BLOG DUKE AMIENE REV
Memaparkan catatan dengan label Barah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Barah. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 23, 2011

Telefon bimbit bukan punca barah: Kajian

Isu mengenai bahaya telefon bimbit kepada pengguna sudah lama dicetuskan. Namun, baru-baru ini, satu kajian saintifik berkenaan bahaya telefonn bimbit menunjukkan hasil yang berbeza. Telefon bimbit didapati tidak memberikan kesan berisiko untuk mendapatkan kanser atau barah pada penggunaan yang normal. Bagaimana pula dengan iPhone dan sebagainya?

Telefon bimbit bukan punca barah: Kajian 

LONDON: Telefon bimbit tidak meningkatkan risiko barah, lapor penyelidikan yang membabitkan lebih 350,000 responden oleh penyelidik Denmark yang disiarkan semalam. Kajian yang didedahkan dalam laman web Jurnal Perubatan British, mencelah siri kajian lain yang memperoleh kesimpulan serupa. Saintis Institut Kajian Epidemologi Kanser di Copenhagen melihat mereka berusia sekurang-kurangnya 30 tahun yang melanggan talian telefon bimbit dan membandingkan kadar ketumbuhan dalam otak dengan mereka tidak melanggan antara 1990 hingga 2007. “Kajian ini menyokong penyelidikan yang gagal mencari kesan memudaratkan penggunaan telefon di bawah pendedahan normal,” kata Pengarah Perubatan Fizik Hospital Britain Royal Berkshire dan Felo Institut Fizik dan Kejuruteraan Perubatan, Malcolm Sperrin. Pada Mei, Agensi Penyelidikan Kanser Pertubuhan Kesihatan Sedunia memutuskan telefon bimbit dikategori sebagai kemungkinan mendedahkan barah, meletakkannya sama kategori dengan plumbum dan kloroform. – Agensi

Ahad, Oktober 16, 2011

Vitamin E Punca Kanser Prostat - Masa Depan Produk Multi-Vitamin Berubah Arus

Vitamin E Boleh Menjadi Penyebab Barah Postat - Masa Depan Produk Multi-Vitamin Berubah Arus

Vitamin E yang diambil secara berlebihan nampaknya boleh mengundang penyakit kanser ke dalam diri manusia. Ini semakin membenarkan apa yang sering disebut di dalam hadis dan gaya hidup Islamik, di mana hindari perbuatan berlebih-lebihan. Berhenti makan sebelum kenyang, mempunyai maksud yang cukup mendalam mengenai kesihatan manusia. Adakah berita ini akan menyebabkan kemerosotan jualan produk multi-vitamin di pasaran? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

BERITA HARIAN - NEW YORK: Lelaki yang mengambil vitamin E setiap hari berkemungkinan mendapat barah prostat berbanding mereka yang tidak mengambil makanan tambahan itu, lapor satu kajian yang dijalankan terhadap 35,000 orang di Amerika Utara.

Ini bermakna sejak lebih sedekad, seorang atau dua lelaki daripada 100 yang mengambil vitamin E dijangka mendapat kanser prostat, kata penyelidik yang hasil kajiannya diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika. “Jika anda sudah cukup dengan vitamin ini dalam sistem anda, berlebihan tidak akan membantu langsung malah jika terlalu berlebihan akan mendatangkan mudarat,” kata seorang penulis kajian itu, Eric Klein dari Klinik Cleveland. Kajian itu mendapati wanita tua yang mengambil vitamin pelbagai mempunyai kadar kematian lebih tinggi sedikit berbanding mereka yang tidak.

“Keputusan mendapati mengambil vitamin bukan hanya tidak membantu tetapi boleh memberi mudarat kepada mereka yang tidak mengalami kekurangan vitamin, tambah Klein.

Klein dan rakan penyelidiknya tidak jelas bagaimana vitamin E boleh meningkatkan risiko kanser prostat dan kajian terdahulu tidak menunjukkan sebarang bahaya vitamin itu. – Reuters