BLOG DUKE AMIENE REV

Selasa, Disember 09, 2008

Masakan: Roti John

Resepi Resipi Roti John Resepi Resipi Roti John

Bahan:
  • 200gm daging cincang
  • 3 biji roti perancis yang kecil
  • 6 biji telur
  • 2 biji bawang besar
  • 1 batang cili merah dihiris
  • sedikit serbuk lada hitam dan garam

Sos Roti John:
  • 15 tangkai lada kering kisar
  • 5 sudu makan tomato sos
  • sedikit cuka, air dan sedikit gula dan garam
  • Campurkan semua bahan-bahan diatas dan masak hingga mendidih

Cara membuat:
  1. Daging cincang disangai dengan sedikit rempah sop.
  2. Pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam.
  3. Masukkan daging, bawang besar dan hirisan cili merah.
  4. Roti dibelah dua dan letakkan adunan telur diatas roti dan masak di kuali yang telah dilengseri dengan sedikit minyak masak.
  5. Balik-balik kan. Setelah masak, hidangkan bersama hirisan timun, tomato dan daun salad.

Resepi Resipi Roti John Resepi Resipi Roti John

Isnin, Disember 08, 2008

Masakan Daging Goreng Masam Manis

Resepi Resipi Daging Goreng Masam Manis Resepi Resipi Daging Goreng Masam Manis

Bahan:
  • 1 kilo daging lembu (dipotong nipis)
  • 10 ulas bawang merah (dimayang nipis)
  • kicap pekat
  • minyak masak
  • 1 biji limau nipis
  • gula
  • garam
  • kunyit

Cara membuat:
  1. Daging tersebut dicampur bersama garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Angkat daging tersebut.
  2. Gorengkan bawang merah yang dimayang sampai kekuningan.
  3. Masukkan daging yang telah digoreng tadi.
  4. Masukkan kicap pekat, gula, garam dan satu biji limau nipis secukup rasa.
  5. Kacau sehingga sebati
  6. Setelah itu bolehlah dihidangkan.

Resepi Resipi Daging Goreng Masam Manis Resepi Resipi Daging Goreng Masam Manis

Masakan: US Sirloin Steak

Resepi Resipi US Sirloin Steak Resepi Resipi US Sirloin Steak

Bahan-bahan ( 2 )
  1. 400g stik US sirloin
  2. 1 biji kentang - dibakar
  3. 1 biji jagung
  4. 1 biji tomato
  5. Sedikit lobak merah, bunga kobis dan brokoli
  6. Seasoning steak

BAHAN UNTUK SOS
  • 1 ulas bawang putih- cincang
  • 2 biji bawang besar - cincang
  • 2 sudu besar sos worchestershire (Lea & Perrins)
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
  • 2 biji tomato - buang biji + cincang
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara
  1. Bersihkan daging. Perap daging dengan seasoning steak selama 1 jam
  2. Panggang daging hingga masak. Boleh juga dimasukkan ke dalam oven.
  3. Sementara menunggu daging siap dipanggat, rebuslah lobak, bunga kubis dan jagung dengan secubit garam hingga lembut. Toskan.
  4. Panaskan mentega dalam periuk. Tumis bawang yang dicincang tadi sampai berbau. Masukkan bahan sos yg lain dan kacau hingga pekat.
  5. Bubuh daging dan sayuran dlm pinggan. Hidangkan dengan sos yang telah dibuat tadi.

Resepi Resipi US Sirloin Steak Resepi Resipi US Sirloin Steak

Masakan: Daging Hitam Manis

Resepi Resipi Daging Hitam Manis Resepi Resipi Daging Hitam Manis

Bahan-bahan:
  1. Daging
  2. 1 inci halia} dikisar
  3. 3 ulas bawang merah} dikisar
  4. 2 ulas bawang putih} dikisar
  5. 1 biji bawang besar} dimayam
  6. 1 sudu cili kisar
  7. 3 sudu kicap manis
  8. 2 sudu sos tiram
  9. 2 sudu cili sos
  10. Sedikit air
  11. Minyak
  12. Garam secukup rasa.


