BLOG DUKE AMIENE REV

Sabtu, Januari 24, 2009

Phantom and Shadows - Time Reversal

In the past, this indie band was paid for RM0.30 for their performance, but at that night, they got RM37,000. What actually happen? The story will be told in this article of mine.

It hard to tell which part of the past time, that I would like to recall. For me if we cannot reverse the time, than we better forget on how to going back, but keep thinking on how to through into the future.


Past will never return, it is already become history. No matter what you do, you will be always walk toward future. It is useless to keep regret for every damn mistakes we done. We just walk our own way to create a better life. We walk to live the best life we could had.

I never think about reverting into past. Our life is not like blogger templates which we can revert either into the default template or classic blogger template. Time is gold, every moment we go through, it become experience.

Why would people thinking about going into past? I don't see any sense in that. To going back is not a way for a better solution, because it only an imaginary thing. The best thing to do is to predict from the past situation, and planning for better solution in the future. Or else, find more facts and news about anything that might be related to our future, and then do some analytical thinking and prepare for the solution.

If we keep thinking to go back to the past, it wouldn't done anything. It only wasting time. Forgive yourself for all the mistakes you had done in the past, and promise yourself that you will do a lot of better things in the future. That is how our past mean to us. We learn from the past but not going into them. We took only experience and knowledge, and bring them as one of our useful assets for our future.

If we continue to think about the past, we might bring some of sentiments, nemesis, hatred and sorrow. Even if we got many good nostalgia and sweet memories, it already a matter of past. If yesterday you're a champion, it is not likely that you will be a champion for the future. If yesterday you're a loser, it is not likely you're a loser in the future. What you have to do is keep walking and struggle for the day after tomorrow. That would be better.

Talk about championship, about tomorrow, about future. I would like to present a related song. For this week, I present you another underground or indie band in Malaysia - Meet Uncle Hussain. This song titled "Lagu Untukmu" or in English it can be translated to "Song For You" has won the grand contest - Anugerah Juara Lagu 2008 (Translated in English as Song Champion Award 2008). For Malaysian people, this tell us about the awakening of indie bands in Malaysia which for the last year, another indie band won the same title.

Yesterday, this group is just an underground and unpopular band, but today, this group has become the best and the most popular indie band in Malaysia. They ever got paid only 30 cent in one of their performance (0.07 US Dollar). But at that night, they won RM37,000 (USD 9801). Do they need to reverse their time? Enjoy this song.


Isu Perempuan Bertudung Pegang Babi dan Sentimen Agama - Penjelasan Menurut Hukum Islam


Kisah dan gambar foto seorang perempuan bertudung memegang babi telah menjadi satu isu yang menggemparkan para penduduk di seluruh Malaysia pada suatu ketika dahulu. Video YouTube di atas ada menjelaskan bahawa perasaan kurang senang yang wujud di kalangan rakyat Malaysia terhadap wanita tersebut adalah tidak wajar, malah apa yang dilakukan oleh wanita itu adalah lebih baik daripada lelaki dan wanita yang bukan muhrim yang berpelukan atau pegang-memegang antara satu sama lain. Malah pernah diceritakan pada suatu masa dahulu ada seorang manusia yang memberi minum kepada seekor anjing, dan dimasukkan ke syurga kerananya.

Selain isu wanita bertudung memegang babi, isu lain yang turut dikupas oleh mufti di dalam video di atas ialah mengenai fesyen pakaian dalam Islam mengikut kesesuaian tempat.

E-mel Pembaca: Selalu Dilanda Masalah

Hai,

Saya ni pembaca setia blog Duke Amiene Rev. Saya selalu jugalah jenguk-jenguk ke mari. Saya sebenarnya nak ceritakan masalah saya ni. Saya tak tahu nak panggil apa, saya panggil Tuan Amiene Rev bolehlah ya?

Saya sebenarnya banyak masalah. Saya pun tak tahu kenapalah saya ni selalu bermasalah. Kadang-kadang saya ingat dah buat benda yang betul, tapi tak juga.

Saya sedihlah. Boleh tak Tuan Amiene Rev bantu saya? Saya nak sangat pandangan daripada Tuan Amiene Rev. Kalau boleh saya tak mahulah ada masalah lagi. Saya nak happy go lucky.

Nor,
Selayang.

Maklum balas Amiene Rev:
Hai, Cik/Puan Nor. Terima kasih kerana sudi mengirim e-mel kepada saya. Setelah membaca e-mel Cik/Puan Nor, saya dapati masalah yang mungkin Cik/Puan Nor hadapi mungkin berkaitan dengan hal-hal yang memerlukan Cik/Puan Nor membuat keputusan.

Dalam hal-hal membuat keputusan, sebaik-baik tindakan ialah menganalisis terlebih dahulu segala maklumat yang ada. Sekiranya melibatkan bidang-bidang yang memerlukan kepakaran tertentu, kita juga boleh berjumpa dengan golongan yang pakar dalam bidang-bidang tertentu.

Semua orang ada masalah. Cik/Puan Nor tentu berasa sedih sekiranya sering dilanda masalah, tetapi sebenarnya Cik/Puan Nor, masalah itu juga merupakan satu rahmat daripada Tuhan.

Kadangkala, Tuhan turunkan bala supaya kita ingat dan tidak leka dan kembali mengingatinya. Saya sarankan Cik/Puan Nor supaya sentiasa berdoa kepada Tuhan agar diringankan beban ke atas diri Cik/Puan Nor.

Sesungguhnya tidak akan Tuhan turunkan ujian kepada seseorang itu melainkan dia mampu untuk menanggungnya. Cik/Puan Nor tentulah seorang yang kuat maka sebab itulah Tuhan berikan Cik/Puan Nor ujian yang sedemikian.

Saya mendoakan Cik/Puan Nor agar dipermudahkan segala urusan kehidupan. Semoga selepas ini Cik/Puan Nor akan dapat menjalani hidup yang lebih baik dan bahagia.

Salam hormat daripada saya untuk Cik/Puan Nor.


E-mel Pembaca: Ruangan Pos Masalah Anda
Sekiranya anda ada masalah untuk dikongsi dan mahukan pandangan daripada Amiene Rev, bolehlah menggunakan pautan di bawah untuk mengisi borang Pos Masalah Anda (Surat Pembaca). Anda diminta tidak menggunakan Bahasa SMS dan seangkatan dengannya. Setiap surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu.

