BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Soal Jawab Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Soal Jawab Agama. Papar semua catatan

Rabu, Julai 18, 2012

Hukum Makan Belangkas - Halal Atau Haram?

Adakah belangkas halal dimakan atau haram dimakan? 
Menurut Ustaz Azhar Idrus, halal makan belangkas dengan telurnya kerana ia binatang laut dan tidak boleh hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang seperti ikan. Hanya naik sekejap ke darat.
 
RUJUKAN: Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus (Original) Facebook


Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
    
Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.

RUJUKAN: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-memakan-dagingisi-belangkas-dan-telurnya

Jumaat, September 26, 2008

Umpat sebabkan muflis di akhirat

Umpat sebabkan muflis di akhirat
Sumber: Utusan.com.my

SOALAN
Adakah benar pahala orang yang mengumpat diberi kepada orang yang kena umpat? Segala amalan yang lakukan akan habiskah?

JAWAPAN
Memang benar Allah SWT akan menghitung segala amalan manusia, hal ini telah disebut di dalam al-Quran firman Allah yang bermaksud: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (al-Zalzalah: 7&8).

Dalam surah yang lain Allah berfirman yang bermaksud: Dan ‘Kitab-kitab amal’ juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata: “Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun. (al-Kahfi: 49).

Yang tidak diendahkan oleh manusia ialah mengenai dosanya. Silapnya manusia dengan amalannya yang tidak seberapa itu yakin boleh melepaskan diri daripada kemurkaan Allah. Dengan amalan yang sangat terbatas ini manusia masih lagi berkesempatan melakukan dosa mengumpat.

Bayangkan sahaja, sudahlah amalan sikit dosa pula banyak malangnya lagi apabila simpanan amalan kebajikan kita dipindahkan ke akaun orang yang kita umpat dan orang kita aniaya. Jika masih tidak dapat melangsaikan hutang orang dianiaya di dunia maka dosa mereka akan dipindahkan ke akaun penganiaya.

Berkaitan dengan muflisnya seseorang yang mengumpat telah dijelaskan oleh hadis baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tahukah kamu siapa yang bakal menjadi muflis? Sahabat menjawab: orang yang muflis ialah mereka yang tiada padanya dirham dan tidak berharta. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya yang bakal menjadi muflis dari kalangan umatku kelak ialah mereka yang datang pada hari kiamat sedang dia di dunia seorang yang menjaga solat, puasa dan zakat tetapi dalam masa yang sama dia datang dalam keadaan dia di dunia dulu mencaci orang itu, memfitnah ini, makan harta orang dengan cara yang tidak halal, menumpah darah orang yang tidak bersalah dan memukul orang. Maka di akhirat nanti akan diambil kebajikan (pahala) daripada golongan yang menganiaya kepada mereka yang telah dianiaya, sekiranya kebajikan atau pahala orang menganiaya tadi habis sebelum selesai hutangnya dengan orang dianiaya maka akan dipindahkan dosa orang dianiaya ke dalam kiraan orang yang menganiaya lalu dihumban ke dalam neraka. (riwayat Muslim ).

Pertama, kita harus faham maksud mengumpat. Dalam bahasa Arab mengumpat disebut sebagai ghibah dalam hadis-hadis Rasulullah juga diguna perkataan yang sama bagi menjelaskan apa itu mengumpat.

Mengumpat maknanya seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam kebanyakan hadis baginda yang sahih di antaranya hadis yang bermaksud: Tahukah kamu apa itu ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab sesungguhnya Allah dan Rasul jua yang lebih tahu. Maka baginda bersabda: mengumpat itu maknanya engkau menyebut sesuatu mengenai saudara engkau perkara yang dia benci (jika dia tahu pasti dia marah). Lalu sahabat bertanya kepada baginda: adakah tuan melihat sekiranya saya menyatakan sesuatu yang benar mengenai saudara saya? Lantas baginda menjawab: sekiranya kamu menyatakan sesuatu yang benar ada pada dirinya maka kamu telah mengumpat dia dan sekiranya kamu menyatakan yang sesuatu yang tiada pada dirinya sesungguhnya kamu telah berdusta. (riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa: “ghibah ialah seseorang itu menyebut mengenai orang lain yang dia (yang diumpat) benci orang berbuat demikian padanya sama ada yang diceritakan itu berkaitan tubuh badannya atau agamanya atau dunianya atau kejadiannya atau pakainya… sama ada kamu menyebutnya dengan lafaz atau isyarat”.