Cara penyediaan:
  1. Goreng daging sehingga masak.
  2. tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  3. kemudian masukkan cili dan digoreng sehingga garing.
  4. masukkan kicap manis,sos tiram,cili sos dan sedikit air.
  5. akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng dan bawang besar.
  6. kacau seketika dan sedia untuk dihidang.

Resepi Resipi Daging Hitam Manis Resepi Resipi Daging Hitam Manis

Tutorial Manga: 4 Cara Melukis Mata
(Bahagian 2)

Ahad, Disember 07, 2008

Filem The Secret, Si j'étais toi & Himitsu

The Secret - Si j'étais toi - Himitsu
Ulasan Filem Oleh Amiene Rev (C) 2008

The Secret, 2007, lakonan David David Duchovny (sebagai bapa) dan Olivia Thirlby (sebagai anak dan ibu) adalah sebuah filem remake yang dibuat berdasarkan sebuah filem Jepun berjudul Himitsu yang diarahkan oleh Hiroshi Saito pada tahun 1999.

Sebelum itu, Himitsu adalah sebuah novel tulisan Keigo Higashino yang diterbitkan pada tahun 1998. Himitsu memenangi dua anugerah di Catalonian International Film Festival, iaitu Arahan Terbaik menerusi Hiroshi Saito dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Ryoko Hirosue. Saya belum dapat menonton Himitsu. Oleh itu ulasan saya cuma berkaitan dengan filem remake Himitsu - The Secret, sahaja. Apa yang menarik perhatian saya dalam filem ini adalah lakonan untuk dua watak oleh Olivia Thirlby, sebagai seorang ibu dan juga sebagai seorang anak gadis. Bagaimana seorang anak gadis berusia 16 tahun, tiba-tiba boleh membawakan watak seorang ibu berusia 36 tahun dengan berkesan? Itu adalah rahsia, rahsia dalam filem ini.

Kisah ini bermula dengan sebuah keluarga, di mana ibu bapanya tidak memahami kehendak si anak gadis. Si anak gadis yang bernama Hanna yang suka memberontak, dan si ibu, Samantha yang menjadi jurugambar amateur. Pada suatu hari, Samantha dan Hanna terlibat dalam satu kemalangan melibatkan lori dan kereta pacuan empat roda yang mereka naiki, lalu dikejarkan ke hospital.

Semasa di hospital, kedua-duanya dirawat di unit kecemasan kerana cedera parah. Dr. Benjamin (David Duchovny) menemani mereka. Kemudian Samantha tersedar dan mendapati anak perempuannya, Hanna berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketika itulah, mesin pengimbas denyutan jantung si anak terhenti dan suasana menjadi sangat cemas. Si ibu memegang tangan si anak sambil menjerit-jerit supaya si anak tidak mati.

Dalam keadaan yang genting itulah, si ibu putus nafas. Tidak berapa lama kemudian, denyutan jantung si anak kembali pulih, manakala si ibu kekal putus nafas dan disahkan meninggal dunia.

Beberapa hari kemudian, si anak sedarkan diri, tetapi berasa terkejut apabila melihat tangannya mengecut. Si anak terjerit-jerit ketakutan dan pengsan kembali. Beberapa ketika selepas itu si anak sudah sedarkan diri dan memberitahu si ayah bahawa dia ialah Samantha, dan bukannya Hanna.

Pihak doktor mengesahkan apa yang berlaku ke atas Hanna itu adalah kesan sampingan daripada kemalangan tempoh hari. Hanna dikatakan mengalami kecelaruan identiti. Namun, keadaan menjadi semakin pelik apabila Hanna mengetahui banyak rahsia antara Samantha dan Dr. Benjamin. Malah Hanna juga secara tiba-tiba pandai mengambil gambar dan cemerlang dalam pelajaran.

Dr. Benjamin, seorang doktor pakar mata, mula melakukan penyelidikan untuk mengetahui apa yang sedang berlaku terhadap anaknya. Selepas merujuk kepada seorang pakar paranormal, Dr. Benjamin kini mengetahui bahawa Samantha kini berada di dalam badan Hanna, menjaga anaknya yang belum sedarkan diri.

