BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Mei 03, 2009

Antara Matlamat dan Harapan

"Matlamat dan harapan adalah dua perkara berbeza. Usaha dan doa, di tengah-tengah. Matlamat yang tinggi adalah lebih baik daripada harapan yang menggunung tinggi. Harapan yang tidak kesampaian akan menyebabkan kekecewaan, sebaliknya matlamat yang tidak kesampaian boleh diperbaiki lagi. Matlamat adalah salah satu faktor untuk seseorang itu mahu terus hidup dan berjuang." - Amiene Rev
Ironi - Kisah Seorang Guru dan Dua Orang Pelajar
Penulis: Amiene Rev (C) 2009

Dari jauh, aku memerhati mereka yang dahulu dari dekat kuperhatikan, kuberi didikan Aku tertanya-tanya... Sedangkan aku tahu itu bukan lagi urusanku Sebab tugas aku terhadap mereka telah lama... selesai. Aku cuma mengharapkan ibu bapa mereka atau penjaga mereka mengambil langkah yang betul. Jangan sampai anak mereka tersilap langkah.

Aku sudah tidak ada di sana, tidak dapat menjaga mereka lagi... tidak dapat menegur mereka lagi. Mereka kini menapak atas usaha mereka sendiri, jatuh bangun mereka... tidak ada aku untuk menyokong mereka, memimpin mereka. Dengan berat hati, aku meneliti maklumat dan berita terkini tentang mereka yang dahulu pernah menjadi anak didikku.

Di depanku kini ada beribu-ribu tanggungjawab baru. Kuasa baru. Bidang tugas baru... Kalau masa lalu itu boleh diundur, aku akan merotan mereka yang degil, aku tidak peduli ibu bapa mereka marah atau berang, sebab kalau itu caranya untuk menghalang mereka daripada melakukan perkara sia-sia. Aku harus merotan mereka, kerana itu kasih sayang untuk mereka yang degil.

Tapi masa silam tidak akan berulang, Apa yang aku lihat kini, ada yang berjaya, mereka mendengar kata-kataku. Ada yang masih meronta-ronta, ini balasan kedegilan mereka, hipokrit mereka, kerana mengabaikan nasihat dan teguranku.

Mereka ini bakal mengisi jawatan-jawatan 3D, kotor, merbahaya dan daif. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, untuk berpuluh-puluh tahun lagi. Hidup mereka bergelumang dengan keringat, kesusahan dan penderitaan. Mereka ini, patut dirotan dahulu.

Namun kini segala-galanya sudah tidak bermakna lagi. Aku telah dinaikkan pangkat, tetapi kesedihan masih bertaut dihatiku. Selepas hari ini, aku tidak lagi dapat mencari khabar berita, melihat mereka dari jauh.

Jalan hidup mengheret aku untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar. Aku tidak sangka, orang-orang bawahanku nanti yang bekerja sebagai tukang sapu, tukang kebun, pembaiki paip dan lain-lain kerja yang dianggap kotor (hakikatnya suci), daif dan memenatkan adalah anak muridku sendiri.

Jika dulu mereka memanggil aku Cikgu, sekarang mereka memanggil aku Tuan Besar. Tuan Director. Dunia apakah ini?

Jika dulu aku menegur mereka di dalam kelas. Sekarang aku berkuasa memotong gaji atau memecat mereka. Dunia apakah ini?

Jika dulu mereka anak muridku, sekarang mereka kuli di tempat aku. Aku terus naik dan naik, menjawat jawatan yang lebih penting, tetapi mereka memiliki masa depan yang malap.

Kemudian datang pula seorang lagi anak muridku. "Cikgu... er... maaf, Tuan Director."
Apabila seorang anak muridku berjaya dalam hidupnya, memiliki ijazah dan bekerja sebagai orang kananku.

"Ingat lagi apa yang saya ajar kamu semasa di sekolah?"

"Tegas dan garang, Cikgu.. er... Tuan Director."

"Bagus."

Ironinya, pelajar yang malas dan biadab dahulu telah menjadi tukang sapu. Manakala pelajar yang pernah dibulinya pula menjadi orang atasannya.

"Walaupun dia dulu selalu buli kamu, tapi saya harap kamu sebagai pekerja yang lebih kanan, tetap menjaga kebajikan dia. Ingat, hubungan kita kini bukan lagi guru dan anak murid, tetapi antara majikan dengan pekerja."

Inilah kesudahannya... atau mungkin satu permulaan yang baru. Seorang guru yang menjadi seorang pengarah besar. Seorang pelajar rajin yang dahulunya dibuli telah mendapat ijazah dan menjadi seorang pegawai kelas A. Seorang pelajar yang malas, biadab, kurang ajar yang kemudiannya selepas tamat sekolah terpaksa berjuang untuk menyara kehidupan sebagai tukang sapu dan patuh kepada arahan bekas guru dan bekas rakan sekolah yang pernah dibulinya dahulu.

Sungguh ironi....

Isnin, April 06, 2009

Kata-kata Amiene Rev Kepada Pelajarnya

Kata-kata Amiene Rev Kepada Pelajar-Pelajarnya
Penulis: Amiene Rev (C) 2009

Dalam dunia ini, kita mungkin sudah tahu, tidak ada guru yang benar-benar hebat untuk memastikan kejayaan setiap para pelajarnya menjadi kenyataan. Tugas ini terlalu berat, dan kadangkala bagi aku sebagai seorang guru, sentiasa merasa serba kekurangan, serba berdosa kerana tidak dapat memberikan sesuatu yang terbaik untukmu.

Setiap malam, setiap petang, setiap masa bila ada kelapangan, aku mencari, menyusun dan menulis sesuatu yang aku rasa dapat memudahkan engkau memahami apa yang mahu aku sampaikan. Aku menunggu setiap kali, supaya dapat kulihat kau tersenyum mengangguk, berpuas hati, memahami apa yang telah aku sampaikan.

Setiap kali aku melihat engkau kebingungan, tertunduk keliru, cuba memahami apa yang aku sampaikan maka aku gelisah, mengenangkan betapa berdosanya aku kerana tidak dapat mempermudahkan ajaranku. Lalu, apabila itu berlaku, maka aku bersengkang mata mencari penyelesaiannya, sehingga terbawa-bawa ke alam mimpiku.

Di dalam mimpi, aku membayangkan bagaimana caranya supaya aku dapat menyelesaikan masalah yang engkau hadapi dalam pembelajaran sesuatu perkara yang ingin aku sampaikan. Lalu aku memerah otak, mengerutkan dahi, menggenggam rambut di kepalaku, memejamkam mataku cuba mencari ilham dan kemudian aku menadahkan tanganku memohon doa supaya dapat kucari penyelesaian ini, supaya engkau dapat memahaminya pada sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang.

Dan keesokkan harinya aku menarik nafas, memulihkan semangat dan tenagaku supaya aku dapat sekali lagi menyampaikan ilmu ini yang penting untuk engkau melayari masa depanmu dengan lebih mudah. Bagiku setiap masa lapang yang aku ada, adalah detik-detik terbaik untuk aku mengkaji cara pengajaranku, cara penyampaianku, isi kandungan pengajaranku dan refleksi terhadap apa yang telah aku lalui semasa mengajarmu.

Di mana silapnya? Di mana kekurangannya? Aku mengubahsuai dan terus merekacipta sesuatu yang baru, supaya nanti, engkau akan mudah memahaminya. Dan, kemudian, kelas yang seterusnya, apabila aku lihat engkau telah dapat menguasai apa yang aku ajarkan kepadamu, maka betapa lapangnya rasa hati, betapa indahnya sinar matahari yang memancar ke dalam bilik, menerangi ruang-ruang di majlis ilmu itu.

Selepas itu, aku mendapati engkau terus cepat memahami, cepat mempelajari apa yang aku ajarkan. Melihatkan keadaan ini, aku tidak berhenti-henti mengucap syukur, kegembiraanku, kebahagiaanku, kesenangan hatiku. Aku menganggap ini sebagai dorongan ke atas usahaku, sebagai ganjaran ke atas setiap usahaku. Terpesona dengan kejayaanmu menguasai apa yang telah aku ajarkan kepadamu, aku seolah-olah terlupa bahawa aku selama ini dibayar gaji untuk menjadi seorang pendidik. Aku terlupa bahawa aku selama ini sedang melaksanakan usaha untuk mencapai matlamat dan harapan bangsa. Ketika itu, setiap matlamat dan harapan bangsa seolah-olan telah menjadi harapan peribadiku. Aku ingin melihat engkau berjaya.Aku ingin melihat engkau menjadi orang yang berguna. Aku ingin melihat engkau mengharumkam nama negara, bangsa dan agama. Aku sudah terlupa bahawa aku ini makan gaji, kerana kepuasan dan kebahagiaanku melihat engkau semakin hari semakin berada di puncak kejayaan, seolah-olah ganjaran sebenar untukku. Ganjaran yang paling agung buatku.

