BLOG DUKE AMIENE REV

Jumaat, Mei 31, 2013

Hantu DIGI Berwarna Kuning

31 MEI 2013: Sudah pasti, ramai yang pernah bertembung dengan Hantu DIGI berwarna kuning di kaca televisyen, di layar perak dan mungkin di skrin komputer atau gajet anda. Apa perasaan anda apabila bertemu dengan semua itu?

Hantu DIGI sentiasa mengekori manusia. Sekiranya kamu rasa diri kamu diekori oleh lembaga kuning, maka kamu harus pertimbangkan perkara-perkara berikut:

1. Adakah kamu menggunakan telefon bimbit atau tablet?
2. Adakah kamu menggunakan DIGI?

Jika kedua-dua jawapan kamu adalah positif maka kamu berkemungkinan besar telah diekori oleh lembaga tersebut. Jika salah satu jawapan kamu tidak benar, kamu tak perlu bimbang kerana lembaga kuning atau Hantu DIGI takkan dapat mengacau kamu.

Ini adalah kisah Hantu DIGI yang menimbulkan rasa seram sejuk bagi sesetengah manusia. Mungkin kamu tidak takut dengan Hantu DIGI, tetapi Mat Saje tentu akan mengingatkan kamu kepada Hantu DIGI.

Kamu kenal Mat Saje? Ya, dia pernah muncul dalam beberapa filem Melayu. Pernah beraksi dalam filem aksi dan berbentuk kongsi gelap atau samseng.

Khamis, Mei 30, 2013

Makan Sayur-sayuran Untuk Kekal Cantik

Terdapat sesetengah jenis makanan yang mampu mengekalkan kecantikan seseorang insan. Berikut adalah 8 makanan yang terdiri daripada sayur-sayuran, kekacang, bijiran, ubi dan minuman teh atau herba yang mampu mengekalkan kecantikan seseorang manusia.

8 makanan untuk kekal cantik
Dipetik dari HMETRO


1. Timun
Masalah kulit muka yang kasar sering menimbulkan resah kepada setiap individu. Timun boleh membantu atasi masalah ini dengan menjadikannya sebagai ‘masker’. Hiris di bahagian hujung timun dan gaul dengan tepung jagung serta sedikit air. Kemudian, sapukan pada keseluruhan muka sebelum tidur dan cuci pada keesokan hari. Timun juga boleh dimakan sebagai ulam atau dimasukkan ke dalam pelbagai jenis masakan.

2. Tomato
Kandungan asli buah tomato dapat memulihkan kulit wajah dan menjadikan kulit licin serta halus. Tomato juga boleh menjadi bahan anti-penuaan yang membuatkan kulit menjadi lebih muda.

3. Bayam
Bayam mengandung protein, lemak, karbohidrat, kalium, zat besi, amarantin, purin, dan vitamin A, B dan C. Makan bayam setiap hari boleh mengurangkan risiko kulit menjadi berkerut dan berkedut walaupun usia semakin bertambah.

4. Badam
Mereka yang gemar makan badam akan memiliki kulit yang lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambilnya langsung. Ini kerana badam kaya dengan vitamin E yang berfungsi sebagai anti-oksidan agar kulit menjadi lebih kuat dan sihat khususnya ketika berada di bawah sinar mentari. Badam juga banyak digunakan dalam pembuatan kek dan biskut.

5. Lobak merah
Banyak kelebihan yang akan kita peroleh apabila makan lobak merah dan ia mampu menyegarkan mata. Tetapi lobak merah yang kaya dan mengandungi vitamin A ini juga membantu merangsang sel kulit agar menjadi lebih baik dan menghalang sel-sel kanser.

6. Coklat pekat
Coklat bukan saja boleh membuatkan kita berasa gembira malah boleh membantu tekstur dan kekenyalan kulit. Hindarkan pandangan mereka yang beranggapan bahawa coklat menggemukkan dan berjerawat kerana coklat sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat yang tinggi.

