BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Januari 20, 2013

Petua Menghalau Nyamuk Tanpa Ubat Nyamuk atau Penyembur Serangga

Petua Menghalau Nyamuk Dengan Sayur-Sayur, Bahan-bahan Di Dapur dan Kaedah-Kaedah Lain
Kawalan biologi kaedah mesra alam halau serangga hisap darah

APABILA tiba musim panas, jumlah kehadiran nyamuk di laman kediaman semakin banyak lebih-lebih lagi jika ada kolam hiasan. Ini kerana nyamuk membiak di kawasan ada takungan air, semak-samun dan sampah sarap.Sehubungan itu, langkah pencegahan perlu diambil bagi menghalang pembiakan nyamuk yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti demam denggi dan malaria.

Penggunaan bahan kimia seperti ubat penghalau nyamuk dan penyembur nyamuk memang banyak di pasaran. Namun, ia boleh memberi kesan atau berbahaya kepada tumbuhan, haiwan peliharaan mahupun penghuni kediaman terutama mereka yang alah pada ubat nyamuk kimia.

Sesuai dengan usaha mewujudkan kawasan lestari yang mementingkan penggunaan bahan semula jadi, disenaraikan beberapa cara sesuai untuk menghalau serangga penghisap darah dengan cara mesra alam.

Berikut adalah beberapa cara yang mesra alam serta helah untuk menghalau nyamuk di laman kediaman:

Lampu
Pasang lampu mentol kuning berhampiran kawasan yang tersorok dan tepi kolam. Seeloknya, mula memasang lampu apabila lewat petang dan malam. Lampu berwarna kuning dan jingga mampu menghalau nyamuk daripada menghampiri kawasan sekitarnya.

Malah, lampu berkenaan tidak akan menarik serangga lain untuk menghuni laman berbanding penggunaan lampu mentol putih.

Pokok penghalau nyamuk (Pelargonium graveolens)
Sesuai namanya, pokok penghalau nyamuk sudah pasti ia tumbuhan paling sesuai menghalau nyamuk. Aroma atau bau-bauan yang terhasil daripada daun pelargonium graveolens sangat dibenci nyamuk.

Namun, pokok berkenaan memerlukan penjagaan rapi kerana ia tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Pelargonium graveolens tidak memerlukan banyak air, cukup dengan hanya siraman sekali sehari.

Pokok ini diproses dan dijadikan bahan utama minyak citronella. Nyalakan lilin citronella di laman terutama di di kawasan kolam atau tepi pancur air. Beli lilin ini di kedai perkebunan dan nurseri bunga.

Selain itu, boleh juga mencipta haruman penghalau nyamuk dengan mencampurkan beberapa titis minyak citronella bersama minyak zaitun. Sapu minyak berkenaan di nadi pergelangan tangan.

Bakteria bacillus thuringiensis (BT)
Tabur bacillus thuringiensis (BT) dalam kolam atau pancutan air atau birdbath untuk membunuh larva. Memang diakui larva nyamuk sukar membiak dalam air yang mengalir, namun ia masih boleh melekat pada batu dan hiasan dalam kolam.

Justeru, gunakan BT kerana ia mampu membunuh larva nyamuk malah ia tidak berbahaya kepada kawasan sekitar mahu pun haiwan peliharaan, ikan, burung dan hidupan liar lain. Ia boleh dibeli di nurseri dan kedai haiwan dan didapati dalam bentuk cecair atau palet berbentuk donat yang terapung diletakkan di dalam air.

Minyak Mambu/Neem

Sembur perkarangan laman dengan minyak neem yang dicampurkan dengan campuran pyrethrins semula jadi. Pyrethrins adalah sebatian organik (lebih tepat lagi, asing) yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan genus Chrysanthemum. Berbanding dengan racun kimia, minyak mambu/neem neem selamat dan tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang kepada manusia dan haiwan.

Neem mempunyai bau yang kuat yang mampu menghalau nyamuk. Selain nyamuk, minyak mambu juga mampu membunuh lebih dari 500 jenis serangga, kutu dan nematodes pada tumbuhan mahu pun haiwan peliharaan.

Bawang
Herba mujarab menghalau nyamuk dan biasanya digunakan sebagai campuran penyembur kimia dan serbuk menyah nyamuk. Bawang putih pula dikisar bersama cili dan minyak neem/mambu menjadi semburan yang baik menghalau nyamuk dan nematodes.

Selain itu, tanam pokok bawang di pinggir kolam supaya nyamuk tidak mendekati kawasan berkenaan.

Daun pudina
Tanam pokok pudina di laman untuk menghalau nyamuk atau buat pati minyak menggunakan daun pudina. Pati minyak pudina menimbulkan bau yang dibenci nyamuk. Cara membuat minyak pati pudina adalah dengan mengisar pudina dengan minyak masak serta sedikit air.

Bunga tahi ayam
Satu lagi tumbuhan yang sesuai menghalau nyamuk adalah bunga tahi ayam atau marigold. Selain warna kelopak kuning dan jingga yang mampu menceriakan laman, bau bunga yang keras dan tajam itu mampu menyelamatkan anda dari nyamuk kerana serangga ini memang membenci baunya.

Ikan Mosquitofish (Gambusia affinis)Ini ini mirip spesies mirip ikan pelaga di Malaysia, dikatakan amat berguna berikutan seleranya yang tinggi terhadap larva nyamuk.

Spesies daripada keluarga poeciliidae itu berasal dari Teluk Mexico dan kini mula mendapat perhatian seluruh dunia bagi menangani pembiakan nyamuk yang lazimnya dikaitkan dengan wabak malaria dan demam denggi.

Menurut satu kajian di Amerika Syarikat (AS), sepasang ikan gambusia itu mampu menelan 5,000 larva nyamuk dalam tempoh 11 minggu atau bersamaan dengan beberapa ratus larva nyamuk dalam sehari. Selain itu, boleh juga membela ikan emas, gupi dan koi untuk mengurangkan populasi nyamuk. Ikan berkenaan juga mampu menelan 100 hingga 500 larva sehari.

Tanam pokok pudina di laman untuk menghalau nyamuk atau buat pati minyak menggunakan daun pudina. Pati minyak pudina menimbulkan bau yang dibenci nyamuk. Cara membuat minyak pati pudina adalah dengan mengisar pudina dengan minyak masak serta sedikit air.

Bunga tahi ayam
Satu lagi tumbuhan yang sesuai menghalau nyamuk adalah bunga tahi ayam atau marigold. Selain warna kelopak kuning dan jingga yang mampu menceriakan laman, bau bunga yang keras dan tajam itu mampu menyelamatkan anda dari nyamuk kerana serangga ini memang membenci baunya.

Ikan Mosquitofish (Gambusia affinis)Ini ini mirip spesies mirip ikan pelaga di Malaysia, dikatakan amat berguna berikutan seleranya yang tinggi terhadap larva nyamuk.

Spesies daripada keluarga poeciliidae itu berasal dari Teluk Mexico dan kini mula mendapat perhatian seluruh dunia bagi menangani pembiakan nyamuk yang lazimnya dikaitkan dengan wabak malaria dan demam denggi.

Menurut satu kajian di Amerika Syarikat (AS), sepasang ikan gambusia itu mampu menelan 5,000 larva nyamuk dalam tempoh 11 minggu atau bersamaan dengan beberapa ratus larva nyamuk dalam sehari. Selain itu, boleh juga membela ikan emas, gupi dan koi untuk mengurangkan populasi nyamuk. Ikan berkenaan juga mampu menelan 100 hingga 500 larva sehari.

Sumber: KOSMO!

Rabu, Januari 02, 2013

Remaja Generasi Google Mati Otak - Hilang Kreativiti dan Kemahiran Praktikal

Remaja Generasi Google Mati Otak - Hilang Kreativiti dan Kemahiran Praktikal
Persepsi Amiene Rev

Berita yang dibaca pagi ini menunjukkan bahawa risiko teknologi seperti yang ditakuti oleh Albert Einstein, sememangya akan berlaku. Mungkin ramai di kalangan orang dewasa di Malaysia turut telah lama menyedari, betapa bahayanya teknologi apabila teknologi mula mempengaruhi gaya hidup manusia.

Teknologi maklumat dan komputer telah mempengaruhi kehidupan anak-anak remaja dan kanak-kanak pada hari ini, dan rata-rata mereka tidak memiliki kebolehan dan kemahiran untuk menggunakan tangan mereka untuk mencipta sesuatu yang baru.

Obesiti, merupakan satu masalah yang semakin meningkat. Kebanyakan remaja menghabiskan masa melayan gajet. Banyak masa diluangkan untuk 'menguruskan' gajet mereka. Tidak kira di rumah, atau pun di luar rumah. Dunia teknologi maklumat dan komputer menghasilkan ramai remaja yang pasif dan tidak pandai bergaul dengan masyarakat sekitar.

Luahan hati dalaman mereka lebih kuat. Mereka takut untuk menyuarakan sesuatu, tetapi mereka tidak takut dan malah tidak menapis dahulu dengan otak mereka, apa yang mereka mahu luahkan di internet. Jika dahulu, seorang dewasa, remaja atau kanak-kanak akan mengeluh seorang diri, mencarut atau memaki-hamun seorang diri, namun sekarang mereka telah terbiasa menaip semua itu di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Sikap seperti di atas, lama-lama menyebabkan terhakisnya nilai-nilai akhlak, rasa malu dan segan untuk berbuat perkara tidak sopan atau biadab. Golongan wanita pula cenderung melampiaskan nafsu seks mereka menerusi internet dengan memaparkan gambar-gambar yang memaparkan bentuk tubuh badan atau bahagian-bahagian sulit di badan mereka seperti buah dada, punggung, pusat, rambut dan lain-lain kepada umum. Satu bentuk kepuasan naluri seks muncul apabila mereka berjaya berbuat demikian.

Ketika orang Barat mengatakan golongan muda obses internet bakal mati otak, kita di sini sebenarnya telah lama melihat obses internet itu bakal melahirkan golongan yang mati hati. Mereka hilang panduan agama biarpun semua itu boleh dicari menerusi Google atau lain-lain enjin carian sumber di internet. Panduan sudah di depan mata, maklumat sudah di hujung jari tetapi mereka tetap tidak dapat mencari kebenaran. Itulah yang dipanggil buta otak dan buta hati.

Berikut adalah laporan daripada Agensi menerusi Berita Harian, mengenai bahaya obses internet terhadap pemikiran dan masa depan tamadun manusia:

Golongan muda obses internet bakal 'mati otak'
Disediakan oleh Berita Harian


London: Seorang pereka cipta terkenal United Kingdom memberi amaran bahawa 'generasi Google' yang bergantung dengan internet untuk semua perkara berkemungkinan 'mati otak.'

Trevor Baylis yang memperkenalkan radio permainan berkata, kanak-kanak kehilangan kreativiti dan kemahiran praktikal akibat menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan skrin.

Pencipta berusia 75 tahun dari barat daya London di Twickenham berkata, beliau bimbang generasi pencipta akan datang bakal hilang kerana golongan muda sering gagal membuat apa saja dengan tangan mereka, lapor akhbar Daily Mail.

