BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Penipuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penipuan. Papar semua catatan

Khamis, Mei 24, 2012

CADANGAN USAHA SAMA LANGGANAN (IPO) FACEBOOK - BENTUK PENIPUAN BARU DI INTERNET!

KUALA LUMPUR – Jika anda ditawarkan akses eksklusif kepada langganan saham IPO Facebook, besar kemungkinan ia satu penipuan, kata Symantec.

Symantec Security Response baru-baru ini mengesan 419 mesej penipuan yang menawarkan “CADANGAN USAHA SAMA LANGGANAN (IPO) FACEBOOK”.

Penggunaan semua huruf besar merupakan contoh biasa 419 penipuan itu, katanya.

Ia didakwa dihantar oleh sebuah firma kewangan di pelbagai lokasi di seluruh dunia. Bentuk sebenar penipuan itu tidak jelas. Penipuan itu menyebut pinjaman wang menerusi terma “mudah” dan murah hati untuk membeli saham-saham Facebook dan menjualnya semula kepada syarikat pada harga yang lebih tinggi berbanding harga pembelian asal.

Symantec berkata, petunjuk jelas ia merupakan penipuan ialah berdasarkan alamat untuk membalas e-mel.

“Ia merupakan alamat yang agak amatur yang menggunakan e-mel berasaskan web percuma yang biasa.

“Syarikat yang sah sudah pasti akan menggunakan alamat e-mel domain sendiri dan bukan alamat berasaskan web percuma,” katanya.

Alamat e-mel dan nama pada tajuk “daripada” mesej itu juga berbeza daripada alamat e-mel dan nama yang digunakan dalam isi mesej.

Berdasarkan kedudukan profil tinggi IPO ini, Symantec menjangkakan golongan penipu akan mengambil kesempatan dan menggunakan cara yang sama yang mereka lakukan pada berita dan acara sebelum ini. – BERNAMA

Ahad, Jun 05, 2011

AWAS! Minyak Wangi Tiruan di Alamanda, Putrajaya

Hati-hati dengan individu yang menjual minyak wangi di Alamanda, Putrajaya. Individu tersebut didapati menjual minyak wangi tiruan dgn menyatakan barang yang dijual adalah asli dan dijual murah untuk menghabiskan stok. Mereka bergerak secara berkumpulan. jenama yang dijual adalah Hugo Boss! dan juga Dior.

Individu ini juga dikatakan mendakwa diri mereka datang dari Singapura. Ada yang menjual di KL Sentral.

Khamis, Mei 05, 2011

Penipuan Panggilan Telefon Kad Bank

AWAS sekiranya anda menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa mereka adalah wakil Bank Negara Malaysia atau bank-bank tempatan yang meminta 16 digit nombor kad bank. Malah, orang ramai juga diminta berwaspada sekiranya dihubungi oleh sindiket yang sama, kononnya memaklumkan bahawa kad bank mereka sedang digunakan oleh individu lain.

Ini kerana semua panggilan itu adalah helah sindiket penipuan tersebut yang ingin mencuri wang simpanan anda.

Sindiket itu sebelum ini dikesan menghubungi mangsa dengan pelbagai alasan untuk mengetahui nombor kad bank.

Malah, ada di antara mangsa terkejut setelah dimaklumkan bahawa terdapat individu sedang menggunakan kad bank mereka dan meminta supaya penggunaan itu disekat serta merta.

Berikutan itu, si penipu yang membuat panggilan akan menyebut 12 digit pertama kad bank mangsa untuk memberi keyakinan bahawa mereka adalah wakil bank.

Kemudian panggilan kedua akan dilakukan oleh sindiket itu untuk meminta mangsa memberikan 4 digit terakhir kad bank.

Dengan memperoleh empat digit terakhir itu sindiket berkenaan berupaya memindahkan wang simpanan dari akuan mangsa ke dalam akaun mereka.

Pemindahan wang itu dipercayai dilakukan menggunakan rangkaian Internet.

Mengikut laporan yang pernah didedahkan akhbar tempatan sebelum ini, terdapat mangsa kehilangan wang simpanan berjumlah ratusan ribu ringgit akibat ditipu sindiket itu.

Oleh itu, bagi anda yang mendapat panggilan sama seperti di atas diharap mendapatkan nasihat dari bank-bank berdekatan terlebih dahulu bagi kejadian yang tidak diingini berlaku.

Selasa, Januari 25, 2011

Taktik Baru SCAM Melalui SMS - Hati-hati!

Taktik Baru Scam Melalui SMS kini berleluasa. Berita melaporkan ramai pengguna telefon bimbit di Malaysia menerima panggilan seumpama ini:
Ni sms yg baru diterima oleh kawan saya (my colleague) hari ni 9.24 am. Ni ayah, guna fon polis, tlon bgi credit maxis RM50 ke nombor baru ayah 0128640597 Ayah lgi ada msalah kat balai police. Ta payah call, sekejap baru ayah call.
SERUAN: Jangan mudah percaya SMS yang tidak dikenali.

Jumaat, Oktober 15, 2010

Private Call Penipuan Kad Kredit Menerusi Telefon

Penipuan Kad Kredit Menerusi Telefon - Private Call

Sekiranya ada pemanggil yang menelefon anda dan meminta apa-apa nombor atau maklumat berkenaan Kad Kredit anda, maka anda haruslah berhati-hati. Mereka tahu jenis kad kredit yang anda gunakan, mereka tahu nombor depan kad kredit anda, mereka tahu tarikh luput kad kredit anda, dan mereka juga tahu nama penuh anda. Mereka menggunakan semua maklumat ini untuk membuatkan anda percaya bahawa mereka adalah daripada pihak yang betul.

Berhati-hati, anda mungkin tertipu. Kini panggilan telefon secara private semakin berleluasa di Malaysia. Pusat-pusat panggilan telefon antarabangsa ini sebenarnya berdekatan dengan tempat tinggal anda. Bahaya bukan? Penjenayah berada di sekitar anda.

Berikut adalah senarai laman web atau blog yang diharapkan dapat membantu memberi gambaran kepada anda mengenai penipuan kad kredit menerusi panggilan telefon.