BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Petua Kecantikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua Kecantikan. Papar semua catatan

Khamis, Mei 30, 2013

Makan Sayur-sayuran Untuk Kekal Cantik

Terdapat sesetengah jenis makanan yang mampu mengekalkan kecantikan seseorang insan. Berikut adalah 8 makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran, kekacang, bijiran, ubi dan minuman teh atau herba yang mampu mengekalkan kecantikan seseorang manusia.

8 makanan untuk kekal cantik
Dipetik dari HMETRO


1. Timun
Masalah kulit muka yang kasar sering menimbulkan resah kepada setiap individu. Timun boleh membantu atasi masalah ini dengan menjadikannya sebagai ‘masker’. Hiris di bahagian hujung timun dan gaul dengan tepung jagung serta sedikit air. Kemudian, sapukan pada keseluruhan muka sebelum tidur dan cuci pada keesokan hari. Timun juga boleh dimakan sebagai ulam atau dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan.

2. Tomato
Kandungan asli buah tomato dapat memulihkan kulit wajah dan menjadikan kulit licin serta halus. Tomato juga boleh menjadi bahan anti-penuaan yang membuatkan kulit menjadi lebih muda.

3. Bayam
Bayam mengandung protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, purin, dan vitamin A, B dan C. Makan bayam setiap hari boleh mengurangkan risiko kulit menjadi berkerut dan berkedut walaupun usia semakin bertambah.

4. Badam
Mereka yang gemar makan badam akan memiliki kulit yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambilnya langsung. Ini kerana badam kaya dengan vitamin E yang berfungsi sebagai anti-oksidan agar kulit menjadi lebih kuat dan sihat khususnya ketika berada di bawah sinar mentari. Badam juga banyak digunakan dalam pembuatan kek dan biskut.

5. Lobak merah
Banyak kelebihan yang akan kita peroleh apabila makan lobak merah dan ia mampu menyegarkan mata. Tetapi lobak merah yang kaya dan mengandungi vitamin A ini juga membantu merangsang sel kulit agar menjadi lebih baik dan menghalang sel-sel kanser.

6. Coklat pekat
Coklat bukan saja boleh membuatkan kita berasa gembira malah boleh membantu tekstur dan kekenyalan kulit. Hindarkan pandangan mereka yang beranggapan bahawa coklat menggemukkan dan berjerawat kerana coklat sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi.

7. Teh hijau
Teh hijau adalah sejenis teh yang dibuat daripada daun Camelia senensi yang mengalami oksidasi minimal sepanjang proses pembuatannya. Teh hijau yang berasal dari China dikaitkan dengan kebudayaan Timur di mana boleh menghasilkan kesan yang hebat pada kulit serta baik untuk kesihatan. Teh ini juga membantu kulit menjadi lebih halus.

8. Ubi manis
Ubi kaya dengan vitamin C, ia bukan saja membantu menghaluskan kulit, bahkan menghindarkan kulit daripada kerutan. Vitamin C yang terkandung di dalamnya adalah salah satu bahan penting untuk membentuk kolagen yang amat baik untuk kelunturan dan keanjalan kulit.

Selasa, Mei 21, 2013

Menghilangkan Ketiak Hitam dan Ketiak Berkarat

Menghilangkan Hitam dan Karat Pada Ketiak
Oleh Murshid Eunos, HMETRO

Isu ketiak basah memang menjadi konflik kebiasaan untuk golongan muda baik perempuan mahupun lelaki. Bau? Sudah tentu tetapi MURSHID EUNOS ingin berkongsi cara untuk mengelakkan masalah ketiak hitam yang boleh membuatkan keyakinan diri jatuh menjunam.

Mengikut kajian rambang dan meneliti kebanyakan artikel dalam material rujukan khusus buat remaja, masalah ketiak hitam acap kali membelenggu golongan gadis dan jumlah sangat sikit kepada golongan lelaki.