Mereka seharusnya menggunakan komputer ketika perlu, namun terlalu ramai orang bermain dengan komputer pada hari ini yang menghabiskan masa duduk di sana. Mereka terlalu bergantung dengan pencarian Google. Ramai kanak-kanak secara tidak langsung akan mati otak," Trevor Baylis, Pereka cipta

Katanya, kanak-kanak bakal menemui semula kemahiran penting jika sekolah menggunakan mainan praktikal seperti ‘Meccano’ iaitu sistem pembinaan model.

Perlu belajar kemahiran
“Kanak-kanak perlu diajar kemahiran dan bukan terlalu bergantung dengan telefon bimbit atau komputer.

“Mereka seharusnya menggunakan komputer ketika perlu, namun terlalu ramai orang bermain dengan komputer pada hari ini yang menghabiskan masa duduk di sana.

“Mereka terlalu bergantung dengan pencarian Google. Ramai kanak-kanak secara tidak langsung akan mati otak jika mereka terlalu bergantung dengan internet kerana mereka tidak berupaya melakukan sesuatu dengan cara lama,” kata Baylis. - Agensi

Sabtu, Disember 29, 2012

Les Miserables - Selamat Hari Bapa

SINOPSIS DAN ULASAN FILEM LES MISERABLES
Dari aspek pandangan Amiene Rev

Filem Les Miserables boleh dianggap sebuah filem muzikal yang mengharukan jiwa. Kisahnya mengenai Jean Valjean yang melarikan diri dari hukuman parol, dan diselamatkan oleh seorang paderi tua. Jean Valjean mencuri barangan perak paderi tersebut dan kemudian ditangkap oleh pihak polis. Ketika pihak polis mengheret Jean Valjean ke rumah paderi tersebut untuk melaporkan mengenai kecurian, paderi tersebut pula bertindak menyelamatkan Jean Valjean dengan mengatakan bahawa barangan perak itu adalah diberikan oleh paderi itu sendiri.

Peristiwa ini menyebabkan Jean Valjean mula kembali mengenali erti kasih sayang. Jean Valjean telah ditangkap gara-gara mencuri secubit roti untuk diberikan kepada anak saudaranya yang nazak kerana kebuluran. Dia dipaksa menjadi hamba abdi selama 19 tahun dan sejak itu dia mula menjadi seorang pendendam. Namun, peristiwa yang berlaku di rumah paderi itu mula menyebabkan Jean Valjean bertaubat dan menjadi seorang yang sangat mulia. Beliau nekad untuk melarikan diri dari parol, dan membawa identiti baru sebagai Tuan Madeleine. Javert, seorang pegawai polis, memburunya sehingga bertahun-tahun.

Dengan barangan perak dan kegigihannya membangunkan sebuah kilang, Jean Valjean berjaya membekalkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan menjadi seorang yang sangat kaya-raya. Lapan tahun kemudian, Javert telah berjaya mengesan Jean Valjean. Pada hari dia menemui kembali Jean Valjean, berlaku satu peristiwa di mana salah seorang pekerja Jean Valjean dikesan memiliki anak haram. Wanita yang bernama Fantine itu akhirnya dibuang kerja oleh mandur Jean Valjean. Jean Valjean yang ketika itu sedang gelisah kerana terpaksa berhadapan dengan Javert tidak menyedari satu kezaliman telah berlaku.

Fantine dibuang kerja tanpa pengetahuannya, dan terpaksa menjadi pelacur demi menyara kehidupan anak perempuannya, Cosette. Dia didera dan hidup dalam kesakitan sepanjang menjadi pelacur.

Padau suatu hari, keluar berita bahawa seseorang yang dikenalpasti sebagai Jean Valjean telah ditangkap. Tuan Madeleine pada mulanya berasa gembira kerana merasakan dirinya telah terselamat dengan penangkapan yang salah itu,  namun dia akhirnya berasa bersalah. Tuan Madeleine pun pergi ke mahkamah dan mengaku dirinya sebagai Jean Valjean sebenar tetapi hakim tidak mempercayainya. Tuan Madeleine terselamat, tetapi Javert mula curiga.

Pada suatu hari, ketika berlaku satu pergaduhan di mana Fantine akhirnya teruk dipukul oleh seorang lelaki hidung belang, datang pegawai polis, Javert untuk menahannya. Tuan Madeleine yang ada ketika itu akhirnya mengenali Fantine sebagai bekas pekerjanya. Tuan Madeleine berasa bersalah kerana kecuaiannya menyebabkan dia terlepas pandang penganiayaan yang telah berlaku ke atas Fantine. Dia berjanji akan menyelamatkan Cosette dan menjaganya. Fantine meninggal dunia di hospital.

Tuan Madeleine mula mencari Cosette. Pada masa yang sama dia menjadi buruan Javert. T uan Madeleine berjaya menemui Cosette yang terbiar di tengah malam di sekitar kawasan hutan. Cosette telah diabaikan oleh penjaganya, iaitu sepasang suami isteri yang sangat tamak dan keji. Pasangan suami isteri ini memiliki anak bernama Eponine yang sangat disayangi mereka. Tuan Madeleine membayar 1500 Francs kepada pasangan suami isteri itu, iaitu jumlah yang diminta oleh si suami, Thénardier, untuk membebaskan Cosette.

10 tahun berlalu, Cosette membesar sebagai gadis cantik yang bersopan-santun, anak angkat Tuan Madeleine. Ketika ini, muncul watak baru yang bernama Marius, seorang pemuda yang telah dibuang oleh keluarganya kerana berpakat dengan para pemberontak untuk menggulingkan kerajaan.

Suatu hari, seorang anak bangsawan Marius terjumpa dan jatuh hati terhadap Cosette pada pandangan pertama. Hal ini menyebabkan Eponine yang berjiwa murni berasa kecewa. Biarpun kecewa kerana cintanya terhadap Marius tidak berbalas, Eponine tetap menunaikan permintaan Marius untuk mempertemukan Marius dengan Cosette. Eponine kecewa, lalu menyamar sebagai lelaki dan berjuang bersama pihak pemberontak yang disertai Marius untuk menggulingkan kerajaan Perancis pada ketika itu.

Sementara itu, Thénardier telah memberitahu Javert mengenai tempat persembunyian Tuan Madeleine dan anaknya Cosette, dengan cara mengekori Eponine dan Marius secara senyap-senyap. Tuan Madeleine dan Cosette terpaksa melarikan diri dan bersembunyi di sebuah kediaman yang lain. Menetap di situ, untuk sementara.

Peperangan berlaku. Javert menyusup masuk dan menyamar sebagai  tentera pemberontak. Namun Gavroche, seorang budak lelaki yang bijak, berjaya mengesan identiti Javert sebagai anjing kerajaan yang menyamar, lalu Javert pun ditangkap. Namun, angkara Javert, pihak pemberontak sedikit telah terlalai kerana tertipu dengan kata-kata Javert bahawa pihak tentera tidak akan datang menyerang secara terus sebaliknya akan menunggu pihak pemberontak kelaparan. Pertempuran yang berlaku akhirnya mengorbankan ramai pejuang pemberontak, termasuk Eponine. Marius berasa sedih, dan mula menyesal dan kecewa kerana pernah melukai hati Eponine secara tidak sengaja. Eponine meninggal dunia dalam keadaan yang tersenyum, kerana berjaya melindungi Marius daripada ditembak. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Eponine menyerahkan surat Cosette yang ditemuinya di pagar rumah Tuan Madeleine kepada Marius. Eponine tidak sampai hati menyerahkan surat itu pada awalnya kerana khuatir akan mengganggu semangat juang Marius semasa peperangan.

Marius pun meminta Gavroche untuk membalas surat itu. Surat itu sampai ke tangan Tuan Madeleine. Sebaik-baik membaca surat itu, sedarlah Tuan Madeleine bahawa tanggungjawabnya terhadap Cosette akan berakhir tidak lama lagi. Cosette akan bersuami, dan tanggungjawab menjaga Cosette akan beralih tangan. Cosette tidak perlu lagi hidup dalam pelarian. Tuan Madeleine mengetahui inilah peluangnya untuk membebaskan Cosette dari bayang-bayang pemburuan Javert. Javert hanya menghendaki Tuan Madeleine. 

Tuan Madeleine pun menyertai pihak pemberontak. Di situlah Tuan Madeleine bertemu semula dengan Javert yang telah ditahan. Tuan Madeleine walau bagaipun tidak mengambil peluang itu untuk membunuh Javert, sebaliknya membebaskan Javert. Javert menyatakan pendiriannya bahawa Tuan Madeleine tetap akan diburunya sebagai banduan yang melarikan diri dari parol. Tuan Madeleine berkata, bahawa suatu hari nanti dia akan menyerah diri juga, dan dia tidak akan menyalahkan Javert yang hanya jujur melaksanakan tanggungjawabnya sebagai polis. Javert akhirnya berjaya melarikan diri.

Pertempuran masih terus berlaku. Hujan yang turun menyebabkan serbuk belerang untuk senjata api menjadi basah. Gavroche memberanikan diri untuk berdepan dengan tentera kerajaan untuk mengambil senjata dan serbuk belerang dari mayat-mayat tentera kerajaan yang bergelimpangan di medan perang. Walaupun ditembak berulang kali, Gavroche terus berusaha mendapatkan serbuk belerang sehinggalah dia akhirnya terkorban. Pengorbanan besar oleh seorang anak kecil.

Keadaan para pemberontak makin terdesak apabila pihak tentera kerajaan berjaya membedil kubu mereka dengan meriam. Semangat para pejuang pemberontak mulai luntur. Tentera kerajaan berjaya menembusi kubu pemberontak. Marius tercedera, namun berjaya diselamatkan oleh Tuan Madeleine. Dalam perjalanan melarikan diri menerusi terowong najis, Tuan Madeleine terserempak dengan Thénardier. Thénardier lalu merampas cincin Marius sebagai bayaran untuk maklumat jalan keluar dari terowong najis itu. Tuan Madeleine meneruskan perjalanannya dan akhirnya terserempak pula dengan Javert d pintu keluar terowong itu.

Tuan Madeleine merayu kepada Javert agar memberi peluang kepadanya untuk menyelamatkan Marius. Selepas menghantar Marius ke hospital, Tuan Madeleine berjanji akan menyerah diri kepada Javert. Ini kerana baginya, sudah tidak ada masalah untuk menyerah diri kerana Cosette akan dijaga oleh Marius. Javert mula serba salah dan akhirnya melepaskan Tuan Madeleine atau Jean Valjean itu. Terbelenggu oleh tanggungjawabnya sebagai polis dan penguatkuasa undang-undang, serta rasa bersalah kerana mengkhianati undang-undang, Javert akhirnya membunuh diri dalam keadaan yang sangat tragis.

Selepas sembuh, Marius kembali ke tempat lamanya dan menangis teresak-esak, meratapi pemergian rakan-rakan seperjuangannya. Marius sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh terselamat. Dia tidak tahu kewujudan Jean Valjean sebagai penyelamatnya. Kemudian, Jean Valjean menemukan semula Cosette dengan Marius. Menjelang hari perkahwinan Cosette dengan Jean Valjean, Tuan Madeleine pun menghilangkan diri selepas menceritakan kisah lampaunya. Jean Valjean meminta Marius supaya jangan membongkar identitinya yang sebenar kerana dikhuatiri akan mengecewakan Cosette. Tuan Madeleine pun menghilangkan diri. Cosette berasa sangat sedih.

