BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Hacker. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hacker. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 01, 2012

Penjenayah Siber Amerika Paling Aktif Menggodam

Penjenayah siber Amerika paling aktif
Disediakan oleh Berita Harian

Telefon pintar, tablet, perisian Android dan sistem Macintosh sasaran utama penggodam

SAN FRANCISCO: Penjenayah siber sudah memiliki senjata baru yang berkelajuan tinggi untuk tujuan menggodam dan memusnahkan sistem perisian komputer dengan menyasarkan telefon pintar, tablet dan komputer Macintosh, kebanyakannya dilancarkan dari Amerika Syarikat. Satu ‘laporan ancaman’ yang didedahkan lewat Isnin oleh firma keselamatan komputer McAfee menunjukkan sejumlah kod perosak atau malware menyasarkan mesin Windows dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Malah, usaha merosakkan sistem Windows dalam tempoh berkenaan mencatat cubaan paling tertinggi dalam tempoh empat tahun.

Selain itu, serangan malware turut meningkat dari segi menyerang peralatan telefon bimbit menggunakan perisian Android disokong Google dan komputer Macintosh yang beroperasi berdasarkan sistem operasi Apple, menurut laporan itu.

“Dalam tiga bulan pertama 2012, kita mengesan kira-kira lapan juta malware baru menunjukkan pencipta malware meneruskan pembangunan berterusan,” kata Timbalan Presiden Kanan, McAfee Labs, Vincent Weafer.

“Kemahiran dan teknik serangan sama digunakan ke atas sistem komputer peribadi atau PC semakin meningkat dan diperluaskan kepada telefon bimbit dan Macintosh,” katanya.

Sejak sekian lama penjenayah siber menumpukan perhatian untuk memasuki PC yang digerakkan sistem Windows kerana ramai orang yang menggunakannya.

Tetapi, ketika peralatan Apple dan Android semakin digemari di seluruh dunia, mereka kini menjadi sasaran baru.

“Ketika lebih banyak kediaman dan perniagaan menggunakan kemudahan itu, serangan akan terus meluas,” kata Weafer.

Selain itu, ketika malware yang merosakkan sistem Macintosh berterusan bertambah, ia masih kecil dibandingkan apa yang menyerang PC, menurut McAfee.

Jumlah ‘spam’ atau mesej tidak diundang pada tempoh sama pula menurun sedikit kepada satu trilion sebulan dengan penurunan ketara berlaku di Brazil, Russia, dan Indonesia dan meningkat di China, Britain, Jerman, Poland dan Sepanyol.

Bilangan rangkaian komputer yang dijangkiti virus dirujuk sebagai ‘botnet’, meningkat hampir lima juta dengan Colombia, Jepun, Poland, Sepanyol dan Amerika Syarikat dilihat mengalami peningkatan paling tinggi.

Penggodam menggunakan helah seperti perangkap e-mel atau pautan secara rahsia untuk menjangkiti mesin dengan malware yang membolehkan mereka mencuri bukan hanya data atau mengesan kekunci setiap kali ditekan tetapi menggunakan mesin yang sudah dijangkiti untuk melancarkan serangan baru.

Amerika adalah sumber utama pelancaran botnet dan serangan siber dalam tempoh suku pertama tahun ini, lapor McAfee.

Lebih mengejutkan, penjenayah siber menjual perisian peralatan malware dan menyewa botnet, menurut pakar keselamatan internet dan penguat kuasa undang-undang. – AFP

Rabu, Ogos 10, 2011

AWAS! Penggodam Boleh Kawal Alat Pengawasan Gula Dalam Darah - Pam Insulin

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Salur darah manusia turut tidak terselamat daripada penggodam komputer selepas seorang penyelidik keselamatan siber mendapati pam insulin alat pengawasan gula dalam darah boleh dikawal penggodam, lapor sebuah akhbar semalam.