Muka cantik dengan gaya menggoda, badan ramping dengan potongan menggiurkan tapi sayangnya, sesetengah daripada mereka yang tidak selesa kerana dibelenggu masalah kesan hitam di ketiak.

Walaupun kedudukannya sulit dan tersembunyi tetapi kesan gelap ini mencacatkan penampilan dan membuatkan wanita berasa rendah diri terutama bagi golongan yang gemar mengenakan pakaian tidak berlengan.


Wanita yang bertudung tidak terlepas, mereka tetap merasa tempias masalah itu. Bagi yang berstatus isteri pula, pasti berasa malu untuk mempersembahkan diri kepada suami.


Jangan terkejut jika selera suami tiba-tiba mati sebaik saja terpandang ketiak anda yang ‘berkarat’. Sebelum suami, teman-teman atau keluarga membuka mulut menegur kecacatan yang mengganggu pandangan mereka, lebih baik anda bertindak segera.

Mengapa jadi begitu? Gadis memang lekas mengambil berat soal kecantikan diri. Kebanyakan bermula pada usia yang masih muda kerana ikutkan kata kawan. Kononnya perlu mengenakan pewangi diri dan beberapa lagi alatan mekap untuk tampil cantik.

Mulalah ada yang memberi cadangan, gunalah pewangi untuk ketiak, deodoran yang mampu menghilangkan bau dan mengurangkan kesan tidak menyenangkan terutama apabila ‘dating’.

Penggunaan deodoran yang tidak sesuai serta penggunaan tidak tepat antara punca berlakunya masalah ketiak hitam dan tona kulit tidak sekata. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, kandungan di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah kulit seperti merengsa dan sebagainya.

Sisa deodoran yang tidak dibersihkan dan bercampur dengan peluh dikhuatiri mengundang bakteria hingga menyebabkan ketiak menjadi hitam dan lebam. Tapi kepada golongan wanita yang hamil, ia juga disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik.

Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut. Penggunaan alat pencukur yang tidak bersih dikatakan juga faktor yang menggalakkan pembiakan bakteria dan ketiak menjadi gelap.

Malah perlu diingatkan, ketiak boleh menjadi hitam kerana pakaian yang ketat terutama di bahagian lengan. Pergeseran antara ketiak dan baju membuatkan bahagian ini tidak selesa. Tapi itulah fesyen yang digemari kebanyakan golongan gadis, barulah ‘trend’ pakai baju yang ketat.

Bukan sekadar mencari kaedah rawatan atau penyelesaian tetapi anda juga mesti mengetahui punca berlakunya masalah ini. Ia akan membantu anda memahami, mencegah dan mengatasi masalah dengan cara yang tepat.

Mengapa perlu menunggu untuk menyelesaikan masalah ini? Atau terpaksa mengubah penampilan semata-mata ingin menyembunyikan kekurangan diri ini.

Cara mengatasi masalah ketiak hitam adalah mudah sebenarnya. Mandi dengan sempurna dan gunakan sabun khas bagi membantu menghilangkan kesan gelap.

Dapatkan nasihat doktor sebelum membeli sebarang produk termasuk sabun. Banyak produk berbentuk sabun dan krim yang khas untuk menyelesaikan masalah ini.

Kemudian kenakan pakaian yang longgar dan menyerap peluh. Ia memberi ruang pengudaraan kepada tubuh. Gunakan bedak anti bakteria di bahagian bawah lengan selepas mandi. Bedak ini dikatakan dapat mengurangkan peluh. Dapatkan produk ini di farmasi selepas mendengar penerangan dan nasihat doktor.

Disarankan melakukan rawatan ‘wax’ berbanding mencukur kerana ia lebih selamat dan tidak membuatkan kulit di bahagian ketiak gelap. Ada kalanya mencukur boleh menyebabkan luka kecil pada bahagian itu dan ia adalah punca ketiak berubah menjadi lebam.

