BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Hadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadis. Papar semua catatan

Isnin, Julai 22, 2013

Mengumpat dan Kesan Terhadap Pahala Yang Dimiliki

Di AKHIRAT kelak, seseorang itu TERKEJUT apabila melihat CATATAN amalan KEBAIKAN yang tidak pernah di lakukannya di DUNIA

Maka, dia bertanya, “Wahai TUHANku, dari manakah datangnya KEBAIKAN yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah MELAKUKANNYA.”

Maka ALLAH menjawab, “Semua itu adalah KEBAIKAN (PAHALA) orang yang MENGUMPAT engkau tanpa engkau KETAHUI.”

(Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili)

Mengumpat, buat maksiat hilang pahala puasa
Sumber: Berita Harian

Daripada Abu Hurairah, katanya Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga saja didapatinya.” (Riwayat al-Bukhari) 

Orang berpuasa sedangkan mereka tidak memelihara lidah (percakapan yang tidak baik) dan masih melakukan maksiat, tidak akan diberi pahala puasa oleh Allah selain mendapat lapar serta dahaga saja. Puasa yang paling bernilai di sisi Allah SWT ialah puasa orang yang dapat menahan lapar dan dahaga serta menjaga pancaindera mereka daripada melakukan maksiat serta dosa di samping menambahkan amal ibadat sepanjang berpuasa. Maka amat malang dan rugi bagi orang berpuasa, tetapi masih mengeluarkan perkataan kotor memaki hamun. Ia tidak mendapat apa-apa kelebihan atau pahala di sisi Allah SWT bahkan mendapat dosa pula. 

Larangan bertengkar, maki hamun 
Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa hari ini.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Orang berpuasa hendaklah banyak bersabar dalam menerima dugaan dan ujian daripada Allah SWT. Jika mereka dimaki hamun dan diajak berkelahi oleh seseorang, maka hendaklah ia berkata aku berpuasa? Untuk mengelak daripada melakukan perkara yang akan merosakkan pahala puasa, maka kita digalakkan banyak beristighfar kepada Allah, berzikir, membaca al-Quran dan berselawat kepada Nabi. 

Rasulullah SAW bersabda: “Berapa banyak orang yang berpuasa, tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” (Riwayat Ibnu Majah) 

Setiap Muslim harus memahami konsep sebenar puasa supaya ibadah itu tidak menjadi perbuatan sia-sia. Kemanisan nikmat puasa Mereka yang berpuasa sekadar untuk menunaikan kewajipan tanpa memahami apa sebenarnya dituntut agama, mereka tidak akan dapat merasai kemanisan nikmat puasa, malah puasa itu dirasakan sebagai satu bebanan yang terpaksa ditanggung. Ramadan adalah bulan awalnya dijanjikan keampunan (maghfirah), pertengahannya rahmah dan akhirnya dijauhkan dari azab api neraka. Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melakukan amalan baik dan menjauhi sifat keji serta mungkar.

Khamis, Julai 18, 2013

Perpaduan dan Persaudaraan Islam: Dari Quran dan Hadis

Ayat-ayat Al-Quran Berkenaan Perpaduan dan Persaudaraan Dalam Islam

“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan jangan bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (sebelum Islam) bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati kamu. Maka menjadilah kamu kerana nikmat-Nya bersaudara, padahal dahulu kamu sudah berada di tepi jurang neraka, tetapi Dia menyelamatkan kamu daripadanya.” (Quran; Ali-Imran, 3: 103)

Dan tolong-menolonglah kalian dalam melaksanakan kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan. (Quran, Al-Maidah, 5:2)


“Bertakwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.” (Quran; Al-Anfal, 8:1)

Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah-belah tentangnya. (Quran; Asy syura, 26:13)


Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Quran, al-Hujurat, 49:10)

Hadis Perpaduan dan Persaudaraan Islam

Rasulullah saw bersabda : "Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam : jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka bertanyalah, jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan 'yarhamukallah' , dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke kubur)." (HR Muslim)


Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, jalinlah hubungan silaturrahim, solatlah di waktu malam tatkala orang-orang masih tidur, pasti kamu semua masuk syurga dengan selamat dan sejahtera.” [Hadis Riwayat Tirmidzi 2409]

