BLOG DUKE AMIENE REV

Ahad, Oktober 11, 2009

Jika benar IPT di Indonesia henti ambil pelajar Malaysia - Cari saja universiti lain - Khaled Nordin

Pandangan Amiene Rev Terhadap Isu
IPT Indonesia Berhenti Ambil Pelajar Malaysia

Entah bagaimana, polisi terbaru pihak universiti di Indonesia yang menghentikan pengambilan ppelajar Malaysia menimbulkan rasa tersinggung di hati saya terhadap Indonesia. Saya masih, dan sedang cuba bersangka baik, dengan menganggap tindakan ini sebagai satu cara pihak universiti di Indonesia untuk melindungi pelajar Malaysia daripada menjadi mangsa pihak fanatik lagi terlampau dari Indonesia.

Sejak akhir-akhir ini, isu yang dicetuskan oleh Indonesia terhadap Malaysia sering mengundang rasa tersinggung terhadap diri saya, selaku salah seorang warga di negara Malaysia. Tulisan ini bukan untuk mencetuskan konflik, malah jauh sekali untuk tujuan provokasi. Tulisan ini adalah sekadar pendapat saya sebagai warga Malaysia yang tersinggung dengan sikap Indonesia. Boleh dikatakan media Indonesia semakin kuat membuli imej negara Malaysia, maka kali ini saya ingin benar meluahkan pandangan saya terhadap isu yang semakin kuat membara ini.

Menolong Indonesia umpama melepaskan anjing tersepit. Kita rakyat Malaysia sudah sekian lama bersabar dengan karenah sebilangan besar pendatang-pendatang dari Indonesia yang langsung tidak tahu menghormati penduduk tempatan.

Semasa saya masih belajar di universiti dahulu, setiap kali saya ingin menaiki bas, pasti akan ada beberapa orang warga Indonesia yang dilihat enggan beratur dan terus dengan lagak samsengnya meluru terus ke pintu masuk hadapan bas dan menolak warga Malaysia yang sedang beratur. Cukup biadab. Saya tahu, pasti ramai rakyat Malaysia yang memendam rasa kerana tidak mahu membesar-besarkan hal ini.

Satu lagi perkara yang menyakitkan hati ialah sikap warga Indonesia yang tidak berpuasa di kawasan-kawasan setinggan. Islam tetapi tidak berpuasa. Hal ini menyakitkan hati penduduk-penduduk setempat.

Pada ketika itu, perspektif saya terhadap warga asing dari Indonesia yang berkelakuan biadab ini cuma satu. Mereka ini, bukanlah golongan yang berpelajaran tinggi. Barangkali ada yang tidak tamat persekolahan atau diberhentikan. Barangkali mereka ini pelajar-pelajar yang dilabelkan sebagai berkelakuan buruk, sering menimbulkan masalah di sekolah, biadab terhadap guru, lalu memiliki keputusan peperiksaan yang teruk, dan kini kerana gagal mendapat pekerjaan di negara mereka, mereka terus datang ke Malaysia.

Maka kerajaan Malaysia yang terlalu baik hati lalu menerima warga asing seperti ini dan memberi mereka pekerjaan dan peluang untuk tinggal di Malaysia. Maka, kerajaan Indonesia pasti berasa sangat sukacita kerana warga-warga Indonesia yang bermasalah sudah 'dibuang' ke negara Malaysia. Maka biarlah warga-warga asing yang biadab seperti ini membuat kacau di Malaysia dan jangan di Indonesia. Indonesia cukup bernasib baik.

Namun pernyataan di atas tidaklah begitu adil untuk melabelkan semua warga Indonesia. Saya yakin ada warga Indonesia yang insaf dan baik hati, bekerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh di Malaysia. Cuma bilangan warga Indonesia yang berhati mulia seperti itu amatlah kecil jumlahnya di negara ini.

Media Malaysia selama ini tidak membesar-besarkan isu jenayah dan masalah sosial yang dicetuskan oleh pendatang dari Indonesia di Malaysia. Hal ini mungkin telah menyebabkan pihak Indonesia berasa rakyat mereka jauh lebih baik berbanding rakyat Malaysia. Tambahan pula yang kuat menghentam Malaysia ialah media Indonesia dan bukannya media Malaysia. Mungkin sudah tiba masanya untuk media Malaysia mendedahkan semua keburukan yang dilakukan oleh rakyat Indonesia di Malaysia supaya Indonesia buka mata dan sedar bahawa sikap sebilangan besar rakyat mereka di negara ini sudah lama menyinggung perasaan rakyat Malaysia. Cuma, rakyat Malaysia yang terlalu bertolak ansur dan mengalah, masih sanggup bermurah hati memberi peluang kepada rakyat Indonesia, atas dasar rasa hormat 'adik' terhadap 'abang'. Cuma, Indonesia sebagai 'abang' tidak sedar betapa besarnya pengorban Malaysia sebagai seorang 'adik'.

