BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Ogos 30, 2008

6 Panduan Harus Diikuti Berkenaan Cari Kawan Di Internet, Chatroom dan Laman Web Sosial


Tips Hubungan Sosial Di Internet
Panduan Menghindari Mangsa Jenayah Internet
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Sumber: http://dukeamienerev.blogspot.com

Internet seperti laman web sosial dan bilik sembang atau chatroom adalah sebuah tempat yang terbaik untuk bertukar-tukar pandangan, mencari pengetahuan dan berita terbaru, tetapi pada masa yang sama boleh mendatangkan keburukan sekiranya pengguna tidak berhati-hati dalam mencari kawan. Berikut adalah sedikit petua untuk para pengguna internet mengenai cara-cara mencari kawan di internet.


1. Jangan memberikan nama penuh, fakta peribadi atau identiti asli.

Memberikan informasi berkaitan maklumat peribadi kepada orang yang belum anda kenal di internet sebenarnya cukup bahaya. Sekiranya anda fikir dengan mengucapkan salam perkenalan itu membawa maksud anda boleh mendedahkan segala-galanya tentang diri anda terhadap seorang kenalan di internet, anda tersilap langkah dan kemungkinan berisiko untuk menjadi mangsa untuk dianiayai.

Dalam dunia internet terdapat ramai pemangsa atau pemburu orang-orang dengan ciri-ciri tertentu, dan lebih teruk mereka memiliki komuniti atau kumpulan sendiri di alam siber untuk memudahkan mereka mencari mangsa. Mereka ini mungkin terdiri daripada penagih seks, pengamal ajaran sesat, scammer, pengugut atau peminat fanatik yang akan cuba sedaya upaya untuk mengenali dan mendekati anda, sebelum melunaskan niat jahat mereka. Berhati-hatilah.


2. Sekiranya perlu berurusan, maka adakan pertemuan di tempat ramai orang.

Mungkin ada di kalangan anda yang merupakan seorang peniaga atau ahli perniagaan yang memerlukan anda bertemu dengan pelanggan atau prospek anda. Dalam kes ini anda perlu berhati-hati supaya tidak mengadakan pertemuan di tempat-tempat yang sunyi. Sekiranya prospek atau orang yang akan anda temui itu menukar tempat pertemuannya ke tempat yang sunyi, maka awas, kerana anda mungkin sedang masuk ke dalam perangkapnya.

Tidak semua orang yang kelihatan baik dan boleh dipercayai di internet benar-benar baik di dunia nyata. Seelok-eloknya elakkan pertemuan tanpa sebab atau pertemuan kerana mahu menjalinkan hubungan semata-mata kerana ini adalah salah laku yang boleh membawa anda ke kancah kegelapan.

Jangan mudah terpedaya dengan hubungan internet sehingga merancang pertemuan di dunia nyata kerana nafsu atau cinta internet, kerana kelak anda mungkin menyesal apabila mendapati orang yang anda bayang-bayangkan selama ini tidak menepati ciri-ciri yang anda kehendaki. Lebih teruk, anda bukan sahaja melukakan hati orang-orang tertentu, bahkan melukakan hati anda sendiri kerana tindakan yang tidak kukuh yang telah anda ambil.


3. Berhati-hati dengan profil yang memaparkan personaliti atau ciri fizikal yang terlalu sempurna.

Ramai pengguna internet yang menggunakan laman web sosial seperti Friendster, MySpace dan sebagainya bertujuan untuk mencari teman baru atau pasangan hidup. Mungkin ada antara anda yang menemui profil personaliti yang sangat menarik. Bentuk fizikal yang amat menarik dan sikap yang sangat romantis atau menarik hati.

Dalam dunia sekarang, bukan sahaja terdapat orang yang pandai memujuk rayu, malah mengumpan dengan fakta-fakta peribadi dan fizikal yang sempurna sebagai promosi mudah untuk memerangkap mangsanya.


4. Sekiranya anda sudah berkahwin, elakkan menjalin sebarang hubungan rapat; mesra, teman bergurau atau intim di internet.