Wahai sekalian manusia, sebarluaskanlah salam dan berikanlah makanan serta solat malamlah di waktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk Syurga dengan selamat.” (HR Tirmidzi) 

Dari ‘Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda:"Orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang paling suka bermusuhan.” [HR Bukhari]

Siapa ingin doanya terkabul/dibebaskan dari kesulitan, hendaknya ia membantu/mengatasi kesulitan orang lain. [HR Ahmad]

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang ingin rezekinya dibanyakkan dan umurnya dipanjangkan hendaklah ia menghubungkan tali silaturrahim." [HR Bukhari; No.1695, Jilid 4]

Apabila engkau bertiga maka janganlah dua orang berbisik tanpa menghiraukan yang lain. (HR Muslim)

Daripada Anas r.a bahawa “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” (al-Bukhari)

Abu Burdah r.a berkata :"Rasulullah mengutus ayah ku iaitu Abu Musa dan Muaz ke Yaman, Nabi berkata:”Mudahkanlah dan janganlah kamu menyukarkan, Gembirakanlah dan jangan kamu menyusahkan dan berseia sekatalah kamu.” (Bukhari dan Muslim)

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari, Muslim)

"Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya dia segera memperbaikinya." (HRBukhari)

Tiada masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan. (HRMuslim) 

Orang Muslim itu adalah saudara, janganlah kamu menganiayanya, janganlah kamu menghinanya, dan janganlah kamu merosakkannya. (HRMuslim) 

Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.” (Al-Bukhari)


"Barangsiapa rendah hati kepada saudaranya semuslim maka Allah akan mengangkat darjatnya." (HR. Ath-Thabrani)


Sabda Rasulullah s.a.w.: "Siapa saja yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka berkatalah yang baik atau diamlah.” (HR Bukhari dan Muslim) 


"Sesiapa memberi kelonggaran org yang susah, nescaya Allah akan memberi kelonggaran baginya di dunia dan akhirat." (HR Muslim) 


"Tidak ada dua orang Muslim yang bertemu kemudian bersalaman, melainkan diampuni dosa untuk keduanya sebelum berpisah." (HR. Abu Daud) 


Sabda Rasulullah s.a.w: "Seorang Muslim (yang baik) adalah yang tangan dan lisannya tidak menyakiti orang lain." (HR. Bukhari) 


Sabda Rasulullah s.a.w : Hindarilah dengki kerana dengki itu memakan (menghancurkan) kebaikan sebagaimana api memakan (menghancurkan) kayu bakar." (HR Abu Daud) 


Sabda Rasulullah s.a.w: "Allah akan sentiasa menolong hamba selama sang hamba tersebut menolong saudaranya." (HR. Muslim : 2699) 


Sabda Rasulullah s.a.w: "Hendaklah kamu bersopan santun dan janganlah kamu kasar atau berkata keji." (HRBukhari)

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR Bukhari) 


"Tidak ada orang yg memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya." (HR. Muslim) 


"Janganlah berlumba dalam kebanggaan, janganlah saling mendengki, janganlah saling membenci, serta jangan kamu saling menjauhi." (HR. Muslim)


Sabda Rasulullah s.a.w: "Mencela muslim adalah suatu kefasikan sedangkan memerangi sesama muslim adalah kekufuran." (HR. Tirmidzi)

Sabda Nabi s.a.w :"Dan barang siapa beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hendaknya menyambung tali silaturrahim." (HR. Bukhari-Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia mengucapkan sesuatu yang baik atau diam." (HR. Bukhari: 6475)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik." (Hadith Riwayat Tirmidzi)

Sabda Rasulullah s.a.w: “Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya : orang yang suka mengecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan yang suka mencarut” (Riwayat Ahmad) 

Sabda Rasulullah s.a.w: "Jangan kalian saling membenci, saling menghasut, saling membelakangi, jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara." (Hadith Riwayat Bukhari)

Sabda Nabi s.a.w: "Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak menzaliminya, tidak mengecewakannya dan tidak merosak (nama baiknya)." (HR. Muslim)

Sabtu, Februari 16, 2013

HADIS MENOLONG ORANG SUSAH

"Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan diakhirat. Siapa yang menutup aib orang Islam di dunia, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (HR.Muslim)

Jumaat, Ogos 03, 2012

Tidak Sengaja Makan Minum Ketika Berpuasa dan Hukumnya

Tidak Sengaja Makan Minum Ketika Berpuasa dan Hukumnya Walaupun Banyak

Perbuatan yang tidak sengaja, dipaksa ataupun terlupa seperti makan dan minum tidak membatalkan puasa. Sekalipun seseorang itu telah makan dan minum dengan banyak sekali. Sabda Nabi s.a.w: “Sesiapa yang lupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, maka sempurnakanlah puasanya. Sesungguhnya Allah yang memberikan dia makan dan minum” (Riwayat al-Bukhari).