Satu demi satu sikap dingin Indonesia terhadap Malaysia tercetus. Saya kini semakin tersinggung dan terus tersinggung dengan sikap Indonesia. Namun ini tidak bermaksud bahawa saya akan membenci atau menganak-tirikan rakyat Indonesia atau sesiapa pun yang berketurunan Indonesia di Malaysia. Saya akan tetap melayan mereka sama seperti saya melayan warga Malaysia. Cuma, hati yang tersinggung jika tidak diubati, pasti pada suatu ketika nanti, akan menyebabkan tuannya bertindak tegas dan keras.

PETIKAN KOSMO! MENGENAI TINDAKAN TERBARU INDONESIA TERHADAP MALAYSIA
TAJUK BERITA: Jika benar IPT di Indonesia henti ambil pelajar Malaysia - Cari saja universiti lain - Khaled

SEMANGAT pelajar Malaysia menjadi sukarelawan membantu mangsa gempa di Padang, Sumatera tidak mempengaruhi polisi beberapa universiti di republik itu untuk menghentikan pengambilan pelajar Malaysia.

SERDANG - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mencari universiti di negara lain yang bersedia memberikan ruang dan peluang kepada penuntut Malaysia ekoran terdapat dakwaan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Indonesia enggan menerima lagi penuntut negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu perlu diberi perhatian oleh semua penaja pendidikan di Malaysia seperti Mara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan yayasan pendidikan.

"Penaja utama seperti JPA, Mara dan yayasan perlu mengambil kira perkara ini sebelum menghantar penuntut mereka.

"Kementerian sedia membantu mencari negara lain yang membuka ruang dan peluang kepada pelajar Malaysia,'' katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan dan penyerahan Resolusi Mahasiswa 1Malaysia di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam.

Cuti! Cuti! Cuti! Mencuit Hati!

Setiap minggu, setiap hujung minggu, jadual sosial saya amat penuh bersama kawan-kawan. Minggu ini, hari ini, sekejap lagi, saya mahu pergi menggolek bola boling bersama teman-teman di tengah-tengah kota metropolitan. Juga, setiap kali tiba hari Sabtu dan Ahad, saya tidak mengeluarkan wang untuk makan. Perut sentiasa kenyang dengan memenuhi jemputan kawan-kawan ke rumah terbuka.

Kemudian saya teringat, kuih raya yang diberikan orang hari itu, masih tersimpan baik dalam peti simpanan saya. Mungkin saya patut merasainya, selepas menikmati burger kambing sebentar lagi.

Poster Paling Menarik Perhatian - Cloverfield 2008

Apa perasaan anda apabila barang kesayangan anda atau barang kebanggaan anda dimusnahkan? Apa perasaan anda apabila Menara Petronas hancur di depan mata anda? Apa perasaan anda apabila melihat Jeremy Klarkson menghancurkan kereta kesayangan anda? Filem Cloverfield menjadikan persoalan ini sebagai idea untuk menghasilkan poster filemnya. Filem ini pasti mencetus sensitiviti, kontroversi dan persoalan di kalangan penghayat seni.

Sabtu, Oktober 10, 2009

Ulasan Filem Papadom - Filem Terbaik dan Menyentuh Hati Untuk Tahun Ini

Ulasan Filem Papadom
Sebuah Filem Komedi/Drama Yang Agung
Pengulas Filem: Amiene Rev (C) 2009

"Apabila anda menonton filem ini, anda akan mengalir air mata kerana dua sebab Pertama kerana komedinya. Kedua kerana babak yang mengharukan." - Amiene Rev

Tidak syak lagi, inilah filem terbaik untuk tahun 2009. Filem ini bukan sekadar menyentuh hati, malah turut mencuit hati. Filem ini berjaya menggabungkan elemen kelakar dan terharu, dan seterusnya memberi satu estasi baru dalam jiwa penonton seperti saya. Filem sebagus ini bukan sahaja menggeletek hati orang dewasa malah, berbelas-belas kanak-kanak lelaki yang berusia sekitar 10 hingga 14 tahun yang secara kebetulan turut sama menonton filem ini. Dari cara gelak ketawa kanak-kanak, pasangan kekasih dan lain-lain penonton sudah cukup membuktikan betapa Filem Papadom ini mencuit hati mereka.