7. Teh hijau
Teh hijau adalah sejenis teh yang dibuat daripada daun Camelia senensi yang mengalami oksidasi minimal sepanjang proses pembuatannya. Teh hijau yang berasal dari China dikaitkan dengan kebudayaan Timur di mana boleh menghasilkan kesan yang hebat pada kulit serta baik untuk kesihatan. Teh ini juga membantu kulit menjadi lebih halus.

8. Ubi manis
Ubi kaya dengan vitamin C, ia bukan saja membantu menghaluskan kulit, bahkan menghindarkan kulit daripada kerutan. Vitamin C yang terkandung di dalamnya adalah salah satu bahan penting untuk membentuk kolagen yang amat baik untuk kelunturan dan keanjalan kulit.

DETEKTIF AMIENE REV: Pencerobohan Siber di Canberra

30 MEI 2013: Belum pun selesai satu maklumat yang dikaji, aku digemparkan lagi dengan satu kes penggodaman maklumat di Australia. Nampaknya, ada pihak tertentu cuba mengaitkan Australia dengan sumber-sumber tertentu.

Kali ini, aku difahamkan bahawa maklumat sulit berkenaan hal ehwal perdagangan dan hubungan asing telah dicuri oleh satu pasukan perisik siber yang lain. Jika hal ini berterusan, maka aku terpaksa memperbaharui lesen senjata api yang aku miliki kerana aku mungkin perlu menyamar sebagai ejen tertentu, merisik maklumat berkaitan dengan Prototaip C. Ini sudah jadi satu misi yang sangat berbahaya.

Buat masa ini, Agency belum mahu aku menggunakan senjata api. Dalam erti kata lain, aku bebas menjalani kehidupan yang aku mahukan kini. Kehidupan yang bebas risiko selepas identitiku sebagai 'wira siber' dipadamkan.

Sistem kotak biru yang baru akan membolehkan aku berdepan dengan penjenayah-penjenayah ini secara dalam talian. Lokasi mereka telah diputarkan ke satu negara Asia. Ini satu tindakan bijak. Namun, pakar dalam bidang ini sudah pasti tahu apa yang sedang mereka lakukan.

Mereka bukan sasarkan negara tersebut, mereka cuba mensasarkan sebuah negara yang lain. Kegagalan menyelesaikan misi ini boleh menyebabkan hubungan antara dua negara terjejas. Aku memerlukan bantuan daripada peramal perang mengenai tahap merah yang bakal dilalui sekiranya misi ini gagal.

Sejak seminggu dua lalu, aku bukan lagi seorang civilian. Aku kini seorang pembanteras jenayah. Jenayah antarabangsa.

Rabu, Mei 29, 2013

Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu VS Bahasa SMS
Luahan rasa: Amiene Rev, 29 MEI 2013

Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan
Bahasa SMS, menyebar di alam siber
Bahasa kebangsaan masih meniti di bibir
Biarpun ejaannya sudah berubah
Hati yang membaca kekal menyebut yang benar

Begitulah tokoh jiwa-jiwa muda
mengagungkan Bahasa SMS
Mempertahankan Melayu
tidak salah katanya menggunakan Bahasa SMS
Ratusan ribu sudah mengguna Bahasa SMS
Bahasa baru generasi muda

Kemudian penularan berlaku
Bahasa SMS lekat di bangku
peperiksaan
Kertas kajang dan karangan
satu demi satu dijajah Bahasa SMS
Bahasa baru generasi muda
yang tidak salah digunakan
katanya

Biar Melayu pupus pada bahasanya
Biar Melayu mudah berbicara
Warisan lama hilang musnah
Kurangnya pak sanggup pemikul beban
memikul beban bahasa ibunda

Biar jahanam semua bahasa ibunda
tak perlu diwariskan jika sukar dibela
Adakah di atas prinsip anak-anak muda?
Di mana mahu kuletak rasa kecewa
Di mana layak kusimpan gundah gulana
Bahasa kebangsaan tergolek ke longkang
Umpama kucing berlari ke tepi jalan
mahu mengelakkan diri dari sebuah kereta
yang memecut laju

Begitulah bahasa kebangsaanku kini
Mungkin sudah tua usia Bahasa Melayu
Mungkin sudah sampai ajalnya
Maka, adakah lagi kelak, bangsa Melayu?