Sekiranya anda sudah berkahwin, elakkan diri anda daripada mencari teman untuk bermesra di internet. Luangkan masa bersama teman hidup anda. Walau pun anda bertegas, "hanya kawan" tetapi tindakan anda itu akan mengundang rasa cemburu apabila ada masa yang sepatutnya anda luangkan untuk teman hidup anda tetapi dihabiskan dengan bersenda gurau atau berbual perkara-perkara yang tidak menjamin masa depan atau ekonomi keluarga atau bidang pekerjaan anda.


5. Gunakan bahasa diri seperti seorang yang sudah berkahwin atau membahasakan diri seseorang itu agar dia sentiasa sedar bahawa dia sudah berkahwin.

Kadangkala ada antara kita atau kenalan kita di internet yang sudah berkahwin tetapi masih mahu menggunakan nama gelaran yang tertentu. Seelok-eloknya bagi yang sudah berkahwin terus membahasakan diri atau menggalakkan kenalannya menggunakan nama panggilan terhormat, Tuan atau Puan.

Dan sekiranya anda tahu bahawa kenalan anda itu sudah berkahwin, maka bahasakan dirinya sebagai Puan atau Tuan supaya dia sedar bahawa dia sudah berkahwin. Namun sebaik-baiknya, elakkan diri daripada berbincang perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.


6. Jika anda sudah bertunang, berkahwin atau sudah memiliki pasangan, elakkan daripada mendaftar di mana-mana laman web sosial tanpa sebarang sebab yang khusus.

Sekiranya anda bukan bermatlamatkan perniagaan, promosi atau apa-apa pekerjaan yang melibatkan internet, maka elakkan diri daripada mendaftar di mana-mana laman web sosial dan sebagainya.

Begitu mudah internet boleh mendatangkan fitnah. Contohnya apabila seseorang mengirimkan kata-kata cinta yang mungkin bermaksud gurauan kepada anda, dan kemudian dibaca oleh orang lain, maka fitnah boleh berlaku.

Jika anda sudah memiliki teman hidup di dunia nyata, kenapa harus mencari-cari teman yang lain lagi. Untuk tujuan ALUMNI atau sebagainya mungkin boleh tetapi biarlah secara terhormat, iaitu perbincangan mesti merujuk kepada perkara-perkara reunion atau urusan pekerjaan atau perniagaan sahaja.

Sumber: http://dukeamienerev.blogspot.com

Jumaat, Ogos 29, 2008

PCS 011 - Hotel Berhantu Hujan Malam

PCS 011: Parodi Cerita Seram - Siri 11
Sebuah Hotel Dihuni Hantu
Penulis: Amiene Rev (C) 2008
Sumber: http://dukeamienerev.blogspot.com

Hayakallah dan salam sejahtera. Saya memaklumkan kepada para pembaca setia semua, bahawa siri Parodi Cerita Seram ini akan dihentikan sempena bulan Ramadhan. Maka ini adalah siri terakhir yang akan dapat anda saksikan untuk hari ini. Siri kali ini adalah kesinambungan daripada siri sebelumnya yang boleh anda baca di sini: Hotel Hantu Hantu Hantu

dan sambungannya pun bermula...

Di sebuah kawasan hutan yang terpencil, terdapat sebuah hotel mewah bak istana raja, yang hanya akan muncul setiap kali titisan hujan turun melebati bumi. Dan pada hari itu, tiga kumpulan manusia entah bernasib baik, entah tidak, kerana mereka berpeluang merasai pengalaman seram untuk tinggal di hotel berhantu itu.


Encik John, Puan Maya dan dua orang anaknya.

Keempat-empat ahli keluarga itu terus masuk ke dalam hotel yang serba seram itu. Hotel ini tidak ada sebarang debu, cukup klasik, dengan hiasan sepasang patung singa bersayap yang bertindak seolah-olah pengawal pintu.

Krekk.... "Selamat datang. Sila masuk," kedengaran satu suara menyapa, tetapi tidak ada sesiapa pun di dalam bangunan hotel itu.

"Masih dibuka untuk penginapan?" tanya Encik John, kepada siapa pun dia tidak pasti.