Akibatnya, pesakit diabetis boleh dikawal supaya menerima terlampau banyak atau terlalu sedikit insulin iaitu hormon yang mengawal pencernaan gula, sekali gus membahayakan nyawa mereka.

Penyelidik siber berkenaan, Jay Radcliffe yang juga penghidap diabetes mencipta sendiri peranti radio untuk menggodam seterusnya mengawal pam insulin yang digunakan oleh pesakit diabetis.

Dia membentangkan penemuan itu pada persidangan keselamatan komputer Black Hat di sini pada hujung minggu lalu.

"Reaksi awal saya ialah peranti penggodam ini hebat tetapi saya kemudian berasa gerun apabila menyedari pam insulin yang membantu saya untuk terus hidup tidak memiliki kawalan keselamatan," katanya.

Penemuan Radcliffe mencetuskan kebimbangan mengenai peralatan kesihatan sedia ada seperti peralatan yang mengawal degupan jantung dan monitor bilik pembedahan di era Internet. - Agensi

Khamis, Jun 16, 2011

Taktik Penggodaman Dalam Jangkaan - Strategi Memancing Anonymous Mengugut Serang Malaysia.Gov.My Telah Dijangka

MALAYSIA.GOV.MY BUKAN SASARAN SEBENAR PADA 3.30AM
Jangkaan Amiene Rev menepati Sasaran

Seperti yang dijangka, Anonymous tidak akan menyerang portal malaysia.gov.my, kerana sudah diketahuinya hero-hero anti-hacker Malaysia sudah pasti memasang jerat untuk menangkap hacker yang cuba menceroboh portal malaysia.gov.my pada ketika itu. Justeru, langkah bijak Anonymous memang dipuji, kerana strateginya untuk mengaburi mata pihak berkuasa siber dalam memancing perhatian para pelindung kepada malaysia.gov.my.

Pada masa yang sama, mereka menyerang berpuluh-puluh laman web lain. Ini adalah strategi yang memang telah dijangkakan daripada pihak Anonymous.


Tiada kesan diceroboh
SUMBER: HARIAN METRO ONLINE

KUALA LUMPUR: Portal malaysia.gov.my tidak menunjukkan sebarang kesan pencerobohan seperti yang didakwa oleh kumpulan penggodam antarabangsa menggelarkan diri sebagai `Anonymous’ kononnya akan bertindak menggodam laman berkenaan pada jam 3.30 pagi tadi.

Sehingga jam 4.30 pagi tadi, laman berkenaan dilihat tidak mempunyai sebarang perubahan hingga menimbulkan tanda tanya sama ada Anonymous gagal atau berjaya tetapi dapat diatasi pengendali portal malaysia.gov.my.

Sebaliknya, kira-kira 30 laman web tempatan didakwa digodam oleh pihak tertentu disyaki penggodam tempatan yang terikut-ikut dengan ancaman Anonymous.

Antara web yang dikatakan digodam dengan menggantikan laman dengan nota amaran dan gangguan atau DDoS atau penafian perkhidmatan terhadap laman termasuk penang.uitm.edu.my dan tourmalaysia.com.my, manakala beberapa laman web seperti krustudios.com dan sabahtourism.com yang didakwa digodam Anonymous dan mengalami kebocoran menyebabkan ditutup oleh pengendali web masing-masing.

Pemantauan myMetro terhadap kebanyakan portal menggunakan domain .gov.my tidak dapat diakses, tetapi tidak diketahui sama ada berpunca daripada serangan DDoS atau pengendalinya bertindak menutup sementara laman berkenaan.

Ancaman godaman laman web malaysia.gov.my adalah cetusan tindak balas pengguna internet berikutan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta para penyedia internet tempatan untuk menghalang akses kepada lebih 10 halaman perkongsian fail yang popular dengan alasan perkongsian fail berhak cipta dan melanggar akta hak cipta. tempatan.

10 halaman yang terlibat adalah Warez-BB.org, ThePirateBay, Movie2k, MegaVideo, PutLocker, DepositFiles, DuckLoad, FileServe, FilesTube dan MegaUpload.

