BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Oktober 11, 2011

AS malu 2 askar di Seoul merogol

SEOUL: Kemarahan rakyat Korea Selatan mengenai dua kejadian memperkosa oleh askar Amerika Syarikat menyebabkan pegawai tentera negara sekutu Seoul itu mengambil langkah untuk cuba mengurangkan rasa berang mereka termasuk meminta maaf.

Brigadier Jeneral David Conboy memohon maaf atas kemarahan penduduk tempatan selepas seorang askar Amerika dituduh merogol seorang remaja perempuan di bilik sewa mangsa pada 17 September lalu. Saya meminta maaf kepada mangsa, keluarganya dan rakyat Korea serta kesal atas kejadian ini. Kami menaruh harapan tinggi kepada askar kami supaya menjaga sepenuhnya tahap profesionalisme dan peri laku mereka, kata seorang lagi pegawai kanan tentera, Mejar Jeneral Edward C Cardon. Anggota tentera terbabit disoal siasat polis tetapi belum ditahan. Seorang lagi askar Amerika ditangkap kerana disyaki memperkosa seorang remaja perempuan di utara Seoul pada 24 September lalu.

Diplomat Amerika bagi rantau Asia Timur, Kurt Campbell juga meminta maaf pada Jumaat lalu berhubung kes berkenaan.

Beliau menyifatkan kejadian yang berlaku itu satu tragedi yang sukar dimaafkan.

Amerika menempatkan 28,500 askar di Korea Selatan bagi memantau perkembangan di Korea Utara.

Berikutan itu, tentera Amerika menguatkuasakan semula perintah berkurung terhadap anggota tenteranya di Korea Selatan selepas dua kejadian berkenaan diketahui umum.

Dalam kes dua minggu lalu itu, askar terbabit yang berusia 21 tahun memecah masuk kediaman mangsa, menurut kenyataan tentera Amerika.

Askar yang diberi nama R dituduh merogol sebelum mencuri sebuah komputer dari kediaman mangsanya.

Askar terbabit minum bersama mangsa awal hari berkenaan dan menemaninya pulang. Polis melaporkan, tertuduh mendakwa apa yang berlaku adalah dengan persetujuan mangsa tetapi mengaku mencuri komputernya.

Polis sedang mengkaji bukti DNA dan rakaman CCTV, menurut kenyataan tentera Amerika lagi.

Seorang lagi askar yang diberi nama I dituduh memperkosa seorang remaja 18 tahun pada 24 September lalu dan kes sudah diserah kepada pihak berkuasa tempatan.

Sehubungan itu, pemerintah tentera Amerika di Korea Selatan, Jeneral James D Thurman berkata, perintah berkurung akan berkuatkuasa mulai tengah malam hingga 5 pagi bermula esok pada hari biasa manakala pada hari minggu dan cuti umum, waktunya 3 pagi hingga 5 pagi.

Perintah berkurung itu meliputi masa sebulan, kata Thurman. Agensi