Jumaat, Januari 23, 2009

Hadis-Hadis Tanda-Tanda Kiamat Sudah Dekat

Koleksi Hadis dan Ayat Al Quran Berkenaan Hari Kiamat
Berserta Dengan Contoh-contoh Sedia Ada
Susunan: Amiene Rev

Hari Kiamat merupakan hari terakhir untuk umat manusia di muka bumi ini. Menjelang ketibaan Hari Kiamat, akan wujud beberapa tanda-tanda tertentu sebagai peringatan buat umat manusia. Berikut adalah beberapa hadis berkaitan dengan tanda-tanda Hari Kiamat sudah semakin dekat atau hampir:

HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.” (Abu Hurairah r.a)

Contoh sedia ada: Wanita-wanita berpakaian seksi boleh dilihat dengan mudahnya di sekitar kawasan bandar raya, pusat membeli belah dan sebagainya.


HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” (Riwayat Ahmad)

Contoh sedia ada: Ramai orang pada masa kini jarang bertegur sapa apabila bertemu sesama muslimin dan muslimat. Malah ada yang langsung tidak mengukir senyuman apabila bertemu. Muka masam dan fokus terhadap tekanan hidup semata-mata.


HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” (Riwayat Ahmad)

Contoh sedia ada: Terdapat beberapa orang tertentu sanggup mengaibkan diri sendiri untuk menjadi saksi palsu bagi memenangkan pemimpin-pemimpin tertentu. Hanya Tuhan yang tahu. Hanya Tuhan yang mampu memutuskan.


HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” (Riwayat Ahmad dan Hakim)

Contoh sedia ada: Ada orang yang langsung tidak bertegur sapa dengan jiran di sebelahnya. Malah berasa cemburu dan dengki terhadap kelebihan atau keistimewaan yang dimiliki oleh jiran di sebelah rumah. Ada pula yang langsung tidak menghormati jiran tetangga.


HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)

Situasi yang mungkin ada: Israel semakin giat menyerang Palestin sejak akhir-akhir ini. Malah langsung tidak menghormati negara-negara lain dan sanggup mengebom pusat-pusat bantuan untuk mangsa peperangan yang dianjurkan oleh PBB.


HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” ) Ibnu Majah)

Contoh sedia ada: Program realiti berunsurkan muzik dan rancangan-rancangan hiburan bertemakan muzik yang tumbuh melata sejak akhir-akhir ini merupakan satu petanda yang jelas.


HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” (Sahih Muslim)

Contoh sedia ada: Penganjuran pesta seks di beberapa tempat di negara ini. Internet dijadikan medan untuk mencari pasangan seks secara bebas.


HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” (Sahih Muslim)

Contoh sedia ada: Wujudnya berita-berita berunsur fitnah, gosip dan spekulasi berkaitan dengan sesuatu isu atau individu di dalam media massa dan media elektronik.


HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” (Riwayat Nasai.)

Situasi sedia ada: Wujudnya replika masjid yang bernilai jutaan ringgit.


HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah duniaakan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (Riwayat Thabrani)

Situasi sedia ada: Terdapat beberapa keputusan dan idea bodoh telah dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin di negara tertentu sehingga menyusahkan rakyat jelata. Malah lebih teruk, apabila pandangan dan nasihat pakar-pakar yang terhormat dan diiktiraf dalam bidang-bidang yang berkenaan telah dipinggirkan.


HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.” (Riwayat Ahmad)

Contoh yang sedia ada: Tidak pasti.


HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” (Riwayat Thabrani)

Contoh sedia ada: Tidak pasti.


HADIS TANDA-TANDA HARI KIAMAT: Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai.” (Sahih Muslim)

Contoh sedia ada: Tidak pasti.


AYAT AL QURAN BERKENAAN HARI KIAMAT: Manusia Tetap Melakukan Kemungkaran Biar Pun Mereka Telah Nampak Tanda-Tanda Kiamat
Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu, melainkan hari kiamat (iaitu) yang datang kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari Kiamat sudah datang? (Ayat Al Quran Surah Muhammad: 18).

Contoh sedia ada: Ramai antara kita telah melihat tanda-tanda nyata Hari Kiamat, tetapi masih ramai antara kita yang masih terus melakukan dosa-dosa seperti memfitnah manusia, menyakiti hati manusia, melakukan kemungkaran, kemaksiatan dan sebagainya.


HADIS BERKENAAN HARI KIAMAT: Setelah satu tanda hari kiamat, tanda-tanda kiamat yang lain akan segera dapat dilihat.
Tanda-tanda yang terjadi setelah tanda yang lain seperti butiran manik-manik sebuah kalung yang jatuh satu per satu ketika talinya putus. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Contoh sedia ada: Kita melihat terlalu banyak tanda yang menunjukkan kiamat sudah semakin dekat.


Lain-lain hadis dan ayat Al Quran yang menerangkan tentang Hari Kiamat adalah seperti berikut:


Peperangan, Pembunuhan dan Huru-hara

Rasulullah SAW bersabda, “Al Harj (akan meningkat)”’ Mereka bertanya, “Apakah Al Harj itu?” Beliau menjawab, “(Iaitu) pembunuhan (saling membunuh), (iaitu) saling membunuh (pembunuhan).” (HR Bukhari)

Hari Kiamat (As Sa’ah) akan tiba ketika kekerasan, pertumpahan darah, dan kekacauan akan menjadi suatu yang lazim (HR Al-Muttaqi al-Hindi, Muntakhab Kanzul Ummaal)

Dunia ini tidak akan menemui akhirnya, hingga suatu hari akan datang pada manusia, pada hari itu akan ada pembunuhan massal dan pertumpahan darah. (Muslim)

Hari Akhir itu tidak akan datang hingga angka pembunuhan meningkat. (HR Bukhari)

Contoh sedia ada: Peperangan yang melanda di beberapa tempat di dunia.


Kemusnahan Kota-kota Besar

Berbagai kota besar akan dihancurkan dan hal ini akan terjadi seolah-olah kota-kota itu tidak pernah ada sebelumnya. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman)

Contoh sedia ada: Peperangan melibatkan bahan letupan berkuasa seperti bom nuklear telah berlaku di Hiroshima dan Nagasaki.


Gempa Bumi

As Sa’ah (Hari Akhir) tidak akan terjadi hingga ... gempa bumi akan sangat sering terjadi (HR Bukhari).

Ada dua hadis besar sebelum hari hisab ... dan kemudian tahun-tahun penuh gempa bumi (Diriwayatkan oleh Ummu Salamah RA.)

Contoh sedia ada: Gempa bumi kini boleh dirasai berhampiran negara kita, Malaysia. Malah ada pakar geologi yang mengatakan bahawa dalam beberapa puluh tahun lagi, pusat gempa bumi akan beralih ke Malaysia.