Demikianlah semua perbuatan yang tidak sengaja ataupun terlupa. Termasuk terkeluar air mani disebabkan mimpi atau terfikir secara yang tidak diusahakan. Jumhur ulama menyatakan tidak batal puasa. Di samping di sana wujudnya pendapat minority ulama Ibn Hazm, al-San’ani, as-Syaukani dll yang berpendapat keluar mani walaupun dengan sengaja ia tidak membatalkan puasa sebab tiada dalil mengenai hal itu. Adapun majoriti ulama berpendapat batal.

Apapun, sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan tidak membatalkan puasa. Termasuklah tertelan air semasa mandi ataupun hujan ataupun suri rumah yang terbiasa merasa makanan ketika masak lalu memakannya kerana lupa, kesemua itu tidak membatalkan puasa.

Di sana ada lagi beberapa anggapan yang perlukan penelitian sebelum diterima sebagai suatu keputusan agama.

DIPETIK DARIPADA: Kolum Dr Asri: Beberapa sangkaan tentang puasa

Ada beberapa anggapan, pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala beberapa perbuatan tertentu, padahal tiada dalil yang menyokong pendapat mereka. Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.

Musafir Berbuka Puasa dan Hukumnya

Musafir Tidak Berpuasa dan Hukumnya

Antara anggapan lain bahawa seseorang yang bermusafir jika berkemampuan wajib berpuasa, jika tidak dia berdosa. Ini berlainan dengan ayat Allah dalam al-Quran: (maksudnya) “..dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka dan ganti) pada hari-hari yang lain. Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).

Hamzah bin ‘Amr al-Aslami bertanya Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Aku dapati aku mempunyai kemampuan untuk berpuasa ketika musafir, adakah itu satu kesalahan ke atasku? Jawab Nabi s.a.w: “Ia adalah rukhsah (kelonggaran) daripada Allah, sesiapa yang mengambilnya (tidak berpuasa ketia musafir) maka sesuatu yang baik, sesiapa yang suka untuk berpuasa maka tiada salah baginya”. (Riwayat Muslim).

DIPETIK DARIPADA: Kolum Dr Asri: Beberapa sangkaan tentang puasa

Ada beberapa anggapan, pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala beberapa perbuatan tertentu, padahal tiada dalil yang menyokong pendapat mereka. Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.

Hukum Makan Ketika Imsak

Boleh Bersahur atau Makan dan Minum Ketika Imsak?

Antara lain menganggap sesiapa yang makan ketika hampir subuh iaitu bukan pada waktu imsak yang difahami oleh sesetengah pihak, maka puasanya tidak sah. Ini kerana mereka menganggap puasa bermula beberapa puluh ataupun belasan minit sebelum subuh. Padahal waktu puasa bermula apabila masuknya waktu subuh. Firman Allah: (maksudnya) “Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187). Sabda Nabi s.a.w pula: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

DIPETIK DARIPADA: Kolum Dr Asri: Beberapa sangkaan tentang puasa

Ada beberapa anggapan, pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala beberapa perbuatan tertentu, padahal tiada dalil yang menyokong pendapat mereka. Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.

Muntah Ketika Puasa dan Hukumnya

Muntah Ketika Berpuasa, Adakah Muntah Membatalkan Puasa?

Antara lain ada yang menganggap sesiapa yang termuntah maka batal puasa. Sebenarnya, di sana ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah. Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yang sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban). Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yang memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya.

Kolum Dr Asri: Beberapa sangkaan tentang puasa

Ada beberapa anggapan, pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala beberapa perbuatan tertentu, padahal tiada dalil yang menyokong pendapat mereka. Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.