Pada hari perkahwinan Thénardier dan isterinya menyamar sebagai bangsawan dan menceroboh masuk ke majlis perkahwinan Marius dan Cosette, lalu bertindak sebagai penyeluk saku. Marius berjaya mengesan kedua-duanya lalu membelasah Thénardier. Marius mendapati cincin kepunyaannya ada di jari Thénardier lalu bertanya bagaimana Thénardier mendapatkan cincin tersebut. Pengakuan Thénardier membongkar rahsia bahawa Jean Valjeanlah orang yang menyelamatkan Marius semasa dia hampir mati seterusnya menjawab jawapan yang lahir dari gerak hati Marius. Marius sebelum ini tidak tahu siapa yang telah membawanya ke hospital.

Marius berasa begitu berdosa kerana telah membiarkan Jean Valjean terpisah dengan anak angkatnya, Cosette. Marius lalu mengajak Cosette mencari Jean Valjean. Menerusi maklumat daripada Thénardier, Jean Valjean telah menghabiskan masanya di biara. Jean Valjean menghabiskan sisa hidupnya di situ. Dosanya terhadap Fantine, pekerjanya yang teraniaya kerana kecuaiannya dianggap telah tertebus selepas kejayaannya membesarkan Cosette sehingga mendapat suami seorang bangsawan.

Pada saat-saat menjelang ajalnya, Cosette datang berlari-lari memanggil Jean Valjean. Marius juga hadir. Jean Valjean berasa bersyukur dan terharu kerana dapat melihat Cosette buat kali terakhir. Jean Valjean menghembuskan nafasnya yang terakhir di biara itu.

Les Miserables merupakan sebuah cerita yang sangat mengharukan. Walaupun panggungnya kecil, tetap penuh dengan penonton. Ceritanya menyebabkan ramai penonton menangis di panggung. Kedengaran sedu sedan para penonton pada babak-babak tertentu.

Namun pengarah filem bijak meredakan keadaan. Pada pengakhiran cerita selepas kematian Jean Valjean, satu babak yang memaparkan semangat juang barisan watak-watak sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia, dimainkan. Watak-watak yang ada termasuklah Eponine, rakan-rakan seperjuangan Marius dan juga Fantine dan Jean Valjean. Watak-watak ini tersenyum sambil mengibarkan bendera Perancis di depan bangunan pentadbiran kerajaan. Filem ini ditamatkan dengan senyuman Fantine dan Jean Valjean.

Jika pengarah filem tidak berbuat demikian, mungkin ramai penonton akan keluar panggung dengan air mata yang masih mengalir. Saya keluar panggung dengan keadaan yang agak murung, murung kerana Samsung Champ tamat perkhidmatannya hari ini, dan Sony Xperia Go mula bersiap-sedia untuk menabur bakti.

Kisah ini merupakan kisah seorang majikan, seorang bapa angkat yang sangat mulia. Sebuah cerita yang mampu mengusik jiwa para penonton. Sarat dengan pengajaran dan teladan.


Jumaat, Disember 21, 2012

Cerpen: Monolog Tong Sampah - Karya Amiene Rev 21.12.2012

Monolog Tong Sampah
Penulis: Amiene Rev (C) 21.12.2012  : 1.20AM

Malam. Malam yang dingin ini lagi. Seolah-olah, tidak ada lagi malam yang hangat. Oh, langsung tidak bersyukur aku ini. Kalau benar malam dingin ini ada gunanya, kenapa pak cik tua itu keseorangan di situ? Tidak sejukkah dia? Ini, satu soalan pembohongan yang paling teruk pernah aku utarakan jika aku katakan pak cik tua itu tidak pernah kesejukan. Di luar rumah, di tepi jalan berdebu, dengan serbuk-serbuk pasir menemani benang-benang kain yang dipakainya, serta degungan nyamuk yang sesekali bermain di telinganya, menggigit kulit lengannya dan betisnya hingga gatal-gatal bukanlah satu pengalaman yang indah. Itu semua sengsara!

Pak cik Tua, andainya pak cik tahu, betapa sayunya hati aku ini melihat pak cik sendirian di jalanan. Di mana rumah pak cik? Boleh aku hantarkan. Aduh. Bagaimana mampu aku berjalan sedangkan aku ini cuma seunit tong sampah hitam di tepi jalan.

Pak cik, kita senasib. Barangkali, kita ditakdirkan untuk berteman. Tetapi pak cik, tahukah pak cik, tong sampah seperti aku ini tetap ada nasib malangnya. Pak cik lihat bekas-bekas calar balar pada badan aku ini. Aku dilayan begitu kasar oleh lelaki-lelaki berpakaian seragam dengan lori busuknya itu. Pak cik, sehingga kini, parut-parut calar itu kelihatan di badanku. Bagaimana pula dengan pak cik?

Oh, ya. Pak cik juga ada parut. Parut luka yang dalam. Tak nampak dengan mata kasar. Cuma boleh dilihat dengan mata batin.  Mata batin yang rabun.

Pak cik, aku ini boleh dikatakan beruntung kerana memiliki jiwa. Namun, jangan pula pak cik berbicara dengan aku kerana nanti pak cik dianggap gila. Sudah pasti reputasi pak cik sebagai orang tua semakin jatuh dan orang-orang akan mula memandang hina kepada pak cik.

Pak cik, kenapa termenung begini. Pandanglah aku. Oh, aku lupa lagi. Aku ini cuma seunit tong sampah. Aku tidak dipandang sangat oleh manusia. Kadangkala manusia yang lalu-lalang di jalan ini langsung tidak pedulikan aku. Mereka menghina aku. Mereka menjatuhkan maruah aku sebagai tong sampah. Mereka jadikan muka-muka jalanan ini sebagai medan pembuangan sampah mereka. Aku ada di tepi jalan ini! Mereka tidak menghargai aku. Barangkali mereka rasa terhina untuk membuka tudung di kepalaku. Mereka tahu tangan mereka akan tercemar apabila mereka memegang tudungku.

Aduh, kenapalah aku bertudung? Ah, yang mencipta aku pun manusia juga. Manusia ini cukup tidak adil. Sesetengah kaumku dicipta tanpa tudung dan sesetengahnya bertudung. Ada pula yang mempunyai ruang berpasir untuk memadamkan api rokok. Kasihan, kawanku di hujung sana itu. Badannya penuh dengan parut-parut terbakar. Manusia yang menjadikan aku, tetapi manusia juga yang mendera aku. Mereka mencucuh puntung rokok yang masih membara ke badan kawan aku itu. Apa gunanya tempat berpasir itu?

Namun, aku pernah terdengar seorang manusia yang mengemis. Ya, dia dipanggil pengemis, berdoa dan membaca sesuatu yang sangat indah. Kemudian apabila ada manusia lain yang dermawan menitip syiling atau wang kertas ke dalam bekas kecil yang diperbuat daripada plastik itu, dia akan berkata sesuatu seperti, “Terima kasih. Semoga Tuhan berkati tuan.”

Aku percaya, manusia ini ada penciptanya. Sama seperti aku. Aku dicipta oleh manusia. Manusia pula dicipta oleh siapa? Aku pasti Tuhan itulah yang mencipta manusia.

Apabila bercakap tentang manusia yang sering menjadikan aku sebagai mangsa buli, aku mula teringat bahawa bukan manusia sahaja yang sering menyakiti aku. Sesekali, ada juga seekor dua kucing nakal dan ada juga anjing-anjing. Kadangkala, anjing-anjing yang membuli aku itu bukan anjing yang comel, tetapi anjing kurap yang menjijikkan.

Ah! Aku pun menjijikkan juga. Bau badanku busuk. Sama sahaja aku dengan anjing. Oh, ya. Manusia ada pencipta. Aku ada pencipta. Anjing dan kucing pun pasti ada pencipta juga. Siapakah pencipta anjing dan kucing? Adakah tuhan anjing dan tuhan kucing sama seperti tuhan manusia?

Aku tidak pernah mendengar anjing berbicara seperti manusia. Seingat aku, begitulah keadaan anjing dan kucing. Kadang-kadang aku melihat anjing dan kucing bergaduh. Sang kucing yang kecil, kadangkala berani melawan sang anjing. Sama juga seperti manusia. Aku pernah lihat sekumpulan anak-anak manusia yang masih agak kecil membuli pak cik tua itu. Oh, tetapi aku tak boleh samakan anjing yang lebih besar itu sebagai pak cik tua itu, dan kucing itu sebagai budak-budak itu. Jika budak-budak itu anak manusia, pasti pakcik pun mungkin ada anak-anak juga. Di mana anak-anak pakcik?

Pakcik, sudikah pakcik bertukar tempat dengan aku ini. Biar aku menjadi manusia dan pakcik menjadi tong sampah. Sekurang-kurangnya dapat juga aku menghayati perasaan pak cik sebagai manusia terbuang. Oh, terbuang. Terbuang. Kalau begitu, pak cik ini sampah dan aku ini tong sampah. Takkanlah pak cik ini lebih hina berbanding aku.

Tiba-tiba aku teringat lagi. Aku pernah melihat seorang manusia dewasa, seorang manusia yang sudah berusia dan dua kanak-kanak  yang sering lalu-lalang di sini. Aku ingat lagi si anak itu memanggil manusia dewasa itu sebagai ayah, dan lelaki yang sudah berusia itu sebagai atuk. Jadi,  dengan usia pakcik yang sudah tua ini, pakcik sudah pasti bergelar atuk. Dan pakcik pasti memiliki anak yang sudah bergelar ayah dan kanak-kanak yang dipanggil apa itu? Oh, ya, “Cucu.”

Pakcik, aku ingin tanya pakcik satu soalan yang aku tidak pasti apa reaksi pakcik apabila aku mengemukakannya. Boleh tak pakcik? Bolehkah aku tahu di mana anak-anak pakcik? Di mana cucu-cucu pakcik? Kenapa, pakcik berada di sini? Kenapa pakcik bagaikan manusia terbuang di sini? Kenapa pakcik seolah-olah lebih hina dari aku ini yang cuma seunit tong sampah?

Ya, pakcik. Aku ini belum boleh dianggap sehina pakcik. Aku ini tidak dibuang. Aku ini diletakkan di sini. Kemudian, akan ada orang-orang lelaki yang akan mengangkat aku, mencurahkan kotoran dan sampah di dalam badanku ke dalam lori busuk itu. Aku kira lori itu adalah tong sampah beroda. Raja segala tong sampah. Setiap sampah yang masuk ke dalamnya akan lumat. Ngeri sekali aku meneliti ke dalamnya.

Sehingga kini, jika aku melihat sampah-sampah yang lumat di dalamnya, aku akan dilanda mimpi ngeri pada malamnya. Akan lebih ngeri jika pak cik yang dimasukkan ke dalam mulut yang besar itu. Atau, apa akan berlaku jika lelaki-lelaki yang sering memperlakukan aku dengan kasar itu, menghentak-hentak aku ke mulut besar yang berbau busuk itu, agar terkeluar semua isi di dalam badanku, dan kemudian terlepas tangannya sehingga aku terjatuh ke dalam mulut besar itu. Oh, tidak!!!  Ngeri sekali.