"Ya, sila datang ke kaunter." Tidak ada orang. Tidak kelihatan pun empunya suara. Namun kedengaran bunyi tapak kasut mengetuk lantai kayu di serata tempat di dalam bangunan itu.

Keempat-empat ahli keluarga itu berasa agak pelik. Seram. Misteri. Mistik.


Gloris Yam dan Chow Eng Kiat. Pasangan kekasih berdarah panas.

Gloris Yam leka di dalam bilik mandi. Seronok sungguh dapat merasai air pancuran panas ketika cuaca begitu sejuk di luar sana. Chow Eng Kiat mengetuk pintu bilik mandi, katanya:

"Gloris, gue mahu berjalan-jalan sebentar. Loe mandilah puas-puas. Gue mahu melihat-lihat.

Chow Eng Kiat terus membuka pintu bilik hotel, lalu berjalan menuruni tangga. Bangunan Hotel itu sungguh besar, seperti sebuah istana di Barat, bentuknya.

Hotel itu lengang tanpa orang, tetapi Chow Eng Kiat merasa sungguh aneh. Bagaikan terdapat orang lalu lalang, di segenap penjuru hotel itu.

"Apa khabar Encik Chow. Bergembiralah," tiba-tiba satu suara menyapa Chow Eng Kiat.

Chow Eng Kiat melihat ke sekeliling, tidak ada sesiapa pun. Dia cuma terasa seperti ada angin yang meniup di kiri, kanan, depan dan belakangnya. Dia tidak dapat melihat satu apa pun.

Sementara itu, satu makhluk kelihatan muncul di depan pintu bilik mandi. Gloris Yam terdengar suara orang memanggilnya.

"Chow?"

"Tidak, Puan. Saya cuma mahu menghantar beberapa kelengkapan, Puan."

Dan suara cuma tinggal suara. Tidak kelihatan satu jasad pun.


Vasantini. Pemberita Yang Baru Dipecat.

Vasantini tiba di hotel yang serba gelap itu. Dia melihat ada dua buah kereta diletakkan berhampiran hotel itu. Selepas meletakkan keretanya di tempat yang sesuai, Vasantini melangkah masuk ke dalam hotel.

Tang! Tang! Tang! Bunyi jam dinding cukup kuat.

"Merdeka! Merdeka! Merdeka!" Tiba-tiba bayang-bayang manusia semakin lama semakin jelas kelihatan. Kesemua mereka sedang melaungkan perkataan "Merdeka" sekuat-kuat hati.

Melihatkan keadaan yang aneh itu, Vasantini berasa sangat takut. Dia pun menjerit sekuat-kuat hatinya.

"Hantu! Hantu! Hantu! Hantu!"

Encik John, Puan Maya dan dua orang anaknya turut berasa terkejut melihat kehadiran orang ramai yang secara mengejut di hotel itu.

"Hotel apakah ini?" Jerit Encik John dengan pelat lidah Inggerisnya.

Malam itu, bunyi jeritan manusia diselang-seli dengan jeritan merdeka di rumah hantu itu. Apakah yang berlaku kepada mereka sekeluarga. Dan bagaimanakah pula nasib Chow Eng Kiat dan Gloris Yam?

Seorang lelaki berpakaian seperti detektif, dengan kot berjubah hitamnya, dan topi koboi lebar hitamnya, dan kaca matanya yang sekali-kali berkilauan disinari cahaya kilat, dengan wajah yang serius berdiri di tengah hujan, menghadap pintu besar hotel berhantu itu.

"Ianya berlaku, sekali lagi. Sudah sah, khabar angin mengenai tempat ini benar belaka," kata lelaki itu kepada dirinya sendiri. Rupa-rupanya dia mahu menyiasat kewujudan hotel misteri itu, yang hanya akan muncul, pada waktu malam hujan lebat.

NOTA: Cerita ini sedang diproses sebagai sebuah novel. Dua entri ini adalah ringkasan bab pertamanya. Nantikan kemunculannya! Terima kasih atas sokongan yang telah para pembaca berikan. Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-51 dan Salam Ramadhan.