Tidak Mandi Wajib Ketika Berpuasa dan Hukumnya

Tidak Mandi Junub Ketika Berpuasa dan Hukumnya

Antara lain ialah menganggap tidak sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk. Ada yang menganggap puasa itu tidak sah. Padahal dalam hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah dan Ummu Salamah bahawa Nabi s.a.w pada waktu pagi (subuh) dalam keadaan berjunub sedangkan baginda berpuasa. Baginda berpuasa dan tidak berbuka (disebabkan hal itu)” (Riwayat al-Bukhari).

DIPETIK DARIPADA: Kolum Dr Asri: Beberapa sangkaan tentang puasa

Ada beberapa anggapan, pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala beberapa perbuatan tertentu, padahal tiada dalil yang menyokong pendapat mereka. Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.

Memasukkan Sesuatu Ke Dalam Rongga Badan Ketika Berpuasa dan Hukumnya

Memasukkan Sesuatu Ke Dalam Rongga Badan

Antara anggapan lain ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas: “Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih). Namun, itu merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan puasa. ‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu al-Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama, beliau menjelaskan puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu baginda s.a.w akan menerangkannya. Juga tentu para sahabah akan bertanya mengenainya. Namun, apabila tiada hadis sahih tentang hal itu, maka menunjukkan memakai celak tidak membatalkan puasa. Demikian juga tentang mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.

Maka menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong dan seterusnya adalah dibolehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.

DIPETIK DARIPADA: Kolum Dr Asri: Beberapa sangkaan tentang puasa

Ada beberapa anggapan, pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala beberapa perbuatan tertentu, padahal tiada dalil yang menyokong pendapat mereka. Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.

Mandi Ketika Berpuasa dan Hukumnya

Adakah makruh mandi ketika berpuasa? Adakah batal puasa kerana mandi ketika berpuasa? Petikan tulisan dari kolum Dr. Asri ini akan menerangkan beberapa salah tanggap tentang mandi ketika berpuasa. Mari kita hayati:

Ada beberapa anggapan, pegangan dan salah sangka tentang puasa dalam kalangan masyarakat. Mereka menganggap batal ataupun kurang pahala beberapa perbuatan tertentu, padahal tiada dalil yang menyokong pendapat mereka. Sebahagian pendapat itu khilaf dan telah disebut oleh beberapa ahli fekah dahulu, tetapi dilihat tidak kukuh untuk dipegang ataupun ada ruang untuk disemak semula.

Mandi Masa Puasa

Antaranya, anggapan bahawa mandi ataupun basuh kepala apabila terlalu keletihan mengurangkan pahala puasa. Ada pula yang bertegas semasa puasa mandi selepas asar makruh. Ini tidak disokong oleh riwayat yang menunjukkan Nabi s.a.w mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika berpuasa kerana terlalu panas ataupun dahaga. Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan: “Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

DIPETIK DARIPADA: Kolum Dr Asri: Beberapa sangkaan tentang puasa

Ahad, Jun 10, 2012

Hasad Dengki dan Iri Hati dalam Islam

Iri hati Punca Sebar Fitnah
Sumber asal: Berita Harian
Susunan semula: Amiene Rev

Maksud Hasad Dengki
Hasad dengki dalam definisi yang lengkap membawa maksud mencari jalan atau ikhtiar untuk menghilangkan nikmat yang ada pada orang lain. Impaknya amat besar, bukan saja kepada orang yang didengki tetapi juga akan terpalit kepada seluruh masyarakat.

Maksud Dan Tujuan Fitnah

FENOMENA fitnah dan khabar angin sering digunakan dalam menyebarkan maklumat yang tidak benar. Mereka menggunakan kemudahan canggih ini untuk melaga-lagakan sesama manusia sehingga yang bersahabat menjadi musuh, suami isteri bercerai gara-gara e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), surat layang, internet dan seumpamanya. Islam melarang keras perbuatan fitnah dan menyebar khabar angin dan golongan penyebar maklumat palsu itu dijanjikan Allah dengan balasan azab yang amat pedih. 
Firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 19, bermaksud: “Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk dalam kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Maksud Suka Jaga Tepi Kain Orang

Islam juga amat melarang umatnya daripada perasaan suka mengorek rahsia orang lain. Peribahasa Melayu ada menyebut, ‘jangan jaga tepi kain orang’. Tetapi dalam beberapa hal yang membabitkan berlakunya kebatilan dan perkara sumbang dalam masyarakat yang mengundang kemudaratan kepada ajaran agama, maka dibolehkan untuk berbuat demikian dengan tujuan untuk menegahnya agar tidak terus menular dalam hidup bermasyarakat.