Kemiskinan

Orang-orang miskin akan meningkat jumlahnya. (Amal Al-Din Al-Qazwini, Mufid Al-'ulum Wa-mubid Al-humum)

Kekayaan beredar hanya di antara orang-orang kaya, tanpa manfaat bagi orang-orang miskin. (HR Tirmidzi).


Contoh sedia ada: Demi mematikan persaingan, beberapa pemimpin di beberapa buah negara tertentu sanggup memberikan hak perdagangan, tender dan seumpamanya kepada kroni-kroni sendiri. Malah ada juga beberapa orang pemimpin tertentu yang menggunakan wang rakyat untuk kepentingan sendiri.


Runtuhnya nilai-nilai akhlak

Hari Kiamat (As Sa’ah) akan datang ketika perzinaan tersebar luas (Al-Haythami, Kitab al-Fitan).

Hari Akhir tidak akan datang hingga mereka (orang-orang jahat) melakukan perzinaan di jalan-jalan (jalan-jalan umum). (Ibn Hibban and Bazzar)

Lelaki akan meniru perilaku wanita; dan wanita akan meniru perilaku lelaki. (Allama Jalaluddin Suyuti, Durre-Mansoor)

Orang-orang akan menyenangi perbuatan homoseksual dan lesbian. (Al-Muttaqi al-Hindi, Muntakhab Kanzul Ummaal)

Hubungan seksual tidak sah secara terbuka akan marak. (Hadis Riwayat Bukhari)

Contoh sedia ada: Bilangan golongan gay dan lesbian dilaporkan meningkat. Malah di kaca-kaca televisyen pula dapat dilihat kemunculan golongan lelaki yang asalnya keras tetapi kini lebih cenderung bergaya ala-ala wanita sama ada dari segi tingkah laku atau pun percakapan dan sebaliknya.


Hadis tentang penolakan agama yang benar dan nilai-nilai moral dalam Al Quran

Menjelang datangnya Hari Akhir akan ada hari-hari ketika pengetahuan (agama) akan dicabut (lenyap) dan kejahiliahan secara umum akan meluas.... (Hadis Riwayat Bukhari).

Akan ada suatu ujian kegelapan yang menakutkan bried dark yang akan menimpa setiap orang dalam suatu masyarakat, dan kemudian ketika orang menganggap ujian itu telah berakhir, ujian itu akan terjadi terus-menerus. Selama itu seorang manusia boleh menjadi adalah seorang mukmin pada pagi hari dan menjadi seorang kafir pada malam hari. (Hadis Riwayat Abu Daud).

Akan datang suatu waktu pada umat ketika orang akan membaca Al Quran, tetapi tidak akan lebih jauh dari tenggorokan (tidak masuk ke dalam hati mereka) (Hadis Riwayat Bukhari).

Sebelum Hari Akhir akan ada kekisruhan seperti potongan malam yang gelap, ketika seorang manusia akan menjadi seorang beriman di pagi hari dan seorang kafir di sore hari, atau seorang beriman di sore hari dan kafir di pagi hari (Hadis Riwayat Abu Daud).

Suatu waktu akan datang, ketika seorang manusia tidak akan peduli bagaimana mereka mendapatkan sesuatu, halal atau haram. (Hadis Riwayat Bukhari).

Akan muncul pada hari akhir seseorang yang akan memperoleh keuntungan dunia dengan menjual agama. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Hari Akhir tidak akan datang hingga tersisa orang-orang yang tidak mengetahui kebajikan dan tidak pernah mencegah kejahatan (Hadis Riwayat Ahmad).

Hari Akhir tidak akan datang sebelum Allah mengambil agama-Nya dari manusia di bumi, tidak meninggalkan seorang pun di atas bumi ini selain orang-orang kafir yang tidak mengenal perbuatan yang benar atau menolak perbuatan yang salah. (Diriwayatkan oleh Abdullah ibn 'Amr bin ‘Ash)

Contoh sedia ada: Terdapat beberapa cerdik pandai yang sanggup mempersendakan hadis dan ayat Al Quran secara terbuka, malah memandang rendah terhadap isi kandungan hadis dan ayat Al Quran tersebut.


Munculnya nabi-nabi palsu

Hari akhir tidak akan datang sebelum datangnya tiga puluh Dajjal, masing-masing mengaku dirinya sebagai seorang utusan Allah. (HR Abu Daud)

Al Quran menjelaskan turunnya Isa AS ke bumi

Tidak ada seorang pun dari Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya. Dan di hari kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka. (QS An Nisaa’: 159).

Demi Allah Yang jiwaku ada di tangan-Nya, putera Maryam, Isa, akan turun dalam waktu singkat di antara kamu orang-orang beriman (Muslimin) sebagai seorang penguasa yang adil (HR Bukhari)

Hari Akhir tidak akan datang hingga putera Maryam (iaitu Isa AS) turun di antara kamu sebagai seorang penguasa yang adil. (HR Bukhari)

’Isa as, putera Maryam as, akan turun, berkuasa selama 40 tahun dengan Kitabullah dan sunnahku, lalu meninggal. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman)

Isa AS, putera Maryam AS, akan menjadi seorang hakim yang adil dan penguasa yang adil (dalam umatku), mematahkan dan meremukkan kayu salib dan membunuh babi... Bumi ini akan dipenuhi dengan kedamaian seperti sebuah bejana diisi dengan air. Seluruh dunia akan mengumandangkan dan mengikuti satu kata yang sama dan tidak satu pun akan disembah selain Allah. (Ibnu Majah)

Contoh sedia ada: Kemunculan beberapa individu tertentu sejak akhir-akhir ini, tidak kira lelaki atau perempuan yang mengaku diri mereka sebagai Rasul, Rasul Melayu, Rasul Perempuan dan sebagainya. Mereka ini memiliki pengikut-pengikut yang tersendiri, dan mereka menyampaikan ajaran-ajaran dan amalan-amalan sesat.