Ya, pakcik. Aku ini masih ada nilai. Aku ini masih ada peranan. Pak cik pula? Apa peranan pakcik? Apa peranan pakcik berada di tepi-tepi jalan ini? Setiap hari pakcik tidur di sini. Sesekali, pakcik menghilang dan merayau entah ke mana dan pada waktu malam hari, pakcik akan kembali ke sini.

Pernah sekali, aku melihat pakcik berlumuran darah. Kenapa sampai begitu sekali pakcik? Pernah sekali, aku melihat wajah pakcik lebam-lebam. Kenapa boleh jadi begini, pakcik? Ketika itu, aku masih ingat, pakcik mengalirkan air mata. Pakcik cuba menahan sedih, dengan muka yang mencebik, menampakkan bibir pakcik yang kering, pecah dan mengelupas. Air mata pakcik yang mengalir, membasahi pipi pakcik yang kering dan mencuci debu di wajah pakcik. Sesekali, keluar hingus yang menjijikkan dari lubang hidung pakcik. Mata pakcik merah, ada urat-urat yang tegang pada leher pakcik yang berkedut, dan kulit pakcik yang bergelebeh tanpa lemak. Kurus keding badan pakcik. Seksa aku melihat pakcik sebegitu rupa.

Diam.

“Diam!”

Ya? Aku terdengar sesuatu. Suara, pakcikkah itu?

“Diam!”

“Diam!!!”

Pakcik?

“Jangan bercakap!”

Wah? Pakcikkah yang bersuara itu?

“Aku kata jangan bercakap. Tolonglah!”

Wah, pakcik dapat dengar suara aku? Akhirnya?

Bam!!! Tiba-tiba aku melayang. Aku melihat pakcik sekejap kepalanya di atas dan sekejap kakinya di atas. Tanah tar pun begitu. Langit pun begitu, sekejap di atas dan sekejap di bawah.

Aku melihat sepasang manusia, lelaki dan perempuan bergaduh tidak jauh dari tempat yang sepatutnya aku diletakkan.

“Abang! Itu ayah Abang!”

“Bukan! Itu bukan ayah aku!”

Aku ini tong sampah. Bukan senang aku mahu melihat ke sekitarku. Juga, bukan senang untuk aku menangkap suara-suara manusia. Rupa-rupanya semasa aku sedang sibuk memberi perhatian kepada pakcik itu, ada sepasang manusia yang bergaduh. Jerit suara lelaki yang kuat itu, menyebabkan aku dapat mendengar. Kenapa? Kenapa?

Selama ini, cuma sampah sahaja yang mampu berbicara sedemikian rupa. Aku tidak pernah mendengar suara pakcik itu. Kali ini, buat pertama kali, seorang lelaki yang aku tidak pernah kenal, suaranya terakam. Dan, suara perempuan itu juga, buat pertama kali aku dengar.

“Dia ayah Abang, jangan Abang tinggalkan dia lagi. Kita mesti bawa dia pulang, Bang.” Begitulah suara teriakan perempuan tersebut. Aku dapat mengesan nada sedih dan kecewa dalam intonasi suara perempuan itu.

“Kau datang ke sini, kau bawa aku ke mari, semata-mata nak bawa jumpa dengan orang tua ni. Kau dah lupa, apa orang tua ni buat dekat aku?”  Aku melihat lelaki itu begitu marah sekali terhadap pasangannya.

“Aku ini anak pungut, kau tahu tak? Anak pungut!!!”  Lelaki itu menjerit semahu-mahunya.

Aku ini tong sampah. Aku tidak faham masalah manusia. Aku sendiri tidak faham kenapa manusia ini pelbagai jenis peranannya. Apa yang aku tahu, aku ini tong sampah, dan perananku cuma menunggu badanku diisi penuh dengan sampah, kemudian lelaki-lelaki berpakaian seragam akan mengasariku, menghentak-hentak badan aku ke bibir mulut lori sampah itu, sebelum meletakkan aku ke tempat aku selalu diletakkan sehingga kini. Aku juga tahu, kucing, kerjanya membuli aku sama seperti anjing. Kadang-kadang kucing dan anjing akan memanjat badan aku sehingga aku terbalik, sehingga tercabut tudungku dan berselerak sampah di dalam badanku.

Namun, aku belum pernah melihat manusia menendang aku. Apakah salah satu peranan lelaki ini ialah menendang aku? Sesungguhnya lelaki ini lebih kasar daripada lelaki-lelaki berpakaian seragam yang sering datang mencari aku beberapa kali dalam seminggu. Aku tahu perkataan seminggu ini daripada lelaki-lelaki berpakaian seragam itu juga. Mereka ada tentang menyebutnya.

Lelaki ini betul-betul buat aku bingung.

“Letakkan aku balik ke tempat aku!” Aku menengking.

Selalunya, akan ada lelaki yang memegang penyapu atau perempuan yang memegang penyapu, bertopi besar yang bersimpati denganku. Jika aku didapati terlentang atau tergolek, dia akan mengangkatku kembali. Sungguh mulia lelaki dan perempuan yang memegang penyapu itu. Aku rasa, antara banyak-banyak manusia, lelaki dan perempuan yang dipanggil tukang sapu itulah yang paling mulia dan bijak kerana tahu menghargai perananku.

“Abang, walaupun siapa pun dia, dia tetap ayah Abang.” Suara perempuan itu seakan-akan merayu lagi.

Aku ini cuma seunit tong sampah. Sejujurnya, aku langsung tidak faham apa yang sedang berlaku antara manusia-manusia di depan mata aku ini.

“Kau tahu tak, dahulu, orang yang dipanggil Ayah ini, layan aku macam sampah! Aku dibuang  macam sampah! Sekarang, biar dia rasa, apa yang dia pernah buat kepada aku dulu!” Lelaki itu bercakap dalam nada suara yang berat dan marah.

“Abang, tak baik Abang.” Perempuan itu menangis teresak-esak.

Pakcik tua itu pula aku lihat terpinga-pinga dalam sugul. Oh, pakcik. Jika pakcik boleh bercerita kepada aku apa yang sedang berlaku sekarang, alangkah baiknya.

“Tak baik apa?  Orang ini bukan kenal aku lagi pun. Dah nyanyuk!” Jerit lelaki itu lagi.

Agaknya ini yang dipanggil drama. Sebagai seunit tong sampah, aku bukannya faham kehidupan manusia. Aku tidak faham kehidupan pencipta aku ini. Aku rasa mungkin manusia juga tidak faham akan kehidupan Penciptanya. Setahu aku, aku dijadikan manusia sebagai tempat untuk menyimpan sampah daripada dibuang di merata-rata tempat.

Habis, apa pula peranan manusia sehingga manusia ini dicipta oleh Penciptanya? Apakah peranan pakcik ini sebagai seorang ayah? Apakah peranan lelaki yang garang di depan aku ini sebagai seorang anak? Apakah pula peranan perempuan yang sedang menangis dan memujuk rayu itu sebagai seorang, seorang apa ya? Oh, pakcik, aku tidak tahu langsung jawapannya. Aku ini cuma seunit tong sampah. Apakan dayaku?

* * *

Malam. Dingin. Sesekali angin bertiup menerbangkan debu-debu pasir ke arahku. Kering. Kering sekali udara malam ini. Aku kini sudah berada semula di tempat asalku. Di tepi tiang lampu itu. Bersebelahan tempat menunggu bas itu. Tempat pakcik tua selalu mendiamkan diri.

Tempat itu kini gelap gelita. Lampu malap berwarna jingga tidak mampu menembusi atap tempat menunggu bas itu. Pakcik tua itu tidak ada lagi. Seingat aku, siang tadi, tiba-tiba datang satu van putih berhenti di sebelahku. Seorang. Kemudian seorang lagi lelaki berkopiah putih, berpakaian kemas dan bersih memimpin pakcik tua itu ke dalam van. Sebelum itu, aku lihat pakcik tua itu menunjuk ke arahku dan menggerakkan bibirnya sambil memandang ke arah salah seorang lelaki berkopiah putih itu.

Lelaki berkopiah itu itu mengangkat aku.  Entah kenapa, tiba-tiba aku terkenangkan lelaki dan perempuan tukang sapu yang bertopi besar. Bertopi mengkuang itu.

Pada mulanya aku ingat, aku juga akan dibawa masuk ke van itu, tetapi tidak. Oh, ya. Siapalah aku ini selain cuma seunit tong sampah. Namun, dulu, bertahun-tahun dahulu, aku masih ingat aku pernah dibawa berjalan-jalan dengan sebuah lori sebelum ditinggalkan di sini. Sebelum pakcik tua itu datang dan menjadi penemanku.


Lelaki itu meletakkan aku dengan sopan ke tempat asalku. Di bawah tiang lampu. Bersebelahan tempat menunggu bas. Kemudian, lelaki itu mengambil barang-barang pakcik tua itu. Tikar buruk. Beg lusuh berwarna hitam yang agak kotor dan sedikit kain. Kemudian, lelaki itu naik semula ke dalam van.

Van itu dihidupkan enjinnya. Van itu bergegar-gegar sedikit. Aku lihat pakcik tua menjenguk dari tingkap van. Pakcik itu memandang tempat menunggu bas itu. Agak hiba wajahnya. Kemudian lelaki berkopiah yang berada di sebelahnya seperti memujuknya, berbicara sesuatu.

Van itu berlalu pergi.

Aku tiba-tiba diserang seakan-akan satu perasaan sunyi. Aku rasa seperti telah ditinggalkan. Aku teringat dahulu, aku pun pernah berada bersama-sama dengan saudara-saudara yang serupa dengan aku. Entah bagaimana, aku tiba-tiba ada di muka bumi ini. Kemudian, aku dibawa berjalan-jalan dan ditinggalkan di sini.

Itulah kali pertama aku berasa ditinggalkan. Kini, aku merasainya sekali lagi.

Sehari. Dua hari. Seminggu. Dua minggu. Sebulan. Dua bulan. Tidak ada lagi kelibat pakcik tua itu. Adakah van putih itu sama seperti lori sampah itu? Jika lori sampah itu mengutip sampah, dan lelaki-lelaki berseragam itu pengutip sampah, maka adakah van putih itu mengutip pakcik tua dan lelaki-lelaki berkopiah itu pengutip pakcik tua? Siapalah aku ini, sekadar seunit tong sampah yang tidak tahu apa-apa tentang kehidupan manusia.

Bezanya, sampah-sampah itu dilumatkan, tetapi pakcik itu seolah-olah diberi layanan istimewa sepanjang dia menaiki van putih itu. Adakah ini perbezaan antara manusia dengan sampah?

Pakcik, andai pakcik masih mengingati aku. Sesungguhnya, aku ini sangat sunyi kini. Aku tidak tahu apa yang telah berlaku ke atas pakcik. Aku juga tidak tahu, apa yang akan berlaku ke atas aku selepas ini. Aku cuma tahu, sebagaimana aku, pakcik juga ada pencipta.

Apa yang aku terfikir kini, pernahkah pakcik berbicara dengan pencipta? Kini, setelah pakcik tidak ada lagi di sini. Aku betul-betul ingin berbicara dengan penciptaku. Aku rasa di dunia ini ada sesuatu yang mampu melindungi aku. Aku tidak tahu siapa dia, tetapi aku rasa di dunia ini pasti ada sesuatu yang mencipta aku dan pakcik. Siapa dia? Dan apa tujuan dia mencipta kita?