Ada juga yang berkata ketika dia mengumpat: “aku berani kata depan dia (orang yang diumpat), sedangkan dia tidak sedar perbuatan tersebut adalah lebih menyakitkan saudaranya”.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat: 12)

Ibnu Mas’ud pernah berkata: Kami pernah berada di tempat Nabi SAW, tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri meninggalkan majlis, kemudian ada seorang lelaki lain mengumpatnya sesudah dia tidak ada, maka kata Nabi kepada lelaki ini: Bertambah gemuklah kamu! Orang tersebut bertanya: Mengapa saya harus menjadi gemuk sedangkan saya tidak makan daging? Maka kata Nabi: Sesungguhnya engkau telah makan daging saudaramu. (riwayat Thabarani dan Bukhari).

Hukum mengumpat pula seperti yang diungkap oleh Imam al-Qurtubiy: “Tiada khilaf (perselisihan) di kalangan ulama mengenai hukum mengumpat, sepakat mengatakan bahawa hukum mengumpat adalah termasuk dalam dosa besar, pengumpat wajib bertaubat di atas perbuatannya.

Manakala Ibn Hajar al-Haithamiy berpendapat: “setiap dari kedua perbuatan mengumpat dan mengata haram dengan kesepakatan ulama”.

Khamis, April 21, 2005

Soal Jawab Agama - Orgasme Tanpa Bersetubuh

Orgasme Tanpa Bersetubuh - Beza Antara Mani Dengan Mazi
Berdasarkan tulisan Syaikh Shalih Al Munajid - Soal No. 2458


Soalan :

Biasanya ketika bangun tidur pada pagi hari saya mendapati cecair membasahi seluar dalam. Tidak kira saya mimpi basah atau buang air kecil, akan tetapi saya biasa mengeluarkan mazi atau cecair kental setiap kali bangun daripada tidur pada pagi hari. Biasanya saya mencuci pakaian dan seluar dalam saya disebabkan cecair itu. Kemudian saya baca di dalam sebuah buku bahawa jika cecair itu tidak mengandungi sperma dan hanya sekadar mazi sahaja, maka tidak perlu mandi janabah, cukup berwuduk sahaja jika hendak shalat. Jika memang demikian, bagaimanakah dengan pakaian yang terkena madzi itu? Saya perhatikan mazi itu juga keluar pada saat sempit dan sibuk padahal saya telah menjauhi seluruh perkara yang dapat menyebabkan keluarnya mazi!

Jawapan :
Alhamdulillah, beza antara mazi dengan mani adalah sebagai berikut:

1. Bentuk dan sifatnya.
Mani lelaki berbentuk cairan pekat berwarna putih, adapun mani wanita cair berwarna kuning. Sebagaimana disebutkan di dalam hadits Ummu Sulaim Radhiyallahu ‘Anha bahawad ia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tentang seorang wanita yang bermimpi di dalam tidur sebagaimana yang dialami kaum lelaki (mimpi basah).

Rasul SAW bersabda: "Jika dia melihat keluarnya mani maka wajib mandi."

Dengan malu-malu Ummu Sulaim Radhiyallahu ‘Anha bertanya: "Apakah seorang wanita juga mengalaminya (mimpi basah)?"

Rasul SAW menjawab: "Kalau begitu bagaimana mungkin seorang anak boleh mirip ibunya? Sesungguhnya mani lelaki itu pekat berwarna putih dan mani wanita cair berwarna kuning, siapa saja di antara keduanya yang lebih awal atau lebih dominan maka kemiripan akan condong kepadanya."

