BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Perisian Percuma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perisian Percuma. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 02, 2009

SUPER Anti Spyware Free Edition

Hari ini saya mula mencuba SUPER Anti Spyware Free Edition. Sebelum ini saya adalah pengguna tetap AVG Anti-Spyware Free Edition version 7.5. Walaupun sudah keluar AVG Anti-Virus Free Edition version 8.0, saya masih tetap menggunakan AVG versi sebelumnya. Bagi saya versi 7.5 lebih menarik dan memuaskan. Kemudian sekitar awal tahun baru ini, saya dimaklumkan oleh pihak AVG bahawa mereka akan menamatkan sistem kemaskini untuk AVG versi 7.5 dan ke bawah. Ini bermaksud, semua pengguna harus menggunakan AVG Anti Virus versi terbaru sekiranya mahu perisian anti-spyware mereka terus dikemaskini. Ini kerana AVG Anti Spyware kini bergabung dengan AVG Anti Virus dalam AVG versi percuma yang terkini.

Saya tidak melihat AVG Version 8.0 sebagai satu perisian anti-virus dan perisian anti-spyware yang berkesan, maka saya ingin mencuba SUPER Anti Spyware Free Edition. Saya ingin mencuba perisian anti-virus yang baru. Sebelum ini saya ada memaparkan mengenai Avira Anti Virus (disebut Avira AntiVir) yang merupakan satu lagi perisian anti-virus yang percuma dan berpotensi besar. Saya menggunakan perisian Avira Anti-Virus sebagai pengganti AVG Anti Virus. Paparan mengenai Avira Anti Virus Personal - Free Edition boleh ditemui di sini.

Namun Avira Anti Virus juga ada kelemahan. Jika AVG 8.0 adalah versi gabungan AVG Anti-Virus dan AVG Anti-Spyware, Avira Anti Virus pula boleh dikatakan kembar kepada AVG Anti Virus versi 7.5. Ini bermakna, pengguna Avira Anti-Virus, sebagaimana juga dengan pengguna AVG Anti Virus 7.5 perlu mengguna perisian anti-spyware yang berasingan.

Saya memilih untuk mencuba SUPER Anti Spyware Free Edition. Ketika sedang menaip blog ini, saya telah pun mengimbas fail-fail sistem, perisian dan dokumen di komputer saya dengan menggunakan SUPER Anti Spyware Free Edition dan kemudian Avira AntiVir Personal Free Edition. Saya berpuas hati dengan potensi kedua-duanya setakat ini. Tidak ada sebarang gangguan untuk saya melayari internet.

SUPER Anti Virus Free Edition sangat mudah digunakan. Tidak ada fungsi-fungsi atau pilihan arahan yang berselindung. Segala-galanya di depan mata. Saya anggap gabungan Avira Anti Virus Personal Free Edition dan SUPER Anti Spyware Free Edition sebagai kombinasi baru pelindung komputer riba saya, sebagai pengganti AVG Anti-Virus versi 7.5 dan AVG Anti-Spyware versi 7.5.

Untuk muat turun SUPER Anti Spyware Free Edition, sila klik di sini.

Ahad, Mei 25, 2008

Freeware Open Source Inkscape - Perisian Untuk Pelukis dan Kartunis


Inkscape - Perisian Percuma Untuk Menyunting Imej Vektor

Inskcape adalah perisian sumber terbuka khusus untuk memproses dan menyunting grafik vektor. Perisian ini memiliki hampir setanding dengan perisian Ilustrator, CorelDraw atau Xara X.


What is Inkscape?

An Open Source vector graphics editor, with capabilities similar to Illustrator, CorelDraw, or Xara X, using the W3C standard Scalable Vector Graphics (SVG) file format.

Inkscape supports many advanced SVG features (markers, clones, alpha blending, etc.) and great care is taken in designing a streamlined interface. It is very easy to edit nodes, perform complex path operations, trace bitmaps and much more. We also aim to maintain a thriving user and developer community by using open, community-oriented development.

The path changing modes of the new Tweak tool allow you to push, shrink, grow, attract, repel, or roughen any path, easily and naturally sculpting exciting freeform shapes. This is a lot more convenient than the Node tool not only because you don't need to think about nodes, but also because it can work on any number of selected paths at the same time.


Kaedah menukar warna yang mudah. Pelukis boleh mewarnakan objek-objek berasingan dengan mudah, seolah-olah mewarna imej Bitmap atau Raster dengan menggunakan fungsi berus.

The color changing modes of the new Tweak tool, paint and jitter, are very similar to the way a soft brush works in a bitmap editor. If you have a number of separate objects, you can select them all and paint over them with any fill or stroke color.





The Path along Path effect can curve a path along another path. When this effect is applied to path A (called skeleton), another path B (called pattern) can then be passed as a parameter. The result is that path B is bent along path A. With the node edit tool, path A can be editted on-canvas and the result is updated live. This provides a direct equivalent of "vector brushes" or "skeletal strokes" features in other vector editors.
Dengan fungsi penyuntingan imej vektor, anda boleh mengubahsuai imej tanpa perlu melukisnya semula. Bagi imej vektor, anda boleh menanda dan membuat sistem rangka untuk setiap objek, dan dengan ini anda boleh mengubahsuai objek dengan menggerakkan rangka-rangka tersebut.