Pakcik, andainya kau masih mendengar.

Malam terus berlalu. Embun sulung mula menitik pada tudung dan badanku. Tiba-tiba guruh berdentum. Aku lihat ada cahaya memancar. Titis air berjatuhan dari langit. Makin lama, makin banyak. Hujan.  Sejuk. Hujan turun dan jatuh ke tanah, blok simen dan jalan tar kelabu, dan kemudian menakung di atasnya. Membentuk lopak-lopak air. Makin lama, makin berkembang lopak air itu. Makin lama air pun makin naik. Naik memenuhi jalan. Melimpah. Di bawah pancaran  lampu jingga itu, aku lihat sampah-sampah mula dibawa oleh arus air hujan melalui longkang-longkang. Tidak ada lagi sampah-sampah. Jalan-jalan menjadi bersih.

Hujan yang membawa sampah-sampah pergi. Selepas bertahun-tahun, kini baru aku tersedar, selain lori sampah, masih ada kuasa lain yang dapat membawa sampah-sampah itu pergi. Bukan manusia sahaja yang mampu mengutip sampah. Mungkin, bukan manusia sahaja yang mampu mengutip pakcik tua.

Satu soalan terpacul di fikiranku. Siapa yang menjadikan hujan? Aku pasti suatu hari nanti, aku akan dapat jawapannya. Jawapan untuk semua persoalan ini. Kenapa manusia dijadikan? Aku menunggu. Aku pasti setia menunggu.

Entah bagaimana, tiba-tiba aku rasa ada satu kuasa yang selalu memerhatikan aku. Aku tersenyum. Aku tersenyum kerana aku rasa lapang hati. Aku sudah tidak sunyi lagi. Barangkali, pencipta sedang memerhatikan aku. Pencipta manusia. Pencipta kucing. Pencipta anjing, dan pasti juga, pencipta Pakcik Tua itu.

PENAFIAN: Karya ini merupakan karya kreatif. Karya ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika ada persamaan, maka itu cuma kebetulan.

Khamis, Disember 20, 2012

Cerpen: Penulis Pontianak - Karya Amiene Rev 20.12.2012

Penulis Pontianak
Sebuah Karya Amiene Rev (C) 20.12.2012 12:12AM

Kata orang, pengalaman menulis cerpen ini adalah sesuatu yang menyakitkan. Aku kurang arif. Barangkali, kesakitan yang aku terima tidak jauh lebih menyakitkan sehingga aku begitu sakit untuk menulis. Setiap kali mahu menulis, ada-ada sahaja kepeningan, pitam, lemah, menggigil dan simptom-simptom pelik yang tidak sepatutnya berlaku. Ini barangkali adalah penyakit menulis yang menimpa bukan semua orang tetapi jarang. Barangkali, cuma aku sahaja yang mengalaminya. Perasan!

Adakah ini adalah permulaan menulis bagiku. Menulis dalam keadaan aku sendiri tidak pasti apa pengakhirannya. Ketika aku menulis teks ini, pelbagai pemikiran pengkritik muncul dan menghalang setiap satu abjad yang hendak aku taip.

Kini, fahamlah aku. Gara-gara terlalu banyak teori yang menyerang enjin kenderaan menulisku, maka aku sering gagal dalam memulakan perjalanan sesuatu penulisan. Selama ini, aku  sekadar menghidupkan enjin, memanasnya seketika sebelum enjin itu tersedut-sedut dan mati.  Dalam set minda penulisanku sudah ada teknik penulisan dan gaya penulisanku yang tersendiri tetapi dimatikan dengan satu bentuk beban teori-teori penulisan yang gagal diterima semangat penulisanku.

Asalkan aku mampu kembali ke corak penulisan asalku, maka nadi penulisanku akan pulih semula denyutannya. Selama ini, terlalu banyak teori yang meresap ke nadi-nadi penulisanku, dan bertentangan dengan cara dan kaedah penulisanku yang asal.

Tidak semua orang sanggup mengikut teori penulisan ciptaan orang lain. Aku juga begitu. Jika dahulu, aku begitu lancar menaip satu demi satu cerita, tetapi kini sejak setengah dekad yang lalu, corak penulisanku mula hilang rentak. Teori-teori penulisan yang kuterima tidak dapat menyerap dan bersatu dengan semangat penulisanku. Semuanya hancur. Semuanya berkecai. Lalu selepas itu, langsung tidak ada satu manuskrip pun kuhantar ke syarikat penerbitan tersebut.

Benar sekali, pemikiran kreatif dan pemikiran pengkritik adalah dua perkara yang berlainan. Teori penulisan baru yang disarankan oleh penerbit telah menjana pemikiran-pemikiran pengkritik yang tidak sepatutnya ada, dan menyerang pemikiran-pemikiran kreatifku. Ketika itu, aku mula sedar kenapa ada penulis-penulis yang memberontak, tidak mahu menerima teori penulisan itu. Teori penulisan yang bertentangan dan mewujudkan satu keadaan yang desktruktif terhadap semangat penulis.

Bertahun-tahun lamanya aku mula mencari di manakah kelemahanku sehingga aku gagal terus untuk menulis. Aku kini jelas akan puncanya. Pemikiran pengkritik. Pemikiran pengkritik yang cenderung ke arah teori penulisan baru itu dan melawan, menentang, mengkritik serta membantah teknik penulisanku yang lahiriah, yang asal, yang wujud sebelum aku didedahkan dengan teori penulisan tersebut.

Kini, aku seolah-olah tersedar. Namun, bisa dan toksik yang merupakan kesan sampingan pertembungan kedua-dua pemikiran itu menyebabkan aku kini menjadi seorang penulis pontianak. Aku cenderung menyedut darah dari karya-karya penulis lain untuk membentuk karya-karya baru. Aku haus dan semakin haus. Untuk memperoleh tenaga menulis, aku perlu mencari mangsa. Setiap kali pun, aku mencari mangsa.

Kerjaku kini memburu karya-karya penulis. Aku tidak perlu mengumpan wanita-wanita cantik sebagaimana pontianak-pontianak orang putih mencari mangsanya. Aku tidak perlu berkata-kata romantis dan berpakaian kemas serta bermantel sebagaimana Count Drakula. Aku tidak perlu menyebut perkataan ‘pulangkan’ beberapa kali seperti Pontianak Harum Sundal Malam. Aku juga tidak perlu memakai losen anti sinaran ultra-violet kerana aku tidak ada penyakit alahan terhadap sinar sang suria. Aku cuma perlu memburu buku-buku, majalah, artikel dan apa-apa sahaja karya penulisan yang aku kira menarik pada pembacaanku.

Oh, Tuhan, halalkan setiap darah yang aku hisap! Aku kecewa kerana nadi penulisan asalku telah terbunuh. Terbunuh kerana alergik yang aku hadapi terhadap teori penulisan baru itu. Malang sekali diriku ini. Malang sekali kerana aku langsung tidak berpeluang untuk memulihkan diriku. Kata peribahasa, nasi sudah menjadi bubur.

Diminta Encik Pontianak untuk menerima Anugerah Sasterawan Negara. Oh, tidak, maaf. Sasterawan Antarabangsa! Ya, ini dia Hadiah Nobel untuk tuan. Lalu, aku pun menyeringai dan taring-taring penghisap darahku mula kelihatan. Para hadirin ketakutan. Para hadirin lari lintang pukang. Pengacara majlis terketar-ketar melihat penulis pontianak yang sering diperkatakan itu kini telah muncul. Bukan lagi khabar angin, bukan lagi mitos!

Trofi Anugerah jatuh dan pecah berderai di atas lantai. Dari seorang penulis yang disanjung, aku kini menjadi penulis yang paling ditakuti. Setiap kali hasil penulisanku siap dan disiarkan, maka begitu ramai penulis dan sasterawan berdegup-degup kencang jantungnya. Takut. Takut sampai begitu sekali jika karya-karya mereka menjadi mangsaku yang terbaru.

Aku ini penulis pontianak. Siapa berani menghapuskan aku? Setiap malam, selepas jam 12 malam, aku pun mula terbang seperti kelawar dan adakalanya dengan rambut yang mengerbang, aku menghilai di tengah malam. Karya! Karya! Karya! Aku kehausan karya! Aku ini penulis pontianak! Aku mula mendapat ilham baru. Bersajak. Ya, bersajak:
Aku ini penulis pontianak
Kerjaku menghisap karya
Penulis-penulis mapan menjadi mangsa
Tanpa karya mereka
Aku kehausan dan kelaparan
Aku ini penulis pontianak
Kerjaku menghisap karya
Penulis dan sasterawan
Ha! Ha! Ha! Hi! Hi! Hi!
Aku mengilai sepuas-puasnya. Aku ini penulis pontianak. Mendengar namaku, meremang bulu romamu. Menyebut namaku, berdegup kencang jantungmu. Guruh mula menghembus bunyi. Kilat mencakar tunggul-tunggul besi. Dalam kegelapan malam dan langit mendung itu, kelihatan aku Sang Penulis Pontianak, dengan mata merah tersembul, dan seular bibir tersenyum pahit sedang menanti karya-karya baru untuk dihisap.

Adakah hayatku di dunia ini begitu lama? Adakah aku akan kekal abadi dengan cara ini? Aku mula menyebarkan falsafahku. Aku mula menabur benih-benih idealogiku. Aku mengatakan, bahawa asalkan masih ada penulis-penulis baru mengikut jejakku, maka aku akan sentiasa hidup sebagai Penulis Pontianak. Penulis Pontianak bukan lagi satu nama individu, tetapi satu jenama yang paling ditakuti. Aku mewujudkan ketakutan dalam diri para penulis yang menjadi mangsaku dan karya-karya mereka merupakan gelen-gelen darah yang bakal aku hirup dengan nikmatnya.

Jika pontianak menyebar virusnya menerusi gigitannya, aku pula menyebar virusku menerusi idealogiku. Falsafah-falsafah penulis pontianak mula menggigit penulis-penulis yang kehausan dan ketandusan karya, yang terdesak untuk terus hidup dengan berkarya. Jika mereka tidak berkarya, maka mereka akan kelaparan, menggigil, kurus keding dan pucat tak berdarah. Untuk terus hidup, mereka mesti berkarya, dan untuk berkarya, mereka mesti menagih karya-karya penulis-penulis lain. Semakin hebat karya yang berjaya dihisap, semakin hebatlah penulis pontianak itu.

Setiap malam, aku membelek-belek karya-karya baru yang jatuh ke tanganku. Aku seolah-olah seorang bibliomania, yang membeli dan membaca buku-buku tanpa sebab yang wajar. Ratusan buku-buku disusun di keranda-keranda tegak di ruang-ruang kediamanku. Semuanya seolah-olah berbisik, menangis, meraung, dan mungkin ada yang berdoa agar diselamatkan dari menjadi mangsaku. Buku-buku adalah anak para penulis, dan aku telah menculiknya dari kedai-kedai dan perpustakaan awam. Aku bayarlah! Jangan kata aku curi. Jika aku tidak mengeluarkan wang sekali pun, aku meminjamnya dengan kad keahlian perpustakaan awamku.