Muttafaqun ‘Alaihi (Shahih Muslim No:469)

Dalam Syarah Shahih Muslim (III/222), berkaitan dengan sabda nabi: Mani lelaki pekat berwarna putih, mani wanita encer berwarna kuning, Imam An-Nawawi berkata:

"Hadis ini merupakan kaedah yang sangat mulia di dalam menjelaskan bentuk dan sifat mani. Itulah sifatnya di dalam keadaan biasa dan normal. Alim ulama berkata: “Dalam keadaan sihat mani lelaki itu berwarna putih pekat memancar sedikit demi sedikit di saat keluar. Biasa keluar bila dikuasai dengan syahwat dan sangat nikmat saat keluarnya. Setelah keluar dia akan merasakan lemas dan akan mencium bau seperti bau mayang kurma, iaitu seperti bau adunan tepung. Warna mani boleh berubah disebabkan beberapa hal di antaranya: saat sedang sakit, maninya akan berubah cair dan kuning, atau kantung testis melemah sehingga mani keluar tanpa dipacu oleh syahwat, atau kerana terlalu sering bersenggama sehingga warna mani berubah merah seperti air perahan daging dan kadangkala yang keluar adalah darah.

Beberapa ciri yang dijadikan panduan dalam mengenal mani adalah:
  1. Memancar akibat dorongan syahwat disertai rasa lemah setelahnya.
  2. Baunya seperti bau mayang kurma sebagaimana yang telah dijelaskan.
  3. Keluarnya dengan memancar sedikit demi sedikit.

Salah satu dari ketiga ciri tersebut cukupkah untuk menentukan apakah yang keluar itu mani atau tidak?

Jika tidak ditemui salah satu daripada ketiga-tiga ciri di atas maka tidak boleh dihukumi sebagai mani kerana dengan begitu hampir boleh dipastikan bahawa ia bukan mani. Ini berkaitan dengan mani lelaki. Adapun mani wanita warnanya kuning dan cair. Kadangkala warnanya putih bila kekuatannya melebihi kadar biasa.

Ada dua ciri yang jadi panduan dalam menentukan mani wanita.
  1. Baunya seperti bau mani lelaki.
  2. Nikmat saat mengeluarkannya dan merasakan lemah setelah itu.

Adapun mazi, hanyalah cecair lekat berwarna putih. Biasanya keluar disebabkan mengkhayalkan hubungan intim atau terlintas keinginan berhubungan intim. Umumnya keluar tanpa dorongan syahwat, tidak memancar dan tidak disertai rasa lemah setelah mengeluarkannya. Keluarnya mazi biasanya dialami kaum wanita dan kaum lelaki, namun dalam hal ini kaum wanita lebih sering mengalaminya."

Silakan lihat Syarah Shahih Muslim karangan Imam An-Nawawi III/213.


2. Hukum yang timbul kerana mengeluarkan mani atau mazi.
Orang yang mengeluarkan mani diwajibkan mandi janabah, baik maninya keluar saat sedar kerana bersetubuh atau sebab lainnya ataupun saat tidur (mimpi basah). Adapun orang yang mengeluarkan mazi cukup berwuduk saja.

Dalilnya riwayat Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘Anhu dia berkata:
"Saya adalah seorang lelaki yang sering mengeluarkan madzi. Sayapun menyuruh Miqdad untuk menanyakan hal itu kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam."

Rasulullah berkata: "Cukup berwudhu’ saja!"

Muttafaqun ‘alaihi, matan di atas adalah riwayat Al-Bukhari.


Dalam kitab Al-Mughni (I/16 8) Ibnu Qudamah berkata:
"Ibnul Mundzir mengatakan: Ahli ilmu bersepakat bahawa keluarnya kotoran dari dubur, keluarnya air seni dari kemaluan, keluarnya mazi dan keluarnya angin dari dubur menyebabkan hadas serta membatalkan wuduk."


