Puasa sememangnya satu tarikan dalam Islam. Hal ini terbukti apabila semakin ramai individu bukan beragama Islam turut berpuasa sebagaimana orang Islam yang lain pada bulan Ramadhan. Nikki dan Stacy juga tidak ketinggalan untuk belajar berpuasa biarpun kedua-duanya juga bukan beragama Islam. Berikut adalah petikan daripada akhbar Utusan:
Walaupun bukan beragama Islam tapi sempena Ramadan ini penyanyi NiKKi dan Stacy ada usaha juga nak berpuasa. Masa jumpa mereka di sebuah majlis berbuka puasa baru-baru ni, juara Akademi Fantasia Keenam (AF6), Stacy bercerita pengalaman pertamanya berpuasa.
Kata Stacy perasaan nak puasa tu timbul selepas melihat rakan AF yang serumahnya dengannya iaitu Ika, Yana dan Zila berpuasa dan bersahur.
Hari pertama puasa kata Stacy dia macam nak pengsan. "Dah la tak bangun sahur tapi terpaksa tahan perut sampai ke petang."
“Kerana tak tahan sangat lebih kurang pukul 5 petang tu saya curi-curi makan tanpa pengetahuan kawan-kawan saya.
“Kelakarnya bila tiba waktu berbuka, saya pun berbuka juga sama dia orang. Sampai sekarang ni dia orang tak tahu saya pernah curi makan makanan dalam peti ais,” kata Stacy.
Sesuatu yang istimewa berpuasa ni kata Stacy masa nak berbuka tu dia rasa begitu seronok tengok macam mana kawan-kawan Islam berkumpul dan makan ramai-ramai.
Walaupun selalu curi makan tapi Stacy tetap berusaha juga berpuasa biarpun sekerat hari.
Tahun ni memang bermakna buat Stacy kerana seumur hidup dia tak pernah berbaju kurung. Bila dah jadi artis, dia tempah beberapa pasang kerana nak pergi majlis-majlis berbuka bersama anak-anak yatim.
Mula-mula tak selesa tapi bila dah pakai berulang kali nampak macam sopan dan menarik berbaju kurung.
NiKKi pula sudah masuk tahun ketiga dia berpuasa penuh.
Kata NiKKi, bila dia niat nak puasa, dia akan buat bersungguh-sungguh. Sebab itulah sejak dua tahun lalu dia tak pernah tinggal puasa.
“Mula-mula puasa dulu saya terkena gastrik tapi sekarang saya sudah boleh berpuasa penuh. Kalau ada yang tertinggal, saya akan ganti balik,” katanya.
Baguslah kalau macam tu sebab puasa bukan sahaja wajib untuk orang Islam tetapi ia juga baik untuk kesihatan.
Kredit : Utusan Malaysia, 28 September 2008
Anda juga boleh belajar berpuasa dengan cara yang lebih mudah: KLIK DI SINI
Umpat sebabkan muflis di akhirat Sumber: Utusan.com.my
SOALAN Adakah benar pahala orang yang mengumpat diberi kepada orang yang kena umpat? Segala amalan yang lakukan akan habiskah?
JAWAPAN Memang benar Allah SWT akan menghitung segala amalan manusia, hal ini telah disebut di dalam al-Quran firman Allah yang bermaksud: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (al-Zalzalah: 7&8).
Dalam surah yang lain Allah berfirman yang bermaksud: Dan ‘Kitab-kitab amal’ juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata: “Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun. (al-Kahfi: 49).
Yang tidak diendahkan oleh manusia ialah mengenai dosanya. Silapnya manusia dengan amalannya yang tidak seberapa itu yakin boleh melepaskan diri daripada kemurkaan Allah. Dengan amalan yang sangat terbatas ini manusia masih lagi berkesempatan melakukan dosa mengumpat.
Bayangkan sahaja, sudahlah amalan sikit dosa pula banyak malangnya lagi apabila simpanan amalan kebajikan kita dipindahkan ke akaun orang yang kita umpat dan orang kita aniaya. Jika masih tidak dapat melangsaikan hutang orang dianiaya di dunia maka dosa mereka akan dipindahkan ke akaun penganiaya.
Berkaitan dengan muflisnya seseorang yang mengumpat telah dijelaskan oleh hadis baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tahukah kamu siapa yang bakal menjadi muflis? Sahabat menjawab: orang yang muflis ialah mereka yang tiada padanya dirham dan tidak berharta. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya yang bakal menjadi muflis dari kalangan umatku kelak ialah mereka yang datang pada hari kiamat sedang dia di dunia seorang yang menjaga solat, puasa dan zakat tetapi dalam masa yang sama dia datang dalam keadaan dia di dunia dulu mencaci orang itu, memfitnah ini, makan harta orang dengan cara yang tidak halal, menumpah darah orang yang tidak bersalah dan memukul orang. Maka di akhirat nanti akan diambil kebajikan (pahala) daripada golongan yang menganiaya kepada mereka yang telah dianiaya, sekiranya kebajikan atau pahala orang menganiaya tadi habis sebelum selesai hutangnya dengan orang dianiaya maka akan dipindahkan dosa orang dianiaya ke dalam kiraan orang yang menganiaya lalu dihumban ke dalam neraka. (riwayat Muslim ).
Pertama, kita harus faham maksud mengumpat. Dalam bahasa Arab mengumpat disebut sebagai ghibah dalam hadis-hadis Rasulullah juga diguna perkataan yang sama bagi menjelaskan apa itu mengumpat.
