BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Rabu, September 11, 2013

Petua Untuk Menjimatkan Petrol

Petua Untuk Menjimatkan Petrol

1. Cuba elakkan daripada menekan brek jika tidak diperlukan kerana penggunaan petrol akan meningkat dengan untuk meningkatkan kelajuan pada tahap yang biasa. Bukan itu sahaja, tayar juga akan cepat haus.

2. Selalulah memeriksa tayar kereta anda, adakah cukup angin ke tidak kerana kekurangan angin akan menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sehingga 5% dan tayar juga cepat rosak.

3. Selalu melakukan servis ke atas kereta yang mana akan membantu enjin kereta anda sentiasa berada dalam keadaan baik terutaman untuk perjalanan yang jauh.

4. Pastikan kereta anda di'tune' oleh pakar kerana kesilapan dalam melakukan 'tuning' akan menyumbang kepada peningkatan penggunaan petrol sehingga 50%.

5. Praktikkan selalu menukar spark plug sewaktu servis, kerana ia akan membantu menjimatkan petrol dengan banyak.

6. Elakkan menggunakan klac terlalu kerap dan jangan tekan klac jika situasi tidak memerlukan.

7. Gunakan gear neutral sewaktu berada di situasi lampu isyarat merah. Anda juga boleh mematikan kenderaan sekiranya pertukaran lampu isyarat terlalu lama.

8. Gunakan gear yang betul dan sesuai mengikut kelajuan kenderaan.

9. Harus diingatkan bahawa bumbung yang berisi barang (dalam roof rack) akan menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sehingga 5% melalui pemanduan di lebuh raya.

10. Jika roof rack kereta anda tidak berisi, lebih tanggalkannya kerana, jika menanggalkannya, anda dapat menjimatkan minyak anda sehingga 1%.

11. Cuba elakkan memusingkan stereng kereta anda dengan tanpa keperluan kerana setiap kali anda lakukannya, akan menyebabkan penggunaan petrol.

12. Pastikan anda selaraskan kelajuan kereta anda sewaktu pemanduan.

13. Kalau boleh jangan dihidupkan penyaman udara semasa kereta pada kelajuan rendah.

14. Jangan hidupkan enjin kereta anda sebaik sahaja anda mematikannya kerana ia akan meningkatkan penggunaan minyak dan malah boleh merosakkan enjin.

15. Dengan pemanduan pada kelajuan 90 km/j berbanding 100 km/j, anda akan dapat menjimatkan petrol sehingga 10%.

Ahad, Julai 14, 2013

Cara Menghilangkan Mengantuk Dalam Apa Jua Keadaan

Ketika bulan puasa, ada sesetengah orang mengadu dan bertanya bagaimana caranya untuk menghilangkan mengantuk ketika di dalam kelas atau pun ketika memandu kenderaan di jalan raya atau ketika bekerja dalam apa jua keadaan. Oleh itu, di sini dikongsikan beberapa ayat-ayat Al-Quran yang boleh dijadikan doa menghilangkan rasa mengantuk dalam apa jua keadaan.

” LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”

Maksud ayat: “ (DIA - ALLAH) TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)
(Sepotong ayat daripada ayat Qursi)

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Kursi 3 kali sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat berikut :

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 
Dibaca 3 kali.
 
Ayat-ayat ini apabila dibacakan boleh membantu kita untuk menjadi lebih segar tidak mengantuk lagi untuk melakukan sebarang pekerjaan.


Berikut adalah saranan daripada Dr. Tengku Ismadi yang dipetik dari Harian Metro:

Faktor-faktor menyebabkan mengantuk ketika belajar dan bagaimana cara mengatasinya

1. Tidak cukup tidur. Ini memang punca utama ramai pelajar mengantuk ketika guru mengajar di sekolah. Ada sesetengah pelajar yang tidur lewat malam sehingga pukul 1 pagi sedangkan esok hari persekolahan dan terpaksa bangun awal.

Ada yang tidur lewat kerana menelaah pelajaran. Ada pula pelajar yang tidur lewat kerana membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti mendengar radio dan melayari Internet sehingga pagi.

Jika ini masalahnya, nyatalah yang anda belum menetapkan matlamat dalam hidup. Pelajar yang bermatlamat tidak buang masa dengan urusan yang sia-sia.

Jika anda tidur lewat kerana mengulang kaji pelajaran, anda perlu mengubah tabiat buruk itu. Ingat pelajar yang cemerlang ialah mereka yang ‘study smart’ bukan semata-mata ‘study hard’.

2. Tidur yang berlebih-lebihan. Tidur yang terlalu lama dan kerap menjadikan anda mengantuk. Tidur yang mencukupi ialah di antara enam hingga lapan jam sehari. Pastikan anda tidak tidur lebih dari tempoh waktu ini.

3. Makan terlalu banyak. Ini satu tabiat buruk. Apabila anda kuat makan, perut anda terpaksa bekerja kuat memproses makanan itu. Proses ini memerlukan ba­nyak oksigen dan mengerah banyak tenaga. Ini membuat­kan anda mudah mengantuk waktu dalam kelas dan ketika mengulang kaji.

4. Badan terlalu letih. Ada ketikanya anda mengantuk disebabkan badan terlalu letih dengan aktiviti sepanjang hari. Jika ada masalah mengantuk cuba senaraikan semua aktiviti luar anda.

Ada ketikanya anda bersukan atau beriadah secara keterlaluan. Bermain bola di waktu petang secara berlebih-lebihan, berbasikal keliling kampung berjam-jam. Semua aktiviti ini memerah keringat dan membuatkan anda keletihan.

Beriadah dan senaman memang baik untuk kesihatan, tetapi tujuannya kena betul. Perbaiki matlamat anda beriadah.

Anda beriadah untuk segar pada waktu malam bagi menelaah pelajaran.

Ada pelajar keletihan disebabkan aktiviti kokurikulum yang berlebih-lebihan. Anda tidak perlu terlalu aktif dalam kegiatan kokurikulum hinggakan tiada masa untuk mengulang kaji dan sehingga memenatkan badan.

Oleh itu, pastikan kegiatan harian anda seimbang antara pencapaian akademik dan pembabitan kokurikulum. Pastikan anda tidak kesuntukan masa supaya anda tetap segar dan tidak mengantuk di waktu malam.

5. Tiada minat belajar. Masalah ini sering dijadikan alasan ramai pelajar. Sebelum saya pergi lebih jauh, cuba fikirkan sejenak antara minat dengan belajar, manakah yang wujud dulu?

Minat tidak tercetus dengan sendirinya dalam diri anda. Ia sesuatu yang wujud disebabkan pengaruh tertentu seperti guru yang baik, penguasaan pelajaran yang sempurna dan markah yang tinggi.

Pernahkah anda dengar adanya pelajar yang dapat markah 90% dalam sejarah berkata yang dia tidak minat sejarah?

Minat timbul apabila anda lihat dalam diri ada potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula timbul apabila anda dapat rasakan yang anda mula menguasai sesuatu mata pelajaran.

Oleh itu, yang perlu anda perbaiki ialah cara belajar anda dan kegigihan anda sendiri. Anda perlu mempunyai kemahiran belajar yang tinggi agar mudah menguasai setiap perkara baru yang dipelajari.


Berikut adalah beberapa saranan apabila anda membaca buku-buku pelajaran:

Lihat seimbas semua muka surat yang anda baca. Dapatkan rangka kasar tentang teks yang bakal anda baca. Dapatkan satu gambaran menyeluruh.