Fakta Filem Papadom

Judul Filem: Filem Papadom

Tagline: Sebuah kisah mengenai seorang bapa, seorang anak dan Papadom.
Genre: Drama / Komedi
Pengarah: Afdlin Shauki
Penerbit: Tayangan Unggul Sdn. Bhd.
Kos penerbitan: RM1.44 juta

Pelakon:
Afdlin Shauki (Saadom)
Noorkhiriah (Munira)
Liyana Jasmay (Miasara)
Vanidah Imran (Profesor Balqis)
Farid Kamil (Hisham)
Scha (Shasha)
Chelsia Ng (Yvonne)
Que Haidar (Mat)
Harun Salim Bachik (Hussin)
Pete Teo (Alan)
Adham Malek (Ali)

Tarikh tayangan: 8 Oktober 2009

Sinopsis Ringkas Filem Papadom
Filem Papadom mengisahkan seorang ayah yang bernama Saadom, yang dahulunya merupakan seorang Penjual Nasi Kandar yang enak. Papadom yang dibuat oleh Encik Saadom sangat sedap dan akhirnya berjaya dipasarkan hingga ke luar negara. Sejak itu keluarga Saadom hidup mewah. Dahulunya Saadom merupakan seorang suami dan seorang ayah yang sangat sibuk. Selepas kematian isteri beliau, Saadom mula berubah sikap. Setiap jam yang ada dalam sehari, dihabiskan Saadom untuk menemani anaknya, tidak kira semasa anaknya di sekolah, atau menghadiri parti di rumah rakan, atau semasa perkhemahan pengakap atau semasa latihan silat. Pendek kata, dari seorang ayah yang terlalu sibuk dengan kerjayanya, Saadom berubah menjadi seorang ayah yang terlalu mengambil berat dan mengongkong anaknya.

Namun pengorbanan itu berbaloi apabila anak tunggal Saadom itu, iaitu Miasara berjaya mendapat 20A dalam SPM. Maisara melanjutkan pengajian di UiTM Shah Alam dalam bidang Seni Perfileman. Pada masa yang sama Miasara meminta ayahnya, iaitu Saadom supaya berjanji untuk tidak mengongkongnya lagi. Namun, Saadom mempunyai cara lain untuk melindungi dan menjaga anaknya. Saadom memohon jawatan sebagai tukang kebun kampus, dan pada masa yang sama dapat berkenalan dengan Profesor Balqis. Hubungan darah antara Saadom dengan Miasara langsung tidak diketahui oleh sesiapa.

Filem Papadom bukanlah skrip yang mudah. Dilonjakkan lagi dengan ugutan Shasha yang mahu memerangkap Saadom dan Miasara, kerana dengki Shasha terhadap Miasara, menjadi kemuncak dalam filem ini. Namun, adakah Shasha berjaya memerangkap kedua-duanya? Di panggung, akan terlontar segala jawapan dan kesudahan.

Ulasan Filem Papadom
Filem Papadom merupakan sebuah filem yang berjaya mencantumkan unsur komedi dengan mesej 1Malaysia. Hubungan baik antara Saadom dengan dua orang sahabatnya yang berbilang bangsa dipaparkan pada permulaan filem. Gaya pengolahan skrip seperti ini, nyata memberi kesan dan imej filem yang baik di kalangan penonton.

Pete Teo (Alan) merupakan watak pembantu dalam cerita ini, memainkan peranannya sebagai sahabat Saadom. Ketika itu, Alan mengunjungi gerai nasi kandar Saadom dan memesan satu set hidangan tengah hari. Alan mula mengambil sekeping Papadom dan mengigitnya. Keenakan rasa Papadom terserlah menerusi mimik para pelakonnya, dan secara tidak langsung, filem ini mempromosikan makanan Papadom dengan jayanya. Saya rasa selepas ini, permintaan terhadap makanan Papadom tentu akan melonjak naik.