Kemudian, engkau menghadapi peperiksaan untuk menguji kebenaran apa yang telah engkau kuasai selama ini. Aku gelisah, tetapi aku pendamkan. Syaitan-syaitan cuba sedaya-upaya mencampak benih was-was ke dalam hatiku, tetapi aku terus menangkisnya dengan doa dan keyakinan terhadap apa yang kita perjuangkan selama ini. Aku tahu engkau boleh melakukannya. Aku tahu engkau tahu apa tujuan engkau menuntut ilmu selama ini. Aku tahu kenapa aku mengajar engkau selama ini. Selama ini, aku mengajar engkau ilmu-ilmu yang aku miliki supaya engkau dapat menggunakannya untuk menolong dirimu dan bangsamu sendiri, dan masyarakat di sekitarmu, dan alam, dan agamamu untuk terus menstabilkan dunia dan merebut kebahagiaan di akhirat. Lalu tumbuh semula pohon-pohon kepercayaanku terhadap kebolehanmu.

Selepas itu, tibalah detik perpisahan antara aku dan engkau. Jika engkau mungkin kehilangan aku dan beberapa orang yang telah mendidikmu, tetapi aku kehilangan engkau dan berpuluh-puluh rakan seperguruan engkau saban tahun. Setiap kali itu juga aku memendam rasa rindu terhadap masa lalu, pada masa kita sama-sama membincangkan tentang sesuatu ilmu yang mahu aku ajarkan kepadamu. Aku mengenangkan kembali pada saat engkau yang tidak tahu apa-apa, kemudian pada akhirnya menjadi seorang yang serba tahu. Rindu aku pada saat itu, tetapi aku tahu sekarang ini masih ramai lagi orang-orang seperti engkau yang dahulu itu, perlu aku didik supaya menjadi seperti engkau pada masa kini atau lebih hebat lagi. Perjuangan ini tidak pernah berhenti.

Kesunyian, rindu terhadap kenangan lama kupendam begitu sahaja. Dan, apabila ada masa terluang, aku ceritakan saat-saat manis dan pahit itu buat pengajaran dan teladan untuk adik-adik segurumu.

Saban hari usiaku makin meningkat, aku tahu aku tidak akan lama hidup di muka bumi ini. Ketika itu harapanku terhadapmu semakin menggunung tinggi. Aku mengharapkanmu supaya mewarisi ilmu-ilmuku dalam pelbagai cara yang dapat memberi kebaikan kepada manusia. Sama ada engkau mengajarkan apa yang telah engkau fahami atau engkau ciptakan sesuatu yang baru untuk membantu umat manusia dan alam ini.

Aku teringatkan masa silamku. Aku teringatkan kesalahanku. Aku teringatkan ketidaksempurnaanku semasa dulu. Aku tidak pasti sama ada kejayaanmu akan dapat menebus kesilapan dan kesalahanku. Bagiku adalah satu dosa apabila aku gagal menjadikan dirimu sebagai seorang yang berjaya.

Bagi setiap anak didikku yang kuketahui kegagalannya dalam mengharungi masa depan, maka akan ada kepedihan dalam hatiku. Setiap kali aku mengingati anak didikku yang gagal dalam hidupnya, aku mendoakan agar dia diberikan peluang untuk mencapai kejayaan untuk kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Supaya dia dapat menjadi orang yang berguna.

Oleh itu, aku rasa kejayaanmu tidak cukup untuk mengubati kesedihan dan kepedihan hatiku. Aku berharap agar engkau akan turut dapat membantu rakan-rakan segurumu yang terkandas, yang gagal dalam pelajarannya, yang gagal dalam kerjayanya, yang gagal dalam hidupnya... berikan mereka peluang untuk melihat masa depan yang cerah yang seharusnya menjadi milik mereka. Berikan mereka keyakinan bahawa masa depan yang cerah itu memang milik mereka.

Aku berharap pada akhirnya, tidak kira engkau atau rakan-rakan engkau, wahai anak didikku, semuanya berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Maka dengan itu, dapat aku menghembuskan nafas terakhirnya dengan mata yang terpejam tenang, dan bibir yang tersenyum senang. Perjuangan ini tidak pernah tamat. Kerana itu aku akan terus berusaha untuk mendidik engkau dan generasi seterusnya. Kerja-kerja mendidik ini tidak pernah selesai.

"Aku hidup sebagai pendidik, mati pun sebagai pendidik." - Amiene Rev

CATATAN AMIENE REV
BUAT PARA PERANTISNYA I

Amiene Rev (C) 2009

Penat lelah aku mendidikmu
Kemudian melepaskan engkau pergi

Setiap kali aku mengenangkan masa itu
pada saat engkau tidak tahu apa-apa
kemudian menjadi bijak pandai

Aku tahu
Selamanya engkau adalah muridku
Selamanya engkau juara


CATATAN AMIENE REV
BUAT PARA PERANTISNYA II

Amiene Rev (C) 2009

Kini giliran aku untuk pergi
demi memenuhi kehendak perjuangan
ajaranku, didikanku
adalah nadi
pusaka hidup dan matiku
yang menggerakkan
perjuangan ini
supaya ia tidak pernah
berhenti


CATATAN AMIENE REV
BUAT PARA PERANTISNYA III

Amiene Rev (C) 2009

Mengenangkan masa silam
bererti mengenangkan
ajaranku dan pembelajaranmu

Ahad, April 05, 2009

Zizi Ratu Rock Akademi Fantasia 7 - Tersingkir Sebagai Juara

Zizi AF7 - Ratu Rock Akademi Fantasia 7
Penulis: Amiene Rev (C) 2009

Malam tadi saya tidak sempat menonton Akademi Fantasia 7, maka saya meluangkan masa untuk menyaksikan siaran ulangan Akademi Fantasia 7 sekitar tengah hari tadi.

Penyingkiran Zizi AF7 pada malam tadi merupakan satu kejutan besar buat tenaga pengajar. Zizi AF7 sebelum ini banyak membantu pelajar-pelajar Akademi Fantasia 7 yang lain untuk menghayati lenggok lagu. Dalam erti kata lain, sebelum Zizi AF7 meninggalkan Akademi Fantasia bersama Rubisa AF7, beliau telah memberikan satu sumbangan yang baik kepada para peserta Akademi Fantasia 7 yang lain. Kejayaan kebanyakan pelajar AF7 yang lain untuk Konsert Akademi Fantasia Ke-4 ini bukan sahaja dibantu oleh tenaga para pengajar, tetapi juga Isma AF7 dan Zizi AF7.

Biarpun Zizi AF7 tersingkir, namun Zizi AF7 telah terbukti seorang Ratu Rock yang berjaya dilahirkan di Akademi Fantasia. Malah kita ketahui sebelum ini, tidak semua peserta yang gagal ke konsert terakhir Akademi Fantasia Ke-7, akan gagal di persada seni yang sebenar. Contohnya Aizat yang berjaya muncul di peringkat akhir Juara Lagu, dan muncul dengan lagu-lagu yang mendapat sambutan hangat.

Saya cukup suka dengan kata-kata optimis Zizi AF7 kepada para penyokongnya, "Penyokong-penyokong saya masih boleh jumpa saya di luar sana!"

Memang tepat apabila saya memilih Zizi AF7 sebagai salah satu daripada peserta Akademi Fantasia 7 pilihan saya. Beliau memiliki sikap optimis yang perlu ada dalam diri seorang penanding, dan beliau telah buktikannya di depan kaca televisyen secara realiti. Sekarang saya mahu lihat Isma AF7, Hafiz AF7, Claudia AF7 dan Aril AF7 beraksi di pentas seterusnya.

Selain Isma AF7, Hafiz AF7, Claudia AF7, Zizi AF7 dan Aril AF7 saya juga ingin mengulas peserta-peserta lain menerusi entri ini.

