BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, September 28, 2008

Skema dan Kertas Soalan Percubaan SPM SBP 2008 - Subjek Teras dan Sains Tulen

Koleksi Kertas Soalan Percubaan SPM SBP 2008 - Koleksi Lengkap Subjek Teras dan Aliran Sains Tulen

Stacy dan Nikki Turut Berpuasa - Puasa Kini Satu Tarikan Dalam Islam

Puasa sememangnya satu tarikan dalam Islam. Hal ini terbukti apabila semakin ramai individu bukan beragama Islam turut berpuasa sebagaimana orang Islam yang lain pada bulan Ramadhan. Nikki dan Stacy juga tidak ketinggalan untuk belajar berpuasa biarpun kedua-duanya juga bukan beragama Islam. Berikut adalah petikan daripada akhbar Utusan:

Walaupun bukan beragama Islam tapi sempena Ramadan ini penyanyi NiKKi dan Stacy ada usaha juga nak berpuasa. Masa jumpa mereka di sebuah majlis berbuka puasa baru-baru ni, juara Akademi Fantasia Keenam (AF6), Stacy bercerita pengalaman pertamanya berpuasa.

Kata Stacy perasaan nak puasa tu timbul selepas melihat rakan AF yang serumahnya dengannya iaitu Ika, Yana dan Zila berpuasa dan bersahur.

Hari pertama puasa kata Stacy dia macam nak pengsan. "Dah la tak bangun sahur tapi terpaksa tahan perut sampai ke petang."

“Kerana tak tahan sangat lebih kurang pukul 5 petang tu saya curi-curi makan tanpa pengetahuan kawan-kawan saya.

“Kelakarnya bila tiba waktu berbuka, saya pun berbuka juga sama dia orang. Sampai sekarang ni dia orang tak tahu saya pernah curi makan makanan dalam peti ais,” kata Stacy.

Sesuatu yang istimewa berpuasa ni kata Stacy masa nak berbuka tu dia rasa begitu seronok tengok macam mana kawan-kawan Islam berkumpul dan makan ramai-ramai.

Walaupun selalu curi makan tapi Stacy tetap berusaha juga berpuasa biarpun sekerat hari.

Tahun ni memang bermakna buat Stacy kerana seumur hidup dia tak pernah berbaju kurung. Bila dah jadi artis, dia tempah beberapa pasang kerana nak pergi majlis-majlis berbuka bersama anak-anak yatim.

Mula-mula tak selesa tapi bila dah pakai berulang kali nampak macam sopan dan menarik berbaju kurung.

NiKKi pula sudah masuk tahun ketiga dia berpuasa penuh.

Kata NiKKi, bila dia niat nak puasa, dia akan buat bersungguh-sungguh. Sebab itulah sejak dua tahun lalu dia tak pernah tinggal puasa.

“Mula-mula puasa dulu saya terkena gastrik tapi sekarang saya sudah boleh berpuasa penuh. Kalau ada yang tertinggal, saya akan ganti balik,” katanya.

Baguslah kalau macam tu sebab puasa bukan sahaja wajib untuk orang Islam tetapi ia juga baik untuk kesihatan.

Kredit : Utusan Malaysia, 28 September 2008

Anda juga boleh belajar berpuasa dengan cara yang lebih mudah: KLIK DI SINI

Video Keindahan Suara Membaca Al Quran

Sabtu, September 27, 2008

Tutorial Manga: Cara Melukis Badan Watak



Tutorial Manga: Soalan dan Jawapan



Jumaat, September 26, 2008

Umpat sebabkan muflis di akhirat

Umpat sebabkan muflis di akhirat
Sumber: Utusan.com.my

SOALAN
Adakah benar pahala orang yang mengumpat diberi kepada orang yang kena umpat? Segala amalan yang lakukan akan habiskah?