“Tindakan menyekat laman web seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks tidak boleh dimaafkan...ia sama seperti menafikan hak asasi manusia,” dakwa rakaman suara yang tersebar di laman Youtube sejak beberapa hari lalu.

Kumpulan sama dikatakan turut bertanggungjawab menggodam laman web Play Station Network, Mastercard dan Visa malah pernah menceroboh masuk laman web kerajaan seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia.

Minggu lalu Anonymous melancarkan serangan DDoS terhadap laman kerajaan Turki sehingga membawa kepada penahanan 32 suspek yang dipercayai anggota kumpulan itu.

Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pihaknya sedang bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk merangka langkah keselamatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan serangan berkenaan.

“Sebelum ini laman sesawang kerajaan pernah digodam namun proses pemulihan berjaya dilaksanakan dengan kadar segera berikutan terdapat prosedur tertentu yang sudah dikenal pasti,” kata kenyataan itu.

Laman Web Malaysia Digodam Diserang Hackers

Portal kerajaan digodam penjahat Dragon Force
SUMBER: KOSMO!

SEBUAH kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous turut memberi amaran untuk menggodam laman web kerajaan.

KUALA LUMPUR - Portal rasmi Jabatan Pengajian Politeknik dan sebuah portal pelancongan swasta menjadi mangsa pertama sekumpulan penggodam yang dikenali sebagai Dragon Force Malaysia di sini awal pagi semalam.

Dalam kedua-dua portal itu, penggodam terbabit menyatakan tindakan tersebut dibuat sebagai protes terhadap kerajaan Malaysia supaya tidak menghalang kebebasan menggunakan Internet.

"Tiada yang selamat, terima kasih ahli Dragon Force. Kepada pentadbir, Dragon Force sudah datang. Terkejut huh? Jangan bimbang banyak yang akan datang lagi.

"Hormati kami, kami masukkan kod, kami ubah sistem anda, kami buka kata kunci anda, kami salah guna jaringan anda bukan kerana kami benci tetapi kami suka. Enjoy!," kata penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai Kambeng Merah melalui mesej yang ditinggalkan dalam portal yang digodam.

Bagaimanapun, kedua-dua portal yang digodam selama 13 jam bermula tengah malam kelmarin sehingga kira-kira pukul 1 petang itu boleh diakses semula setelah dibaik pulih oleh pentadbir portal berkenaan.

Dalam pada itu, sumber daripada Jabatan Pengajian Politeknik mengesahkan kejadian tersebut dan sedang menunggu laporan penuh pembekal perkhidmatan laman webnya.

"Kami mempunyai dua portal iaitu www.politeknik.edu.my dan politeknik.gov.my. Yang telah diserang ialah politeknik.gov.my sementara portal yang satu lagi tidak digodam.

"Buat masa sekarang, memang tiada sebarang kerosakan serius dan semua kerosakan itu sudah dibaiki. Selepas pihak kami mendapat laporan penuh daripada pembekal, kami akan buat laporan terus kepada pihak atasan mengenainya," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain itu, sebuah lagi portal milik syarikat Impressions Holidays & Resort Sdn. Bhd. iaitu www.tourmalaysia.com.my turut menjadi mangsa kumpulan sama.

Beberapa laman web Malaysia mula digodam
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 15 Jun - Agensi CyberSecurity Malaysia mengesahkan beberapa laman web di negara ini mula digodam selepas satu kumpulan bergelar anonymous yang mendakwa berpangkalan di luar negara mengancam mengganggu portal rasmi kerajaan di alamat www.malaysia.gov.my.

Aktiviti itu didapati bermula hari ini walaupun kumpulan tersebut mengancam akan memulakannya pada pukul 3.30 pagi Khamis waktu Malaysia atau 7.30 malam waktu Greenwich Mean Time (GMT).

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri bagaimanapun tidak menyatakan jumlah laman web tempatan yang telah digodam.