3. Hukum berkenaan dengan status thaharah dan status kenajisannya.

Menurut pendapat ulama yang terpilih mani statusnya suci. Dalilnya adalah riwayat ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha ia berkata:

"Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam biasanya mencuci pakaiannya yang terkena mani baru kemudian berangkat menuju shalat dengan mengenakan pakaian tersebut sementara aku masih boleh melihat bekas bilasan pada pakaian tersebut."
Muttafaqun ‘alaihi.

Dalam riwayat Muslim disebutkan:

“Aku pernah menggesek bekas mani yang tersisa pada pakaian Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam lalu beliau kenakan untuk solat.”

Dalam lafaz lain berbunyi:

“Aku pernah menggesek mani yang mengering pada pakaian beliau dengan kuku.”

Bahkan diriwayatkan secara shahih bahawa baginda membiarkannya saja mani yang masih basah (belum mengering). Cukup beliau mengusapnya dengan batang kayu atau sejenisnya. Sebagaimana disebutkan di dalam riwayat Ahmad (VI/243).

Diriwayatkan dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahwa dia berkata:

"Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah menghilangkan bekas mani pada pakaiannya dengan kayu idzkhir kemudian mengerjakan shalat dengan mengenakannya. Bila mani itu mengering beliau gosok kemudian mengerjakan shalat dengan mengenakannya.”
H.R Ibnu Khuzaimah dalam kitab Shahih beliau dan dinyatakan Hasan oleh Syaikh Al-Albani dalam Al-Irwa’ I/197)

Adapun mazi statusnya najis berdasarkan hadits Ali Radhiyallahu ‘Anhu di atas tadi.

Dalam sebahagian riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam memerintahkan beliau untuk mencuci zakar dan biji pelir lalu berwudhu’. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu ‘Awanah dalam Al-Mushtakhrij.

Dalam kitab At-Talkhis Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata:
"Sanadnya bersih tidak ada cacatnya. Oleh sebab itu, mazzi statusnya najis wajib mencuci zakar dan buah pelir kerana mengeluarknnya serta membatalkan wudhu’."


4. Status pakaian yang terkena mani dan mazi.
Menurut pendapat ulama yang menyatakan mani itu suci maka pakaian yang terkena mani tidaklah najis.

Seseorang boleh mengerjakan solat dengan menggunakan pakaian tersebut.

Dalam kitab Al-Mughni (I/763) Ibnu Qudamah berkata:
"Dianjurkan agar menggesek mani yang melekat pada pakaian meskipun kita telah menyatakan bahawa mani itu suci. Namun tetap sah solat dengan mengenakan pakaian yang terkena mani sekalipun belum digesek."

Adapun madzi, maka cukuplah dengan memercikkan air pada pakaian yang terkena, kerana sangat menyulitkan bila harus dicuci.

Dalilnya adalah riwayat Abu Dawud dalam Sunannya dari Sahal bin Hanif Radhiyallahu ‘Anhu bahawa dia berkata:

"Saya merasakan kesulitan yang sangat disebabkan sering mengeluarkan madzi sehingga saya berulangkali mandi. Lalu saya tanyakan hal tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Baginda SAW menjawab: "Cukup bagimu berwuduk!"

"Wahai Rasulullah, bagaimana dengan pakaian yang terkena madzi?" tanyaku lagi.

"Cukup engkau ambil seceduk air lalu percikkan tempat yang diyakini terkena madzi," jawab beliau.

H.R At-Tirmidzi, ia berkata: Hadits ini hasan shahih, kami tidak mengetahui hadis tentang madzi dari Muhammad bin Ishaq kecuali riwayat ini.

Penulis kitab Tuhfatul Ahwadzi (I/373) berkata: "Hadis di atas merupakan dalil bahawa apabila madzi mengenai pakaian maka cukup dipercikkan air pada bahagian yang terkena dan tidak perlu dicuci.

Wallahualam.