Perisian ini juga boleh menukar imej sebenar di dalam foto ke dalam bentuk lukisan. Gambar di atas menunjukkan potensi perisian ini dalam penukaran imej sebenar ke bentuk lukisan.

This example shows how the new hatching techniques can be used to produce a traditional line engraving from a photo. Note also that thinning/thickening can be used not only for hatchings but for sculpting arbitrary paths - easy shape morphing without the Node tool!


Untuk tujuan muat turun perisian sumber terbuka khusus untuk melukis dan mewarnakan kartun/komik yang percuma ini anda boleh pergi ke laman web ini: inkscape.org

Jumaat, Mei 23, 2008

Quit Paidware then Use Freeware Avira AntiVir Personal - Perisian Percuma Anti-Virus

If you're thinking to quit using any paid anti-virus software, so what will you use to secure your computer. AVG and Avast! are amongst the most popular freeware, but then you might consider this another freeware of anti-virus.

Selain AVG Anti Virus Free Edition, terdapat juga perisian anti-virus percuma yang tidak kurang hebatnya seperti Avira Free Anti Virus. Selain itu, terdapat juga beberapa peralatan percuma seperti Removal Tool, Anti RootKit Tool, Boot Sector Repair Tool, UnErase Personal, Avira NTFS4DOS Personal dan Avira AntiVir Rescue System. Untuk tujuan muat turun perisian ini, sila ke:




Avira AntiVir Personal offers the effective protection against computer viruses for the individual and private use on a single PC-workstation. It detects and removes more than 50,000 viruses and an Internet-Update Wizard for easy updating. The built in resident Virus Guard serves to monitor file movements automatically, for example when downloading files from the internet. Heuristic scanning protects Protection against previously unknown macro viruses.

For more information or for free download purposes, you may visit the site: www.free-av.com

Khamis, Mei 22, 2008

Freeware Ad-Aware 2007 Free - Anti Spyware

Ad-Aware 2007 is a privacy tool, that scans your memory, registry, hard, removable and optical drives for known data-mining, aggressive advertising, and tracking components. It then lists the results and offers to remove or quarantine the components. The program detects a wide range of adware/spyware related issues and can be updated with the latest signatures via the built-in update utility. The free version is strictly a scanner, and does not provide any real-time protection.

Disebabkan AVG Anti-Spyware tidak ada lagi tawaran kemaskini secara percuma, maka anda dicadangkan untuk menggunakan sama ada Spyware Doctor atau Ad-Aware 2007. Kedua-dua perisian ini membantu menangkap dan menghapuskan pengintip-pengintip yang mencuri maklumat di dalam komputer anda. Ya, mungkin ramai yang belum sedar, setiap kali anda melayari internet, akan ada pengintip-pengintip yang menyusup ke dalam komputer anda untuk mencuri maklumat-maklumat tertentu. Sebab itu kita memerlukan perisian anti-spyware.

Untuk tujuan muat turun perisian anti-spyware ini, anda boleh pergi ke laman web Lavasoft seperti di alamat berikut:

Rabu, Mei 21, 2008

Freeware Duplicate File Finder - Save Disk Space - Jimatkan Ruang Cakera Keras

Kadangkala anda tidak sedar terdapat fail-fail yang sama di dalam komputer. Perisian percuma ini akan membantu anda mengesan fail-fail tersebut dan kemudian memberikan anda kemudahan untuk memadamkan fail-fail yang serupa ini.

Duplicate File Finder is a simple, but effective tool to locate duplicate files in one or more selected search paths. It scans the files and compares them based on Byte for Byte Comparison, which ensures 100% accuracy. You can then choose to delete the selected duplicate or original files. The program is multi threaded and performs scans quickly.

Muat turun ( download ) perisian percuma ini di:

Selasa, Mei 20, 2008

Freeware AVG Anti-Virus - Perisian Anti Virus Percuma


Populariti AVG Anti Virus rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Siapa lagi yang boleh menafikan pilihan perisian anti-virus percuma yang bijak dan ekonomi seperti ini? Anda boleh juga menggunakan Avast! tetapi bagi saya, saya lebih serasi dengan penggunaan AVG.

AVG Anti-Virus Free Edition is an anti-virus scanner that offers Resident Protection, e-mail Scanner, On-Demand Scanner, and Virus Vault for safe handling of infected files and automatic updates. The free version is limited in features, but includes all basic scanning functionality as well as real-time protection. It uses the same scanning engine as the commercial version, however updates are provided on a low priority basis.

Anda boleh muat turun perisian anti-virus ini menerusi laman web berikut:
Entri ini akan dipaparkan secara automatik mengikut fungsi 'scheduled' yang merupakan salah satu kemudahan terkini yang terdapat di dalam Blogger.