Samantha yang kini berada dalam Hanna sudah tidak boleh pulang ke dalam badan asalnya kerana badan asalnya sudah ditanam dan mereput. Samantha tahu dia tidak akan berada lama di dalam badan Hanna, oleh itu, Samantha ingin memperbaiki kesilapan yang dilakukannya terhadap Hanna.

Pada masa yang sama juga, hubungan cinta antara Dr. Benjamin dan Samantha terjejas. Ini kerana Samantha kini berada di dalam tubuh anak mereka, iaitu Hanna. Dr. Benjamin terpaksa melayan Samantha sebagai Hanna, sebagai seorang anak. Ini menimbulkan rasa kecewa di hati Samantha. Hubungan keluarga mereka menjadi semakin rumit.

Samantha, menerusi badan Hanna, cuba memahami sikap dan kehidupan remaja yang dilalui oleh Hanna. Semua yang berlaku ke atas Hanna memang memang mengejutkan. Samantha juga menemui diari Hanna di dalam locker Hanna di sekolah. Kehidupan Samantha memang merumitkan kerana dia terpaksa kembali ke kehidupan remaja yang penuh dengan pemberontakan dan masalah sosial.

Pada suatu hari ketika menghidu sejenis bahan mengkhayalkan, Samantha berjaya menyedarkan semula Hanna secara tidak sengaja. Hanna telah kembali, dan Samantha perlu melakukan tanggungjawab terakhirnya, mengucapkan kata-kata terakhir seorang ibu kepada anaknya. Hanna pengsan dan dibawa pulang ke rumah selepas peristiwa ini.

Apabila sedar daripada pengsan. Hanna mendapati biliknya tersusun kemas, tidak berselerak seperti selalu. Ayahnya, Dr. Benjamin ada di dalam bilik itu menjaganya. Hanna tidak ingat apa-apa yang berlaku sepanjang beberapa minggu lepas. Dia bertanya siapa yang mengemas biliknya. Ayahnya, Dr. Benjamin mula mendapati kehadiran Hanna di rumah itu. Hanna merasa panik, takut dan terkejut apabila mengetahui kematian ibunya. Hanna berlari-lari sehingga ke halaman rumah, menjerit-jerit nama ibunya tetapi ibunya sudah tidak ada lagi. Hanna pengsan. Samantha kembali.

Bersediakah Samantha untuk meninggalkan Hanna? Samantha merakamkan satu video untuk mengucapkan kata-kata terakhirnya kepada Hanna. Apabila Hanna sedar kembali, ayahnya menyerahkan pita video kata-kata terakhir Samantha itu kepada Hanna. Selepas itu, Samantha tidak muncul-muncul lagi. Samantha sudah pergi dengan aman.

Hanna dan Dr. Benjamin memulakan hidup baru, tanpa Samantha.

Jika anda menonton video ini, pastinya anda akan terhibur dengan lakonan Olivia Thirlby. Ini adalah filem remake dari Jepun yang menyentuh hati. Filem ini bermain dengan soal spiritual dan paranormal.

Manusia yang mati hidup semula dalam jasad orang lain. Berdasarkan teori pakar paranormal, hal ini terjadi kerana semasa mati, cas-cas elektrik daripada si ibu mengalir ke jasad anaknya.

Hal ini ditunjukkan menerusi si ibu (Samantha) memegang erat tangan si anak yang sudah terhenti denyutan jantungnya sambil menjerit-jerit. Sehingga mati pun, Samantha tidak mahu melepaskan tangan anaknya.

Ini adalah filem yang menarik untuk ditonton. Ia memaparkan kasih sayang seorang ibu dan terhadap anak, dan keteguhan hati seorang ayah terhadap isteri dan anaknya. Kadangkala kita sangka kita sudah betul-betul menyayangi seseorang, tetapi, kita terlupa kebajikan kita terhadap orang yang kita sayang. Cerita ini adalah berkisarkan kepada bahagian yang dilupai oleh kebanyakan orang yang menyayangi seseorang. Kasih sayang bukan sekadar bertolak ansur atau menyediakan kelengkapan material, tetapi juga hubungan jiwa antara satu individu kepada satu individu yang lain.