Bermula dari situ, cerita Filem Papadom dilakarkan. Filem Papadom membawa dua maksud. Pertama, makanan. Kedua Papa Saadom iaitu panggilan Miasara terhadap ayahnya, Saadom. Semasa Pete Teo atau Alan sedang asyik menikmati nasi kandar dan Papadom, isteri Saadom tiba-tiba berasa sakit hendak bersalin. Pete Teo atau Alan lantas membantu Saadom, memanggil teksi dan meminta Saadom dan isterinya bergegas ke hospital. Babak humour 1Malaysia dipaparkan di sini apabila Alan menggantikan tempat Afdlin Shauki, atau Saadom, untuk menjual nasi kandar.

Hubungan 1Malaysia diperluaskan lagi dengan wujudnya watak Ali, seorang India Muslim yang menjadi rakan kongsi Saadom dan Alam. Dengan bantuan kedua-dua orang rakan berbeza kaum ini, Saadom berjaya membuka beberapa cawangan Restoran Nasi Kandar Saadom di beberapa tempat di Malaysia. Babak-babak pembukaan cawangan baru Restoran Nasi Kandar diselangi dengan kisah Miasara menyambut hari jadinya. Satu gabungan babak dan cerita yang amat baik. Semakin meningkat usia Miasara, semakin banyak cawangan yang dapat dibuka.

Teknik penggambaran filem ini juga amat baik. Kamera diletakkan pada beberapa sudut yang sukar dicapai menerusi pandangan mata yang biasa. Babak-babak awal filem ini divisualisasikan dengan indah biarpun cuma bertempat di sekitar bangunan buruk dan bersemak.

Antara babak yang turut mencuit hati, ialah babak tarian, di mana babak ini melibatkan kemunculan para penari dan penyanyi kacukan Melayu-India yang seperti sering dipaparkan dalam filem-filem Prof. Madya Abdul Razak Mohaideen yang bertemakan kehidupan anak mami di Utara Semenanjung Malaysia.

Munira atau Mun, lakonan Noorkhiriah pula dihidupkan dengan amat baik. Selepas meninggal dunia, Mun yang juga merupakan arwah isteri Saadom, sering mendampingi Saadom dan memberi nasihat dan idea. Mun wujud sebagai hantu. Saya rasa kanak-kanak paling suka dengan watak Mun selepas menjadi hantu. Kemunculan Mun sering mengundang gelak ketawa kanak-kanak di panggung.

Filem Papadom arahan Afdlin Shauki ini telah saya anggap sebagai filem paling menarik setakat ini berbanding filem-filem sebelumnya. Tahniah, buat Afdlin Shauki dan sekalian individu yang terlibat dalam penghasilan filem ini. Tidak syak lagi, inilah filem bertemakan 1Malaysia terbaik yang pernah saya tonton untuk tahun 2009.

Kepada ibu bapa yang berada di rumah, jika anda mempunyai masa untuk membawa anak-anak ke panggung, pastikan Filem Papadom menjadi pilihan anda. Filem ini pasti membuatkan anda merenung semula peranan anda sebagai ahli dalam keluarga anda.

NOTA: Oleh kerana semalam saya sibuk berhari raya, maka saya terlupa menyunting perkataan Papadom dan Filem hingga menimbulkan sifat kelakar dalam ulasan filem Papadom kali ini. Nampaknya review filem Papadom saya berjaya menggeletek hati Afdlin Shauki.

Tagline Poster Paling Tajam - My Kid Could Paint That (2007)

My Kid Could Paint That (2007)
"innocence is priceless"

Ringkas, tetapi maksudnya amat jelas. Budak yang masih kecil ini berjaya menghasilkan lukisan yang tidak terhingga nilainya. Tagline ini mampu membuatkan penghayat seni merenung jauh untuk menghayati maksudnya secara mendalam.

iTalk for National and International Call - Also cheaper calls from PC

iTalk is a prepaid calling card that enables you to make National (STD) and International (IDD) calls from mobile and fixed line phones anywhere anytime. In addition to that you can even get connected to Internet using iTalk and make even cheaper calls from you PC to your family and friends at selected iTalk world destinations.

iTalk Card is available in denominations of RM10, RM20, RM30 and RM50.

For more information, you may click and refers to iTalks Advertisement above or at the right side of this blog.

iTalk Rocks
On the move and in the groove, it's the card for the funky and hip with fingers always on the pulse. Use iTalk card and get connected with family and friends in your own ways.

Benefits
1) Enjoy cheaper national and international call rates with continuous rates discounts to selected countries
2) Simple voice instruction
3) Four language options for user to choose
4) You are able to make calls to and from overseas with iTalk
5) Easy to use - registration of up to 5 different telephone numbers that allows you to make calls without having to key in lengthy card or pin numbers
6) Reloadable for home prepaid, iTalk Buddy, and PAL (Prepaid Access Line).

