Memaparkan catatan dengan label Banjir Besar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Banjir Besar. Papar semua catatan
Isnin, November 21, 2011
Pengaruh filem 2012 yang mengisahkan tentang banjir besar yang melanda bumi nampaknya mungkin salah satu faktor yang mempengaruhi sesetengah manusia untuk berfikir, apakah apa yang dinyatakan oleh filem itu benar? Begitu juga ramalan Nostradamus mengenai kiamat, dan juga kaum bawah tanah yang meramalkan kiamat akan berlaku pada tahun 2012.
Hakikatnya, sebagai umat Islam, hendaklah kita berpegang pada apa yang telah disampaikan oleh Rasulullah, menerusi hadis dan juga kitab Allah, Al-Quran. Telah disebut tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar sebelum berlakunya kiamat. Maka yakinlah kita sebagai umat Islam mengenai apa yang tertulis di dalam kitab agama kita dan bukannya mudah dipengaruhi oleh perasaan yang tidak berasas sama sekali.
Isnin, Oktober 24, 2011
Banjir Bangkok Diramal Sebulan, Sebulan Tanpa Pelancong
Selama sebulan ini, kemungkinan besar Bangkok tidak akan menerima kunjungan pelancong. Bangkok yang terkenal sebagai sebuah kota raya yang penuh dengan pelbagai kemungkaran, telah ditimpa bala. Kebanyakan filem memaparkan tentang gejala sosial Bangkok, dan kini Bangkok betul-betul seolah-olah telah terkena sumpah. Malah dalam salah sebuah filem The Hang Over 2, pernah dinyatakan satu istilah yang dipanggil "Mangsa Bangkok" di mana terdapat banyak kes orang tempatan atau pelancong asing yang datang ke Bangkok dan hilang tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa Bangkok. Benar atau tidak, begitulah tahap bahaya yang dikaitkan dengan Bangkok. Dunia politik dan pemikiran para pemimpin di Bangkok seperti keanak-anakan, sehingga rakyat menjadi mangsa. Seperti kebanyakan negara, kesemua cerita buruk tentang Bangkok itu tidak semestinya menyebabkan kita mesti percaya bahawa tidak ada perkara yang baik tentang Bangkok. Masih ada kebaikan yang tersembunyi di Bangkok, dan barangkali kebaikan ini tidak didedahkan dengan berkesan.
Banjir Bangkok diramal sebulan
Yingluck selia gerakan kawal bencana alam
BANGKOK:
Perdana menteri Thailand semalam memberi amaran bahawa negara itu akan
dilanda banjir sekurang-kurangnya sebulan lagi, sambil meminta penduduk
terutama di ibu negara, Bangkok bersiap sedia menghadapi kemungkinan
kenaikan paras air lebih tinggi. Pihak berkuasa melancarkan usaha untuk
menyalurkan air banjir dari tengah ibu kota itu ke laut menerusi terusan
di bandar raya terbabit, yang sudah menyaksikan kenaikan air hingga
paras pinggang di beberapa bahagian di utara pinggir Bangkok. Perdana
Menteri, Yingluck Shinawatra, yang menggunakan satu undang-undang
bencana bagi mengawal penuh keadaan kecemasan itu memberitahu penduduk
Bangkok supaya mengalihkan barangan mereka ke tempat lebih tinggi
sekurang-kurangnya satu meter.
“Bangkok perlu membuka semua pintu penghalang banjir untuk membenarkan
pengaliran keluar air,” kata Yingluck. “Jadi ketika hujung minggu yang
panjang ini penduduk perlu mengalihkan barangan mereka, kereta dan
barangan berharga lain ke tempat sekurang-kurangnya satu meter lebih
tinggi.”
“Ada pengaliran air dalam jumlah yang besar dari utara dan kita tidak
dapat menghalangnya secara berkesan tetapi boleh memperlahankan
pengalirannya kerana penghalang yang ada bersifat sementara,” katanya
melalui ucapan mingguan kepada seluruh negara yang disiarkan melalui
televisyen.
“Ia adalah satu keadaan yang amat serius kerana menjejaskan nyawa dan
harta benda penduduk,” kata Yingluck di mana kerajaan beliau yang
berusia dua bulan berusaha untuk menangani bencana kemanusiaan itu.
Hujan lebat selama tiga bulan menyebabkan sekurang-kurangnya 256 orang
terbunuh di Thailand dan memusnahkan kediaman serta kehidupan sembilan
juta penduduk kebanyakan adalah di utara dan tengah negara itu.
Yingluck berkata kira-kira 113,000 penduduk diarahkan berpindah ke
penempatan sementara, sambil menambah ketika beberapa kawasan di negara
itu menyaksikan air mulai surut, banjir yang menghala ke ibu negara
tidak dapat dihalang.
Secara keseluruhan banjir akan berterusan selama empat hingga enam
minggu, katanya.
Di Bangkok yang menempatkan 12 juta penduduk dilaporkan menyimpan
bekalan makanan dan air minuman, manakala orang ramai meletakkan
beratus-ratus kenderaan mereka di atas jambatan atau jalan lebih tinggi.
Puluhan ribu askar dan polis ditempatkan untuk menjaga ketenteraman awam
dan keselamatan.
Pembangkang menggesa kerajaan untuk mengisytiharkan darurat bagi
memudahkan mengawal penduduk dan melindungi banjir tetapi menolak
tindakan itu. – AFP
Ditulis oleh Amiene Rev pada Oktober 24, 2011
Label: Bangkok, Banjir, Banjir Besar, Bencana Alam, Pelancongan, Thailand
Ahad, Oktober 23, 2011
Malaysia hulur bantuan US$1 juta kepada Thailand
Jika dahulu Jepun, kini giliran Thailand pula dilanda banjir besar. Namun, sikap keprihatinan Kerajaan Malaysia terserlah menerusi bantuan kemanusian bernilai RM3.12 juta kepada Thailand. Semoga bantuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua negara.