"Buat masa ini, kami tidak dapat mengulas lanjut, tetapi percaya proses pembaikan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa yang berkenaan bagi menyelesaikan isu itu," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, Ketua Pegawai Penyelidik F-Secure Corporation, Mikko Hypponen melalui akaun Twitternya menyebarkan mengenai rancangan kumpulan penggodam itu.

F-Secure merupakan syarikat keselamatan perisian komputer yang berpangkalan di Helsinki, Finland.

Beberapa jam kemudian, kumpulan anonymous itu melalui satu video di laman Youtube mendakwa tindakan mereka adalah kerana tidak bersetuju dengan langkah kerajaan Malaysia menapis pelbagai laman web dalam dan luar negara.

"Kami bimbang jika kerajaan Malaysia terus menafikan kebebasan manusia, kami terpaksa bertindak pantas tanpa belas kasihan," kata kumpulan itu melalui satu rakaman suara di Youtube.
Anonymous turut menggunakan wajah Guy Fawkes, salah seorang anggota kumpulan Kristian Katolik, The Gunpowder Plot 1605 yang cuba membunuh Raja England, James I bagi menentang pemerintahan Kristian Katolik, sebagai figura mewakili kumpulan itu.


Kerajaan sedia hadapi serangan siber
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 15 Jun - Malaysia bersedia menghadapi apa jua kemungkinan serangan siber terhadap mana-mana laman web rasmi kerajaan termasuk ancaman daripada kumpulan yang bergelar Anonymous.

Meskipun mengakui ancaman itu merupakan sesuatu di luar jangkaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah sewajarnya telah diambil bagi memastikan laman web kerajaan selamat daripada digodam.

"Kami mengambil perkara itu secara serius. Walaupun ia bukan sesuatu yang dijangka, kami sebenarnya telah berdepan dengan cubaan untuk menggodam laman web kerajaan beberapa kali sebelum ini.

"Maklumat mengenainya telah dipanjangkan kepada pihak berkuasa dan agensi berkaitan. Kami bersedia berdepan menerusi pakar daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta CyberSecurity Malaysia dan beberapa agensi lain," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Baru-baru ini, sebuah kumpulan menggelarkan diri mereka sebagai anonymous menyatakan hasrat untuk menggodam laman web kerajaan kerana mendakwa Malaysia sebagai salah satu negara paling tegas mengenakan sekatan, bukan saja Internet malah tayangan filem dan siaran televisyen.

Mereka merancang melakukan serangan yang dipanggil 'Operasi Malaysia' itu pada pukul 7.30 petang, Rabu waktu GMT (3.30 pagi Khamis waktu Malaysia). Ancaman mereka dimuat naik ke web i.imgur.com/ PTFWh.png Selasa lalu.

Kumpulan sama sebelum ini pernah menyerang laman web kerajaan Zimbabwe, Turki, polis Sepanyol serta memuat naik banyak video lucah ke Youtube sempena satu hari yang digelarkan mereka sebagai Youtube porn day.

Mengulas dakwaan kumpulan itu kononnya Malaysia menyekat hak asasi dengan membuat sekatan tersebut, Rais menganggap kumpulan tersebut mungkin telah tersalah faham akan niat baik kerajaan.

"Kerajaan tidak pernah mengamalkan sekatan, sebaliknya tindakan diambil terhadap laman web tertentu kerana mereka terlibat dengan jenayah," katanya.


Laman web KRU Studios diserang
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 15 Jun - Laman web KRU Studios di www.krustudios.com akan ditutup bermula 12 malam ini bagi mengelak ia digodam pihak tidak bertanggungjawab sama ada dari dalam atau luar negara.

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, ia sebagai langkah berjaga-jaga kerana laman tersebut telah diserang penggodam sejak pukul 10 pagi ini dan ia berterusan hingga malam ini.

Katanya, serangan itu dipercayai ada kaitan dengan rancangan sekumpulan penggodam luar bergelar anonymous yang merancang melakukan serangan ke atas beberapa laman web berpangkalan di negara ini bermula 3.30 pagi esok.