Selasa, Mei 21, 2013

Menghilangkan Ketiak Hitam dan Ketiak Berkarat

Menghilangkan Hitam dan Karat Pada Ketiak
Oleh Murshid Eunos, HMETRO

Isu ketiak basah memang menjadi konflik kebiasaan untuk golongan muda baik perempuan mahupun lelaki. Bau? Sudah tentu tetapi MURSHID EUNOS ingin berkongsi cara untuk mengelakkan masalah ketiak hitam yang boleh membuatkan keyakinan diri jatuh menjunam.

Mengikut kajian rambang dan meneliti kebanyakan artikel dalam material rujukan khusus buat remaja, masalah ketiak hitam acap kali membelenggu golongan gadis dan jumlah sangat sikit kepada golongan lelaki.

Muka cantik dengan gaya menggoda, badan ramping dengan potongan menggiurkan tapi sayangnya, sesetengah daripada mereka yang tidak selesa kerana dibelenggu masalah kesan hitam di ketiak.

Walaupun kedudukannya sulit dan tersembunyi tetapi kesan gelap ini mencacatkan penampilan dan membuatkan wanita berasa rendah diri terutama bagi golongan yang gemar mengenakan pakaian tidak berlengan.


Wanita yang bertudung tidak terlepas, mereka tetap merasa tempias masalah itu. Bagi yang berstatus isteri pula, pasti berasa malu untuk mempersembahkan diri kepada suami.


Jangan terkejut jika selera suami tiba-tiba mati sebaik saja terpandang ketiak anda yang ‘berkarat’. Sebelum suami, teman-teman atau keluarga membuka mulut menegur kecacatan yang mengganggu pandangan mereka, lebih baik anda bertindak segera.

Mengapa jadi begitu? Gadis memang lekas mengambil berat soal kecantikan diri. Kebanyakan bermula pada usia yang masih muda kerana ikutkan kata kawan. Kononnya perlu mengenakan pewangi diri dan beberapa lagi alatan mekap untuk tampil cantik.

Mulalah ada yang memberi cadangan, gunalah pewangi untuk ketiak, deodoran yang mampu menghilangkan bau dan mengurangkan kesan tidak menyenangkan terutama apabila ‘dating’.

Penggunaan deodoran yang tidak sesuai serta penggunaan tidak tepat antara punca berlakunya masalah ketiak hitam dan tona kulit tidak sekata. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, kandungan di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah kulit seperti merengsa dan sebagainya.

Sisa deodoran yang tidak dibersihkan dan bercampur dengan peluh dikhuatiri mengundang bakteria hingga menyebabkan ketiak menjadi hitam dan lebam. Tapi kepada golongan wanita yang hamil, ia juga disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik.

Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut. Penggunaan alat pencukur yang tidak bersih dikatakan juga faktor yang menggalakkan pembiakan bakteria dan ketiak menjadi gelap.

Malah perlu diingatkan, ketiak boleh menjadi hitam kerana pakaian yang ketat terutama di bahagian lengan. Pergeseran antara ketiak dan baju membuatkan bahagian ini tidak selesa. Tapi itulah fesyen yang digemari kebanyakan golongan gadis, barulah ‘trend’ pakai baju yang ketat.

Bukan sekadar mencari kaedah rawatan atau penyelesaian tetapi anda juga mesti mengetahui punca berlakunya masalah ini. Ia akan membantu anda memahami, mencegah dan mengatasi masalah dengan cara yang tepat.

Mengapa perlu menunggu untuk menyelesaikan masalah ini? Atau terpaksa mengubah penampilan semata-mata ingin menyembunyikan kekurangan diri ini.

Cara mengatasi masalah ketiak hitam adalah mudah sebenarnya. Mandi dengan sempurna dan gunakan sabun khas bagi membantu menghilangkan kesan gelap.

Dapatkan nasihat doktor sebelum membeli sebarang produk termasuk sabun. Banyak produk berbentuk sabun dan krim yang khas untuk menyelesaikan masalah ini.

Kemudian kenakan pakaian yang longgar dan menyerap peluh. Ia memberi ruang pengudaraan kepada tubuh. Gunakan bedak anti bakteria di bahagian bawah lengan selepas mandi. Bedak ini dikatakan dapat mengurangkan peluh. Dapatkan produk ini di farmasi selepas mendengar penerangan dan nasihat doktor.

Disarankan melakukan rawatan ‘wax’ berbanding mencukur kerana ia lebih selamat dan tidak membuatkan kulit di bahagian ketiak gelap. Ada kalanya mencukur boleh menyebabkan luka kecil pada bahagian itu dan ia adalah punca ketiak berubah menjadi lebam.

Jika masih memilih kaedah bercukur, pastikan alat cukur bersih dan pisau cukur tidak berkarat. Perlahan dan cukup berhati-hati ketika mencukur agar ia tidak menyebabkan luka pada bahagian ketiak.

Sental tubuh dengan ‘scrub’ khas bagi menanggalkan sel mati dan menghilangkan daki serta parut selain elakkan menyembur minyak wangi di bawah ketiak, perbuatan ini menggalakkan pembiakan bakteria apabila peluh bercampur dengan pewangi.

Kebanyakan gadis gemar menyembur pewangi pada ketiak kononnya untuk memastikan ia kekal wangi tapi itu adalah kaedah yang salah kerana tidak sesuai dan penggunaannya akan menyebabkan pengumpulan bakteria yang menggelapkan bahagian ketiak.

Terakhir yang perlu diberi perhatian adalah pemilihan deodoran. Ambil deodoran yang mengandungi unsur mineral seperti kristal kerana ia sesuai untuk golongan berkulit sensitif.

Cubalah langkah-langkah ini bagi menyelesaikan konflik diri ini. Mengapa harus pasrah dan melihatnya sebagai satu kekurangan kerana masih ada formula lain yang mampu menghilangkan masalah ini.


Petua tradisional

Ada cara lain untuk mengelakkan ketiak hitam dan berkarat. Ikutlah langkah membuang peristiwa ngeri ini daripada hidup anda dengan mengikut langkah secara tradisional.


1. Limau + kapur sirih

Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.


2. Buah betik

Parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.


3. Sirih + beras

Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang dilumur tanggal daripada badan. Petua ini bukan saja menjadikan kulit badan anda halus, malah ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.

Selasa, April 09, 2013

Tabiat makan ikan boleh panjang umur

Tabiat makan ikan boleh panjang umur
2013-04-07 08:55 Disediakan oleh Berita Harian


Washington: Mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas serta mengamalkan makan ikan mampu memanjangkan usia sekurang-kurangnya dua tahun.

Ini berbanding mereka yang tidak mengambil asid lemak omega-3 yang biasanya didapati dalam makanan laut, kata satu kajian Amerika Syarikat.

Mereka yang memiliki tahap asid lemak omega-3 lebih tinggi juga secara keseluruhan mengurangkan sebanyak 27 peratus risiko kematian lebih awal.

Ia juga mengurangkan sehingga 35 peratus risiko mati akibat sakit jantung berbanding rakan mereka yang mempunyai tahap darah lebih rendah.

Penyelidikan diketuai saintis di Sekolah Kesihatan Harvard dan disiarkan Annals of Internal Medicine.

Ketika kaji selidik lain menunjukkan kaitan antara asid lemak omega-3 dan merendahkan risiko penyakit jantung, kajian terbaru memeriksa rekod orang lebih tua untuk menentukan sebarang kaitan antara makan ikan dan risiko kematian.

Penyelidik melakukan imbasan terhadap data 16 tahun membabitkan 2,700 orang dewasa berusia 65 tahun dan lebih tua.