Cara Qada Solat Yang Ditinggalkan 3 Tahun - Cara Ganti Solat

Mungkin masih ada hamba Allah yang resah gelisah kerana tidak tahu bagaimana hendak menebus dosa dan menggantikan solat-solat yang tertinggal atau sengaja ditinggalkan pada zaman jahiliah dahulu kala. Sebenarnya cara untuk menggantikan solat fardhu yang tertinggal itu ada cara yang mudah.

Soalan: Ustaz, mohon terangkan cara bagi mengqada solat yang ditinggalkan selama tiga tahun. Bagaimana niatnya?

Jawapan daripada Ustaz Azhar Idrus: Qada solat adalah sama caranya dengan solat fardu yang kita tunaikan. Sekiranya kita qada solat subuh, tetap ia dikerjakan dua rakaat. Niatnya adalah , “Sahaja aku solat fardhu subuh qada, dua rakaat tunai, kerana Allah”

Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sekiranya ada kelapangan sama ada dalam waktu subuh, waktu pagi, petang, atau pun malam.

DETEKTIF AMIENE REV: Misteri dari Aukland

29 MEI 2013: Sejak dua minggu lalu, aku telah menyiasat satu kes jenayah berkaitan dengan panggilan dari pihak tertentu. Naluriku seorang detektif mendapati, terdapatnya unsur-unsur jenayah dalam panggilan telefon tersebut.

Kini, dengan gelombang teknologi seperti Skype WeChat dan lain-lain, para penjenayah mula beralih dari dunia siber ke dunia telekomunikasi internet. Mereka membuat panggilan terhadap pelanggan-pelanggan tertentu, menawarkan sesuatu, dan mendesak bakal-bakal mangsa untuk menerima tawaran mereka. Ini merupakan satu lagi jenayah yang kita panggil sebagai SCAM.

Sejak seminggu dua lalu, aku bukan lagi seorang civilian. Aku kini seorang pembanteras jenayah.

Selasa, Mei 28, 2013

SONY XPERIA GO - Tahan Lasak Cuma 4 Bulan Pertama Sahaja?

Sony XPERIA Go, tahan lasak, kalis air tetapi mudah rosak!

SONY XPERIA GO, yang diwar-warkan tahan lasak selama ini akhirnya terbukti mudah rosak! Tahan lasak apa kalau baru 4 bulan pakai, sistem Touch Screen dah tak berfungsi, terutama di bahagian tepi. Hal ini diakui sendiri oleh seorang penjual telefon mudah alih tahan lasak (kononnya) yang telah menggunakan SONY XPERIA GO.

Malah lebih mengejutkan bila penjual telefon bimbit ini dengan mudah dapat meneka "XPERIA GO?" apabila saya memberitahunya tentang telefon bimbit yang rosak di bahagian tepi. Nampaknya bukan saya seorang yang mengalami masalah ini, tetapi masalah ini turut dirasai oleh pengguna yang lain.

SONY XPERIA GO tahan lasak? Nampak kuat pada luarannya tetapi secara dalamannya rapuh. Nampaknya selepas ini, saya akan kembali kepada SAMSUNG.

Ternyata SAMSUNG tidak ada tandingannya. SAMSUNG boleh tahan sampai 7-8 tahun walaupun lasak. SONY XPERIA GO baru 4 bulan sudah rosak. Padahal tahan lasak dan kalis air.

Tulisan ini adalah jujur selepas beberapa bulan menanggung rasa sakit hati terhadap SONY XPERIA GO. SAMSUNG mungkin tidak kalis air, tetapi SAMSUNG tidak mudah rosak seperti SONY XPERIA GO. Memalukan dan menyakitkan hati.