Mengumpat maknanya seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam kebanyakan hadis baginda yang sahih di antaranya hadis yang bermaksud: Tahukah kamu apa itu ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab sesungguhnya Allah dan Rasul jua yang lebih tahu. Maka baginda bersabda: mengumpat itu maknanya engkau menyebut sesuatu mengenai saudara engkau perkara yang dia benci (jika dia tahu pasti dia marah). Lalu sahabat bertanya kepada baginda: adakah tuan melihat sekiranya saya menyatakan sesuatu yang benar mengenai saudara saya? Lantas baginda menjawab: sekiranya kamu menyatakan sesuatu yang benar ada pada dirinya maka kamu telah mengumpat dia dan sekiranya kamu menyatakan yang sesuatu yang tiada pada dirinya sesungguhnya kamu telah berdusta. (riwayat Muslim).
Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa: “ghibah ialah seseorang itu menyebut mengenai orang lain yang dia (yang diumpat) benci orang berbuat demikian padanya sama ada yang diceritakan itu berkaitan tubuh badannya atau agamanya atau dunianya atau kejadiannya atau pakainya… sama ada kamu menyebutnya dengan lafaz atau isyarat”.
Ada juga yang berkata ketika dia mengumpat: “aku berani kata depan dia (orang yang diumpat), sedangkan dia tidak sedar perbuatan tersebut adalah lebih menyakitkan saudaranya”.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat: 12)
Ibnu Mas’ud pernah berkata: Kami pernah berada di tempat Nabi SAW, tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri meninggalkan majlis, kemudian ada seorang lelaki lain mengumpatnya sesudah dia tidak ada, maka kata Nabi kepada lelaki ini: Bertambah gemuklah kamu! Orang tersebut bertanya: Mengapa saya harus menjadi gemuk sedangkan saya tidak makan daging? Maka kata Nabi: Sesungguhnya engkau telah makan daging saudaramu. (riwayat Thabarani dan Bukhari).
Hukum mengumpat pula seperti yang diungkap oleh Imam al-Qurtubiy: “Tiada khilaf (perselisihan) di kalangan ulama mengenai hukum mengumpat, sepakat mengatakan bahawa hukum mengumpat adalah termasuk dalam dosa besar, pengumpat wajib bertaubat di atas perbuatannya.
Manakala Ibn Hajar al-Haithamiy berpendapat: “setiap dari kedua perbuatan mengumpat dan mengata haram dengan kesepakatan ulama”.
Ilusi optik bermaksud bayangan atau khayalan yang terjadi kerana salah tafsiran otak terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Hal ini selalu dipraktikkan di dalam silap mata.
Kita menyangka bumi yang kita diami ini tidak bergerak. Sebenarnya, semasa kita sentiasa dalam perjalanan yang sangat laju. Kita semua sedang melalui perjalanan sejauh 30 kilometer per saat tanpa kita sedar. Ini kerana bumi kita sentiasa berputar.
Apakah yang dapat anda lihat; lingkaran atau bulatan?
Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.(Al Quran: Surah An Naml ayat 88)
Garis-garis merah dan kesemua petak di dalam gambar ini memiliki saiz yang sama, tetapi kenapa mata kita melihatnya sebagai tidak sama?
Kita seolah-olah melihat tiga gelungan sedang berpusing atau saling tarik menarik
Bergerak turun dan naik serentak.
Berpusing-pusingkah bunga-bunga di atas apabila anda menumpukankepada salah satu kelopak bunga?
Berputar-putar?
Sekurang-kurangnya 8 ekor ikan lumba-lumba yang akan dapat anda cari.
"Dendam berselirat menghuni segenap urat impian. Milikku mesti dikembalikan. Sehingga ke penghujung dunia; nafasku, degup jantungku tidak akan berhenti mengalirkan darah hasad. Putera sakti mesti kuhapuskan; hati nuraninya bisa memadamkan api dendamku, dengan nur misteri yang meragut kegelapan hatiku. Hati ini, hati seorang penakluk, tidak boleh alah dengan kedamaian."
VERSUS
"Tidak ada satu manusia pun dilahirkan jahat. Benar segelintir daripada kalangan kita, dilahirkan dengan rezeki untuk berkuasa, namun kuasa itu cuma pinjaman Tuhan. Tidak kira beta, atau Tuanku Maharaja, kita sama-sama berhak memilih menuju ke Jannah. Beta cuma seorang putera, suatu masa jasad beta pasti menjadi debu. Ketika itu, kuasa tidak berguna lagi. Impian cuma sekadar impian. Nafas kita sebentar cuma."
Cover Design Concept Just For Suggestion Rekabentuk Kulit Buku Cadangan
This is a short animation that was produced to advertise to a younger audience "The Living Books Festival 2008" that featured Terry Pratchett. This was a group project for the University of Portsmouth - BA Animation.
Are we a tuition centre? No. We are not a tuition centre. We are a home tuition agency that helps tuition teachers to find students. We are your agent to help you find students.
Where is the location of the tuition class? The student's house. You can choose the area you prefer during your registration process. However, if you conduct group tuitions at your house, we can help you to find students to join your class too.
What are the subjects and levels that I need to teach? You can choose the teaching subject during the registration process. For example, if you prefer to teach UPSR BM, you can select it in the registration form. We will only arrange students who need tutors for UPSR BM for you.
When is the tuition time? It's flexible. You can choose the tuition time during your registration process. For example, if you are only free on weekends, then we will only arrange students for you during the weekends.
How many students do I need to teach in a class? This is a 1-to-1 tuition. Normally you only have to teach one student. However, sometimes we will offer some group tuition from tuition centre.
Do I need to pay for registering myself as a tutor? No. Registration is totally free. You wouldn’t be charged a single cent until you accept our tuition offer.