Kemunculan Imam Mahdi

Beberapa penjelasan penting mengenai Hari Akhir adalah sebagai berikut: Selama kekacauan mengerikan di hari akhir, Allah akan memerintahkan seorang hamba yang mempunyai akhlak yang mulia, yang dikenal sebagai Al Mahdi (pemberi petunjuk ke arah kebenaran), untuk mengajak umat manusia kembali ke jalan yang benar. Tugas pertama Al Mahdi akan berupa dikobarkannya perang pemikiran di dalam dunia Islam dan mengembalikan umat Muslin yang telah jauh dari intisari Islam sejati, menuju iman dan akhlak sesungguhnya

Al Mahdi, salah satu kaumku, muncul sebagai manusia dengan keredaan Allah, saat Hari Pembalasan sudah dekat dan melemahnya hati orang-orang beriman kerana kematian, kelaparan, dan hilangnya sunnah, dan munculnya kemajuan teknologi dan hilangnya makna memerintahkan kebenaran dan melarang kemungkaran. Kemakmuran dan keadilannya akan memudahkan hati orang-orang yang beriman, dan persahabatan serta saling mencintai akan menyelesaikan perselisihan di antara bangsa-bangsa non-Arab dan Arab. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-burhan fi ’Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman, halaman. 66)

Kekacauan, penyimpangan, dan ketakutan akan muncul di Barat .... Penyimpangan akan meningkat pesat. (Mukhtasar Tazkirah Qurtubi)

Sejenis penyimpangan akan muncul ke permukaan. Tidak satu pun pihak mampu melindungi dirinya dari penyimpangan itu, dan penyimpangan itu menyebar segera ke setiap penjuru. Situasi ini akan bertahan hingga seseorang datang dan berkata, “Hai umat manusia, mulai saat ini pemimpinmu adalah Al Mahdi.” (Ibnu Hajar Haytahami, Al-Qawl al-Mukhtasar fi’alamat al-Mahdi al-Muntazar, hal. 23)


Nabi Isa turun ke bumi

Tidak ada seorang pun dari Ahli Kitab, kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya. Dan di hari kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka. (QS An Nisaa’: 159).

Demi Allah Yang jiwaku ada di tangan-Nya, putera Maryam, Isa, akan turun dalam waktu singkat di antara kamu orang-orang beriman (Muslimin) sebagai seorang penguasa yang adil (Hadis Riwayat Bukhari)

Hari Akhir tidak akan datang hingga putera Maryam (iaitu Isa AS) turun di antara kamu sebagai seorang penguasa yang adil. (Hadis Riwayat Bukhari)

’Isa as, putera Maryam as, akan turun, berkuasa selama 40 tahun dengan Kitabullah dan sunnahku, lalu meninggal. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman)

Isa AS, putera Maryam AS, akan menjadi seorang hakim yang adil dan penguasa yang adil (dalam umatku), mematahkan dan meremukkan kayu salib dan membunuh babi... Bumi ini akan dipenuhi dengan kedamaian seperti sebuah bejana diisi dengan air. Seluruh dunia akan mengumandangkan dan mengikuti satu kata yang sama dan tidak satu pun akan disembah selain Allah. (Ibnu Majah)

Khamis, Januari 22, 2009

Lirik Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain

Lirik Lagu - Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai kulumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku

Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah

Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai di sini sahaja
Hubungan kita berdua

Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang takkan mungkin bersatu

Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang takkan mungkin bersatu

Lirik Lagu - Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussein
Lirik Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussein Lirik Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain Lirik Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussain Lirik Lagu Untukmu - Meet Uncle Hussein

Travian - Permainan Internet Paling Popular Masa Kini - Belajar Berkuasa Pada Usia Muda

BELAJAR BERPOLITIK DAN BEKERJA DALAM ORGANISASI
MENERUSI WEB BROWSER BASED ONLINE GAME TRAVIAN

Penulis: Amiene Rev (C) 2009


Kampung Anda Sebelum dan Selepas Beberapa Ketika Bermain

Anda Sebagai Pemimpin Berkuasa Dalam Travian

Sekiranya anda memiliki komputer yang berkelajuan sederhana, tidak ada kad grafik, kad bunyi dan kad video yang canggih serta kapasiti cakera keras yang kecil, jangan risau. Masih ada permainan internet yang boleh anda mainkan bersama rakan-rakan dan kenalan di internet. Sekiranya anda mencari sejenis permainan santai yang berbentuk strategi, politik dan peperangan pada masa nyata, anda mungkin ingin bermain permainan Travian. Menariknya permainan ini, kerana ia seolah-olah melatih anda supaya dapat memahami keadaan politik yang sedang berlaku di dunia hari ini. Rata-rata pemain Travian adalah pemain lelaki dan perempuan yang berusia dari 10 ke 40 tahun.

Saya rasa sesiapa yang berminat untuk terjun ke dunia politik, eloklah bermula dengan permainan Travian. Saya mendapati permainan Travian ini dapat menunjukkan sebab-sebab terdapatnya pemimpin dunia yang dayus, pemimpin dunia yang berkecuali, pemimpin dunia yang penyayang dan pemimpin dunia yang agresif.

Travian memberi pengalaman kepada anda untuk menjadi seperti pemimpin bagi satu-satu negara. Mungkin tanpa anda sedar, anda mungkin seganas Israel, atau mungkin mudah bertolak ansur seperti Malaysia, atau tegas dan berdaya saing seperti Jepun. Mungkin juga anda mangsa kezaliman perang seperti di Palestin. Oleh itu tidak hairanlah jika anda melihat adanya pemain-pemain Travian yang bergabung menubuhkan persatuan politik sendiri menggunakan nama-nama organisasi yang wujud di dunia nyata seperti PBB, PAS, OIC, HAMAS, JOHOR FC, MANCHESTER UNITED, ARSENAL, NAZI dan sebagainya.

Permainan Travian melatih anda bagaimana merancang masa, menguruskan sumber pengeluaran dan ekonomi di kampung anda, mencari peluang perdagangan, melibatkan diri dalam ketenteraan dan sebagainya.
Sekiranya anda berminat untuk bermain permainan Travian, anda boleh melakukan pendaftaran menerusi jaringan di bawah:
Anda Yang Menetapkan Undang-undang dan Hukuman
Sebagai pemimpin, anda boleh menetapkan peraturan dan undang-undang sendiri. Anda juga boleh menjatuhkan hukuman kepada pemain-pemain yang melanggar peraturan. Hukuman yang paling menakutkan ialah melenyapkan terus seseorang pemain dari peta permainan Travian. Seperti menggugurkan sebutir bom nuklear di Hiroshima.

Dalam permainan Travian, anda adalah penentu siapa diri anda. Pemain-pemain mungkin akan sukakan anda, takutkan anda, bencikan anda, atau kagum dan sayangkan anda. Anda mungkin akan memiliki pengikut-pengikut yang setia, atau mungkin ada perisik dari pihak yang lain yang sengaja berpura-pura setia kerana mahu menjawat jawatan penting dan seterusnya menjatuhkan kerajaan anda. Inilah, Travian, permainan yang memerlukan kebijaksanaan, kerjasama dan persefahaman antara pemain untuk terus maju.