JAWAPAN
Memang benar Allah SWT akan menghitung segala amalan manusia, hal ini telah disebut di dalam al-Quran firman Allah yang bermaksud: Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (al-Zalzalah: 7&8).

Dalam surah yang lain Allah berfirman yang bermaksud: Dan ‘Kitab-kitab amal’ juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata: “Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun. (al-Kahfi: 49).

Yang tidak diendahkan oleh manusia ialah mengenai dosanya. Silapnya manusia dengan amalannya yang tidak seberapa itu yakin boleh melepaskan diri daripada kemurkaan Allah. Dengan amalan yang sangat terbatas ini manusia masih lagi berkesempatan melakukan dosa mengumpat.

Bayangkan sahaja, sudahlah amalan sikit dosa pula banyak malangnya lagi apabila simpanan amalan kebajikan kita dipindahkan ke akaun orang yang kita umpat dan orang kita aniaya. Jika masih tidak dapat melangsaikan hutang orang dianiaya di dunia maka dosa mereka akan dipindahkan ke akaun penganiaya.

Berkaitan dengan muflisnya seseorang yang mengumpat telah dijelaskan oleh hadis baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tahukah kamu siapa yang bakal menjadi muflis? Sahabat menjawab: orang yang muflis ialah mereka yang tiada padanya dirham dan tidak berharta. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya yang bakal menjadi muflis dari kalangan umatku kelak ialah mereka yang datang pada hari kiamat sedang dia di dunia seorang yang menjaga solat, puasa dan zakat tetapi dalam masa yang sama dia datang dalam keadaan dia di dunia dulu mencaci orang itu, memfitnah ini, makan harta orang dengan cara yang tidak halal, menumpah darah orang yang tidak bersalah dan memukul orang. Maka di akhirat nanti akan diambil kebajikan (pahala) daripada golongan yang menganiaya kepada mereka yang telah dianiaya, sekiranya kebajikan atau pahala orang menganiaya tadi habis sebelum selesai hutangnya dengan orang dianiaya maka akan dipindahkan dosa orang dianiaya ke dalam kiraan orang yang menganiaya lalu dihumban ke dalam neraka. (riwayat Muslim ).

Pertama, kita harus faham maksud mengumpat. Dalam bahasa Arab mengumpat disebut sebagai ghibah dalam hadis-hadis Rasulullah juga diguna perkataan yang sama bagi menjelaskan apa itu mengumpat.

Mengumpat maknanya seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam kebanyakan hadis baginda yang sahih di antaranya hadis yang bermaksud: Tahukah kamu apa itu ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab sesungguhnya Allah dan Rasul jua yang lebih tahu. Maka baginda bersabda: mengumpat itu maknanya engkau menyebut sesuatu mengenai saudara engkau perkara yang dia benci (jika dia tahu pasti dia marah). Lalu sahabat bertanya kepada baginda: adakah tuan melihat sekiranya saya menyatakan sesuatu yang benar mengenai saudara saya? Lantas baginda menjawab: sekiranya kamu menyatakan sesuatu yang benar ada pada dirinya maka kamu telah mengumpat dia dan sekiranya kamu menyatakan yang sesuatu yang tiada pada dirinya sesungguhnya kamu telah berdusta. (riwayat Muslim).

Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa: “ghibah ialah seseorang itu menyebut mengenai orang lain yang dia (yang diumpat) benci orang berbuat demikian padanya sama ada yang diceritakan itu berkaitan tubuh badannya atau agamanya atau dunianya atau kejadiannya atau pakainya… sama ada kamu menyebutnya dengan lafaz atau isyarat”.