Maaf, kalau ada yang tidak setuju, tetapi ini pengalaman pahit sebagai pengguna SONY XPERIA GO yang diwar-warkan tahan. Mungkin tahan lasak dan kalis air itu benar, tetapi MUDAH ROSAK.

Selasa, Mei 21, 2013

Menghilangkan Ketiak Hitam dan Ketiak Berkarat

Menghilangkan Hitam dan Karat Pada Ketiak
Oleh Murshid Eunos, HMETRO

Isu ketiak basah memang menjadi konflik kebiasaan untuk golongan muda baik perempuan mahupun lelaki. Bau? Sudah tentu tetapi MURSHID EUNOS ingin berkongsi cara untuk mengelakkan masalah ketiak hitam yang boleh membuatkan keyakinan diri jatuh menjunam.

Mengikut kajian rambang dan meneliti kebanyakan artikel dalam material rujukan khusus buat remaja, masalah ketiak hitam acap kali membelenggu golongan gadis dan jumlah sangat sikit kepada golongan lelaki.

Muka cantik dengan gaya menggoda, badan ramping dengan potongan menggiurkan tapi sayangnya, sesetengah daripada mereka yang tidak selesa kerana dibelenggu masalah kesan hitam di ketiak.

Walaupun kedudukannya sulit dan tersembunyi tetapi kesan gelap ini mencacatkan penampilan dan membuatkan wanita berasa rendah diri terutama bagi golongan yang gemar mengenakan pakaian tidak berlengan.


Wanita yang bertudung tidak terlepas, mereka tetap merasa tempias masalah itu. Bagi yang berstatus isteri pula, pasti berasa malu untuk mempersembahkan diri kepada suami.


Jangan terkejut jika selera suami tiba-tiba mati sebaik saja terpandang ketiak anda yang ‘berkarat’. Sebelum suami, teman-teman atau keluarga membuka mulut menegur kecacatan yang mengganggu pandangan mereka, lebih baik anda bertindak segera.

Mengapa jadi begitu? Gadis memang lekas mengambil berat soal kecantikan diri. Kebanyakan bermula pada usia yang masih muda kerana ikutkan kata kawan. Kononnya perlu mengenakan pewangi diri dan beberapa lagi alatan mekap untuk tampil cantik.

Mulalah ada yang memberi cadangan, gunalah pewangi untuk ketiak, deodoran yang mampu menghilangkan bau dan mengurangkan kesan tidak menyenangkan terutama apabila ‘dating’.

Penggunaan deodoran yang tidak sesuai serta penggunaan tidak tepat antara punca berlakunya masalah ketiak hitam dan tona kulit tidak sekata. Bagi yang mempunyai kulit sensitif, kandungan di dalam deodoran boleh menyebabkan masalah kulit seperti merengsa dan sebagainya.

Sisa deodoran yang tidak dibersihkan dan bercampur dengan peluh dikhuatiri mengundang bakteria hingga menyebabkan ketiak menjadi hitam dan lebam. Tapi kepada golongan wanita yang hamil, ia juga disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik.

Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut. Penggunaan alat pencukur yang tidak bersih dikatakan juga faktor yang menggalakkan pembiakan bakteria dan ketiak menjadi gelap.

Malah perlu diingatkan, ketiak boleh menjadi hitam kerana pakaian yang ketat terutama di bahagian lengan. Pergeseran antara ketiak dan baju membuatkan bahagian ini tidak selesa. Tapi itulah fesyen yang digemari kebanyakan golongan gadis, barulah ‘trend’ pakai baju yang ketat.

Bukan sekadar mencari kaedah rawatan atau penyelesaian tetapi anda juga mesti mengetahui punca berlakunya masalah ini. Ia akan membantu anda memahami, mencegah dan mengatasi masalah dengan cara yang tepat.

Mengapa perlu menunggu untuk menyelesaikan masalah ini? Atau terpaksa mengubah penampilan semata-mata ingin menyembunyikan kekurangan diri ini.