Responden kajian tidak mengambil makanan tambahan minyak ikan, bagi mengelak kekeliruan pengambilan makanan tambahan dan perbezaan diet. - AGENSI

Ahad, Januari 20, 2013

Petua Menghalau Nyamuk Tanpa Ubat Nyamuk atau Penyembur Serangga

Petua Menghalau Nyamuk Dengan Sayur-Sayur, Bahan-bahan Di Dapur dan Kaedah-Kaedah Lain
Kawalan biologi kaedah mesra alam halau serangga hisap darah

APABILA tiba musim panas, jumlah kehadiran nyamuk di laman kediaman semakin banyak lebih-lebih lagi jika ada kolam hiasan. Ini kerana nyamuk membiak di kawasan ada takungan air, semak-samun dan sampah sarap.Sehubungan itu, langkah pencegahan perlu diambil bagi menghalang pembiakan nyamuk yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti demam denggi dan malaria.

Penggunaan bahan kimia seperti ubat penghalau nyamuk dan penyembur nyamuk memang banyak di pasaran. Namun, ia boleh memberi kesan atau berbahaya kepada tumbuhan, haiwan peliharaan mahupun penghuni kediaman terutama mereka yang alah pada ubat nyamuk kimia.

Sesuai dengan usaha mewujudkan kawasan lestari yang mementingkan penggunaan bahan semula jadi, disenaraikan beberapa cara sesuai untuk menghalau serangga penghisap darah dengan cara mesra alam.

Berikut adalah beberapa cara yang mesra alam serta helah untuk menghalau nyamuk di laman kediaman:

Lampu
Pasang lampu mentol kuning berhampiran kawasan yang tersorok dan tepi kolam. Seeloknya, mula memasang lampu apabila lewat petang dan malam. Lampu berwarna kuning dan jingga mampu menghalau nyamuk daripada menghampiri kawasan sekitarnya.

Malah, lampu berkenaan tidak akan menarik serangga lain untuk menghuni laman berbanding penggunaan lampu mentol putih.

Pokok penghalau nyamuk (Pelargonium graveolens)
Sesuai namanya, pokok penghalau nyamuk sudah pasti ia tumbuhan paling sesuai menghalau nyamuk. Aroma atau bau-bauan yang terhasil daripada daun pelargonium graveolens sangat dibenci nyamuk.

Namun, pokok berkenaan memerlukan penjagaan rapi kerana ia tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Pelargonium graveolens tidak memerlukan banyak air, cukup dengan hanya siraman sekali sehari.

Pokok ini diproses dan dijadikan bahan utama minyak citronella. Nyalakan lilin citronella di laman terutama di di kawasan kolam atau tepi pancur air. Beli lilin ini di kedai perkebunan dan nurseri bunga.

Selain itu, boleh juga mencipta haruman penghalau nyamuk dengan mencampurkan beberapa titis minyak citronella bersama minyak zaitun. Sapu minyak berkenaan di nadi pergelangan tangan.

Bakteria bacillus thuringiensis (BT)
Tabur bacillus thuringiensis (BT) dalam kolam atau pancutan air atau birdbath untuk membunuh larva. Memang diakui larva nyamuk sukar membiak dalam air yang mengalir, namun ia masih boleh melekat pada batu dan hiasan dalam kolam.

Justeru, gunakan BT kerana ia mampu membunuh larva nyamuk malah ia tidak berbahaya kepada kawasan sekitar mahu pun haiwan peliharaan, ikan, burung dan hidupan liar lain. Ia boleh dibeli di nurseri dan kedai haiwan dan didapati dalam bentuk cecair atau palet berbentuk donat yang terapung diletakkan di dalam air.

Minyak Mambu/Neem

Sembur perkarangan laman dengan minyak neem yang dicampurkan dengan campuran pyrethrins semula jadi. Pyrethrins adalah sebatian organik (lebih tepat lagi, asing) yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan genus Chrysanthemum. Berbanding dengan racun kimia, minyak mambu/neem neem selamat dan tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang kepada manusia dan haiwan.

Neem mempunyai bau yang kuat yang mampu menghalau nyamuk. Selain nyamuk, minyak mambu juga mampu membunuh lebih dari 500 jenis serangga, kutu dan nematodes pada tumbuhan mahu pun haiwan peliharaan.

Bawang
Herba mujarab menghalau nyamuk dan biasanya digunakan sebagai campuran penyembur kimia dan serbuk menyah nyamuk. Bawang putih pula dikisar bersama cili dan minyak neem/mambu menjadi semburan yang baik menghalau nyamuk dan nematodes.

Selain itu, tanam pokok bawang di pinggir kolam supaya nyamuk tidak mendekati kawasan berkenaan.

Daun pudina
Tanam pokok pudina di laman untuk menghalau nyamuk atau buat pati minyak menggunakan daun pudina. Pati minyak pudina menimbulkan bau yang dibenci nyamuk. Cara membuat minyak pati pudina adalah dengan mengisar pudina dengan minyak masak serta sedikit air.

Bunga tahi ayam
Satu lagi tumbuhan yang sesuai menghalau nyamuk adalah bunga tahi ayam atau marigold. Selain warna kelopak kuning dan jingga yang mampu menceriakan laman, bau bunga yang keras dan tajam itu mampu menyelamatkan anda dari nyamuk kerana serangga ini memang membenci baunya.

Ikan Mosquitofish (Gambusia affinis)Ini ini mirip spesies mirip ikan pelaga di Malaysia, dikatakan amat berguna berikutan seleranya yang tinggi terhadap larva nyamuk.

Spesies daripada keluarga poeciliidae itu berasal dari Teluk Mexico dan kini mula mendapat perhatian seluruh dunia bagi menangani pembiakan nyamuk yang lazimnya dikaitkan dengan wabak malaria dan demam denggi.

Menurut satu kajian di Amerika Syarikat (AS), sepasang ikan gambusia itu mampu menelan 5,000 larva nyamuk dalam tempoh 11 minggu atau bersamaan dengan beberapa ratus larva nyamuk dalam sehari. Selain itu, boleh juga membela ikan emas, gupi dan koi untuk mengurangkan populasi nyamuk. Ikan berkenaan juga mampu menelan 100 hingga 500 larva sehari.

Tanam pokok pudina di laman untuk menghalau nyamuk atau buat pati minyak menggunakan daun pudina. Pati minyak pudina menimbulkan bau yang dibenci nyamuk. Cara membuat minyak pati pudina adalah dengan mengisar pudina dengan minyak masak serta sedikit air.

Bunga tahi ayam
Satu lagi tumbuhan yang sesuai menghalau nyamuk adalah bunga tahi ayam atau marigold. Selain warna kelopak kuning dan jingga yang mampu menceriakan laman, bau bunga yang keras dan tajam itu mampu menyelamatkan anda dari nyamuk kerana serangga ini memang membenci baunya.

Ikan Mosquitofish (Gambusia affinis)Ini ini mirip spesies mirip ikan pelaga di Malaysia, dikatakan amat berguna berikutan seleranya yang tinggi terhadap larva nyamuk.

Spesies daripada keluarga poeciliidae itu berasal dari Teluk Mexico dan kini mula mendapat perhatian seluruh dunia bagi menangani pembiakan nyamuk yang lazimnya dikaitkan dengan wabak malaria dan demam denggi.

Menurut satu kajian di Amerika Syarikat (AS), sepasang ikan gambusia itu mampu menelan 5,000 larva nyamuk dalam tempoh 11 minggu atau bersamaan dengan beberapa ratus larva nyamuk dalam sehari. Selain itu, boleh juga membela ikan emas, gupi dan koi untuk mengurangkan populasi nyamuk. Ikan berkenaan juga mampu menelan 100 hingga 500 larva sehari.

Sumber: KOSMO!

Ahad, September 23, 2012

Mengelakkan Rasa Mengantuk Di Kelas Atau Di Pejabat

Apakah cara yang paling berkesan untuk mengelakkan rasa mengantuk di dalam kelas, bilik darjah, dewan kuliah atau di pejabat. Berikut adalah antara petua-petua dan tips-tips untuk mengelakkan rasa mengantuk yang melanda. Semoga tips-tips ini dapat membantu kita dalam kehidupan seharian kita.

