BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Oktober 08, 2011

Bajet 2012 - Sekolah Percuma Untuk Semua

Disifatkan pertama kali dalam sejarah  bermula 2012 pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan disediakan dengan percuma.

Ketika ini pelajar dikenakan bayaran RM24.50 sen bagi sekolah rendah, dan RM33.50 sen bagi sekolah menengah.

Untuk bayaran ko-kurikulum, kertas ujian dalaman, majlis sukan sekolah-sekolah dan insurans takaful.

Namun bermula 2012, semua bayaran itu dimansuhkan.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
Sukacita diumumkan bahawa buat pertama kali dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah kerajaan disediakan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini melibatkan peruntukan sebanyak 150 juta ringgit.