Jika masih memilih kaedah bercukur, pastikan alat cukur bersih dan pisau cukur tidak berkarat. Perlahan dan cukup berhati-hati ketika mencukur agar ia tidak menyebabkan luka pada bahagian ketiak.

Sental tubuh dengan ‘scrub’ khas bagi menanggalkan sel mati dan menghilangkan daki serta parut selain elakkan menyembur minyak wangi di bawah ketiak, perbuatan ini menggalakkan pembiakan bakteria apabila peluh bercampur dengan pewangi.

Kebanyakan gadis gemar menyembur pewangi pada ketiak kononnya untuk memastikan ia kekal wangi tapi itu adalah kaedah yang salah kerana tidak sesuai dan penggunaannya akan menyebabkan pengumpulan bakteria yang menggelapkan bahagian ketiak.

Terakhir yang perlu diberi perhatian adalah pemilihan deodoran. Ambil deodoran yang mengandungi unsur mineral seperti kristal kerana ia sesuai untuk golongan berkulit sensitif.

Cubalah langkah-langkah ini bagi menyelesaikan konflik diri ini. Mengapa harus pasrah dan melihatnya sebagai satu kekurangan kerana masih ada formula lain yang mampu menghilangkan masalah ini.


Petua tradisional

Ada cara lain untuk mengelakkan ketiak hitam dan berkarat. Ikutlah langkah membuang peristiwa ngeri ini daripada hidup anda dengan mengikut langkah secara tradisional.


1. Limau + kapur sirih

Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.


2. Buah betik

Parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.


3. Sirih + beras

Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang dilumur tanggal daripada badan. Petua ini bukan saja menjadikan kulit badan anda halus, malah ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.

Sabtu, Disember 18, 2010

Petua Hilangkan Jerawat dan Parut Jerawat Dengan Mudah dan Jimat

Petua Menghilangkan Jerawat dan Parut Jerawat
Ulasan oleh Amiene Rev

Adakalanya kita tidak perlu berbelanja besar untuk mencantikkan wajah. Jerawat dan parut jerawat boleh dihilangkan dengan menggunakan bahan-bahan yang biasa didapati di dapur atau di sekitar kita.

Menghilangkan Jerawat Dengan Kelapa
Bahan-bahan: Air Kelapa Tua
Cara-cara: Jerawat boleh dihapuskan dengan air kelapa tua. Atau rajin-rajinkan diri minum minyak kelapa dara. Awet muda.

Menghilangkan Jerawat Dengan Kanji Nasi
Bahan-bahan: Nasi Sejuk
Cara-cara: Nasi yang tidak habis boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Pastikan guna kanji nasi yang sejuk.

Menghilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras dan Biji Betik
Bahan-bahan: Beras dan Biji Bitik
Cara-cara: Air rendaman beras dan biji betik yang ditumbuk lumat bila digabungkan akan menjadi bahan pencuci muka yang baik. Jika tidak digunakan boleh dijemur sehingga kering dan disimpan.

Menghilangkan Jerawat Dengan Teh Berwarna Hijau
Bahan-bahan: Daun Teh Hijau
Cara-cara: Daun teh terkenal sebagai rahsia melembutkan kulit tangan. Tangan jadi lebih mulus dan cantik. Siapa tahu, teh berwarna hijau juga boleh digunakan untuk melicinkan muka?


Menghilangkan Jerawat Dengan Jambu Batu
Bahan-bahan: Daun Jambu Batu
Cara-cara: Daun jambu batu yang telah dilumatkan juga berkesan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, gaulkan dengan bedak sejuk, lalu sapu ke muka bila hendak tidur.