Features
1) Easy to remember access number for making domestic, international and Malaysia direct calls (Calls from overseas)
2) Free access using our freephone numbers nationwide, from any fixed line phone and access from mobile phones via missed callback.
3) Service coverage of up to 79 international destinations at anytime.
4) You can share credits with 4 other numbers registered under iTalk under one account and transfer the extra balance to any iTalk registered number.
5) Preferred language settings - four language options i.e Bahasa Malaysia, English, Mandarin and Tamil
6) Purchase iTalk Cards at a very affordable price options: RM10, RM20, RM30, RM50
7) Card value balance announcement before making calls.
8) Maximum talk time alerts before the call is connected.
9) Follow-on calls can be made after called party hangs-up.
10) Fixed line and home prepaid user are able to access to Internet via 1515 and 1315 dial up services.

Tips

1) Mobile call to 1800 87 3535 are chargeable. Free access number for mobile is 1800 87 3636. For activation, it is advised to use the correct access number to avoid higher mobile call charge.
2) Access number of 1800 87 3535 and 1800 87 3636 is both free via TM Fixed Line
3) If you are using voice instruction, you may interrupt the instruction by directly pressing the relevant function keys eg. 2 to check your balance.
4) When making calls using missed callback, do not press the 'send' or 'yes' or 'call' button on your mobile phone. As this will instruct your mobile phone to make a direct call instead of via iTalk.

How to Activate
Purchase a new iTalk at any TMpoint outlet nationwide including other outlets displaying the iTalk signage. The purchased iTalk will be valid for 6 months upon activation. You may activate your iTalk card by the easy steps as shown below:


To Activate Through Mobile

Step 1
Dial 1 800 87 3636
iTalk system will disconnect the call and call you back within 5 seconds

Step 2
Answer the call

Step 3
Enter your card number

Step 4
Select Preferred Language and press #1 to confirm

Step 5
You will be able to dial your destination directly followed with #


To Call Through Mobile

Step 1
Dial 1 800 87 3636
iTalk system will disconnect the call and call you back within 5 seconds

Step 2
Answer the call

Step 3
Since you are activated, directly enter your destination number followed with #, press *2 to check balance and validity date and *3 to reload
Step 4
You will get an announcement "talktime is ** mins" before call gets connected


To Activate and make calls from Fixed line

Step 1
Dial 1 800 87 3535

Step 2
Enter your card number

Step 3
Select Preferred Language and press #1 to confirm

Step 4
You will be able to dial your destination directly followed with # or press * for menu

Step 5
You will get an announcement "talktime is ** mins" before call gets connected


Call from overseas

Step 1
Dial the Access number to Malaysia from the country you are in

Step 2
Press 1 for iTalk

Step 3
Enter your 12 digit iTalk Card number

Step 4
Enter your destination number (03-12345678) followed by #

Step 5
You will get an announcement "talktime is ** mins" before call gets connected.


Buy Here

New iTalk cards are available in denominations of RM10, RM20, RM30 and RM50 at:

* All TMpoint outlets displaying the iTalk or e-pay signage
* Online purchases via Maybank2U, rhbbank, cimbclicks
* iTalk is now available at Maybank ATMs


Participating handphone outlets:

• 7-Eleven
• Petrol Marts
• Photo shops
• Pos Malaysia
• One-Pay
• Mini markets

Note:
The following services are not available via iTalk:

• Freephone National 1-800.
• Operator assisted calls eg: 103, 108 etc.
• Emergency calls eg: 991, 994, 999.
• 4 digit short codes eg: 1051,1052, 1053, 1092, 1099 etc.
• Internet access 1511, 1525.



How To Speed Up Internet Connection - Streamyx Tips and Guide

TM Streamyx is a broadband access service which provides connection to the Internet with speed bandwidths from 384k up to 4Mbps. However, sometimes you may find that some websites and Internet files take longer than usual to download. The speed of your Internet service doesn't only depend on the condition of your phone lines. It could be due to a number of factors, such as the performance of network servers and routers, environmental factors and even your computer performance. Because there are many factors affecting your connection speed, your actual experience may vary.

To enhance your surfing experience, you need to understand the factors that may be slowing down your connection.

Website Location
The closer you are to the website you want access to, the quicker the response time. Malaysian-based websites will give you faster access as compared to those overseas. The speed also depends on how many network hops it has to go through before reaching the actual site.