Sabtu, Disember 06, 2008

PETUA-PETUA KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA MUSIM CUTI SEKOLAH

KENYATAAN AKHBAR: PETUA-PETUA KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA MUSIM CUTI SEKOLAH

28 NOVEMBER 2008: Bersempena dengan musim cuti persekolahan dan perayaan Hari Raya Aidil Adha yang bakal menjelang tiba, pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Malaysia (JKJR) ingin mengingatkan dan menasihatkan para pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa serta mengamalkan pemanduan berhemah ketika di jalan raya.

Peningkatan kadar jumlah trafik pasti berlaku kerana para ibu bapa mengambil peluang membawa anak-anak dan keluarga pergi bersiar-siar atau bercuti sempena musim cuti persekolahan ini.

Dalam pada itu para ibubapa dinasihatkan agar tidak membenarkan anak-anak mereka yang belum layak dan belum memiliki lesen memandu yang sah untuk memandu kereta atau menunggang motosikal demi melindungi keselamatan orang tersayang dan mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada mereka.

Amalan memandu kereta dan menunggang motosikal tanpa lesen adalah menjadi satu kesalahan serius disisi undang-undang, iaitu mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah seksyen 26(1) tiada seorang pun boleh memandu sesuatu kenderaan di sesuatu jalan melainkan jika dia adalah pemegang sesuatu lesen memandu yang membenarkannya memandu sesuatu kenderaan motor dan seksyen 26(2) mana-mana orang yang melanggar subseksyen(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Maka adalah menjadi tanggungjawab para ibubapa agar sentiasa mengawasi dan memastikan keselamatan keluarga dan anak-anak ketika berada di jalan raya, iaitu jika memandu kereta pastikan mereka memakai tali keledar depan dan belakang, jika menunggang motosikal pastikan mereka menggunakan topi keledar dengan kemas dan betul serta jika melintas pimpinlah tangan anak-anak bagi memastikan keselamatan mereka.

Sebagai langkah-langkah keselamatan di jalan raya para pemandu haruslah membudayakan pemanduan berhemah dan mematuhi peraturan lalulintas serta sentiasa mengamalkan 8 petua keselamatan jalan raya bagi memastikan setiap perjalanan selamat sampai ke destinasi.

8 Petua Keselamatan Jalan Raya ialah :

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda.
2. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.
5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.
8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

Kempen advokasi keselamatan jalan raya di Plaza Tol LDP(LITRAK), Hentian Sebelah Puchong Selatan pada hari ini yang diketuai oleh Datuk Suret Singh, Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya bersama rakan kongsi telah mendapat sokongan dan kerjasama daripada pihak pengendali Lebuhraya Damansara Puchong, LITRAK serta wakil-wakil Persatuan dan Kelab Motosikal bagi tujuan mempromosikan isu-isu keselamatan jalan raya terutamanya bagi pemakaian tali keledar belakang yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2009 dan golongan berisiko tinggi iaitu para penunggang dan pembonceng motosikal.

Semoga kempen advokasi Jabatan Keselamatan Jalan Raya bersama rakan kongsinya ini mampu meningkatkan kefahaman dan kesedaran para pengguna jalan raya kearah usaha mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di negara kita.

Sumber:
PETUA-PETUA KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA MUSIM CUTI SEKOLAH
Laman Web Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Jumaat, Disember 05, 2008

Jurnal Pengembaraan - Amiene Rev di Plymouth

PLYMOUTH: Suhu sekitar 10 darjah celcius atau mungkin kurang daripada itu, memang betul-betul menjadikan darah seperti mahu dingin membeku. Setiap hembusan nafas mengewap dengan pantas. Aku dan Sam tiba agak lambat daripada masa yang dijangkakan. Kami akan berjalan-jalan dulu mencari buah tangan, sebelum berangkat ke rumah Ann dan keluarganya. Sambil kaki menjejak salji, aku mendiamkan kedua-dua belah telapak tanganku di dalam poket baju tebalku.

