Isnin, September 20, 2021
Selasa, Disember 22, 2020
Kitaran Abadi Amiene Rev - Gagasan Pembangunan Ekonomi Negara Amiene Rev
KITARAN ABADI AMIENE REV - GAGASAN PEMBANGUNAN EKONOMI AMIENE REV
Ditulis oleh Amiene Rev pada Disember 22, 2020
Jumaat, Oktober 09, 2020
E-Book V-Book Video Tutorial Saham Basic TO Advance
Klik gambar untuk maklumat lanjut
Video Tutorial Version 2021
Bahagian ini KHAS kepada mereka yang ingin belajar MELABUR SAHAM dengan betul.
Berbagai kelas diikuti dan dipelajari tetapi masih belum mahir teknik di ajar? Anda nak belajar cara bagaimana meraih pulangan yang luar biasa melalui teknik pelaburan saham secara MUDAH, SAH, dan PATUH SYARIAH? jika anda betul-betul nak BELAJAR, kami telah sediakan video tutorial penuh zero to advance.
Inisiatif diambil apabila kami melihat RAMAI mereka di luar sana yang sangat serius mahu lebih memahami dan mengetahui cara pelaburan yg betul, namun tidak menemuinya.
Video ini digarap dan diolah mengikut 'step by step' dari mula sehinggalah ke ADVANCE. Ianya adalah dari Pengalaman, Kajian dan Pembacaan kami selama berkecimpung dalam dunia trading ini.
KAMI MENGAMBIL MASA LAMA, 5-6 TAHUN UNTUK MEMPELAJARI DAN MENGUASAI PELBAGAI TEKNIK. kami telah tapis dan hanya memilih teknik terbaik dan berkesan sahaja kepada anda.
Siapa patut beli Video Tutorial Saham ini?
- Pelabur saham yang BELUM TAHU APA-APA tentang saham
- Pelabur saham yang mencari kelas ADVANCE UNTUK BELAJAR saham
- Pelabur saham yang mencari bimbingan secara KHUSUS dan PERSONAL
- Pelabur saham yang kini anda masih bekerja MAKAN GAJI atau USAHAWAN
- Pelabur saham yang kini seorang SURI RUMAH
- Pelabur saham yang sudah BERSARA dan ingin mencari pendapatan sampingan
APA YANG ANDA BAKAL BELAJAR DI DALAM INI?
- Bagaimana menjana pulangan yang baik secara konsisten melalui pelaburan saham
- Bagaimana untuk mengaplikasi teknikal analisis sewaktu membuat pelaburan
- Rahsia Teknik dan Trade secara advance
- Bagaimana melihat saham dalam aliran menaik dan menurun
- Formula membaikpulih portfolio saham yang rugi
- Formula bagaimana mula melabur dengan modal yang rendah & minima
KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Dapatkan Video Tutorial Saham 2021 segera!!
HARGA ASAL RM1985
HARGA PROMO RM985
SEKARANG RM600.00
UNTUK UNTUK TEMPOH TERHAD SAHAJA!!!
x
Ditulis oleh Amiene Rev pada Oktober 09, 2020
Label: belajar trading saham, BTST, cara trading saham di bursa Malaysia, cara-cara trading saham, e-book saham, intraday, KLSE, swing, tips trading saham, trading saham, video trading saham
Jumaat, April 24, 2020
Smart Quran Aplikasi Mobil JAKIM KDN SKMM
● Syeikh Ali al Huzaifi
● Syeikh Ibrahim al Akhdar
● Syeikh Muhammad Ayyub Ibn Muhammad Yusuf.
Ditulis oleh Amiene Rev pada April 24, 2020
Label: Al Quran, Aplikasi Telefon Bimbit, Aplikasi Telefon Pintar, Quran Telefon Pintar, Smart Quran
Isnin, April 20, 2020
E-Sentral - Kedai e-Book terkenal untuk buku-buku berbahasa Melayu di dunia
Ditulis oleh Amiene Rev pada April 20, 2020
Label: buku elektronik, e-book, e-book store, e-novel, e-sentral, stor buku elektronik
YTL FOUNDATION - Panduan Memohon Telefon Percuma dan Data Percuma
YTL FOUNDATION - Panduan Memohon Telefon Percuma dan Data Percuma
Saya yakin ramai warganegara Malaysia sudah tahu tentang berita pemberian telefon pintar dan data percuma selama setahun untuk golongan B40. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilancarkan, kepentingan untuk mengikuti e-pembelajaran menerusi telefon pintar semakin meningkat.
Cara Memohon Telefon Percuma Dengan Data Internet
- Nombor MyKad/MyKid murid
- Nombor MyKad ibubapa
- Status B40 ibubapa di portal BPN (https://bpn.hasil.gov.my) masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’. Klik pautan BPN di atas.