Website Popularity
The more popular a website, the more users try to access it at the same time. If a site cannot cope with the demand, the page will either load very slowly or fail to load completely.

Page Content
Websites with heavy files or large images will generally take a longer time to load as compared to simple text-only pages.

Peer-to-Peer Downloads
This usually depends on the number of people online who have the files and those who are willing to share. Sometimes, the network speed also depends on your peer's connection at the other end. Downloads will take a longer time when more people access a limited or older file.

Virus, Worms, Adware or Spyware
Malicious programs could also slow down your Internet access. Ensure that you consistently update and run system checks with your anti-virus, anti-spyware and anti-adware software.

Check-up on your speed!

  1. Visit the TM Streamyx website at www.streamyx.com or from Nuffnangs ads above or at the right side of this blog.
  2. Click on the 'Speedometer' icon
  3. Choose a server location.
  4. Click on ‘Start’
  5. If the result is not satisfactory, please repeat the test without other applications running.
If you still encounter slower than usual speeds after checking your connection and equipment, contact TM at 100 and choose ‘Internet Services’ to file a fault report.

Faktor Mempengerahi Kelajuan Internet - Tips Dari Streamy

TM Streamyx adalah perkhidmatan akses jalur lebar yang memberikan sambungan ke Internet dengan kelajuan lebar jalur bermula 384Kbps sehingga 4Mbps. Walau bagaimanapun, kadangkala anda mungkin mendapati ada laman web dan program Internet yang mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk dimuat turun. Kelajuan Internet anda tidak hanya bergantung kepada keadaan talian telefon sahaja. Ada beberapa faktor lain yang mempengaruhinya seperti prestasi pelayan rangkaian dan router, faktor alam sekeliling serta kemampuan komputer anda. Sehubungan itu, proses pelayaran Internet anda mungkin terjejas disebabkan banyak perkara yang mempengaruhi kelajuan sebenar sambungan itu.

Bagi meningkatkan pengalaman pelayaran Internet anda, fahami beberapa faktor yang mungkin akan memperlahankan sambungan anda.

Lokasi Laman Web
Lebih dekat lokasi laman web yang ingin anda layari, maka lebih cepatlah anda dapat mengaksesnya. Laman web berpangkalan di Malaysia memberikan akses lebih cepat berbanding laman web yang berpangkalan di luar negara. Kelajuan juga bergantung kepada bilangan pertukaran rangkaian yang diperlukan sebelum mencapai laman web yang dikehendaki.

Laman Web Popular
Semakin popular sesuatu laman web itu, semakin ramai pengguna akan mengaksesnya pada masa yang sama. Jika laman tersebut tidak mampu memenuhi permintaan pelawatnya, laman web tersebut mungkin dimuat turun dengan perlahan atau gagal dimuat turun sama sekali.

Kandungan Laman Web
Laman web yang mempunyai imej berkualiti tinggi atau fail yang besar biasanya mengambil masa lebih lama untuk dimuat turun berbanding laman web yang berasaskan teks dan berimej kecil.

Perkongsian Muat turun (peer-to-peer)
Program seperti ini bergantung kepada bilangan pengguna dalam talian yang memiliki fail dikehendaki dan bilangan pengguna yang sanggup berkongsi fail tersebut. Kadangkala, kelajuan rangkaian bergantung kepada sambungan pengguna di rangkaian yang lain. Proses muat turun akan mengambil masa yang lama sekiranya ramai pengguna meminta fail lama atau fail terhad.

Virus, Cecacing, Perisian Adware, Perisian Spyware
Program perosak juga boleh memperlahankan sambungan anda ke Internet. Pastikan anda kerap menjalankan pemeriksaan ke atas sistem komputer dan sentiasa mengemaskini program antivirus, antiperisian adware dan antiperisian spyware secara konsisten.

Periksa kelajuan Internet anda!
  • Layari laman web Streamyx di www.streamyx.com atau iklan Nuffnang di atas atau di sebelah kanan.
  • Klik pada ikon 'Speedometer'
  • Pilih lokasi pelayan
  • Klik pada 'Start'
  • Jika keputusan tidak memuaskan, hentikan program-program lain dan ulangi ujian.
Jika kelajuan masih perlahan selepas memeriksa sambungan dan kelengkapan, hubungi TM di talian 100 dan pilih 'Internet Services' untuk membuat laporan.