Khamis, Ogos 28, 2008

MP3 Doa Berbuka Puasa - Audio

Ucapan Selamat Sempena Ramadhan Bulan Mulia

Petikan ucapan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna sempena kedatangan Ramadhan Al-Mu'azzhom

Kita panjatkan puji syukur ke hadrat Allah swt. Kita ucapkan selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad, juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya, serta siapa sahaja yang menyerukan dakwahnya hingga ke hari kiamat.

Wahai Ikhwan yang mulia. Saya sampaikan salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah yang diberkati dan baik:

Assalamua'laikum wa rahmatullah wa barakatuh...

Pada malam ini, yang merupakan akhir bulan Sya’ban, kita menutup siri kajian kita tentang Al-Qur’anul Karim, tentang kitab Allah swt. Insya Allah, pada sepuluh malam yang pertama bulan Syawal, kita kembali kepada tema tersebut. Setelah itu kita akan membuka siri baru dari ceramah-ceramah Ikhwan, yang temanya insya Allah: Kajian-Kajian tentang Sirah Nabi dan Tarikh Islam.

Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. Sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebagian Salafush Shalih mengucapkan selamat tinggal kepada sebagian lain sampai mereka berjumpa lagi dalam shalat ‘Id. Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan shiyam (puasa) dan qiyam (shalat malam) dan kami ingin menyendiri hanya dengan Tuhan kami.

Ikhwan sekalian, sebenarnya saya berupaya untuk mencari kesempatan untuk mengadakan kajian Selasa pada bulan Ramadhan, tetapi saya tidak mendapatkan waktu yang sesuai. Jika sebagian besar waktu selama setahun telah digunakan untuk mengadakan kajian-kajian tentang Al-Qur’an, maka saya ingin agar waktu yang ada di bulan Ramadhan ini kita gunakan untuk melaksanakan hasil dari kajian-kajian tersebut. Apalagi, banyak di antara ikhwan yang melaksanakan shalat tarawih dan memanjangkannya, sampai mengkhatamkan Al-Qur’an satu kali di bulan Ramadhan. Ini merupakan cara mengkhatamkan yang indah. Jibril biasa membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an dari Nabi saw. Sekali dalam setahun.

Nabi saw. mempunyai sifat dermawan, dan sifat dermawan beliau ini paling menonjol terlihat pada bulan Ramadhan ketika Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau. Beliau lebih dermawan dan pemurah dibandingkan dengan angin yang ditiupkan. Kebiasaan membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an ini terus berlangsung sampai pada tahun ketika Rasulullah saw. diberi pilihan untuk menghadap kepada Ar-afiq Al-A’la (Allah swt.), maka ketika itu Jibril membacakan dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an beliau dua kali. Ini merupakan isyarat bagi Nabi saw. bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir beliau hidup di dunia.

Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Rasulullah saw. pernah bersabda mengenainya ;
“Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanyamemberikan syafaat. ”
(HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)

Wahai Ikhwan, dalam diri saya terbetik satu pemikiran yang ingin saya bicarakan. Kerana kita berada di pintu masuk bulan Puasa, maka hendaklah pembicaraan dan renungan kita berkaitan dengan tema bulan Ramadhan.

Ikhwan sekalian, kita telah berbicara panjang lebar tentang sentuhan perasaan cinta dan persaudaraan yang dengannya Allah telah menyatukan hati kita, yang salah satu dampaknya yang paling terasa adalah terwujudnya pertemuan ini kerana Allah. Bila kita tidak akan berjumpa dalam masa empat pekan atau lebih, maka bukan berarti bara perasaan ini harus padam atau hilang. Kita tidak mesti melupakan prinsip-prinsip luhur tentang kemuliaan dan persaudaraan kerana Allah, yang telah dibangun oleh hati dan perasaan kita dalam majelis yang baik ini.