Do I need to pay Home Tuition Care when I accept the tuition offer? Yes. We only charge first 2 weeks' tuition fees as minimum commission for long term class. We will not charge any commission for the subsequent weeks or months. ( eg: If monthly tuition fees is RM300, the commission fees is RM150 )
How do I make the payment? We will collect commission fees from the parents directly after your class has started for two weeks. The tuition fees for the first two weeks is equivalent to 50% of the commission.
How do I receive my tuition fees? The parents pay directly to you except for the tuition fees for first two weeks of your class. They would normally pay at the end of every month after finishing the class
When I register, am I an employee of Home Tuition Care? No. Home Tuition Care is only providing tuition matching services and is not responsible for the services provided by tutors. Each tutor is solely responsible to pay all taxes on income earned, and all other issues and responsibilities related to tutoring.
When and how will I receive my first tuition offer? We will call you for any offer, but we can't say for sure when you can receive your first offer. Some tutors get the first offer few days after they have registered, some tutors never get any offer from us. It is largely depends on your qualification, experience, and expected tuition rate. Experienced tutors who are able to teach in major towns with a lower rate are more likely to receive their first offer sooner.
Can I change my mind after I have accepted the offer? We will offer tuition classes to you. You can decide whether to accept the offer or reject it. Please note that you should only accept our offer and confirm to take the tuition class if you are serious. If you change your mind after we have recommended you to our parents, legal actions will be taken.
How much referral fees I get if I were to recommend parents to Home Tuition Care? You will get a 10% referral fees out of the first month tuition fees if the tuition job successfully assigned to a suitable tutor.
What should I do if I do not receive any offer for a long time? Here are some suggestions: - Become a verified tutor. - Update your profile from time to time - Provide us with more detail for 'self description' - Reduce your expected tuition rate
Does Home Tuition Care provides me any tuition material? No. You are responsible to prepare the notes, text book, and all the teaching materials just as professional tutors would. You can claim the exercise book's money from the parents if they agree.
Home Tuition in Singapore & Malaysia Singapore and Malaysia Home Tuition available for any level, subject, area. Thousands of experienced & qualified tutors available here. Tutors wanted too!
Translation(Terms) : English to Bahasa Melayu (BM)
Education = Pendidikan | Study = Belajar | Teach, Teaching = Mengajar, Memberi Pengajaran | Tuition = Tuisyen | Tuition Centre = Pusat Tuisyen | Student = Pelajar | Fees = Yuran Pembelajaran | Personal/ Private Tuition = Tiusyen, Tusyen, Tuisen, Tiusen, Tuisyan, Tiusyan, Tusyan Peribadi | Home Tutoring, Private Tuition, Private Tutoring = Tuisyen Di Rumah, Tuisyen Swasta | Group Lesson Tuition = Tutoring on the basis of one tutor catering to several students | Tuition Class = Kelas Tuition | Tutors, Tuition Teachers = Guru Sekolah, Cikgu Sekolah, Pengajar Tuisyen, Guru Tuisyen, Cikgu Tuisyen | Private Tutors, Personal Tutors, Individual Tutors, One-to-one Tutors, 1-to-1 Tutors, Group Tutors, Small Group Tutors, Private Teachers, Personal Teachers, Individual Teachers, One-to-one Teachers, 1-to-1 Teachers, Group Teachers, Small Group Teachers, Private Tuition Teachers, Personal Tuition Teachers, Individual Tuition Teachers, One-to-one Tuition Teachers, 1-to-1 Tuition Teachers, Group Lessons Tuition Teachers, Small Group Freelance Tuition Teachers = Pengajar Di Rumah, Pengajar Swasta, Pengajar Peribadi, Pengajar Persendirian, Pengajar Perseorangan, Guru Di Rumah, Guru Swasta, Guru Peribadi, Guru Persendirian, Guru Perseorangan, Cikgu Di Rumah, Cikgu Swasta, Cikgu Peribadi, Cikgu Persendirian, Cikgu Perseorangan | University Putra Malaysia (UPM) = Universiti Putra Malaysia | University Science Malaysia (USM) = Universiti Sains Malaysia | University Utara Malaysia (UUM) = Universiti Utara Malaysia | University Technology Malaysia (UTM) = Universiti Teknologi Malaysia | University Kebangsaan Malaysia (UKM)= Universiti Kebangsaan Malaysia | University Malaysia Sabah (Unimas) = Universiti Malaysia Sabah | Open University Malaysia (OUM) = Universiti Terbuka Malaysia | International Islamic University Malaysia (IIUM) = Universiti Islam Antarabangsa Malaysia | University Malaysia (UM) = Universiti Malaya | University Technology Mara (UITM) = Universiti Teknologi Mara (UITM) | Educational University Sultan Idris = Universiti Pendidikan Sultan Idris | Tuition Centres, Tutorial Centers, Tutorial Centres, Tuition Classes, Tutorial Classes, Tutoring Classes = Pusat Tuisyen, Pusat Bimbingan, Pusat Tutorial, Kelas Tuisyen | Home Tuition Jobs, Private Tuition Jobs, Home Tutoring Jobs, Private Tutoring Jobs, Home Tuition Assignments, Private Tuition Assignments, Home Tutoring Assignments, Private Tutoring Assignments, Private Tuition Vacancies, Home Tutoring Vacancies, Private Tutoring Vacancies = Jawatan Kosong 2006 2005 Tuisyen, Pekerjaan Tuisyen, Kerja Tuisyen