Cara mengatasi masalah ketiak hitam adalah mudah sebenarnya. Mandi dengan sempurna dan gunakan sabun khas bagi membantu menghilangkan kesan gelap.

Dapatkan nasihat doktor sebelum membeli sebarang produk termasuk sabun. Banyak produk berbentuk sabun dan krim yang khas untuk menyelesaikan masalah ini.

Kemudian kenakan pakaian yang longgar dan menyerap peluh. Ia memberi ruang pengudaraan kepada tubuh. Gunakan bedak anti bakteria di bahagian bawah lengan selepas mandi. Bedak ini dikatakan dapat mengurangkan peluh. Dapatkan produk ini di farmasi selepas mendengar penerangan dan nasihat doktor.

Disarankan melakukan rawatan ‘wax’ berbanding mencukur kerana ia lebih selamat dan tidak membuatkan kulit di bahagian ketiak gelap. Ada kalanya mencukur boleh menyebabkan luka kecil pada bahagian itu dan ia adalah punca ketiak berubah menjadi lebam.

Jika masih memilih kaedah bercukur, pastikan alat cukur bersih dan pisau cukur tidak berkarat. Perlahan dan cukup berhati-hati ketika mencukur agar ia tidak menyebabkan luka pada bahagian ketiak.

Sental tubuh dengan ‘scrub’ khas bagi menanggalkan sel mati dan menghilangkan daki serta parut selain elakkan menyembur minyak wangi di bawah ketiak, perbuatan ini menggalakkan pembiakan bakteria apabila peluh bercampur dengan pewangi.

Kebanyakan gadis gemar menyembur pewangi pada ketiak kononnya untuk memastikan ia kekal wangi tapi itu adalah kaedah yang salah kerana tidak sesuai dan penggunaannya akan menyebabkan pengumpulan bakteria yang menggelapkan bahagian ketiak.

Terakhir yang perlu diberi perhatian adalah pemilihan deodoran. Ambil deodoran yang mengandungi unsur mineral seperti kristal kerana ia sesuai untuk golongan berkulit sensitif.

Cubalah langkah-langkah ini bagi menyelesaikan konflik diri ini. Mengapa harus pasrah dan melihatnya sebagai satu kekurangan kerana masih ada formula lain yang mampu menghilangkan masalah ini.


Petua tradisional

Ada cara lain untuk mengelakkan ketiak hitam dan berkarat. Ikutlah langkah membuang peristiwa ngeri ini daripada hidup anda dengan mengikut langkah secara tradisional.


1. Limau + kapur sirih

Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.


2. Buah betik

Parut buah betik yang hampir masak sehingga halus. Letakkan ramuan ini di ketiak selepas anda mandi dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air, lakukan secara kerap, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.


3. Sirih + beras

Kisar segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama di bahagian ketiak dan celah paha. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang dilumur tanggal daripada badan. Petua ini bukan saja menjadikan kulit badan anda halus, malah ia juga akan membantu menanggalkan daki dan kesan hitam.

Selasa, April 09, 2013

Windows 8 Font are thicker than Vista even with anti aliasing

Problem: I purchased Windows 8 Professional at deduced price on the basis of Vista Home Basic owned previously.  However after installing Windows 8 I noticed that the fonts are thicker and less clear (some time ugly). Even after adjusting anti aliasing it made no difference. Microsoft Office documents and Internet Explorer 10 contents are also affected (same true for PDF files). Do you have any tips to make them as sharp as Vista ones. 
 
Solution:  Check to see if you have ClearType turned on:
  1. Press the Windows key + C to access the Charms bar
  2. Select Control Panel
  3. Select Fonts
  4. Select Adjust Clear Type text - If needed, select Turn on ClearType
  5. Select Next and select the options that you prefer.

Problem should be solved by now.

