BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Kontroversi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kontroversi. Papar semua catatan

Selasa, Jun 14, 2011

PEKIDA - Datuk Yusof Haslam - Filem KL Gangster - Filem Kongsi - David Teo

Kisah antara PEKIDA dengan Dato Yusof Haslam Penerbit Filem KL Gangster,
dan David Teo Penerbit Filem Kongsi 2011.


Watak-watak dalam KL Gangster

Datuk Yusof Haslam - Pekida Tak Perlu Ugut SUMBER: Harian Metro Online

KUALA LUMPUR: “Kenapa saya perlu minta maaf sedangkan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” kata pengarah dan produser terkenal, Datuk Yusof Haslam berhubung tuntutan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) yang memberi masa tujuh hari kepadanya untuk memohon maaf selepas mendakwa filem KL Gangster seolah-olah menggambarkan Pekida sebagai sebuah kumpulan samseng.

Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd itu berkata, sebagai orang lama dalam dunia perfileman, beliau tahu apa yang boleh dan tidak dalam sesebuah filem, malah KL Gangster sudah dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebelum ditayangkan di pawagam.

“Saya berusia 57 tahun dan sangat lama dalam bidang ini. Sudah puluhan drama dan filem berbentuk kepolisan serta jenayah kami terbitkan, kami sentiasa berhati-hati memantau semua sudut produksi supaya tidak menyentuh sensitiviti atau menyinggung mana-mana pihak.

“Saya tidak tahu apa motif mereka (Pekida) sehingga boleh memberi tempoh kepada saya memohon maaf. Bagaimana kita mahu memartabatkan industri perfileman kalau perkara begini berlaku,” katanya.

Jumaat lalu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman mendesak penerbit filem KL Gangster dan Kongsi memohon maaf kerana mendakwa filem berkenaan menggunakan empat perkataan sinonim dengan pertubuhan itu iaitu ayahanda, abang long, kak long dan abang kawasan, seolah-olah mengaitkan Pekida sebagai kumpulan gengster.

Salah satu babak di dalam Filem Kongsi

Pekida Minta David Teo, Yusof Haslam Mohon Maaf

Sumber: mStar Online

PUTRAJAYA: Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka Roslan Dahaman memberi tempoh seminggu kepada kedua-dua penerbit filem Kongsidan KL Gangster untuk meminta maaf secara terbuka.

Kedua-dua penerbit itu ialah Datuk Yusof Haslam dari Skop Production yang menerbitkan KL Gangster dan David Teo dari Metrowelth Movie Productions (Kongsi).

Katanya, jika kedua-dua penerbit filem tersebut enggan berbuat demikian mereka akan membawa perkara berkenaan kepada pihak atasan termasuk ke Parlimen.

"Isu kedua-dua filem ini telah menyentuh sensitiviti pertubuhan Pekida. Kami memberi masa selama tujuh hari untuk kedua-dua penerbit itu meminta maaf secara terbuka.

Ahli Pekida berkunjung ke pejabat Lembaga Penapisan Filem Malaysia bagi membantah filem Kongsi dan KL Gengster.

"Mereka yang menimbulkan perkara ini dan sepatutnya bertanggungjawab. Kami hanya meminta mereka meminta maaf secara terbuka atas kesilapan tersebut," ujarnya pada sidang di pejabat Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), di sini, Jumaat.

Majlis sidang media tersebut diadakan berikutan isu penggunaan dialog dan pekara-pekara lain dalam filem tersebut telah menyentuh perjuangan Pekida.

Tambah Roslan, pihaknya tidak mahu perkara berkenaan berulang kembali sehingga menjadi ikutan kepada penerbit filem tempatan dalam menghasilkan karya masing-masing.

"Saya tidak mahu apa yang dihasilkan dalam dua filem itu menjadi trend penerbit lain apabila mereka mmenghasilkan filem seumpama itu," tuturnya.

Dalam pada itu, Pengerusi LPFM, Datuk Mohd Hussain Shafie berkata penapisan terhadap filem berkenaan dibuat mengikut garis agensi itu.

"Pihak kami membuat tapisan mengikut empat garis panduan utama iaitu mengambil kira soal keselamatan, kententeraman awam, sensitiviti agama dan tatasusila masyarakat.

"Kedua-dua filem tersebut melepasi keempat-empat tapisan tersebut dan selepas dinilai seramai 70 ahli panel LPFM," katanya.

Bagaimanapun Hussain berkata pihaknya meminta maaf dan mengaku kesilapan mereka melepaskan kedua-dua filem tersebut.

"Saya dan ahli panel yang menilai filem ini tidak arif tentang sensitiviti yang berkaitan dengan apa-apa juga pertubuhan seperti yang dipaparkan dalam filem ini.