Tugasan Tuisyen | Home Tutees, Home tuition students; Pupils receiving home tuition from home tutors = Pelajar Tuisyen, Murid untuk Tuisyen, Penuntut Tuisyen | Tuition Teacher Vacancy = Jawatan Kosong untuk Guru Tuisyen | BM = Bahasa Melayu (BM) |, English = Bahasa Inggeris (BI) | Mathematics (Maths) = Matematik | Science = Sains | Chinese = Bahasa Cina | Additional Mathematics (Add Maths) = Matematik Tamabahan | Physics = Fizik | Chemistry = Kimia | Biology = Biologi | Accounts = Prinsip Akaun | Economics = Ekonomi Asas | Commerce = Perdagangan | Geography = Geografi | History = Sejarah | KH = Kemahiran Hidup | PA = Pengajian AM | Basic IT = Asas Penggunaan Komputer | Website Design = Mencipta Laman Website | Subjects = Subjek, Matapelajaran, mata pelajaran | Home Tuition Agency, Agencies, Agent, Agents = TuitionStudio,Tuition Studio, Tuition Plaza, TuitionPlaza, TuitionPlaza.com, TuitionHamster, Tuition Hamster, TuitionStreet, Tuition Street, Tuitionet | Examination = Keputusan Peperiksaan | online = melayari laman web | hire online tutor teacher = guru cikgu tuisyen online | Ministry of Education = Kementerian Pelajaran Malaysia , Kementerian Pendidikan Malaysia| Distance Learning College = Kolej Pemebelajaran Jarak Jauh | Child, Children = Kanak-kanak | Exam Result = Keputusan Peperiksaan | International School Malaysia = Sekolah Antarabangsa Malaysia | Mandarin Language = Bahasa Mandarin | E-learning, online tutoring = pembelajaran jarak jauh | morale = Pendidikan Moral | Geography = Geografi | History = Sejarah || International = Antarabangsa | Predicted Question = Soalan Ramalan | Private School = Sri Kdu, Sri Cahaya, Sri Aman, Sri KL, Sri Cempaka, Sri Bestari, Sri Damansara, Sri Inai | International School = ELC International School, Garden International School, Mon't Kiara International School | Primary School = Sekolah Rendah | Secondary School = Sekolah Menengah | Primary = Standard 1,2,3,4,5,6 | Secondary (Remove Class, Form 1, Form 2, Form 3, Form 4, Form 5, Form 6 ) = Sekolah Menengah (Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6) | Educational Portal = Portal Pendidikan Utusan Malaysia | Tuition Jobs = Pekerjaan Tuisyen | Agency = Agensi | Job Opportunity = Peluang Pekerjaan | UPSR = Ujian Penilaian Sekolah Rendah | PMR = Penilaian Menengah Rendah | SPM = Sijil Pelajaran Malaysia | STPM = Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia | | Malaysia Utusan Newspaper = Utusan Malaysia Surat Khabar Akhbar| Malaysia Berita Harian = Berita Harian Malaysia Surat Khabar | Pulau Pinang = Penang | Johore = Johor | Kasturi Tution Centre = Pusat Tuisyen Kasturi | The Sun Newspaper = Suratkhabar The Sun | Private College = Kolej Swasta Inti, Taylor, Stamford, Metropolitan | | Job Vacancy = Kerja Kosong | Job Vacancy, Opportunity = Peluang Pekerjaan | SPM Tutorial = Tutorial SPM | Bahasa Melayu = Malay Language | Music = Muzik | Boarding School = Sekolah Berasrama Penuh | Technic School = Sekolah Menengah Teknik | Malaysia = Penduduk/ Rakyat Malaysia | Spotted Question = Soalan Bocor | Short Note = Nota Ringkas | | Intelek Job Agency = Agensi Pekerjaan Intelek | Exam Lembagaa Malaysia = Lembaga Peperiksaan Malaysia | PTK Sample Bank Question = Contoh Nota Bank Soalan PTK, Contoh Nota Peperiksaan Bank PTK | Technical School Registration Form = Borang Permohonan Sekolah Teknik | Bestari Smart School = Sekolah Bestari | School Holiday = Cuti/ Cuti-cuti Sekolah | Education Department Malaysia = Jabatab Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Malaysia | Mental Arithmetic Centre = Pusat Mental Arithmetic | Pre-school, Preschool = Pra-Sekolah, Prasekolah | Job Vacancy 2006 = Jawatan Kosong 2006 | Teacher Educational Department (BPG) =Penempatan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) | Jobstreet Malaysia Job Agency Website = Laman Web Agensi Pekerjaan Jobstreet di Malaysia
Dan Dia-lah Yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masingnya beredar di dalam garis edarnya. (QS Al-Anbiya: 33)
Setiap planet berputar mengeliling matahari mengikut landasan masing-masing. Hal ini didapati sedia dimaklumkan di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun lampau.
Dia Pergi Untuk Menunggu Kita Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Kita semua tahu, perpisahan itu sungguh memeritkan kerana kita tidak tahu apa yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu kita semua tahu kenapa kita dianjurkan berdoa supaya mereka yang telah pergi sentiasa pergi dalam keredhaan-Nya
Adakah dia benar-benar pergi atau dia menunggu kita?
Adakah kita di sini sunyi atau dia di sana lebih sunyi?
Kita di sini melihat matahari pagi di sana cahaya sudah tidak ada lagi gelap gelitanya seperti sebuah perigi dalam, teramat dalam
Adakah dalam kegelapan itu, dia bersama-sama mereka yang amalnya diterima?
Adakah dalam kegelapan itu, dia bersama-sama mereka yang bakal menghuni neraka?
Bimbang kita kepada Jahannam impian kita terlontar di Jannah tempat dia pergi dan tidak berpatah lagi tempat dia pergi dan menunggu kita
di sini
NOTA AMIENE REV: Saya cuba menulis entri ini supaya membentuk sebatang batu nisan. Saya tidak pasti percubaan ini berjaya atau pun tidak. Paparan tulisan bagi setiap pelayar internet pasti berbeza. Internet Explorer, Mozilla Firefox, Apple Safari, Google Chrome, Opera dan lain-lain, setiap satunya mempunyai ketetapan paparan yang berbeza-beza.
