BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Scammer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Scammer. Papar semua catatan

Sabtu, Disember 01, 2012

Kisah Benar Jutawan Wanita Jadi Pekebun Sayur - MANGSA KASANOVA AFRIKA

KUALA LUMPUR: Seorang usahawan wanita kerugian lebih RM5 juta manakala empayar perniagaan miliknya turut merudum selepas termakan tipu daya seorang kasanova Internet dengan menyerahkan enam gambar bogelnya kepada lelaki dipercayai warga Afrika itu sebelum dia diugut dan dipaksa menyerahkan wang berulang kali sehingga bankrap.

Keterlanjuran ibu tunggal yang berusia 40-an itu menyebabkan dia diperas ugut lelaki terbabit yang mahu mengedarkan gambar berkenaan di Internet jika dia enggan menyerahkan wang setiap kali diminta.

Akibatnya, semua wang dan harta mangsa dikikis dan ibu kepada seorang anak remaja itu kini terpaksa pulang ke kampung dan melakukan kerja di kebun untuk menyara hidupnya.

Lebih menyedihkan, mangsa rugi besar dan seluruh hidupnya terjejas selepas dua bulan berkenalan dengan suspek melalui Internet, tanpa sekali pun bersua muka.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Unit Siasatan Jabatan Siber Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berkata, kes membabitkan usahawan wanita itu menjadikan dia mangsa sindiket penipuan Internet oleh lelaki Afrika mengalami kerugian paling besar.

Khamis, Mei 24, 2012

CADANGAN USAHA SAMA LANGGANAN (IPO) FACEBOOK - BENTUK PENIPUAN BARU DI INTERNET!

KUALA LUMPUR – Jika anda ditawarkan akses eksklusif kepada langganan saham IPO Facebook, besar kemungkinan ia satu penipuan, kata Symantec.

Symantec Security Response baru-baru ini mengesan 419 mesej penipuan yang menawarkan “CADANGAN USAHA SAMA LANGGANAN (IPO) FACEBOOK”.

Penggunaan semua huruf besar merupakan contoh biasa 419 penipuan itu, katanya.

Ia didakwa dihantar oleh sebuah firma kewangan di pelbagai lokasi di seluruh dunia. Bentuk sebenar penipuan itu tidak jelas. Penipuan itu menyebut pinjaman wang menerusi terma “mudah” dan murah hati untuk membeli saham-saham Facebook dan menjualnya semula kepada syarikat pada harga yang lebih tinggi berbanding harga pembelian asal.

Symantec berkata, petunjuk jelas ia merupakan penipuan ialah berdasarkan alamat untuk membalas e-mel.

“Ia merupakan alamat yang agak amatur yang menggunakan e-mel berasaskan web percuma yang biasa.

“Syarikat yang sah sudah pasti akan menggunakan alamat e-mel domain sendiri dan bukan alamat berasaskan web percuma,” katanya.

Alamat e-mel dan nama pada tajuk “daripada” mesej itu juga berbeza daripada alamat e-mel dan nama yang digunakan dalam isi mesej.

Berdasarkan kedudukan profil tinggi IPO ini, Symantec menjangkakan golongan penipu akan mengambil kesempatan dan menggunakan cara yang sama yang mereka lakukan pada berita dan acara sebelum ini. – BERNAMA

Khamis, Jun 16, 2011

WWW SCAMMER ALERT INFO Laman Web Khusus Senarai Scammer

Laman web http://www.scammeralert.info akan memberi maklumat kepada warganegara Malaysia khususnya, mengenai penipuan-penipuan yang bakal melibatkan kerugian dari aspek kewangan yang telah atau sedang dilakukan oleh individu-individu tertentu di internet.

Penipuan di Mudah.com.my

Terdapat ramai penipu yang kini berleluasa di Mudah.com.my dan juga laman web penipu yang kelihatan seakan-akan Mudah.com.my.

Beberapa hari sudah pihak Mudah.mу sudah menghantar email amaran berkenaan Phishing website Mudah.mу.

Phishing ialah website tipu yang seakan-akan website sebenar Mudah.mу yang mana jika anda login akaun Mudah.mу ke dalam website tu, tuan punya website phishing tu akan dapat butir login anda.

Jadi jangan sekali-kali anda klik apa-apa link dan login dari email tersebut. Pihak Mudah.mу tidak pernah menghantar email dengan link untuk login ke dalam websitenya.

Berikut adalah antara kandungan email amaran yang dikeluarkan oleh pihak Mudah.mу :

Perhatian,

Anda mungkin telah diminta untuk melawat laman internet tiruan yang akan mengambil kesempatan untuk akses ke dalam akaun Mudah anda.

Anda mungkin atau sudah menerima email seperti berikut:

Dеаr Mudah user Recently ουr servers suffered irreparable data loss. Tο continue using Mudah.mу уου аrе required tο confirm уουr personal details

Yου hаνе 24 hours tο click οn thе link below аnԁ confirm уουr details. Failure tο provide thе nесеѕѕаrу data wіƖƖ result іn account suspension аnԁ уου wіƖƖ nοt bе allowed tο υѕе Mudah іn аnу way

Continue

Thank уου.
Mudah Team

Ini ialah laman internet tiruan yang cuba untuk mendapatkan akses butiran anda apabila anda klik Continue.

