BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Oktober 16, 2011

Bangkok Banjir Besar dan 2012 - Macam-macam Cerita

Sejak akhir-akhir ini mula kedengaran suara-suara yang mengatakan bahawa perkaitan banjir besar yang melanda Thailand ini merupakan petanda Kiamat 2012. Kreatif sungguh pemikiran sesetengah manusia kerana mampu mengaitkan peristiwa di Bangkok dengan cereka dari filem 2012 yang pernah menggemparkan para penonton panggung wayang setahun dua yang lalu. Berita banjir ini mungkin memberi kesan emosi kepada penduduk di sekitar Utara Semenanjung Malaysia. Sama-sama kita doakan agar negara kita terhindar dari bencana alam.

Air banjir wilayah utara dan tengah dijangka melanda Bangkok hari ini
Disediakan oleh Berita Harian


BANGKOK: Air banjir dari wilayah utara dan tengah dijangka tiba di ibu kota ini sama ada hari ini atau esok.

Ketua Pengarah Pengairan Chalit Damrongsak berkata, air banjir itu dijangka pada ketinggian antara 2.3 dan 2.4 meter di atas paras purata laut. Ketinggian tembok banjir di Bangkok ialah 2.5 meter. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar negara itu mengunjurkan sebelum ini bahawa 16 bilion meter padu air banjir akan tiba di Bangkok.

Lapan bilion meter padu air adalah dari wilayah Nakhon Sawan, enam bilion meter padu dari Ayutthaya, manakala dua bilion meter padu dari Phatum Thani.

Chalit juga berkata, keadaan air pasang laut yang tinggi ketika ini akan berterusan bagi tempoh dua hari akan datang.

Kira-kira satu pertiga daripada Thailand masih dibanjiri, dengan 2.3 juta penduduk dari lebih 10,000 kampung di 24 wilayah di utara dan tengah terjejas akibat banjir yang melanda negara itu secara berperingkat sejak 25 Julai lepas, dengan 297 kematian dicatat setakat ini. - BERNAMA