Beberapa Kaedah Berkesan Mengurangkan Stress - Siri 1
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Stres atau tekanan perasaan adalah sesuatu yang tidak disenangi dan boleh menjejaskan daya tumpuan kita terhadap aktiviti kehidupan seharian yang perlu kita tempuhi. Di sini terdapat beberapa panduan berkaitan dengan cara-cara untuk mengurangkan stres. Semoga entri ini akan dapat memberi manfaat kepada para pengunjung laman web ini.
Petua Selepas Bangun Pagi Elakkan tidur pada waktu pagi. Tidur pada waktu pagi boleh mendatangkan tekanan perasaan. Sekiranya jam loceng anda berbunyi, pastikan anda tidak mematikan jam loceng tersebut semata-mata untuk menyambung tidur. Ini kerana usaha anda untuk tidur kembali selepas terjaga pada waktu pagi boleh menyebabkan tenaga anda semakin berkurangan akibat tekanan.
Udara segar pada waktu pagi seharusnya dimanfaatkan untuk menyegarkan kembali nafas dan minda anda. Tarik nafas sedalam-dalamnya untuk menghirup udara segar pada waktu pagi. Lakukan senaman ringkas dan mulakan aktiviti pagi anda dengan penuh rasa ceria dan fikiran yang positif.
Kurangkan Kafein Hindari Stres Sebarang jenis makanan atau minuman yang mengandungi kafein seharusnya dielakkan daripada tersenarai dalam menu sarapan pagi. Sekiranya perlu, ambil makanan atau minuman berkafein dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Pengambilan kafein yang terlalu banyak pada waktu pagi akan melambatkan kelancaran pemikiran anda, dan ini boleh menjejaskan daya tumpuan anda. Akibatnya, anda akan mengalami stres. Anda disarankan memakan epal pada waktu pagi untuk melancarkan lagi daya pemikiran anda.
Sarapan Pagi Baik Untuk Pengamal Diet Badan dan otak anda memerlukan zat dan garam mineral yang secukupnya untuk memulakan pagi anda dengan sempurna. Oleh itu pastikan anda bersarapan pagi sebelum melakukan kerja-kerja rutin anda. Sekiranya waktu tidak mengizinkan anda untuk menyediakan sarapan pagi, maka makanlah makanan yang boleh dibawa bersama ke tempat kerja seperti snek lobak atau apa-apa makanan yang berkhasiat dan ringkas.
Makan pada waktu pagi juga dikatakan berkesan untuk pengamal diet. Jangan terkejut sekiranya anda dapati, orang yang tidak meninggalkan sarapan pagi akan memiliki berat badan yang lebih unggul berbanding orang yang selalu meninggalkan sarapan pagi. Berat badan yang ideal pasti akan memberikan satu perasaan positif terhadap diri anda dan secara tidak langsung boleh mengurangkan stres.
Kurangkan Stres Dengan Aktiviti Senaman Senaman bukan sahaja bagus untuk memperbaiki stamina dan kelenturan anggota badan, malah boleh juga membantu menguatkan mental dan menghindari stres. Semasa anda bersenam, endorfin akan dibebaskan untuk meningkatkan tenaga anda. Ini akan menyebabkan anda berasa lebih selesa dan bersemangat.
Stres atau tekanan mental selalunya akan menyebabkan badan anda rasa lemah dan kurang bersemangat, maka senaman adalah salah satu cara untuk menyihatkan kembali fizikal dan mental anda.
Kemaskan Rumah dan Hiaskan Bilik Sekiranya kita berasa stres, mengemas rumah atau bilik sewa yang menjadi tempat tinggal kita boleh memberikan perubahan kepada jiwa kita. Bilik yang ceria, kemas dan cerah akan dapat menimbulkan suasana yang damai.
Anda tidak perlu memberi barang-barang perhiasan yang mahal-mahal, cukuplah sekadar mempamerkan apa-apa objek yang dapat memberikan rasa diri anda dihargai. Contohnya barang-barang hadiah pemberian kawan, piala-piala, sijil, gambar foto bersama orang tersayang dan aliran udara yang baik.
Bilik yang pengap, panas dan lembab akan mendatangkan rasa resah kepada diri anda, maka pastikan anda mempunyai cara untuk mengatasi masalah ini.
Banyakkan Berinteraksi dan Berhubung Dengan Masyarakat Hidup bersendirian akan menyebabkan anda rasa kesunyian. Warga tua yang tinggal berseorangan di rumah selalunya memelihara kucing atau anjing sebagai teman setia mereka. Orang muda juga tidak dapat lari daripada kesunyian. Apabila anda tidak ada teman untuk bercakap, maka carilah teman yang boleh memberi teladan kepada anda. Libatkan diri dalam aktiviti sosial dan pastikan anda sentiasa bertegur sapa dengan rakan-rakan di tempat kerja, jiran-jiran di sebelah rumah atau sesiapa sahaja yang anda selalu temui dalam kehidupan seharian anda.
Pernahkah anda berjalan dengan arah yang bertentangan dengan seseorang tanpa menegurnya? Pernahkan anda pergi ke kedai runcit, mencari barang keperluan, meletakkannya di atas kaunter dan kemudian membayar tanpa bertegur sapa atau bertanya khabar kepada penjaga kedai? Cuba ubah rutin tersebut. Agama kita, Islam menggalakkan kita mengucapkan salam kepada sesiapa yang kita temui, ini adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan sesama manusia, selain membantu untuk menghilangkan stres.
Apabila kita merasai diri kita wujud dan diterima oleh masyarakat sekitar, kita akan berasa gembira dan ini akan dapat membantu mengurangkan tekanan perasaan atau stres yang sedang kita hadapai pada satu-satu masa.
