BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Oktober 22, 2011

BAYI DI BUANG TIDUR BERTEMANKAN SEEKOR KUCING

Kerana rasa takut, ada ibu yang mengandung anak di luar nikah sanggup mengabaikan anak kandung yang baru dilahirkan tanpa mengira tahap keselamatan bayi tersebut. Sebelum ini ada juga berita tentang bayi yang dikelar oleh ibu kandungnya sendiri yang juga merupakan pelajar berusia 16 tahun. Perikemanusiaan semakin terhapus kini. Sementara itu di China, dilaporkan mengenai seorang budak perempuan yang nazak dilanggar kereta, dibiarkan begitu sahaja di tepi jalan. Manusia seolah-olah tidak lagi memandang manusia yang lain sebagai manusia. Video yang memaparkan budak perempuan yang nazak selepas dilanggar kereta itu cukup menyedihkan, namun itulah realiti dunia yang dapat dirasai di mana-mana pun.

Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan atas kerusi di hadapan rumah seorang penoreh getah di Kampung Charuk Bakap, semalam. Ketika ditemui, bayi malang berkenaan hanya ditemani seekor kucing saja. Penoreh getah, Maimunah Bidin, 55, berkata, dia mendengar tangisan bayi kira-kira jam 12 tengah malam namun tidak mempedulikannya kerana menyangka ia adalah tangisan bayi jirannya yang berusia lapan bulan. “Kira-kira jam 3 pagi, sekali lagi tangisan bayi itu didengari namun saya tidak memeriksa keadaan di luar rumah kerana bekalan elektrik terputus. “Bagaimanapun, sewaktu anak saya bersiap-siap untuk ke sekolah, bunyi tangisan bayi masih lagi kedengaran menyebabkan saya terus mengambil lampu suluh dan keluar mencari sebelum terlihat kaki bayi terjulur keluar dari kain pelikat yang membaluti badannya,” katanya kepada Sinar Harian. Maimunah yang lebih dikenali sebagai Mak Tam berkata, ketika dia menemui bayi berkenaan, kucing kesayangannya kelihatan tidur di sebuah lagi kerusi, seolah-olah menemani bayi yang tidak berdosa itu. Kira-kira jam 7.50 pagi semalam, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Parit Panjang membawa bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu untuk menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Sultan Abdul Halim.