Sebaliknya, saya yakin bahawa ia akan tetap menyala dalam jiwa sampai kita biasa berjumpa kembali setelah masa percutian ini, insyaAllah. Jika ada salah seorang dari Anda melaksanakan shalat pada malam Rabu, maka saya berharap agar ia mendoakan kebaikan untuk ikhwannya. Jangan Anda lupakan ini! Kemudian saya ingin Anda selalu ingat bahawa jika hati kita merasa dahaga akan perjumpaan ini selama minggu-minggu tersebut, maka saya ingin Anda semua tahu bahawa dahaganya itu akan dipuaskan oleh mata air yang lebih utama, lebih lengkap, dan lebih tinggi, yaitu hubungan dengan Allah swt., yang merupakan cita-cita terbaik seorang mukmin bagi dirinya, di dunia maupun akhirat.

Kerana itu, Ikhwan sekalian, hendaklah Anda semua berusaha agar hati Anda menyatu dengan Allah swt. Pada malam-malam bulan mulia ini. Sesungguhnya puasa adalah ibadah yang dikhususkan oleh Allah swt. bagi diri-Nya sendiri.

“Semua amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa. la untuk-Ku dan Aku akan memberikan balasannya.”

Ini, wahai Akhi, mengisyaratkan bahawa setiap amal yang dilaksanakan oleh manusia mengandung manfaat lahiriah yang bisa dilihat, dan di dalamnya terkandung semacam bagian untuk diri kita. Kadang-kadang jiwa seseorang terbiasa dengan shalat, sehingga ia ingin melaksanakan banyak shalat sebagai bagian bagi dirinya. Kadang-kadang ia terbiasa dengan dzikir, sehingga ia ingin banyak berdzikir kepada Allah sebagai bagian bagi dirinya.

Kadang-kadang ia terbiasa dengan menangis kerana takut kepada Allah, maka ia ingin banyak rnenangis kerana Allah sebagai bagian bagi dirinya. Adapun puasa, wahai Akhi, di dalamnya tidak terkandung apa pun selain larangan. Ia harus melepaskan diri dari bermacam keinginan terhadap apa yang menjadi bagian dirinya. Bila kita terhalang untuk berjumpa satu sama lain, maka kita akan banyak berbahagia kerana bermunajat kepada Allah swt. Dan berdiri di hadapan-Nya, khusus-nya ketika melaksanakan shalat tarawih.

Ikhwan sekalian, hendaklah senantiasa ingat bahawa Anda semua berpuasa kerana melaksanakan perintah Allah swt. Maka berusahalah sungguh-sungguh untuk beserta dengan Tuhan Anda dengan hati Anda pada bulan mulia ini. Ikhwan sekalian, Ramadhan adalah bulan keutamaan. Ia mempunyai kedudukan yang agung di sisi Allah swt. Hal ini telah dinyatakan dalam kitab-Nya,

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang haq dan yang batil).”
(Al-Baqarah:185)

Wahai Akhi, pada akhir ayat ini Anda mendapati:

“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”
(Al-Baqarah: 185)

Puasa adalah kemanfaatan yang tidak mengandung bahaya. Dengan penyempurnaan puasa ini, Allah swt. akan memberikan hidayah kepada hamba-Nya. Jika Allah memberikan taufiq kepada Anda untuk menyempurnakan ibadah puasa ini dalam rangka menaati Allah, maka ia adalah hidayah dan hadiah yang patut disyukuri dan selayaknya Allah dimahabesarkan atas karunia hidayah tersebut.

“Dan hendaklah kalian mencukupkan bilangannya dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian, supaya kalian bersyukur.”
(Al-Baqarah: 185)

Kemudian, lihatlah wahai Akhi, kesan dari semua ini.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al-Baqarah; 186)

Wahai Akhi, di sini Anda melihat bahawa Allah Yang Maha Benar meletakkan ayat ini di tempat ini untuk menunjukkan bahawa Dia swt. paling dekat kepada hamba-Nya adalah pada bulan mulia ini. Allah swt. telah mengistimewakan bulan Ramadhan. Mengenai hal ini terdapat beberapa ayat dan hadits. Nabi saw. bersabda,

“Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, setan-setan dibelenggu, kemudian datang seorang penyeru dari sisi Allah Yang Mahabenar swt “Wahai pencari kejahatan, berhentilah! Dan wahai pencari kebaikan, kemarilah!"