Sumber: http://dukeamienerev.blogspot.com
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai stres, tekanan perasaan, tekanan jiwa atau tekanan mental, anda juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan menerusi entri-entri yang dicadangkan di sini. Selain itu anda juga boleh menggunakan enjin carian Google yang terdapat di dalam blog ini. Pastikan anda menandakan bulatan pilihan dukeamienerev.blogspot.com yang terdapat di bawah kotak carian Google tersebut sebelum memulakan carian.
Maksud Sesuatu Perkataan Itu Boleh Difahami Selagi Susunan Huruf Awal dan TerakhirBagi Ejaan Asalnya Dikekalkan
I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh,and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!
PROJEK SYAWAL 2008: Projek Baitul Kasih Geng sukarelawan Projek Syawal meneruskan lagi perjuangan amal kebajikan mereka. Kali ini, mereka mengunjungi sebuah rumah kebajikan yang memuatkan 32 orang kanak-kanak istimewa/yatim dan ibu tunggal.
Projek Syawal ini telah dijalankan sejak tahun 2006 oleh sekumpulan blogger warga tempatan yang dikenali sebagai Charity Squad. Sila kunjungi laman web mereka untuk maklumat lanjut.
PERHATIAN:BERITA MENYEDIHKAN! Susulan daripada komentar seseorang yang hanya mahu dikenali sebagai Hati-hati, saya telah mengunjungi blog Tipah Vogue (daripada Squad Charity) untuk melihat perkembangan Projek Baitul Kasih. Hasilnya kami menemui beberapa entri seperti berikut yang disusun mengikut kronologi:
Tidak sampai satu hari entri ini tersiar di blog dukeamienerev.blogspot.com, pihak TV3 didapati telah membuat liputan berkaitan dengan kes yang menyedihkan ini. Berita berkatitan boleh diikuti selepas habis berita budak Luar Biasa dan iklan PIDM:
Klik di sini untuk skrin lebih besar: KLIK DI SINI
Bagi sesiapa yang mengikuti kisah ini, Projek Baitul Kasih nampaknya masih diteruskan kerana yang bersalah itu cuma individu tertentu, dan bukan anak-anak yatim dan anak-anak istimewa yang berada di rumah amal tersebut.
Kita berharap, agar individu terbabit diberikan hidayah, dibukakan hatinya agar kembali kepada kebenaran. Semoga dia akan berusaha untuk menebus kesilapannya terhadap anak-anak yatim dan insan istimewa. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.
Kita juga berharap, Adik Fatimah yang cacat penglihatannya agar mendapat tempat yang lebih sesuai dan lebih baik agar dapat mengecapi masa depan yang lebih baik.
Entri ini akan dikemaskinikan lagi sekiranya terdapat berita-berita terbaru daripada pihak Projek Syawal.
Marah mempunyai perkaitan rapat dengan stres atau tekanan perasaan. Kemarahan juga boleh mencetuskan kelakuan agresif. Ini akan mendorong manusia untuk bertindak ganas, terjebak ke kancah pergaduhan, peperangan, penganiayaan, penindasan dan pembunuhan.
Gambar Hiasan: Kemarahan Mencetuskan Pergaduhan
Ketika seseorang itu sedang marah, jantungnya akan berdegup dengan lebih cepat dan turun naik nafasnya semakin pantas. Hal ini meningkatkan metabolisma badan, menjadikan kekuatan manusia meningkat untuk seketika. Suara akan menjadi lebih kuat, mata terjegil dan wajah bertukar menjadi merah padam Manusia ini terdapat dua jenis. Pertama, jahil, iaitu manusia yang tidak tahu atau tidak sedar bahawa dia telah menyebabkan seseorang itu berasa marah. Kedua, syaitan, iaitu manusia yang tujuannya menyebabkan orang lain berasa marah. Kategori pertama itu boleh ditegur. Kategori kedua itu, agak pelik sedikit kerana sememangnya sifat syaitan, mahu melihat manusia tidak berada di dalam keadaan bahagia.
Sekiranya seseorang itu membuatkan anda berasa marah, maka hendaklah dia ditegur terlebih dahulu. Perundingan dan perbincangan boleh dibuat pada peringkat awal. Perbincangan hendaklah fokus kepada punca kemarahan. Apakah yang membuatkan seseorang itu berasa marah terhadap seseorang yang lahir?
Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).
Ada pun punca kemarahan yang sukar diubati adalah kemarahan yang dicetuskan oleh perasaan dengki. Dalam kes ini, seseorang manusia berasa marah kepada seseorang kerana diasak perasaan hasad dengki. Hasad dengki ini adalah salah satu sifat syaitan.
Dalam kes ini, sekiranya ada sesiapa yang berasa marah kerana hasad dengki, maka hendaklah kembali ke jalan yang benar. Sesungguhnya hasad dengki itu lahir kerana lemahnya hati melawan hasutan syaitan. Hati yang lemah boleh dikuatkan dengan zikir dan istighfar. Apabila kita beristighfar, maka kita memohon ampun kepada Allah. Semoga terlindung daripada hasutan dan perangkap syaitan.
Kemarahan juga boleh dipadamkan dengan wuduk atau air sembahyang. Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).
Bagi kes berasa marah kerana perbuatan seseorang yang jahil, kemaafan adalah jalan yang terbaik. Ini kerana pesalah melakukan kesalahan tersebut secara tidak sengaja. Dengan memaafkan seseorang, tekanan perasaan atau stres akan beransur-ansur hilang.
Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari)
"Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)." - Jaafar bin Muhammad.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai stres, tekanan perasaan, tekanan jiwa atau tekanan mental, anda juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan menerusi entri-entri yang dicadangkan di sini. Selain itu anda juga boleh menggunakan enjin carian Google yang terdapat di dalam blog ini. Pastikan anda menandakan bulatan pilihan dukeamienerev.blogspot.com yang terdapat di bawah kotak carian Google tersebut sebelum memulakan carian.
Buat beberapa hari ini saya sempat membaca novel Hijab Sang Pencinta, yang saya beli beberapa minggu lepas. Buat pertama kalinya dalam sejarah, saya gagal menghabiskan bacaan novel dalam masa terdekat. Jadual saya semakin padat dengan kerja-kerja penulisan dan kajian-kajian dalam beberapa bidang lain yang dijalankan secara bersendirian. Cuaca di Malaysia pula panas dan lembab. Saya kurang berminat untuk membaca sesuatu dalam keadaan yang panas dan lembab sebegini.
Sekadar Hiasan: Gambar Tembok Besar China
Saya seorang saintis. Saya juga seorang penulis. Saya juga seorang blogger. Saya juga seorang manusia. Apakan daya, manusia cuma memiliki masa yang terhad. Novel Hijab Sang Pencipta karya Ramlee Awang Murshid ini mengisahkan asal-usul sebuah tempat yang menjadi sarang manusia serigala. Nama tempat ini, Manggala yang diambil bersempena dengan nama seorang khunsa dari Banjaran Tibet, yang juga merupakan seorang Yu-Nak, yang mengkhianati Maharaja China, dan kemudian disesatkan oleh Taghut, sehingga menjadi manusia serigala atau Manggala (gabungan perkataan manusia dan serigala).
Demi mengekalkan keseronokan pembeli dan pembaca novel ini pada kemudian hari, tidak perlulah rasanya saya bercerita penuh, mengenai sinopsis novel Hijab Sang Pencipta ini. Saya berpendapat, judul novel ini pasti akan dapat memberikan bayangan jawapan kepada para peminat dan pengikut novel Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu, mengenai kesudahan cerita ini.
Kekuatan novel-novel Ramlee Awang Murshid terletak pada penciptaan watak-watak utamanya yang menyeru manusia ke arah kebaikan. Novel-novel seperti ini adalah novel-novel kegemaran saya. Apa lagi bahasa perkataan yang digunakan oleh Laksamana Sunan atau Saifuddin itu sendiri, sungguh indah, biarpun ringkas dan mudah difahami.
Sudah bertahun-tahun saya menghindari pembacaan karya-karya yang tidak menggunakan bahasa dengan ejaan yang betul. Malah, melihatkan dialognya sahaja, saya akan cepat-cepat meletakkan kembali buku-buku tersebut di atas rak buku. Tidak jadi membelinya.
Bagi saya, membeli buku-buku yang menggunakan ejaan-ejaan perkataan yang telah rosak, seperti menyokong atau bersubahat dalam usaha merosakkan bahasa, tidak kira bahasa bangsa apa pun. Saya tidak berasa seronok membaca karya-karya yang telah merosakkan bahasa seperti itu, lalu apa gunanya saya beli buku-buku seperti itu?
Novel Hijab Sang Pencipta turut memuatkan bahasa-bahasa daripada negara jiran, secara terhormat. Saya tidak kisah bahasa apa pun yang hendak dimasukkan ke dalam sesebuah novel itu, tetapi jangan sekali-kali merosakkan ejaannya.
Saya jangka akan menghabiskan bacaan novel Hijab Sang Pencinta ini dalam masa terdekat. Cuaca yang panas pada siang hari kadangkala membantutkan niat untuk menyempurnakan pembacaan. Udara Malaysia yang panas dan lembab mungkinkah menjadi faktor rakyat di negara ini kurang suka membaca?
Sekiranya anda terganggu dengan lagu lain di blog ini, sila klik TAJUK ENTRI DI ATAS untuk pergi ke entri tunggal. Di dalam entri tunggal itu cuma ada entri ini sahaja. Selamat Hari Raya.
This country of yours is your motherland And is calling out to you This is a bond which can never break
How can you forget the scent of your earth You can go anywhere but you'll always come back In new paths, in every sigh To your lost heart Someone will say This land of yours is your motherland
Life is telling you You have achieved everything now what's left Looks like happiness has been showered on you But you're far from your home Now come back oh crazy one Where at least someone will call you their own And will call out to you That very same country This land that is yours
This moment has hidden in it A whole century of life Don't ask why, in the road Has come a fork with two ways You are the one who should choose the path You should choose which direction to take This very country
Bulan puasa berlalu, dengan pantas. Hari, semakin uzur. Batuk. Batuk. Cuaca, tidak selalunya panas. Kadangkala, hujan pada malam hari, pada petang hari.
Aku tinggal di sebuah tanah sawah. Suatu ketika, tanah ini penuh dengan tumbuh-tumbuhan liar, dan pokok-pokok yang tebal. Belukar. Kemudian tanah ini dilapangkan; pokok-pokok ditebang, tanah-tanih diratakan, lalu kemudiannya tersergam sebuah rumah seakan-akan rumah banglo. Arkiteknya ialah ayah aku sendiri. Tukang rumahnya ialah ayah aku sendiri.
Di belakang rumah itu dibangunkan sebuah reban ayam dan unggas-unggas. Besarnya seperti sebuah rumah juga. Di dalam reban yang besar itu terdapat sekawan burung merpati, ayam api, ayam belanda, angsa, serati, iti nila, ayam kampung dan bermacam-macam lagi.
Berdekatan dengan reban ayam itu terdapat pohon-pohon jambu. Jambu batu. Jambu air. Terdapat juga sepohon pokok buah katak puru, pokok limau nipis, lengkuas, halia, kunyit, serai, nenas, ubi kayu, nangka dan lain-lain.