"Sam, ada tempat-tempat yang menarik di sini?"

"Saya bawa kamu ke Homepark. George Michael pernah datang ke situ."

"Benar?"

Homepark tidak begitu jauh dari Stesen Keretapi Plymouth. Aku dan Sam melalui Central Park, sebelum sampai ke Homepark.

Di Plymouth ini terdapat Theatre Royal Plymouth. Mungkin, aku Sam dan Ann akan ke sana. Aku bernasib baik kerana memiliki kawan seperti Sam dan Ann. Mereka banyak membantu sepanjang aku berada di tanah Inggeris ini.

Ingin sahaja aku bercerita apa yang aku bualkan dengan Sam di dalam keretapi tadi, tetapi isunya pasti sangat sensitif kerana berkaitan dengan Malaysia. Aku banyak memberi jawapan umum berbanding jawapan spesifik. Aku mahu Samantha datang sendiri ke Malaysia pada suatu hari nanti, supaya aku tidak berasa serba salah pada kemudian hari untuk setiap jawapan yang kuhidangkan kepadanya.

Namun, sekarang adalah masa untuk beberapa orang sahabat bersatu kembali. Aku mahu melupakan Malaysia untuk seketika. Lupakan segala urusan dan peristiwa yang pernah aku lalui di negara itu.

Botol kaca berisi surat yang diberikan oleh Caleb telah tersimpan di dalam kotak kecil. Botol kaca itu amat tebal dan berpenutup gabus, Caleb mahu aku melontarnya ke laut. Permintaan anak kecil itu pasti akan terlaksana, sebelum aku menjejakkan kaki aku kembali ke Edinburgh.

Aku tidak mahu kembali sebagai waris kepada salah sebuah keluarga bangsawan di sini, kerana aku ingin menghayati perasaan menjadi seorang rakyat Malaysia yang seolah-olah tidak berasal dari sini.

Satu kehidupan baru, satu perjalanan yang masih segar dengan kuntum-kuntum bunga mawar dan tulip.

Khamis, Disember 04, 2008

Jurnal Pengembaraan: Amiene Rev di Cheshire Siri 2

CHESHIRE: Masih terngiang-ngiang suara Caleb semasa di Chester Railway Station. Dia memberikan aku satu botol kecil berisi surat. Aku mengambil botol tersebut dan merenungnya untuk seketika. "Ini untuk apa?"

"Apabila kamu sampai di pinggir pantai, bolehkah kamu campakkan botol ini ke laut?"

"Untuk siapa?"

"Saya harap surat ini akan sampai kepada Orang Pulau."

Caleb begitu terpengaruh dengan kisah Oak Island Money Pit. Ia adalah satu legenda. Kisahnya bermula dengan seorang tukang besi yang ingin menyelamatkan seekor lembu peliharaannya, yang kemudian menemui harta karun yang disembunyikan oleh lanun. Terdapat banyak versi kisah legenda harta karun ini. Saya tidak tahu bagaimana pula Orang Pulau yang wujud dalam imaginasi Caleb, boleh berkaitan dengan legenda Pulau Oak.

"Berikan kakak satu pelukan," Samantha memeluk adiknya, Caleb.

"Kamu juga," Caleb turut memeluk aku.

Dan begitulah aku dan Sam meninggalkan Cheshire. Kenangan di Cheshire tidak akan mati begitu sahaja. Aku berangkat ke Plymouth. Aku harap Ann tidak tertunggu-tunggu.

Rabu, Disember 03, 2008

Jurnal Pengembaraan: Amiene Rev di Cheshire

CHESHIRE: Petang itu salji dingin turun dari langit. Aku berjalan-jalan seketika menikmati kedinginan waktu petang. Pagi tadi aku mengunjungi seorang kenalan di Hospital Wellington dan esok pagi aku harus ke Benenden School. Puteri Anne dalam ingatan.

"Di negara kamu ada salji?" Sam bertanya kepadaku.

"Tidak ada, negara saya panas. Hujan lebat pada November dan Disember."

"Bagaimana kamu menyambut Krismas?"