- Salinan MyKad/MyKid murid
- Salinan MyKad ibubapa
Ditulis oleh Amiene Rev pada April 20, 2020
Label: Panduan, Telefon Percuma, YTL
Khamis, Mac 26, 2020
Senarai Kedai Barang-barang Keperluan Online Sempena Perintah Kawalan Pergerakan Covid-9
Jika kita pergi ke pasaraya pun, kebanyakannya tutup. Sekarang sudah ada pembantu pembeli, kita boleh tempah barang secara dalam talian. Kedai barang keperluan online muncul seiring dengan teknologi siber. Kini, kepentingannya mula dirasai.
Lazada - https://www.lazada.com.my/shop/lazada-mall-store/
Shopee - https://shopee.com.my/mall
Presto Mall - https://www.prestomall.com/
Tesco - https://eshop.tesco.com.my/groceries/
Mydin - https://www.mydin.com.my/online-store/onlinestore
Redtick - https://shop.redtick.com/
MyGrocer - https://mygroser.com/en/index
Jaya Grocer - https://www.jayagrocer.com/
Potboy Groceries - https://potboy.com.my/
Pantry Express - https://www.pantryexpress.my/
The Little Mart - https://www.thelittlemart.com/
TM Farms - https://www.tmorganicfarms.com/
Everleaf – https://www.everleafstore.com/
Ditulis oleh Amiene Rev pada Mac 26, 2020
Label: Beli-belah Online, Kedai Barangan Keperluan Online, Kedai Dalam Talian, Kedai Online
Selasa, Januari 28, 2020
REGENESIS
Apa yang anda tahu tentang regenesis. Proses memperbaharui kehidupan. Kelahiran semula. Tidak ramai orang percaya tentang regenesis. Dalam konteks psikologi, regenesis boleh berlaku.
Hampir semua manusia memilih tempat baru untuk memulakan regenesis. Musuh utama regenesis adalah dunia siber. Menghalang regenesis daripada berlaku, membuatkan regenesistan kembali semula ke kehidupan lama.
Seorang regenesistan lahir dengan kehilangan memori lama. Untuk itu, regenesistan mesti berada di kawasan yang tidak mengenalinya, tidak memiliki apa-apa maklumat tentang dirinya.
Regenesistan boleh hidup di dunia barunya dengan dua cara. Tanpa sebarang memori implan. Juga dengan memori implan sebagai pemecut kebolehan barunya. Regenesistan boleh mengekalkan kebolehan atau kemahiran lamanya atau percaya bahawa dia memiliki kebolehan atau kemahiran yang berbeza daripada kehidupan lamanya.
Seseorang regenesistan juga perlu mengubah segala identiti tentang dirinya, supaya orang-orang berkaitan dengan dirinya dari dunia kehidupan lama tidak lagi dapat menghubunginya.
Bukan mudah menjadi regenesistan jika dahulunya seseorang itu adalah seorang yang terkenal. Teknologi mengubahsuai rupa menjadi sandaran rapat terhadap seorang regenesistan. Suara, rupa, anak mata, cap jari dan DNA adalah antara perkara paling asas perlu diubah.
Adakah anda salah seorang daripada regenesistan?
Ditulis oleh Amiene Rev pada Januari 28, 2020
Label: Teknologi
Ahad, Disember 22, 2019
Honduras 2004
Nun jauh di atas langit mendung, enjin kapal terbang bergema. Umpama helang yang sedang mengibarkan sayapnya, dan kipas-kipas yang mirip cakar seekor garuda, kapal terbang yang kuat berbau enjin diesel itu mendarat. Tanah-tanah lumpur berwarna merah, berbekas dengan jaluran roda kecil kapal terbang itu. Kipas berputar, memecahkan percikan air hujan yang jatuh dari langit ke samping.
Stesen menara komunikasi kelihatan kosong. Kapal terbang mendarat dan beberapa orang bersenjata rifel mengiringi kami. Ini misi penting, demi keamanan dua benua. Tugasan rahsia, itulah yang terbayang di mataku sebaik-baik sahaja kakiku menjejak ke tanah merah itu.
Sebuah jip berwarna hitam gelap menghampiri kami, aku dan beberapa ejen yang lain dijemput menaiki jip tersebut. Tidak banyak yang kami bawa, selain identiti pengenalan diri yang berlesen universal dan beberapa dokumen penting dua benua yang hendak diselesaikan.
Kebakaran besar di San Pedro telah membunuh sekitar 100 orang dan kes pembunuhan melibatkan penumpang bas di Chamelecon menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang tidak selamat. Lebih 1000 kanak-kanak dan remaja telah dibunuh oleh skuad maut yang terkenal pada ketika itu.
Zaman itu Ricardo masih berkuasa, kecelakaan udara yang menimpanya kemudian pada tahun 2005 membuka peluang kepada Zelaya untuk mengambil alih tampuk kepimpinan Honduras.
Zelaya menyatakan niatnya untuk membantu warga miskin, dan pada masa yang sama mempersoalkan kehadiran tentera Amerika di rantau itu. Zelaya berjaya memperkenalkan pendidikan percuma untuk anak-anak Honduras. Para petani juga telah diberikan bantuan. Gaji-gaji dinaikkan.
Politik itu kotor. Untuk mengelakkan lebih banyak kematian, pertolongan kami diperlukan. Rakyat tidak berdosa tidak sepatutnya dijadikan mangsa.