Setiap petang, kami akan mengisi air ke dalam bekas makanan ayam dan itik. Maka berpusu-pusulah haiwan-haiwan berkaki dua itu mendapatkan makanan. Ada yang menyudu, ada yang mematuk mengikut tabiat semulajadi masing-masing. Kadangkala berlaku perebutan sumber kuasa. Mereka mahukan lebih karbohidrat daripada nasi-nasi lebihan malam tadi.
Kadangkala ternampak kelibat biawak hutan, yang bersaiz empat kaki. Ia memandang haiwan-haiwan ternakan kami dengan penuh berselera. Pernah satu ketika, kami berjaya mengepung seekor biawak besar yang ganas. Biawak ini garang dan berani melawan. Ia gagal melepaskan diri daripada jaring-jaring pagar besi yang kukuh. Badannya tersepit. Kerana berdosanya biawak itu membaham ternakan-ternakan kami maka ia terpaksa dibunuh. Orang kata membunuh cicak itu boleh mendatangkan pahala, tetapi adakah biawak ini juga tergolong dalam kategori cicak yang dimaksudkan?
Sungguh kasihan melihat biawak besar itu menutup matanya, menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ayam-ayam dan itik-itik yang terselamat menjadi saksi, masing-masing menyumpah-nyumpah biawak tersebut yang telah membunuh kerabat mereka.
Sesekali datang pula musang pulut. Malah pernah juga terlihat kelibat ular yang panjangnya berbelas-belas kaki di belakang rumah. Ular sebesar lengan orang dewasa dengan belang merah, hitam dan kuning, bergerak perlahan-lahan seolah-olah tidak sedar dirinya menjadi perhatian ramai.
Arus kemodenan semakin melanda kawasan kediaman kami. Namun, di sebelah kanan rumah kami masih lagi terdapat hutan tebal. Pada waktu malam musang-musang pulut bergaduh di atas bumbung zink rumah kami, sebelum terjun ke rimbunan dedaun keladi yang sebesar meja bulat di gerai-gerai makan di tepi jalan.
Pernah juga aku mendengar bunyi seperti anak ayam atau anak burung berbunyi nyaring. Rupa-rupanya itu ialah bunyi ular menelan katak. Boleh dikatakan hal ular menelan katak ini perkara biasa yang kami selalu lihat di sekitar rumah kami. Malah pernah juga dahulu aku mengusik seekor ular yang cuba memanjat dari pagar rumah kami ke dahan pokok manggis yang terjulur ke kawasan halaman rumah kami. Ular itu jatuh dan kemudian cuba memanjat lagi. Aku mengusiknya lagi, dan ular itu terjatuh lagi. Ular itu hilang sabar lalu mengejar aku. Maka aku pun lari sambil ketawa berdekah-dekah.
Ular itu kemudiannya berkata di dalam hati, "Tidak ada gunanya aku, seekor ular yang telah dewasa bergaduh dengan seorang budak. Lebih baik aku balik."
Lalu ular itu pun berlalu ke dalam hutan. Hajatnya untuk bertemu tetangganya yang berada di atas pokok manggis itu tidak kesampaian.
Begitulah kehidupan aku, di sebuah rumah yang dipanggil orang, istana di rimba. Sebuah rumah di kelilingi hutan dan belukar dan terdapat pelbagai spesies haiwan liar, dan tumbuh-tumbuhan liar.
Jalur Gemilang dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah yang ketika itu berusia 29 tahun dan merupakan seorang arkitek di JKR (Jabatan Kerja Raya) di Johor Bahru, Johor.
Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.
Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.
Tokoh: Hassan Al Banna
Pada 12 Februari 1949, Hassan Al Banna telah meninggal dunia, iaitu dua hari sebelum Hari Memperingati Valentinus.
Maka, adalah wajar jika kita memperingati pemergian tokoh terbilang Islam ini, pada setiap 12 Februari, bagi setiap tahun.
APA PADA NAMA
-
1. Sejarah Malaysia dikait rapat dengan UMNO, Parti Kebangsaan Melayu
Bersatu. Parti UMNO pula dikenali dengan pemimpinnya. 2. Demikian di
peringkat permul...
Hello Blog. Babai Facebook!
-
Assalammualaikum,
This blog is coming back to life soon. Aku dah bosan dengan facebook! lepas
ni aku layan perasaan dgn blog aku pulak. Tahniah bro Nazali ...
30 ditahan bogel, puja syaitan di Arab Saudi
-
Riyadh: Polis agama Arab Saudi, menahan 30 orang termasuk warga asing dan
tempatan selepas mereka ditangkap kerana mengadakan satu majlis
bersuka-ria, ber...
Pencen swasta boleh keluar usia 55 tahun
-
*Pencen swasta boleh keluar usia 55 tahunDisediakan oleh Berita Harian*
Kuala Lumpur: Pencarum Skim Persaraan Swasta (PRS) masih boleh mengeluarkan
simpan...
DBP diminta pantau penggunaan bahasa ringkas
-
*DBP diminta pantau penggunaan bahasa ringkasDisediakan oleh Berita Harian*
Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) ...
Telah berpindah!
-
Kami telah berpindah ke HTTP://KARYAWANLUARNEGARA.COM HTTP://KARYAWANLUARNEGARA.COM
HTTP://KARYAWANLUARNEGARA.COM HTTP://KARYAWANLUARNEGARA.COM HTTP://KARYA...
Blogger DUKE AMIENE REV telah menulis beberapa buah buku yang diterbitkan oleh K-Publishing (anak syarikat Cerdik Publication), Buku Prima (Karangkraf) dan Pekan Ilmu. Jenis buku yang dihasilkan termasuklah novel remaja fiksyen sains / fantasi, dan buku cerita kanak-kanak.