Memaparkan catatan dengan label Anugerah Amiene Rev. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anugerah Amiene Rev. Papar semua catatan
Isnin, Disember 15, 2008
Sabtu, Oktober 11, 2008
Penilaian Blog Calon-Calon ABAR - Anugerah Blogger Amiene Rev Sedang Berlangsung
Beberapa buah blog yang telah disenaraikan di dalam pencalonan ABAR baru-baru ini sedang dinilai satu persatu. Ulasan mengenai beberapa blog yang terpilih akan disiarkan di blog ini. Blog-blog yang terpilih akan diulas dari segi kekemasan, keaslian penulisan, isi kandungan, penggunaan bahasa (ejaan) dan beberapa perkara lain.
Anugerah Blogger Amiene Rev ini diadakan sebagai satu cara:
Anugerah Blogger Amiene Rev ini diadakan sebagai satu cara:
- Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu atau bahasa asing dengan betul, terutamanya dari segi struktur ejaan.
- Menggalakkan blogger untuk lebih fokus terhadap isi kandungan yang bermanfaat seperti menyampaikan pandangan, tips, ilmu pengetahuan dan lain-lain kemahiran.
- Menjadikan blog sebagai medan pertukaran pandangan dan penyelesaian masalah di kalangan warga siber.
- Sebagai satu penghargaan terhadap blogger-blogger yang telah berusaha untuk melaksanakan ketiga-tiga perkara yang disebutkan di atas.
Pengawalan Kualiti Calon-Calon ABAR
Syarat Piramid telah diperkenalkan sebagai satu cara pengawalan kualiti calon-calon yang bertanding. Sistem Piramid ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan prestij ABAR tetapi juga sebagai satu cara menghargai blogger-blogger yang telah konsisten atau berkomitmen dalam memainkan peranan sebagai seorang blogger. Untuk tujuan itu beberapa syarat tertentu telah diperkenalkan.
"Syarat baru pengkritik blog yang dikenali sebagai Syarat Piramid akan menetapkan bahawa blog yang akan dikritik harus memiliki 300 entri atau post, dan aktif sekurang-kurangnya satu tahun. Berdasarkan Syarat Piramid, blog-blog diberi tiga peringkat iaitu unik, berkualiti dan biasa. Blog yang akan diulas selepas 3 September 2008 harus melepasi syarat unik dan berkualiti." - Amiene Rev (klik di sini untuk melihat kaedah penilaian sebelumnya).
Anugerah Khas ABAR
Namun begitu pihak penganjur ABAR juga telah mengadakan satu pelepasan bagi syarat-syarat di atas untuk blog-blog yang dianggap unik dan istimewa. Blog-blog ini telah dipantau sejak tahun 2006 dan didapati masih aktif sehingga ke hari ini walau pun bilangan pos atau entrinya tidak memenuhi syarat Piramid.
Blog-blog yang tersenarai dalam kategori khas ini merupakan blog-blog khusus untuk aktiviti-aktiviti tertentu yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Pesanan Penganjur
Buat semua calon ABAR, ketahuilah bahawa Anugerah ABAR ini merupakan satu alat pengukur untuk mengiktiraf blog-blog yang telah memenuhi matlamat ABAR. Pihak ABAR tidak menjanjikan sebarang ganjaran seperti piala, wang tunai atau pun hadiah, sebaliknya penghargaan dan pengiktirafan terhadap blog-blog yang terpilih untuk menerima anugerah. Mana-mana blog yang tidak terpilih kali ini mungkin akan terpilih pada masa akan datang pula.
Selamat berblog.