Isma AF7 - Berkeyakinan, berbakat dalam nyanyian, serba boleh, personaliti yang menarik, mempunyai kebolehan untuk menyelesaikan masalah, ada kebolehan memimpin, matang dan bijaksana.

Hafiz AF7 - Seorang lagi pelajar yang memiliki kecerdasan muzikal yang sangat tinggi. Potensi Hafiz AF7 masih belum ditonjolkan sepenuhnya. Barangkali beliau merupakan peserta Akademi Fantasia terunggul pernah wujud dalam sejarah Akademi Fantasia.

Claudia AF7 - Salah seorang peserta berbakat dan mempunyai suara yang menarik dalam Akademi Fantasia 7. Beliau memiliki identiti dan tingkah laku yang unik. Namun, apabila menyanyi, beliau boleh menjadi seorang penghibur yang amat baik.

Zizi AF7 - Memiliki sikap yang ceria sebagai seorang penghibur, dan merupakan penyanyi berbakat dalam bidang rock yang sejati.

Aril AF7 - Kualiti Aril dari segi nyanyian biasa sahaja, tetapi suaranya agak menarik. Kelebihan utama Aril adalah dari segi persembahannya secara fizikal yang memaparkan dirinya sebagai seorang penghibur yang memang menghiburkan. Aril mempunyai keyakinan terhadap apa yang dilakukannya. Dia selamba tetapi persembahannya menjadi. Kelebihan Aril dari segi persembahan fizikal adalah antara yang terunggul di Akademi Fantasia 7.

Aishah AF7 - Memiliki personaliti yang memikat hati boleh berlakon, menjadi pelawak atau menjadi model iklan. Aishah AF7 jika diperhatikan adalah jenis wanita yang sentiasa mahu menjaga hati orang lain dan mengelakkan permusuhan. Beliau memiliki sifat yang suka kepada kedamaian. Personaliti seperti ini sangat saya suka. Aishah AF7 merupakan pilihan ke-6 saya selepas Isma AF7, Hafiz AF7, Claudia AF7, Zizi AF7 dan Aril AF7.

Qhaud AF7 - Sekali imbas beliau seperti Mawi, namun jika kita memberi perhatian kepada beliau, kita akan dapati bahawa Qhaud bukan Mawi. Identiti Qhaud terletak pada keningnya yang selalu bergerak-gerak, mulutnya yang sentiasa kelihatan tertawa riang dan manis. Qhaud mempunyai lenggok suara yang menarik. Ciri-ciri istimewanya ialah sebagai penenang keadaan. Kelemahan Qhaud ialah beliau kelihatan agak kurang mesra dengan para penyokongnya.

Rubisa AF7 - Beliau boleh menyanyi dengan baik, namun aura juara seakan-akan hilang dalam diri beliau. Rubisa AF7 tetap adalah seorang penyanyi yang baik.

Rini AF7 - Mempunyai bakat lakonan terpendam. Perlu diberi peluang dalam dunia lakonan. Persembahan terakhir beliau, iaitu pada minggu ke-3 merupakan persembahan terbaik beliau. Konsep lagu sebegitu sesuai dengan Rini AF7.

Yazid AF7 - Kelebihan dan mungkin juga aspek negatif yang ada pada diri Yazid ialah rambutnya yang panjang yang menjadikan diri Yazid kelihatan agak garang. Yazid memiliki kelebihan dari segi tarian, tetapi beliau belum dapat menonjolkan kelebihan ini sepenuhnya. Adakah Yazid bercadang untuk menggunakan kelebihannya itu sebagai satu senjata rahsia untuk merebut kejuaraan di Akademi Fantasia 7 pada kemudian hari?

Akim AF7 - Beliau memiliki bakat terpendam dalam bidang nyanyian, dan masih belum menonjolkan potensi sepenuhnya.

Sidi AF7 - Peserta yang paling berprofil rendah. Kurang menonjolkan diri tetapi tetap memiliki kesungguhan dalam pembelajarannya di Akademi Fantasia 7. Mempunyai ton suara yang agak unik.

Obri AF7 - Saya kurang dapat mengenali Obri disebabkan beliau merupakan salah seorang peserta yang tersingkir di minggu terawal selain Fadila. Jadi apa yang dapat saya komen ialah, beliau seorang yang kelakar.

Adila AF7 - Beliau kelihatan amat pemalu dan suka menyendiri. Adila perlukan imej atau perwatakan yang lebih hangat dan mesra.

Pemerhatian saya terhadap konsep rancangan realiti setakat ini ialah, jika seseorang peserta itu sudah sedia popular atau mempunyai ramai kawan di dunia luar, maka apabila dia masuk ke satu-satu pertandingan realiti (di mana kuasa menentukan pemenang terletak di tangan pengundi), maka peluangnya untuk muncul juara adalah tinggi.

Kebanyakan pengundi mengundi peserta berdasarkan personaliti, diikuti dengan potensi dalam diri peserta dan persembahan semasa hari pertandingan. Sesiapa yang ingin memenangi pertandingan realiti seperti Akademi Fantasia tidak seharusnya bergantung kepada bakat semula jadi, tetapi juga perlu mengubah diri menjadi satu personaliti yang disukai ramai dan mudah didampingi. Yang penting, harus ikhlas, harus mandi supaya sentiasa wangi.

Jumaat, April 03, 2009

Berakhirnya Teori R.A.H.M.A.N

Najib angkat sumpah PM - Berakhirnya Teori RAHMAN - Perlantikan Datuk Seri Najib menggantikan Tun Abdullah Badawi

Teori R.A.H.M.A.N yang merujuk kepada Rahman, Abdul Razak, Hussein Onn, Mahathir, Abdullah dan Najib telah pun terlaksana kini.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun. Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah. Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat. Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - WWW.HMETRO.COM.MY

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj lahir pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Ayahanda beliau, Sultan Abdul Hamid Halim Shah adalah Sultan Kedah yang ke-24 dan bonda beliau, Cik Menyalara, adalah anak kepada Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah dalam kerajaan Thai ketika pemerintahan Raja Rama V.Semasa kecilnya, putera raja ini suka mencuri keluar daripada kawasan istana. Beliau suka bergaul dengan orang kebanyakan dari semua peringkat masyarakat. Beliau telah mulakan persekolahan di Sekolah Rendah Melayu, kemudian ke English Medium School di Alor Star, dan mengaji Quran di sebelah petang, sebelum dihantar bersama tiga orang kekandanya ke Debsirindir School di Bangkok pada 1913. Pada 1916, beliau pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School .

Kemudian, Tunku Abdul Rahman menerima biasiswa kerajaan negeri untuk belajar di Universiti Cambridge , England . Tunku menerima Ijazah Bachelor of Arts pada 1925 dan kemudian meneruskan pendidikan di sekolah undang-undang di Inner Temple . Enam tahun kemudian Tunku pulang tanpa menamatkan pelajarannya.

Tunku pernah bekerja di dalam perkhidmatan awam Kedah dan pernah dilantik sebagai Pegawai Daerah Kulim dan Sungai Petani. Pada 1947, Tunku berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian undang-undang dan akhirnya dipanggil ke bar di Inner Temple ketika usianya 45 pada tahun 1948.

Di London pada "zaman sekolah kali kedua" inilah Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein (kemudiannya Datuk dan Tun). Pada masa itu Tunku adalah Presiden Persatuan Melayu Great Britain and Abdul Razak yang berumur 26 pada masa itu, merupakan setiausahanya. Pada 1949, beliau pulang ke Tanah Melayu. Kepulangan itu ternyata bukan merupakan akhiran sebuah perjalanan tetapi permulaan satu kehidupan yang baru. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur . Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya, walaupun menerima gaji yang sama seperti di Alor Star, tetapi mendapat elaun bulanan sebanyak RM150. Kemudian, beliau dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.

Pada masa itu, semangat kebangsaan sedang marak di kalangan orang-orang Melayu, dengan Datuk Onn Jaafar mengetuai Umno dalam perjuangan menentang Malayan Union tajaan Britain . Pada Ogos 1951, kemelut mula terserlah dalam kepimpinan Umno. Krisis dalaman ini akhirnya telah menyebabkan Datuk Onn meletak jawatan sebagai presiden parti pada Oktober pada tahun itu. Ketika itu, rata-rata orang Melayu mengharapkan kepimpinan Tunku Abdul Rahman untuk menggantikan Datuk Onn. Tunku yang bersetuju mengambil alih tampuk pimpinan Umno akhirnya memegang jawatan itu selama 20 tahun. Pada tahun-tahun pertama Tunku memimpin Umno, salah satu tugas utama beliau adalah untuk menyatukan semua kaum utama di Tanah Melayu dan mencapai satu persetujuan dalam isu-isu bersangkutan perjuangan untuk menuntut kemerdekaan.