Ada juga yang berkata ketika dia mengumpat: “aku berani kata depan dia (orang yang diumpat), sedangkan dia tidak sedar perbuatan tersebut adalah lebih menyakitkan saudaranya”.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat: 12)

Ibnu Mas’ud pernah berkata: Kami pernah berada di tempat Nabi SAW, tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri meninggalkan majlis, kemudian ada seorang lelaki lain mengumpatnya sesudah dia tidak ada, maka kata Nabi kepada lelaki ini: Bertambah gemuklah kamu! Orang tersebut bertanya: Mengapa saya harus menjadi gemuk sedangkan saya tidak makan daging? Maka kata Nabi: Sesungguhnya engkau telah makan daging saudaramu. (riwayat Thabarani dan Bukhari).

Hukum mengumpat pula seperti yang diungkap oleh Imam al-Qurtubiy: “Tiada khilaf (perselisihan) di kalangan ulama mengenai hukum mengumpat, sepakat mengatakan bahawa hukum mengumpat adalah termasuk dalam dosa besar, pengumpat wajib bertaubat di atas perbuatannya.

Manakala Ibn Hajar al-Haithamiy berpendapat: “setiap dari kedua perbuatan mengumpat dan mengata haram dengan kesepakatan ulama”.

Video Al Quran Sungguh Merdu

Khamis, September 25, 2008

Gambar Ilusi Optik - Imej Statik Kelihatan Bergerak

Maksud Ilusi Optik
Penulis: Amiene Rev

Ilusi optik bermaksud bayangan atau khayalan yang terjadi kerana salah tafsiran otak terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Hal ini selalu dipraktikkan di dalam silap mata.

Kita menyangka bumi yang kita diami ini tidak bergerak. Sebenarnya, semasa kita sentiasa dalam perjalanan yang sangat laju. Kita semua sedang melalui perjalanan sejauh 30 kilometer per saat tanpa kita sedar. Ini kerana bumi kita sentiasa berputar.

Apakah yang dapat anda lihat; lingkaran atau bulatan?

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan. (Al Quran: Surah An Naml ayat 88)

Garis-garis merah dan kesemua petak di dalam gambar ini memiliki saiz yang sama, tetapi kenapa mata kita melihatnya sebagai tidak sama?

Kita seolah-olah melihat tiga gelungan sedang berpusing atau saling tarik menarik


Bergerak turun dan naik serentak.


Berpusing-pusingkah bunga-bunga di atas apabila anda menumpukankepada salah satu kelopak bunga?

Berputar-putar?

Sekurang-kurangnya 8 ekor ikan lumba-lumba yang akan dapat anda cari.

KONSEP REKABENTUK: NOVEL WIRAWAN
Sebuah Novel Karya Novelis Amiene Rev

"Dendam berselirat menghuni segenap urat impian. Milikku mesti dikembalikan. Sehingga ke penghujung dunia; nafasku, degup jantungku tidak akan berhenti mengalirkan darah hasad. Putera sakti mesti kuhapuskan; hati nuraninya bisa memadamkan api dendamku, dengan nur misteri yang meragut kegelapan hatiku. Hati ini, hati seorang penakluk, tidak boleh alah dengan kedamaian."

VERSUS

"Tidak ada satu manusia pun dilahirkan jahat. Benar segelintir daripada kalangan kita, dilahirkan dengan rezeki untuk berkuasa, namun kuasa itu cuma pinjaman Tuhan. Tidak kira beta, atau Tuanku Maharaja, kita sama-sama berhak memilih menuju ke Jannah. Beta cuma seorang putera, suatu masa jasad beta pasti menjadi debu. Ketika itu, kuasa tidak berguna lagi. Impian cuma sekadar impian. Nafas kita sebentar cuma."

Cover Design Concept Just For Suggestion
Rekabentuk Kulit Buku Cadangan


Rabu, September 24, 2008

Where's My Cow?


This is a short animation that was produced to advertise to a younger audience "The Living Books Festival 2008" that featured Terry Pratchett. This was a group project for the University of Portsmouth - BA Animation.

Iklan Perkhidmatan Tutor, Private Tutor, Pengajar, Guru, Cikgu Tuisyen Diiktiraf, Sepenuh Masa dan Separuh Masa di seluruh Malaysia dan Singapura.


