BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, November 08, 2009

Laman Web Sosial Untuk Penggemar Filem Antarabangsa - www.moviesplanet.com

Laman Web Sosial Untuk Penggemar Filem Antarabangsa
www.moviesplanet.com
Ulasan Laman Web oleh: Amiene Rev (C) 2009

Semua orang suka menonton filem secara percuma. Namun tidak semua orang tahu di mana dan bagaimana caranya untuk mencari laman web yang mampu menyediakan perkhidmatan menonton filem secara percuma.

Pernahkah anda terfikir untuk menyertai komuniti filem antarabangsa untuk membicarakan tentang filem-filem yang anda suka? Pernahkah anda terfikir untuk mengkaji atau mengetahui tahap keseronokan sesebuah filem sebelum menontonnya? Pernahkah anda terfikir untuk membantu mempromosikan filem-filem tempatan ke peringkat antarabangsa? Atau mungkin ada filem-filem yang bagus tetapi anda tidak pernah mengetahuinya sebelum ini? Atau, anda sendiri ada menerbitkan filem dan anda ingin mempromosikan filem anda ke luar negara, tidak kira filem eksperimen untuk tujuan penilaian atau filem sebenar untuk dipasarkan. Anda boleh menayangkan trailer filem tersebut di sini.

Laman web www.movieplanet.com adalah sebuah laman web sosial khusus untuk penggemar filem tempatan atau antarabangsa. Fungsi adalah sama seperti Myspace, Hi5, Facebook atau Friendster. Bezanya, laman web sosial ini memfokuskan terhadap komuniti penghayat atau penggemar filem tempatan dan antarabangsa.

Anda tentu pernah menggunakan carian seperti filem percuma, atau menonton filem atau Menonton Filem Online di Google. Kali ini anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari laman web khusus untuk menonton filem secara percuma, kerana laman web www.movieplanet.com ada menyediakan perkhidmatan ini.

Selain itu, anda juga boleh mencari genre-genre filem kesukaan anda dengan mudah kerana beribu-ribu filem yang tersimpan di dalam arkib laman web ini telah disusun mengikut kategori. Jika anda sukakan filem romantik, anda boleh mencari filem tersebut dengan mudahnya. Susunan filem bukan sahaja dibuat berdasarkan genre, tetapi juga berdasarkan populariti sesebuah filem, bahasa yang digunakan, filem-filem terbaru dan akan datang. Terdapat juga ruangan majalah atau Magazine di mana filem-filem tersebut diulas serba sedikit. Ini memudahkan anda mengetahui apa-apa yang anda rasa patut tahu mengenai satu-satu filem yang ingin anda tonton.

Selain itu anda juga boleh mencari penggemar-penggemar filem yang serasi dengan anda. Anda boleh menjadikan mereka rakan anda dan mencari semula mereka menerusi Friend List anda. Tahukah anda dengan menambah rakan-rakan yang memiliki minat yang sama dengan anda, anda mungkin akan mendapat akses ke filem-filem yang memiliki tema atau jalan cerita yang menepati citarasa anda tetapi anda tidak pernah tahu pun sebelum ini. Anda juga boleh meminta sarikata filem tersebut daripada rakan-rakan anda untuk memahami dialog dan jalan cerita itu dengan lebih lanjut.

Untuk filem-filem yang anda suka pula, anda boleh menyenaraikan filem-filem tersebut menerusi fungsi filem kegemaran atau favourite film. Dengan cara ini, anda boleh melihat filem-filem kesukaan anda pada bila-bila masa tanpa perlu mencari-cari lagi filem tersebut.

Anda juga boleh membuat undian terhadap filem-filem yang anda suka. Undian-undian ini akan membantu para penggemar filem yang lain untuk membuat penilaian awal terhadap satu-satu filem sebelum pergi menontonnya. Sudah pasti kebanyakan undian dibuat oleh para pencinta karya layar perak. Ini adalah sebuah laman web sosial yang khusus untuk penggemar filem.

Jika sebelum ini kita sering didedahkan dengan portal-portal hiburan yang memfokuskan terhadap artis, permainan online dan mencari kenalan, laman web Movie Planet pula pasti menjanji kelainan untuk anda. Jika anda seorang pencinta filem atau penghayat filem. Movie Planet pasti menjadi salah satu daripada laman web pilihan anda. Segala informasi tentang filem, termasuk filem paling popular di dunia ada disenaraikan di Movie Portal.

Berikut adalah iklan komersil berkenaan www.movieplanet.com. Iklan seksi ini dibuat sendiri oleh pihak Movie Planet untuk menerangkan secara ringkas mengenai fungsi-fungsi yang ada di dalam laman web www.movieplanet.com. Selamat melayari Movie Planet.


Rujukan untuk pengguna laman web ini: