Sewa Iklan Di Blog Atau Laman Web

Iklan yang disewa akan dipaparkan di bahagian sisi blog ini. Saiz kotak ikalan dikira mengikut lebar x tinggi dalam unit pixel.

Ditulis oleh Amiene Rev pada September 24, 2009
Label: Ads, Advertisement, iklan, Pengiklanan
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 24, 2009
Label: Ads, Advertisement, iklan, Pengiklanan
Poster filem berjenama Batman ini, yang merupakan salah satu versi poster untuk filem The Dark Knight ini kelihatan ringkas, tetapi mesejnya amat tajam. Watak Joker yang mulutnya dikelar sehingga ke pipi melorekkan tulisan berbunyi "Why So Serious?" di kaca dinding yang berkabus, meninggalkan kesan ngilu kepada penghayat seni. Sebuah poster yang berjaya memaparkan mesej dengan cukup berkesan!Ditulis oleh Amiene Rev pada September 24, 2009
Label: Poster Filem
CHRIS HEMSWORTHEntah bagaimana, tiba-tiba, ERIC BANA muncul di skrin komunikasi. Suara ERIC BANA kedengaran tersangkut-sangkut kerana adanya gangguan perisai medan magnetik yang kadangkala membolehkan skrin komunikasi memaparkan siaran televisyen dari planet-planet berdekatan secara tidak sengaja.
Kapten, apakah kapten nampak apa yang saya nampak?
FARAN TAHIR
Apa yang saya nampak telah awak nampak?
CHRIS HEMSWORTH
Tuan, saya rasa, apa yang saya nampak itu adalah kapal musuh kerana hati saya berdebar-debar kencang tatkala melihat kehadirannya. Kini, hati saya semakin kencang dan uh, oh! Saya nyaris-nyaris terkena serangan jantung!
ERIC BANAFARAN TAHIR betul-betul MASUK KE KAPAL ANGKASA TONGKANG PECAH, dan sebaik-sebaik sahaja DIA muncul di kapal angkasa tersebut, ERIC membunuhnya.
Aku ada satu permintaan. Sila serahkan kapten kalian kepadaku. Aku mahu dia dibawa sama ada secara sukarela atau pun dipaksa, naik kapal angkasa aku yang bernama TONGKANG PECAH ini. Kalau tidak, teruk kapal kalian semua aku kerjakan. Kau tahu apa itu tongkang pecah?
FARAN TAHIR
Nampaknya ini sudah lebih. Berani kamu mencabar saya! Saya pantang dicabar! Tunggulah ERIC, bila saya tiba di kapal angkasamu yang rupanya seperti tongkang pecah itu, saya pasti akan belasah kamu cukup-cukup.
CHRIS HEMSWORTHSemua kakitangan kapal angkasa telah melarikan diri menggunakan pod keselamatan. Kini, cuma tinggal Chris yang berani di dalam kapal angkasa itu. Chris lantas memandu laju secara berbahaya ke arah KAPAL ANGKASA TONGKANG PECAH milik ERIC dan satu LETUPAN BESAR berlaku. Chris TERKORBAN.
Alamak, kapten kapal sudah terkorban. Mengikut undang-undang, setiap kapal mesti ada seorang nahkoda. Tidak boleh dua, tidak boleh tidak ada langsung. Oleh itu, sayalah kapten anda yang baru. Tepuk tangan! Tepuk tangan! Baiklah, sekarang, tolong selamatkan isteri saya yang sedang hendak bersalin itu. Tolong dia melarikan diri dari kapal ini kerana saya percaya Eric akan menembak dan menghancurkan kapal angkasa kita sekejap lagi seperti dalam skrip yang saya sedang baca ini. Jangan lupa, saya memiliki skrip Star Trek, oleh itu percayalah cakap saya!
ISTERI CHRIS HEMSWORTH
Chris, suamiku! Jangan! Jangan! Kita mesti selamatkan diri bersama-sama. Jika tidak saya takut anak kita tak kenal siapa ayahnya. Nanti anak kita kurang kasih sayang! Marilah Chris, marilah lari bersama-sama dengannku.
CHRIS HEMSWORTH
Tidak boleh isteriku. Sebab di dalam skrip ini mengatakan saya harus mati. Mati terkorban kerana merempuhkan kapal angkasa ini ke arah musuh. Apabila pelanggaran berlaku, pastinya kapal ini meletup dan kapal angkasa yang macam tongkang pecah itu pasti akan rosak teruk. Lagi pun, pasukan orkestra dan pemain lagu-lagu sedih sudah bersiap-sedia di luar sana untuk menghidupkan babak paling tragis dalam filem ini. Mereka sudah dibayar!
ISTERI CHRIS HEMSWORTH
Dinda sayang kanda!