Gula-Gula Tingz Sekat Gigi Cepat Rosak

‘Tingz’ sekat gigi cepat rosak
2013-04-07 08:55 Disediakan oleh Berita Harian


Salah satu perisa yang ditawarkan syarikat pengeluar manisan bebas gula.

London: Ibu bapa sering memberitahu anak-anak bahawa memakan terlalu banyak gula-gula menyebabkan gigi cepat reput.

Alternatif bebas gula ialah aspartame - sejenis pemanis tiruan kontroversi yang diluluskan untuk penggunaan dalam makanan dan minuman tetapi menyebabkan kebimbangan potensi kesan sampingan.

Kini sebuah syarikat melancarkan pelbagai manisan bebas gula yang dikatakan bukan hanya 100 peratus semula jadi, namun mengandungi bahan aktif menyekat gigi rosak.

‘Bebas gula’

Gula-gula Tingz keluaran Peppersmith, yang digelar ‘bebas gula dan bagus untuk gigi’ ada perasa termasuk strawberi, vanila, oren dan limau mandarin.

Manisan kecil berbentuk bulat dibuat 100 peratus dengan xylitol, bahan semula jadi yang diperoleh dari pokok birch iaitu polipol atau gula alkohol.

Bahan itu rasanya sama dengan gula namun memiliki 40 peratus kurang kalori dan rendah GI, yang diluluskan secara meluas industri perubatan sebagai ejen bantuan menentang kerosakan gigi.

Di laman web mereka, Peppersmith berkata keupayaan xylitol untuk mengurangkan plak dan kerosakan gigi ditunjukkan dalam ‘beratus-ratus kajian klinikal dan lapangan.’

Ia mengurangkan bakteria berbahaya dalam mulut kepada 90 peratus, kata mereka.

“Ketika ini, manisan mengandungi xylitol diluluskan lebih 15 persatuan pergigian utama di seluruh dunia, termasuk Yayasan Kesihatan Pergigian British dan FDI (Persekutuan Pergigian Antarabangsa),” kata mereka.

Ada bukti di tempat lain untuk menyokong penggunaan preskripsi xylitol. Di Sweden dan Finland, kanak-kanak di sekolah diberikan gula-gula mengandungi xylitol untuk melindungi gigi mereka selepas makan.

Justeru, bagaimana ia berkesan? Di laman web mereka, Peppersmith menggariskan proses itu secara terperinci. Mereka berkata, kerosakan gigi bermula dengan bakteria dalam mulut digelar Streptococcus Mutans.

“Bakteria ini membentuk plak yang melekat pada gigi dan menyebabkannya rosak. Apabila anda makan, gula dalam makanan memberi bakteria itu tenaga dan mereka membiak dan mula menghasilkan asid.

“Apabila pH dalam mulut akhirnya menurun di bawah pH 5.5, permukaan enamel gigi mula larut. Proses sama berlaku setiap kali selepas snek atau makan dan jika ia berterusan, pada akhirnya gigi rosak. - AGENSI

Baju dalam kalis rogol dicipta

Baju dalam kalis rogol dicipta
2013-04-04 08:55 Disediakan oleh Berita Harian


Pakaian dalam dihasilkan penuntut kejuruteraan India didakwa mampu menghalang jenayah seksual itu.

New Delhi: Sekumpulan penuntut kejuruteraan di India mencipta baju dalam antirogol yang didakwa mampu menghalang jenayah rogol dan serangan seksual lain.

Baju dalam perlindungan itu dicipta untuk mengalirkan sehingga 82 kejutan elektrik kepada bakal penjenayah apabila pengesan tekanan pada bahan itu mengesan sebarang jenis paksaan.

Pakaian dalam yang dibantu teknologi itu, dinamakan sebagai Society Harnessing Equipment (SHE), juga boleh memberi amaran kepada polis, keluarga atau rakan, menerusi sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang.

“Pakaian dalam dengan sistem pengesanan global, sistem global bagi komunikasi telefon bimbit (GSM) dan pengesan tekanan mampu mengalirkan arus kejutan sehingga 3,800 kilovolt selain memberi amaran kepada ibu bapa dan polis.