Are we a tuition centre?

No. We are not a tuition centre. We are a home tuition agency that helps tuition teachers to find students. We are your agent to help you find students.

Where is the location of the tuition class?
The student's house. You can choose the area you prefer during your registration process. However, if you conduct group tuitions at your house, we can help you to find students to join your class too.

What are the subjects and levels that I need to teach?

You can choose the teaching subject during the registration process. For example, if you prefer to teach UPSR BM, you can select it in the registration form. We will only arrange students who need tutors for UPSR BM for you.

When is the tuition time?
It's flexible. You can choose the tuition time during your registration process. For example, if you are only free on weekends, then we will only arrange students for you during the weekends.

How many students do I need to teach in a class?
This is a 1-to-1 tuition. Normally you only have to teach one student. However, sometimes we will offer some group tuition from tuition centre.

Do I need to pay for registering myself as a tutor?

No. Registration is totally free. You wouldn’t be charged a single cent until you accept our tuition offer.

Do I need to pay Home Tuition Care when I accept the tuition offer?

Yes. We only charge first 2 weeks' tuition fees as minimum commission for long term class. We will not charge any commission for the subsequent weeks or months. ( eg: If monthly tuition fees is RM300, the commission fees is RM150 )

How do I make the payment?

We will collect commission fees from the parents directly after your class has started for two weeks. The tuition fees for the first two weeks is equivalent to 50% of the commission.

How do I receive my tuition fees?

The parents pay directly to you except for the tuition fees for first two weeks of your class. They would normally pay at the end of every month after finishing the class

How do I register as a tutor?

Visit The Official Website: Click here

When I register, am I an employee of Home Tuition Care?

No. Home Tuition Care is only providing tuition matching services and is not responsible for the services provided by tutors. Each tutor is solely responsible to pay all taxes on income earned, and all other issues and responsibilities related to tutoring.

When and how will I receive my first tuition offer?

We will call you for any offer, but we can't say for sure when you can receive your first offer. Some tutors get the first offer few days after they have registered, some tutors never get any offer from us. It is largely depends on your qualification, experience, and expected tuition rate. Experienced tutors who are able to teach in major towns with a lower rate are more likely to receive their first offer sooner.


Can I change my mind after I have accepted the offer?
We will offer tuition classes to you. You can decide whether to accept the offer or reject it. Please note that you should only accept our offer and confirm to take the tuition class if you are serious. If you change your mind after we have recommended you to our parents, legal actions will be taken.

How much referral fees I get if I were to recommend parents to Home Tuition Care?

You will get a 10% referral fees out of the first month tuition fees if the tuition job successfully assigned to a suitable tutor.

What should I do if I do not receive any offer for a long time?

Here are some suggestions:
- Become a verified tutor.
- Update your profile from time to time
- Provide us with more detail for 'self description'
- Reduce your expected tuition rate

Does Home Tuition Care provides me any tuition material?
No. You are responsible to prepare the notes, text book, and all the teaching materials just as professional tutors would. You can claim the exercise book's money from the parents if they agree.

Visit Home Tuition Care Website: hometuitioncare.com


Home Tuition in Singapore & Malaysia
Singapore and Malaysia Home Tuition available for any level, subject, area. Thousands of experienced & qualified tutors available here. Tutors wanted too!