Setiap kali aku ke kedai-kedai buku dan perpustakaan, aku pasti pulang dengan memeluk di kiri dan kananku berjudul-judul buku. Sambil ketawa mengilai, dan taring yang terserigai, aku keluar dari pintu toko-toko buku sambil diperhatikan oleh pengawal kedai buku yang pelik dan seram dengan tingkah lakuku. Peduli apa aku, kerana aku inikan penulis pontianak?

Sambil menyanyi dengan nada “Hmmmm.....” aku menyusun buku-buku baru yang kaku tidak bernyawa di keranda-keranda buku. Aku merenung satu demi satu mangsa-mangsa baruku, dengan ibu jari dan jari telunjuk di bawah daguku. Aku tersenyum dengan mata merah menyalaku, lalu kusambar sebuah buku.

Buku itu menjerit, mengetahui nasibnya. Malang. Isinya akan kuhirup dan kemudian satu karya baru bakal kutulis lagi. Setiap kali pun, aku ketawa mengilai. Peduli apa aku, kerana aku inikan penulis pontianak?

Tidak lama kemudian, datang sang pemberita lalu bertanya kepadaku beberapa soalan yang sukar aku jawab. Kenapa memilih menjadi penulis pontianak? Kenapa gagal berkreatif menghasilkan idea penulisan sendiri. Aku tidak sukar menjawab persoalan-persoalan ini. Aku cuma jawab, “Tidak ada komen.”

Tidak lama selepas itu, begitu ramai pemberita membuat liputan tentang diriku. Ada juga papparazi yang curi-curi mengambil gambarku. Di medan-medan akhbar dan juga saluran berita elektronik, aku dapati namaku sering disebut-sebut. Terdapat kata-kata yang menghinaku, yang mengutuk aku, dan menyumpah-nyumpah aku. Aku tidak gentar langsung dengan semua itu. Aku cuma memenuhi kehendakku sebagai seorang penulis pontianak. Aku kehausan karya. Aku perlu berkarya untuk terus hidup.

Kemudian, tidak lama selepas itu, muncul pula gejala-gejala sosial yang baru. Telah wujud satu kumpulan ajaran sesat yang mendewa-dewakan aku setaraf Lucifer. Penulis Pontianak sanjungan kami. Kami minum darah kambing dalam upacara kami. Datanglah kepada kami roh penulis pontianak. Diseru-serunya aku. Aku belum mati lagilah! Aku, kekal abadi.

Kini, aku telah terkenal satu dunia. Aku tetap alami satu bentuk penderitaan. Aku kesunyian. Aku tidak ada teman. Rakan-rakan, kawan-kawan, kekasih, keluarga dan malah haiwan peliharaan kesayanganku juga tidak rela lagi berjuang bersama-samaku. Kata mereka, mereka telah hilang nyawa apabila bersama-sama meneruskan kehidupan ini dengan diriku. Demi maruah dan nama baik, mereka mula menjauhkan diri daripadaku. Tempiasku penulis pontianakku begitu kuat mengena pada mereka.

Aku ini penulis pontianak. Aku kini disisihkan. Populariti datang bersama kutukan. Semua karyaku dibakar begitu sahaja. Aku terkedu. Senyuman pahit pun begitu sukar untuk kubentuk, kini.

“Bakar karya penulis pontianak! Bakar! Siapa setuju, pusing tangan macam ini!”

Sehingga satu hari, ketika itu malam hari. Kelihatan begitu ramai orang di depan rumahku. Semuanya memegang sepanduk dan obor. Semuanya mahu mengerjakan aku biar lenyap terus dari muka bumi ini.

Sememangnya penulis pontianak seperti aku ini tidak ada tempat dalam dunia penulisan. Kerjaku memangsai karya-karya penulis mapan dan penulis-penulis terkenal. Malah, sesekali aku mengubah seleraku dengan meratah karya-karya penulis baru setahun jagung mahu berkarya. Memusnahkan impian mereka. Mencemari kedaulatan karya-karya sulung dan agung bagi mereka pada ketika itu dengan ketakutan terhadap penulis pontianak.

Lalu, aku pun menghilangkan diri. Falsafah dan idealogi penulis pontianak mula hapus dan lenyap. Akta-akta baru yang mengharamkan kewujudan penulis pontianak kini berkuatkuasa. Aku hilang dan lenyap begitu sahaja.

Aku ini penulis pontianak. Ini karyaku yang terakhir. Inginkah kalian tahu bagaimana kesudahanku? Jadilah pewarisku. Jadilah legasiku. Jadilah penulis pontianak. Ha! Ha! Ha! Hi! Hi! Hi!

PENAFIAN: Karya adalah sebuah karya kreatif dan apa-apa isi karya ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Jika ada kesamaan, maka itu adalah secara kebetulan.

Sabtu, Disember 15, 2012

Thailand, Pengadil Korea Selatan Beri Layanan Buruk Kepada Pasukan Malaysia

Layanan buruk daripada tuan rumah, iaitu Thailand dan juga pengadil yang lebih layak digelar pelawak dari Korea Selatan adalah dua perkara terburuk dalam sejarah Penganjuran Piala AFF Suzuki oleh Persatuan Bola Sepak ASEAN (AFF). Insiden-insiden layanan buruk yang dilakukan oleh kedua-dua negara terbabit, Korea Selatan dan Thailand sebenarnya boleh memberi kesan buruk terhadap hubungan secara emosi antara rakyat-rakyat ketiga-tiga negara.  Kemenangan kotor Thailand 2-0 ke atas Malaysia langsung tidak bernilai apa-apa melainkan hina dan tidak bermaruah.

Thailand nyata telah menang dengan cara yang kotor dan tidak bermaruah, sama ada sengaja atau tidak sengaja. Tidak ada kebanggaan bagi pihak Thailand kerana menang dengan cara yang begitu hina. Malaysia pula tewas dengan bermaruah. Layanan baik Malaysia terhadap pasukan bola sepak Thailand umpama pepatah Melayu, "Diberi susu, dibalas tuba." Thailand ternyata menang dengan cara yang hina. Adakah rakyat Thailand berbangga dengan cara kemenangan yang sebegitu rupa?

KEUNGGULAN SEMANGAT PEMAIN DAN JURULATIH MALAYSIA: Saya tidak kecewa: Raja
2012-12-14 Disediakan oleh Berita Harian


Penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, (depan) diasak pemain Thailand, Piyaphon Buntao dalam saingan separuh akhir kedua di Bangkok, malam tadi.

Jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal tidak kecewa selepas Malaysia gagal layak ke final Piala Suzuki AFF 2012, sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenangi dua tahun lalu kerana anak buahnya sudah melakukan yang terbaik.

"Selepas kalah 3-0 kepada Singapura pada aksi pertama peringkat kumpulan, kita berjaya bangkit semula sehingga ke separuh akhir ini. Jadi saya tak kecewa.

“Lagipun kita terganggu menghadapi Thailand dengan lima pemain yang cedera. Tapi pemain sudah tunjukkan yang kita bukan mudah untuk ditewaskan," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan, malam tadi.

Namun pengendali berusia 56 tahun itu tetap menyalahkan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Fadhli Shas pada penghujung separuh masa pertama sebagai punca kekalahan 2-0 kepada Thailand, malam tadi.

"Ya memang kita tahu apabila datang ke sini, Thailand akan beri tekanan untuk mendapatkan gol awal. Kita sudah main baik pada babak pertama terutama dengan permainan fizikal dan berintensiti tinggi.

"Tapi semuanya berubah apabila kita dapat kad merah. Jika tidak, permainan boleh terus seimbang. Walaupun kurang seorang pemain, kita dapat beri tentangan hebat sebelum gol pertama berpunca kesalahan individu, Amar Rohidan dan gol kedua, pertahanan lambat menyambar bola muntah sepakan percuma.

"Memang susah nak bangkit selepas ketinggalan dua gol dan perancangan saya untuk memasukkan Safee Sali lebih awal tidak dapat dilakukan kerana beraksi 10 pemain. Tapi pemain sudah berusaha sedaya upaya.," jelas Rajagobal.


PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA JADI MANGSA ANIAYA: Janji palsu!
2012-12-13 Disediakan oleh Berita Harian


Pemain Harimau Malaya terpaksa menjalani latihan di Stadium Debhasadin dan bukan di Stadium Supachalasai di Bangkok seperti dijadualkan, semalam.

Penganjur pula buat Harimau Malaya marah lagi menjelang separuh akhir kedua

Hanya empat jam selepas penganjur, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memohon maaf berhubung insiden Harimau Malaya menjalani latihan di padang umpama bendang di Jaran Buraprat, petang kelmarin, skuad kebangsaan sekali lagi 'dipermainkan' pada sesi latihan terakhir, malam tadi.

Pindah gelanggang lagi

Pada mulanya, Harimau Malaya yang bakal berdepan Thailand untuk aksi separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF, malam ini dijanjikan sesi latihan rasmi selama sejam di Stadium Supachalasai, malam tadi tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

Ini berikutan tiada sesi latihan dibenarkan di stadium berkapasiti 20,000 penonton itu, semalam, sebaliknya skuad kebangsaan hanya diberi peluang menjalani latihan di gelanggang kelab BEC Tero Sasana, Stadium Thephasadin berkapasiti 6,000 penonton yang terletak betul-betul bersebelahan Stadium Supachalasai.

“Sudah dua hari berturut-turut kita tidak dapat kesempatan berlatih dengan baik. Kita tidak boleh buat apa-apa, hanya perlu fokus sepenuhnya untuk menghadapi perlawanan.

Hujan jadi penghalang

“Saya hanya berkesempatan selama 20 minit untuk betul-betul mendapatkan apa yang saya mahu lihat daripada pemain.

“Bagaimanapun, jika hujan (malam ini), mungkin susah sedikit menerapkan corak permainan kita,” kata Rajagobal ketika ditemui selepas latihan, malam tadi.

Terdahulu pada mesyuarat pengurus pasukan sebelum sidang media pra-perlawanan di Hotel Golden Tulip Sovereign, petang semalam, pihak AFF meminta maaf kepada skuad kebangsaan kerana layanan teruk membabitkan padang latihan pasukan, petang kelmarin dan berjanji perkara sama tidak berulang.

Ditanya apakah alasan penganjur untuk tidak membenarkan sesi latihan di Stadium Supachalasai, malam tadi, Rajagobal berkata: "Mereka kata padang terlalu lembut dan akan rosak jika digunakan untuk latihan. Thailand juga tidak dibenarkan berlatih di situ (malam tadi) dan mereka turut berlatih di stadium lain."

Berdasarkan latihan malam tadi, Rajagobal dijangka mengekalkan kesebelasan sama dan formasi 4-5-1 seperti pada aksi pertama, Ahad lalu kecuali S Kunanlan mengisi tempat Baddrol Bakhtiar di sayap kiri, manakala Safee Sali dan Wan Zack Haikal Wan Nor sudah cergas untuk dimasukkan sebagai pemain gantian.


KEPUTUSAN KONTROVERSI PENGADIL KOREA SELATAN: Putih mata!
2012-12-14 Sumber Berita Harian


Teerasil (kanan) yang menyumbang gol pertama Thailand diasak pemain pertahanan negara, Aidil Zafuan Abdul Razak pada saingan separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok, malam tadi.