Tips Mengelakkan Rasa Mengantuk Di Pejabat

Apabila kita bekerja tidak kira di mana mahupun di pejabat, rasa mengantuk boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyangan dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. Justeru ia perlu dielakkan dan bagi mengatasi masalah ini. terdapat beberapa tip yang boleh kita lakukan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat.

1. Hampiri kawasan bercahaya.
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, caahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lintarkan padangan anda keluar seketika.

2. Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namun ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap bersolek. tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

3. Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian arimaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon.

4. Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

5. Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di sampi itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangin dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula

6. Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar.

Tips Mengelakkan Rasa Mengantuk Di Dalam Kelas

1. Tidur awal pada malam hari. Lazim bagi seseorang pelajar asrama adalah tidur lewat kononnya untuk mengulangkaji pelajaran. Tindakan ini adalah kurang bijak kerana ia boleh mengakibatkan rasa mengantuk pada keesokan paginya. Seseorang pelajar sekolah menengah tidak perlu waktu yang begitu panjang setiap hari semata-mata untuk mengulangkaji pelajaran sebagaimana yang dilakukan oleh pelajar-pelajar universiti. Memadai hanya 2 jam setiap hari tetapi ia hendaklah dirancang dan diatur dengan teliti dan rapi agar seimbang bagi semua mata pelajaran. Pepatah arab menyatakan "قليل قر خير من كثير فر" yang bermaksud sedikit yang konsisten lebih baik dari banyak tapi kadang-kadang.

2. Lakukan 'preview' untuk setiap mata pelajaran yang akan dipelajari keesokan harinya. Baca sepintas lalu dan catatkan persoalan-persoalan yang timbul. Pastikan keesokan hari kita akan memperolehi jawapan bagi setiap persoalan tersebut melalui penjelasan dari guru. Sekiranya tidak, pastikan kita bertanya kepada guru. Melalui cara ini minda kita akan sentiasa peka dengan apa yang disampaikan oleh guru demi untuk memastikan kita dapat menjawab persoalan yang kita timbulkan pada malam harinya. Antara punca kita mengantuk ialah kerana minda kita tidak aktif semasa guru mengajar, mudah mengelamun, berfikir tentang perkara-perkara remeh yang tiada kaitan dengan pelajaran dan akhirnya kita akan rasa mengantuk.

3. Lakukan pergerakan tangan dan mata semasa guru sedang mengajar. Ambil kertas kosong dan cuba catat atau lakarkan poin yang disampaikan oleh guru. Mata hendaklah sentiasa galak memerhatikan pergerakan guru. Bekas guru ilmu mantiq saya dahulu pernah memberitahu bahawa dia tahu sama ada seseorang pelajar itu sedang mengikuti pelajaran atau sedang mengelamun, iaitu melalui matanya. Jika bebola mata seseorang pelajar itu kurang bergerak atau hanya memandang ke satu arah sahaja ia bermakna pelajar tersebut sedang mengelamun dan pelajar yang mengelamun pasti akan mengantuk tidak lama selepas itu.

4. Bawa bekal air kosong. Para pakar mengakui bahawa otak memerlukan bekalan oksigen yang cukup untuk merangsangnya berfikir. Kekurangan oksigen akan menyebabkan sel-sel otak menjadi lemah lantas akan menumpulkan kebolehan berfikir. Satu cara mudah untuk memberikan bekalan oksigen yang mencukupi kepada otak ialah dengan minum air kosong. Kalau boleh air tersebut hendaklah air yang telah ditapis dari sebarang kekotoran. Pelajar-pelajar cina telah lama mengamalkan minum air kosong yang banyak dan ternyata prestasi pelajar-pelajar cina lebih membanggakan.

5. Persekitaran yang kondusif. Sesebuah kelas hendaklah disusun dengan teratur dan dijaga kebersihannya agar selesa menghadapi sesi P&P. Kelas yang kotor dan tidak teratur akan menimbulkan perasaan tertekan dan bosan. Hiasan dan susun atur kelas juga hendaklah ditukar secara berkala, contohnya 3 bulan sekali. Carta-carta atau gambar-gambar hiasan hendaklah ditukar dengan gambar lain atau diubah kedudukannya. Semuanya dilakukan semata-mata untuk mengelakkan rasa bosan yang mana pada akhirnya akan menyebabkan masalah mengantuk di dalam kelas.

6. Sentiasa melakukan senaman pada petang hari. Waktu selepas Asar bukanlah waktu yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran. Waktu ini sesuai untuk beriadah. Gunakanlah ia sebaik mungkin untuk beriadah agar jasmani kita sentiasa cergas dan tidak lesu. Malas beriadah boleh menyebabkan peningkatan berat badan, berat badan yang semakin bertambah pula akan menyebabkan kelesuan.

7. Amalkan pemakanan yang sihat. Diet bagi seseorang pelajar adalah amat penting terutamanya diet yang boleh merangsang aktiviti otak. Antara makanan yang bagus untuk otak ialah madu asli, kekacang, ikan segar, sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan dari memakan makanan-makanan segera (junk food) seperti mee segera yang lazimnya amat digemari oleh pelajar-pelajar sekolah. Menurut amalan alim ulama terdahulu mereka akan cuba mengelakkan diri dari memakan kepala ikan dan asam kerana ia boleh melemahkan otak.

Rabu, September 19, 2012

Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini

Elakkan Minum Air Pada 7 Waktu Ini

Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tidak digalakkan untuk meminum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tetapi, kenapa pula agaknya anda tidak digalakkan minum air pada waktu-waktu tersebut? Sebanya adalah tidak lain dan tidak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.

7 waktu yang dimaksudkan itu adalah:

1. Sebaik saja bangun tidur. Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.

2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.

3. Selepas memakan buah-buahan.

4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau hendak minum juga, tunggulah selepas beberapa ketika. Ataupun rehat sekejap, selepas itu barulah anda minum air.

5. Sewaktu tengah makan. Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan perut buncit.

6. Sebelum atau sesudah makan.  Tetapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.

7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.

Begitulah catatan mengenai waktu-waktu yang tidak digalakkan untuk minum air.

7 Tips Membuatkan Otak Berfikir Lebih Cepat

7 Tips Membuatkan Otak Berfikir Lebih Cepat

1. Ambil dos EPA secukupnya
EPA adalah bahan kimia dalam minyak ikan yang merupakan makanan bagi otak, setiap orang pasti sudah mengetahuinya.Kajian menunjukan bahawa minyak ikan dapat memberikan peningkatan aktiviti pada otak, melancarkan peredaran darah, dan meningkatkan daya ingatan kita.

2. Seks secara terancang
Melakukan seks dapat melepaskan kimia yang dapat meningkatkan kekuatan otak menurut buku Teach yourself Training your brain yang ditulis oleh pengajar senior dan seorang ahli biologi. Seks adalah bentuk sempurna dari latihan, yang juga meningkatkan peredaran darah ke otak. Ia dapat mengurangkan stres dan ketegangan yang menurunkan efisiensi kinerja otak.

3. Buat teka teki
Teka-teki silang, Sudoku atau yang lainnya dapat membuat otak tetap pada kondisi terbaik. Sama seperti otot, jika anda tidak melatih otak secara kerap, ia akan kehilangan kemampuannya untuk bekerja secara maksima.

4. Berjalan kaki
Tidak ada yang dapat mengalahkan udara segar yang dapat menyegarkan fikiran. Berjalan di bandar, berhampiran sungai atau di taman akan membantu anda menyingkirkan awan kelabu dan membantu menjernihkan fikiran.