Daun senduduk, salah satu bahan untuk menghilangkan parut jerawat

Petua Menghilangkan Kesan Parut Jerawat di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Muka yang ada kesan parut jerawat sudah tentulah kelihatan tidak menarik dan nampak ganas serta samseng. Janganlah bimbang sangat. Sebenarnya, ada beberapa cara untuk menghilangkan parut jerawat pada wajah anda. Cara-cara untuk menghilangkan parut jerawat pada kulit muka adalah seperti berikut:

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis
Bahan-bahan: Kulit Kayu Manis
Cara-cara: Tumbuk atau kisarkan beberapa batang kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk kulit kayu manis tadi dengan sedikit air.

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis dan Madu Lebah
Bahan-bahan: Kulit Kayu Manis dan Madu Lebah
Cara-cara: Asahkan kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada kulit muka yang berparut pada setiap malam. Keesokkan harinya, cucilah muka dengan menggunakan air suam.

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Timun
Bahan-bahan: Timun
Cara-cara: Kisarkan timun dan kemudian tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada kulit muka. Biarkan selama setengah jam. Kemudian, cuci muka sehingga bersih dengan air suam.

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Daun Senduduk, Cekur dan Beras
Bahan-bahan: Daun Senduduk, Cekur dan Beras
Cara-cara: Rendamkan beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

Menghilangkan Parut Jerawat Dengan Daun Sirih
Bahan-bahan: Daun Sirih Muda
Cara-cara: Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka, terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Selasa, Disember 14, 2010

Petua Hilangkan Uban - Menghilangkan Uban Dengan Mudah dan Sabar

Kakashi beruban kerana faktor genetik. Ayahnya juga beruban.
cara-cara menghilangkan uban - tips menghilangkan uban
Petua Menghilangkan Uban dan Kelemumur
Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala secara perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau kalau tak cukup masa, buatlah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Insya-Allah, uban dan kelemumur akan hilang. Selamat mencuba wahai orang-orang yang rambutnya beruban. - dukeamienerev.blogspot.com

Jiraiya juga beruban sejak usia muda. Barangkali faktor genetik juga.
cara-cara menghilangkan uban - tips menghilangkan uban
Petua Hilangkan Uban Yang Kedua
Kajian seterusnya menunjukkan bahawa kelapa tua sememangnya mempunyai fungsi untuk menghilangkan uban. Kali ini, dengan menggunakan minyak santan. Caranya, ambil sebiji kelapa tua. Parut isi kelapa tua itu, dan ambil santan pekatnya. Didihkan santan itu sehingga keluar minyak. Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba. Gunakan minyak tersebut setiap hari. Uban akan semakin berkurangan dan rambutakan kembali hitam. - dukeamienerev.blogspot.com

