: Orang yang berpuasa yang melakukan dua kali persetubuhan dalam satu hari. Adakah dikenakan dua kifarat?
Jawapan: Dikenakan satu kifarat saja.

28) Soalan: Apakah hukumnya bagi perempuan yang mengandung atau perempuan yang menyusukan anak membatalkan puasanya?
Jawapan: Harus membatalkan puasa tersebut itu dua sebab:
  • Kerana keuzuran dirinya sendiri.
  • Kerana menjaga kesihatan anak.
Keterangan:
  • Jika berbuka puasa kerana menjaga kesihatan dirinya wajib qada saja.
  • Kalau berbuka puasa kerana mahu menjaga kesihatan anak bukan dirinya, wajib qada dan fidyah sekadar satu cupak beras sehari.
  • Kalau berbuka puasa kerana menjaga diri dan anak wajib qada saja.

29) Soalan: adakah wajib qada puasa yang ditinggalkan ketika dia gila?
Jawapan: tidak wajib qada puasa itu.

30) Soalan: apakah hukum orang tua yang tidak boleh berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya berpuasa kerana sakit berpanjangan?

Jawapan: boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang ditinggalkan dan tidak dikena qada' ke atasnya.

31) Soalan: Adakah harus qada puasa kepada si mati yang meninggalkan puasanya sebulan dengan diqadakan puasanya oleh 30 orang selama satu hari?
Jawapan: Harus dan sah.

32) Soalan: Orang yang tidak berdaya puasa bolehkah diqadakan puasa untuknya?
Jawapan: Tidak boleh diqadakan puasa kepada orang yang masih hidup.

33) Soalan: bolehkah dibayar fidyah 10 cupak kepada seorang atau mesti diberi secupak seorang untuk 10 orang?
Jawapan: boleh diberi kepada satu orang atau 10 orang.

34) Soalan: Adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan nifas berniat puasa Ramadhan pada malam hari pada kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum subuh pada hari tersebut?
Jawapan: Sah niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum fajar.

35) Soalan: Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar?
Jawapan: Sah puasa.

36) Soalan: Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya?
Jawapan: Sah puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak

37) Soalan: Adakah batal puasa seseorang yang berpuasa menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan?
Jawapan: Batal puasa


38) Soalan: adakah batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk?
Jawapan: tidak batal puasa kecuali melampaui batas ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).

39) Soalan: Adakah sah puasa bagi orang yang pitam?
Jawapan: Sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.

40) Soalan: Adakah pahala membaca Ai-Quran dan bersedekah di bulan ramadhan berganda dari bulan-bulan yang lain?
jawapan: Pahala membaca ai-quran dan bersedekah dibulan ramadhan adalah berganda.

41) Soalan: Hukum puasa orang yang terkentut dalam air?
Jawapan: Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.

42) Soalan: Hukum mencantumkan puasa qadha' dengan puasa sunat?
Jawapan: Hukumnya harus bahkan setengah ulama' mengatakan sunat.

43) Soalan: Adakah fidyah puasa boleh diberi kepada anak yatim?
Jawapan: Tidak boleh diberi kepada anak yatim. Yang berhak menerima fidyah puasa ialah kepada fakir miskin.

Sumber: Laman Web Pusat Islam An-Nur, Politeknik Merlimau.

Sabtu, Julai 21, 2012

Korek Hidung Telinga - Batal Puasa Atau Tidak?

Korek Hidung Membatalkan Puasa?

Soalan:
Batal kah puasa kalau kita korek hidung atau buang tahi telinga. Kalau masukkan air dlm hidung adalah sunat semasa mengambil wuduk, membuang najis dalam rongga pun dikira batal ke tidak? Ada tak dalilnya?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Mengeluarkan kotoran daripada hidung dan telinga tidak membatalkan puasa. Kerana ia bukan dikira makan dan minum, dan tidak boleh disamakan makna dengan makan dan minum.

Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’ juga tidak membatalkan puasa, tetapi janganlah berlebihan. Dalam hadis Laqit bin Shabirah:

Maksudnya: Berlebih-lebihlah dalam istinsyaq kecuali jika kamu berpuasa.
Direkod oleh Abu Daud (no: 142), Tirmizi (no: 788), Nasaie (no: 87) dan Ibn Majah (no: 407).

Sumber: Al-Ahkam.Net


Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

Sumber: http://zaharuddin.net

Ahad, Julai 10, 2011

PENGHAYATAN RAMADHAN MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W DAN PARA SAHABAT

PENGHAYATAN RAMADHAN MENURUT SUNAH RASULULLAH s.a.w DAN PARA SAHABAT: PELUANG, CABARAN DAN TIPS MENANGANINYA

MUQADDIMAH

Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.

Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.

Bersempena dengan kedatangan Ramadhan al‐Mubarak ini, saya diamanahkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Melaka untuk membantangkan satu kertas kerja yang bertajuk Penghayatan Ramadhan Menurut Sunnah Rasulullah ε Dan Para Sahabat: Peluang, Cabaran Dan Tips Menanganinya. Justeru saya bahagikan kertas kerja ini berdasarkan kerangka berikut:

i. Muqaddimah.
ii. Takrif puasa, ramadhan dan pensyariatannya.
iii. Penghayatan Ramadhan menurut sunah Rasulullah ε dan para sahabat.
iv. Peluang, cabaran dan tips menanganinya.
v. Penutup.
vi. Rujukan.

TAKRIF PUASA, RAMADHAN DAN PENSYARIATANNYA

Dalam bahagian ini dipecahkan kepada tiga tajuk utama.

Pertama: Takrif Puasa
Dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti makan, minum dan bercakap. Hal ini berbetulan dengan firman Allah s.w.t menceritakan perihal Maryam, melalui Surah Maryam, ayat 26:

Maksudnya: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana Allah yang bersifat al‐Rahman.
Dari segi istilah syaraknya pula, puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam dengan niat puasa.
Kedua: Takrif Ramadhan

Ramadhan pada bahasa dengan maksud kepanasan atau batu‐batu kecil yang berada di padang pasir pada musim panas. Ia merupakan satu bulan daripada bulan‐bulan Islam yang berada di antara Sya’ban dan Syawal. Bulan ini ditaklifkan kepada umat Islam berpuasa.
Al‐Syeikh Sya’rawi di dalam al‐Fatawa berkata: Perkataan bulan رهش diambil daripada maksud pemberitahuan dan penzahiran dan kadang‐kadang dinamakan masa yang tetentu sebagai bulan.

Sesungguhnya matahari tidak mampu untuk diketahui berkenaan dengan bulan kerana ia berfungsi hanya untuk menetukan hari. Matahari yang muncul disebelah timur pada hari ini begitu juga akan muncul pada hari esok mengikut sifat dan bentuknya yang sama. Sedangkan bulan dapat dipastikan datang dengan Hilal (anak bulan) pada permulaan kemudian membesar sehingga menjadi bulan mengambang yang penuh hingga kepada kekurangan semula, justeru dapat di bezakan awal, pertengahan dan akhir bulan.

Atas dasar inilah Allah s.w.t mengikat segala amalan ibadat dengan ayat kauniyyah yang zahirah (tanda kekuasaan Allah yang zahir). Ayat di sini ialah anak bulan selepas itu baru di ambil dari matahari hari tersebut kerana anak bulan tidak memberikan kepada kamu kefahaman tentang hari justeru, kita berhajat kepada kedua‐duanya. Dengan sebab itulah sentiasa bermula masa ramadhan dengan malam dan segala ibadat di sini berkenaan dengan ramadhan bahawa malam didahulukan sebagaimana yang ma’ruf (tidak ada khilaf dalam masalah ini bahawa siang hari mendahului malam kecuali pada satu ibadat iaitu wuquf di `arafah. Malam datang selepasnya).

Bulan ramadhan asalnya daripada kalimah ض م ر yang menunjukkan kepada kepanasan atau kepada kepanasan yang membawa kepada dahaga begitu juga pasir‐pasir yang panas di padang pasir. Al‐Qurtubi berkata: Dikatakan dinamakan Ramadhan kerana ia membakar segala dosa dengan amalan yang soleh. Ini kerana diambil dari perkataan ضامرلإا yang bermaksud membakar. Ada pendapat mengatakan kerana hati‐hati dapat mengambil padanya dari kepanasan mau`izah dan fikrah pada urusan akhirat sebagaimana pasir dan batu menjadi panas dengan sebab panahan cahaya matahari. Seolah‐olah manusia ketika mereka datang untuk meletakkan nama‐nama berbetulan pada ramadhan pada waktu yang panas terik (sebagaimana bulan rabi’ yang pertama dan kedua berlaku dalam musim bunga) ini menunjukkan mereka memerhatikan sifat bulan ketika menamainya, kemudian berlangsungnya masa yang khas bagi orang arab sebagai hilali pada zaman yang am sebagai syamsi. Kemudian datangnya ramadhan pada musim sejuk dan juga datangnya ramadhan pada musim luruh, tetapi saat penamaan adalah pada musim panas, justeru penamaan tersebut berkenaan dengan ramadhan dilihat pada waktu dinamakannya. Seolah‐olah Allah yang sebenarnya telah memilih bagi bulan ini dengan nama yang tersebut untuk menunjukkan betapa masyaqqah untuk ditempuhi oleh orang yang berpuasa.