CHRIS HEMSWORTH
Kanda sayang dinda, dan kalau boleh jangan kahwin lain. Sebab lepas tamat babak ni, kita kahwin betul-betul.
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 24, 2009
Label: SKRIP SEBABAK, Star Trek
Secara konkrit, saya tidak pasti apa yang menyebabkan tiga ekor chimpanzi ini terpilih untuk menjadi model bagi filem Religulous ini. Namun berdasarkan kepada trak penerbit filem ini, yang juga pernah menerbitkan filem Borat, maka secara tidak langsung saya percaya, filem ini mempunyai unsur teguran secara tersirat. Ini pasti sebuah filem sinikal.Ditulis oleh Amiene Rev pada September 23, 2009
Label: Poster Filem
CHRISTIAN BALEBRYCE berjaya menyelamatkan CHRISTIAN BALE tetapi kira-kira 10 tahun kemudian robot-robot telah menggunakan nuklear dan sinar radioaktif untuk menewaskan umat manusia. Tahun itu, kiamat menjadi kenyataan.
Jantungku telah dirosakkan oleh T-800. Aku gembira aku masih hidup sehingga kini, tetapi selepas ini, aku mungkin akan mati.
SAM WORTHINGTON
Tahukah kau, apa tajuk filem ini? Terminator Salvation. Salvation ini bermaksud memberi kehidupan infiniti kepada manusia seperti kau, supaya sifat kemanusiaan akan dapat diteruskan. Oleh sebab aku ini juga adalah Terminator, maka akulah watak utama dalam cerita ini yang ditakdirkan untuk melakukan 'salvation'. Bryce, belahlah dadaku, dan ambillah jantungku, demi nyawa Christian Bale ini.
BRYCE DALLAS HOWARD
Oh, tidak Sam. Tidak. Kau adalah robot, bukan manusia. Masakan kau memiliki jantung?
SAM WORTHINGTON
Sila baiki ayat dialog yang kau lontarkan kepadaku. Pertama-tama sekali, aku ialah robot organik yang pertama dalam cerita ini. Jika kau pernah lihat sekuel-sekuel sebelumnya, mana ada robot organik seperti aku ini? Jadi bedahlah aku cepat.
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 23, 2009
Label: SKRIP SEBABAK, Terminator Salvation
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 21, 2009
Label: Falsafah Amiene Rev
Jadual Gaji Kakitangan Awam 2009
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2009
Bulan --- Tarikh --- Hari Catatan
Januari --- 19.01.2009 --- Isnin (Tahun Baru Cina 26 & 27.01.2009) - Simpan RM3500
Februari --- 25.02.2009 --- Rabu - Simpan RM3500
Mac --- 25.03.2009 --- Rabu - Simpan RM3500
April --- 23.04.2009 --- Khamis - Simpan RM3500
Mei --- 25.05.2009 --- Isnin - Simpan RM3500
Jun --- 25.06.2009 --- Khamis - Simpan RM3500
Julai --- 23.07.2009 --- Khamis - Simpan RM3500
Ogos --- 25.08.2009 --- Selasa - Simpan RM3500
September --- 10.09.2009 --- Khamis (Hari Raya 20 & 21 .09.2009)
Oktober --- 08.10.2009 --- Khamis (Deepavali 17.10.2009)
Tutup buku kewangan peribadi - Buka Buku Kewangan Baru -- Simpan RM2000
RM1500 untuk bayaran kereta sporty perak bulanan secara ansuran
November --- 25.11.2009 --- Rabu
Disember --- 17.12.2009 --- Khamis (Hari Krismas 25.12.2009)
Untuk maklumat lanjut berkenaan Jadual Gaji Kakitangan Awam 2009
, sila muat turun Surat Pekeliling Berikut:
http://www.anm.gov.my/public_html/pek/bil72008.pdf
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 20, 2009
Label: Gaji, Kakitangan Awam, Kewangan, Surat Pekeliling
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 20, 2009
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 20, 2009
Label: Travian Analyser, Travian Cheat, Travian Map, Travian Online Browser Game, Travian Tool
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 20, 2009
Label: Hukum Agama
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 20, 2009
Label: Hukum Agama
Ditulis oleh Amiene Rev pada September 20, 2009
Label: Berbuka Puasa, Niat Puasa, Ramadhan
Jalur Gemilang dicipta oleh Allahyarham Mohamed Hamzah yang ketika itu berusia 29 tahun dan merupakan seorang arkitek di JKR (Jabatan Kerja Raya) di Johor Bahru, Johor.
Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.
Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.
Pada 12 Februari 1949, Hassan Al Banna telah meninggal dunia, iaitu dua hari sebelum Hari Memperingati Valentinus.
Maka, adalah wajar jika kita memperingati pemergian tokoh terbilang Islam ini, pada setiap 12 Februari, bagi setiap tahun.