N watak pengganti L dalam Death Note juga beruban.
Barangkali kerana banyak berfikir?
cara-cara menghilangkan uban - tips menghilangkan uban
Petua Hilangkan Uban Yang Ketiga
Kali ini, kita akan guna biji buah betik untuk menghilangkan uban di kepala orang yang beruban itu. Caranya, goreng biji buah betik tanpa menggunakan minyak. Kemudian tumbuk sehingga halus. Kemudian gaulkan dengan minyak kelapa secukupnya. Nampaknya, masih ada menggunakan minyak kelapa. Selepas itu, lumurkan ramuan tersebut ke seluruh rambut yang beruban dan juga kulit kepala. Bungkus rambut dengan handuk dan biarkan selama 2 jam. Selepas tamat tempoh 2 jam, bilaslah rambut sehingga bersih. Pastikan petua ini dilakukan sekali seminggu selama 3 bulan. Insya-Allah rambut yang beruban akan hitam kembali.
- dukeamienerev.blogspot.com
Dante, watak utama Devil May Cry juga beruban.
Awet muda tetapi beruban.
cara-cara menghilangkan uban - tips menghilangkan uban
Petua Menghilangkan Uban Yang Keempat
Petua ini nampaknya lebih pada mewarnakan rambut. Petua ini lebih tepat kalau dikatakan petua mewarnakan rambut beruban. Daun inai akan digunakan dalam petua menghilangkan warna putih uban pada rambut beruban. Caranya, tumbuk daun-daun inai sehingga lumat. Campurkan sedikit sahaja air bagi memudahkan daun inai itu digaul dan dijadikan syampu rambut. Sapukan pada rambut yang beruban. Bungkus rambut dengan kain tuala yang bersih dan biarkan dalam satu jam. Bersihkan rambut seperti biasa. Pasti, rambut yang beruban akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan.
- dukeamienerev.blogspot.com
Sephiroth, pahlawan pedang yang handal juga beruban.
cara-cara menghilangkan uban - tips menghilangkan uban
Petua Menghilangkan Uban Yang Kelima
Daun kari nampaknya boleh juga digunakan untuk menghilang uban. Tumbuk daun kari sehingga lumat. Kemudian ambil beberapa sudu pati santan dan gaulkan dengan daun kari sehingga sebati, sehingga menjadi seperti syampu. Kemudian, masakkan ramuan tadi di dalam periuk sehingga keluar minyaknya. Ambil minyak tersebut untuk disapukan pada rambut yang beruban bagi menghilangkan uban.
cara-cara menghilangkan uban - tips menghilangkan uban
Petua Melambatkan Rambut Beruban
Kata orang, apabila makan, hendaklah dengan menggunakan tangan. Jadi, bila sudah makan, boleh basuh tangan, dan sapukan tangan ke rambut sebelum tangan yang dibasuh tadi dilap.
- dukeamienerev.blogspot.com
Penjejak Awan, biarpun awet muda, tetap juga beruban.
cara-cara menghilangkan uban - tips menghilangkan uban
Punca Rambut Beruban - Punca Uban Di Usia Muda
Orang muda pada zaman kini ramai yang beruban. Apabila orang muda beruban, maka rambutnya akan kelihatan tidak menarik. Faktor-faktor yang menyebabkan rambut beruban adalah seperti berikut:
  • Rambut beruban kadangkala disebabkan oleh faktor genetik atau warisan keturunan.
  • Tubuh badan yang kekurangan vitamin B dan zat besi juga merupakan punca uban cepat tumbuh.
  • Kekurangan gizi yang seimbang dalam pemakanan menyebabkan jumlah enzim pembentuk pigmen berkurang, lalu menjadi punca rambut beruban. Protein diperlukan untuk menghasilkan enzim tersebut.
  • Asap rokok dan pencemaran menyebabkan pertambahan radikal bebas di dalam tubuh. Begitu juga dengan minuman beralkohol.
  • Hobi mewarnakan rambut atau perawatan rambut yang tidak sesuai juga dikatakan menjadi punca uban cepat tumbuh di rambut.
  • Kesan radiasi juga dikatakan menjadi punca rambut beruban.
- dukeamienerev.blogspot.com
Kapten Hitsugaya, muda tetapi beruban.
cara-cara menghilangkan uban - tips menghilangkan uban
Cara menghilangkan uban
Berdasarkan faktor-faktor di atas, salah satu cara untuk menghilangkan uban adalah dengan mengamalkan diet yang seimbang, khususnya dalam pengambilan zat besi dan vitamin B. Elakkan juga penggunaan bahan kimia yang kerap ke atas rambut seperti pewarna rambut.
cara-cara menghilangkan uban - tips menghilangkan ub an - dukeamienerev.blogspot.com

Rabu, Disember 08, 2010

Masalah Dagu Berlapis - Cara Menghilangkan Dagu Berlapis



Masalah Dagu Berlapis - Dahulu dan Sekarang

Masalah dagu berlapis memang diakui menjadi salah satu punca kenapa individu hilang keyakinan diri terhadap paras rupa masing-masing. Tidak kira yang gemuk atau pun yang kurus, masalah dagu berlapis ini memang menimbulkan masalah dari segi penampilan diri.

Masalah dagu berlapis yang paling teruk adalah apabila lapisan kulit berlemak di bawah dagu ini menghilangkan dagu. Kes seperti ini berlaku apabila jumlah lemak pada lapisan kulit tinggi.