SAJAK: Ini Tulisan Rindu

Sajak: Ini Tulisan Rindu
Penulis: Amiene Rev (C) 2009

Ini tulisan rindu
rindu ini bukan emosi
rindu ini bukan nafsu
ini tulisan rindu
rindu ini terhadap ilmu
rindu ini terhadap sumbu
terangi aku dalam kegelapan
jangan padam
terus!
terus terangi malam ini
kerana esok aku mahu hidup lagi
kerana esok aku mahu ke hadapan lagi
kerana esok aku mahu menjejaki
kekasihku masa saat dan detik
supaya rindu aku
terhadap cita-cita aku
tertulis di dunia realiti

Jumaat, Oktober 09, 2009

Amiene Rev Mulai Menulis Catatan Kisah Benarnya

Prolog Mencari Kebenaran
Amiene Rev Mulai Menulis Catatan Kisah Benarnya
Penulis: Amiene Rev (C) 2009


Dunia ini, tanpa topik yang jelas, hidup dalam mangkubumi manusia. Disebabkan perkara-perkara hati manusia, jiwa manusia dipenuhi pedadjaran yang sukar diterima akal. Simfoni hidup manusia kabur tanpa penjelasan. Sekilas pemikiran manusia tenggelam dalam sedutan insang ikan-ikan yang berkeliaran di dalam tasik yang hanyir lagi lekir.

Sebagai seorang manusia, aku, di dunia ini melihat dunia dari sudut pemikiran seorang manusia yang sebolehnya ingin mengetahui apakah pengertian hidup manusia. Sepanjang usia ini, aku selalu memikirkan sama ada hidup manusia ini wajar atau pun tidak. Aku melalui pelbagai peristiwa yang kemudian menjadi pengalaman hidupku, dan dari situ aku menjelaskan maksud hidup ini sebagai sesuatu yang bermatlamat.

Bagaimana manusia tanpa tujuan hidup yang jelas boleh menamakan hidup itu sebagai kehidupan? Aku melihat pinggiran hidup manusia yang sering dilendiri pengaruh sosial yang pekat dan sarat dengan hidup kepura-puraan.

Salah satu tujuan hidup manusia hanya boleh dicapai dengan perilaku manusia yang dipandang positif. Manusia yang hidup dengan kebiadaban akhirnya akan membinasakan tamadun insani yang telah terbina beratus-ratus tahun dahulu. Sesungguhnya kebiadaban itu adalah kehancuran dalam tamadun manusia. Apabila manusia sudah bosan dengan adat, sudah bosan dengan bahasa, kepercayaan dan tawaduk terhadap ketuhanan, maka manusia semakin hari meredah kehancuran dalam kehidupan mereka. Ambang kemusnahan masa depan semakin jelas, semakin mudah ditafsir menerusi kelongkangan sikap manusia yang terpamer di tepi-tepi kelikir kehidupan.

Hancur! Musnah! Rosak! Punah! Semua jeritan yang terpapar ini menjelaskan betapa manusia yang hidup tanpa matlamat akan mudah terjebak ke kancah kebiadaban. Semakin biadab manusia maka semakin nyata kaburnya matlamat manusia. Manusia tidak lagi dapat menerima budaya menghormati dan menjaga hati manusia itu sebagai perkara utama. Keperluan manusia jelas terhadap kepentingan peribadi. Demi mencapai keperluan diri, manusia sanggup mengubah diri menjadi parasit dan melekat, bertempel pada mana-mana celah kelangkangan rezeki individu yang lain. Hina. Jelek. Tidak bermaruah.

Bagaimana manusia mampu mencapai matlamat hidup ini tanpa mengorbankan maruah dan kehormatan bangsa manusia? Jelas sudah disebut, dalam kitab ketuhanan, kalam Tuhan menulis mengenai betapa manusia apabila dalam kesenangan maka mereka mudah lupa untuk bersyukur, berpuas hati, bersikap adil dan saksama. Tamak, hasad dengki dan rakus mula menguasai jiwa dan meracuni moraliti dalam pemikiran manusia.

Justeru, aku menganggarkan betapa rendahnya nilai emosi dan nafsu bagi seseorang manusia. Manusia masih mampu hidup dengan adanya akal fikiran. Namun kehadiran emosi dan nafsu mengubah percaturan perilaku manusia setiap hari. Manusia tenggelam dalam buaian emosi dan nafsu.