Tetapi apa yang berlaku dalam masyarakat hari, perbuatan mencari rahsia orang lain bukan bertujuan untuk menegahnya daripada berlaku perkara sumbang, tetapi bertujuan untuk mendapatkan mesej tertentu mengenai peribadi seseorang dan kemudian dijadikan umpan sebagai alat untuk membalas dendam kepada orang berkenaan.

Individu Wajar Tapis, Usah Hebah Perkara Tidak Sahih
Rasulullah SAW pula telah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara-mara. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah telah mengingatkan kita agar sentiasa menjauhi diri daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji yang dinyatakan dalam hadis itu. Sesungguhnya impak daripada perbuatan keji itulah yang membawa kepada berlakunya budaya penyebaran surat layang dan fitnah memfitnah dalam masyarakat.

Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain sebenarnya timbul daripada perasaan tidak berpuas hati dan dengki khianat atas sebab tertentu. Perbuatan sebegini melambangkan betapa rendahnya moral si pelaku yang sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan dan rasional akal yang dianugerahkan Allah kerana diri telah dikuasai nafsu marah dan dengki khianat yang berpanjangan.

Kalau pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang telah mengambil kesempatan untuk berbuat demikian perlulah mengadakan bukti yang kukuh dan munasabah bagi membuktikan kebenarannya, bukannya dengan mencantumkan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut untuk dan dijadikan modal untuk menyebarkan wasangka buruk dan tuduhan palsu dan negatif kepada seseorang individu.

Akibat daripada perbuatan sebegitu, sudah pasti perasaan dendam akan terus berpanjangan di antara yang menuduh dan yang kena tuduh, masing-masing ingin membuktikan tuduhan yang dibuat adalah benar dan menghijab diri dengan penafian bagi menolak segala tuduhan yang dilemparkan.
Allah Taala telah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu.”(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Islam sendiri menuntut umatnya agar menyembunyikan keaiban orang lain walaupun kita mengetahuinya kerana Allah akan menyembunyikan keaiban kita daripada terhebah kepada orang lain.

Telinga adalah salah satu pancaindera anugerah Allah yang tiada bandingannya.

Justeru, Muslimin hendaklah menjaga telinga mereka daripada mendengar khabar angin yang masih belum tentu kebenarannya, tetapi jika terpaksa mendengarnya atas faktor keadaan, maka dituntut agar tidak pula menjadi penyebar kepada apa yang didengar kepada orang lain.
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah lagi hadis Baginda yang bermaksud: “Beruntunglah orang yang sentiasa menyelidiki dan melihat keaiban sendiri.” (Riwayat Muslim)

Isnin, November 21, 2011

Kebaikan syarat utama bebas manusia daripada kezaliman

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Kota Constantinople (Istanbul sekarang) akan jatuh ke tangan orang Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis riwayat Ahmad)

Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami bukakan keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka membohongi, lalu Kami bertindak ke atas mereka dengan sebab yang mereka telah usahakan.” (Surah al-A’raf, ayat 96)

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata: “Hendaklah kamu bersahabat dengan orang yang melazimi kehidupannya dengan kebenaran, nescaya kamu akan hidup aman di sisinya, berwaspadalah terhadap sahabat kecuali mereka yang amanah kerana amanah tidak wujud kecuali bagi mereka yang takutkan Allah SWT, jangan bersahabat dengan mereka yang jahat kerana kamu nescaya akan belajar daripada kejahatannya.” 

Kebaikan syarat utama bebas manusia daripada kezaliman
Oleh Mohd Kamel Mat Salleh 

PERSEKITARAN yang baik mampu membentuk kehidupan diredai Allah dan oleh itu, melakukan kebaikan harus menjadi agenda utama. Ibu bapa yang baik budi pekerti akan menunjukkan contoh baik terhadap anak seterusnya membentuk sebuah keluarga bahagia. Begitu juga apabila seluruh komuniti masyarakat sentiasa berada dalam kebaikan, pasti nanti seluruh kehidupan manusia berada di landasan baik juga.

Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami bukakan keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka membohongi, lalu Kami bertindak ke atas mereka dengan sebab yang mereka telah usahakan.” (Surah al-A’raf, ayat 96)

Kebaikan yang sentiasa menjadi perhiasan diri mukmin bukan sekadar untuk kepentingan peribadi dan keuntungan pahala bersifat individu semata-mata, tetapi kesannya turut dirasai mereka dalam persekitarannya juga.

Hakikat yang perlu diakui setiap individu Muslim, mempunyai sahabat yang baik, hidup dalam persekitaran baik adalah jaminan daripada Allah SWT bagi penghasilan sebuah kejayaan.

Hayati hadis Nabi SAW mengenai sejarah pembukaan Kota Constantinople.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Kota Constantinople (Istanbul sekarang) akan jatuh ke tangan orang Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis riwayat Ahmad)

Hanya selepas 800 tahun ia menjadi kenyataan apabila Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan dan membuka kota itu daripada tangan kerajaan Rom. Pengkaji sejarah mendapati antara faktor penting membawa kepada kejayaan pembukaan kota itu ialah kebaikan akhlak dan perilaku bukan setakat pemimpin saja, malah rakyat secara keseluruhannya.

Bayangkan dalam puluhan ribu tentera, tidak seorang pun pernah meninggalkan solat fardu sejak usia baligh, sebahagian saja yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib dan dalam kalangan yang ramai itu, hanya Sultan Muhammad tidak pernah meninggalkan solat malam sejak baligh.

Fenomena ini seharusnya membuka mata kita bahawa kebaikan mesti menjadi syarat utama membebaskan diri manusia daripada kezaliman dan kejahatan yang melingkungi persekitaran hidup manusia kini.

Sesungguhnya persekitaran baik dicorakkan oleh ahli masyarakat yang baik, begitu juga sebaliknya. Rosak akhlak masyarakat kerana tidak wujud suasana sekeliling yang membantu kebaikan dijelmakan dalam bentuk lebih meluas.

Bagaimana mungkin seorang gadis muslimah memastikan maruahnya terlindung dan terpelihara jika di sekelilingnya penuh dengan remaja mendedahkan aurat, menjunjung hedonisme sebagai budaya serta tontonan media massa yang merosakkan akal dan minda.

Membentuk suasana sekeliling yang baik adalah satu cabaran besar dalam dunia semakin maju dan membangun ini. Amalan mulia ini perlu disokong dan didukung kerana Allah SWT menggalakkan supaya manusia sentiasa mendampingkan diri dengan golongan baik serta berakhlak mulia.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Dalam kisah taubat, seorang lelaki telah membunuh 99 orang dan akhirnya seorang mangsa lagi sehingga menggenapkan kepada 100 orang semuanya, beliau dinasihatkan seorang ilmuwan keluar dari negeri didiaminya untuk mencari tempat lain yang lebih soleh dan baik persekitarannya.

Lelaki itu akhirnya meninggal dunia dan rohnya diambil Malaikat Rahmat menandakan keazamannya untuk menjadi baik dan mencari tempat baik juga adalah suatu yang diredai Allah SWT.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata: “Hendaklah kamu bersahabat dengan orang yang melazimi kehidupannya dengan kebenaran, nescaya kamu akan hidup aman di sisinya, berwaspadalah terhadap sahabat kecuali mereka yang amanah kerana amanah tidak wujud kecuali bagi mereka yang takutkan Allah SWT, jangan bersahabat dengan mereka yang jahat kerana kamu nescaya akan belajar daripada kejahatannya.”

Isnin, Oktober 10, 2011

PETUA MURAH REZEKI - HADIS DAN PAKAR MOTIVASI

Petua Murah Rezeki
Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah pernah berkata : ”Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu."

Berdasarkan Hadis Nabi : “Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian Hadis
  • Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada )
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
  • Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
  • Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat daripada Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dan sebagainya)
Insya Allah
Berusaha dan bertawakal.. …Insya Allah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)… Mari kita cuba….Allahu Akhbar!

Selasa, Oktober 19, 2010

Membantu kawan ketika kesempitan

Membantu kawan ketika kesempitan
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Siri Sajak Pendek - Sadek
Cukup Rindu - Bahagian 5
Penulis: Amiene Rev

ketika kesusahan melanda
siapa lagi
yang lebih menyayangiku
selain-Mu?