Pada awal 1952, satu pilihanraya kecil telah diadakan di majlis perbandaran Kuala Lumpur, di mana Umno dan Persatuan Cina (MCA) yang baru ditubuhkan bersetuju untuk tidak bertanding menentang satu sama lain. Hasil daripada persefahaman ini, lahirlah perikatan Umno-MCA, dan kedua-dua pihak telah muncul sebagai pemenang. Seterusnya pada 1955, Parti Perikatan ini telah disertai oleh Kongres India Se-Tanah Melayu (MIC) yang mewakili komuniti India . Hasilnya, merupakan satu perkongsian kuasa yang sangat kukuh dan mewakili majoriti besar rakyat Tanah Melayu. Banyak isu yang sebelum ini sukar untuk diselesaikan telah menjadi jelas dan hanya memerlukan perbincangan biasa untuk mencapai kata sepakat.

Pada 1954, Tunku telah mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil. Pada tahun berikutnya, pilihanraya persekutuan umum yang pertama telah diadakan, dan Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London telah diadakan pada tahun 1955, dan akhirnya England telah bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, dan 31 Ogos 1957 telah diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England selepas berjaya menuntut kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku telah mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari 1956 di Bandar Hilir, Melaka. Perkhabaran ini telah disambut dengan penuh kesyukuran daripada penduduk Tanah Melayu.

Bila England dengan rasminya menurunkan bendera mereka di Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957, Tunku telah mengetuai orang ramai bersorak 'MERDEKA!' Gambar hitam-putih Tunku yang menjulang tangannya, dan suara beliau yang penuh emosi tetapi lantang dan tegas dalam mengetuai sorakan Merdeka itu kini merupakan gambar kenangan Kemerdekaan yang paling bermakna sehingga kini, dan menjadi peringatan paling nostalgik, sinonim kepada saat bersejarah itu. Sumbangan besar Tunku kepada negara tidak berhenti setakat itu sahaja. Selepas kemerdekaan, beliau meneruskan usaha-usaha pembinaan negara yang telah beliau bina; memupuk persefahaman antara kaum dan memajukan ekonomi untuk memperkukuhkan pentadbiran beliau. Rancangan Tanah Melayu yang pertama, yang telah dimulakan sejak 1956, telah teruskan dalam usaha mengisi Kemerdekaan yang baru dimiliki.

Tunku telah membawa Tanah Melayu ke arena antarabangsa; menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Komanwel, mengambil dasar anti-apartheid dan menyokong perjuangan rakyat Palestin serta Congo . Pada September 1963, Tunku telah menjadi bapa kepada sebuah lagi negara baru, Malaysia , apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah ).

Tunku telah memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) pada 1961; menggabungkan Tanah Melayu , Thailand dan Filipina. Gabungan ini kemudian telah dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar iaitu Association of Southeast Asian Nations (Asean) pada 1967. Era pentadbiran Tunku merupakan zaman penuh pancaroba dan pancawarna, dan tentunya tidak semua berjalan lancar seperti yang diharapkan. Krisis-krisis seperti Konfrontasi Indonesia, perpisahan Singapura, peristiwa 13 Mei dan Darurat 1948-1960 menggegarkan seluruh negara, namun Tunku berjaya melaluinya dengan kebijaksanaan, kesabaran, toleransi yang tinggi serta peri kemanusiaan.

Tunku Abdul Rahman tidak pernah kelihatan sebagai seorang yang warak, namun idea-idea dan penglibatannya dalam aktiviti-aktiviti keagamaan telah mencetuskan pemikiran dan penubuhan institusi-institusi besar yang kekal hingga ke hari ini. Selepas menjadikan Islam sebagai agama rasmi setelah Merdeka, pada 1960 Tunku telah menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim. Tunku memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum beliau mangkat. Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama. Acara ini merupakan hasil cambahan ilham Tunku, yang menganjurkan pertandingan peringkat negeri yang pertama di Kedah pada 1951.

Tunku bukan saja berusaha keras untuk meninggikan imej Islam di Malaysia dan di rantau Asia tetapi juga di peringkat antarabangsa. Pada 1969, beliau membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), di mana beliau dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama. Seiringan itu, beliau telah mengusulkan penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) sebagai satu institusi khusus dalam kerangka OIC. Tunku juga merupakan presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) dari tahun 1982 hingga 1988. Sebagai seorang pencinta sukan, Tunku telah memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa. pada 1957. Pada tahun berikutnya, beliau telah dilantik sebagai president pertama Asian Football Confederation (AFC), jawatan yang disandangnya sehingga 1976.

Walaupun Tunku Abdul Rahman dilahirkan di istana, beliau tidak direncanakan menjadi Sultan di negerinya, tetapi menjadi pemimpin kepada seluruh negara. Keperibadian beliau yang selalu merendah diri dan cepat mesra telah menarik ribuan pengikut dan sahabat, dan telah menghadiahkan Kemerdekaan kepada negara tanpa pertumpahan darah. Semangat kebangsaannya yang tidak pernah luntur telah membawa Tanah Melayu daripada sebuah jajahan Britain yang tidak dikenali hingga menjadi anggota baru dunia yang bermaruah. Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno pada 1971, dan tempatnya diambil oleh timbalannya yang merupakan sahabatnya sejak belajar di London , Datuk Abdul Razak Hussein.

Tunku, Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia yang dicintai mangkat pada 6 Disember, 1990 ketika berusia 87 tahun dan telah disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star. - WWW.CTL.UTM.MY

Sumber-sumber rujukan:
http://www.hmetro.com.my
http://www.ctl.utm.my/merdeka/calon/merdeka18/


Rabu, April 01, 2009

Pelajar Akademi Fantasia - Masalah Hafiz AF7

Rakan Seperjuangan & Tanggungjawab
Diari AF7 Minggu Keempat Paling Menarik
Penulis: Amiene Rev (C) 2009

Hafiz AF7 merupakan pelajar yang sentiasa menonjokan persembahan terbaik di setiap konsert tetapi belum pernah mencetuskan sebarang kontroversi di Akademi AF7. Namun, tiba-tiba hari ini dia meluahkan perasaan kecewa sehingga menitiskan airmata. Apakah sebenarnya perkara yang selama ini dipendamkan? Semuanya akan dapat anda tonton dalam Diari Akademi Fantasia 7 jam 9 malam ini. - www.astro.com.my/akademifantasia

Jika ditanya siapakah pelajar Akademi Fantasia pilihan Amiene Rev? Maka saya akan menjawab, Isma AF7, Hafiz AF7, Claudia AF7, Zizi AF7 dan Aril AF7 merupakan 5 pelajar Akademi Fantasia pilihan saya. Namun ini bukan bermaksud pelajar-pelajar lain tidak bagus, sebab apa yang saya tertarik dengan Akademi Fantasia 7 ialah semangat dan keyakinan yang ada pada para pesertanya.

Minggu ini ada beberapa perkara yang menyebabkan saya rasa mahu mengulas mengenai Diari Akademi Fantasia 7. Pertama, kesungguhan para pelajar untuk memahami dan menghayati tugasan yang diberikan. Inilah baru namanya pelajar!

Saya seronok melihat Isma AF7 dan Zizi AF7 membimbing pelajar-pelajar lain untuk menghayati lagu tugasan mereka. Isma AF7 memang mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin. Zizi AF7 memang seorang rocker!

Sementara itu saya melihat Hafiz AF7 dilanda konflik peribadi. Ya, apa yang dialami oleh Hafiz AF7 adalah masalah yang selalunya dialami oleh kebanyakan pelajar yang selalu menerima pujian daripada guru atau pengkritik. Melihat Diari Akademi Fantasia Ke-7 di Saluran @15 Astro tadi membuatkan saya mengimbas semula kenangan lama semasa masih di bangku sekolah.