Semakin kuat manusia merangsang emosi dan menjentik nafsu mereka dengan umpatan, hasutan, kata-kata lucah dan cabul, maka semakin kuatlah mereka memfitnah diri mereka sendiri. Lalu, jelaslah manusia jugalah yang mencabul kriteria matlamat bangsa mereka.

Maka manusia yang benar-benar matlamat pasti menjaga akal fikiran mereka, dan menambat emosi dan nafsu mereka. Selagi manusia tidak berupaya menundukkan emosi dan nafsu diri, maka hinalah manusia itu, seperti binatang layaknya.

Rekabentuk Poster Paling Berani - Before the Devil Knows You're Dead (2007)

Before the Devil Knows You're Dead (2007)
Poster yang kelihatan amat ringkas ini bukan calang-calang filem. Poster milik filem yang memenangi dua Anugerah Oscar, dan dua pencalonan Oscar ini boleh dianggap berani kerana langsung tidak memaparkan mana-mana pelakon berpengaruh dalam rekaan posternya.

Khamis, Oktober 08, 2009

Poster Filem Blockbuster Terbaik - I Am Legend (2007)

This poster gives us exactly what the teaser poster was missing. A powerful image that conveys the plot of the film. The last man on earth set against the disturbing sight of a destroyed city in the background. Gambaran kemusnahan, dan seorang lelaki dan seekor anjing yang rupanya tidak bersalah, berjalan-jalan di sekitar kawasan yang hancur-lebur. Pandangan ini pastinya menarik perhatian. Konsep yang sama seperti filem Cloverfield. Tidak syak lagi, inilah poster filem blockbuster terbaik untuk tahun 2007.

Surat Pembaca: Hanya Pedoman - Gadis Muda Ramai Teman Lelaki Kini Insaf

Surat ini dikirimkan oleh seorang gadis yang kini berusia 18 tahun. Gadis ini amat menyesal dengan sikap suka berpoya-poya pada usia muda. Berdasarkan cara penulisan penghantar e-mel ini. Saya rasa beliau cuma mahu berkongsi kisahnya dengan para pembaca supaya dapat dijadikan pengajaran. Selepas melalui keperitan dalam hidup, penulis ini nampaknya sudah serik bercinta. Inilah antara akibat buruk apabila bercinta semasa usia masih belum matang. Sesungguhnya cinta itu adalah tanggungjawab.

Surat Pembaca: Hanya Pedoman
Aku baru berusia 18 tahun sekarang. Namun dalam umur yang masih muda, aku sendiri sudah tidak ingat berapa banyak teman lelaki yang aku ada. Namun aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih menjauhkan aku daripada kemungkaran.

Setelah umurku 16 tahun aku mulai setia dengan teman lelaki ku yang bernama H. Kami mula bercinta ketika aku tingkatan 2. Percintaan yang cukup lama. Namun setelah aku habis SPM aku tinggalkan dia sebab tak tahan dengan sifat cemburunya yang melampau. Namun rasa cinta kami masih terlalu kuat. Hinggalah pada suatu hari Tuhan mengujiku dengan ujian yang lebih besar. Aku mendapat khabar bahawa dia meninggal kemalangan. Ketika itu aku hampir tidak dapat menerima Qada' dan Qadar Tuhan. Aku hampir gila. Padahal belum genap sebulan perpisahan kami, dia pergi dulu tinggalkan aku. Sekarang aku dirisik oleh seorang hafiz Al Quran yang sepuluh tahun lebih tua daripadaku. Mak pula kadang kala seperti memaksaku untuk menerimanya.

Aku buntu kerana aku belum bersedia untuk semua itu. Dan bila aku memikirkan soal rumah tangga. Aku geli. Bercinta??? Cukuplah. Dah terlalu banyak hati yang terluka kerana aku. Karma Tuhan tak lari ke mana.
E-mel Pembaca: Ruangan Pos Masalah Anda
Sekiranya anda ada masalah untuk dikongsi dan mahukan pandangan daripada Amiene Rev, bolehlah menggunakan pautan di bawah untuk mengisi borang Pos Masalah Anda (Surat Pembaca). Anda diminta tidak menggunakan Bahasa SMS dan seangkatan dengannya. Pastikan ejaan anda betul, dan tulislah seperti karangan yang mendapat A dalam peperiksaan Bahasa Melayu. Setiap surat yang tersiar akan disunting terlebih dahulu. Surat yang tidak mematuhi kehendak penganjur, masih berdegil menggunakan Bahasa SMS langsung tidak akan dilayan atau dibalas.