Sila ambil perhatian kepada alamat internet http://www.mudah.mу.mudahmy.net kerana ia TIDAK BERKAITAN dengan http://www.mudah.mу.

Kami tidak sesekali akan meminta laluan masuk dan kata laluan anda melalui email.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi kami di abuse@mudah.mу.

Sekian terima kasih,
ScammerAlert.info wіƖƖ bе giving a review аnԁ report аbουt аnу scammer activities. Wе hope tο ɡеt уου reader tο participate аnԁ submit аnу spam аnԁ scammer potential threat.

Regards.

Scammer Alert!

http://www.scammeralert.info

Ahad, Jun 05, 2011

AWAS! Minyak Wangi Tiruan di Alamanda, Putrajaya

Hati-hati dengan individu yang menjual minyak wangi di Alamanda, Putrajaya. Individu tersebut didapati menjual minyak wangi tiruan dgn menyatakan barang yang dijual adalah asli dan dijual murah untuk menghabiskan stok. Mereka bergerak secara berkumpulan. jenama yang dijual adalah Hugo Boss! dan juga Dior.

Individu ini juga dikatakan mendakwa diri mereka datang dari Singapura. Ada yang menjual di KL Sentral.

Selasa, Januari 25, 2011

Taktik Baru SCAM Melalui SMS - Hati-hati!

Taktik Baru Scam Melalui SMS kini berleluasa. Berita melaporkan ramai pengguna telefon bimbit di Malaysia menerima panggilan seumpama ini:
Ni sms yg baru diterima oleh kawan saya (my colleague) hari ni 9.24 am. Ni ayah, guna fon polis, tlon bgi credit maxis RM50 ke nombor baru ayah 0128640597 Ayah lgi ada msalah kat balai police. Ta payah call, sekejap baru ayah call.
SERUAN: Jangan mudah percaya SMS yang tidak dikenali.

Jumaat, Oktober 15, 2010

Private Call Penipuan Kad Kredit Menerusi Telefon

Penipuan Kad Kredit Menerusi Telefon - Private Call

Sekiranya ada pemanggil yang menelefon anda dan meminta apa-apa nombor atau maklumat berkenaan Kad Kredit anda, maka anda haruslah berhati-hati. Mereka tahu jenis kad kredit yang anda gunakan, mereka tahu nombor depan kad kredit anda, mereka tahu tarikh luput kad kredit anda, dan mereka juga tahu nama penuh anda. Mereka menggunakan semua maklumat ini untuk membuatkan anda percaya bahawa mereka adalah daripada pihak yang betul.

Berhati-hati, anda mungkin tertipu. Kini panggilan telefon secara private semakin berleluasa di Malaysia. Pusat-pusat panggilan telefon antarabangsa ini sebenarnya berdekatan dengan tempat tinggal anda. Bahaya bukan? Penjenayah berada di sekitar anda.

Berikut adalah senarai laman web atau blog yang diharapkan dapat membantu memberi gambaran kepada anda mengenai penipuan kad kredit menerusi panggilan telefon.

Jumaat, November 10, 2006

Open Letter To YOU

Today, I write a simple message to those who know me by the hidden name. Here, a letter just to catch your hunger about us. Truly, my identity as a Muslim. I wrote universal blog. Some are now, just in case, closed and labeled as 404.

I know you have a good sense to smell me. But we have proud united members around the world, which, their words are stronger than your devilish weapons.

Come, this is my blog. Can you understand Malay then? Translate it and find something about it. Take your time.

Yes, your prediction is right. What you think now are right. Come! It is an open 'battle'. You know where I live. No need to hide.

Here some meeting I've arranged just both of our side.

2510 31 35810 48702 3948296734 2021 4068230 567802 28 506-02 40289 75493 7829 02 4937204 058 9682-145 5407 304566-3-689 503 25 9 95432952535 593754-14 49-5352

Don't forget: 58205 23-52559124 34 502381 5942940 39231

Now. It a proof. Do not delay.

Just get in time. No CCTV, we're not in Britain. No followers, we follow only God and Justice. No need for ambush since, we, Muslim are polite and honest. Get out from Malaysia and all other countries and send these words to your Dad:

"The truth has been revealed but we keep the secret among us. We neither need to meet nor to discuss about it. We can feel it with our unique senses. Indigo, Clairvoyance or what ever in your definition, know the truth. We will not be your toys for destruction of all life. But we, will stand on our very own legs to create peace and unity among races and religions. We are One. We are not belong to any side. We will be neutral as long as your side not involve Us in your 8orld-0ne-3ye progress.

But you have taken our Brothers and Sisters. They are not weapon. They are just special being with gifted abilities. Return them to Us and do not involved Us anymore for your True Greed and Fake Glory.

We only aim for the Life After Life."

Thank you.

Regards from 632107-3451 246 146-708.

PST: By the way, I have examination paper tomorrow. Even you are going to Hell later, just wish me luck then.