Sumber:
  • Islam Tanya & Jawab - Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid
  • http://groups.yahoo.com/group/assunnah/message/29943

Soal Jawab Agama - Hukum Oral Seks dan Air Mazi

Soalan 1:

Jika hukum perbuatan seks tersebut adalah harus/makruh, bagaimana mungkin ia dapat dilakukan sedangkan air mazi itu najis?

Setahu saya najis adalah bahan perkumuhan dari sistem badan. Air mazi hanyalah bahan cecair pada anggota badan yang bertujuan untuk melicinkan anggota tersebut dan ia bukan bahan perkumuhan dari badan.

Soalan 2:

Jadi mengapakah air mazi dikategorikan sebagai najis? Apakah hukumnya berdasarkan ijma’ atau sememangnya hukum yang telah tetapkan Allah? Bolehkah ustaz nyatakan dalilnya?

Bukan bermaksud untuk mempertikaikan hukum Allah. Tetapi saya keliru kerana terdapat dua hukum dalam satu keadaan yang sama.

1. Harus/makruh pada perbuatan seks itu.

2. Haram dan najis pada air mazi.

Sekian.

Wassalam


Jawapan:

Hukum makruh bagi isteri melakukan seks oral kepada zakar suami dan harus suami melakukan seks oral kepada faraj isteri adalah dua hukum yg berdasarkan dzann (sangkaan) sahaja. Ini kerana tidak ada dalil yang langsung menyentuh isu seks yang luar biasa memandangkan kejadian budaya Islam yang tinggi dan luhur. Oral seks masih diwartakan dalam Kanun keseksaan Hukum Sivil Malaysia sebagai seks luar tabii, ini menunjukkan penggubal perundangan sivil Malaya dulu melihat seks oral sebagai seks luar tabii (tabiat seks luar biasa).

Kitab-kitab klasik fiqh langsung tidak membahaskan hukum oral seks. Hanya internet dan industri filem biru yg mempopularkan jenis-jenis seks luar biasa seperti oral, anal, lesbian, gay, beastiality (seks dengan binatang), dan macam-macam lagi.

Kita berpendapat oral seks perlu dijauhi kerana walaupun seks itu halal dan isteri itu pakaian bagi lelaki dan suami itu pakaian bagi isteri tapi ia masih tertakluk pada adab dan ketaqwaan. Seperti juga makan dan minum, ia adalah harus, kita tertakluk pada adab-adab makan, namun Barat mengajar cara makan yang melampaui batas, mereka makan burger dan piza sambil menari, dan meneguk air bikarbonat mereka, sambil berjalan dan berlari.

Maka seks pun begitu, kita umat Islam menikmati seks dengan beradab, maka biarkan orang Barat menikmati seks mereka dengan melampaui batas. Gempa seks atau sexual revolution yang melanda Barat amat menakutkan sekali, bahkan jika industri VCD lucah yg berleluasa sekarang jika tidak dapat dibendung akan mengundang padah kepada umat Islam juga, bila evolusi seks biru ini menular dalam masyarakat.

Maka kami tidak berani hendak mentahkik hukum oral seks ini sehingga fuqaha’ dan mujtahid pada kemudian hari melihat dan mengkaji dan mengeluarkan suatu hukum yang muktamad sebagaimana hukum dadah dan rokok.

2. Mazi adalah najis menurut kesepakatan ahli hadis (Albani, Tamamul Minnah). Dalil: HR Bukhari-Muslim dari Ali bin Abi Talib RA. Maka jika mazi ini najis dan sabit kenajisannya melalui hadis sahih, maka anda boleh membuat hukum yg wajar untuk oral seks. Lelaki dan wanita mengeluarkan cecair mazi semasa ghairah dan mazi itu najis dan jika cecair najis ini masuk dalam mulut, maka sudah tentu syarak memandang serius masalah najis yang diambil secara sengaja.

Sumber: www.al-ahkam.net



Soalan 3: Apa hukum oral seks?

Jawapan:

Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi Hafizhohullah menjawab sebagai berikut:

"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan (maksudnya memancarkan mani, mazi dan sebagainya). Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya. Dan Syaikh Ibnu Baz Rahimahullah telah berfatwa tentang haramnya hal tersebut – sebagaimana yang saya dengarkan langsung daripada beliau -."

Dan dalam kitab Masa`il Nisa’iyyah Mukhtarah Min Al-`Allamah Al-Albany karya Ummu Ayyub Nurah bintu Hasan Ghawi hal. 197 (cet. Majalisul Huda AI¬Jaza’ir), Muhadits dan Mujaddid zaman ini, Asy-Syaikh AI-`Allamah Muhammad Nashiruddin AI-Albany Rahimahullah ditanya sebagai berikut:

"Apakah boleh seorang perempuan mencumbu batang kemaluan (zakar) suaminya dengan mulutnya, dan seorang lelaki sebaliknya?"


Beliau menjawab:

"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadis, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa nabi Sallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan - sebagai penguat yang telah lalu -, apalagi haiwan yang telah dlketahui kejelekan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan."

Dan salah seorang ulama besar kota Madinah, Asy-Syaikh AI-`Allamah `Ubaid bin ‘Abdillah bin Sulaiman AI-Jabiry hafizhahullah dalam sebuah rakaman, beliau ditanya sebagai berikut,

"Apa hukum oral seks?"

Beliau menjawab:

"Ini adalah haram, kerana is termasuk tasyabbuh dengan haiwan-haiwan. Namun ramai di kalangan kaum muslimin yang tertimpa oleh perkara-perkara yang rendah lagi ganjil menurut syari’at, akal dan fitrah seperti ini. Hal tersebut kerana mereka menghabiskan waktunya untuk mengikuti rangkaian film-film porno melalui video atau televisyen yang rosak. Seorang lelaki muslim berkewajipan untuk menghormati isterinya dan jangan dia berhubungan dengannya kecuali sesuai dengan perintah Allah. Kalau dia berhubungan dengannya selain dari tempat yang Allah halalkan baginya maka tergolong melampaui batas dan bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya shallallahu ‘alahi wa sallam."


Dikutip dari majalah An-Nashihah Volume 10 1427H/2006M

Sumber: http://www.darussalaf.org/stories.php?id=276

Soal Jawab Agama - Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:

ثم أتيته بالمنديل فرده

Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.


عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

Wallahu’alam.

Rujukan:

  • طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام
  • Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani
  • What Every Muslim Must Know about Purification by Abdul Rahman Abdul Karim Al-Sheha

Soal Jawab Agama - Hukum Melancap Atau Onani

Pertanyaan:

Ada seseorang yang berkata: Apabila seorang lelaki melakukan onani atau lancap, apakah hal itu boleh disebut zina dan apakah hukumnya?


Jawapan:

Ini yang disebut oleh sebahagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan “istimna” (onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah SWT ketika menyebutkan orang-orang Mukmin dan sifat-sifatnya berfirman,


وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7).

Al-’adiy ertinya orang yang zhalim yang melanggar peraturan-peraturan Allah.

Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bahawa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan isterinya dan melakukan onani, maka bererti dia telah melampaui batas; dan tidak syak lagi bahawa onani itu melanggar batasan Allah.

Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa kebiasaan tersembunyi (onani) itu haram hukumnya. Kebiasaan rahsia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat bergejolak. Perbuatan ini tidak boleh dia lakukan, ini kerana ia mengandungi banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para doktor kesihatan. Bahkan ada sebahagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasaan buruk tersebut. Kewajipan anda, wahai orang yang bertanya, adalah mewaspadainya dan menjauhi kebiasaan buruk itu kerana sangat banyak mengandungi bahaya yang sudah tidak diragukan lagi, dan juga kerana bertentangan dengan makna yang jelas dari ayat al-Qur’an dan menyalahi apa yang dihalalkan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya. Maka dia wajib segera meninggalkan dan mewaspadainya. Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa, sebagaimana arahan Rasulullah SAW:


يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.