5. Ketawa/Senyum
Ketawa bukan saja merupakan ubat terbaik, ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan menstimulasi kedua sisi otak.
.
6. Berfikiran Kreatif
Melukis atau pelajari alat musik yang baru dapat menyebabkan anda mampu berfikir lebih cepat dan kreatif.

7. Berhubungan dengan sifat Keanak-Anakan
Einstein pernah berkata bahawa imaginasi lebih penting daripada pengetahuan dan ia menggunakannya pada beberapa eksperimen yang akhirnya menemui perhitungan paling terkenal sepanjang masa (E=MC2).

Cuba kita lihat anak-anak, mereka penuh dengan imaginasi, dan mereka belajar lebih banyak pada tahun-tahun awal kehidupan mereka lebih daripada apa yang kita pelajari selama satu dekad. Bebaskan pemiikiran anda dari penjara fikiran 'seorang dewasa', anda akan menemui cara berfikir yang belum pernah ada sebelumnya.

Sabtu, September 08, 2012

Petua Mencerdaskan Otak - Petua Otak Cerdas Badan Cergas

Petua Mencerdaskan Otak - Petua Otak Cerdas Badan Cergas

Membaca buku secara teratur dapat melatih otak anda. Semasa membaca, anda berfikir lebih untuk banyak perkara dan dengan demikian anda akan menjadi lebih cerdas.

Membaca buku dapat membantu meningkatkan daya ingatan dengan mengharuskan untuk berfikir dan membayangkan banyak unsur dengan lebih jelas seperti perwatakan, plot, dan lain-lain.

Bayam mengandung lutein dan beberapa antioksidan lain yang dapat melindungi sel-sel otak dari kerusakan. Omelet bayam boleh dijadikan sarapan pagi yang dapat melindungi otak.

Bergerak atau berjalan selama 10 minit setelah duduk lama dapat meningkatkan energi selama 2 jam dan membuat orang tetap terjaga dan segar.

Cacat mata dapat juga diperbaiki dengan olahraga leher. Caranya dengan memutar kepala setengah lingkaran, gerakkan bahu searah dan berlawanan arah jarum jam dengan cepat, serta putar kepala ke kanan dan ke kiri beberapa kali. Latihan ini dapat melemaskan ketegangan otot leher yang dapat membatasi suplai darah ke kepala.

Jumaat, Ogos 31, 2012

Cara Menghilangkan Rasa Bosan, Jemu, Tertekan dan Marah-Marah

Cara Untuk Menghilangkan Rasa Bosan - Bosan, Jemu, Tertekan dan Marah-Marah?

Banyak sebab kenapa dan mengapa terkadang kita berasa bosan, jemu, tertekan dan berasa marah-marah. Di sini jom kita baca 7 cara melegakan tekanan dalam masa 10 minit.

Rehat 5-10 minit – kalau anda terlalu sibuk bekerja, ambil masa 5-10 minit untuk duduk rehat tanpa membuat apa-apa kerja dan tenangkan fikiran. Ini boleh mengurangkan ketegangan dan tekanan darah anda di samping meningkatkan daya kawalan anda terhadap keadaan sekeliling.

Cuba buatkan diri anda ketawa – anda boleh melegakan tekanan dengan membuatkan diri anda ketawa gembira. Cubalah ketawa dengan menonton rancangan TV komedi kegemaran anda atau mendengar sesuatu yang lucu dari nada dering telefon bimbit anda.

Dengar muzik yang menenangkan – semua orang perlukan suasana tenang untuk membuat kerja. Tetapi suasana yang terlalu sunyi akan menambahkan lagi tahap tekanan diri anda. Sekali-sekala anda perlukan muzik untuk tenangkan diri. Jenis muzik? Ia bergantung kepada anda.

Fikirkan sesuatu yang menggembirakan – dalam beberapa minit cuba fokuskan fikiran anda terhadap sesuatu yang menggembirakan. Anda mungkin boleh boleh melihat gambar ahli keluarga tersayang atau melihat gambar pemandangan indah. Ini boleh meningkatkan semangat dan fikiran positif anda.

Berdiri dan ambil masa berjalan sebentar – para saintis telah membuktikan bahawa mereka yang memperuntukkan masa berjalan sekurang-kurangnya empat kali dalam seminggu kurang berasa tekanan dan mempunyai tidur yang lebih baik. Untuk melakukannya, anda mungkin boleh mengambil masa 5-10 minit untuk berjalan ke hulu ke hilir di ruang pejabat anda setiap hari.

Buat senaman nafas - tarik nafas panjang dan tahan untuk beberapa saat, lepas tu hembuskan secara perlahan-lahan. Anda pasti lega dan lebih mudah membuat kerja.

Relakskan diri dengan senaman ringkas – untuk beberapa minit selepas bangun pagi anda boleh relakskan badan anda dengan senaman ringkas dari kepala ke kaki. Senaman regangan otot menjadikan anda lebih selesa datang ke tempat kerja. Anda juga boleh membuat senaman ringkas di tempat kerja untuk merelakskan badan.

Selasa, Ogos 28, 2012

Rajin berus gigi boleh elak nyanyuk

Rajin berus gigi boleh elak nyanyuk
2012-08-24 Disediakan oleh Berita Harian


LOS ANGELES: Orang yang suka menjaga gusi dan gigi mungkin kurang berisiko untuk mendapat penyakit nyanyuk, menurut kajian penyelidik Universiti California.

Mereka mendapati, wanita lanjut usia yang memberus gigi kurang sekali sehari menghadapi 65 peratus kemungkinan nyanyuk berbanding yang memberus tiga kali sehari.

Jumaat, Ogos 17, 2012

Petua Penjagaan Mata Ketika Menonton Televisyen

Petua Penjagaan Mata Ketika Menonton Televisyen

Menonton televisyen memang menjadi kegemaran hampir setiap orang pada waktu lapang. Tetapi ada orang yang menonton televisyen sepanjang hari atau beberapa jam tanpa berhenti. Tabiat ini akan menyebabkan mata kurang sihat kerana mendapat "penyakit TV" yang mungkin merosakkannya nanti. Bagaimana caranya menjaga mata kita ketika menonton televisyen?

1. Televisyen hendaklah diletakkan pada kedudukan yang sederhana, tidak terlalu tinggi atau rendah. Lebih baik jika pusat skrin televisyen letaknya setara atau rendah sedikit daripada mata anda untuk mengelakkan otot di sekeliling mata anda menjadi tegang ketika menonton televisyen. Selain itu, jarak antara mata dengan skrin televisyen mestilah sesuai, jangan terlalu dekat atau terlalu jauh. Jangan menonton televisyen dengan berbaring.

2. Jangan menutup lampu ketika menonton TV. Namun, sebaliknya, jika lampu terlalu terang, imej pada skrin televisyen akan jadi kurang jelas. Jadi, cahaya dalam bilik tersebut perlu dikekalkan pada tahap sederhana, yakni tidak terlalu malap atau terlalu terang ketika menonton TV.

3. Jangan menonton TV sepanjang masa, atau terlalu lama terutamanya bagi golongan remaja. Tempuh yang paling sesuai untuk menonton TV ialah 1 hingga 2 jam sahaja. Mata perlu ditutup sekejap-sekejap untuk merehatkannya, atau memandang ke arah jauh sekali-sekala dalam masa menonton televisyen, supaya penglihatan anda tidak rosak.

4. Anda perlu makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak merah, tauge, oren dan kurma merah yang baik untuk kesihatan mata anda.

Selasa, Ogos 07, 2012

Sunnah Nabi Makan Garam

Rahsia Garam dan Sunnah Rasulullah

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut daripada menyerap racun.

Garam Sebagai Mata Wang Upah
Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

Cara Melemahkan Tahanan Dengan Tidak Memberi Makan Garam
Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Daripada Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya.