Isnin, Oktober 18, 2010

Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar

Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar
Ubadah Ibn As-Samit berkata: Rasulullah SAW mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu daripada tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.
(Hadis riwayat Muslim)


Siri Sajak Pendek - Sadek
Cukup Rindu - Bahagian 4
Penulis: Amiene Rev

jika semalam aku tersesat
hari ini pimpinlah aku
rinduku pada kebenaran
dengan Nur-Mu

Ahad, Oktober 17, 2010

Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya

Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya.”

Sabda Baginda lagi : “Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).

Siri Sajak Pendek - Sadek
Cukup Rindu - Bahagian 3
Penulis: Amiene Rev

kelmarin
aku menunggu
hari ini aku
mendapat

Sabtu, Oktober 16, 2010

Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman

Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman
Sabda Baginda bermaksud: “Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Siri Sajak Pendek - Sadek
Cukup Rindu - Bahagian 2
Penulis: Amiene Rev

di mana Engkau, Ilahi
aku cukup rindu
akan nur cahaya-Mu
berikan aku
jalan-Mu yang lurus
itu

Jumaat, Oktober 15, 2010

Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan

Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Siri Sajak Pendek - Sadek
Cukup Rindu - Bahagian 1
Penulis: Amiene Rev

rindu
cukup rindu
sudah tidak ada gunanya
pasrah mencukupi
cari redha Ilahi

Selasa, Oktober 12, 2010

Hadis Tentang Kebaikan Melawan Kejahatan

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ سَيِّئَةً وَاحِدَة
البخاري ومسلم

Daripada Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w, mengenai apa yang disampaikannya daripada Tuhannya (hadis Qudsi), sabdanya:

"Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Ia menerangkan yang demikian, iaitu sesiapa yang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, kemudian ia tidak melakukannya, nescaya Allah menuliskan gerak hatinya hendak melakukan itu satu kebaikan yang sempurna sisi-Nya (selagi ia tidak berniat hendak meninggalkan membuatnya); dan jika orang itu tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, lalu dilakukannya, nescaya Allah menuliskan kebaikan itu di sisi-Nya dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, (bahkan) sehingga sampai berganda-ganda banyaknya dan jika seseorang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kejahatan, kemudian ia tidak melakukannya (kerana Allah), nescaya Allah tukarkan kejahatan yang tidak dilakukan (kerana-Nya) itu menjadi satu kebaikan yang sempurna di sisi-Nya dan jika tergerak hatinya hendak melakukan kejahatan itu, kemudian ia melakukannya, nescaya Allah menuliskannya satu kejahatan sahaja." (Sahih Bukhari dan Muslim)

Sabtu, September 19, 2009

Anjuran Agama: Mencium Tangan Guru Semasa Bersalaman

Mencium tangan adalah adat yang banyak dilakukan oleh berbagai bangsa. Bukan hanya kebiasaan bangsa Indonesia saja. Bangsa Arab, India, dan lainnya, juga sering kita dapati melakukan cium tangan.

Bahkan di masa lalu, orang-orang di belahan Barat biasa mencium tangan wanita yang dalam adat istiadat mereka, tindakan itu merupakan bentuk penghormatan dan penghargaan buat para wanita. Selain juga harus membuka topi. Bertemu wanita tanpa mencium tangan dan membuka topi, dianggap sebagai sikap kurang ajar.

Amalan mencium tangan ini merupakan lambang penghormatan, kepatuhan dan kadang-kadang pengabdian seseorang kepada orang yang disegani atau dihormati atau ditakuti. Kadang-kadang ada juga diselitkan dengan niat yang tertentu.

Hadis-hadis Tentang Cium Tangan

Sebenarnya kalau kita telusuri lebih dalam, kita akan menemukan banyak hadis yang darjatnya boleh diterima, di mana hadis-hadis itu menceritakan amalan mencium tangan para sahabat kepada Rasulullah SAW, bahkan bukan hanya cium tangan tapi juga termasuk cium kaki.

Selain itu, saya juga menemukan riwayat yang menyebutkan adanya amalan cium tangan bukan hanya kepada Rasulullah SAW, tetapi juga kepada para sahabat dan juga para salafushshalih.