Impian Harimau Malaya pertahan mahkota berakhir, Gajah Perang menang agregat 3-1 layak ke final

Impian skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu tidak kesampaian apabila gagal melangkah ke final Piala Suzuki AFF 2012 selepas tewas 2-0 kepada Thailand pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai, malam tadi.

Keputusan kontroversi pengadil dari Korea Selatan, Lee Minhu melayangkan kad merah kepada pertahanan Malaysia, Fadhli Shas pada minit ke-42 ternyata menjadi 'penyumbang' kejayaan Thailand yang mara dengan agregat 3-1 untuk bertemu Singapura pada final timbal balik, 19 dan 22 Disember ini.

Babak pertama menyaksikan kelekaan dua pertahanan Malaysia, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mahalli Jasuli nyaris menghadiahkan gol pendahuluan buat Thailand, mujur rembatan Jakkapan Pornsai pada minit ke-3 dihadang baik penjaga gol, Farizal Marlias manakala percubaan satu lawan satu Teerasil Dangda minit ke-29 sedikit sipi.

Pada minit ke-42, susulan pergeseran ketika perebutan bola tinggi, Fadhli dan pemain Thailand, Datsakorn Thonglao kelihatan saling bertikam lidah menyebabkan pengadil melayangkan kad kuning kepada kedua-dua pemain tanpa menyedari Fadhli sudah pun mengutip kad kuning pertama pada minit ke-7.

Bersambung babak kedua, Thailand yang biarpun tanpa jurulatih, Winfried Schafer di bangku simpanan akibat digantung ternyata memanfaatkan sepenuhnya kelebihan beraksi lebih seorang pemain.

Gol pertama Thailand hadir pada minit ke-60 selepas Teerasil mudah merampas bola daripada Amar Rohidan seterusnya pantas melarikan bola dan mengatasi Aidil sebelum tenang melepaskan rembatan menewaskan Farizal di gawang.

Hanya selang empat minit, Thailand menambah gol kedua, kali ini menerusi rembatan pemain sayap, Theerathon Bunmathan ketika keadaan kelam kabut dalam kotak penalti selepas Farizal menepis bola sepakan percuma.

Seminit kemudian barulah jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal memasukkan Faizal Muhamad selepas mendapati gandingan pertahanan Amar-Aidil tidak mampu lagi menahan asakan jentera serangan Thailand.

Bagi segera mendapatkan dua gol untuk mengikat agregat 3-3, Rajagobal akhirnya memasukkan Safee Sali pada minit ke-72 menggantikan Baddrol Bakhtiar, namun sehingga wisel penamat, tiada jaringan terhasil, sekali gus berakhirnya kempen skuad Harimau Malaya kali ini.


LAYANAN BURUK DARIPADA PERSATUAN BOLA SEPAK THAILAND: Padang atau bendang?
2012-12-12 Disediakan oleh Berita Harian


Skuad negara terpaksa menjalani latihan ringan di atas padang yang ditakungi air di Stadium Express-way semalam.

Pengurusan Harimau Malaya buat aduan mengenai layanan buruk tuan rumah

Pihak pengurusan pasukan kebangsaan membuat aduan kepada penganjur Piala Suzuki, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) serta tuan rumah, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengenai keadaan padang latihan Harimau Malaya, yang didapati becak dan layak dipanggil bendang.

“Saya sudah buat aduan kepada pihak penganjur dan FAT. Harap esok (hari ini) dapat padang lebih elok. Tapi anggap ini semua dugaan untuk berjaya,” kata pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal ketika ditemui pada sesi latihan Harimau Malaya di padang Jaran Buraprat, kira-kira satu kilometer dari hotel penginapan skuad negara, petang semalam.

Kami amat kecewa dengan padang yang macam bendang padi, tempat pemain salin pakaian pun tiada, jaring gol koyak rabak dan orang awam boleh tengok secara terbuka," Subahan Kamal, Pengurus Harimau Malaya

Layanan yang diterima Harimau Malaya agak berbeza dengan layanan lima bintang disediakan Malaysia kepada Thailand ketika berkunjung ke ibu negara untuk perlawanan separuh akhir pertama Ahad lalu termasuk menyediakan padang latihan tertutup dan anggota keselamatan.

Macam bendang padi

Skuad Harimau Malaya dikejutkan dengan tindakan penganjur Piala Suzuki AFF dan tuan rumah, FAT hanya menyediakan padang awam sebagai tempat latihan di Bangkok, petang semalam.

Biarpun lokasinya hanya satu kilometer dari hotel Golden Tulip Sovereign, keadaan padang Jaran Buraprat itu sepatutnya tidak layak dijadikan padang latihan untuk kejohanan tertinggi peringkat Asia Tenggara itu.

“Kami amat kecewa dengan padang yang macam bendang padi, tempat pemain salin pakaian pun tiada, jaring gol koyak rabak dan orang awam boleh tengok secara terbuka. Jika di Malaysia, main peringkat kampung pun tidak seperti tahap ini.

“Sedangkan ketika skuad Thailand datang ke Kuala Lumpur tempoh hari, kita beri layanan begitu baik, jagaan pihak polis dan padang latihan tertutup (Kompleks Latihan Maybank, Bangi) supaya mereka dapat buat latihan sulit tanpa gangguan,” katanya.

Ditanya adakah ini salah satu taktik atau strategi Thailand untuk melunturkan semangat juang Harimau Malaya, Subahan berkata: "Saya tak tahu. Apa pun, yang berlaku ini tidak menunjukkan semangat kesukanan. Patut layanan lebih baik dan kita sudah rugi sehari tidak dapat menjalani latihan penuh."

Jumaat, Disember 14, 2012

Jawab periksa guna bahasa SMS

Teknologi mula mempengaruhi minda manusia. Itulah mimpi ngeri yang pernah digambarkan oleh Albert Einstein bertahun-tahun dahulu. Kini, mimpi ngeri yang dikatakan oleh Albert Einstein mula menjadi kenyataan. Bahasa SMS merupakan bahasa yang terhasil daripada teknologi komunikasi moden masa kini, yang digunakan oleh generasi muda hari ini. Bahasa yang digunakan sebagai pemusnah identiti bangsa, oleh sesetengah manusia yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga kedaulatan bahasa bangsanya sendiri. Sesetengah manusia yang bendul, mula menggunakan bahasa SMS dalam hal-hal intelektual dan rasmi seperti dalam peperiksaan awam dan peperiksaan di peringkat institut pengajian tinggi. Kebendulan yang mesti dihalang, sebelum orang-orang bendul ini tidak sedar merekalah perintis dalam membentuk perosak bahasa bangsa pada kemudian hari.

DBP anggap petanda bahaya apabila pelajar guna dalam peperiksaan awam, IPT
2012-12-13 Disediakan oleh Berita Harian


Kota Bharu: Penggunaan bahasa ringkas atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kini semakin membimbangkan apabila ia turut digunakan oleh pelajar dalam peperiksaan rasmi, termasuk di peringkat institusi pengajian tinggi.

Penemuan itu hasil kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berhubung penggunaan bahasa ringkas yang memfokuskan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta pelajar universiti.

Selain itu, kajian berkenaan turut mendapati ada pelajar yang menggunakan bahasa pasar seperti 'sedap gila’, 'laju gila’ dan sebagainya," Dr Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan (kanan), berkata isu itu sudah menjadi petanda bahaya kepada pelajar kerana menjawab peperiksaan dengan perkataan singkatan sehingga sukar difahami pemeriksa.

Bahasa ringkas Katanya, kebanyakan pelajar tidak serius dalam penggunaan bahasa dan mereka tidak mementingkan susunan ayat yang betul kerana sudah biasa menggunakan bahasa ringkas dalam perbualan harian, termasuk SMS dan Facebook.

Banyak singkatan tidak difahami, makna berubah

“Justeru, penggunaan bahasa SMS ini memainkan satu bibit atau ragam bahasa bukan saja penggunaan bahasa sangat santai, tetapi banyak singkatan yang tidak difahami dan perubahan makna sangat ketara.

“Selain itu, kajian berkenaan turut mendapati ada pelajar yang menggunakan bahasa pasar seperti 'sedap gila’, 'laju gila’ dan sebagainya,” katanya di Majlis Perasmian Simposium Tun Syed Nasir Sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 Peringkat Kelantan, di sini, semalam.

Masih terkawal

Awang bagaimanapun berkata, penggunaan bahasa SMS itu masih lagi terkawal, tetapi perlu dilihat dalam konteks yang lebih serius kerana hal begitu sebenarnya mengganggu dan menjejaskan bahasa kebangsaan.

“Menghalang bahasa ringkas menular dalam urusan harian bukanlah mudah kerana dalam percakapan harian pun kita sudah menggunakan bahasa pasar dan sebagainya yang sedikit sebanyak mencalarkan imej bahasa ibunda.

“Kalau kita nak gunakan bahasa ringkas, tiada masalah, tetapi mesti digunakan dalam konteks yang sangat kecil. Jika kita menulis atau berhubung dalam konteks yang lebih umum, maknanya bahasa digunakan bersama orang awam hendaklah teratur dan terkawal,” katanya.

Awang berkata, dalam memartabatkan bahasa dan persuratan Melayu sebagai benteng peradaban bangsa, semua peringkat masyarakat seharusnya berganding bahu supaya mutu penggunaan bahasa sentiasa terkawal.

Selasa, Disember 11, 2012

Sebuah Piala Seekor Kambing

 Sebuah Piala Seekor Kambing
Oleh: Amiene Rev

Seekor kambing, sebuah piala.
Sebuah piala, seekor kambing.
Kambing panggang.

Sebuah piala, seekor kambing.
Kari kambing.
Sedap.

Sebuah piala, seekor kambing.
Sup kambing.
Enak.

Seekor kambing, sebuah piala.
Sate kambing.
Harum.

Seekor kambing, sebuah piala.
Sudah dapat, belum?

Isnin, Disember 10, 2012

Maxis reveals iPhone 5 iValue plans and pricing

Maxis reveals iPhone 5 iValue plans and pricing

Maxis has finally taken the covers off from its iPhone 5 bundling which is tied to its iValue plans. On the device pricing, the iPhone 5 remains unchanged from its predecessor launch price with the recommended retail pricing listed as follows:

    iPhone 5 16GB – RM2,199
    iPhone 5 32GB – RM2,499
    iPhone 5 64GB – RM2,799
    iPhone 4S 16GB – RM1,799
    iPhone 4 8GB – RM1,449

In terms of bundling, you have a choice from as low as RM100/month with the iValue 1 and it goes all the way up to RM375/month on its highest iValue 4 plan. It comes bundled with mobile internet data and calls to any networks, however bundled SMS and MMS is only for Maxis to Maxis only. Maxis is also throwing additional extras such as additional 1,000 call minutes and 200-800 SMS but it can only be used within Maxis network.