Semasa di sekolah, saya selalu menjadi pelajar cemerlang, sering dipuji oleh guru-guru, dan diberikan jawatan penting yang sepatutnya dipegang oleh senior sekolah. Dari situ saya lihat wujudnya dua kelompok pelajar. Pertama kumpulan besar pelajar (senior dan junior) yang menyokong saya. Kedua, seorang dua orang pelajar senior yang tidak berpuas hati. Ini kerana kedudukan tersebut dirasakan penting bagi mereka untuk mendapatkan sijil ko-kurikulum tetapi mereka tidak terpilih untuk memegang jawatan penting tersebut.

Begitu juga dengan isu pujian. Apabila guru dan orang lain melabelkan kita sebagai serba sempurna, maka sukar untuk orang lain memberikan komen kepada kita. Saya rasa saya memahami situasi Hafiz AF7. Mungkin komen juri terhadap Hafiz AF7 boleh dianggap sebagai 'minyak yang dilontarkan ke bara api' secara tidak langsung. Peserta-peserta lain didapati ada menyuarakan rasa rendah diri terhadap kewujudan Hafiz AF7.

Saya masih ingat bagaimana saya menghadapi situasi ini dahulu. Apa yang saya lakukan adalah seperti yang dilakukan oleh Isma AF7. Saya mengajar pelajar-pelajar ini apa yang mereka tidak faham, berkongsi masalah dengan mereka. Tujuannya ialah untuk menamatkan konflik tersebut.

Isma AF7 juga menerima pujian, tetapi beliau lebih matang berbanding Hafiz AF7 untuk menangani masalah konflik di Akademi Fantasia ke-7. Mungkin setakat ini semua peserta beranggapan Hafiz AF7 mendapat undian tertinggi, memandangkan kebanyakan pujian dilontarkan kepada Hafiz AF7 maka tidak ada peserta yang berani atau yakin mampu mencari kesilapan Hafiz AF7 dari aspek pertandingan. Mungkin ada di kalangan mereka berkata di dalam hati, "Siapa aku nak kritik, nak beri tunjuk ajar, nak tegur Hafiz AF7. Dia tu kan perfect. Tiap-tiap minggu juri asyik puji dia sahaja. Aku pula teruk dikritik."

Ya. Saya rasa Hafiz AF7 perlu mendapatkan pandangan daripada Isma AF7. Isma AF7 seorang yang matang, dan boleh mengendalikan konflik. Ini kelebihan yang ada dalam diri seorang ibu beranak lima. Isma AF7 tentu sudah biasa menangani konflik kelima-lima orang anaknya, dan pengalamannya itu digunakan semasa di Akademi Fantasia 7. Saya juga suka melihat Zizi AF7 membantu rakan-rakannya. Memang tidak salah saya meletakkan Isma AF7 dan Zizi AF7 dalam senarai pelajar Akademi Fantasia 7 pilihan saya.

Walaupun Isma AF7 seorang wanita, tetapi saya rasa pemikiran Isma AF7 dan saya mungkin serupa dari segi menangani konflik seperti itu. Chewah! Ha! Ha! Ha!

Kepada Hafiz AF7, anda mungkin antara peserta yang mendapat pujian paling hebat di Akademi Fantasia 7, anda seorang pendiam tetapi mesra, dan mudah terasa. Sebab itu saya anggap pujian itu sebagai racun.

Saya bersetuju dengan pandangan Hafiz AF7, pujian itu ada bahagian positif dan negatif. Bahagian positifnya ialah pujian itu dapat membantu kita melihat apa kelebihan dalam diri kita dan seterusnya menolong kita untuk memajukan kebolehan tersebut ke tahap yang lebih tinggi. Keburukannya pula, jika kita sering dibuai pujian itu, kita boleh terkena racun 'riak'.

Hafiz AF7 cuma dilanda masalah yang biasa dialami oleh pelajar cemerlang. Perasaan sunyi seperti ini biasa dirasai oleh pelajar cemerlang atau dominan dan hidup dalam satu-satu bidang. Apabila mengingati masalah Hafiz AF7 ini, membuat saya dibuai nostalgia silam. Sehingga kini, saya masih berusaha mencari jalan penyelesaian yang lebih tepat, tetapi hakikatnya, kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Ini kerana syaitan sebagai makhluk pengantara akan sentiasa mewujudkan permusuhan dalam hati pesaing-pesaing kita. Kepada Allah, kita berlindung.

Selasa, Mac 31, 2009

Air Terjun Di Kelantan - Kelantan Waterfalls

Lokasi Air Terjun di Kelantan Hutan Lipur Kelantan
Penulis: Amiene Rev (C) 2009

Anda bercuti. Anda berada di Kelantan. Kota Bharu, Kelantan. Anda inginkan ketenangan fikiran. Apa kata kita tinjau air terjun di beberapa tempat di Kelantan. Terdapat beberapa air terjun dan sungai yang popular di Kelantan, antaranya Jeram Linang atau juga disebut orang Jeram Lenang, Jeram Pasu, Air Terjun Stong atau Air Terjun Jelawang yang merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara, Lata Berangin, Lata Rek dan juga Air Terjun Bukit Bakar. Namun begitu, di sini, saya cuma ingin mengulas hanya dua lokasi air terjun yang popular dan terdekat dengan Kota Bharu, iaitu Jeram Linang dan Jeram Pasu.

Air Terjun Jeram Linang - Linang Waterfall

Hutan Lipur Jeram Linang terletak sekitar beberapa kilometer dari Machang. Terdapat kemudahan seperti chalet, tapak perkhemahan dan rekreasi. Pelajar-pelajar sekolah sering berkunjung ke mari untuk berkhemah. Perjalanan ke Jeram Linang dari Kota Bharu dengan menaiki kereta, adalah sekitar 1-2 jam sahaja.

Air Terjun Jeram Linang
Kredit gambar: http://waterfallsofmalaysia.com

Di sekitar air terjun Jeram Linang, jika kita meletakkan kaki ke dalam air, akan ada ikan-ikan kecil datang menggigit kaki kita seperti di spa ikan. Kali terakhir saya pergi ke Jeram Linang ialah sekitar tahun 2000, maka saya sekarang kurang arif dengan keadaan di Jeram Linang. Apa yang saya ceritakan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sekitar tahun 2000 dan sebelumnya.

Tempat-tempat Mandi Yang Tersusun di Jeram Linang
Kredit gambar: http://waterfallsofmalaysia.com

Kawasan untuk bermandi-manda di Jeram Linang sudah dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian dengan kedalaman yang berbeza. Oleh itu, tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa akan sama-sama dapat berenang dan menikmati kesejukan air yang berasal dari puncak Jeram Linang ini. Terdapat juga gelungsur air untuk anda bermain. Kemudahan sewa pelampung dan deretan kedai makan di sekitar air terjun juga akan membantu memenuhi keperluan anda.

Pintu Masuk ke Jeram Linang:
Kredit gambar: http://waterfallsofmalaysia.com

Jika anda ingin berjalan-jalan di sekitar kawasan hutan, terdapat kemudahan tangga bukit yang akan membawa anda menjelajah ke dalam hutan lipur Jeram Linang.


Air Terjun Jeram Pasu - Jeram Pasu Waterfall

Air Terjun Jeram Pasu yang terletak di antara Kota Bharu dan Pasir Putih, merupakan kawasan perkelahan yang terawal dibangunkan di Kelantan. Terdapat kolam mandi yang telah dibuat lebih awal untuk menampung air terjun. Terdapat juga sungai-sungai yang kadangkala terdapat banyak ikan emas. Seperti Jeram Linang, Jeram Pasu akan penuh sesak dengan ramai pengunjung pada waktu cuti. Pengunjung dari Kota Bharu akan dapat sampai ke Jeram Pasu sekitar 1-2 jam sahaja.

Pintu Masuk Ke Jeram Pasu
Kredit gambar: http://waterfallsofmalaysia.com

Sistem Pengaliran Air Terjun Yang Diubahsuai
Kredit gambar: http://waterfallsofmalaysia.com

Air Terjun Jeram Pasu yang asli
Kredit gambar: http://waterfallsofmalaysia.com

Salah satu tempat mandi kegemaran ramai di Jeram Pasu
Kredit gambar: http://waterfallsofmalaysia.com

Isnin, Mac 30, 2009

Lokasi Pusat Tenpin Boling di sekitar Kelantan Kota Bharu Bowling Centres

Lokasi Pusat Tenpin Boling In Kota Bharu, Kelantan
Tenpin Bowling Centres in Kota Bharu, Kelantan
Penulis: Amiene Rev (C) 2009

Kredit Gambar: www.skyscrapercity.com

Mutiara Bowl, merupakan pusat Tenpin Bowling terbaru di Kota Bharu, Kelantan. Terletak di Bangunan Billion yang merupakan salah satu bangunan pencakar langit di Kota Bharu, Kelantan. Terletak di aras 4 (atau 5) bersebelahan dengan pusat snooker. Bangunan Billion bersambung dengan Hotel Renaissance.