Di antara hadis-hadis itu antara lain :

عن الزارع العبدي وكان من وفد عبد قيس قال: لما قدمنا المدينة، فجعلنا نتبادر من رواحلنا فنقبل يد النبي صلى الله عليه وسلم ورجله

Dari Az-Zair’ Al-Abdi yang termasuk utusan dari Abdi Qais berkata,”Ketika kami tiba di Madinah, kami cepat memburu Nabi SAW dan kami cium tangan dan kaki beliau SAW (HR. Abu Daud dan Al-Baihaqi)

Status kekuatan hadis ini oleh Al-Albani disebutkan sebagai hadis hasan. Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani meriwayatkan dengan sanad yang jayiid. Sedangkan Abu Daud memasukkannya sebagai hadis shahih. Lihat Sunan Abu Daud jilid 4 halaman 375, As-Sunan Al-Kubra lil Baihaqi jilid 7 halaman 102 dan Fathul Bari lilbni Hajar jilid 11 halaman 57.

عن أسامة بن شريك قال: قمنا إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقبلنا يده

Dari Usamah bin Syuraik berkata,”Kami berdiri untuk Nabi SAW dan kami mencium tangan beliau.

Alhafidz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari jilid 11 halaman 57 menyebutkan bahawa sanadnya kuat.

عن جابر أن عمر قام إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقبل يده

Dari Jabir bahwa Umar bin Al-Khattab radhiyallahu anhu berdiri dan mencium tangan Nabi SAW. (HR. Ahmad)

Imam Ahmad meriwayatkan hadits ini di dalam Al-Wara’ jilid 1 halaman 144. Dan Alhafidz Ibnu Hajar menyebutkan bahwa sanad hadits ini jayyid.

عن صفوان بن عسال أن يهوديا قال لصاحبه: اذهب بنا إلى هذا النبي صلى الله عليه وسلم .قال: فقبلا يده وقالا: نشهد أنك نبي الله صلى الله عليه وسلم

Dari Shafwan bin ‘Assal radhiyallahu ‘anhu bahwa seorang yahudi berkata kepada temannya,”Ayo kita datangi nabi ini (Muhammad SAW)”. Kedua yahudi itu lalu mencium tangan beliau dan berkata,”Kami bersaksi bahwa engkau adalah Nabiyullah SAW”. (HR. At-Tirmizy)

Alhafidz Ibnu Hajar dalam Talkhishul Habir jilid 4 halaman 93 menyebutkan bahwa sanadnya kuat.

عن هود بن عبد الله بن سعد قال:سمعت مزيدة العبدي يقول: وفدنا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: فنزلت إليه فقبلت يده.

Dari Hud bin Abdillah bin Saad berkata,”Aku mendengar Mazid Al-Abdi berkata,”Kami menjadi tamu Rasulullah SAW, dan Aku menemuinya dan aku cium tangannya. (HR Bukhari dalam Al-Adab)

Disebutkan bahwa Kaab bin Malik dan dua orang temannya mencium tangan Nabi SAW tatkala taubat mereka diterima lantaran melakukan ‘desersi’ saat perang.

Mencium tangan para ulama dan pendidik (guru) merupakan perbuatan yang sangat dianjurkan agama. Karena perbuatan itu merupakan salah satu bentuk penghormatan kepada mereka. Dalam sebuah hadits dijelaskan:

عَنْ زَارِعٍ وَكَانَ فِيْ وَفْدِ عَبْدِ الْقَيْسِ قَالَ لَمَّا قَدِمْنَا الْمَدِيْنَةَ فَجَعَلْنَا نَتَبَادَرُ مِنْ رَوَاحِلِنَا فَنُقَبِّلُ يَدَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرِجْلَهُ – رَوَاهُ أبُوْ دَاوُد

Dari Zari ketika beliau menjadi salah satu delegasi suku Abdil Qais, beliau berkata, Ketika sampai di Madinah kami bersegera turun dari kendaraan kita, lalu kami mengecup tangan dan kaki Nabi SAW. (HR Abu Dawud)

Atas dasar hadits ini, para ulama mensunnahkan mencium tangan guru, ulama, orang shalih serta orang-orang yang kita hormati (termasuk orang yang lebih tua daripada kita).