BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label SMS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SMS. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 14, 2012

Semak Saman Trafik JPJ Online

Alhamdulillah. Tidak ada saman sehingga kini. Tadi, aku baru selesai semak saman trafik secara online. Memang agak berdebar-debar juga apabila mahu semak saman trafik secara online tadi, tetapi selepas mengetahui keputusannya, aku berasa lega. Memang setakat ini pun aku amat menjaga tatasusila semasa memandu dan Alhamdulillah sehingga kini tidak ada sebarang rekod yang tidak baik semasa memandu biarpun aku telah memandu beratus-ratus ribu dan mungkin berjuta-juta kilometer.

Kemudahan internet memudahkan pemandu di Malaysia untuk semak saman trafik secara online atau SMS. Yang lebih menarik pemandu akan dimaklumkan setiap kali mendapat saman trafik melalui SMS dan email jika berdaftar dengan MyEG. Dengan semua kemudahan semakan saman online menyebabkan pemandu Malaysia semakin berani kerana tak perlu berjumpa Polis atau JPJ untuk menyemak saman trafik. Patutlah jumlah kemalangan kian meningkat.

Semak saman trafik JPJ melalui Online :

Hanya perlu memasukan no kad pengenalan atau masukan no kad pengenalan dan no plat kereta @ JPJ Online

Semak saman Polis melalui SMS :

    Taip SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728

    contoh :  SAMAN 780115013413 hantar kepada 32728


atau untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, sila taip sms :

    SAMAN [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728

    contoh :  SAMAN WWW1111 hantar kepada 32728


Kalau mahu keterangan saman dihantar ke alamat email, sila taip menerusi sms juga

    SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728

    Contoh : SAMAN WWW3838 gengbascekolah@yahoo.com dan hantar ke 32728


Kepada yang sudah tersenarai ada saman trafik boleh buat pembayaran saman  secara online di MyEG tapi mesti daftar jadi ahli.

ALAMAT MyEG: https://app1.myeg.com.my/eservices/

Selain semak saman trafik secara online dan SMS pemandu juga boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan secara online dan membeli insuran secara online.

Ahad, Februari 05, 2012

Panggilan Telefon Jauh Lebih Baik Berbanding SMS

Ibu bapa dan anak digalakkan untuk saling membuat panggilan telefon berbanding hanya menggunakan SMS. Ini kerana panggilan suara bukan sahaja menyentuh hati ahli-ahli keluarga, malah menyentuh deria-deria lain yang membantu menghilangkan tekanan. Nada suara mampu menyentuh jiwa anak dengan lebih tepat berbanding teks yang mungkin boleh disalah tafsir sehingga menimbulkan masalah lain.

MADISON: Satu kajian terbaru mengesahkan pemerhatian yang dilakukan sejak sekian lama iaitu kata-kata ringkas seorang ibu mampu memberi ketenangan kepada anak remaja mereka berbanding sekadar menghantar pesanan ringkas (SMS), kata satu kajian di Amerika.

Kajian mendapati seseorang yang menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan harapan meredakan tekanan yang dialaminya, tidak akan memperoleh apa yang diingini. Sebaliknya tekanan akan bertambah dua kali ganda. Pakar antropologi Universiti Wisconsin-Madison berkata, kajian sebelum ini mengesahkan bahawa percakapan seorang anak melalui telefon atau berbual secara berhadapan dengan ibunya merangsang tindak balas hormon yang dapat meredakan tekanan berbanding hanya menghantar SMS. “Kajian menunjukkan kadar hormon cortisol yang dikaitkan dengan tekanan atau emosi tertekan berkurangan, manakala hormon oxytocin yang merangsang rasa gembira semakin meningkat, ketika seorang anak bercakap atau berbual dengan ibunya melalui telefon,” katanya.

Beliau berkata, dalam kajian terbaru itu, seramai 64 remaja berusia antara 7 hingga 12 tahun ditanya cara menyelesaikan masalah matematik di hadapan tiga orang dewasa yang tidak dikenali, suatu keadaan yang mencetuskan rasa tertekan.

Penyelidik mengukur perubahan kadar oxytocin dan cortisol selepas remaja perempuan yang tertekan dibenarkan membuat pilihan sama ada untuk menghubungi ibu mereka melalui telefon, berbual secara berhadapan atau menghantar pesanan ringkas.

“Kami mendapati paras hormon cortisol remaja yang menghantar pesanan ringkas kepada ibu mereka meningkat pada kadar tinggi berbanding mereka yang bercakap dengan ibu bapa melalui telefon atau secara berhadapan.

“Mereka didapati lebih tertekan dan ujian kami menunjukkan peningkatan lebih dua kali ganda paras hormon cortisol. Jelas, SMS yang dihantar tidak membantu memberi mententeramkan seorang,” katanya. – Agensi