Bangunan Billion oleh helmyh

Pacific Bowl merupakan tempat bermain bowling paling popular di Kota Bharu, Kelantan. Terletak di tingkat 3 bangunan KB Mall merupakan pusat membeli belah yang sentiasa menjadi perhatian anak-anak muda di Kota Bharu, Kelantan. Pegawal-pengawal keselamatan akan sentiasa meronda di sekitar kawasan KB Mall bagi menjamin keselamatan pengunjung. Permainan snooker juga disediakan di aras 2 bangunan KB Mall.

Foto KB Mall oleh loghatkelantan.blogspot.com

Jika anda berminat untuk bertemu dengan orang-orang lama dalam permainan tenpin boling, anda bolehlah berkunjung ke Hotel Perdana. Pusat Boling yang terletak di Hotel Perdana ini merupakan pusat boling yang tertua di Kota Bharu, Kelantan.

Kredit Foto Hotel Perdana: www.cuti.com.my

Kota Bharu Pada Waktu Malam oleh raykinzoku.fotopages.com

Ahad, Mac 29, 2009

Akademi Fantasia 7 - Isma AF7 dan Hafiz AF7 peserta pilihan Amiene Rev

Akademi Fantasia 7 sudah bermula. Kata kunci temanya ialah "Transformasi." Jika diperhatikan pada dua-tiga konsert Akademi Fantasia Ke7 setakat ini, saya memang bersetuju untuk mengatakan bahawa transformasi memang sedang berlaku dalam Akademi Fantasia Ke-7.

Pertama dari segi pentas. Pentasnya nampak lebih hebat dan akan berubah dari semasa ke semasa. Selain itu terdapat juga ruang khas untuk membolehkan para peserta duduk dengan jarak yang lebih dekat dengan para hadirin dan sebaliknya. Kedua, tidak ada format atau tentatif program yang biasa seperti dalam Akademi Fantasia yang sebelum-sebelumnya. Tidak ada tarian penutup. Ketiga, dari segi pakaian atau kostum pelajar. Tidak ada kostum yang melampau-lampau seperti dahulu. Kebanyakan peserta memakai kostum yang ringkas tetapi mantap. Keempat, peserta-peserta Akademi Fantasia kali ini rata-rata kelihatan berani berdepan dengan para hadirin. Mereka yakin dan penuh dengan semangat. Kelima, sejarah sekali lagi terukir dalam dunia Akademi Fantasia apabila pengetua Akademi Fantasia 7 kali ini ialah seorang wanita yang memiliki prestij yang sangat tinggi dalam dunia seni, iaitu Dato' Tiara Jacquelina. Dato' Tiara Jacquelina juga nampaknya seorang yang mesra pelajar. Impaksnya tentu ada terhadap para peserta Akademi Fantasia 7 apabila seorang pengetua sentiasa berkomunikasi dengan cara yang lebih dekat dengan para peserta.

Oleh sebab saya jarang dapat menonton rancangan realiti Akademi Fantasia 7 ini secara langsung, maka saya pun tidak membuka topik-topik ulasan Akademi Fantasia 7.

Tiba-tiba ada pembaca Blog Duke Amiene Rev bertanya, "En. Duke tak nak ulas AF7 ke?"


Kemudian dua tiga minggu selepas itu, datang lagi e-mel dan komen, "Sir Amiene, bila nak ulas Akademi Fantasia 7? Dah mula dah ni."

"Amiene Rev tak nak komen pelajar AF ke? Nak tengok la macam mana opinion Amiene Rev pasal pelajar AF ni."

"Saya harap blog Duke Amiene Rev ni ada ulasan Akademi Fantasi Ke-7. Hari tu dah ada komen pasal Raja Lawak, sekarang ni musim Akademi Fantasia."

Dan komen, e-mel yang bertanyakan hal ini makin lama, makin bertambah. Maka...

Baiklah. Ini jawapan saya. Buat masa ni masih ada belasan pelajar Akademi Fantasia yang sedang bertanding, dan boleh dikatakan hampir semuanya bagus dan cemerlang. Sebenarnya saya jarang tonton Akademi Fantasia ni. Kalau saya tengok pun yang ulangan sahaja. Akademi Fantasia Ke-7 ni pada pandangan saya memang lain dari yang lain. Memang nampak sungguh bergaya, dan kostum yang dipakai oleh para peserta pun kelihatan direka secara profesional. Rekaan-rekaan bajunya ringkas dan para pemakainya tampak hebak.

Malam tadi pun saya sempat tengok empat atau lima peserta terakhir, antaranya yang saya ingat ialah Isma AF7 dan Hafiz AF7. Memang hebat. Tengah hari tadi saya sempat tengok yang depan-depan tapi belum tengok persembahan daripada kesemua peserta. Jadi, sebab tu saya pun belum buka topik mengenai Akademi Fantasia Ke-7 ini.

Kalau berdasarkan prestasi-prestasi peserta Akademi Fantasia Ke-7 pada minggu ke-2 dan minggu pertama, saya ada beberapa peserta pilihan.

Isma AF7 - Salah satu daripada dua peserta pilihan utama saya. Saya suka Isma AF7 sebab dia nampak matang, tidak terlalu menonjolkan diri, bercakap bila perlu dan bijak dalam menyampaikan persembahan. Isma AF7 nampak profesional, beliau tidak seperti peserta-peserta sebelum ini yang bila masuk ke AF7, terus makin lama makin malap dilanda kemurungan. Bagi saya, Isma AF7 dapat menjadikan Akademi Fantasia seperti rumahnya sendiri, dia basuh pinggan sambil menyanyi, berlatih dan menuntut ilmu. Saya suka semangat Isma AF7.

Hafiz AF7 - Salah satu daripada dua peserta pilihan utama saya. Keistimewaan Hafiz AF7 bukan sekadar pada rambutnya, tetapi cara dia menyampaikan sesebuah lagu, mimik mukanya yang bersemangat dan merendah diri, serta keyakinannya terhadap persembahannya. Apabila dia mula menyanyi, dia akan membawa lagu itu tanpa ada rasa terpaksa.

Selain itu Claudia AF7, Zizi AF7 dan Aril AF7 juga merupakan antara peserta pilihan kedua saya. Claudia mempunyai potensi untuk meningkat naik. Zizi dengan kelebihan suara 'rock' dan Aril yang memiliki semangat untuk tidak mudah kalah selain kelihatan selesa dan seronok dengan kehidupan di Akademi Fantasia.

Peserta-peserta yang lain pun memang bagus-bagus. Pendek kata selain Isma dan Hafiz, saya susah hendak membuat pilihan yang mana lebih cemerlang. Kualiti peserta-peserta Akademi Fantasia Ke-7 memang antara yang terbaik pernah dilihat.

Bagaimana pun ada beberapa faktor yang menyebabkan peserta-peserta Akademi Fantasia 7 yang tertentu tidak menjadi pilihan saya. Pertama, suka gosip dan bercakap kosong semasa di Akademi Fantasia. Tidak kira gosip yang baik atau gosip yang buruk, apabila seseorang peserta itu berada di akademi, maka dia perlu bersikap sebagai seorang pelajar. Yang paling saya kecewa, apabila saya melihat ada peserta-peserta yang duduk di depan kamera dalam Diari Akademi Fantasia dan menggosipkan peserta-peserta lain.

Adakah mereka lupa yang setiap perkataan mereka mengenai peserta-peserta lain itu akan didengar oleh para penonton di rumah? Kalau mereka hendak bercakap atau berbual-bual dengan kamera saya tak kisah. Sebab saya anggap itu satu cara untuk mereka meluahkan perasaan mereka, tetapi apabila mereka menggosip peserta-peserta lain di depan kamera, saya tak rasa itu benda yang menarik.