“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).

Di dalam hadis ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”

Pada hadis tadi Rasulullah SAW menyebutkan dua hal, iaitu:

Pertama, Segera bernikah bagi yang mampu.

Kedua, Meredakan nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu bernikah, kerana puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syaitan.

Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam . Insya Allah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya. Bernikah itu merupakan amal soleh dan orang yang bernikah pasti mendapat pertolongan, sebagaimana Rasulullah tegaskan di dalam hadisnya,

ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِيْ يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِيْ يُرِيْدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ.

“Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah SWT; al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).



Rujukan:

Fatwa Syaikh Bin Baz, dimuat di dalam majalah al-Buhuts, edisi 26, hal. 129-130.
Disalin dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 1, penerbit Darul Haq.

Jumaat, April 01, 2005

Soal Jawab Agama - Seks Dalam Keadaan Berbogel

Soalan: Apakah hukum bersetubuh dalam keadaan berbogel?

Salam,

Apakah hukum berjimak dalam keadaan bogel merupakan perbuatan yang terdapat hadis yang melarangnya? Bagaimana pula dengan ayat al-Quran: "Perempuan-perempuan kamu seperti ladang bagi kamu"?


Jawapan:

Wassalam,

1. Hukum berbogel ketika bersetubuh.

Prof. Dr. Abdul Halil Abu Syuqqah, sahabat Dr. Yusof al Qardhawi dari Universiti Qatar menjelaskan kekeliruan umat Islam:

" ... ramai yang faham jimak (hubungan seks) hendaklah dilakukan dalam malam yang gelap gelita, jika jimak pada siang hari pula, hendaklah dilakukan dengan hanya membuka sedikit sahaja pakaian dan menutupi sebahagian besarnya, ada pula fatwa, tidak boleh memandang aurat satu sama lain dan hendaklah menjauhkan (mata) dari memandang alat kelamin masing-masing. Ini semua tidak disandarkan kepada dalil yang sahih. Sedangkan amalan ini bercanggah dengan keumuman nas-nas yang membolehkan:

" dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri dan sahaya miliknya." AQT 23:5

mafhum al hadith:

" jagalah kemaluanmu, kecuali terhadap isterimu dan budakmu." al-Albani, sahih Sunan Abu Daud, No 3391

al Hafidz Ibn Hajar meriwayatkan hadis dari Aisyah RA. Sulaiman bin Musa pernah bertanya Atha' akan bagaimana seorang lelaki yang memandang faraj isterinya, lalu aku (Atha') bertanyakan akan Aisyah, lalu Aisyah meriwayatkan bahawa dia dan Rasulullah SAW pernah mandi bersama-sama. (al Fath, 1/378)

Maka jelaslah bahawa boleh rupanya pasangan saling melihat aurat masing-masing.

2. Maksud ayat: AQT 2:223 (isteri-isteri kamu adalah sawah-ladang, maka kerjakanlah ladang itu sebagaimana yang engkau sukai.")

Ibn Abbas berkata, ayat ini turun menjelaskan kekeliruan mengenai tatacara jimak berhubung dengan kedudukan semasa hubungan seks. Kaum Ansar (penduduk asal Madinah) mencontohi amalan Yahudi yang hanya bersetubuh dengan posisi miring sahaja. Jika suami mendatangi isterinya dari arah belakang, maka mata anak akan juling (mengikut kepercayaan Yahudi). Sedangkan kaum Muhajirin tidak mengetahui akan pantang larang penduduk Ansar dan Yahudi, lalu turunlah ayat ini membatalkan kepercayaan Yahudi itu. Maka dengan turunnya ayat ini, hubungan seks boleh dinikmati dengan apa jua posisi dan stail mengikut selera masing-masing. (al-Albani, Adab az Zifaaf, 28)


Dikemaskini berdasarkan sumber: www.al-ahkam.net