Ditulis oleh Amiene Rev pada Oktober 11, 2008
Label: ABAR, Anugerah Amiene Rev, Pencalonan ABAR, Pengkritik Blog, Ulasan ABAR 2008
Ahad, September 21, 2008
Projek Syawal 2008: Projek Baitul Kasih
PROJEK SYAWAL 2008:Projek Baitul Kasih
Geng sukarelawan Projek Syawal meneruskan lagi perjuangan amal kebajikan mereka. Kali ini, mereka mengunjungi sebuah rumah kebajikan yang memuatkan 32 orang kanak-kanak istimewa/yatim dan ibu tunggal.
Rumah Amal Baitul Kasih
32, Jalan U19/1
Taman Seri Buloh
Sungai Buloh.
http://projeksyawal.blogspot.com
Projek Syawal ini telah dijalankan sejak tahun 2006 oleh sekumpulan blogger warga tempatan yang dikenali sebagai Charity Squad. Sila kunjungi laman web mereka untuk maklumat lanjut.
BLOG PROJEK SYAWAL INI DICALONKAN UNTUK KATEGORI HADIAH KHAS ABAR (Anugerah Blogger Amiene Rev) 2008
PERHATIAN: BERITA MENYEDIHKAN!
Susulan daripada komentar seseorang yang hanya mahu dikenali sebagai Hati-hati, saya telah mengunjungi blog Tipah Vogue (daripada Squad Charity) untuk melihat perkembangan Projek Baitul Kasih. Hasilnya kami menemui beberapa entri seperti berikut yang disusun mengikut kronologi:
Tidak sampai satu hari entri ini tersiar di blog dukeamienerev.blogspot.com, pihak TV3 didapati telah membuat liputan berkaitan dengan kes yang menyedihkan ini. Berita berkatitan boleh diikuti selepas habis berita budak Luar Biasa dan iklan PIDM:
Klik di sini untuk skrin lebih besar: KLIK DI SINI
Bagi sesiapa yang mengikuti kisah ini, Projek Baitul Kasih nampaknya masih diteruskan kerana yang bersalah itu cuma individu tertentu, dan bukan anak-anak yatim dan anak-anak istimewa yang berada di rumah amal tersebut.
Kita berharap, agar individu terbabit diberikan hidayah, dibukakan hatinya agar kembali kepada kebenaran. Semoga dia akan berusaha untuk menebus kesilapannya terhadap anak-anak yatim dan insan istimewa. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.
Kita juga berharap, Adik Fatimah yang cacat penglihatannya agar mendapat tempat yang lebih sesuai dan lebih baik agar dapat mengecapi masa depan yang lebih baik.
Entri ini akan dikemaskinikan lagi sekiranya terdapat berita-berita terbaru daripada pihak Projek Syawal.

Ditulis oleh Amiene Rev pada September 21, 2008
Label: Anugerah Amiene Rev, Pencalonan ABAR, Pengkritik Blog, Ulasan ABAR 2008
Rabu, September 03, 2008
ABAR - Anugerah Blogger Amiene Rev
Anugerah Blogger Amiene Rev - 2008
Amiene Rev's Blogger Award 2008
Pencalonan Wild-Card ABAR 2008 - Anugerah Blogger Duke Amiene Rev 2008 sudah bermula. Sekiranya anda rasa ada blog yang layak untuk bertanding seiring dengan blog-blog ini, mengikut kategori yang disediakan atau kategori baru, maka silalah calonkan menerusi ruangan komen di entri ini.
Dahulu blog Duke Amiene Rev ini saya hidupkan dengan aktiviti mengulas blog. Namun tugas tersebut bukannya mudah. Pada asasnya kerja-kerja mengulas blog tersebut saya lakukan sebagai salah satu bentuk kajian dan pembelajaran. Sambutan pada ketika itu sangat menggalakkan, namun kemudian setelah kajian saya selesai, saya dapati ada satu sebab kenapa kerja-kerja mengulas blog ini akan menjadi satu kerja yang kurang berkesan.