Translation(Terms) : English to Bahasa Melayu (BM)
Education = Pendidikan | Study = Belajar | Teach, Teaching = Mengajar, Memberi Pengajaran | Tuition = Tuisyen | Tuition Centre = Pusat Tuisyen | Student = Pelajar | Fees = Yuran Pembelajaran | Personal/ Private Tuition = Tiusyen, Tusyen, Tuisen, Tiusen, Tuisyan, Tiusyan, Tusyan Peribadi | Home Tutoring, Private Tuition, Private Tutoring = Tuisyen Di Rumah, Tuisyen Swasta | Group Lesson Tuition = Tutoring on the basis of one tutor catering to several students | Tuition Class = Kelas Tuition | Tutors, Tuition Teachers = Guru Sekolah, Cikgu Sekolah, Pengajar Tuisyen, Guru Tuisyen, Cikgu Tuisyen | Private Tutors, Personal Tutors, Individual Tutors, One-to-one Tutors, 1-to-1 Tutors, Group Tutors, Small Group Tutors, Private Teachers, Personal Teachers, Individual Teachers, One-to-one Teachers, 1-to-1 Teachers, Group Teachers, Small Group Teachers, Private Tuition Teachers, Personal Tuition Teachers, Individual Tuition Teachers, One-to-one Tuition Teachers, 1-to-1 Tuition Teachers, Group Lessons Tuition Teachers, Small Group Freelance Tuition Teachers = Pengajar Di Rumah, Pengajar Swasta, Pengajar Peribadi, Pengajar Persendirian, Pengajar Perseorangan, Guru Di Rumah, Guru Swasta, Guru Peribadi, Guru Persendirian, Guru Perseorangan, Cikgu Di Rumah, Cikgu Swasta, Cikgu Peribadi, Cikgu Persendirian, Cikgu Perseorangan | University Putra Malaysia (UPM) = Universiti Putra Malaysia | University Science Malaysia (USM) = Universiti Sains Malaysia | University Utara Malaysia (UUM) = Universiti Utara Malaysia | University Technology Malaysia (UTM) = Universiti Teknologi Malaysia | University Kebangsaan Malaysia (UKM)= Universiti Kebangsaan Malaysia | University Malaysia Sabah (Unimas) = Universiti Malaysia Sabah | Open University Malaysia (OUM) = Universiti Terbuka Malaysia | International Islamic University Malaysia (IIUM) = Universiti Islam Antarabangsa Malaysia | University Malaysia (UM) = Universiti Malaya | University Technology Mara (UITM) = Universiti Teknologi Mara (UITM) | Educational University Sultan Idris = Universiti Pendidikan Sultan Idris | Tuition Centres, Tutorial Centers, Tutorial Centres, Tuition Classes, Tutorial Classes, Tutoring Classes = Pusat Tuisyen, Pusat Bimbingan, Pusat Tutorial, Kelas Tuisyen | Home Tuition Jobs, Private Tuition Jobs, Home Tutoring Jobs, Private Tutoring Jobs, Home Tuition Assignments, Private Tuition Assignments, Home Tutoring Assignments, Private Tutoring Assignments, Private Tuition Vacancies, Home Tutoring Vacancies, Private Tutoring Vacancies = Jawatan Kosong 2006 2005 Tuisyen, Pekerjaan Tuisyen, Kerja Tuisyen Tugasan Tuisyen | Home Tutees, Home tuition students; Pupils receiving home tuition from home tutors = Pelajar Tuisyen, Murid untuk Tuisyen, Penuntut Tuisyen | Tuition Teacher Vacancy = Jawatan Kosong untuk Guru Tuisyen | BM = Bahasa Melayu (BM) |, English = Bahasa Inggeris (BI) | Mathematics (Maths) = Matematik | Science = Sains | Chinese = Bahasa Cina | Additional Mathematics (Add Maths) = Matematik Tamabahan | Physics = Fizik | Chemistry = Kimia | Biology = Biologi | Accounts = Prinsip Akaun | Economics = Ekonomi Asas | Commerce = Perdagangan | Geography = Geografi | History = Sejarah | KH = Kemahiran Hidup | PA = Pengajian AM | Basic IT = Asas Penggunaan Komputer | Website Design = Mencipta Laman Website | Subjects = Subjek, Matapelajaran, mata pelajaran | Home Tuition Agency, Agencies, Agent, Agents = TuitionStudio,Tuition Studio, Tuition Plaza, TuitionPlaza, TuitionPlaza.com, TuitionHamster, Tuition Hamster, TuitionStreet, Tuition Street, Tuitionet | Examination = Keputusan Peperiksaan | online = melayari laman web | hire online tutor teacher = guru cikgu tuisyen online | Ministry of Education = Kementerian Pelajaran Malaysia , Kementerian Pendidikan Malaysia| Distance Learning College = Kolej Pemebelajaran Jarak Jauh | Child, Children = Kanak-kanak | Exam Result = Keputusan Peperiksaan | International School Malaysia = Sekolah Antarabangsa Malaysia | Mandarin Language = Bahasa Mandarin | E-learning, online tutoring = pembelajaran jarak jauh | morale = Pendidikan Moral | Geography = Geografi | History = Sejarah || International = Antarabangsa | Predicted Question = Soalan Ramalan | Private School = Sri Kdu, Sri Cahaya, Sri Aman, Sri KL, Sri Cempaka, Sri Bestari, Sri Damansara, Sri Inai | International School = ELC International School, Garden International School, Mon't Kiara International School | Primary School = Sekolah Rendah | Secondary School = Sekolah Menengah | Primary = Standard 1,2,3,4,5,6 | Secondary (Remove Class, Form 1, Form 2, Form 3, Form 4, Form 5, Form 6 ) = Sekolah Menengah (Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6) | Educational Portal = Portal Pendidikan Utusan Malaysia | Tuition Jobs = Pekerjaan Tuisyen | Agency = Agensi | Job Opportunity = Peluang Pekerjaan | UPSR = Ujian Penilaian Sekolah Rendah | PMR = Penilaian Menengah Rendah | SPM = Sijil Pelajaran Malaysia | STPM = Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia | | Malaysia Utusan Newspaper = Utusan Malaysia Surat Khabar Akhbar| Malaysia Berita Harian = Berita Harian Malaysia Surat Khabar | Pulau Pinang = Penang | Johore = Johor | Kasturi Tution Centre = Pusat Tuisyen Kasturi | The Sun Newspaper = Suratkhabar The Sun | Private College = Kolej Swasta Inti, Taylor, Stamford, Metropolitan | | Job Vacancy = Kerja Kosong | Job Vacancy, Opportunity = Peluang Pekerjaan | SPM Tutorial = Tutorial SPM | Bahasa Melayu = Malay Language | Music = Muzik | Boarding School = Sekolah Berasrama Penuh | Technic School = Sekolah Menengah Teknik | Malaysia = Penduduk/ Rakyat Malaysia | Spotted Question = Soalan Bocor | Short Note = Nota Ringkas | | Intelek Job Agency = Agensi Pekerjaan Intelek | Exam Lembagaa Malaysia = Lembaga Peperiksaan Malaysia | PTK Sample Bank Question = Contoh Nota Bank Soalan PTK, Contoh Nota Peperiksaan Bank PTK | Technical School Registration Form = Borang Permohonan Sekolah Teknik | Bestari Smart School = Sekolah Bestari | School Holiday = Cuti/ Cuti-cuti Sekolah | Education Department Malaysia = Jabatab Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Malaysia | Mental Arithmetic Centre = Pusat Mental Arithmetic | Pre-school, Preschool = Pra-Sekolah, Prasekolah | Job Vacancy 2006 = Jawatan Kosong 2006 | Teacher Educational Department (BPG) =Penempatan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) | Jobstreet Malaysia Job Agency Website = Laman Web Agensi Pekerjaan Jobstreet di Malaysia

Video Qariah Kanak-kanak Membaca Al Quran

Keajaiban Al-Quran: Peredaran Bumi

Dan Dia-lah Yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masingnya beredar di dalam garis edarnya. (QS Al-Anbiya: 33)

Setiap planet berputar mengeliling matahari mengikut landasan masing-masing. Hal ini didapati sedia dimaklumkan di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun lampau.