Wahai Akhi, pintu-pintu syurga dibuka, kerana manusia berbondong-bondong melaksanakan ketaatan, ibadah, dan taubat, sehingga jumlah pelakunya banyak. Setan-setan dibelenggu, kerana manusia akan beralih kepada kebaikan, sehingga setan tidak mampu berbuat apa-apa. Hari-hari dan malam-malam Ramadhan, merupakan masa-masa kemuliaan yang diberikan oleh Al-Haq swt., agar orang-orang yang berbuat baik menambah kebaikannya dan orang-orang yang berbuat jahat mencari karunia Allah swt. sehingga Allah mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan kepada Allah.

Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah bahawa Allah swt. telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur’an. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh bulan Ramadhan. Kerana itu, Allah swt. mengistimewakan dengan menyebutkannya dalam kitab-Nya.

”(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an.”
(Al-Baqarah: 185)

Ada ikatan hakikat dan fisik antara turunnya Al-Qur’an dengan bulan Ramadhan. Ikatan ini adalah selain bahawa Allah telah menurunkan Al-Qur’an di bulan Ramadhan, maka di bulan ini pula Dia mewajibkan puasa. Kerana puasa artinya menahan diri dari hawa nafsu dan syahwat. Ini merupakan kemenangan hakikat spiritual atas hakikat material dalam diri manusia. Ini berarti, wahai Akhi, bahawa jiwa, ruh, dan pemikiran manusia pada bulan Ramadhan akan menghindari tuntutan-tuntutan jasmani. Dalam kondisi seperti ini, ruh manusia berada di puncak kejernihannya, kerana ia tidak disibukkan oleh syahwat dan hawa nafsu. Ketika itu ia dalam keadaan paling siap untuk memahami dan menerima ilmu dari Allah swt. Kerana itu, bagi Allah, membaca Al-Qur’an merupakan Ibadah paling utama pada bulan Ramadhan yang mulia.

Pada kesempatan ini, Ikhwan sekalian, saya akan meringkaskan untuk Anda semua pandangan-pandangan saya tentang kitab Allah swt., dalam kalimat-kalimat ringkas. Wahai Ikhwan yang mulia, tujuan-tujuan asasi dalam kitab Allah swt. dan prinsip-prinsip utama yang menjadi landasan bagi petunjuk Al-Qur’an ada empat:

1. Perbaikan Aqidah

Anda mendapati bahawa Al-Qur’anul Karim banyak menjelaskan masalah aqidah dan menarik perhatian kepada apa yang seharusnya tertanam sungguh-sungguh di dalam jiwa seorang mukmin, agar ia bisa mengambil manfaatnya di dunia dan di akhirat. Keyakinan bahawa Allah swt. adalah Yang Maha Esa, Yang Mahakuasa, Yang menyandang seluruh sifat kesempurnaan dan bersih dari seluruh kekurangan. Kemudian keyakinan kepada hari akhir, agar setiap jiwa dihisab tentang apa sahaja yang telah dlkerjakan dan ditinggal kannya. Wahai Akhi, jika Anda mengumpulkan ayat-ayat mengenai aqidah dalam Al-Qur’an, niscaya Anda mendapati bahawa keseluruhannya mencapai lebih dari sepertiga Al-Qur’an.

Allah swt. berfirman dalam surat Al-Baqarah:
“Hai manusia, beribadahlah kepada Rabb kalian Yang telah menciptakan kalian dan orang-orang yang sebelum kalian, agar kalian bertaqwa. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagi kalian dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untuk kalian; kerana itu janganlah kalian mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahui.”
(Al-Baqarah: 21-22)

Wahai Akhi, setiap kali membaca surat ini, Anda mendapati kandungannya ini melintang di hadapan Anda. Allah swt. juga berfirman dalam surat Al-Mukminun,

“Katakanlah, Kepunyaan siapa-kah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak ingat?’ Katakanlah, ‘Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ‘Arsy yang besar?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘Maka apakah kalian tidak bertaqwa?’ Katakanlah, ‘Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (adzab)-Nya, jika kalian mengetahui?’ Mereka akan menjawab, ‘Kepunyaan Allah.’ Katakanlah, ‘(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kalian ditipu?’ Sebenar-nya Kami telah membawa kebenaran kepada mereka, dan sesungguhnya mereka benar-benar orang yang berdusta.”
(Al-Mukminun: 84-90)