"Tidak, saya tidak sambut Krismas. Saya Muslim."

"Muhammadenisme?"

Aku terdiam. Agama Islam dikenali sebagai Agama Muhammad.

"Tidak, ia Islam," aku menjawab pendek-pendek sahaja. Cuaca dingin, otak terasa beku.

"Kita menuju ke Plymouth esok?" Aku terus bertanya. Mengelak persoalan agama. Status aku sebagai seorang pendatang sahaja. Aku mahu cepat-cepat ke Plymouth untuk bertemu dengan Ann.

"Kita akan pergi dengan keretapi."

"Salji tidak menghalang?"

"Jangan risau tentang itu. Saya tidak selesa dengan perjalanan kereta. Jalan lebih licin pada musim-musim sebegini. Tangan juga tidak selesa memandu."

Aku datang ke Cheshire dengan keretapi, aku meninggalkan Cheshire juga dengan keretapi.

Selasa, Disember 02, 2008

Ulasan Drama Bersiri Awan Dania - Semangat dan Aura dari Jepun?

Ulasan Drama Bersiri Awan Dania
Ditulis oleh Amiene Rev
Hakcipta Terpelihara (C) 2008

Setiap kali saya menonton Awan Dania setiap Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Ria, saya sering terbayangkan aura Jepun. Saya seolah-olah menonton drama Jepun! Saya mencari-cari apa sebabnya saya rasa drama ini seolah-olah drama Jepun.


Pakaian? Ya, cara pemakaian watak-wataknya seperti orang Jepun. Eh, itukan stail atau fesyen seorang pramugari? Skirt pendek dan kasut tinggi.

Make up? Mungkin juga, sebab seingat saya pelakon-pelakon drama Korea sentiasa hadir dengan make up tebal. Bukankah penjagaan penampilan merupakan salah satu aspek utama dalam tugasan seorang pramugari?

Cara berjalan dan cara bercakap? Saya tidak pasti. Kadangkala saya rasa watak-wataknya seperti orang Jepun. Irma Hasmie, yang membawakan watak kegemaran saya dalam Awan Dania, selain Scha Al-Yahya dan Nasha Aziz, betul-betul kelihatan seperti orang Jepun.

Setelah membuat kajian, saya dapati ada dua drama dari Jepun yang juga berkaitan dengan pramugari iaitu Stewardess Monogatari (A Stewardess' Story - 1983) dan Attention Please (2006). Pelakon utama dalam drama Attention Please pula ialah Chiemi Hori (sebagai Matsumoto Chiaki). Pelakon yang memegang watak utama dalam drama Stewardess Monogatari ialah Ueto Aya (sebagai Misaki Yoko).

Apakah persamaan antara Awan Dania dengan Stewardess Monogatari dan Attention Please? Ketiga-tiga drama ini mengisahkan seorang gadis yang bercita-cita untuk menjadi seorang pramugari atau flight attendant. Drama-drama ini memang menarik. Kita lupakan dulu soal persamaan dalam ketiga-tiga filem ini, dan kita kembali ke Awan Dania.

Nasha Aziz selaku pramugari dan juga jurulatih pramugari memegang tanggungjawab yang sangat penting dalam drama Awan Dania kerana beliau memikul imej pramugari Air Asia. Saya percaya Nasha Aziz telah cuba sedaya untuk memberikan imej yang terbaik terhadap Air Asia. Komitmen, kesabaran dan tunjuk ajar yang diberikan menerusi watak yang dipegangnya mampu menimbulkan pesona dalam diri para penonton terhadap kerjaya sebagai pramugari atau pramugara.

Format karya Jepun masih terpapar dalam filem Awan Dania. Watak utama yang serba kekurangan, agak jahil, selamba tetapi bersemangat tinggi, dan watak pembantu yang mungkin juga watak penyelamat yang mempunyai bakat tetapi bernasib agak malang. Sebagai contoh, watak Guru Onizuka yang kurang pandai tetapi disokong oleh anak-anak muridnya yang bijak pandai. Watak Uzumaki Naruto yang lemah tetapi bersemangat, disokong oleh watak-watak lain seperti Uchiha Sasuke yang merupakan pelajar terhandal di Akademi Ninja dan Haruno Sakura yang merupakan pelajar terbaik dari segi teori ninja. Begitu juga watak Sakuragi Hanamichi yang bersemangat dan mentah dalam arena bola keranjang, tetapi disokong oleh beberapa watak yang handal dalam arena bola keranjang seperti Rokawa Kaede, Akagi, Mitsui dan Miyagi.