"Bagaimanapun, mereka tidak dapat menggodam laman web kami kerana sistem firewall kami yang stabil. Bagaimanapun, untuk menghilangkan semua serangan, kita akan tutup laman sementara waktu bermula 12 malam ini sehingga serangan reda.

"Ini menunjukkan ada pihak luar sama ada anonymous ataupun pihak tempatan sendiri yang menyokong aktiviti cetak rompak mahu memerangi kami," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini malam ini.

Kelmarin, satu entiti yang menamakan diri mereka Anonymous mendakwa berpangkalan di luar negara mengancam akan menyerang laman-laman web di Malaysia termasuk www.malaysia.gov.my kerana tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menapis beberapa laman web.

Dalam satu rakaman yang disiarkan di laman Youtube, kumpulan itu mengancam akan memulakan serangan tersebut pada pukul 3.30 pagi esok.

Norman menambah, masyarakat kini perlu sedar bahawa penggiat cetak rompak tempatan dan antarabangsa akan terus melakukan serangan ke atas pihak berkuasa serta penggiat seni bagi melaksanakan agenda mereka.


Kerajaan pandang serius isu penggodam - Muhyiddin
SUMBER: UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 16 Jun – Serangan penggodam ke atas beberapa laman web rasmi kerajaan akan memberi kesan besar kepada sistem maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT) untuk rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, kerajaan memandang serius serangan penggodam tersebut dan sedang menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai perkara itu.

"Kita akan tunggu laporan bagaimana perkara ini hendak ditangani dan berharap agar tindakan sebegini tidak akan dilakukan secara berterusan, kita perlu beri perhatian dan pihak bertanggungjawab iaitu SKMM kini memantau perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Denggi ASEAN 2011 dan pelancaran semula Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku (COMBI) peringkat kebangsaan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa laman web di negara ini mula digodam selepas satu kumpulan yang bergelar “Anonymous” yang mendakwa berpangkalan di luar negara mengancam mengganggu portal rasmi kerajaan di alamat www.malaysia.gov.my.

Muhyiddin berkata, kerajaan memberikan jaminan bahawa dasar kerajaan untuk tidak menyaring Internet akan terus dilaksanakan.

"Tetapi kalau ada mana-mana pihak yang menyalahgunakan ataupun melanggar beberapa peruntukan dalam undang-undang negara maka SKMM ada hak dan kuasa untuk ambil tindakan,” katanya. – Bernama

WWW SCAMMER ALERT INFO Laman Web Khusus Senarai Scammer

Laman web http://www.scammeralert.info akan memberi maklumat kepada warganegara Malaysia khususnya, mengenai penipuan-penipuan yang bakal melibatkan kerugian dari aspek kewangan yang telah atau sedang dilakukan oleh individu-individu tertentu di internet.

Penipuan di Mudah.com.my

Terdapat ramai penipu yang kini berleluasa di Mudah.com.my dan juga laman web penipu yang kelihatan seakan-akan Mudah.com.my.

Beberapa hari sudah pihak Mudah.mу sudah menghantar email amaran berkenaan Phishing website Mudah.mу.

Phishing ialah website tipu yang seakan-akan website sebenar Mudah.mу yang mana jika anda login akaun Mudah.mу ke dalam website tu, tuan punya website phishing tu akan dapat butir login anda.

Jadi jangan sekali-kali anda klik apa-apa link dan login dari email tersebut. Pihak Mudah.mу tidak pernah menghantar email dengan link untuk login ke dalam websitenya.

Berikut adalah antara kandungan email amaran yang dikeluarkan oleh pihak Mudah.mу :

Perhatian,

Anda mungkin telah diminta untuk melawat laman internet tiruan yang akan mengambil kesempatan untuk akses ke dalam akaun Mudah anda.