Dikatakan kurang berkesan kerana, apabila saya mengulas dan menilai blog-blog yang baru wujud, yang belum tentu stabil atau kekal, kemungkinan bahawa blog itu ditulis oleh penulis-penulis yang tetap tidak serius berblog tetap ada. Bilangan blog-blog yang berkualiti dan blog-blog yang umum ini boleh ditunjukkan menerusi carta piramid. Blog unik sukar dicari, blog berkualiti jumlahnya tidak banyak, blog biasa-biasa atau umum memang banyak. Blog-blog yang terkandung dalam senarai maklum balas di entri ini ada yang serius dan ada yang tidak serius berblog. Jika anda perhatikan, ada antara jaringan di dalam pautan berikut telah mati dan ada juga yang sudah lama tidak berblog.
Pada masa akan datang, kerja-kerja mengulas blog akan tertumpu kepada blog unik dan blog berkualiti sahaja. Ini akan lebih mudah. Blog yang diulas seharusnya memiliki jumlah entri yang banyak, asli dan unik. Selain itu kriteria wajib yang perlu dipenuhi sebelum blog itu diulas, dinilai atau dikritik ialah, memiliki disiplin dan jadual penulisan yang berterusan. Blog yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas, tidak akan diulas.

Senarai Calon-Calon Wild CardABAR 2008 Pilihan Amiene Rev
Anda boleh mencalonkan mana-mana blog berbahasa Melayu yang anda rasakan layak atau setanding dengan blog-blog di bawah ini menerusi ruangan komen di entri atau pos ini, dan cuma blog yang terbaik sahaja akan dipilih. Blog-blog yang hendak dicalonkan mestilah sentiasa aktif dikemaskini dan hidup. Blog Berbahasa Inggeris hanya boleh dicalonkan oleh penganjur ABAR 2008.
KATEGORI BLOG

Kategori Blog Intelektual
Firdaus Arif - Studio Inspirasi
http://studioinspirasi.madani-media.com

Kategori Blog Seram
Fazamania - Melangkah Ke Alam Misteri
http://www.fazamania.com

Kategori Blog Kartun
Saharil - Saharil Conteng
http://saharil.com
Kategori Blog Masakan

Teratak Resepi Che Tam
http://chetambiz.blogspot.com

Koleksi Resipi Pilihan Diana
http://www.resipidiana.blogspot.com
Kategori Blog Catatan Peribadi

Black Purple -Jowo Pinter
http://jowopinter.blogspot.com

Raden Galoh - OneBreastBouncing
http://onebreastbouncing.blogspot.com
Kategori Blog Puisi

Fynn Jamal
http://fynnjamal.blogspot.com

Azuna - Dayang Senandung
http://azunaonline.blogdrive.com
Kategori Blog Pengulas Buku
Salah satu peranan terbaik blog adalah mengulas buku-buku.
Blogger tentunya golongan yang suka membaca, maka pemilik
blog yang aktif berbincang mengenai buku atau aktiviti yang berkaitan
dengan membaca harus diberikan dorongan dan penghargaan yang tertentu.

Jiwa Rasa - Dari Jiwa Rasa
http://jiwarasa.blogspot.com
Kategori Blog Kaunselor Sekolah
Menyedari pentingnya kewujudan aktif para kaunselor
di alam siber, blog Duke Amiene Rev telah mewujudkan kategori khas bagi
mencalonkan blog-blog kaunselor sekolah yang sentiasa aktif.

CikLi - Laman Nurani
http://lamanurani-cikli.blogspot.com

Blog Kaunselor Hulu Langat
http://kaunselorlangat.blogspot.com

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Jasmin
http://kaunselingsktmnjasmin.blogspot.com

Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi
http://sheikhlui.blogspot.com