Dalam drama Awan Dania, saya paling suka dengan watak yang dibawa oleh Irma Hasmie. Dialah penyelamat dalam kebanyakan masalah yang dicetuskan oleh Dania. Dania, lakonan Scha Al-Yahya memang mencuit hati. Saya terhibur dengan lakonan Scha Al-Yahya. Memang sesuai watak Dania dengan Scha Al-Yahya. Tahniah buat penerbit dan pengarah kerana berjaya membentuk watak-watak dalam drama ini dengan jayanya. Saya tidak ingin melemahkan semangat para pelakon dan krew penerbitan drama Awan Dania dengan mengatakan panduan tersedia daripada filem Attention Please dan Stewardess Monogatari membantu memudahkan para pelakon menghayati lakonan masing-masing. Apa yang ingin saya katakan, para pelakon Malaysia berjaya membuktikan lakonan mereka juga menarik dan mampu mencuit hati para penonton. Juga, drama Awan Dania ini membantu mempromosikan Air Asia dan juga membuka peluang kepada para penonton untuk melihat bagaimana bakal-bakal pramugari dilatih untuk menjadi flight attendant. Sekali lagi saya memuji lakonan Nasha Aziz.

Nasha Aziz pelakon yang hebat. Lakonannya dalam Cinta Luar Biasa jauh berbeza dengan lakonannya dalam Awan Dania. Saya tidak menonton episod permulaan Awan Dania, dan semasa menonton drama Awan Dania saya berkata di dalam hati, "Pelakon ini macam Nasha Aziz."

Rupa-rupanya betul, itu memang Nasha Aziz. Saya hampir tidak mengecamnya kerana watak yang dibawa oleh Nasha Aziz kali ini sungguh berbeza daripada watak-watak yang sering dibawanya sebelum ini.

Hans Isaac juga berjaya memaparkan disiplin, kharisma dan ketegasan seorang juruterbang. Ini penting untuk menjaga imej Air Asia.

Apakah mesej yang tersirat dalam drama Awan Dania? Awan Dania adalah simbolik terhadap insan-insan yang mempunyai cita-cita tetapi menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya. Kadangkala seseorang itu memiliki impian yang menggunung tinggi hingga ke awan, tetapi sering disaluti oleh cabaran dan masalah yang menghalang mereka daripada mencapai cita-cita tersebut.

Setiap watak-watak dalam drama Awan Dania, masing-masing mempunyai cita-cita dan harapan. Remy Ishak memegang watak seorang lelaki yang mempunyai cita-cita tetapi kurang keyakinan kerana trauma masa silam dan tembok penghalang yang dicipta oleh ibunya. Ini kerana ayahnya seorang juruterbang, terkorban dalam nahas kapal terbang. Sebenarnya Remy Ishak memberontak dalam diam, hal ini menyebabkan dia sering berkonflik dengan watak yang dipegang oleh Zizan Nin (satu lagi lakonan mantap) berkaitan dengan kerjaya mereka. Remy Ishak menerusi wataknya, berbakat tetapi kurang keyakinan diri.

Ummi Nazeera pula tertekan kerana dibayangi kejayaan ibunya, juga merupakan seorang pramugari. Ummi Nazeera tidak memiliki bakat seperti ibunya, dan ini menimbulkan rasa rendah diri dan sering beremosi kerana diselubungi perasaan bimbang.

Irma Hasmie, watak yang saya paling suka, memegang watak yang sangat berbakat dan paling sesuai sebagai pramugari, tetapi cita-citanya untuk menjadi flight attendant mendapat bantahan daripada bapanya sendiri.