Anda mungkin atau sudah menerima email seperti berikut:

Dеаr Mudah user Recently ουr servers suffered irreparable data loss. Tο continue using Mudah.mу уου аrе required tο confirm уουr personal details

Yου hаνе 24 hours tο click οn thе link below аnԁ confirm уουr details. Failure tο provide thе nесеѕѕаrу data wіƖƖ result іn account suspension аnԁ уου wіƖƖ nοt bе allowed tο υѕе Mudah іn аnу way

Continue

Thank уου.
Mudah Team

Ini ialah laman internet tiruan yang cuba untuk mendapatkan akses butiran anda apabila anda klik Continue.

Sila ambil perhatian kepada alamat internet http://www.mudah.mу.mudahmy.net kerana ia TIDAK BERKAITAN dengan http://www.mudah.mу.

Kami tidak sesekali akan meminta laluan masuk dan kata laluan anda melalui email.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi kami di abuse@mudah.mу.

Sekian terima kasih,
ScammerAlert.info wіƖƖ bе giving a review аnԁ report аbουt аnу scammer activities. Wе hope tο ɡеt уου reader tο participate аnԁ submit аnу spam аnԁ scammer potential threat.

Regards.

Scammer Alert!

http://www.scammeralert.info

Rabu, Jun 15, 2011

Temubual dengan Anonymous Hacker, Malaysia Sasaran Seterusnya

Sumber: www.theepochtimes.com


The "hacktivist" kumpulan, Anonymous, posted kenyataan misi untuk pastebin pada tarikh 12 Jun menjelaskan alasan di balik serangan mereka dirancang dan yang akan datang di website rasmi kerajaan Malaysia. Anonymous amaran, "Kami takut jika anda membuat keputusan lebih lanjut untuk merebut kebebasan manusia, kita [akan] wajib bertindak cepat dan mempunyai belas kasihan."

Anonymous mendakwa bahawa Malaysia adalah mencegah pengedaran tidak maklumat oleh sensor internet, menyebutnya "salah satu daripada kerajaan-kerajaan dunia ketat," serupa dengan alasan di balik serangan terakhir mereka pada laman web kerajaan Turki, selepas 32 orang-yang kerajaan Turki dituntut adalah ahli Anonymous-ditangkap.

Sumber Anonymous terungkap dalam beberapa butiran dalam sebuah wawancara eksklusif dengan Epoch Times pada tindakan Seterusnya, organisasi, dan proses seleksi target kumpulan.

Anonymous mendedahkan bahawa negara-negara target yang dipilih berdasarkan masukan dari pengguna di negara-negara, namun ketika ditanya apakah tidak ada Anonymous di Malaysia, mereka hanya menjawab bahawa "[Kita] tidak boleh memberikan anda bahawa info."

Mereka lebih banyak mendedahkan bahawa negara-negara tertentu, namun terkenal sensor internet, seperti China, adalah sangat sukar untuk menyerang kerana mereka tidak mempunyai ramai pengguna yang berpusat di negara itu dan kerananya tidak sudah berkesan dalam sumber-sumber untuk menyampaikan maklumat. Kumpulan itu mengatakan serangan terhadap China mungkin datang suatu hari nanti, tapi tidak dalam waktu dekat.

Sumber dalam Anonymous meneruskan dengan mengatakan mereka memahami bahawa kerajaan Malaysia akan "tidak bahagia" dan menjangka reaksi negatif. Agar tetap rahsia dan mempersiapkan untuk operasi, Anonymous telah menasihati semua peserta mereka untuk menggunakan Virtual Private Networks (VPN) untuk menyulitkan Sambungan rangkaian mereka dan memindahkan data dari lokasi terpencil yang tidak dapat dicapai tanpa pengesahan.

Sumber-sumber mengatakan bahawa pengguna yang telah ditangkap sebelum gagal untuk menggunakan VPN atau langkah-langkah keselamatan lain untuk melindungi identiti mereka. Anonymous tidak merespon ketika ahli mereka ditahan namun.