"Kami berjanji selepas ini pemantauan lebih ketat akan dilakukan terutamanya melibatkan sensitiviti segelintir pihak," jelasnya.

Katanya, dia akan membuka peluang kepada ahli Pekida untuk menjadi ahli panel bagi filem-filem akan datang sekiranya ia menjurus kepada pertubuhan tersebut.

Isnin, Ogos 03, 2009

Jangan Makan Udang Geragau! Haram?

Haiya! Ini entri daripada Rudy Blue Hikari, banyak menggemparkan kepala otak saya! Nasib baik saya tidak makan itu udang geragau. Udang kering pun saya banyak jarang makan. Kenapa saya tidak mahu makan udang kering atau itu udang geragau. Sebab saya tidak suka makan. Saya lagi suka makan ikan tenggiri masin yang diperam dalam garam.

Ini entri mesti mahu baca. Jika kamu baca ini entri, nanti kamu tahu kenapa kamu kena hati-hati beli itu udang geragau. Wah! Ini banyak punya syubhat. Banyak punya haram! Banyak itu kita panggil kontroversi!

http://www.bluehikari.com/nikki/2009/07/13/larut-matang-1-industri-geragau/

Rabu, Disember 31, 2008

Blog Adibah Ahmad - Penghinaan Islam dan Penganiayaan Insan

Adibah Ahmad dan Azahar Mohd telah dianiaya oleh sejenis makhluk yang berupa manusia. Berhenti menyalahkan Adibah Ahmad kerana beliau langsung tak tahu menahu apa lagi bersalah dalam hal ini. Berikut adalah luahan salah seorang rakan Adibah Ahmad yang disalin dari blog MENJ.COM
Assalamualaikum.

Hello. Untuk pengetahuan semua, Adibah Ahmad adalah sahabat saya dari sekolah lagi. Sebagai sahabat beliau, saya terpanggil untuk membela beliau kerana saya tahu penulis sebenar CONFIRM bukan beliau.

Nak dikira logik, mana mungkin beliau sendiri menulis data peribadi dan no telefon tempat kerja apatah lagi memuatkan gambar-gambar sendiri. Cari nahas namanya. Hari-hari beliau dihujani dengan panggilan telefon di tempat kerja, sama ada yang ajak berjumpa, yang maki-hamun, tidak kurang juga yang meluahkan simpati. Bayangkan sudahlah sibuk dengan kerja, kemudian ditambah lagi dengan panggilan panggilan sebegini. Sudah tentunya mengundang depresi dan menganggu kehidupan peribadi. Nasib baik bos dan rakan sepejabat memahami, cuma syarikat tidak mahu nama mereka terbabit.

Adibah Ahmad yang sebenar amat menghormati agamanya sendiri. Mempercayai Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Beliau juga bukannya cetek pengetahuan agama, juga berketurunan baik-baik.

Saya amat pasti beliau dikhianati. Lebih 10 tahun saya mengenali beliau. Jadi, jangnlah ada yang cepat menjatuhkan hukum. Menaggilnya dengan kata kata yang tak elok dan sebagainya. Lebih lebih lagi sebagai orang Islam, seharusnya kita menyiasat kesahihan siapakah penulis sebenar terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan semua, sudah 5 laporan dibuat beliau (yang terakhir mlm semalam setelah ia tersiar di Buletin Utama), tapi hanya akhir akhir ini, baru kedengaran berita positive dari pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini.

Semoga kita mengaharpkan kebenaran terbukti, dan marilah kita doakan sama sama ketenangan bagi pihak Adibah Ahmad yang sebenar. Semoga yg menjadi dalang di sebalik blog jahat ini terbongkar juga.

Yang pasti, Adibah Ahmad juga tidak mengenali penulis blog jahat itu dan tujuannya berbuat begini. Sememangnya, org begini memang bukan sahaja cetek akal, malah saya rasa mungkin menghidapi mental illness yang kritikal.

Marilah doakan agar segala-galanya dapat diselesaikan secepat mungkin. Insya Allah.
Tahniah blogger Malaysia. Usaha FLAG kita dah berjaya membuatkan pihak Blogspot memadam blog menghina Rasulullah tersebut lebih kurang jam 2 petang 27 Disember 2008. Satu perjuangan ke jalan Allah.
Adibah Ahmad Blogspot.com Blog Hina Islam Adibah Ahmad Blogspot Blog Hina Islam Hina Nabi Muhammad SAW Nabi Muhammad Di Hina Adibah Ahmad Difitnah Adibah Ahmad Dianiaya Nama Adibah Ahmad Dibersihkan