Komuniti Kaunselor Malaysia
http://kaunselormalaysia.blogspot.com

Norish Kaunselor
http://norish77.blogspot.com

Chulan Chin - Amal - Halaman Ayat
http://amal4444.blogspot.com/

Miss Hasreena - UBK SMA PERSEKUTUAN KAJANG
http://ubksmapkajang.blogspot.com

Kaunselor Mohd Samsul - Unit Bimbingan dan Kaunseling
http://kaunselorsamsul.blogspot.com
Setiap blog yang terpilih layak untuk meletakkan Logo Blog Ini Dicalonkan Untuk ABAR 2008 di dalam blog masing-masing (blog yang alamatnya disebutkan). Anda boleh mencalonkan mana-mana blog yang anda rasakan layak atau setanding dengan blog-blog di entri ini menerusi ruangan komen di entri atau pos ini.
Cuma blog yang terbaik sahaja akan dipilih. Blog-blog yang hendak dicalon mestilah sentiasa aktif dan hidup. Tidak ada hadiah khusus, tetapi pengiktirafan bahawa blog anda telah memenuhi syarat untuk bertanding. Sekiranya blog anda terpilih untuk memenangi anugerah bagi kategori tersebut, maka satu label atau logo khusus dengan nama blog anda akan disediakan bersama-sama dengan ulasan khusus untuk blog anda. Semoga dorongan yang diberikan ini akan dapat memberi sokongan kepada anda untuk terus menulis blog dengan bermakna.
Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa
untuk menambah pencalonan baru.
Kategori baru mungkin dibuka mengikut kesesuaian.
Blog yang dicalonkan mestilah menggunakan Bahasa Melayu.
Pencalonan blog Berbahasa Inggeris pula ditetapkan oleh
penganjur ABAR 2008.

Tarikh tutup pencalonan adalah 1 Oktober 2008.
Pemenang akan diumumkan sekitar November 2008.
Pemenang akan diumumkan sekitar November 2008.
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 03, 2008
Label: Anugerah Amiene Rev, Pengkritik Blog, Ulasan ABAR 2008
Ahad, Disember 30, 2007
Ini Adalah Kebanggaan Seorang Pengkritik Blog
Sudah lama saya tidak mengkritik blog. Sibuk dengan tugas-tugas di dunia nyata menyebabkan di dalam jadual saya tidak ada langsung mengenai perkara untuk mengkritik blog. Namun, sepanjang tempoh tersebut, saya ada menemui beberapa buah blog baru yang sangat menarik.
Salah satu daripada blog itu layak mendapat anugerah, lalu saya pun menyapa pemilik blog tersebut. Tertarik dengan budi bahasa pemilik blog itu, di samping ketelusan hatinya dalam menyusun isi kandungan blog, menyebabkan saya rasa, inilah blog baru yang patut memenangi sesuatu.
Kemudian, diam-diam saya mencalonkan blog tersebut. Alhamdulillah, blog tersebut menang. Apa lagi yang boleh saya katakan selain daripada kesyukuran. Penilaian saya terhadap blog tersebut ternyata tepat lagi benar.
Blog itu telah menang, nilai-nilai mengkritik blog yang saya gunakan ternyata mempunyai kelasnya yang tersendiri.
Pun, begitu, saya masih belum mahu kembali sebagai pengkritik blog. Kita merancang, dan tidak semestinya perancangan kita itu akan berjalan sebagaimana kehendak kita. Kadangkala kita perlu fleksibel dengan kehidupan di dunia nyata.
Apa pun, hari ini saya dapat menulis entri di sini, dengan gembira. Tahniah kepada pemilik blog tersebut!