Panduan Bermain Permainan Travian - Browser Game
Travian adalah sejenis permainan dalam talian yang berasal dari Jerman. Permainan yang telah memenangi anugerah ini turut diterjemahkan dalam 40 bahasa dan dimainkan oleh lebih 3 juta pemain dari seluruh dunia. Kelebihan permainan Travian ialah para pemain tidak perlu muat turun permainan ini, sebaliknya boleh terus melakukan pendaftaran untuk bermain permainan ini menerusi jaringan di bawah:
Sehingga kini, terdapat 250 server yang menganjurkan permainan Travian ini. Semasa mula mendaftar, pemain perlu mencipta satu akaun sahaja. Akaun ini akan disahkan menerusi alamat e-mel yang dimiliki oleh pemain. Biasanya selepas mendaftar, pemain tidak perlu menunggu terlalu lama, kerana pihak permainan Travian akan menghantar e-mel kepada pemain secara serta-merta.

Pemain cuma perlu masuk ke akaun e-mel pemain, membuka e-mel yang dikirimkan oleh pihak Travian, dan mengesahkan akaun pemain menerusi jaringan yang disertakan di dalam e-mel tersebut. Selepas itu pemain boleh mula bermain.

Pemain boleh memilih salah satu daripada tiga kaum atau puak utama yang memiliki kelebihan dan kelemahan masing-masing. Tiga puak tersebut ialah Roman, Teuton dan Gaul.

Kekebalan Kubu dan Kepantasan Pembangunan Puak Roman
Roman terkenal dengan kekebalan pertahanan dan kekuatan bala tentera infantrinya. Salah satu kelebihan utama Roman ialah mampu membina tembok pertahanan yang kuat, dan boleh membina dua perkara iaitu bangunan dan tapak sumber pada satu masa yang sama. Anda perlu berhati-hati semasa menyerang kampung pemain Roman yang memiliki populasi yang tinggi. Ini kerana tembok mereka sangat kebal dan kuat. Serangan-serangan anda akan mudah dipatahkan. Sekiranya anda sukakan pembangunan, puak Roman adalah pilihan utama anda. Pemain-pemain baru biasanya memilih Roman. Ratusan ribu tentera infantri Roman anda akan mampu menakutkan musuh pada masa akan datang.

Keganasan Perompak-perompak Dari Puak Teuton
Teuton pula adalah pemain paling agresif. Puak Teuton boleh dianggap sebagai puak paling ganas dan kejam dalam Travian. Puak ini hidup dengan menyerang dan merompak sumber-sumber dari kampung-kampung yang lain. Teuton selalunya puak yang paling awal mengganas pada awal permainan. Anda perlu berhati-hati dengan pemain yang memilih puak ini kerana, sekiranya kampung mereka bersebelahan dengan anda, anda mungkin menjadi mangsa pertama mereka. Sekiranya anda seorang pemain yang suka bermain dengan cara yang agresif, Teuton pasti menjadi puak pilihan anda.

Kepantasan Bala Tentera Dari Puak Gaul
Gaul adalah puak yang paling sesuai untuk menjadi pedagang. Puak Gaul mungkin merupakan puak yang paling lambat dalam memulakan menyerang. Namun begitu, itu bukan bermaksud anda boleh menyerang kampung pemain Gaul sesuka hati. Mereka boleh menyorok sumber-sumber mereka di dalam gua dengan lebih banyak daripada pemain lain. Dan, jangan terkejut sekiranya askar-askar yang anda hantar untuk menyerang kampung mereka, tidak kembali kerana terjerat di dalam perangkap-perangkap samar yang banyak terpasang di sekeliling kampung mereka. Gaul merupakan puak berhantu yang menakutkan. Malah, setelah kekuatan ekonomi mereka bertambah, mereka akan dapat membina bala tentera paling pantas dan ditakuti seperti Pasukan Berkuda Guruh Theutates yang terpantas dan Haeduan yang juga merupakan tentera berkuda paling handal. Gaul merupakan satu puak yang fleksibel, anda boleh bertahan dan menyerang balas dengan sangat pantas.

Kemunculan Bala Tentera Terkuat - Orang-orang Natar - Natarian
Setelah beberapa bulan anda bermain permainan Travian ini, akan muncul satu bala tentera yang sangat menakutkan. Kaum Natar merupakan puak legenda yang akan bangkit semula dari kekalahan, dan akan membalas dendam terhadap puak Gaul, Roman dan Teuton. Menakutkan, bala tentera Natar adalah sangat sempurna. Kaum Natar menggunakan burung-burung gergasi untuk meninjau kekuatan kampung-kampung anda, menghantar tentera-tentera bergajah untuk memusnahkan tembok dan kubu pertahanan kampung-kampung anda. Askar-askar mereka dilengkapi dengan baju zirah berduri dan lembing cangkuk yang mampu menewaskan tentera-tentera berkuda anda dengan pantas. Semua perasaan cemas dan menggemparkan ini akan anda nikmati selepas beberapa bulan anda bermain permainan Travian.


Cara-cara Bermain Permainan Travian - Sepintas Lalu
Pada awal permainan Travian ini, setiap pemain Travian akan bermula dengan sebuah kampung. Anda perlu menambah bilangan ladang, sumber kayu balak, tanah liat dan besi. Kemudian anda akan mula membina bangunan-bangunan seperti berek tentera, pasar, kedutaan, istana dan sebagainya. Dari sebuah kampung yang kecil, ia akan berubah menjadi seperti sebuah bandar yang sibuk. Selepas itu anda boleh mencari lembah-lembah terbiar untuk diteroka dan dibina kampung yang kedua, ketiga dan seterusnya. Anda kemudiannya boleh membina seorang Wira yang merupakan satu-satunya unit yang boleh meningkatkan kemahiran berperang menerusi pengalaman pertempuran.

Anda juga akan mula berkenalan dengan pemain-pemain yang lain. Anda juga selalunya akan dijemput untuk menyertai mana-mana persekutuan oleh pemain-pemain lain. Pemain-pemain lain yang berada dalam persekutuan anda akan membantu anda apabila kampung anda diserang pihak musuh, dan anda juga boleh membantu mereka. Selain itu, anda juga boleh berunding dengan pemain-pemain lain. Pastikan anda bijak memilih perkataan kerana anda sekarang berhadapan dengan pemain-pemain yang juga merupakan manusia di alam nyata. Mereka bukan robot, jadi mereka memiliki perasaan seperti anda juga.