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

Garam Mengubat Penyakit Gout
1. Penyakit Gout – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

Garam Pengubat Bengkak
2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

Garam Penyembuh Penyakit Lenguh Sendi
3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

Garam Penghindar Mabuk
4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

Garam Pemulih Tenaga
5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua Garam Berdasarkan Kajian Saintifik


Kajian demi kajian telah dilakukan untuk membuktikan kehebatan garam sebagai penawar yang dapat meneutralkan pelbagai jenis toksik dan racun.

Menghilangkan Tahi Kerang
Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Tawarkan Ikan Masing
Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Meredakan Cirit-Birit
Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Menghilangkan Gatal-gatal
Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Meningkatkan Daya Tahan Badan
Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

Ahad, Julai 15, 2012

Petua Puasa - Rahsia Surah Al Ikhlas

Bulan Ramadhan Al Mubarak akan datang menjelma dalam beberapa hari lagi. Setiap tahun pasti ramai budak dan pelajar yang baru belajar berpuasa. Ada juga mualaf. Di sini ada beberapa petua dan tips untuk orang yang baru belajar berpuasa supaya dapat menahan lapar dan dahaga dengan lebih berkesan. Ini membolehkan mereka berpuasa dengan lebih segar dan bersemangat.
  1. Mesti sentiasa bersahur.
  2. Semasa hendak makan nasi, makan dengan cara dan adab orang-orang Islam. Berdoa. Menyebut nama Allah.
  3. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Ini bermaksud, surah Al Ikhlas dibaca sebanyak tiga kali, iaitu 1 kali setiap gumpalan nasi.
  4. Selepas habis 3 gumpalan, bolehlah makan seperti biasa.
  5. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, bacakan selawat 1 dan makanlah sebiji buah kurma. Ulang sehingga 7 kali.
Apakah Rahsia Surah Al Ikhlas Ini?
Surah Al Ikhlas itu adalah ayat yangg dapat menguatkan segala sendi dan tulang di dalam badan kita dengan izin Allah S.W.T.

Buah kurma pula adalah makanan amalan Rasulullah. Selain dapat memberi tenaga, dikatakan juga buah kurma yang dimakan 7 biji sehari dapat menghalang iblis daripada menghampiri si pemakannya.

Ahad, Jun 17, 2012

Sejukkan Badan - Hilangkan Panas Badan

Air Barli Segar Penyejuk Badan dan Banyak Khasiat
Air barli segar dikatakan mampu menyejukkan badan. Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.Selain itu, barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.

Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

Jika meminum air barli selalu diamalkan, ianya dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu untuk sistem penghadaman.

Air Gula Batu dan Buah Selayar
Gula Batu sebagai penyejuk badan. Berbeza dengan gula biasa, gula batu dikatakan mampu menyejukkan badan. Buah Kembang Semangkuk atau Buah Selayar juga boleh mengubati panas badan. Kombinasi gula batu dan buah selayar, apabila dibuat air minuman dikatakan juga dapat menyejukkan badan.

Sabtu, Jun 16, 2012

Cara Menyejukkan Suhu Bilik - Sejukkan Suhu Dalam Rumah

Cara Menyejukkan Suhu Bilik - Sejukkan Suhu Dalam Rumah

LETAK BESEN AIR DI DALAM BILIK

Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.

PASANG JARING KELAMBU BESI DAN BUKA TINGKAP PADA WAKTU MALAM HARI
Selalunya pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah lain, iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Pemasangan jaring yang halus lubangnya seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk.

GUNAKAN PAPAN FIBER SIMEN UNTUK SILING RUMAH
Fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.

GUNAKAN LAMPU DARI JENIS KURANG MEMANCARKAN HABA
Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.

POKOK EKOR KUCING BOLEH MENYEJUKKAN RUMAH
Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.

CAT DINDING RUMAH DENGAN WARNA CERAH YANG DAPAT MEMANTULKAN CAHAYA DAN HABA
Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.

AWNING DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN PEMANASAN ATAP RUMAH AKIBAT PANCARAN CAHAYA MATAHARI
Anda digalakkan untuk memasang awning. Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau.

JAUHKAN PENGHAWA DINGIN DARIPADA TELEVISYEN ATAU KOMPUTER
Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda.

Selasa, Mei 29, 2012

KISAH BENAR: Jalan Bukit Lengkok - Batu Nisan Panjang dan Lembaga Wanita Berambut Panjang

Langkah-langkah Untuk Menghadapi Gangguan Berhantu 
Di Jalan Bukit Lengkok
Petua oleh Amiene Rev (C) 2012

Sememangnya apabila kita menyebut hantu, pasti ramai jugalah yang berasa takut dengan lembaga-lembaga hantu ini. Hantu selalunya muncul dalam gaya yang seram, misteri, dingin, tidak mesra dan pelik serta lain dari yang lain. Hal ini menyebabkan ramai manusia berasa takut atau gerun dengan hantu.

Hakikatnya hantu bukanlah sesuatu yang merbahaya, kecuali jika hantu itu berjaya menyebabkan panik atau kejutan besar atau ketakutan yang melampau dalam diri seseorang manusia, maka barulah kebahayaan akan timbul. Contohnya jika tiba-tiba ada seekor kambing melintas jalan, dan pada ketika itu pemandu memandu laju, maka pastilah pemandu itu terkejut melihat kambing di tengah jalan dan mungkin ada yang memusingkan stereng atau mungkin juga terus melanggar kambing itu.

Begitu juga dengan hantu. Ada beberapa cara supaya anda dapat memberanikan diri dengan hantu. Perkara paling asas ialah, kenali hantu dan sikap hantu terhadap manusia. Jalan Bukit Lengkok barangkali merupakan satu tempat latihan untuk menghilangkan rasa takut kepada hantu dan juga merupakan satu cara untuk memberanikan diri untuk berjalan di sekitar kawasan berhantu. Berikut adalah petua dan langkah-langkah untuk menghadapi gangguan hantu di jalan yang berhantu:

Pertama: Tetapkan di dalam hati bahawa anda dan hantu sama-sama wujud di dunia ini tetapi dalam dimensi yang berbeza. Oleh itu, seperti manusia, hantu juga ada kehidupan sendiri yang tidak boleh diganggu. Apabila anda bertemu hantu, anggap sahaja anda bertemu dengan manusia yang lain.

Kedua: Apabila anda ternampak hantu, terima hakikat bahawa hantu itu sememangnya berupa seram, berperwatakan misteri, kelihatan seperti seorang psiko, dan kurang adab. Kurang adab kerana sering memunculkan diri di dalam kenderaan atau membonceng motorsikal orang tanpa meminta izin daripada pemandu kenderaan.

Ketiga: Sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin. Oleh itu, kita harus faham bahawa hantu ini juga adalah jin, dan jika mereka dengan secara kurang ajarnya memunculkan diri di dalam kereta, maka anda juga boleh memulangkan paku buah keras kepada hantu ini dengan tidak melayan mereka.

Keempat: Barangkali hantu ini sedar bahawa mereka tidak boleh dilanggar sebab itu mereka berani duduk di tengah jalan. Jika anda melalui jalan berhantu ini, pandulah perlahan-lahan supaya anda dapat membezakan antara hantu dengan kambing yang sebenar atau perempuan yang sebenar. Tetapi manusia yang normal tidak akan mencari nahas dengan berdiri di tengah jalan, oleh itu jika anda ternampak makhluk yang berupa pelik, yakni hantu, pandu terus sahaja sebab kereta anda tidak akan mencederakan hantu. Hantu hidup dalam dimensi yang berbeza dengan dunia manusia.