“Penjenayah yang cuba mencabul gadis akan menerima kejutan dalam hidupnya sebaik pengesan tekanan diaktifkan manakala modul GPS dan GSM akan menghantar pesanan kepada nombor kecemasan India selain kepada ibu bapa mangsa,” kata Manisha Mohan, yang membantu membangunkan produk itu kepada Times of India. - AGENSI

Botak Beri Risiko Penyakit Jantung Koronari?

Botak beri risiko kesihatan
2013-04-07 08:55 Disediakan oleh Berita Harian


Paris: Lelaki botak dikatakan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung koronari.

Tetapi, satu kajian terbaru menyatakan risiko itu dihadapi oleh mereka yang botak di bahagian tengah kepala.

Lelaki yang mengalami botak depan dikatakan tidak memiliki risiko tambahan bagi penyakit arteri tersumbat yang juga boleh menyebabkan serangan jantung, menurut laporan jurnal BMJ Open.

Penyelidikan

Ia berdasarkan penemuan penyelidik dari Bahagian Penyakit Metabolik dan Diabetes Universiti Tokyo.

Mereka menganalisis enam kajian mengenai perbezaan botak di kalangan lelaki dan penyakit koronari jantung yang dijalankan antara 1993 dan 2008 membabitkan hampir 40,000 responden di Amerika Syarikat dan Eropah.

Analisis berkenaan menunjukkan bahawa lelaki yang kehilangan banyak rambut berkemungkinan lebih satu pertiga untuk mendapat penyakit arteri koronari berbanding mereka yang berambut lebat.

Lebih teruk keadaan botak akan mempengaruhi peringkat risiko tetapi sekali lagi ia hanya membabitkan mereka yang botak di bahagian tengah kepala.

“Hasil kajian ini menunjukkan bahawa botak di bahagian tengah adalah lebih dikaitkan dengan systemic atherosclerosis (penyakit jantung koronari) berbanding mereka yang botak bahagian depan.

“Faktor risiko kardiovaskular berkenaan perlu dikaji dengan lebih teliti di kalangan lelaki yang botak tengah kepala terutama golongan lelaki muda dan mereka yang mungkin digalakkan untuk melihat risiko profil kardivaskular masing-masing,” menurut kajian berkenaan.

Pun begitu, kajian lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan keputusan ini. - AGENSI

Tabiat makan ikan boleh panjang umur

Tabiat makan ikan boleh panjang umur
2013-04-07 08:55 Disediakan oleh Berita Harian


Washington: Mereka yang berusia 65 tahun dan ke atas serta mengamalkan makan ikan mampu memanjangkan usia sekurang-kurangnya dua tahun.

Ini berbanding mereka yang tidak mengambil asid lemak omega-3 yang biasanya didapati dalam makanan laut, kata satu kajian Amerika Syarikat.

Mereka yang memiliki tahap asid lemak omega-3 lebih tinggi juga secara keseluruhan mengurangkan sebanyak 27 peratus risiko kematian lebih awal.

Ia juga mengurangkan sehingga 35 peratus risiko mati akibat sakit jantung berbanding rakan mereka yang mempunyai tahap darah lebih rendah.

Penyelidikan diketuai saintis di Sekolah Kesihatan Harvard dan disiarkan Annals of Internal Medicine.

Ketika kaji selidik lain menunjukkan kaitan antara asid lemak omega-3 dan merendahkan risiko penyakit jantung, kajian terbaru memeriksa rekod orang lebih tua untuk menentukan sebarang kaitan antara makan ikan dan risiko kematian.

Penyelidik melakukan imbasan terhadap data 16 tahun membabitkan 2,700 orang dewasa berusia 65 tahun dan lebih tua.

Responden kajian tidak mengambil makanan tambahan minyak ikan, bagi mengelak kekeliruan pengambilan makanan tambahan dan perbezaan diet. - AGENSI