Allah swt. juga berfirman di surat yang sama:
“Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu dan tidak pula mereka saling bertanya. Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikannya) maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan. Dan barangsiapa yang ringan timbangan (kebaikannya), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahanam.”
(Al-Mukminun: 101-103)

Allah swt. juga berfirman:
“Apabila bumi diguncangkan dengan guncangan yang dahsyat. Dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya. Dan manusia bertanya, ‘Mengapa bumi (jadi begini)?’ Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”
(Az-Zalzalah: 1-8)

Allah swt. berfirman;
“Hari Kiamat. Apakah hari Kiamat itu? Tahukah kalian apakah hari Kiamat itu?” (Al-Qari’ah: 1-3) Dalam surat lain Allah berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kalian. Sampai kalian masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui (akibat perbuatan kalian itu). Dan janganlah begitu, kelak kalian akan mengetahui.”
(At-Takatsur: 1-4)

Wahai Akhi, ayat-ayat ini menjelaskan hari akhirat dengan pen-jelasan gamblang yang bisa melunakkan hati yang keras.

2. Pengaturan Ibadah

Anda juga membaca firman Allah swt. mengenai ibadah. “Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat.”
(Al-Baqarah: 43)

“…diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian.”
(Al-Baqarah: 183)

“…mengerjakan haji adalah kewa-jiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.” (Ali-Imran: 97) Maka aku katakan kepada mereka, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.”
(Nuh: 10)

Dan banyak lagi ayat-ayat lain mengenai ibadah.

3. Pengaturan Akhlak

Mengenai pengaturan akhlak, wahai Akhi, Anda biasa membaca firman Allah swt.
“Dan demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)-Nya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya.”
(Asy-Syams: 7-8)

“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada dalam diri mereka sendiri.”
(Ar-Ra’d:11)

“Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran. (Yaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak merusak perjanjian. Dan orang-orang yang sabar kerana mencari ridha Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik). (Yaitu) syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang shalih dari bapak-bapaknya, istri-istrinya dan anak cucunya, sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu. (Sambil mengucapkan), ‘Salamun ‘alaikum bima shabartum (keselamatan atasmu berkat kesabaranmu),’ maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.”
(Ar-Ra’d: 19-24)

Wahai Akhi, Anda mendapati bahawa akhlak-akhlak mulia bertebaran dalam kitab Allah swt. dan bahawa ancaman bagi akhlak-akhlak tercela sangatlah keras.

“Dan orang-orang yang memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahanam).”
(Ar-Ra’d: 25)

Inilah peraturan-peraturan tersebut, Ikhwan sekalian, sebenarnya, peraturan-peraturan itu lebih tinggi daripada yang dikenal oleh manusia, kerana di dalamnya terkandung semua yang dikehendaki manusia untuk mengatur urusan masyarakat. Ketika mengupas sekelompok ayat, maka Anda mendapati makna-makna ini jelas “Seperempat Juz Khamr” dalam Al-Quran yang diawali dengan

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamr dan judi”
(Al-Baqarah: 219),

lebih dari dua puluh lima hukum praktis: tentang khamr, judi, anak-anak yatim, pernikahan laki-laki dan wanita-wanita musyrik, haid, sumpah, ila’, talak, rujuk, khuluk, nafkah, dan hukum-hukum lainnya yang banyak sekali Anda dapatkan dalam seperempat juz sahaja. Hal ini kerana surat Al-Baqarah datang untuk mengatur masyarakat Islam di Madinah.

Ikhwan tercinta, hendaklah Anda semua menjalin hubungan dengan kitab Allah. Bermunajatlah kepada Tuhan dengan kitab Allah. Hendaklah masing-masing dari kita memperhatikan prinsip-prinsip dasar yang telah saya sebutkan ini, kerana itu akan memberikan manfaat yang banyak kepada Anda, wahai Akhi. Insya Allah Anda akan mendapatkan manfaat darinya.

Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada Sayidina Muhammad dan kepada segenap keluarga dan sahabatnya.

Logo Hari Kemerdekaan Ke-51 2008


Logo Hari Kemerdekaan Ke-51
Sempena sambutan
Hari Kebangsaan Ke-51
31 ogos 2008
Ciptaan ANUARDAN

Rasional Logo
Rekabentuk logo ini diilhamkan daripada 3 figura berpakat dan saling berganting bahu dan berpadu tenaga dalam menuju kejayaan ini melambangkan "Perpaduan Teras Kejayaan".

3 figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 figura manusia digayakan bekerjsama dan berganding bahu adalah mewakili 3 kaum utama di Malaysia yang bersefahaman ini menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbal keseluruhan rakyat Malaysia.

Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh ketiga-tiga kaum di Malaysia.

Warna kuning pula melambangkan sistem Beraja dan Yang Di-Pertuan Agong dan juga bermaksud warna kegemilangan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.


Rabu, Ogos 27, 2008

Proposal Al-Quran: Teknologi Identiti Cap Jari

Menerusi surah di bawah ini, wujudnya panduan mengenai penggunaan cap jari sebagai tanda pengenalan bagi satu-satu manusia.

Allah s.w.t. berfirman:

“Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (mengembalikan) tulang belulang-nya? Bahkan, sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) hujung jari jemarinya dengan sempurna.” (Surah Al Qiyamah : 3-4)

“Jadilah! Maka menjadilah ia.” (Surah Yasin:82)

Dan Al Qur'an itu adalah kitab yang Kami turunkan, yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kalian diberi rahmat. (QS Al-An’aam: 155)

…adalah suatu peringatan, maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya. (QS ‘Abasa: 11-12)

Isnin, Ogos 25, 2008

Pelik Bin Ajaib - Rekabentuk Bangunan Unik Siri 6

Bangunan Nipis Sam Kee,
Bangunan Ternipis Dunia, Kanada
Penulis: Amiene Rev (C) 2008

Siapa sangka pada tanah yang sempit, dengan lebar enam kaki (ya, enam kaki lebar), sebuah bangunan setinggi dua tingkat dapat dibina? Itulah yang berlaku pada Bangunan Sam Kee.

Siapa sangka bangunan sesempit enam kaki lebar ini mampu menjana kewangan bagi 13 tapak perniagaan, serentak! Bangunan ini menyediakan perkhidmatan mandi air panas untuk kegunaan penduduk setempat.

Sabtu, Ogos 23, 2008

Testimoni Friendster,Komen MySpace,Perjanjian


Copy dan Paste Code di bawah ke dalam
Friendster, MySpace, Blog dan lain-lain.

Komen Friendster,Testimoni MySpace, Sosial


Copy dan Paste Code di bawah ke dalam
Friendster, MySpace, Blog dan lain-lain.

Jumaat, Ogos 22, 2008

Friendster Comment, MySpace Comment, Persahabatan


Copy dan Paste Code di bawah ke dalam
Friendster, MySpace, Blog dan
lain-lain.

--o--

Copy dan Paste Code di bawah ke dalam
Friendster, MySpace, Blog dan
lain-lain.

--o--

Copy dan Paste Code di bawah ke dalam
Friendster, MySpace, Blog dan
lain-lain.

--o--

Copy dan Paste Code di bawah ke dalam
Friendster, MySpace, Blog dan
lain-lain.

Friendster Comment, MySpace Comment, Tanggungjawab


Copy dan Paste Code di bawah ke dalam
Friendster, MySpace, Blog dan lain-lain.

Friendster Comment, MySpace Comment, Peringatan


Copy dan Paste Code di bawah ke dalam
Friendster, MySpace, Blog dan lain-lain.

Friendster Comment, MySpace Comment, Sabar


Copy dan Paste Code di bawah ke dalam
Friendster, MySpace, Blog dan lain-lain.


--0--


Copy dan Paste Code di bawah ke dalam
Friendster, MySpace, Blog dan lain-lain.