Saya lebih suka tengok peserta-peserta yang menghabiskan masa dengan berlatih, sama ada berlatih bersendirian atau berlatih dalam kumpulan, saling memberi semangat, saling melawak secara natural ketika waktu rehat atau bukan dalam masa latihan (masa latihan untuk berlatih dan bukan untuk suka-suka, gosip, berborak dan sebagainya).

Saya juga suka tengok peserta yang begitu tekun belajar, mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang mungkin timbul semasa persembahan mereka seperti masalah vokal, masalah penghayatan, masalah gerak tari dan sebagainya.

Peserta yang paling saya tidak suka ialah mereka yang suka bergosip, suka melawan atau memotong atau menyampuk cakap cikgu, suka mengacau kawan-kawan yang sedang tekun berlatih, suka bersedih atau memurungkan diri dan pemalas.

Rajin berlatih, kreatif, bergurau pada tempat yang sesuai, hormat cikgu, sentiasa positif dengan satu-satu tugasan yang diterima dan berusaha membuat persembahan terbaik di atas pentas merupakan ciri-ciri peserta pilihan saya.

Kalau ada peserta yang semasa di pentas bukan main bersungguh membuat persembahan tetapi semasa latihan dia ketawa, dia main-main dan lebih teruk malas berlatih, maka, biar pun sesedap mana pun vokal dan persembahannya, saya tetap rasa dia bukan pelajar Akademi Fantasia pilihan utama saya.

Jadi, begitulah ulasan saya untuk program realiti Akademi Fantasia 7. Kalau ada pembaca yang ingin lihat saya mengulas persembahan Akademi Fantasia ke-7 pada entri-entri yang akan datang, saya minta maaf sebab saya tidak dapat memberi jaminan. Ini kerana saya sekarang lebih fokus terhadap kerjaya saya.

Sabtu, Mac 28, 2009

We Want Malay in Google Language Tools

WE WANT MALAY / BAHASA MELAYU IN
GOOGLE LANGUAGE TOOLS
Usaha Memperkasakan Bahasa Melayu Di Peringkat Global
Penulis: Amiene Rev (C) 2009


saiz imej: 150 px persegi

Di dalam Google Language Tools setakat ini cuma ada Bahasa Indonesia atau Indonesian sebagai pilihan alternatif untuk terjemahan ke Bahasa Melayu. Namun Bahasa Melayu tidak sama sepenuhnya dengan Bahasa Indonesia. Apa kata kita dorong pihak Google dan Blogger untuk wujudkan pilihan terjemahan Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa dan sebaliknya di Language Tools? Untuk tujuan itu, saya telah mereka beberapa poster kecil berkaitan dengan sokongan terhadap usaha mewujudkan fungsi terjemahan bahasa Melayu ke bahasa asing dan sebaliknya untuk dipaparkan di blog masing-masing. Mari kita letak imej ini di blog masing-masing. Buat blogger-blogger sekalian, anda boleh salin, muat turun, simpan dan papar imej-imej yang tertera perkataan "We want Malay / Bahasa Melayu to be available for translation in Language Tools" di blog masing-masing. Kita akan cuba usulkan perkara ini kepada pihak Google.


Wujudkan Persatuan Bahasa Melayu di setiap Universiti di Luar Negara

Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai satu bahasa yang digunakan secara global. Salah satu cara untuk memperkenalkan bahasa Melayu di peringkat global ialah dengan menggalakkan pelajar-pelajar kita di luar negara untuk membuka Persatuan Bahasa Melayu di setiap universiti yang terdapat pelajar-pelajar dari Malaysia.

Topik-topik seperti sajak, pantun, gurindam, syair dan sebagainya boleh diajar kepada pelajar-pelajar asing di universiti terbabit. Asas komunikasi dalam Bahasa Melayu juga merupakan satu subjek yang boleh ditekankan dalam kelas-kelas bahasa Melayu.

Bagi memudahkan pelajar-pelajar kita di luar negara mempelajari dan memahami penggunaan Bahasa Melayu, adalah wajar jika pihak pengajar di negara kita cuba menyusun panduan dan modul pengajaran asas Bahasa Melayu yang mudah untuk digunakan oleh para pelajar kita di luar negara, dalam usaha untuk membantu mengajar pelajar-pelajar berbangsa asing untuk mempelajari bahasa Melayu.

Jangan lupa, kita juga sudah ada Kamus Dewan dalam talian. Untuk maklumat lanjut mengenai kamus berbahasa Melayu di internet sila klik di sini.



saiz imej: 165 px persegi

Khamis, Mac 26, 2009

Teori Evolusi Bahasa Ibunda - Bangsa Megris

Kata seorang saintis evolusi, manusia berasal daripada beruk. Maka, jika benar manusia berasal daripada beruk, maka bahasa ibunda manusia ialah bahasa beruk. Namun pendapat saintis itu ternyata salah dan berjaya dipatah-patahkan dengan pelbagai penemuan saintifik berasaskan Al-Quran.

Kata orang, bahasa ibunda ini ialah bahasa nenek moyang kita. Jika kita orang Melayu, maka bahasa ibunda kita ialah bahasa Melayu. Namun Melayu hari ini tidak lagi tulen seperti dulu. Ada Melayu kacukan dengan kaum atau bangsa lain. Ada Baba dan Nyonya. Ada kaum Serani. Ada juga Anak Mami.

Saya juga anak kacukan Melayu dan Eropah. Namun saya tetap sokong penggunaan bahasa Ibunda dalam pengajaran Sains dan Matematik. Adakah pernyataan ini berbaur sentimen? Sama sekali tidak. Sebab saya rasa sejak saya belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di universiti tempoh hari (sebelum saya bergelar graduan), saya terpaksa jadi orang putih. Saya berfikir dengan menggunakan bahasa orang putih. Kemudian saya menghadapi satu masalah yang besar. Saya cenderung berfikir dalam bahasa Inggeris.

Apabila saya fikir-fikirkan semula, barangkali pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris telah mengaktifkan domain-domain Inggeris dalam sel-sel otak saya. Saya kini semakin hampir menjadi orang Inggeris.

Orang kata, kalau kita cenderung bercakap bahasa Inggeris, maka kita juga akan menjadi orang Inggeris. Dalam erti kata lain, Melayu saya sudah hampir pupus. Tidak lama lagi saya akan jadi bukan Melayu. Nama saya pun sudah tukar. Bangsa saya pun sudah tukar. Cuma agama masih kekal.

Saya rasa saya makin mengarut. Orang putih sudah berjaya menjajah. Saya mahu berhenti menulis dan menenangkan diri, dan mencari identiti sebagai seorang Melayu. Haiya. Saya rasa negara kita ini patut ada bangsa baru yang dipanggil sebagai Megris.

Bangsa Megris ini ialah bangsa Melayu yang bercakap dan berfikir dalam bahasa Inggeris. Cantik juga nama bangsa Megris ni. Saya tidak tahu sama ada saya sedang menyindir atau sedang sakit hati atau sedang geli hati. Apa pun barangkali inilah yang dinamakan frustration. Oh, saya sudah bercakap dalam bahasa Inggeris.

Mungkin saya sedang berevolusi menjadi bangsa Megris. Bahasa Melayu yang bercakap dan berfikir dalam Bahasa Inggeris.

NOTA: Istilah bangsa Megris ialah ciptaan Amiene Rev yang merujuk kepada bangsa Melayu yang mempraktikkan amalan berfikir dan berinteraksi dengan menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, anda tidak akan temui definisi perkataan ini di dalam kamus. Untuk melayari Kamus Bahasa Melayu atau Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka secara online sila klik di sini.

Rabu, Mac 25, 2009

Selepas 9 Tahun... Sekolahku

Dulu, saya berjanji kepada diri saya. Apabila genap 9 tahun, saya akan kembali semula ke sekolah lama saya. Dan kini, saya kembali. Menunaikan janji terhadap diri saya sendiri. Saya memandu kereta sport hitam saya ke perkarangan sekolah. Waktu itu waktu petang, sebab saya belum bersedia untuk menjadi budak nakal tetapi jujur dan cemerlang yang disayangi cikgu-cikgu seperti dahulu. Saya tersenyum mengingati zaman persekolahan dahulu.