Kumpulan membalas melawan Sepanyol pada hari Jumaat untuk menangkap tiga anggota dengan mengambil menuruni laman rasmi polis Sepanyol-usaha yang sedang dikenali sebagai OpPolicia-untuk "total gabungan lebih banyak dari satu jam", bertentangan dengan apa yang beberapa sumber berita melaporkan .

Sumber mengatakan bahawa bahkan sekarang, "OpTurkey", kelanjutan dari usaha melawan kerajaan Turki dalam menanggapi penangkapan dilakukan di Turki, sedang berlangsung. Salah satu ahli mengatakan, "Saya tidak boleh bercakap untuk masa depan operasi, namun saat ini [laman web yang disasarkan] telah turun selama 1 jam sudah dan tampaknya lebih popular daripada OpPolicia, dan tampaknya server target adalah omong kosong, jadi mungkin tinggal down untuk beberapa waktu. "

Mereka mendedahkan bahawa mereka takut "menjadi mundur" dan jangan takut tertangkap, namun mereka merasa aman mengetahui bahawa "ada iman yang membebaskan" dalam sifat Anonymous. Salah satu ahli menyatakan "Itu yang membuatnya menyenangkan sekalipun."

Sifat Anonymous yang paling tepat dinyatakan dalam nama mereka. Mereka melihat diri mereka sebagai kurang dari kumpulan nyata dan lebih dari kolektif suara yang berbicara dan protes terhadap sensor dan apa yang mereka percaya adalah usaha untuk menekan kebebasan bercakap dan maklumat. Komposisi keahlian mereka boleh berubah-ubah dari hari ke hari dan siapa saja boleh menjadi sebahagian daripada tanpa nama pada setiap masa tanpa saham nyata atau kekal.

Ketika ditanya sama ada mereka mempunyai pangkalan pengguna yang besar di Timur Tengah, mereka menjawab, "kumpulan [kita] tidak kumpulan, mereka tersebar di mana-mana. Kami bahkan tidak tahu. "

Sumber juga menyatakan bahawa mereka mempunyai interaksi dengan kumpulan lain hacker yang telah menjadi berita utama, LulzSec. Namun, mereka menyatakan bahawa mereka tidak terlibat dengan kegiatan LulzSec juga tidak mempunyai LulzSec terlibat dengan operasi Anonymous.

Selasa, Jun 14, 2011

Hacker Ancam Serang 10 Laman Web Kerajaan 3.30 pagi 15 JUN 2011





ISI KANDUNGAN VIDEO HACKER DI YOUTUBE - OPERASI MALAYSIA
Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.
SUMBER THE STAR ONLINE - thestar.com.my
PETALING JAYA: A hacker group has threatened to attack the www.malaysia.gov.my website.

The group, which calls itself Anonymous, said it will launch the attack at 7.30pm GMT on Wednesday (3.30am Thursday Malaysian time) and has named it “Operation Malaysia.”

It posted the threat in a graphic on this website, http://i.imgur.com/PTFWh.png

Mikko Hypponen, chief research officer at the F-Secure Corporation – a computer security software company based in Helsinki, Finland – tweeted about the threat at 4.42am Malaysian time.

No other details were available at this time. It is also not known why Anonymous has targeted the Malaysian website.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Menyekat Khidmat Muat Turun Video Percuma

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah memaklumkan sekatan ini dibuat kerana website tersebut telah melanggar Akta Hakcipta 1987 dan tidak boleh disalah ertikan dengan penapisan/censor maklumat di internet bagi menjawab protes yang dibuat melalui Facebook dan Twitter.

Antara laman muat turun yang telah disekat adalah:
  1. Http://www.warez-bb.org
  2. Http://www.thepiratedbay.org
  3. Http://www.movie2k.to
  4. Http://www.megavideo.com
  5. Http://www.putlocker.com
  6. Http://www.depositfiles.com
  7. Http://www.duckload.com
  8. Http://www.fileserve.com
  9. Http://www.filestube.com
  10. Http://www.megaupload.com