Kelima: Kalau kita sudah tahu hantu itu suka mengacau orang di jalan-jalan, maka itu bermaksud hantu itu bosan atau ada mesej tertentu yang mahu disampaikan kepada kita. Oleh itu jika kita bukan seorang yang penyibuk, baca sahajalah ayat-ayat Al-Quran supaya hantu itu tidak mengganggu kita.

Keenam: Kita juga boleh buat tidak tahu sahaja hantu itu ada atau tidak, sebab jika kita sibuk, tentu kita tidak akan ada masa untuk bermain-main takut dengan hantu. Oleh itu, teruskan perjalanan seperti biasa sampai selamat tiba ke destinasi.

Ketujuh: Kita juga berpeluang mengadakan lawatan ke tempat-tempat seram atau berhantu. Kita harus faham, roh orang yang mati tidak akan menjadi hantu. Hantu ini sebenarnya adalah lakonan jin. Jin menyamar sebagai hantu. Roh orang yang mati telah naik ke langit tetapi jin-jin yang nakal ini dengan biadabnya telah menyamar menjadi hantu. Atau mungkin ada jin yang kurang perhatian ibu bapa dan oleh itu jin ini mencari manusia supaya mereka mendapat perhatian. Oleh itu, jalan-jalan berhantu ini juga adalah peluang untuk menjana pendapatan menerusi perkhidmatan pelancongan ke tempat-tempat berhantu dan dalam pada masa yang sama menyebabkan hantu-hantu berasa kewujudannya dihargai. Apabila ternampak lembaga hantu ini, jemputlah para pelancong supaya melambaikan tangan dengan gembira kepada hantu-hantu ini.sebagai tanda memberi perhatian kepada hantu-hantu ini. Hantu-hantu ini mungkin akan berasa bahagia kerana kewujudannya kini telah dihargai.

Menurut kepercayaan saya hantu itu bukan roh manusia yang telah mati tetapi sebaliknya adalah penyamaran jin-jin yang kebetulan melihat peristiwa tersebut. Tulisan di atas ini ditulis berdasarkan kisah di bawah ini:


KISAH BENAR: Misteri Lembaga Wanita Dalam Kereta Wartawan Sinar

KULIM – “Cepat, baca surah Yasin!, ada benda sebelah aku ni,” jerit seorang rakan yang berada dalam kereta Perodua Kancil Sinar Harian cemas apabila merasakan ada lembaga wanita duduk di sebelahnya di bahagian tempat duduk kerusi belakang.

Kejadian itu berlaku Khamis lalu apabila wartawan Sinar Harian bersama seorang anggota polis berpangkat koperal dan seorang rakan melalui Jalan Bukit Lengkok kira-kira jam 4 pagi, Khamis lalu.

Ketika melalui di satu selekoh dalam keadaan hujan lebat, semua mereka ternampak batu nisan setinggi setengah meter di tepi jalan tetapi masing-masing hanya diam dan tidak mengendahkannya.

Keadaan mula cemas apabila rakan mereka itu menjerit meminta membaca surah Yasin dengan segera.

Bagaimanapun, anggota polis cuba menenangkannya dan membaca beberapa potong ayat al-Quran barulah rakannya itu tenang dan perjalanan pun diteruskan.

Setelah melepasi jalan Sungai Lengkok mereka kemudiannya berhenti di tepi Jalan Air Merah dan mula membuka cerita mengenai batu nisan tadi. Ternyata, mereka semua mengaku ternampak imej batu nisan yang dimaksudkan.

Bagaimanapun misteri terbabit tidak berhenti di situ saja apabila kelmarin kira-kira jam 12.30 pagi, seorang rakan wartawan terbabit telah merakam gambar kereta Kancil berkenaan dan mendapati ada imej lembaga wanita berambut panjang di dalamnya dan dipercayai lembaga itu hilang selepas azan Subuh berkumandang.

Sementara itu. seorang pemandu van kilang yang tinggal di Taman Selasih dan tidak mahu dikenali berkata, kejadian seumpama itu sering berlaku di Jalan Bukit Lengkok.

Menurutnya, beberapa tahun lalu polis ada menemui mayat seorang wanita dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam gaung berhampiran.

“Ramai pengguna jalan itu menjadi mangsa gangguan lembaga berkenaan. Lembaga itu pernah duduk di belakang penunggang motosikal, saya juga pernah nampak lembaga itu berada di atas bumbung kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Sememangnya jalan itu tidak dilalui oleh kenderaan pada lewat pagi terutama ketika hujan renyai atau lebat,” katanya.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim juga tidak menafikan kewujudan lembaga itu yang sering mengganggu pengguna jalan raya yang melalui jalan Bukit Lengkok menjelang lewat pagi.

“Jalan itu tidak sesuai digunakan pada waktu Subuh terutama ketika hujan. Ini kerana terlalu banyak kejadian kemalangan berlaku di sekitar kawasan itu disebabkan keadaan jalan di situ sempit dan bengkang-bengkok.

“Saya menasihatkan pengguna supaya menggunakan lebuh raya Butterworth Kulim Express (BKE) untuk pergi ke Pekan Kulim dan jangan mengunakan jalan Bukit Lengkok sebagai jalan pintas walaupun ia lebih dekat,” katanya. (Sinar Harian)

Ahad, April 01, 2012

Penawar Batuk Pada Musim Batuk

Cuaca panas, lembab dan hujan yang tidak menentu menyebabkan ramai di kalangan kita mula diserang penyakit batuk. Petua menghilangkan batuk amatlah diperlukan pada masa ini, kerana batuk mampu menjejaskan kesihatan dan aktiviti harian kita. Batuk menyebabkan suara menjadi serak, atau bagi sesetengah kes, kehilangan suara untuk berkomunikasi dan ini pasti menjejaskan urusan harian kita. Berikut adalah petua untuk menghilangkan batuk.

► Rendam sedikit kerak nasi dalam air suam sehingga kerak nasi itu kembang. Minum airnya pada waktu pagi setiap hari.

► Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.

► Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.

► Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

► Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong, ambil jus limau nipis. Kemudian campurkan dengan sedikit kicap dan madu lebah lalu diminum.

► Ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu.

► Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina (orang cina panggil bo ho) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.

► Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

► Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih baik dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur.

► Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.

► Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

► Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.

► Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.

► Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

► Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.

► Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

Isnin, Oktober 10, 2011

PETUA MURAH REZEKI - HADIS DAN PAKAR MOTIVASI

Petua Murah Rezeki
Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata : ”Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu."

Berdasarkan Hadis Nabi : “Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian Hadis
  • Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada )
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
  • Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
  • Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat daripada Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya)
Insya Allah
Berusaha dan bertawakal.. …Insya Allah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)… Mari kita cuba….Allahu Akhbar!

Rabu, Julai 13, 2011

Petua Kempiskan Perut - Rahsia Six Pack

Petua Kempiskan Perut - Rahsia Six Pack - Obsesi Six Pack
Sumber: Kosmo!

KATA orang, bahasa badan menjadi cermin personaliti seseorang. Ini kerana tubuh badan ditakrif sebagai bayangan penjagaan kesihatan seseorang.


Jika wanita mahukan tubuh badan langsing untuk cantik, kaum Adam pula memasang angan-angan memiliki tubuh badan berotot untuk kelihatan lebih maskulin.

Namun, mendapatkan bentuk tubuh badan yang kekar bukanlah satu perkara yang mudah. Bagaimanapun, bagi sesetengah lelaki, obses mereka lebih daripada membina badan sasa apabila ada yang berusaha memiliki otot six pack pada bahagian perut.

Selain menambahkan lagi kecantikan susuk tubuh badan, membentuk enam otot di bahagian perut juga menjadi lambang kesungguhan mereka saat berpenat lelah di pusat kecergasan.