Sekolah ini
ada nostalgia
jadi ingatan kini
guru-guru lama semakin tiada
cuma jasa terukir di dinding
dan bayangan memori
mengenangkan insan-insan penting
buat diriku

-Amiene Rev-

Segala-galanya sudah berubah. Saya mengunjungi kelas tingkatan terakhir saya. Sudah tidak ada. Saya mengunjungi kelas saya semasa saya di tingkatan empat. Masih ada. Saya dapati, peralatan sekolah sudah uzur. Saya menjenguk ke belakang sekolah. Saya lihat hampir semuanya sudah berubah. Ada bangunan-bangunan baru. Saya menjenguk ke persekitaran surau pula. Surau masih seperti dulu.

Saya meninjau pagar-pagar kawat yang dahulunya menjadi pintu keluar haram bagi pelajar-pelajar sekolah yang mahu ponteng sekolah. Tembok-tembok sudah ditinggikan, tetapi masih ada kesan kawat-kawat yang telah dipotong. Dulu, cikgu-cikgu sekolah berkejar-kejar dengan pelajar-pelajar ponteng hingga ke kawasan rumah-rumah kampung di belakang sekolah. Saya menggeleng kepala mengingati zaman itu. Saya tahu, saya tidak termasuk dalam golongan pelajar yang ponteng sekolah. Tidak pernah sekali pun. Saya juga tidak tahu di mana pelajar-pelajar sekolah yang terdahulu yang suka ponteng sekolah. Mereka hilang begitu sahaja.

Kemudian, saya pergi melihat senarai nama guru-guru sekolah. Hampir semuanya guru-guru baru. Guru-guru lama cuma tinggal beberapa orang. Tiba-tiba saya melihat kelibat ustaz yang mengajar saya semasa di peringkat SPM. Saya cepat-cepat bersalam dan mencium tangannya.

Ustaz gembira melihat saya. Dia melihat badan saya yang semakin tinggi dan sasa, lalu dia pun memicit-micit daging bahu saya yang berisi. Ustaz gembira melihat diri saya yang semakin sihat dan kuat. Sembilan tahun berlalu pasti banyak perubahan telah berlaku ke atas diri saya. Kebetulan hari itu ada latihan silat di belakang sekolah. Lalu saya pun meluangkan masa di gelanggang silat. Ustaz saya ini merupakan guru penasihat silat di sekolah.

Saya difahamkan oleh jurulatih silat bahawa silat kini juga menggunakan kaedah berpusatkan pelajar. Nampaknya teknik pengajaran dalam dunia persilatan juga sudah maju. Teori-teori pembelajaran yang biasa digunakan dalam bidang akademik, turut digunakan dalam dunia persilatan.

Nampaknya sekolah saya tidak sekadar berubah rupanya. Guru-guru lama yang masih ada juga telah berubah rupa. Semakin berusia. Saya terus mencari-cari memori silam. Apabila saya melihat satu-satu lokasi di sekolah, saya seolah-olah dapat melihat kembali dunia persekolahan saya yang lalu. Saya nampak rakan-rakan sekolah saya, guru-guru yang pernah mengajar saya, dan rupa sekolah saya yang pernah saya kenal pada ketika itu.

Rupa-rupanya, ingatan ini tidak pernah padam. Segala-galanya sedang kembali. Segala-galanya, berkaitan dengan ingatan dahulu. Zaman persekolahan saya.

Selasa, Mac 24, 2009

Kamus Dewan Online Percuma DBP

Laman Web Kamus Internet Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka
Penulis: Amiene Rev (C) 2009

Mungkin ramai yang belum sedar mengenai kewujudan kamus-kamus berbahasa Melayu dalam talian keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka di internet. Kamus DBP Online ini sebenarnya sudah lama wujud dan boleh membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu dengan cara yang lebih canggih dan mudah. Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu, di bawah ini adalah senarai
kamus Bahasa Melayu online yang boleh dilayari menerusi laman web berikut:

Alamat Laman Web: Rujukan Kamus Terbitan DBP


Kamus Bahasa Melayu Online Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM DBP)
Anda juga boleh menggunakan laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mencari maklumat untuk satu-satu perkataan. Lebih menarik apabila anda juga akan dapat mencari peribahasa, pantun atau puisi yang berkaitan dengan satu-satu perkataan.

Alamat laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu
Dewan Bahasa dan Pustaka:

http://prpm.dbp.gov.my

Teknologi Kamus Bahasa Melayu semakin canggih!

DAFTAR KATA: Rujukan Kamus Terbitan DBP Malaysia - Kamus Online Bahasa Melayu Percuma, Kamus Pelajar Online - Kamus Dewan Dalam Talian - Kamus Peribahasa Melayu - Kamus Simpulan Bahasa - Malay Dictionary - Dewan Dictionary - Dewan Bahasa dan Pustaka - Pusat Rujukan Persuratan Melayu - PRPM - Kamus Definisi Istilah Melayu - Kamus Daftar Kata Istilah Melayu Online - Kamus Dalam Talian - Enjin Carian Perkataan Maksud Bahasa Melayu - Definisi Perkataan Bahasa Melayu - Definisi Istilah Bahasa Melayu - Maksud Simpulan Bahasa - Kamus Maksud Simpulan Bahasa - Kamus Bahasa Malaysia Percuma - Kamus Bahasa Melayu Percuma - Kamus Dewan Percuma - Kamus Elektronik Bahasa Melayu - Website Kamus Dewan - Website Kamus Melayu

Pengorbanan Ini Kecil Sahaja

"Kami rela berkorban demi Bahasa Ibunda kami, demi budak-budak yang berada di pedalaman. Sebab kalau dengan mengembalikan Bahasa Ibunda sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains dapat membantu ramai pelajar pedalaman untuk menguasai subjek Sains dan Matematik, kami sanggup berkorban. Pengorbanan ni kecil sahaja.

Kami tak kisah biarpun ada di kalangan pelajar sekolah yang takut bila PPSMI nak dimansuhkan. Mereka takut sebab mereka dah biasa belajar dalam Inggeris, jadi bila pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik balik semula ke bahasa ibunda mereka, mereka dah tak boleh ikut sebab tak biasa. Itu sebab mereka menghafal. Menghafal macam robot.

Kalau kami, kami tak kisah. Mungkin mula-mula kami tak dapat ikut tapi selepas tu kami boleh ikut punya. Sebab kami pun hari-hari bercakap dalam bahasa ibunda kami sendiri. Satu hari, dua hari, seminggu dah boleh faham dah.

Kami percaya, Tuhan akan tolong kami. Tuhan akan tolong bangsa yang mempertahankan bahasa bangsanya sendiri. Kami yakin, cikgu-cikgu kami, pensyarah-pensyarah kami akan bantu kami untuk menguasai Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda kami.

Sebab kami tahu tujuan kami belajar Matematik dan Sains bukan untuk hafal konsep tetapi untuk faham konsep. Kalau kita dah faham konsep, bagilah bahasa makhluk asing sekali pun kita tetap boleh selesaikan masalah matematik atau sains. Sebab matematik ni bukan subjek menghafal."
Kata-kata di atas sungguh mengharukan apabila diucapkan oleh pelajar sekolah dan mahasiswa sendiri. Mereka faham tujuan belajar Matematik dan Sains bukan untuk disuap tetapi untuk berdikari. Mereka tahu pemikiran logik matematik dan pemikiran saintifik boleh terbentuk apabila mereka berfikir secara logik matematik dan saintifik. Apabila mereka memiliki pemikiran seperti ini, maka tokoh-tokoh matematik seperti Gauss, Einstein dan Al Khawarizmi boleh dilahirkan.
"Jika selepas PPSMI dimansuhkan, ramai pelajar Melayu tidak boleh memahami subjek Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda mereka, maka bagaimana mereka mahu mengajar subjek Sains dan Matematik kepada bangsa mereka sendiri dalam bahasa ibunda mereka sendiri? Dalam erti kata lain, penjajahan sekali lagi telah berlaku sejak PPSMI dilancarkan."- Amiene Rev.
Seseorang yang sudah memiliki pemikiran matematik mampu merekabentuk model pennyelesaian masalah secara logik dan mencipta rumus matematik untuk menyelesaikan satu-satu masalah. Dalam erti kata lain, matematik itu sendiri adalah satu bahasa penyelesaian masalah logik yang unik. Jika kita tidak percaya cuba teliti hikmahnya kenapa semua nombor 1 memiliki bentuk yang lebih kurang sama dalam pelbagai tamadun. Matematik itu sendiri adalah satu cara untuk menyatu-padukan bangsa.