Isnin, Mei 19, 2008

Perisian Percuma - Waktu Solat - Freeware - Salaat Time

Entri ini disiapkan lebih awal, tetapi akan dipaparkan di blog Duke Amiene Rev mengikut fungsi 'scheduled'. Dalam erti kata lain, semua entri di sini akan terpapar secara automatik apabila tepat pada tarikh penyiaran yang telah ditetapkan. Fungsi 'scheduled' yang disediakan di Blogger membolehkan entri-entri dipaparkan satu demi satu (misalnya satu entri setiap hari).

Perisian waktu Solat - Salaat Time Freeware mempunyai beberapa kelebihan seperti:
  • Pelbagai jenis suara azan - Multiple choices of azan voices
  • Arah Kiblat - Qiblah direction
  • Tarikh-tarikh penting Islam - Important dates for Muslim people
  • Surah-surah pilihan - Selected surahs / ayaats
  • Auto startup (OPTIONAL)


Untuk muat turun ( download ) sila ke laman web berikut:

Jumaat, Mac 07, 2008

Perisian Grafik dan Animasi 3D Percuma - Blender

Dahulu saya pernah mengulas sedikit mengenai GIMP, sebuah perisian grafik yang mempunyai fungsi yang sama seperti Adobe Photoshop. Hari ini mari kita lihat pula satu lagi perisian percuma untuk memproses grafik tiga dimensi. Perisian grafik 3D sumber terbuka ini boleh ditemui di laman web berikut: www.blender.org

Menariknya perisian grafik 3D ini, adalah fungsinya bukan sahaja mampu mencipta model atau objek 3D tetapi boleh menggerakkannya. Pendek kata, Blender mampu menghasilkan animasi 3D. Ini bermakna Blender boleh digunakan untuk membangunkan permainan komputer atau video berasaskan grafik 3D.

Paparan kerja Perisian 3D Blender

Contoh hasil kerja yang disiapkan dengan mengunakan Blender adalah seperti berikut:

Karya Martin Tsine yang berjudul House


Karya Olivier Amrein yang berjudul 3D Watch


Hasil-hasil rekaan 3D di atas diambil dari laman web rasmi www.blender.org. Lain-lain contoh karya boleh ditemui menerusi pautan di bawah ini:

http://www.blender.org/features-gallery/gallery/images



Sekiranya anda berminat untuk muat turun perisian grafik 3D ini, silalah ke pautan berikut:

http://www.blender.org/download/get-blender/

Selasa, Ogos 28, 2007

Perisian Grafik Photoshop Percuma Yang Hebat: DogWaffle dan GIMPshop - Kembar Adobe Photoshop

Perisian Photoshop Percuma: DogWaffle 1.2

Anda ingin memiliki Adobe Photoshop, tetapi tidak mampu? Sebenarnya ada banyak perisian grafik percuma yang boleh anda miliki. Antaranya Project DogWaffle 1.2 yang memberikan anda perisian grafik PhotoShop percuma iaitu DogWaffle. Klik di sini untuk pergi ke laman web DogWaffle dan seterusnya muat turun perisian tersebut.

DogWaffle bukan sahaja mampu menyunting imej, malah anda juga boleh menghasilkan animasi atau grafik bergerak menerusi perisian Photoshop percuma yang hebat ini. Imej di atas mengguna menggunakan DogWaffle.


Perisian Grafik Percuma GIMPshop

Sementara itu GNU Project telah menghasilkan sebuah perisian yang mirip Adobe Photoshop, dikenali sebagai GIMPshop. Bayangkan bagaimana sebuah perisian bernilai beribu-ribu ringgit, kini boleh dimiliki secara percuma menerusi projek GNU ini.

Bagi anda yang masih baru dalam dunia grafik digital, untuk pengetahuan anda, Adobe Photoshop boleh dianggap sebagai raja perisian grafik. Populariti perisian ini tidak ada tandingannya. Kini, GIMPshop muncul sebagai pencabar terhebat pula.

Jangan lepaskan peluang ini! Anda boleh memuat turun perisian GIMPshop menerusi blog ini. Klik di sini untuk muat turun. Selain itu, anda juga boleh pergi ke blog GIMPshop.blogspot.com.

Laman utama GIMP boleh dilayari menerusi www.gimp.org atau klik di sini. Maklumat mengenai GIMPshop juga boleh ditemui menerusi laman web wikipedia.com.

Ahad, Ogos 26, 2007

Freeware Download - Free Software 100% Legal - Muat Turun Pelbagai Perisian Percuma

Kadangkala, naluri manusia mahu mencuba sesuatu yang percuma, sangat kuat. Namun, adakah setiap perkara di dunia ini boleh diperolehi dengan percuma? Sebuah laman web yang menarik memuatkan pelbagai perisian percuma popular lagi berguna untuk dimuat turun, boleh ditemui di sini. Pelbagai kategori perisian percuma, daripada penyunting audio, pemproses perkataan, permainan komputer, PC TV, pemain media dan sebagainya boleh didapati menerusi laman web ini. Berminat dengan perisian percuma? Klik di sini.

Selamat Muat Turun Perisian Percuma!