Seorang jejaka, Mohd. Zafir Abdul Karim tidak menolak kebenaran tergolong dalam individu yang obses terhadap six pack. Bagaimanapun akuinya, dengan mengikuti disiplin yang ketat dan betul, impiannya itu tercapai dalam tempoh tiga bulan sahaja.

“Saya mempunyai bentuk badan yang amat kurus. Walaupun saya makan dalam kuantiti yang banyak tetapi, berat badan saya tetap tidak naik.

“Setelah saya menyertai Muay Thai dua tahun lalu, saya mula memandang serius untuk mendapatkan tubuh badan yang berotot.

“Ahli Muay Thai memerlukan perut yang kuat kerana ia merupakan kawasan serangan lawan. Jadi secara tidak langsung ia memaksa saya fokus membina otot pada bahagian perut,” jelas lelaki berusia 26 tahun itu.

KUALITI senaman perlu diutamakan untuk membolehkan lebih banyak lemak dapat dibakar.

Formula six pack

Mungkin ramai beranggapan senaman menjadi taruhan utama akan tetapi, formula asas bagi mendapatkan six pack adalah menitikberatkan kepada cara pemakanan.

Menurut anak kelahiran Perak itu, seseorang individu boleh makan apa sahaja dengan syarat mereka tahu jumlah kalori yang diambil serta mengambil inisiatif membakar kalori tersebut bagi mengelakkan lebihan lemak dalam badan.

“Tidak salah bagi seseorang itu bersarapan dengan nasi lemak tetapi, mereka perlu mengira jumlah kalori yang ada dalam kandungan menu tersebut. Sepinggan nasi lemak kebiasaannya mempunyai 300 hingga 400 kalori, jadi mereka perlu melakukan aktiviti yang mampu membakar jumlah kalori tersebut.

“Misalnya, berjoging selama dua jam mampu membakar jumlah kalori yang sama banyak dengan sepinggan nasi lemak tetapi, ia terpulang kepada individu itu bagaimana memilih untuk membakar kalori,” katanya.

Bagi mendapatkan six pack dalam tempoh singkat, Zafir menyediakan jadual pemakanan khusus dengan hidangan sebanyak enam kali sehari dalam kuantiti kecil bagi setiap hidangan.

Rahsia air

Pengambilan air yang diminum juga memainkan peranan penting bagi mendapatkan otot perut yang pejal serta mengekalkan six pack yang dimiliki.

Setiap kali bangun daripada tidur, Zafir akan meminum air masak secukupnya (beberapa gelas mengikut keadaan). Selain itu, dia juga hanya akan minum selepas 45 minit pengambilan makanan berat.

PEMAKANAN merupakan faktor utama mencapai bentuk badan ideal.

Secara purata, lelaki yang kini bertugas sebagai jurulatih kecergasan bagi Persatuan Muay Thai Malaysia itu akan minum sekurang-kurangnya dua botol besar air mineral setiap hari.

Menerjah dimensi senaman, Zafir memberitahu pada awal proses membina six pack, dia melakukan minimum 100 kali bangkit tubi hampir setiap hari.

Rutin senamannya merangkumi aktiviti joging sejauh lima kilometer yang dilakukan dua kali seminggu bermula pukul 6.30 pagi.

Pada sesi petang, Zafir akan menjalani latihan Muay Thai, manakala pada sebelah malam dia akan meluangkan masa selama dua jam di gim melakukan aktiviti seperti angkat berat dan lain-lain.

Suplemen

Tidak lengkap jika seorang lelaki yang memiliki six pack tidak mengambil sebarang suplemen bagi membantu mengekalkan otot-otot tersebut dalam keadaan baik.

Bagi Zafir, suplemen penting walaupun ada segelintir menyifatkan bahan tersebut tidak diperlukan sekiranya telah mengikuti diet serta senaman yang betul.

Suplemen seperti serbuk minuman protein berguna buat individu yang mahu mengekalkan six pack kerana kandungan dalam bahan itu lengkap dengan kesemua protein mengikut kuantiti yang diperlukan badan.

Selain itu, pengambilan sebiji pil multivitamin setiap pagi dikatakan dapat membekalkan nutrisi serta tenaga bagi menjalankan aktiviti harian.

Tambah Zafir, mereka yang banyak melakukan aktiviti senaman berat di gim perlu mengambil pil asid amino sebelum dan selepas senaman bagi memulihkan kembali tisu otot yang koyak ketika bersenam.

“Secara keseluruhan, saya menghabiskan RM300 hingga RM500 sebulan bagi perbelanjaan suplemen,” katanya yang menjadikan Kevin Zahri sebagai idola.

Sementara itu, jurulatih persendirian Elements Gym, G Tower Kuala Lumpur, Abdul Razak Jalil memberitahu, kandungan suplemen terdiri daripada 100 peratus makanan harian cuma keistimewaannya ia lengkap dengan nutrisi yang diperlukan badan.

KALORI defisit langkah terbaik membentuk six pack.

Razak atau lebih mesra disapa sebagai Jack menyatakan suplemen mampu membantu individu yang mahukan kesan pantas membina six pack.

Jika tidak, seseorang itu hanya perlu mengurangkan pengambilan makanan berminyak serta mengelakkan makanan dengan kandungan gula yang tinggi.

Sama seperti Zafir, sebagai individu yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang bina badan, Jack meletakkan 60 peratus pada pemakanan dan 40 peratus pada senaman sebagai faktor utama mendapatkan six pack.

Jelasnya, badan seorang dewasa hanya boleh menerima sebanyak 1,200 hingga 1,600 kalori sahaja sehari tetapi, dalam konteks masyarakat Malaysia, ia telah melebihi paras normal.

“Masyarakat Malaysia sukar menjaga pemakanan mereka, jadi bukan sesuatu yang mengejutkan apabila mendapat tahu kandungan kalori mereka mencecah 2,500 hingga 3,000 kalori.

“Menambah kepada masalah tersebut, mereka tidak bersenam bagi membakar kalori tersebut yang akhirnya menyebabkan lemak terkumpul dalam badan,” ujar anak kelahiran Johor itu.

Mitos bangkit tubi

Menyentuh soal senaman, Jack berpesan kepada mereka yang ingin memiliki six pack agar tidak percaya kepada mitos bangkit tubi yang perlu dilakukan sebanyak 2,000 hingga 3,000 sehari.

Menurut Jack, bagi mendapatkan six pack, seseorang itu hanya perlu melakukan 200 hingga 300 bangkit tubi sehari dan mengulangi aktiviti tersebut selama tiga kali seminggu.

“Otot kita perlu rehat, jangan lakukan senaman secara melampau, biar berpada-pada dan lakukan secara perlahan-lahan serta hasilnya akan menjadi lebih baik.

“Jumlah 200 bangkit tubi yang dimaksudkan di sini juga bukanlah dilakukan sekali gus, anda boleh lakukan sebanyak 25 kali dan berhenti untuk 30 saat sebelum menyambung semula.

“Aktiviti ini juga perlu dilakukan setiap pagi sebelum sarapan dan selepas santapan terakhir pada waktu malam,” tambahnya lagi.

Sementara itu, aktor popular tanah air yang terkenal sebagai individu yang memiliki tubuh badan kekar, Jehan Miskin pula menyifatkan dirinya beruntung kerana tidak banyak berpantang soal makanan.

Memiliki bentuk badan ektomorf iaitu kerangka badan yang kecil dan panjang, Jehan memberitahu keseimbangan pemakanan serta senaman penting bagi pembentukan otot.

“Setiap individu mempunyai bentuk badan berbeza jadi mereka perlu melakukan senaman serta amalan diet mengikut kesesuaian badan mereka.

“Disiplin dan tidur yang cukup juga penting bagi mendapatkan tubuh badan yang mantap,” kata pelakon berusia 32 tahun itu.