Dagu berlapis pastinya memberikan seribu satu kerisauan kepada gadis-gadis cantik dan pemuda-pemuda kacak yang mementingkan penampilan rupa paras.

Mengukur atau mengesan dagu berlapis pada wajah sendiri

Dagu berlapis boleh dikesan menerusi cermin muka. Bolehkah masalah dagu berlapis ini dihilangkan? Adakah cara-cara untuk menghilangkan masalah dagu berlapis ini?

Persoalan yang diyakini timbul ialah, bagaimana masalah dagu berlapis boleh terjadi? Punca dagu berlapis ialah makan yang berlebihan, cara duduk, cara tidur dan berjalan yang tidak betul. Oleh itu cara untuk menghilangkan dagu berlapis adalah seperti berikut:
  • Orang yang suka membongkok atau tunduk selalunya akan mengalami masalah dagu berlapis. Cuba tundukkan kepala anda ke bawah, dan rasalah di bawah dagu anda, pasti anda akan menemui lapisan dagu yang berlapis sekiranya ada lemak di dalam lapisan kulit muka dan leher anda.
  • Makan secukupnya. Elakkan makanan berminyak dan berlemak. Gemuk dan dagu berlapis ibarat lagu dan melodi.
  • Elakkan tidur selepas makan. Jika anda biasakan diri untuk tidur selepas makan, muka anda akan menjadi tembam, dan kulit dagu anda akan melabur banyak sel-sel lemak ke dalam kulit anda. Pelaburan seperti ini sia-sia. Malah bomoh-bomoh tertentu mungkin suka menjadikan anda sebagai sasaran untuk bekalan mentah minyak dagu.
  • Anda juga boleh gunakan teknik urutan untuk memecahkan lemak pada dagu. Urutan hendaklah secara menaik, iaitu dari bawah dagu ke atas dagu, sama seperti mencuci muka dengan benda-benda yang digunakan untuk mencuci muka.

Jurulatih Ansai, Memiliki Dagu Berlapis

Senaman Dagu
Anda pernah dengar senaman dagu? Minyak dagu? Baiklah, senaman dagu adalah baik untuk kesihatan dagu. Dagu juga perlu bersenam seperti senaman mengempiskan perut. Tetapi ingat, jika anda meninggalkan aktiviti senaman ini, pastinya lemak akan kembali mencari kulit dagu anda. Bagaimanakah caranya senaman dagu ini dilakukan?

Pertama, sebelum senaman dagu, kita ajar sikit pipi muka yang tembam pada wajah yang tembam. supaya pipi kita tahu kita tidak suka pipi kita tembam Caranya, berdiri tegak, muka pandang ke hadapan. Gunakan bahagian belakang telapak tangan kiri dan kanan untuk menampar muka anda. Selalunya dibuat sebanyak 40 kali atau jangan sampai muka lebam.

Sekarang barulah kita akan melakukan senaman dagu. Mula-mula jelirkan lidah sepanjang yang boleh. Ibarat seekor katak atau sesumpah yang mahu menangkap serangga dengan mulutnya, begitulah anda. Buatlah dalam 10 bilangan. Kesan daripada senaman ini, otot di bahagian leher akan terasa tegang dan ketat.

Angkat bahagian bawah bibir dengan menggunakan otot muka dan leher supaya bibir bawah melebihi bibir atas. Selalunya senaman ini dibuat oleh orang utan. Buatlah sebanyak 10 kali.

Rupa paras menjadi tidak kacak kerana dagu berlapis?

Tidur Tanpa Menggunakan Bantal Untuk Hilangkan Dagu Berlapis
Salah satu cara untuk menghilangkan dagu berlapis adalah tidur dengan muka menghadap ke atas. Kaedah tidur seperti ini bertujuan untuk mengelakkan dagu dan leher daripada bercantum.