Ketiga: Pensyariatan Puasa
Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke‐2 Hijrah. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi ε. Hal ini berdasarkan firman Allah Ι dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:
Maksudnya: Wahai orang‐orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.

Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredhaan‐Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat al‐Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah Ι. Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka, dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa di hadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa.

Akan tetapi kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat‐umat terdahulu adalah dari segi pensyariatan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad s.a.w secara khususnya difardhukan puasa bulan Ramadhan tersebut berdasarkan Surah al‐Baqarah, ayat 185:
Maksudnya: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al‐Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan‐keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya hendaklah ia berpuasa bulan itu.

PENGHAYATAN RAMADHAN MENURUT SUNNAH RASULULLAH ε DAN PARA SAHABAT
Rasulullah s.a.w amat bergembira dengan kedatangan Ramadhan al‐Mubarak, bahkan baginda menganjurkan para sahabat supaya bergembira dengan mengisi ketaatan yang penuh sama ada fardhu ataupun sunat bagi menghiasi Ramadhan al‐Mubarak. Dengan sebab itu banyak hadith‐hadith yang menunjukkan kelebihan dan keutamaan Ramadhan dan puasa serta acara sunat yang lain untuk menambahkan lagi koleksi pahala di sisi Allah. Di sini dinyatakan hadith‐hadith antaranya:

1. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d, sabda Rasulullah:
ُلاَقي ،مهريَغ دحأ هنِم ُلخدي لا ،ِةمايِقلا موي َنومِئاصلا هنِم ُلخدي ُنايرلا هَل ُلاقي اباب ِةنَلجا في َّنإ :دحأ هنِم ْلخدي مَلَف ،مِهيَلع قلْغأ اوُلخد اذإف ،نولخديَف َنوموُقيَف ؟َنومِئاصلا نيأ

Maksudnya: Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang‐orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya.
2. Hadith riwayat Ahmad dan al‐Nasa`ie, daripada Abu Hurairah. Sabda Rasulullah:
مايصلا ٌةنج
Maksudnya: Puasa sebagai perisai.

3. Hadith riwayat Ibn Majah dan al‐Hakim, daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda:
درتلا ًةوعد ِهِرْطِف دنِع ِمِئاصلِل َّنإ
Maksudnya: Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak.

4. Hadith riwayat al‐Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat. Firman Allah dalam hadith qudsi:
باذع نم ةنج موصلا ،هب يرجأ انأو لي موصلاو ،اهومحأو ةدحاو ةئيسلاو ،ديزأو رشعب ةنسلحافيسلا نم حلاسلا نجمك للها
Maksudnya: Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk‐Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang.

5. Hadith riwayat al‐Baihaqi di dalam al‐Syu`ab daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:
مايصلا دسلجا ةاكزو ،ةاكز ءيش لك ىلعو ،برصلا فصن مايصلا
Maksudnya: Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa.

6. Hadith riwayat al‐Nasa`ie daripada Abi Sa`id:
جو للها دعاب للها ليبس في اموي ماص نماماع ينعبس منهج نم هه
Maksudnya: Siapa yang berpuasa sehari semata‐mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun.

7. Hadith riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al‐Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa bahawa sesungguhnya Nabi ε bersabda:
فعاضم هلمعو باجتسم هؤاعدو ةدابع همونو حيبست مئاصلا تمص
Maksudnya: Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan.

8. Hadith riwayat al‐Bukhari dan Muslim:
ينِطايشلا ِتدِّفصو ِرانلا باوبأ تَقِّلُغو ِةنَلجا باوبَأ تحِتُف ُناضمر َءاج اذإ
Maksudnya: Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu‐pintu syurga, ditutup pintu‐pintu neraka dan diikat syaitan‐syaitan.

9. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al‐Sunan:
ِهِبنَذ نِم مدَقت ام هَل رِفُغ اباسِتحاو انايمإ َناضمر ماص نم
Maksudnya: Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu.