Anda seorang yang mahu cepat berkuasa di dalam Travian? Mungkin Gold adalah pilihan anda. Dalam permainan Travian, anda boleh bermain secara percuma. Namun, Gold merupakan satu pilihan berbayar di mana anda perlu mengkreditkan duit sebenar ke dalam mata wang permainan. Biasanya taktik Gold digunakan oleh pemimpin-pemimpin besar persekutuan dalam Travian. Pemimpin-pemimpin ini tidak semestinya kuat, tetapi selalunya memiliki kepakaran dalam mengatur strategi peperangan. Jangan terkejut jika ada seorang pemain yang baru masuk ke persekutuan anda, tiba-tiba dinaikkan pangkat oleh pengasas persekutuan anda. Hal ini juga berlaku kepada saya, di mana saya dilantik sebagai salah seorang pemimpin kanan bagi salah satu kuasa terkuat dalam beberapa server Travian.

Jika anda mahu berkuasa sendiri tanpa perlu menunggu dilantik atau dipilih sebagai ketua, anda boleh menubuhkan persekutuan sendiri. Kemudian anda boleh mempengaruhi pemain-pemain lain untuk menyertai persekutuan anda. Kemudian, anda juga ingin mengukuhkan lagi kedudukan persekutuan anda, bergabung dengan beberapa buah persekutuan lain untuk membentuk satu pakatan besar yang dipanggil konfederasi. Pada ketika inilah kemahiran diplomasi amat diperlukan bagi mengekalkan kuasa dan keamanan serantau.

Dalam permainan Travian, adalah tidak mustahil sekiranya seorang pemain yang dahulunya merupakan musuh anda, boleh menjadi kawan. Juga tidak mustahil bagi seorang pemain baru untuk menjadi seorang pemimpin berkuasa. Segala-galanya berkenaan kuasa, pengaruh dan politik adalah intipati permainan Travian.

Bagaimana? Beranikah anda mencabar daya kepimpinan anda menerusi permainan yang berasal dari Jerman ini. Anda akan tahu sejauh mana pemain lain akan sukakan anda. Ini adalah permainan yang mencabar. Sekiranya anda sibuk, anda boleh meminta pemain lain untuk menjaga akaun anda.

Dalam permainan ini juga akan ada Multihunter yang bertindak sebagai pengawas. Mereka akan menghukum mana-mana pemain yang melanggar peraturan seperti melakukan ugutan, menghantar kata-kata kesat, hasutan dan sebagainya. Sekiranya anda ada sebarang masalah, anda boleh sentiasa berhubung dengan Multihunter dan Staf Sokongan Travian. Malah anda juga boleh menjadi sukarelawan Travian sekiranya anda seorang yang sangat suka bermain Travian.

Permainan ini adalah percuma. Sama seperti anda bermain Yahoo Messenger, Friendster, Facebook dan seumpamanya. Sekiranya anda berminat untuk bermain permainan Travian, anda boleh melakukan pendaftaran menerusi jaringan di bawah:

Couple Itu Sesuatu Yang Istimewa?

Pandangan Amiene Rev Mengenai Budaya Couple

Ada orang bertanya kepada saya mengenai couple. Couple, ia melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita. Dan ia lebih dari itu. Couple, ia soal hati. Soal wanita dan lelaki yang dilamun cinta. Dan ia lebih dari itu. Couple, ya, ia hubungan antara lelaki dan wanita. Dua manusia ini bertemu dan bersehaluan pada tempoh masa tertentu, atas hubungan cinta.

Budaya couple sangat popular di kalangan anak-anak muda. Budaya couple pada pandangan zahir saya adalah satu budaya di mana lelaki dan perempuan berpasang-pasangan dan menonjolkan diri sebagai sepasang kekasih. Oleh itu budaya couple ini boleh ditakrifkan sebagai kehidupan berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan yang dilamun cinta. Lalu, untuk dipendekkan lagi istilah itu, mereka menyebutnya dengan satu perkataan Inggeris yang mudah, iaitu, couple.


Couple, ya sekali lagi saya bertanya. Apa keistimewaan couple?
Saya tidak menemuinya. Saya tidak menemui keistimewaan couple. Saya cuma tahu cinta itu sendiri sesuatu yang istimewa. Dan, cinta itu ialah tanggungjawab. Oleh kerana cinta itu ialah tanggungjawab, maka cinta itu akan bertemu dalam perjuangan.

Apabila seseorang lelaki itu terus berjuang dan berjuang, suatu hari nanti akan ada wanita yang akan turut memberi sokongan kepadanya. Sehidup dan semati dengannya.

Tetapi saya masih tidak nampak apa itu keistimewaan couple. Agaknya couple itu ada definisi atau maksud yang lain? Saya tidak menemui keistimewaan couple. Saya tidak pernah melihat couple sebagai satu hubungan penting dalam hidup.

Saya cuma memahami, mengenali seseorang itu menerusi perjuangannya. Dalam erti kata lain cinta yang wujud apabila seorang wanita memahami perjuangan seorang lelaki, dan seorang lelaki menghormati dan memahami seorang wanita, dan perjuangannya.

Bagi saya, cinta yang hadir semasa seseorang itu sedang berjuang, adalah lebih istimewa berbanding cinta yang hanya wujud pada ketika aman. Saya masih tidak melihat apa-apa keistimewaan pun tentang couple itu.

Saya melihat couple sebagai satu hubungan yang wujud daripada dua orang manusia, lelaki dan perempuan yang berterus terang melafazkan cinta, dan kemudian dengan perasaan cinta itu mereka membuai diri mereka dengan aktiviti seperti berdua-duaan, bertemu janji, saling hubung-menghubungi, bergurau senda dan bercakap soal hati pada masa-masa tertentu.

Saya masih tidak melihat apakah perkara-perkara seperti itu sebagai sesuatu yang istimewa. Saya cuma sedar diri saya seorang pejuang, sepanjang masa berjuang dan terus berjuang sehingga terlupa bahawa cinta sedang berputik di sekitar diri saya. Saya melihat kasih sayang manusia-manusia lain di sekitar saya. Hati saya terusik kerananya. Saya terharu menghirup wangian cinta yang bertebaran sebagai zarah-zarah di dalam udara.

Tetapi saya masih tidak memahami dan terus tertanya-tanya, "Apakah keistimewaan couple?"

Saya tetap dengan pendirian saya. Cinta itu sendiri sudah sedia istimewa, kerana cinta itu adalah satu tanggungjawab. Cinta itu boleh hidup subur tanpa perlu adanya budaya couple yang sering disebut oleh anak-anak muda masa kini.