Nasha Aziz, sebagai seorang jurulatih pramugari yang sentiasa berharap anak-anak didiknya akan berjaya menjadi pramugari, tetapi pada masa yang sama harapannya itu mencetus tekanan apabila didapatinya ada antara anak-anak didiknya yang bermasalah.

Watak Dania, seorang gadis yang bercita-cita untuk menjadi pramugari, cuma bersandarkan pada semangat dan langsung tidak ada bakat sebagai seorang pramugari mencetuskan kebimbangan di hati Nasha Aziz. Nasha Aziz berada dalam dilema, kerana dia dapat merasai semangat Dania, tetapi pada masa yang sama dia kesal dengan hati kebal Dania.

Dania memiliki semangat dan minat, tetapi kerana dilahirkan dalam keluarga yang hanya terdiri daripada ayah dan adik-beradik lelaki, beliau mempunyai tingkah laku yang kasar seperti seorang lelaki. Usaha untuk menghayati sifat lemah lembut dan bersopan seorang pramugari merupakan cabaran buat Dania.

Berdasarkan watak-watak di atas, boleh disimpulkan bahawa Awan Dania, adakah kisah mengenai insan-insan yang masing-masing berusaha untuk mencapai cita-cita di langit tinggi, tetapi adakah mereka akan dapat terbang bebas dan menggapai impian masing-masing? Objek-objek seperti kapal terbang, awan kapas putih dan langit biru adalah simbolik terhadap impian yang ingin dicapai. Barangkali, inilah asal usul cerita Stewardess Monogatari, Attention Please dan Awan Dania, semuanya berkaitan dengan impian.

Rujukan:
http://www1.mstar.com.my
http://wiki.d-addicts.com/Attention_Please
http://wiki.d-addicts.com/Stewardess_Monogatari

Isnin, Disember 01, 2008

$$$ Buat Duit Dengan Mudah Dengan Hanya Berkongsi Pendapat $$$

Setiap hari, anda menulis sesuatu di blog anda. Anda menghantar SMS, anda berborak di internet. Adakah anda mendapat duit? Berapa jam anda melayari internet? 1 jam? Satu jam sudah lebih daripada cukup untuk anda membuat duit dengan mudah. Ya, betul!

Fikirkan, anda menghabiskan masa 2 jam sehari. Kadang-kala anda tidak tahu apa yang anda nak buat lagi di depan komputer. Anda berfikir-fikir, apa nak buat lagi ni? Alah, bukankah ada satu komuniti yang boleh memberi panduan kepada anda untuk mengisi masa terluang anda di depan komputer atau laptop tu, untuk buat duit. Tak ada apa-apa bebanan pun, cuma beri pandangan atau komen seperti biasa. Iya, seperti biasa.

Seperti biasa yang macam mana? Alah, anda hari-hari buka blog, baca blog, lepas tu komen. Macam itu ajalah.

KLIK DI SINI

Lebih daripada 50,628 muda mudi Malaysia telah aktif dalam komuniti ini dan saya rasa anda mungkin berminat untuk menyertainya.

Bagaimana ia berfungsi?

  • Anda akan dibayar apabila anda menjawab soalan selidik yang mudah. Jawapan anda akan membantu pihak-pihak tertentu untuk maju dalam dunia perniagaan dan kemasyarakatan.
  • Anda juga dapat bertemu rakan-rakan sekepala yang berkongsi minat, idea, dan hobi yang sama.
  • Anda berpeluang mempromosikan blog anda kepada berpuluh-puluh ribu ahli yang lain!
  • Anda juga boleh bertanyakan soalan atau menjawab soalan-soalan tertentu yang mungkin mampu menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian masing-masing.
Daripada anda menghabiskan masa melayari internet begitu sahaja, lebih baik anda sertai komuniti ini. Dapat juga menambahkan pendapatan. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Kali terakhir saya periksa, ahli-ahli komuniti ini sudah mendapat wang sekitar RM 72,305.

Kalau tak percaya, periksalah sendiri! Tak perlu susah-susah berfikir atau berasa ragu-ragu lagi. Periksalah sendiri. Klik pautan di bawah!

Tutorial Manga: Melukis Aksi Berlawan