Ditulis oleh Amiene Rev pada Disember 30, 2007
Label: Anugerah Amiene Rev, Pengkritik Blog
Sabtu, Mac 31, 2007
PENGKRITIK BLOG: Pencarian Blogger-blogger Terhebat Dalam Kelasnya!
Nampaknya pencarian seorang pengkritik blog, untuk mencari blog-blog terhebat sepanjang tahun 2007 akan berakhir tidak lama lagi. Beberapa blog terhebat sedang ditinjau, namun tidak diulas, sebaliknya lakaran dibuat di satu tempat yang cukup rahsia. Anugerah Blog Pilihan Amiene Rev ini adalah anugerah peribadi yang diberikan kepada mana-mana blog yang didapati menepati pilihan dan kriteria yang dijangkau oleh saya.Buat masa ini, sfera kaca yang berwarna biru di sebelah belum lagi bercahaya sepenuhnya, menunjukkan belum ada sasaran tetap penerima Anugerah Blogger Pilihan Amiene Rev untuk tahun ini.
Setiap blog yang disenaraikan berikut adalah blog yang mendapat pencalonan awal berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dipenuhi. Salah satu ciri-ciri utama yang penting ialah penulisan blog.
1. Blogger Bahasa Ibunda Pilihan
Ciri-ciri: Blogger yang menulis dengan cara yang disenangi iaitu menghormati Bahasa Melayu, begitu juga dengan bahasa-bahasa lain dalam penulisannya.
- Faisal Tehrani - tehranifaisal.blogspot.com
- Ainon Mohd - www.universitipts.com
- Kassim Selamat - kassim8888.blogspot.com
- Tuan Tanah- tanahpusaka.blogspot.com
- Amin Bakish - aminbakish.blogspot.com
2. Blogger Penghibur Hati Pilihan
Ciri-ciri: Hasil tulisan mencuit hati.
- Sinaganaga - sinaganaga.blogspot.com
- Blackpurple - jowopinter.blogspot.com
3. Blogger Selebriti Pilihan
Ciri-ciri: Sesiapa yang bertaraf selebriti atau dianggap sebagai selebriti. Secara amnya, mereka ini adalah tokoh-tokoh yang mencipta nama melalui penulisan blog. Antara kriteria yang dilihat adalah dari segi penyampaian bahasa, garapan idea dan mesej yang disampaikan.
- Sinaganaga - sinaganaga.blogspot.com
- Tok Rimau - tokrimau.blogspot.com
- Sultan Muzaffar - sultanmuzaffar.blogspot.com
- Dugong Senyum - dugongsenyum.blogspot.com
- Sera Bagus - honeybiru.org
4. Blogger Inspirasi Pilihan
Ciri-ciri: Blog yang mempunyai unsur-unsur kerohanian, motivasi, kisah-kisah pengajaran yang asli, nasihat dan sebagainya.
- Abah Muiz - abahmuizz.blogspot.com
- Blackpurple - jowopinter.blogspot.com
5. Blogger Bahasa Terburuk Pilihan
Ciri-ciri: Blogger yang menggunakan Bahasa SMS dan bahasa rosak. Namun begitu, kredit tetap akan diberikan kepada blogger sebegini yang menulis sesuatu yang bermakna kepada masyarakat. Kredit dan kutukan!
- Dirahsiakan. Bersiap sedialah! Ha! Ha! Ha!
6. Blogger Berani Pilihan
Ciri-ciri: Penulis blog yang bersuara lantang, tegas, keras dan seumpamanya. Antara calon-calonnya ialah:
- Faisal Tehrani - tehranifaisal.blogspot.com
- Ainon Mohd - www.universitipts.com
- Abdullah Jones - abdullahjones.blogspot.com
- Buku Nota - bukunota.blogspot.com
7. Blogger Karyawan Pilihan
Ciri-ciri: Blogger yang aktif dan tekun dalam menghasilkan karya-karya kreatif untuk tatapan pembaca blognya. Karya kreatif dalam konteks ini ialah puisi, cerpen, sajak, novel dan sebagainya.
- Nizam Zakaria - nizamzakaria.blogspot.com
- Azuna - azunaonline.blogdrive.com
8. Blogger Inovatif Pilihan
Ciri-ciri: Blogger yang merekabentuk blognya sendiri atau untuk orang lain.
- Isnaini - www.isnaini.com
- Uda - iraudzah.blogspot.com
Akan tiba masanya nanti... pada suatu hari nanti, untuk nama-nama blogger tersebut diumumkan di sini. Memandangkan perkara ini bakal memeningkan kepala seorang pengkritik blog yang sedang sibuk, maka masa penilaian untuk pemilihan pemenang akan diputuskan beberapa bulan lagi. Para pengunjung juga boleh memberi komen atau undian mana-mana blogger yang tersenarai di atas. =.="Ditulis oleh Amiene Rev pada Mac 31, 2007
Label: Anugerah Amiene Rev, Pengkritik Blog
Langgan:
Comment Feed (RSS)