PELUANG, CABARAN DAN TIPS MENANGANINYA
Setiap ibadat sudah tentu mempunyai cabaran dan halangan. Ini kerana terdapatnya ganggu gugat daripada syaitan dan lain‐lain supaya ibadat tersebut batal atau tidak diberi pahala di sisi Allah s.w.t . Justeru jadilah ibadat sia‐sia disamping natijah taqwa yang terhasil daripada ibadat puasa tidak kesampaian. Di sini dikemukakan beberapa hadith yang menunjukkan cabaran dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Antaranya ialah:

1. Hadith riwayat al‐Nasa`ie, Ibn Majah, daripada Abu Hurairah, Allah s.w.t. berfirman:
مُكِدحأ ِموص موي َناَك اذإو ،ٌةنج مايصلاو ،ِهِب يِرجأ انأو يِل هنإف مايصلا َّلاإ هَل مدآ ِنبا ِلمع ُّلُك َق وأ دحأ هباس ْنإو ،بخصي َلاو ْثُفري َلاَف ِهِديِب ٍدمحم سْفن يِذَّلاو ،مِئاص ؤرما ينإ لُقيْلَف هَلتا امهحرْفي ِناتحرَف ِمئاصلل ،ِكسِلما ِحيِر نِم ِللها دنِع بيْطأ ِمِئاصلا ِمَف فوُلخَل : حرِف رَطْفأ اَذإِهِموصِب حِرَف هبر يقَل اذإو ،ِهِرْطِفِب

Maksudnya: Setiap amalan anak Adam baginya kecuali puasa, maka sesungguhnya ia bagi‐Ku dan Aku yang membalasnya dan puasa merupakan perisai, apabila seseorang kamu berpuasa maka janganlah ia bercakap yang cela, bertempik dan sekalipun dimaki oleh seseorang atau diperanginya maka hendaklah berkata: Sesungguhnya aku berpuasa, demi yang jiwa Muhammad ditangannya maka bau mulut orang yang berpuasa terlebih harum di sisi Allah dari bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. Apabila berbuka dia merasa gembira dengan berbukanya dan apabila bertemu Allah dia merasa gembira dengan puasanya.

2. Hadith riwayat Ahmad, al‐Bukhari, al‐Nasa`ie dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah:
للها ءاش ام لىإ فعض ةئامعبس لىإ ،الهاثمأ رشعب ةنسلحا ،فعاضي مدآ نبا لمع لك :لاق للها : ناتحرف مئاصلل ،يلجأ نم هماعطو هتوهش عدي ،هب يزجأ انأو لي هنإف موصلا لاإ : دنع ةحرفكسلما حير نم للها دنع بيطأ مئاصلا مف فوللخ ،هبر ءاقل دنع ةحرفو هرطف
Maksudnya: Setiap amalan anak Adam digandakan, satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda hingga sampai 700 kali ganda, hingga mengikut kehendak Allah, firman Allah s.w.t: Kecuali puasa, maka sesungguhnya ia bagi‐Ku dan Akulah yang membalasnya, meninggalkan syahwat dan makanannya kerana Aku, bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbukanya dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

Berdasarkan dua hadith di atas dapatlah disimpulkan beberapa pengajaran antaranya:
i. Keistimewaan puasa sehingga disandarkan kepada Allah s.w.t.
ii. Amalan kebajikan digandakan daripada sepuluh hingga tanpa had.
iii. Amalan kejahatan hanya dibalas satu sahaja sebagai lambang rahmat dan kasih sayang Allah terhadap makhluknya.
iv. Puasa sebagai perisai.
v. Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada kasturi.
vi. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan, iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Tuhan.
vii. Antara adab‐adab puasa ialah;
a. Tidak melakukan rafas iaitu mutlak maksiat atau lagha.
b. Tidak melakukan sakhab iaitu bertempik dan dikehendaki dengannya meninggalkan maksiat begitu juga bercakap sia‐sia kecuali membaca al‐Quran dan zikir.
c. Berkata kepada musuhnya; sesungguhnya aku berpuasa. Untuk mengelakkan daripada tercemarnya maksud puasa dan dari mendapat natijah taqwa.