Rabu, Januari 21, 2009

Koleksi Hadis dan Ayat Quran Berkaitan Dengan Kawan, Persahabatan dan Persaudaraan Menurut Islam

Persahabatan Menurut Al Hadis dan Al Quran
Susunan: Amiene Rev

Kawan, persahabatan dan persaudaraan mempunyai makna yang menjunjung prinsip kehidupan. Saya telah menyusun beberapa hadis dan ayat-ayat Al Quran berkaitan dengan persahabatan untuk dijadikan rujukan.

Ayat Al Quran Mengenai Persahabatan: Sahabat Pada Hari Kiamat

(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)

Hadis Persahabatan: Memilih Kawan
"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)


Ayat Al Quran Berkenaan Persahabatan: Orang Zalim Yang Menggigit Jari
"Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. (Al-Furqan: 27-29)


Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi
"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Jangkitan Orang Durjana
"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain)


Hadis Mengenai Persahabatan: Orang Mukmin
"Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin." [Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Jamuan Orang Bertakwa
"Janganlah memakan jamuan anda melainkan orang yang bertaqwa." (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Cermin
"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Ikatan Setiakawan Kerana Allah
"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)


Hadis Persahabatan: Memanfaatkan Kelebihan Diri Untuk Menolong Orang Yang Tidak Ada Kelebihan Tersebut
"Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan." (Riwayat Muslim)


Hadis Persahabatan: Rasa Sayang
“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Doa Untuk Sahabat
Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan:
عن عمر رضي اللهم عنهم قال استأذنت النبي صلى اللهم عليه وسلم في العمرة فأذن لي وقال لا تنسنا يا أخي من دعائك فقال كلمة ما يسرني أن لي بها الدنيا

Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Bermanis Muka
Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن أبي ذر قال قال لي النبي صلى اللهم عليه وسلم لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن تلقى أخاك بوجه طلق

“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)


Hadis Persaudaraan: Dua Muslim Berjabat Tangan
Rasulullah s.a.w. bersabda:
عن البراء قال قال رسول الله صلى اللهم عليه وسلم ما من مسلمين يلتقيان فيتصافحان إلا غفر لهما قبل أن يفترقا

“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Sering Ziarah-Menziarahi
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:
عن النبي صلى اللهم عليه وسلم يرفعه إلى الرب عز وجل قال حقت محبتي للمتحابين في وحقت محبتي للمتزاورين في وحقت محبتي للمتباذلين في وحقت محبتي للمتواصلين في

“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Kelahiran Anak
بورك لك بالموهوب وشكرت الواهب ورزقك بره وبلغ أشده

“Semoga Allah memberkati anda dengan kelahiran anak ini. Semoga anda bersyukur terhadap kurniaan Allah, mudah-mudahan anda dikurniakan kebaikan setelah ianya membesar.” (Diriwayatkan daripada Hussein Saidina Ali)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Perjalanan Jauh
الحمد لله الذي سلمك وجمع الشمل بك وأكرمك

“Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan anda dalam perjalanan, mempertemukan saya dengan anda serta telah memuliakan anda dengan perjalanan tersebut.” (Diriwayatkan daripada Para Leluhur Silam; Salaf)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Medan Perjuangan Atau Jihad
الحمد لله الذي نصرك وأعزك وأكرمك

“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadamu kejayaan, kemuliaan dan pengorbanan.” (Riwayat Muslim, Nas’I daripada A’isya)


Hadis Persahabatan - Ucapan Untuk Saudara - Pulang Dari Menunaikan Haji
تقبل الله حجك وغفر ذنبك وأخلف نفقتك

“Semoga Allah menerima ibadah hajimu, mengampunkan dosamu, serta menggantikan semula harta yang telah anda belanjakan.” (Riwayat Ibnu Sunni daripada Ibnu Umar)


Hadis Persahabatan: Memberikan Hadiah
عليك بالهدايا فإنها تورث المودة وتذهب الضغائن

Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)

Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:
تهادوا تحابوا

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)


Hadis Berkenaan Persaudaraan Dalam Islam: Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada Muslim Yang Lain.
Rasulullah s.a.w. menerangkan:
للمؤمن على المؤمن سبعة حقوق واجبة من الله وجل، الإجلال له في عينه، والود له في صدره، والمواساة له في ماله، وأن يحرم غيبته، وأن يعوده في مرضه، وأن يشيع جنازته، وأن لا يقول فيه بعد موته إلا خيرا عز


“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:
  1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
  2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
  3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
  4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
  5. menziarahinya ketika sakit,
  6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
  7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”
(Riwayat Ibnu Babawaih)

Hadis-Hadis Mengenai Solat - Dipetik Dari Pelbagai Sumber

Terdapat banyak hadis yang menyebut mengenai kebaikan menunaikan solat atau sembahyang lima waktu dan solat berjemaah. Berikut adalah beberapa hadis berkenaan solat atau sembahyang yang dipetik daripada beberapa sumber.


DOSA ORANG YANG MENUNAIKAN SOLAT DIHAPUSKAN SEPERTI DAUN YANG GUGUR DARI POHONNYA

Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : “Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”. (Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan).


10 PERINTAH RASULULLAH KEPADA MUAZ BIN JABAL
Muaz bin Jabal r.a. meriwayatkan, “Rasulullah SAW memerintah atasku sepuluh perkara iaitu:
  1. Jangan mensyirikkan Allah dengan sesuatu walaupun aku akan dibunuh atau dibakar hidup-hidup.
  2. Jangan membantah ibubapaku walaupun aku terpaksa berpisah dengan isteriku atau kekayaanku.
  3. Jangan melengah-lengahkan solat fardu dengan sengaja kerana Allah bebas daripada kewajipan terhadap seseorang yang melengahkan solat fardu dengan sengaja.
  4. Jangan minum minuman keras (minuman yang memabukkan) kerana itulah punca segala maksiat dan keburukan.
  5. Jangan mengingkari Allah kerana itulah yang menyebabkan Dia murka.
  6. Jangan lari dari medan pertempuran walaupun teman-temanku semuanya telah gugur.
  7. Jangan lari dari tempat di mana wabak sedang merebak.
  8. Berbelanjalah atas kaum keluarga.
  9. Rotanilah anak-anak agar mereka menjadi baik.
  10. Berilah amaran kepada mereka (anak-anak) mengenai kecuaian kewajiban-kewajiban mereka terhadap Allah.
(Riwayat Ahmad dan Tabarani)


5 ANUGERAH KEPADA ORANG YANG MENJAGA SOLATNYA
Adalah disebutkan di dalam hadis bahawa Allah SWT menganugerahkan lima kurnia ke atas orang yang menjaga solatnya, iaitu:
  1. Dipermudahkan rezeki.
  2. Diselamatkan daripada azab kubur.
  3. Menerima buku amalan dengan tangan kanannya pada hari kiamat.
  4. Dapat melintas titian sirat pantas seperti kilat.
  5. Masuk syurga tanpa hisab.