The full iPhone 5 bundled pricing below:

    iPhone 5 16GB

    iValue 1 (12 months) – RM1,699
    iValue 1 (24 months) – RM1,399
    iValue 2 (12 months) – RM1,599
    iValue 2 (24 months) – RM1,149
    iValue 3 (12 months) – RM1,199
    iValue 3 (24 months) – RM449
    iValue 4 (12 months) – RM1,099
    iValue 4 (24 months) – FREE

    iPhone 5 32GB
    iValue 1 (12 months) – RM2,049
    iValue 1 (24 months) – RM1,699
    iValue 2 (12 months) – RM1,899
    iValue 2 (24 months) – RM1,499
    iValue 3 (12 months) – RM1,549
    iValue 3 (24 months) – RM749
    iValue 4 (12 months) – RM1,399
    iValue 4 (24 months) – RM299

    iPhone 5 64GB

    iValue 1 (12 months) – RM2,349
    iValue 1 (24 months) – RM2,049
    iValue 2 (12 months) – RM2,249
    iValue 2 (24 months) – RM1,799
    iValue 3 (12 months) – RM1,849
    iValue 3 (24 months) – RM1,649
    iValue 4 (12 months) – RM699
    iValue 4 (24 months) – RM299

An upfront payment between RM300 – RM2,000 is also required upon sign up and there’s also 12 months Easy Payment Plans being offered by Citibank, HSBC, Maybank and Public bank. According to the FAQ, the iPhone 5 will be available at Maxis Centres and MEP centres on 14th December onwards.

Maxis melabur RM122mil dalam rangkaian 4G dan liputan yang lebih baik di Sarawak dan Sabah

Maxis melabur RM122mil dalam rangkaian 4G dan liputan yang lebih baik di Sarawak dan Sabah

KUCHING: Maxis Bhd akan melabur RM122mil di Sarawak dan Sabah dalam tempoh enam bulan akan datang untuk 4G dan dipertingkatkan program penyambungan luar bandar.

Bersepadu terkemuka negara com-unikasi dan pembekal perkhidmatan dengan kira-kira 14 juta langganan telah melabur RM297mil untuk menaik taraf 2G dan rangkaian 3G di Sarawak dan Sabah dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Maxis bersama ketua pegawai operasi Mark DioGuardi berkata menaik taraf semua laman 3G yang sedia ada adalah untuk menyediakan pengalaman internet yang lebih cepat jalur lebar dan mudah alih.

Beliau berkata perbelanjaan modal (capex) adalah untuk membiayai penempatan 355 Nano dan laman Femto, 352 3G laman dipertingkatkan dan 100 kampung tanpa wayar (KTW) laman WiFi di dalam kedua-dua Sarawak dan Sabah.

Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia untuk menggunakan femtocell, stesen pangkalan selular kecil, berkuasa rendah, biasanya direka untuk kegunaan di rumah atau perniagaan kecil.

NanoBTS dan femto teknologi dijalankan pada kuasa solar untuk berkhidmat perladangan, ladang, kayu dan pekan perlombongan dengan tiada bekalan elektrik.

Projek KTW menyediakan jalur lebar dan internet untuk masyarakat luar bandar yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

Maxis telah menjadi peneraju dalam menggerakkan teknologi canggih di Sarawak dan Sabah untuk melanjutkan liputan kepada jauh dan sukar untuk sampai ke kawasan-kawasan, memanfaatkan satelit Measat 5 untuk menyambung masyarakat luar bandar.

To-date, telco telah siap 42 luar femto, 11 3G NanoBTS laman dan 69 KTW Wifi laman.

DioGuardi berkata bilangan Maxis 2G dan tapak 3G di Sarawak telah meningkat kepada 624 dan 346 dari 460 dan 105 masing-masing pada tahun 2009.

Perkhidmatan 2G yang kini menyediakan liputan kepada 76% daripada penduduk Sarawak manakala ia adalah penduduk 54% liputan perkhidmatan 3G.

Semua laman 3G kini diaktifkan dengan kelajuan tinggi akses paket + (HSPA) yang menyokong kelajuan rangkaian sehingga 21Mbps manakala 40% daripada tapak 3G mempunyai HSPA + pembawa dua yang menyokong kelajuan rangkaian sehingga 42Mbps.

"Evolusi jangka panjang (LTE) atau perkhidmatan 4G akan datang ke Sarawak dan Sabah tahun depan dengan pengaktifan laman LTE di Kuching dan Kota Kinabalu," katanya semasa majlis makan tengah hari media di Four Points by Sheraton Hotel di sini, semalam.

Beliau berkata Maxis telekomunikasi pertama di negara ini untuk melengkapkan ujian bidang yang meluas LTE. Perkhidmatan 4G yang akan dilaksanakan di kawasan-kawasan terpilih di Lembah Klang dalam pertama suku 2013 sebelum ia diperluaskan kepada bahagian-bahagian lain di negara ini.

Maxis Broadband Sdn Bhd adalah antara lapan syarikat yang dibenarkan akses oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk jalur 2600 MHz spektrum yang membolehkan pengguna telefon bimbit untuk menikmati perkhidmatan LTE atau 4G dengan kelajuan jalur lebar di melebihi 100Mbps.

DioGuardi berkata Maxis kini dikendalikan lapan pusat jalur lebar komuniti (CBS) di Sarawak (daripada sebanyak 10 di seluruh negara) yang menyediakan asas latihan teknologi maklumat kepada penduduk kampung di dalam kawasan berkenaan.

Sehingga kini, kira-kira 200,000 pengguna di kawasan pedalaman disambungkan melalui telefon dan internet. Satu lagi CBC 6 akan datang pada aliran bulan ini.

Rabu, Disember 05, 2012

Punca Kelahiran Bayi Atau Anak Autisme

Asap kenderaan dikatakan berisiko untuk menyebabkan kelahiran anak autisme. Campuran asid, logam, tanah dan debu meningkatkan risiko dua kali ganda untuk kelahiran bayi atau anak autisme. Perkara ini ada dicatatkan dalam artikel di bawah:

Punca Kelahiran Bayi Atau Anak Autisme
2012-12-02 04:26 Disediakan oleh Berita Harian


Los Angeles: Pencemaran alam sekitar dikaitkan dengan kemungkinan seseorang ibu bakal mempunyai anak autisme di mana bayi yang terhidu asap kenderaan ketika dalam rahim atau baru lahir juga berisiko mendapat autisme.

Kajian yang diterbitkan Archives of General Psychiatry menunjukkan bahawa pencemaran udara mempunyai kaitan dengan meningkatnya kadar autisme terhadap 500 bayi yang dilahirkan beberapa tahun ini.

Pencemaran lalu lintas


Keputusan itu menyokong kajian sebelum ini yang mengaitkan kanak-kanak yang tinggal berhampiran jalan raya berisiko mengalami autisme.

“Kami tidak menyatakan pencemaran lalu lintas menyebabkan autisme tetapi mungkin menjadi faktor risiko,” kata Heather Volk, pembantu profesor di Sekolah Perubatan Keck Universiti Southern California di Los Angeles.

Mengukur kualiti udara

Autisme adalah gangguan spektrum DNA bermula daripada ketidakmampuan berkomunikasi dan ketinggalan dari segi mental, yang disifatkan sebagai gejala ringan sindrom Asperger.

Dalam kajian ini, Volk dan pasukannya mengukur kualiti udara di kawasan rumah kanak-kanak terbabit. Ia kemudian membandingkan dengan 245 kanak-kanak California yang tidak menghidap autisme.

Hasilnya 279 kanak-kanak yang autisme dua kali mungkin lebih banyak terdedah kepada pencemaran udara sewaktu dalam rahim dan tiga kali terkena pencemaran pada tahun pertama hayatnya.

Risiko dua kali ganda


Bagi kanak-kanak yang mengalami pencemaran bahan mengandungi campuran seperti asid, logam, tanah dan debu dengan jumlah yang banyak mempunyai risiko dua kali ganda lebih untuk mendapat autisme.

Volk turut melihat hubungan yang sama antara autisme dan nitrogen dioksida dalam kereta, trak dan asap kenderaan.

Kajian menunjukkan pencemaran tertentu berperanan dalam perkembangan otak tetapi itu tidak dapat membuktikan terkena pencemaran udara di kalangan kanak-kanak autisme. - Agensi

KAWASAN PUAKA? KM293-310 LEBUH RAYA GUA TEMPURUNG

Pemandu diminta berhati-hati apabila melalui KM293-310 lebuh raya dekat Gua Tempurung
Disediakan oleh Berita Harian


KAMPAR 2012-12-04 11:20AM: Pemandu kenderaan diminta berwaspada apabila melalui Kilometer 293 hingga 310 Lebuh raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, berkata sejak awal Januari sehingga hari ini, sebanyak 19 kes kemalangan maut mengorbankan 60 orang berlaku di kawasan itu.

Katanya, kemalangan terbaru tengah malam tadi membabitkan bas ekspres dan treler membawa air mineral yang mengorbankan pemandu bas manakala 10 penumpang cedera.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Isnin, Disember 03, 2012

Legenda Pontianak - Sava Savanovic - Gambar

Kisah pontianak di Kampung Zarozje kini kembali merangsangkan ketakutan dalam jiwa kebanyakan penduduk di kampung tersebut. Sejak November 2012, Sava Savanovic yang kehilangan tempat tinggalnya mula mengamuk dan mencari mangsa. Gambar: Sava Savanovic Sang Pontianak.

Sava Savanovic - Puntianak dipercayai berkeliaran di kampung Serbia 

BELGRADE - Penduduk di Kampung Zarozje, dekat bandar Bajina Basta, Serbia percaya terdapat puntianak yang menghisap darah sedang berkeliaran dan mereka kini hidup dalam ketakutan. Seorang anggota majlis tempatan memberi amaran kepada penduduk kampung itu supaya membawa bawang putih di dalam saku dan lambang salib di bilik rumah mereka bagi mengelak kehadiran puntianak. Mereka kini dilanda ketakutan tentang kehadiran puntianak legenda yang bernama Sava Savanovic. "Kisah Savanovic merupakan satu legenda tetapi beberapa perkara ganjil telah berlaku sejak kebelakangan ini," kata seorang suri rumah, Milka Prokic yang memegang bawang putih di tangannya. "Kami mewarisi legenda itu daripada nenek moyang dan kami menghidupkannya untuk generasi muda," tambahnya yang berusia 55 tahun. Kewujudan puntianak itu berkeliaran di kampung tersebut tersebar selepas sebuah kincir air di Sungai Rogacica di kampung tersebut runtuh beberapa bulan lalu. Kincir itu dipercayai menjadi tempat tinggal puntianak tersebut. Justeru, puntianak itu kini berkeliaran selepas kincir air yang menjadi tempat tinggalnya musnah. Puntianak itu kini marah kerana terpaksa mencari tempat untuk menggantung pakaiannya. Beberapa penduduk mendakwa mereka mendengar bunyi daun-daun kering di hutan dipijak dan suara ganjil datang dari puncak sebuah kawasan pergunungan. Kawasan pergunungan itu dipercayai menjadi tempat puntianak itu dibunuh dengan pancang tajam yang menembusi jantungnya. Namun, puntianak tersebut masih hidup dalam bentuk roh seperti menjadi rama-rama. Beberapa penduduk menyatakan mudah bagi orang di luar kampung itu untuk mentertawakan mereka ekoran kisah tersebut. "Baru-baru ini, lima orang telah mati selepas seorang demi seorang di dalam komuniti kita" kata seorang anggota majlis perbandaran, Miodrag Vujetic. - Agensi