BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Keajaiban Al Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keajaiban Al Quran. Papar semua catatan

Khamis, September 25, 2008

Gambar Ilusi Optik - Imej Statik Kelihatan Bergerak

Maksud Ilusi Optik
Penulis: Amiene Rev

Ilusi optik bermaksud bayangan atau khayalan yang terjadi kerana salah tafsiran otak terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Hal ini selalu dipraktikkan di dalam silap mata.

Kita menyangka bumi yang kita diami ini tidak bergerak. Sebenarnya, semasa kita sentiasa dalam perjalanan yang sangat laju. Kita semua sedang melalui perjalanan sejauh 30 kilometer per saat tanpa kita sedar. Ini kerana bumi kita sentiasa berputar.

Apakah yang dapat anda lihat; lingkaran atau bulatan?

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. (Al Quran: Surah An Naml ayat 88)

Garis-garis merah dan kesemua petak di dalam gambar ini memiliki saiz yang sama, tetapi kenapa mata kita melihatnya sebagai tidak sama?

Kita seolah-olah melihat tiga gelungan sedang berpusing atau saling tarik menarik


Bergerak turun dan naik serentak.


Berpusing-pusingkah bunga-bunga di atas apabila anda menumpukankepada salah satu kelopak bunga?

Berputar-putar?

Sekurang-kurangnya 8 ekor ikan lumba-lumba yang akan dapat anda cari.

Rabu, September 24, 2008

Keajaiban Al-Quran: Peredaran Bumi

Dan Dia-lah Yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masingnya beredar di dalam garis edarnya. (QS Al-Anbiya: 33)

Setiap planet berputar mengeliling matahari mengikut landasan masing-masing. Hal ini didapati sedia dimaklumkan di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun lampau.

Rabu, September 17, 2008

Proposal Al-Quran: Lautan-Lautan Tidak Bercampur

Dia membiarkan dua lautan mengalir, yang keduanya bertemu, (tetapi) di antara keduanya ada batas yang tidak bisa dilewati oleh masing-masingnya. (QS Ar-Rahman: 19-20)

Sifat fizik yang disebut sebagai "tegangan permukaan", menjadikan lautan-lautan biarpun bersebelahan tetapi tidak bercampur. Ini disebabkan ketumpatan air laut yang berbeza menyebabkan seolah-olah ada satu lapisan dinding yang memisahkan antara satu lautan dengan lautan yang lain.

Khamis, September 11, 2008

Proposal Al-Quran: Bumi Ini Berbentuk Sfera

Dia menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar. Dia menutupkan (takwir) malam atas siang dan menutupkan (takwir) siang atas malam… (QS Az-Zumar: 5)

Perkataan Bahasa Arab iaitu "takwir" bermaksud menutup atau melilit sesuatu perkara, seperti menggulung. Hal ini membuktikan bahawa menerusi Al-Quran, terdapat panduan yang yang menyatakan bahawa bumi ini berbentuk bulat.

Rabu, September 03, 2008

Proposal Al-Quran: Solat Tahajud dan Kesihatan

Keistimewaan Solat, Solat Tahajud
Dari Segi Terapi Fizikal

Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Sekiranya kita bangun pada awal pagi, tentu kita akan dapat menikmati udara segar yang nyaman dan melapangkan dada. Udara segar sekitar jam tiga pagi mengandungi kandungan oksigen yang sesuai untuk dimanfaatkan menerusi senaman solat. Oksigen ini akan dialirkan menerusi salur-salur darah yang terdapat di dalam badan kita.

Solat tahajud dikatakan boleh menghalang penyakit buah pinggang. Ini kerana semasa kita bersolat, sendi, otot dan urat saraf di seluruh tubuh badan akan digerak dan diregangkan.

Pergerakan otot semasa solat adalah seperti berikut:
  1. Berdiri tegak (qiyam), mengangkat tangan untuk takbir dan kemudian meletakkan tangan di atas pusat dikatakan dapat membantu membesarkan rongga dada kita, memberi ruang yang lebih luas di dalam paru-paru dan membantu menyerap udara khususnya oksigen dengan lebih baik.
  2. Rukuk, iaitu dalam keadaan badan membongkok lurus dari paras pinggang ke depan dengan kedua-dua belah tangan lurus menapak di atas kepala lutut membantu pengaliran oksigen ke bahagian tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tungkin.
  3. Dikatakan terdapat satu bahagian dalam otak kita yang tidak pernah dilalui darah. Bahagian ini boleh mendapat oksigen apabila kita bersujud. Apabila darah membawa oksigen ke bahagian otak ini semasa sujud, kita akan berasa lebih tenang. Semasa sujud juga, seluruh berat badan akan ditampung oleh otot-otot tangan, kaki, dada, perut, punggung dan leher.
  4. Apabila kita bangkit dari sujud dan kembali berdiri, kita telah menggerakkan hampir keseluruhan otot-otot di bahagian badan kita.
  5. Semasa duduk antara dua sujud dan duduk tahiyat, kita menggerakkan bahagian tumit, pangkal peha, kelangkang, sendi-sendi di bahagian kaki dan jari-jari kaki.
  6. Semasa memberi salam, kita menggerakkan urat, sendi dan otot di bahagian leher dan bahu, sambil menghembuskan nafas.
Keseluruhan aktiviti ini melibatkan pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah di badan kita. Solat tahajud pula merupakan satu amalan bonus untuk membolehkan badan kita menyerap oksigen dengan lebih berkesan.

Rabu, Ogos 27, 2008

Proposal Al-Quran: Teknologi Identiti Cap Jari

Menerusi surah di bawah ini, wujudnya panduan mengenai penggunaan cap jari sebagai tanda pengenalan bagi satu-satu manusia.

Allah s.w.t. berfirman:

“Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (mengembalikan) tulang belulang-nya? Bahkan, sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) hujung jari jemarinya dengan sempurna.” (Surah Al Qiyamah : 3-4)

“Jadilah! Maka menjadilah ia.” (Surah Yasin:82)

Dan Al Qur'an itu adalah kitab yang Kami turunkan, yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kalian diberi rahmat. (QS Al-An’aam: 155)

…adalah suatu peringatan, maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya. (QS ‘Abasa: 11-12)