Dan pengalaman berdarah pun bermula. Beribu nyawa manusia di hujung jari kami dan satu kesilapan boleh memberi maut. Andai kau tahu betapa berat tanggungjawab kami ketika itu.
Ditulis oleh Amiene Rev pada Disember 22, 2019
Label: Honduras
Khamis, Disember 05, 2019
Ejen Ali: The Movie - Misi Neo 2019 - Ulasan Filem Animasi
Pengulas: Amiene Rev (C) 2019
Filem animasi tempatan kini bertambah baik. Jalan cerita, aksi sudah setanding filem antarabangsa. Nilai-nilai Malaysia masih terserlah biarpun kisah yang disampaikan adalah berkaitan dengan teknologi yang mendahului zaman, latar belakang tempat yang langsung tidak wujud di negara Malaysia.
Siri animasi televisyen Ejen Ali sudah beberapa tahun bersiaran di skrin televisyen tempatan, juga boleh ditonton menerusi Youtube.
Siri animasi Ejen Ali bermula dengan kisah seorang kanak-kanak bernama Ali yang secara tidak sengaja terguna IRIS. Disebabkan IRIS cuma boleh berfungsi kepada sesiapa yang sudah disetkan DNA buat pertama kali iaitu Ali, secara tidak langsung Ali menjadi aset kepada sebuah pertubuhan rahsia yang dipanggil MATA.
IRIS merupakan alat berteknologi tinggi ciptaan Aliyah, ibu Ali yang telah meninggal dunia semasa mempertahankan Cyberaya. Teknologi IRIS berjaya difahami oleh salah seorang ejen MATA, yang juga merupakan saintis pintar, sehingga lahirlah versi terbaru IRIS yang dipanggil IRIS NEO.
IRIS NEO dianggap lebih canggih berbanding IRIS milik Ejen Ali, di mana ia mampu menangani masalah Override yang membuatkan penggunanya hilang kawalan diri. Adakah benar IRIS NEO lebih berguna berbanding IRIS? Filem Ejen Ali membongkar jawapan ini.
Sejak wujudnya IRIS NEO, Ejen Ali dianggap sebagai beban dalam pertubuhan MATA oleh kebanyakan ejen yang di antaranya juga merupakan rakan sepasukan Ali. Pada masa yang sama, Ali bertembung dengan bekas sahabat seperjuangan ibunya, lalu Ali pun berubah haluan, daripada Ejen Mata kepada wira penduduk pinggiran. Adakah haluan baru yang menjadikan Ali sebagai Wira Pinggiran ini membawa kebaikan kepada Ali?
Ali mula sedar, selama ini, ibunya telah menolongnya secara senyap-senyap biarpun ibunya telah meninggal dunia. Kisah yang menemukan Ali dengan ibunya di dalam alam lain yang boleh diakses melalui IRIS sangat menyentuh hati.
Keikhlasan Aliyah berjuang untuk warga Pinggiran digambarkan dengan jelas, dan kekuatan ini menyebabkan filem Ejen Ali The Movie ini sebagai sebuah filem animasi tempatan yang sangat berjaya. Mesej yang disampaikan memang meninggalkan bekas yang mendalam ke dalam diri penonton. Sebuah karya adiwira yang wajar dicontohi.
Filem Ejen Ali bukan hanya memaparkan aksi dan visual yang sangat menarik, juga bijak menyampaikan nasihat dan motivasi kepada para penonton.
Satu soalan yang perlu anda tanya pada diri anda sendiri, adakah anda sekarang memiliki jiwa seperti Dato' Othman atau ibu Ali, Aliyah? Adakah anda mahu berubah menjadi seorang perwira? Apa yang sanggup anda korbankan untuk menjadi seorang perwira?
Penamatan filem Ejen Ali The Movie juga merupakan satu Easter Egg untuk siri animasi Ejen Ali yang seterusnya. Apakah yang berlaku di pengakhiran cerita ini? Adakah Ejen Ali akan memiliki IRIS NEO, atau terus menggunakan IRIS milik ibunya, atau dilarang daripada menggunakan kedua-duanya?
Saksikan Ejen Ali The Movie untuk menemui jawapannya.
Ditulis oleh Amiene Rev pada Disember 05, 2019
Label: Filem Adiwira, Filem Animasi 3D, Filem Tempatan, Ulasan Filem, Ulasan Filem Aksi
Ahad, Oktober 13, 2019
Ulasan Filem GERAN - Padat dengan aksi dan hikmah
Ditulis oleh Amiene Rev pada Oktober 13, 2019
Label: Filem Geran, Filem Seni Bela Diri, Filem Silat, Filem Tempatan, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia, Ulasan Filem Aksi
Khamis, Ogos 01, 2019
Date Palms
Ditulis oleh Amiene Rev pada Ogos 01, 2019
Label: Observer Primal
Selasa, Julai 23, 2019
Involve
Ditulis oleh Amiene Rev pada Julai 23, 2019
Label: Observer Primal