Malaysia hulur bantuan US$1 juta kepada Thailand
2011/10/22 SERDANG: Kerajaan Malaysia bersetuju menghulurkan bantuan kemanusiaan sebanyak US$1 juta (kira-kira RM3.12 juta) kepada Thailand yang kini dilanda banjir besar, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sambil melahirkan rasa sedih dan simpati, Muhyiddin berharap sumbangan kemanusiaan itu sedikit sebanyak mengurangkan kesusahan dan kesengsaraan yang dialami rakyat negara itu. "Kita rasa sedih dan bersimpati dengan apa yang berlaku di Thailand. Kita lihat banjir yang besar hampir dengan sebahagian daripada bandar raya Bangkok dan kawasan-kawasan sekitar Ayutthaya tenggelam dan rakyat mereka berpindah ke kawasan-kawasan yang tinggi. Kita lihat semua ini. "Sebab itu di peringkat awal di Kabinet semalam kita putuskan (untuk hulurkan) bantuan itu walaupun tak diminta," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada majlis 'Penerangan Perdana Nurani Rakyat Sayangi Selangor bersama Timbalan Perdana Menteri' di sini hari ini.
Muhyiddin mengakui malapetaka yang melanda di Thailand tentunya memberi kesan kepada bekalan bahan makanan seperti beras dan gula dan kenaikan harga barangan bukan saja akan berlaku di negara ini bahkan juga negara lain yang mengimport bekalan makanan.
"Bukan Malaysia saja tetapi negara lain yang berdagang dengan Thailand juga akan menghadapi masalah harga barang yang lebih tinggi atau bekalan barang yang tak mencukupi. Kita lihat apa yang berlaku (kelak)," katanya. - BERNAMA
Ditulis oleh Amiene Rev pada Oktober 23, 2011
Label: Banjir Besar, Bantuan Kemanusiaan, Malaysia, Thailand
Ahad, Oktober 16, 2011
Bangkok Banjir Besar dan 2012 - Macam-macam Cerita
Sejak akhir-akhir ini mula kedengaran suara-suara yang mengatakan bahawa perkaitan banjir besar yang melanda Thailand ini merupakan petanda Kiamat 2012. Kreatif sungguh pemikiran sesetengah manusia kerana mampu mengaitkan peristiwa di Bangkok dengan cereka dari filem 2012 yang pernah menggemparkan para penonton panggung wayang setahun dua yang lalu. Berita banjir ini mungkin memberi kesan emosi kepada penduduk di sekitar Utara Semenanjung Malaysia. Sama-sama kita doakan agar negara kita terhindar dari bencana alam.
Air banjir wilayah utara dan tengah dijangka melanda Bangkok hari ini
Disediakan oleh Berita Harian
BANGKOK: Air banjir dari wilayah utara dan tengah dijangka tiba di ibu kota ini sama ada hari ini atau esok.
Ketua Pengarah Pengairan Chalit Damrongsak berkata, air banjir itu dijangka pada ketinggian antara 2.3 dan 2.4 meter di atas paras purata laut. Ketinggian tembok banjir di Bangkok ialah 2.5 meter. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar negara itu mengunjurkan sebelum ini bahawa 16 bilion meter padu air banjir akan tiba di Bangkok.
Lapan bilion meter padu air adalah dari wilayah Nakhon Sawan, enam bilion meter padu dari Ayutthaya, manakala dua bilion meter padu dari Phatum Thani.
Chalit juga berkata, keadaan air pasang laut yang tinggi ketika ini akan berterusan bagi tempoh dua hari akan datang.
Kira-kira satu pertiga daripada Thailand masih dibanjiri, dengan 2.3 juta penduduk dari lebih 10,000 kampung di 24 wilayah di utara dan tengah terjejas akibat banjir yang melanda negara itu secara berperingkat sejak 25 Julai lepas, dengan 297 kematian dicatat setakat ini. - BERNAMA
Air banjir wilayah utara dan tengah dijangka melanda Bangkok hari ini
Disediakan oleh Berita Harian
BANGKOK: Air banjir dari wilayah utara dan tengah dijangka tiba di ibu kota ini sama ada hari ini atau esok.
Ketua Pengarah Pengairan Chalit Damrongsak berkata, air banjir itu dijangka pada ketinggian antara 2.3 dan 2.4 meter di atas paras purata laut. Ketinggian tembok banjir di Bangkok ialah 2.5 meter. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar negara itu mengunjurkan sebelum ini bahawa 16 bilion meter padu air banjir akan tiba di Bangkok.
Lapan bilion meter padu air adalah dari wilayah Nakhon Sawan, enam bilion meter padu dari Ayutthaya, manakala dua bilion meter padu dari Phatum Thani.
Chalit juga berkata, keadaan air pasang laut yang tinggi ketika ini akan berterusan bagi tempoh dua hari akan datang.
Kira-kira satu pertiga daripada Thailand masih dibanjiri, dengan 2.3 juta penduduk dari lebih 10,000 kampung di 24 wilayah di utara dan tengah terjejas akibat banjir yang melanda negara itu secara berperingkat sejak 25 Julai lepas, dengan 297 kematian dicatat setakat ini. - BERNAMA
Ditulis oleh Amiene Rev pada Oktober 16, 2011
Label: Bangkok, Banjir Besar, Kiamat 2012
Langgan:
Comment Feed (RSS)