Hal ini berbetulan dengan sebuah hadith yang menggambarkan puasa kerana Allah yang layak dan berhak dibalas dengan kelebihan. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh al‐Tabarani, daripada Abu Hurairah dan lainnya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
يلجأ نم هتوهشو هبارشو هماعط عدي ،هب يزجأ انأو لي موصلاو ،موصلا لاإ
Maksudnya: Kecuali puasa, dan puasa bagi‐Ku dan Akulah yang membalasnya, dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya semata‐mata kerana‐Ku.
Begitu juga dengan sebuah hadith, Rasulullah ε bersabda:
هبارشو هماعط عدي نأ ةجاح لله سيلف هب لمعلاو روزلا لوق عدي لم نم
Maksudnya: Siapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta dan beramal dengannya maka tiadalah bagi Allah keperluan dengan sebab beliau meninggalkan makan dan minumnya.
Oleh kerana itu bagi menjadikan puasa yang sahih dan mendapat pahala hendaklah bermula dengan pembetulan nawaitu yang benar‐benar ikhlas selaras dengan firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Bayyinah, ayat 5:

Maksudnya: Dan mereka tidak diperintahkan kecuali semata‐mata mengabdikan kepada Allah dalam keadaan mengikhlaskan bagi agamanya dan suci, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, dan yang demikian itu merupakan agama yang unggul.

Seterusnya mempelajari hukum fiqh al‐Siyam mengikut amalan Rasulullah s.a.w dan para sahabat supaya ianya benar‐benar menepati kehendak syarak sama ada yang membabitkan amalan sunat atau wajib. Begitu juga dengan adab dan etikanya. Justeru perkara seumpama ini bukanlah mustahil untuk mencapai hakikat puasa yang menatijahkan taqwa.

PENUTUP
Sebagaimana diketahui puasa pada bulan Ramadhan adalah ibadat yang difardhukan oleh Allah s.w.t.. Dalam erti kata lain setiap orang Islam yang melakukannya hanya kerana mematuhi perintah Allah s.w.t. dan melaksanakan tanggungjawab keimanan kepada‐Nya tanpa memandang kepada sebarang kemungkinan yang berlaku. Sebagai natijah daripada ibadat tersebut.

Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah perhatian Allah.
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan dan taqarrub kepada‐Nya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat‐sifat keras hati dan keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.

Firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:
Maksudnya: Hai orang‐orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa.

Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu, iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah s.w.t dan mengutamakan keredhaan‐Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat al‐Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah s.w.t dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah. Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa dihadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa.

Semoga kita mencapai tahap ketaqwaan melalui ibadat puasa Ramadhan yang akan menjelang tiba. Amin.

RUJUKAN
1. Fiqh Manhaji, Dr. Mustafa al‐Khin, Dr. Mustafa al‐Bugha, Ali al‐Sarbaji. Cetakan Pertama Mei 2005. Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
2. Fiqh al‐Islami wa Adillatuhu, Dr. Wahbah al‐Zuhaili. Dar al‐Fikr al‐Mu`asir.
3. Fi Zilal al‐Quran, (Terjemahan), Sayid Qutub. Cetakan Pertama 2000M/ 1420H. Pustaka Aman Press Sd. Bhd.
4. Al‐Jami’ li Ahkam al‐Quran, Al‐Qurtubi. Cetakan Pertama 1425H/ 2004. Dar Ibn Hazmin.
5. Lisan al‐`Arab oleh Ibn Munzir. Cetakan, 2003M/ 1423H. Dar al‐Hadith.
6. Tuhfah al‐Kiram Syarh Bulugh al‐Maram. Cetakan Kedua Muharram 1423 H. Dar al‐Da`ie.
7. Terjemahan Bulugh al‐Maram, Edisi Lengkap dengan Dalil dan Penjelasan oleh Dr. H Moh. Rifai A. Qusyairi Misbah. Cetakan Keempat, 2001. Thinkers Library.
8. Ithaf Ahl al‐Islam Bikhususiyat al‐Siyam oleh Ibn Hajar al‐Haithami. Cetakan Pertama 1410H/ 1990M. Maktabah Toyyibah, Madinah al‐Munawwarah.

Ahad, September 16, 2007

Pasar Ramadhan dan Hujan Pada Petang Hari

Ketika itu ramai pelajar sedang berkerumun, di gerai-gerai makanan, sambil menunggu giliran urusniaga. Kemudian hujan turun dengan lebatnya.

Aku mencapai payung, lalu berangkat menuju ke masjid. Berbuka puasa dengan kurma, dan juadah di dalam dulang. Satu dulang dikongsi beramai-ramai.

Rabu, September 12, 2007

Petua dan Tips Menghadapi Puasa - Pemakanan Seimbang

5 tips penting puasa:

  1. Minum susu pada waktu malam bagi memastikan cukup kalsium.
  2. Minum air sebelum tidur.
  3. Makan kurma semasa bersahur dan juga semasa berbuka puasa.
  4. Pastikan berbuka dengan diet seimbang (tinggi karbohidrat, rendah lemak)
  5. Banyakkan pengambil serat berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengelakkan sembelit.
  6. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan dahaga atau kepanasan semasa bersahur.