5 AZAB BAGI ORANG YANG MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT
Bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat, dia akan menerima lima jenis azab di dunia iaitu tiga semasa mati, tiga di dalam kubur dan tiga lagi selepas kebangkitan.

Azab di dunia ini adalah :
  1. Tidak dirahmati dalam kehidupan.
  2. Kehilangan nur pada wajahnya (muka orang-orang yang soleh penuh dengan nur).
  3. Tidak menerima pahala bagi amalan-amalannya yang baik.
  4. Doa-doa tidak di makbulkan.
  5. Tidak mendapat bahagian dalam doa-doa orang yang soleh.

Azab semasa dia hendak mati pula adalah :
  1. Mati dalam keadaan aib.
  2. Mati kelaparan.
  3. Mati dalam keadaan dahaga hinggakan air dalam laut di dunia ini tak dapat menghilangkan hausnya.

Azab di dalam kubur bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat :
  1. Dihimpit oleh kuburnya sendiri se hingga tulang-tulang rusuknya saling berselisihan
  2. Api menyala di dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan di atas baranya pada siang dan malam.
  3. Ular yang bisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjang sama dengan perjalanan sebulan dilepaskan ke atasnya. Ular itu akan bertempik seumpama bunyi guruh suaranya,“ Tuhanku telah memerintahkan aku supaya memukul kamu sehingga terbit matahari kerana kamu melengah-lengahkan solat subuh hingga zohor, kerana melengah-lengahkan solat zohor hingga matahari masuk ke lubangnya, kerana melengah-lengahkan solat asar hingga maghrib, kerana melengah-lengahkan solat maghrib hingga isyak, kerana melengah-lengahkan solat isyak hingga fajar. Ular itu terus memukulnya sehingga ke hari kiamat. Setiap pukulan membenamkannya sehingga tujuh puluh hasta ke dalam bumi.

Azab selepas kebangkitan bagi orang yang meninggalkan solat pula ialah :
  1. Hisabnya keras sekali (disulitkan).
  2. Allah s.w.t. murka padanya.
  3. Dicampakkan ke dalam api neraka.

Menurut satu hadis , bagi orang yang meninggalkan solat, akan tertulis tiga baris ayat yang berikut pada dahinya :
  1. Wahai kamu yang melengah-lengahkan kewajiban Allah.
  2. Wahai kamu yang patut menerima kemurkaan Allah.
  3. Kini sesallah kerana kemu melengah-lengahkan kewajiban kamu terhadap Allah.

SABDA RASULULLAH SAW MENGENAI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, ”Seseorang yang melengah-lengahkan solatnya (walaupun dia menqqadanya kelak) akan diazab dalam neraka selama satu huqub.”

Satu huqub adalah sama dengan lapan puluh tahun yang terdiri daripada 360 hari setahun dan satu hari di akhirat adalah sama dengan seribu tahun di dunia ini.


HADIS NABI MUHAMMAD SAW MENGENAI KEBAIKAN SOLAT BERJEMAAH
Abdullah bin Umar RA berkata bahawa beliau mendengar Nabi s.a.w. bersabda, "Solat berjemaah adalah 27 kali ganda darjatnya daripada solat bersendirian."


BERITA GEMBIRA BAGI MEREKA YANG SELALU PERGI KE MASJID UNTUK BERSEMBAHYANG
Sahal bin Saad RA menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu pergi ke masjid pada waktu malam yang gelita kerana mereka akan mendapat cahaya yang sempurna pada hari kiamat kelak”.


KAYU API
Abu Hurairah RA berkata bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda, ”Aku ingin supaya dapat kusuruh pemuda-pemuda mengumpul kayu api banyak-banyak untukku dan kemudian akan kupergi dari rumah ke rumah orang yang solat di rumah masing-masing (tidak solat di masjid) tanpa sebarang uzur dan membakarnya.”


KEBAIKAN MENUNAIKAN SOLAT BERJEMAAH SELAMA 40 HARI TANPA KETINGGALAN TAKBIR
Anas bin Malik RA berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Seseorang yang selalu solat dengan berjemaah selama 40 hari tanpa ketinggalan takbir pertama akan mendapat 2 jaminan; satu, keselamatan daripada neraka dan kedua, bebas daripada nifaq (munafik).

Selasa, Januari 20, 2009

Pos Masalah Anda - Borang

Borang Pos Masalah Anda
Sekiranya anda ada masalah dalam kehidupan anda, anda rasa sunyi dan tidak ada tempat untuk berkongsi pendapat. Anda rasa anda memerlukan Amiene Rev untuk membantu meringankan beban anda. Sila gunakan borang ini untuk menghantar e-mel kepada Duke Amiene Rev. Amiene Rev akan memberikan pandangannya terhadap masalah anda di blog ini.

Nama Samaran Anda:


E-Mel Anda:


Tajuk Masalah Anda:


Luahankan masalah anda di sini:

Image Verification

Taipkan semula kod berdasarkan imej di atas.


Terima Kasih: Pos Masalah Anda

Terima kasih, kerana sudi mengirimkan e-mel kepada Blog Duke Amiene Rev untuk ruangan Pos Masalah Anda. Saya akan membaca e-mel anda dan mendengar suara hati anda. Maklum balas saya terhadap e-mel anda akan disiarkan di blog Duke Amiene Rev menerusi Pos Masalah Anda.

Terima kasih.

Hukum Cukur Cabut Bulu Kening

Hukum Cukur Bulu Kening
Sumber: www.utusan.com.my
Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.
Bersama Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.

Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.

JAWAPAN:
Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini.

Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.

Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah.

Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.

Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.

Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.

Di dalam kitab kitab-kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam persoalan yang dibincangkan.

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.

Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.

Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.

Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.

hukum agama hukum mencukur bulu di muka hukum mencabut kening berdosakah mencabut kening dosa cukur kening dosa cabut kening dosa cukur bulu di wajah wanita hukum cabut kening hukum cabut bulu kening hukum cukur bulu kening haram mencukur habis bulu kening

Tutorial Manga: Mewarnakan Manga 2